CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

Pakaian/Aksesori/Senjata/Pengangkutan/Gaya Hidup Masyarakat Melayu Zaman Silam

  [Copy link]
 Author| Post time 3-11-2008 01:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 31-8-2009 16:31

The Tekpi - 'Raja Senjata'




04 January 2008






For the past several months, my constant companions have been two battle-ready Malaysian Tekpis - expertly forged by the hand of guru Jamaludin Shahadan - president of Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia.


One of the most interesting aspects of this pair is that they are not identical. While one is more or less standard for Malaysian tekpi, the heavier of them could accurately be described as a Buginese War Tekpi having a unique belimbing (Star Fruit) shape to the blade. More descriptive photos will follow later. Guru Jamal renders it in English as the "Rapier Tekpi".

Following are some questions that Western pesilat ask regarding this weapon. Answers are from Brother Nadzrin:


" Is it used individually or two ? Is it used against specific weapons as a defensive tool ? "


In Silat Melayu, the tekpi has mostly followed the temperament and ideals of the art, so much so that even while the origins of the tekpi is still hotly debated, the technique employed in Silat Melayu is not, since it is accepted as mostly (if not purely) Melayu in thought and action.

The tekpi is used both as a singular and a double weapon. As a singular weapon, it is used paired with another bladed weapon. In Silat Melayu, the tekpi takes the place of the cumbersome shield in other cultures that don't employ it this way. Therefore, the dominant hand would hold a keris or a parang (I've been told) or in the case of Silat Kuntau Sendeng, a Pedang and a tekpi (this I've seen personally).

In cases where the tekpi is used as twin weapons, one tekpi held in the submissive hand, will act as the defensive (shield) while the other held in the dominant hand will act as the offensive.
In Silat terminology, this is termed Jantan (offensive position) and Betina (defensive position).

In these positions, the Betina will be held in the reverse grip, parrying (not blocking) all incoming attacks, while the Jantan will be held in the outstretched grip as a stabbing and pukulan weapon. In some cases, the Betina will be slightly heavier and the Jantan slightly lighter. It's not even a perceptive problem since most of us have 'softer' left hands than our dominant 'hard' right.

The difference in weight is to balance out the abilities of the two hands, strengthen the left. However, this is an exception and very few silat arts employ this concept anymore. Most
arts use the Jantan and Betina positions interchangeably as in the case of Silat Kuntau Tekpi and Silat Kuntau Sendeng. Therefore, when one is defending, the other is attacking.

This quick change is an extension of the hands' ability to slip between offence and defence, unlike the Keris which depends on the different parts of the weapon to facilitate a defensive or offensive mode.

In very Chinese influenced arts such as the Yunnanese-originated Lian Padukan (there's a great site on it at http://lianpadukan.com please do check it out), the tekpi is held in Jantan-Jantan position, rarely if ever receding to the Betina position. The weapons form is similar to the butterfly knife forms I've seen in Wing Chun (because they're both Southern Chinese styles).

The tekpi is flexible enough to defend against any bladed or blunt weapon. However, its speed and versatility depends largely on the user himself.


Is it used offensively ?


Yes, it is used offensively. The main methods used are Tumbuk (punch), Titik (whipstrike), Pukul (strike), Tikam (thrust), Sebat (whip), Tangkap (trap), Kunci (lock), Patah (break), Hentak (slam), Parang (slash) and so on.

According to my Silat Kuntau Sendeng teacher, guru Jamaludin Shahadan, the Bugis people used to modify their tekpi for war, sharpening the tip of the centre prong to a cone-like shape the length of one jengkal, while the rest of the tekpi remained an octagon shape.

In other cases, the last jengkal on the tekpi actually recedes into a proper blade. Both of these variations are used together with a leather armguard worn on the tekpi hand. Although he has never shown me a sample of this, a couple of years back (it's still around, I can probably get a picture of it to you) we discovered an old tekpi that had this conical shape.

It was a small pair (even I could barely use it, couldn't execute a couple of moves), which seemed strange to me because Bugis are huge-built people. This can only mean that this idea wasn't isolated to Bugis warriors, or there actually was a mini-Bugis warrior running around.


" Are the techniques similar to the use of a golok ? "


I wouldn't know if Malaysian golok techniques are similar to Indonesian style golok techniques since as I understand it, only the Jawa use the golok. Malaysian styles generally resemble Sumatran in technique and temperament.

Most Golok techniques in Malaysia conform to Arabic sword techniques. In Malay they're called Rencong Mengkuang (45 degree uppercut slash), Perpang Gantang (45 degree downward slash), Belah Pinang (a downward centre cut) and Baling Lembing (the thrust). I could be mistaken since most silat use this, but there could also be those that I haven't seen.

