CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 13217|Reply: 20

Apa itu hak kanak-kanak? / Akta kanak-kanak

[Copy link]
Post time 3-4-2006 03:18 PM | Show all posts |Read mode
terbaca artikel nih tadi, so dok tertanya2 jugak apa yang dimaksudkan dgn hak kanak-kanak? kalau kita abaikan, kita dikira melanggar peraturan/undang-undang? apa tindakan yang akan diambil?

[ Last edited by  Syd at 29-7-2007 02:53 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-4-2006 03:22 PM | Show all posts
Masyarakat masih kurang sedar hak kanak-kanak

MELAKA 2 April - Yang Dipertua Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM), Tan Sri Zaleha Ismail berkata, tahap kesedaran rakyat negara ini khususnya ibu bapa terhadap hak kanak-kanak masih kurang.

Menurutnya, perkara tersebut menyebabkan berlaku pelbagai kes pencabulan hak kanak-kanak selain penderaan dan jenayah seksual lain.

``Jika kita bertanya secara umum kepada orang awam, ramai yang tidak tahu tentang hak kanak-kanak, malah mungkin ada antara kita yang tidak tahu, kanak-kanak berhak diberi nama yang mempunyai makna yang baik,'' kata beliau.

Zaleha berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup Forum Kanak-Kanak sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia di sini hari ini.

Majlis anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu dihadiri 176 pelajar sekolah menengah dari Melaka dan Negeri Sembilan.

Menurut Zaleha, ibu bapa perlu menerangkan kepada kanak-kanak mengenai hak mereka sejak dari kecil lagi.

Katanya, ini penting kerana kanak-kanak pada waktu itu masih tidak boleh berdikari dan memerlukan bimbingan daripada orang dewasa khususnya ibu bapa mereka.

``Pada usia seperti ini mereka masih mentah dan belum dapat membezakan perkara yang betul atau salah, justeru pada tahap ini bimbingan amat penting bagi memastikan mereka tidak terdedah dengan perkara yang merosakkan minda,'' jelas beliau.

Zaleha menambah, guru-guru pula menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memainkan peranan penting dalam mendedahkan hak dan tanggungjawab kanak-kanak ketika di sekolah.

``Guru dan kaunselor sekolah seharusnya sedar, kanak-kanak tidak berani dan tidak tahu untuk meluahkan perasaan, jadi mereka memainkan peranan untuk menerangkan kepada kanak-kanak mengenai hak untuk berbuat demikian,'' katanya.

Beliau memberitahu, masyarakat kerap beranggapan kanak-kanak tidak layak bersuara dan pandangan mereka tidak perlu diambil kira.

``Pandangan itu salah, malah sikap ini sebenarnya yang menyebabkan berlakunya jenayah seksual ke atas kanak-kanak apabila mereka tidak diajar untuk berkata `tidak' terhadap sesuatu permintaan atau ajakan,'' tegasnya.

Tambah beliau, jika hak mereka tidak diberikan sejak kecil, apabila dewasa kanak-kanak cenderung melakukan perkara yang sama kepada anak-anak mereka kelak.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2006 05:37 PM | Show all posts
ibu dan bapa memainkan peranan penting...kalau boleh biar anak kita express feeling depa.. bukan apa.. isif rasa kita patut memahami perasaan kanak-kanak jugak.. kanak-kanak nih kadang2 fikiran depa beyond our mind..jd pandai2 kita meneka apa dalam hati dan fikiran depa...

setakat nih isif rasa alhamdulillah anak isif dah pandai express feeling..kalau melampau sangat..biasanya isif akan main "tarik tali" meaning guna psikologi..bergantung pada kes laa.. hopefully dia membesar jd org yg independent, tahu berfikir and sensitif dgn perasaan org lain...

utk kasi dia sensitif kita sebagai ibu bapa mesti sensiif dg dia jugak tp awas jgn sampai pijak kepala sudah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2006 05:44 PM | Show all posts
yang nih relevan tak?

Unit Perkhidmatan Kanak-Kanak, Advokasi dan Kaunseling
  PERKHIDMATAN LUAR

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2006 05:44 PM | Show all posts
PERKHIDMATAN MENGANGKAT ANAK

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG

Perkhidmatan Mengangkat Anak adalah suatu perkhidmatan yang dikendalikan dengan tujuan untuk mengawal selia kes-kes permohonan mengangkat anak berdasarkan kepada peruntukan undang-undang sebagaimana dikanunkan di dalam;

      * Ordinan Mengangkat Anak 1960 (Adoption Ordinance 1960) dan

      * Peraturan-peraturan Mengangkat Anak 1961 (Adoption Rules 1961)


PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

Pada kebiasaannya dalam sesuatu permohonan di Mahkamah Tinggi, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah akan dilantik oleh mahkamah sebagai penjaga (guardian ad litem) untuk mengawal selia dan dipertanggungjawabkan menjamin keselamatan dan kesejahteraan anak yang hendak diangkat selain dipertanggungjawabkan untuk menyediakan 'Laporan Sulit' berdasarkan Peraturan 9, 'Peraturan-peraturan Mengangkat Anak 1961'.


Adalah menjadi dasar jabatan untuk memberikan keutamaan terhadap sesuatu permohonan agar kebajikan anak angkat dan masa depannya diberikan perhatian.



PERMOHONAN

Permohonan Melalui Mahkamah Tinggi

    *
      Permohonan untuk mendapatkan Perintah Mengangkat Anak adalah dengan cara memberi notis bertulis kepada Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah tentang niatnya (pemohon)  berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 4 (6)(b) Ordinan Mengangkat Anak 1960.   
    *
      Pemohon hendaklah memfailkan permohonannya di mana-mana Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Sabah dengan menggunakan Borang 1 sebagaimana dinyatakan di dalam Peraturan 4, 'Peraturan-peraturan Mengangkat Anak 1961'.   
    *
      Pemohon dan semua yang terlibat hendaklah menghadiri perbicaraan (pendengaran kes) apabila dikehendaki oleh mahkamah.        

Permohonan Melalui Mahkamah Tinggi

    *
      Permohonan untuk mendapatkan Perintah Mengangkat Anak adalah dengan cara memberi notis bertulis kepada Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah tentang niatnya (pemohon)  berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 4 (6)(b) Ordinan Mengangkat Anak 1960.   
    *
      Pemohon hendaklah memfailkan permohonannya di mana-mana Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Sabah dengan menggunakan Borang 1 sebagaimana dinyatakan di dalam Peraturan 4, 'Peraturan-peraturan Mengangkat Anak 1961'.   
    *
      Pemohon dan semua yang terlibat hendaklah menghadiri perbicaraan (pendengaran kes) apabila dikehendaki oleh mahkamah.   

Permohonan Melalui Mahkamah Anak Negeri

    *
      Permohonan untuk mendapatkan Perintah Mengangkat Anak melalui Mahkamah Anak Negeri hendaklah mengikut peruntukan Seksyen 22 'Ordinance Mengangkat Anak 1960'.
    *
      Pemohon hendaklah memfailkan permohonannya di Mahkamah Anak Negeri yang berhampiran.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2006 03:28 PM | Show all posts
Henti diskriminasi kanak-kanak


PRESIDEN Rumah Wake, Catherine Imbam menegaskan diskriminasi ke atas kanak-kanak HIV/Aids perlu dihentikan segera terutama dalam soal mendapatkan hak belajar di sekolah.

Beliau berkata, kanak-kanak berkenaan sudah cukup menanggung derita akibat pelbagai diskriminasi oleh masyarakat yang 慴uta
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-7-2006 03:57 PM | Show all posts
sebuah artikel lama

Persekitaran mesra untuk kanak-kanak
Oleh: ROSLAH OTHMAN
SEBAGAI pewaris masa depan negara, golongan kanak-kanak sewajarnya mendapat jaminan untuk hidup dan membesar dengan sempurna bagi memastikan mereka mampu muncul sebagai generasi yang berdaya tahan, progresif, berakhlak mulia sihat dari segi fizikal dan mental.

Ini kerana, generasi yang membesar dan memiliki sifat-sifat sedemikian sahajalah yang mampu untuk menyumbangkan sesuatu yang bermakna kepada negara.

Ke arah memastikan tercapainya hasrat tersebut, persekitaran yang sihat dan selamat haruslah disediakan kepada golongan ini.

Dalam lain perkataan, persekitaran yang menjamin kualiti hidup haruslah diwujudkan dalam masyarakat bagi memberi ruang kepada mereka membesar dengan sempurna. Biarpun kepesatan pembangunan dan kemajuan se-ring diiringi dengan pelbagai gejala negatif, tetapi itu tidak seharusnya dibiarkan jika kita mahu melihat generasi yang sedang membesar ini muncul sebagai mutiara yang berharga pada masa akan datang.