Additionally, guru Jamaludin also mentioned that the Madura (very hot-tempered Melayu from Madura) have very high skills in the cabang. I read that the late Donn F Draeger once commented on the Indonesian cabang skill (I don't remember which clan he was referring to) surpassed those of Japanese origin. From the way my teacher tells it, I would suspect it surpasses Malaysian skill as well.



Sources : http://silat-melayu.blogspot.com


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2008 10:26 PM | Show all posts

Balas #194 HangPC2\ catat

Time kasih banyak Hangpc2, banyak info hang baguih2. Aku cukup suka .... buah fikirnya pun menarik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2008 01:38 PM | Show all posts
Sylvia Brooke


The Last Ranee of Sarawak







Last edited by HangPC2 on 20-6-2013 01:02 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2008 01:54 PM | Show all posts
Pedang Melayu











Credit

puaka1665 (pgx.com.my)


Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 12:01 PM | Show all posts
Aku difahamkan di zaman dahulu,seorang pemerintah yang ingin menggunakan gelaran Sultan di alam Melayu ni, baginda mestilah ditabalkan oleh seorang Sultan Melayu yang lain.

Kalau fakta yang aku terima ni tak betul,harap pihak yang lebih arif dapat membetulkan.

Terima kasih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2008 08:30 PM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 31-8-2009 16:34

Buku Busana Melayu khazanah warisan inspirasi Azah






AZAH Aziz menunggu 13 tahun untuk menyempurnakan buku Gaya & Rupa : Busana Melayu.



Kalau ya selasih dandi,
Cendawan tumbuh di atas pintu;
Kalau ya kasihkan kami,
Guntingkan kami sehelai baju.

BEGITU puitis dan tersirat makna yang mendalam dalam pantun empat kerat karya Budayawan Negara, Azah Aziz dalam buku terbaru berjudul `Rupa dan Gaya: Busana Melayu.

Nukilan yang amat besar nilainya dalam memartabatkan fesyen tradisional negara itu telah pun berjaya disempurnakan selepas mengambil masa selama 13 tahun untuk disiapkan.

Kehadiran buku tersebut bukan sahaja membuktikan komitmen Azah sebagai pencinta budaya Melayu tetapi turut mewariskan naskah terbilang buat generasi alaf baru.

Keunikan cita rasa dan tekstil Melayu garapan Azah terungkai indah dalam buku tersebut yang mengandungi ciri-ciri, unsur, sifat, adat resam dan artifak yang memancarkan nilai keindahan warisan orang Melayu sejak zaman silam.

Sebagai penghargaan kepada usaha dan semangat Azah, baru-baru ini telah berlangsung diskusi bicara karya Busana Melayu anjuran pelajar-pelajar Fakulti Sastera dan Sains Sosiol, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Ia dipengerusikan Datuk Prof. Abu Bakar dari Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosiol, Universiti Malaya, sementara ahli panel terdiri daripada Felo Penyelidik Utama, ATMA, Universiti Kebangsaan Malaysia, Ketua Jabatan Seni reka dan Fesyen, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Madya Mohd. Najib Md. Nor dan bekas Naib Canselor Universiti Malaya, Datuk Prof. Dr. Hashim Yaacob.

Datuk Zawiyah telah membentangkan kertas kertas kerja daripada aspek pembukuan, manakala Prof. Madya Najib memperkatakan tentang Busana Melayu.

Sementara Bekas Naib Canselor Universiti Malaya, Datuk Hashim Yaakob dalam kertas kerja bertajuk `Kata dalam Rupa & Gaya: Busana Melayu menjelaskan teruja dengan kelahiran buku tersebut dan menyifatkan antara bahan bacaan terbaik.

Ayat-ayat yang tersusun indah dengan bait kata-kata warisan yang sedap pada pendengaran.

Kandungannya jelas mempamerkan rasa kagum Azah pada busana Melayu bersandarkan kepada pengalaman dan ingatan sejak zaman kanak-kanak, remaja, dewasa hinggalah lanjut usia.

Kenangan yang sayup-sayup itu ada kalanya menjadi rancak dan menyegarkan dalam minda, lantas bersatu menjadi suntikan idea baru untuk dikongsi bersama pewaris generasi masa kini, ujarnya.

Menurut Prof. Hashim lagi, Azah turut mendedikasi buku tersebut kepada ibunya Azizah Jaafar dengan sebaris kata-kata tersirat dan sentiasa dalam ingatan.

Inspirasi Azah lahir kala bersama ibunya yang turut menyintai busana Melayu. Lantas lahirlah sebutan yang jarang disebut sekarang seperti warna yang mengerna atau aneka rona.

Lebih mengasyikkan, tulisan Azah penuh makna tersirat seperti Kalau dilebar sebesar alam, kalau dilipat sebesar kuku. Perhatikan pula ayat ini, Kalau direndam bertambah kering, kalau diampai bertambah basah.

Apa yang disebut Azah itu mempamerkan kehebatan kain yang dihasilkan oleh orang Melayu dahulu amat bermutu tinggi, katanya.

Seterusnya beliau menambah, ketaksuban terhadap fabrik hasil kerja tangan orang Melayu, Azah kongsikan bersama-sama dengan menampilkan pelbagai jenis kain yang menjadi kebanggaan bangsa Melayu.

Azah menampilkan pelbagai jenis songket dan dalam kelompok songket itu pula divariasikan dengan kategori tertentu.

Misalnya songket limar terbahagi pula kepada songket sutera dwi warna corak teluk berantai. Terdapat juga songket bunga tabur dan kain limar sutera warna kesumba.

Lebih menarik, penerangan mengenai jenis kain itu merupakan kesinambungan kepada gambar-gambar yang jelas menampilkan fabrik sebenar.

Misalnya kain cindai, kain punca potong, kain pelangi benang kapas,  dan samarenda. Uniknya pula sehelai kain yang dipamerkan itu diperincikan dengan pembahagian tertentu.

Contohnya sehelai kain yang sempurna sebaiknya mempunyai kepala kain, badan kain, pengapit kepala kain dan tepi kain, ujarnya

Ketelitian hasil kerja Azah berganda apabila turut menampilkan hiasan dan alatan emas dan suasa sebagai pelengkap penampilan.

Bukan perhiasan wanita sahaja ditonjolkan dalam buku ini tetapi hiasan lelaki seperti tengkolok tidak ketinggalan.

Tengkolok yang dipamerkan mengikut rupa dan ikatan dan mempunyai gelaran tertentu. Contohnya tengkolok yang diberi nama Rendam tak sudah direka khas untuk Yang Dipertuan Agong.

Nama lain tengkolok termasuk Helang menyusur angin dan juga mempunyai konsep perkasa atau tengkolok khas untuk hulubalang, ujarnya

Prof. Hashim juga percaya, pembaca akan terus menatap buku `Gaya dan Rupa Busana Melayu kerana Azah bijak memilih perkataan yang eksotik dan mempunyai nilai estetika dalam menggambarkan sesuatu perhiasan.

Misalnya Azah memberi gelaran kepada rambut seperti ikal mayang atau mayang mekar di samping terdapat panggilan tertentu kepada wanita dahulu yang gemar bersanggul lentang.

Sanggul lentang mempunyai pelbagai panggilan termasuk ayam menggeram atau lebah bergantung.

Menariknya ia disertakan pantun yang berbunyi seperti berikut,

Melepuh kakiku terkena tunggul,

Tunggul besar di tengah padang;

Gelusuh hatiku melihat sanggul,

Sanggul besar berbunga goyang.

Azah bukan sengaja mencipta pantun empat kerat seperti khalayak cipta tetapi ciptaannya begitu indah yang mempunyai irama di pangkal, tengah dan hujung.

Pantun begini besar ertinya dan gemilang sifatnya, ia merupakan khazanah warisan yang tidak ternilai buat pewarisnya, pujinya.

Beliau turut melahirkan rasa bangga dan gembira dengan kehadiran buku tersebut dan menganggap buku yang dinukil Azah bagaikan sebutir permata.

Seumpama sama dengan pantun yang dikarang Azah berbunyi,

Kalau tuan pergi ke bendang,

Jangan petik buah rembia;

Tuan Umpama Bulan mengambang,

Cahaya meliput serata dunia.

Menurut Prof Hashim, kandungan buku daripada susunan ayat, iringan gambar, kapsyen, susun letak gambar adalah gilang gemilang dari awal hingga akhir termasuklah kepada pantun akhir yang dilakar indah, bunyinya,

Burung merpati kepak bersilang,

Turun ke bendang makan pagi;

Simpan di peti takutkan hilang,

Baik disimpan di dalam hati.

Buku karya Azah Aziz, Rupa dan Gaya Busana Melayu kini sudah pun terdapat di pasaran dengan harga RM180, berkulit tebal rona merah dan bersepuh keemasan di bahagian tepi setiap helai buku.