Justeru, di sebalik keghairahan mengejar kemajuan dan pembangunan, ia perlu diseimbangkan dengan usaha mewujudkan sebuah persekitaran yang boleh meningkatkan lagi kualiti hidup.

Amat bertepatan sekali apabila sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia bagi kali-46 pada hari ini memilih ungkapan 'Menjelang Alaf Baru: Ke Arah Persekitaran Mesra Kanak-Kanak' sebagai temanya. Tema ini sewajarnya mengundang rasa prihatin semua pihak untuk sama-sama berganding bahu mewujudkan sebuah persekitaran yang cemerlang serta menjamin kualiti hidup yang unggul. Dengan pemilihan tema ini juga, masyarakat keseluruhannya harus menyedari bahawa menjadi tanggungjawab semua memastikan segala tindakan dalam mengejar kemajuan dan pembangunan tidak mewujudkan persekitaran yang tidak sihat khususnya untuk kanak-kanak.

Demi memastikan kualiti hidup terus terpelihara, maka kualiti persekitaran juga haruslah diutamakan dalam setiap perancangan dan tindakan yang dilaksanakan. Apatah lagi dalam negara menuju Wawasan 2020, memerlukan dukungan generasi yang sihat dan berkualiti. Oleh itu usaha menyediakan persekitaran yang cemerlang kepada kanak-kanak perlu digerakkan daripada sekarang.

Sambutan kali ini amat bermakna dan istimewa kerana ia bukan sahaja sambutan penutup bagi alaf ke-20 tetapi lebih manis lagi apabila Raja Permaisuri Tuanku Siti Aishah berkenan merasmikan majlis di Stadium Badminton, Cheras, Kuala Lumpur.

Pengarah Ehwal Perlindungan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lai Poh Guat, ketika ditemui Utusan, berkata setiap tahun satu tema penting diketengahkan kepada masyarakat untuk dihayati dan dilaksanakan bersama. Tema yang dipilih adalah berdasarkan isu penting pada tahun tersebut. Adalah diharapkan tema tahun ini akan dapat menggalakkan semua lapisan masyarakat memainkan peranan untuk menjadikan persekitaran mereka terutama di bandar lebih mesra kepada kanak-kanak.

Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia mempunyai dua objektif utama iaitu merupakan penghormatan dan pengiktirafan masyarakat terhadap kanak-kanak dan hak mereka serta menyedarkan masyarakat bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk memelihara hak dan masa depan kanak-kanak.

Mengenai kerjasama pelbagai pihak dalam usaha menanamkan kesedaran terhadap kepentingan persekitaran dalam proses perkembangan dan pembangunan kanak-kanak, Lai berkata sejak awal lagi banyak seminar mengenai kepentingan mewujudkan persekitaran yang mesra telah diadakan. Aktiviti tersebut diadakan bagi menyedarkan masyarakat bahawa dalam mengharungi arus pemodenan yang pesat ia perlu seiring dengan kepentingan untuk mendapatkan kualiti hidup yang baik. Tegas Lai, pembangunan yang pesat sebenarnya turut memberi kesan kepada kualiti hidup kanak-kanak yang secara tidak langsung terdedah kepada pencemaran dan kesesakan lalu lintas hingga menjejaskan tahap kesihatan mereka. Ini sudah tentu akan menjejaskan kualiti hidup generasi pewaris negara ini.

Hal ini, jika tidak diambil perhatian akan memberikan impak kepada masa depan negara kerana di tangan generasi inilah akan diserahkan tanggungjawab memacu kegemilangan negara pada suatu hari kelak.

Sewajarnyalah mereka yang bakal menerajui negara di hari muka merupakan mereka yang cemerlang dan terbukti kualitinya dalam segenap perkara.

Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dalam menghargai dan memulihara persekitaran untuk kesejahteraan hidup kanak-kanak, Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia (MKKM) dengan kerjasama Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) telah menghasilkan buku memperkatakan idea-idea untuk tindakan ke arah mewujudkan persekitaran mesra kanak-kanak di kalangan masyarakat yang mudah dilaksanakan oleh mereka. Idea-idea meliputi soal-soal keselamatan termasuk keselamatan kanak-kanak di jalan raya, keselamatan di rumah, kesihatan fizikal, penjagaan kanak-kanak dalam bandar raya khusus bagi ibu bapa bekerja dan penyertaan kanak-kanak dalam pelbagai aktiviti berkaitan dengan hal ehwal kehidupan mereka.

Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan oleh Kajian Kependudukan dan Keluarga Malaysia pada 1984/85 yang dilakukan oleh Jabatan Statistik menunjukkan 70.8 peratus datang daripada keluarga kecil manakala selebihnya 29.2 peratus mereka yang datang daripada keluarga luas.

Manakala jumlah isi rumah pula telah mencatatkan peningkatan sebanyak 3.4 peratus setahun antara tahun 1970 hingga 1990.

Angka ini lebih tinggi berbanding kadar pertumbuhan penduduk negara yang hanya mencatat 2.4 peratus setahun dalam tempoh itu. Trend ini amat ketara bagi kawasan bandar yang telah mencatatkan pertambahan jumlah isi rumah dalam kadar 6 peratus setahun untuk tempoh tersebut.

Pada tahun 1970 jumlah isi rumah di kawasan bandar hanya 0.48 juta dan telah meningkat kepada 1.5 juta pada tahun 1990.

Ini sekali gus mencetuskan pelbagai masalah seperti pencemaran dan kesesakan yang turut memberikan impak kepada kualiti hidup di kawasan itu. Sejajar dengan pertumbuhan jumlah isi rumah ini, usaha meningkatkan kemudahan dan memastikan persekitaran terus unggul tanpa terancam perlulah digiatkan. Ini bagi memastikan masyarakat terutamanya kanak-kanak tidak diancam oleh natijah yang buruk ekoran perubahan semasa.

Menurut Lai, kerajaan perlu menyediakan kemudahan yang baik dan berkualiti demi kelangsungan hidup dalam suasana yang sihat dan selamat. Persekitaran yang bukan sahaja indah di mata, tetapi selamat haruslah diwujudkan bagi mengelakkan timbulnya perkara-perkara yang tidak diingini, di samping memastikan keselesaan hidup dapat dinikmati.

Dalam isu persekitaran, buku tersebut turut menyentuh mengenai hak kanak-kanak dengan membincangkan empat perkara utama yang dianggap wajar diberi kepada kanak-kanak iaitu:-

* Kehidupan

Misalnya kanak-kanak berhak mendapat apa yang diperlukan olehnya sejak lahir seperti susu ibu, pemakanan yang seimbang dan kasih sayang.

* Pembangunan

Meliputi pembesaran, perkembangan fizikal serta mental dan moral yang murni dengan adanya Akta Taman Asuhan 1984 dan Akta Pusat Jagaan Kanak-kanak 1993. Kedua-dua akta ini telah menetapkan piawaian minimun untuk pusat penjagaan yang telah dikuatkuasakan oleh JKM bertujuan memastikan kanak-kanak di bawah empat tahun melalui perkembangan menyeluruh termasuk mental, fizikal dan intelek.

* Perlindungan

Iaitu memberi fokus mengenai perlindungan daripada sebarang pengabaian, kekejaman, eksplotasi dan buruh kanak-kanak.

* Penyertaan

Kanak-kanak juga digalakkan mengambil bahagian dalam perkara-perkara yang ada kaitan dengan hal ehwal mereka.

Untuk itu, kementerian mula melibatkan kanak-kanak dalam seminar atau bengkel dengan mengambil kira pandangan dan pendapat kanak-kanak ketika membuat rumusan.

Keempat-empat perkara ini amat penting dan seiring dengan rumusan yang telah dipersetujui dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak yang telah diterima dengan rasminya oleh Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ke 44, pada 20 November 1989.

Secara umumnya kata Lai, Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak berhasrat mendorong kerajaan lebih bertanggungjawab dan menumpukan usaha memberi perlindungan kepada mangsa eksploitasi, memulih dan membina maruah mangsa penganiayaan serta mengintergrasikan mereka semula dalam masyarakat. Kerajaan menerima secara dasar peruntukan ini selaras dengan Perlembagaan, Undang-Undang Negara dan Dasar Kerajaan.