- Utusan Malaysia -


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2008 08:33 PM | Show all posts
byk nya info.........  menarik utk di baca...............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2008 12:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 31-8-2009 16:34

Samping songket bezakan pangkat dan kedudukan




Oleh Shaarani Ismail



SEJARAHNYA, ia hanya dipakai golongan bangsawan - keluarga kerabat diraja dan orang besar negeri. Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang pembesar.

Hari ini, pemakainya lebih menyeluruh, tidak terhad kepada kerabat diraja. Cara pemakaiannya juga lebih meluas, bersesuaian dengan majlis begitu juga corak dan motifnya yang semakin kontemporari, sesuai dengan perubahan dan peredaran masa.

Namun, ia tidak bermakna sesiapa saja mahu atau boleh memakai atau memilikinya kerana sejajar sejarahnya, songket masih lagi tergolong sebagai busana warisan yang mahal dan hanya yang berkemampuan, mampu memiliki songket kualiti terbaik.

Semakin tinggi kualiti fabrik dan benang yang digunakan, semakin rumit corak yang dihasilkan, semakin mahal harga songket yang dihasilkan. Ditambah pula faktor kerumitan proses tenunan, lebih-lebih lagi jika ia tenunan tangan. Tidak hairanlah jika harga songket boleh mencecah puluhan ribu ringgit!



Percaya atau tidak, hanya dengan sekali pandang, sudah dapat diagak mahal murahnya songket yang dipakai. Tidak percaya? Cuba anda perhatikan songket atau samping songket yang digayakan rakan, anggota keluarga atau sesiapa saja.

Keunikan corak, kilauan benang emas atau perak pada samping cukup untuk `mengkhabarkan' harga songket.

Kebiasaannya, samping songket tenun Terengganu dijual pada harga sekitar RM250-RM1,000 (untuk bunga corak penuh) dan sekitar RM1,000 hingga RM40,000 bagi songket tenunan sutera yang rumit coraknya serta halus tenunan serta menggunakan fabrik bermutu tinggi.

Pengurus Pemasaran Fatimah Songket, pengusaha songket terkemuka di Terengganu, Mohd Noor Risham Muda, 31, berkata songket berkualiti tinggi yang nilainya mencecah hingga puluhan ribu ringgit masih mendapat permintaan yang menggalakkan.

"Lazimnya ia dibeli oleh kerabat diraja atau orang kenamaan yang mahukan kualiti, ketulenan serta kehalusan seni buatan songket sebagai lambang kemewahan.

"Sama seperti sejarah awal songket berkembang, ia pada mulanya menjadi pakaian kerabat diraja dan orang besar negeri kerana ketika itu motif corak songket membezakan pangkat dan kedudukan pembesar," katanya.

Mohd Noor Risham berkata, mahal atau murah harga songket yang dihasilkan bergantung kepada banyak faktor antaranya jenis fabrik yang digunakan sama ada kapas, sutera atau polyester, jenis benang emas dan perak, corak atau motif serta kepelbagaian warna pada songket yang dihasilkan.

"Proses menenun bukanlah mudah. Ada antara songket yang boleh disiapkan dalam masa seminggu mengikut corak bahkan ada juga yang mengambil masa dua hingga empat bulan untuk disiapkan.

"Justeru anggapan sesetengah pihak bahawa songket terlalu mahal perlu diperbetulkan kerana ia menjalani kaedah yang sangat merumitkan, katanya.

Lebih merumitkan, kata pengasas Fatimah Songket, Fatimah Besar, 50,

proses menyiapkan songket juga bergantung kepada mood penenun. Jika mood baik dan berada dalam keadaan tenang lebih cepat sesuatu tenunan songket dapat disiapkan.

Songket mudah diperolehi di negeri Pantai Timur terutama di Pahang, Kelantan dan Terengganu manakala pasarannya menembusi hampir di seluruh negara, terutama di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, songket Terengganu adalah yang paling popular kerana ia sudah sebati dan sinonim dengan masyarakat Malaysia berikutan kehalusan buatan dan kualitinya. Mungkin kerana faktor inilah, keunikan dan keindahan songket tenunan Terengganu mengindahkan lagu nyanyian Allahyarham Saloma.

Anda? Ada songket? Hargailah ia kerana ia busana warisan Melayu...



7 TEKNIK PEMBUATAN SONGKET


1. Mencelup benang
Benang perlu dibersihkan sebelum dicelup ke dalam pewarna. Benang kemudiannya dikeringkan.

2. Menerai benang
Pelenting yang diperbuat daripada buluh kecil digunakan untuk melilit benang. Proses ini dilakukan dengan bantuan alat darwin dan alat pemutar rahat.