Menceritakan sepintas lalu sejarah perayaan Hari Kanak-Kanak Sedunia, Lai berkata pada tahun 1952, Kesatuan Antarabangsa Kebajikan Kanak-Kanak telah mengesyorkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hasrat untuk menyambut Hari Kanak-Kanak Sedunia.

Pada bulan Oktober 1953, kesatuan telah menaja sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia yang pertama melibatkan 40 buah negara.

Ekoran daripada sambutan itu, Perhimpunan Agung PBB dengan sebulat suara mengiktiraf perayaan ini pada 14 Disember 1954 dan UNICEF telah dipertanggungjawabkan untuk memperluaskan sambutan ke seluruh dunia. Pada 20 November 1959, PBB telah mengisytiharkan Hari Kanak-Kanak Sedunia dan meminta semua negara merayakannya setiap tahun sebagai a day for world wide fraternity and understanding among children.

Kini katanya, sebanyak 150 buah negara turut menyambut perayaan tersebut. Penyertaan ini membuktikan keprihatinan masyarakat antarabangsa terhadap kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak.

Mulai 1995, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengambil alih tanggungjawab daripada Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) yang sebelum ini menganjurkan perayaan itu sejak 1960. Acara kemuncak pada sambutan ini ialah penganugerahan Tunas Jaya Kebangsaan dan Kanak-Kanak Khas Terbaik sebagai satu bentuk galakan kepada setiap kanak-kanak supaya berusaha gigih sehingga mampu mencapai kejayaan seperti tokoh-tokoh terkenal. Hari ini, Tuanku Siti Aishah berkenan melancarkan laman web mengenai persekitaran mesra kanak-kanak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2006 04:42 PM | Show all posts
pun sebuah artikel lama

Wan Chak : anak-anak perlu makanan seimbang

SALAH satu daripada kandungan konvensyen mengenai hak kanak-kanak yang telah diterima pakai oleh Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 20 November 1989 ialah mengambil kira soal perlindungan dan menjaga kepentingan kanak-kanak.

Hak Kanak-kanak yang dinyatakan antaranya meliputi hak mereka untuk mendapat kasih sayang, pendidikan dan pemakanan seimbang.

Dalam hal berkaitan pemakanan, kanak-kanak di peringkat bayi lagi berhak mendapatkan bekalan makanan daripada susu ibu mereka sendiri.

Seterusnya, berhak mendapatkan makanan seimbang yang disediakan oleh ibu bapa mereka bagi membantu proses pembesaran, perkembangan mental, fizikal dan sahsiah.

Pemakanan seimbang amat penting dalam perkembangan hidup seseorang manusia, sama ada kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Makanan yang seimbang dan berkhasiat penting untuk kanak- kanak yang sedang bersekolah agar mereka sentiasa aktif dan bertenaga untuk menghadapi pelajaran ketika kelas sedang berlangsung ataupun ketika mengulang kaji pelajaran.

Ini diakui oleh Pengurus Dietetik & Sajian Makanan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Wan Chak Pa' Wan Chik, bahawa kanak-kanak yang tidak mendapat makanan seimbang akan cepat mengantuk dan tidak secergas rakan-rakan yang mendapat secukupnya zat-zat tambahan dalam pemakanan harian mereka.

Menurutnya, amalan pemakanan yang tidak seimbang akan menjejaskan perkembangan mental, fizikal dan emosi kanak- kanak terutamanya yang berada di bawah enam tahun. Ini kerana di peringkat usia tersebut perkembangan dan tumbesaran dalam diri kanak-kanak berlaku dengan begitu pesat berbanding kanak-kanak dewasa.

Dalam hal ini katanya, kanak-kanak perlu mendapat cukup zat makanan seperti protein, karbohidrat, vitamin dan garam mineral.

''Pemahaman terhadap pemakanan yang seimbang harus ada diketahui ibu yang biasanya menyediakan makanan untuk anak-anak. Dengan ini mereka dapat menanamkan sifat suka makan makanan yang berkhasiat di kalangan anak-anak,'' katanya ketika ditemui Keluarga baru-baru ini.

Atau dalam lain perkataan, kata Wan Chak seorang ibu itu perlu mempunyai pengetahuan tentang pemakanan berkhasiat yang bersesuaian dengan usia dan aktiviti si anak.

Ibu perlu memperkenalkan anak dengan makanan-makanan yang berkhasiat khusus untuk membantu tumbesaran mereka. Sebaliknya tidak mendedahkan anak-anak dengan makanan ringan yang mengandungi banyak gula dan garam.

Ibu bapa juga katanya, tidak seharusnya mengamalkan sikap suka memberi wang belanja sekolah yang banyak kerana makanan yang dibeli di sekolah atau luar sekolah belum tentu dapat mengisi keperluan pemakanan seimbang kanak-kanak.

Seelok-eloknya katanya, si ibu menyediakan bekalan makanan ke sekolah.

''Dengan cara ini ibu dapat mengawasi pemakanan anak-anak mereka yang sedang melalui proses tumbesaran dengan pesat,'' ujarnya.

Kanak-kanak yang sedang membesar perlu mendapatkan sajian seimbang piramid makanan sihat yang dibahagi kepada tiga kumpulan.

Kumpulan pertama ialah buah-buahan dan sayuran-sayuran yang perlu diambil dalam jumlah yang banyak. Kumpulan kedua yang terbahagi kepada dua kumpulan iaitu protein dan karbohidrat perlu diambil secara sederhana.

Manakala kumpulan ketiga yang perlu dikurangkan dalam pengambilan ialah sumber daripada gula, lemak dan garam.

Menurutnya, sumber karbohidrat boleh diperoleh daripada nasi, mi, mihun, sumber protein daripada ikan, udang, ayam dan kekacang seperti tempe dan tauhu.

Manakala vitamin diperoleh daripada pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan. Diikuti pula dengan zat besi yang didapati daripada sumber hati, limpa dan makanan laut yang lain.

Wan Chak menambah, selain perlu mengetahui jumlah dan kuantiti sajian makanan yang diperlukan oleh kanak-kanak mengikut peringkat umur, si ibu juga perlu mengetahui fungsi serta kepentingan zat-zat makanan yang terdapat dalam sajian anak-anak.

Katanya, karbohidrat menjadi sumber tenaga yang amat diperlukan oleh tubuh terutama di peringkat usia kanak-kanak yang sememangnya begitu aktif ketika ini.

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam sajian harian memberi sumber vitamin yang berfungsi mencegah penyakit dan membantu kesempurnaan perjalanan metabolisme dalam badan.

Wan Chak memberitahu, sebaik-baiknya pemakanan seimbang yang lengkap perlu disediakan ketika sarapan, makanan tengah hari dan makan malam.

Menyentuh mengenai kegemukan di kalangan kanak-kanak, Wan Chak menjelaskan antara puncanya ialah kecenderungan mereka memilih makanan segera yang berkalori tinggi.

''Untuk mengelakkan gejala ini berlaku, ibu perlu mengubah tabiat makan anak demi kesihatan anak dengan merancang pemakanan yang berkhasiat mengikut aktiviti harian mereka,'' katanya.

Katanya, setiap anak mempunyai corak pemakanannya tersendiri.

Sesetengah anak makan banyak dan membesar dengan cepat manakala sesetengahnya agak perlahan.

''Tidak ada anak yang dilahirkan dalam keadaan gemuk sebaliknya berkemungkinan ibu bapa itu sendiri yang menjadi puncanya.

''Antaranya anak diperkenalkan dengan makanan pejal terlalu awal atau memberi makanan secara berlebihan,'' ujarnya.

Ibu bapa dewasa ini sudah sedar tentang pentingnya makanan berkhasiat bukan sahaja perlu untuk perkembangan anak-anak tetapi juga membantu menghindarkan diri anak-anak dijangkiti penyakit.

''Kanak-kanak yang kurang mendapat zat makanan dalam jumlah dan kuantiti yang sepatutnya dapat dilihat dari segi pembesaran dan lebih mudah mendapat penyakit,'' tegasnya.

Jelas Wan Chak, sekiranya anak-anak diberi makanan yang tidak sepatutnya atau tidak sesuai pada peringkat usia tersebut, berkemungkinan besar anak-anak ini akan menghadapi masalah pembesaran yang tidak seimbang.

''Kanak-kanak yang tidak diberi makanan berkhasiat dan seimbang lebih mudah mendapat penyakit berbanding dengan anak-anak yang mendapat zat makanan yang secukupnya,'' katanya.

Makanan berkhasiat dapat membekalkan antibodi yang diperlukan oleh badan untuk melawan sebarang jenis jangkitan.