3. Menganeng benang
Proses membuat benang loseng yang diregang di alat penenun bagi menentukan saiz panjang atau jumlah helai kain yang akan ditenun.

4. Menggulung benang
Benang yang diregang di alat menganeng (ianian) digulung dengan sekeping papan loseng.

5. Menyapuk/mengait benang
Kerja menyapuk dilakukan sesudah benang loseng dimasukkan ke dalam gigi atau sikat jentera. Dua urat benang loseng dikaitkan melalui setiap celah gigi jentera.

6. Mengarak benang
Karak dibuat daripada benang asing yang digelung. Benang loseng berangka genap dan ganjil akan diangkat turun naik secara berselang seli ketika menenun.

7. Menyongket benang (selepas graf lukisan motif dilakar)
Proses mereka corak di atas benang loseng dilakukan menggunakan alat yang dipanggil lidi dengan menyongketkan benang loseng sebanyak tiga atau lima lembar sebelum diikat melalui proses ikat butang.

8. Menenun (menggunakan alat tenunan dikenali sebagai kek songket)
Alat torak yang diisi dengan benang pakan atau benang emas, dimasukkan ke kiri dan kanan di celah benang loseng mengikut corak yang ditentukan hingga menjadi sekeping kain. Kain yang sudah siap ini dipotong mengikut saiz.

(Sumber: Fatimah Besar, pengasas Fatimah Songket)


INFO


Corak kain songket lazimnya terdiri daripada susunan bunga penuh, bunga tabur dan susunan bercorak.

Motif yang lazim digunakan adalah pucuk rebung, lawi ayam, tampuk manggis, bunga raya dan selak berantai. Corak abstrak dan corak gabungan antara motif tradisional dan motif moden juga mula menjadi pilihan ketika ini.

Songket juga mempunyai bahagian tertentu iaitu kepala, badan, tepi ibu kepala dan tepi kapit kepala.

Songket juga boleh diserikan dan dikilatkan semula menggunakan kaedah gerus (melicin dan mengilatkan permukaan songket menggunakan kulit siput gewang) supaya ia lebih tahan lama.

Songket tenunan tangan dari Terengganu lebih lembut dan halus berbanding songket buatan mesin yang diimport dari Indonesia, Thailand, India dan Pakistan.



- Berita Harian -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2008 08:28 PM | Show all posts
Tengkolok @ Tanjak @ Destar (Folded Head-dress)






The "tengkolok" is an essential feature of the Malay ceremonial attire for men and is sculptured from woven songket cloth, As the design reflects the status of the wearer, particular styles are created for the different ranks of people. The style is given a name such as "helang menyusur angin", a style depicting a eagle in flight as in this exhibit.




Ayam Patah Kepak


Destar Sultan Perak






Dendam Tak Sudah


Tengkolok DiRaja Negeri Sembilan

Tengkolok Di Pertuan Agong Malaysia

Tengkolok DiRaja Raja Perlis










Belalai Gajah


Negeri Sembilan






Bugis Tak Balik


Sarawak










Cogan Daun Kopi


Negeri Sembilan






Ketam Budu


Destar KDYMM Sultan Negeri Kelantan






Sarang Kerengga


Negeri Sembilan










Helang Menyusur Angin


Destar Sultan Pahang






Putera Kayangan


Tengkolok DiRaja Raja Perlis






Temenggong


Destar Sultan Johor






Mumbang Belah Dua


Perak







Dendam Berahi






Helang Menyambar






Kacang Dua Daun






Kacang Sehelai Daun






Sekelongsong Bunga






Setanjak Raja Muda







Sudu Itik


Kedah

Tanjak Silat Cekak Hanafi




[ Last edited by  HangPC2 at 18-11-2008 11:59 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2008 12:23 PM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 31-8-2009 16:35




Gambar ini diperolehi dari Lopo Homen Atlas 1518
Ukuran tertinggi kapal Melayu yang telah di kumpulkan dari berbagai sumber adalah seperti berikut:
Panjang: lebih 200 kaki
Saiz: lebih 2,000 tan
Anak kapal (tanpa penumpang): 700
Jumlah tiang layar: 7



http://www.upf.es/materials/huma ... irtuals/adshead.htm


The report of the Chinese ambassador to Cambodia in 260, Kang Tai, referred to Great junks with seven sails, belonging to a Malayan or Indonesian state, which voyaged from the Far East to the Roman empire....