Contohnya, kata Wan Chak ialah bayi yang menyusui susu ibu mempunyai daya tahan melawan penyakit lebih kuat berbanding bayi yang diberi susu botol.

Makanan berzat juga tambahnya, membantu membekalkan antibodi termasuk protein dan vitamin A dan C untuk tujuan ini.

Selain itu, makanan seimbang dan berkhasiat juga diperlukan ketika dalam kandungan lagi bertujuan untuk perkembangan otak serta membina otot-otot serta tulang sepanjang tempoh kehamilan.

Menurutnya, selain kriteria rupa paras dan bentuk fizikal diwarisi daripada ibu bapa, makanan juga turut mempengaruhi kedua-duanya.

Kesimpulannya, amalan pemakanan yang baik dan disiplin adalah asas kesihatan bagi membantu melahirkan generasi pelapis yang cemerlang dan berdaya maju.

Oleh: ROSLAH OTHMAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-7-2006 01:17 PM | Show all posts
Menjaga hak anak-anak

DALAM soal tuntutan hak penjagaan anak, kebajikan anak diutamakan melebihi kepentingan ibu bapa. Biarpun pasangan yang bercerai berusaha mendapatkan haknya dengan pelbagai hujah dan bukti, namun kebajikan anak itu akan diambil kira terlebih dahulu demi memastikan kehidupannya terus terbela.

Ini kerana pihak mahkamah tidak mahu kes-kes penganiayaan sebelum ini berulang terhadap si anak apabila menjadi mangsa tekanan emosi dan mental akibat persengketaan ibu bapa.

Lebih teruk lagi apabila keputusan mahkamah dicabar apabila anak dilarikan oleh pasangan kerana tidak puas hati dengan keputusan berkenaan.

Kemelut yang membimbangkan ini sebenarnya dihadapi oleh hampir kesemua negara apabila isu tuntutan penjagaan hak anak selepas penceraian bertukar kepada kes yang hangat dan terus diperdebatkan.

Topik pertikaian dan perebutan anak merupakan antara isu yang menarik perhatian para peserta dari Malaysia, Filipina dan Singapura ketika menyertai bengkel anjuran Sisters In Islam di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Lazimnya, hak penjagaan anak diserahkan kepada pihak ibu terutamanya apabila anak itu berusia di bawah tujuh tahun. Manakala jika usia anak melebihi tujuh tahun, anak tersebut dibenarkan memutuskan sendiri dengan siapa dia ingin tinggal.

Peguam bela & peguam cara Sa'adiah, Khoo, Lo & Co, Sa'adiah Din ketika membincangkannya berkata, undang-undang Malaysia yang melibatkan hak penjagaan anak dianggap sempurna.

``Ia tidak menampakkan sebarang kelemahan memandangkan sistemnya berlandaskan hukum syarak.

``Bagaimanapun kelemahan pelaksanaan menyelesaikan kes tertangguh hingga memakan masa yang panjang menunjukkan pelaksanaan sistem tersebut begitu lemah,'' katanya.

Adakalanya menurut beliau, perjalanan prosiding mengambil masa hingga dua hingga lima tahun hingga menyusahkan ramai pihak terutama ibu bapa yang bergelut menuntut hak penjagaan anaknya semula.

Justeru, beliau mencadangkan beberapa langkah untuk meningkatkan mutu keberkesanan perbicaraan kes ini.

Beliau menyarankan kakitangan seperti Hakim Mahkamah Rendah/Rayuan, kakitangan mahkamah dam peguam ditambah bagi melicinkan lagi proses perundingan dan perbicaraan.

Selain itu, katanya, amat penting khidmat pakar kanak-kanak (child's specialist) disediakan untuk memberi kaunseling dan bimbingan kepada anak-anak.

``Tidak dinafikan apabila berhadapan dengan hakim yang menemu bual kadangkala kanak-kanak berasa takut dan gagal membuat pengakuan yang betul,'' ujarnya lagi.

Sa'adiah juga menyarankan, ketika prosiding permohonan cerai dijalankan, pihak mahkamah membenarkan prosiding hak penjagaan sementara anak, mutaah dan nafkah dibuat serentak untuk menyeragamkan perjalanan kes.

``Mempercepatkan kes hak penjagaan anak amat wajar kerana ia dapat mengurangkan perjalanan aktiviti harian kanak-kanak lebih-lebih lagi persekolahannya.