http://depts.washington.edu/silkroad/texts/weilue/appendices.html


Chinese sources describe the colandiophonta in more detail, under the name of Kun-lun po, and confirm that they were indeed exceptionally large. Some of them could be over 200 feet long, and carry six or seven hundred men

Memandangkan tiada bukti kukuh yang dapat mengesahkan kewujudan kapal besar dari rantau lain, dapatlah disimpulkan bahawa bangsa Melayu adalah yang pertama sekali membina kapal besar (1,000 tan ke atas) bermula dari kurun pertama masehi. Pada kurun ketiga pula kapal 7 tiang yang boleh dianggarkan melebihi 2,000 tan muncul dari dunia Melayu


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2009 12:37 PM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 31-8-2009 16:25

Strange marriage customs



Wednesday March 22, 2006




By MUAMMAR KAMARUDDIN



CAN you restrain yourself from clearing your bowels or urinating for three days and nights?

If your answer is in the negative, forget about getting married to any member of the Tidong community who live in Sandakan, Sabah.





A Tidong couple at the marriage ceremony in Sungai Tiram, Sandakan, recently.


Tradition has it that members of this community, who originated in Kalimantan, Indonesia, prohibit newly-married couples from clearing their bowels or urinating for three days and nights, or from leaving their house during this time.

This tradition will have remained unknown to people outside the community had it not been for the Culture, Arts and Heritage Ministry, which took the initiative to reveal this strange custom through its Marriage Customs Manifestation Programme in Sungai Tiram, Sandakan, recently.

Included in the programme were cultural dances of the Suluk, Tidong, Sungai and Kagayan ethnic groups and their marriage ceremonies.

Explaining the custom, Sungai Tiram Tidong community head Marukin Dollah, 72, said it was the community's belief that those who breached the custom might suffer a broken marriage, infertility or death of their children at a young age.

He said, to ensure the couple passed the test, several people would keep watch over them and they would be fed only a minimal amount of food and drink.

The couple is then be bathed after the three-day period.





The radiant faces of a newly-married Tidong couple.


Before the marriage, the bridegroom is carried on a sailboat shaped stretcher to the brides house.

Marukin said the wedding ring was not slipped on the brides finger by the husband-to-be, but instead by his mother.

In the case of the Suluk community, the engagement period takes not more than a week and the bride is not allowed outside the house during that period.

Sandakan's Suluk community head Mustaffah Mohd Hassan, 41, said the short engagement period was to avoid untoward incidents.

Another important factor for the Suluk was perfect timing, and any bridegroom who arrived late would have to pay a fine, which usually took the form of a ring, he said.

Before the marriage, the bridegroom is not allowed to see the face of the bride until he sings several love songs. A curtain which separates them is then raised and the couple can then see each other on the dias.

The ministrys Secretary General Datuk Siti Azizah Abot, who represented Minister Datuk Seri Rais Yatim at the launch of the programme, said the programme would be extended to other states.


- Bernama / The Star -


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2009 04:30 PM | Show all posts
sapa-sapa tahu atau ada info berkaitan kasut/selipar/capal/ melayu silam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2009 09:20 AM | Show all posts
Hidup tanpa nyawa



Oleh FATIMI NADIAH ZAINUDEEN



Kalau keris dibuat hanya sebagai senjata, tidak mungkin ia dibuat seindah ini, kata Mohd. Noordin Ab. Hamid. Apakah keindahan yang dimaksudkan itu hanya bersifat fizikal semata-mata ?





MOHD NOORDIN menganggap keris sebagai sahabat karibnya.



KALAU ke mana pun saya pergi saya akan bawa sebilah keris bersama. Saya akan pakai pada badan atau letak di dalam kereta.

Ia tak semestinya kelihatan pada mata orang ramai, ujar pengumpul dan perunding keris dan senjata Melayu lama, Mohd. Noordin Ab. Hamid, 58.

Kenyataan ini bukan dilahirkan 50 tahun yang lampau mahupun pada era Laksamana Hang Tuah, tetapi sebaliknya baru-baru ini di pekarangan Muzium Negara di Kuala Lumpur. Katanya lagi, kalau tidak ada keris di sisi, hidupnya terasa sunyi.

Keris ini sudah seperti keluarga kerana saya kenal dan selalu membelainya. Ia juga kenal saya. Bagi saya keris ialah kawan dan kami banyak Ierinteraksi, kata Mohd. Noordin sambil menunjukkan keindahan kraf buatan tangan itu.

Menyedari kisah keris yang mudah mengundang pandangan negatif, terutama jika menyentuh tentang cara penjagaannya yang kelihatan seperti satu bentuk pemujaan, Mohd. Noordin pantas menjelaskan, keris diperbuat daripada besi yang mempunyai getaran sendiri, sama seperti unsur semula jadi lain iaitu tanah, air, api dan angin.

Sudah terbukti secara saintifik bahawa unsur-unsur semula jadi ini mempunyai getaran yang kita sebut sebagai semangat.

Kalau untuk keris semangat ini kita namakan myor. Keris-keris ini hidup, biarpun bukan bernyawa, tambah anak jati Kelantan ini.





CARA yang salah untuk memakai keris. Bahagian sampir dan ekor cicak sepatutnya berada pada arah sebaliknya.


Mohd Noordin pernah menjadi hakim bagi pertandingan keris cantik yang pernah dianjurkan bersama Persatuan Seni Purba dan Kraftangan Negeri Kelantan dan Selangor.

Tambahnya, dalam sesebuah pertempuran, keris mempunyai keupayaan untuk memelihara tuannya daripada tercedera. Mohd. Noordin merujuk pengalamannya melihat seorang rakannya yang cuba menembak sebelah lagi tangannya sendiri yang memegang keris.

Jelasnya: Pistol itu tidak mahu meletup, sedangkan sebelum itu pistol itu dapat berfungsi dengan baik.

Kata Noordin, yang mewarisi sebahagian besar koleksi senjata lama daripada bapanya yang merupakan seorang hulubalang, keris yang serasi dengan pemakai mempunyai getaran yang positif. Jika dipakai ketika bersosial, maka ramailah yang mudah mesra dengannya.

Jika ada musuh menghampiri, mudah juga orang itu menyerah kepadanya. Dek kerana getaran itu jugalah keris diberi peranan melebihi sebagai satu senjata.

Ada juga kepercayaan bahawa keris yang mempunyai getaran yang positif (serasi) dapat membantu meningkatkan perniagaan, selain menyumbang kepada kesihatan si pemakai.

Tetapi jika tidak serasi, sama seperti kita tersalah makan ubat, atau memakai kasut saiz yang salah, ia membawa mudarat atau makan tuan, ujar bapa kepada empat orang anak ini.

Mungkin bersandarkan alasan itu jugalah golongan bomoh menjadikan senjata lama itu sebagai bahan dalam perawatan.

Setiap kali ditanyakan tentang kesyirikan, Mohd. Noordin menyeringai tersenyum.

Beginilah. Saya jelaskan dengan lebih terperinci. Keris dijaga dengan membersihkannya dengan limau kerana asid di dalam jus limau dapat membuang karat, katanya.




HULU keris mewakili negeri dan negara tempat ia dihasilkan.



Keris yang sudah dimandikan tidak pula dijemur sebaliknya diperasapkan kerana karbon dalam asap daripada bara api dapat membantu mengawet matanya.

Tambahan pula bara api mempunyai hubungan yang rapat dengan mata keris kerana keris dibentuk menggunakan api.

Memperasap dengan bau-bauan seperti kemenyan atau minyak atar mahupun aromaterapi pula hanyalah untuk memberi bau yang enak agar setiap kali keris dikeluarkan daripada sarungnya, ia berbau wangi dan menyenangkan sesuai untuk dipakai ketika bersosial.

Ada juga yang menggunakan minyak untuk memelihara mata keris daripada berkarat. Maklumlah, hinanya besi kerana karat, jelasnya panjang lebar.

Sambung Mohd. Noordin, kesyirikan timbul apabila ada pihak yang melakukan proses pemeliharaan dengan hanya menurut secara membuta tuli.

Sedangkan setiap langkah yang diambil mempunyai penerangan yang bersifat saintifik.

Ilmu keris itu penting. Jangan hanya tahu memiliki atau memakai keris. Biarlah ada ilmu yang menyeluruh tentangnya supaya tidak terbawa-bawa atau keterlaluan dalam mempercayai kelebihan satu-satu keris.

Jangan sampai ia menjadi satu bentuk pemujaan,pesannya yang pernah berguru dengan tujuh orang guru keris, kesemuanya di Kelantan.

Menyimpan lebih 280 bilah keris di rumah, jelas Mohd Noordin, pemakaian keris juga seperti memadankan baju dengan seluar untuk berlainan acara.

Kalau untuk bersosial, berniaga, bertempur atau menghadiri majlis rasmi seperti pertabalan dan sebagainya, ada jenis-jenis kerisnya.

Pilihan dibuat sama ada dengan merujuk jenis bahan dan bentuk atau potongan matanya. Keris untuk bertempur lazimnya lurus dan tidak berluk.

Tetapi kalau pemakainya seorang lelaki yang budiman, dia akan tetap pakai yang berluk, seumpamanya masih mahu berunding dan tidak terus mahu bertempur, jelas Mohd. Noordin.

Ada antara pemimpin kita yang pergi ke majlis pertabalan tetapi kerisnya dipakai dengan cara yang salah. Ia hanya menunjukkan mereka tidak mempunyai ilmu tentang keris.

Seorang raja atau sultan akan memakai keris dengan hulunya menghadap ke luar kerana ia melambangkan kedaulatannya.

Sedangkan seorang yang pergi menghadap sultan perlu memusingkan hulunya agar menghala ke dalam.

Bagaimanapun, bagi pengantin lelaki, hulunya sepatutnya dihalakan keluar kerana pada hari itu dialah raja, kata Mohd. Noordin sambil menunjukkan beberapa cara keris dipakai secara salah.

Kalau hendak bertempur, bahagian ekor cicak (pada ganja) sepatutnya menghala keluar kerana jika musuh menepis keris itu, ekor cicak itu dapat mencederakan musuh dan mungkin juga dapat mematahkan serangan musuh.

Tambahan pula dalam ilmu persilatan, jari kel1ngking merupakan titik kelemahan dan ekor cicak dapat memelihara titik itu, sambungnya yang menjelaskan hulu keris boleh dipusing kerana dipasang longgar.

Tujuan ia dibiar longgar adalah supaya ia dapat dicabut daripada puting untuk membolehkan kerja pembersihan dilakukan dengan baik tanpa merosakkan hulunya.





- Kosmo -

Last edited by HangPC2 on 20-6-2013 01:03 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2009 08:03 PM | Show all posts
2009 Muzium Negara - Pameran Senjata Tradisional













Sources : http://gayong-polimas.blogspot.com/


Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2009 11:27 PM | Show all posts
salam kengkawan..
maaf la kalo sy salah board

sy ada kwn yg sedang mencari peminat/pengumpul brg2 'lama' seperti sebutir telur TEMBAGA(besar bola golf) yg ditulis kalimah disekelilingnya,sebuah plat tembaga sebesar setem juga terdapat kalimah2 suci diatasnya.

barang2 ini adalah kepunyaan ayah beliau yg mana sudah tak berminat nk menyimpannya.jadi kalau ada kenalan yg berminat bgtau sy k:handshake:
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 04:09 PM | Show all posts
Berpakaian Melayu lengkap dengan keris ni memang buat pemakainya nampak hensem.

Tapi zaman sekarang kalau kuar gi town pakai keris kat pinggang,sesilap orang antar kita gi spital tanjung rambutan la pulak...hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-4-2009 10:59 AM | Show all posts
Keris Semenanjung



Pengenalan & Kegunaan


Keris adalah sejenis senjata warisan budaya orang melayu. Keris melambangkan pakaian raja-raja melayu Pembesar-pembesar negeri, golongan bangsawan, pahlawan dan rakyat.













Sources : http://keris-tanjak.blogspot.com/




[ Last edited by  HangPC2 at 8-4-2009 12:05 ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2009 01:09 PM | Show all posts
Senjata-senjata Tradisional Melayu Kedah



Badik







Beladau





Cenangkas





Gedubang Aceh





Golok Perak





Kapak Kecil





Kelewang





Keris Bali





Keris Bugis





Keris Jalak Betina





Keris Jalak Jantan





Keris Kepicit Berlok





Keris Panjang Sumatra





Keris Semenanjung





Lawi Ayam







Parang Candong





Parang Lading





Pedang (Negeri Kedah)





Pisau Sonak Udang





Tumbok Lada





Tumbuk Lada Burung Serindik





Wali Betina





Wali Jantan









Sources : http://memori-kedah.net/



[ Last edited by  HangPC2 at 10-4-2009 19:30 ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2009 01:58 PM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 4-2-2006 11:01


Ruper Sebenar Melayu berkulit Sawo Matang...

http://img135.imageshack.us/img135/2358/sciencesocietypicturelibrary10.th.jpg

Wanita Melayu ''Lewat Abad ke 19,Awal Abad Ke 20..


kalau rupa sebenar berkulit sawo matang camna blh ramai mlayu berkulit putih?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2009 05:27 PM | Show all posts

Reply #219 zahirbatin's post

orang melayu ada 3 Jenis warna kulit


Dark Brown (Kulit Asal)  / Light Brown (Kacukan) / Brown Yellow (Kacukan)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.234208 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list