``Selain itu Mahkamah Syariah juga perlu memperkenalkan unit kanak-kanak untuk menyenangkan ibu yang mempunyai anak kecil menempatkan anak di sisi sementara perbicaraan berlangsung,'' katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2006 02:21 PM | Show all posts

sedikit info tuk semua (artikel lama)

Memahami tafsiran akta kanak-kanak
Peguam Menulis Oleh Salleh Buang

TIADA undang-undang ciptaan manusia yang boleh bertahan untuk selama-lamanya. Tiada undang-undang yang digubal oleh manusia yang boleh menyelesaikan semua masalah sepanjang zaman. Jika tidak dalam satu jangka masa yang singkat, lambat-laun pastinya masyarakat akan sedar bahawa sesuatu undang-undang itu didapati tidak lagi sesuai atau berkesan.

Apabila kesedaran ini tiba, undang-undang itu akan segera dipinda bagi menyesuaikannya dengan kehendak semasa. Andainya pindaan dikira tidak lagi mampu mendatangkan maksud yang diingini, undang-undang itu akan dimansuhkan dan diganti dengan satu undang-undang baru yang lebih baik daripada apa yang sedia ada.

Begitulah juga halnya, tiada undang-undang ciptaan manusia yang serba lengkap dan sempurna apabila ia mula dikuatkuasakan. Mustahil bagi manusia boleh meramalkan semua hal perkara yang akan berlaku serta masalah yang akan timbul di masa depan. Jika tidak dalam satu jangka masa yang singkat, lambat-laun pastinya akan timbul situasi baru atau masalah baru yang langsung tidak difikirkan sewaktu undang-undang itu sedang dalam peringkat penggubalannya.

Apabila perkara begini berlaku, ada pihak yang segera menyalahkan penggubal undang-undang. Pihak-pihak ini akan segera mengkritik dan bertanya kenapa undang-undang yang baru dikuatkuasakan itu tidak mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi masyarakat? Kritikan sedemikian itu adalah tidak adil dan sama sekali tidak tepat.

Kita perlu ingat bahawa bahawa peranan penggubal undang-undang adalah sekadar menterjemahkan apa yang dikehendaki oleh pembuat dasar dalam bahasa perundangan. Memang benar kadang-kala kelemahan sesuatu undang-undang itu berpunca daripada ketidakmampuan penggubal undang-undang membentuk ayat-ayat serta ungkapan undang-undang yang jelas, kemas dan sempurna.

Namun begitu, pada amnya, kepincangan dan kekurangan sesuatu undang-undang itu lazimnya berpunca daripada dasar (asas undang-undang itu) yang dibuat dengan tergesa-gesa atau tanpa mengambil kira semua faktor yang berkaitan. Dan apabila dasar berkenaan kemudian dipinda atau diperbaiki, maka undang-undang berkenaan juga perlu dipinda dan diperbaiki. Begitulah juga, apabila dasar yang sedia ada itu digantikan dengan satu dasar baru, pastinya undang-undang berkenaan yang sedia ada perlu dimansuh dan digantikan dengan satu undang-undang baru. Perkara inilah yang perlu diingat apabila kita meneliti undang-undang negara ini berhubung perlindungan kanak-kanak.

Akhbar tempatan baru-baru ini melaporkan bahawa Akta Kanak-Kanak 2001 dijangka dikuatkuasakan pada Ogos 2002. Antara matlamat utama undang-undang baru ini ialah memperuntukan hukuman yang lebih berat dan setimpal kepada mereka yang disabitkan kesalahan memperdagang dan melanggan kanak-kanak untuk perkhidmatan seks. Kita difahamkan bahawa undang-undang baru ini menggantikan Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973, Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 dan Akta Mahkamah Juvana 1947.

Di bawah akta baru ini, sesiapa sahaja yang melanggan kanak-kanak (untuk mendapatkan khidmat seks mereka) boleh dihukum penjara mandatori antara tiga hingga 15 tahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya sekali. Pesalah juga akan dihukum sebat tidak melebihi enam kali. Hukuman yang sama juga boleh dikenakan kepada `bapa ayam' atau `ibu ayam' yang memperdagangkan kanak-kanak untuk tujuan seks. Di bawah undang-undang yang sedia ada, hukuman yang boleh dikenakan kepada bapa ayam atau ibu ayam ini amat rendah sekali, iaitu sekadar denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih dari lima tahun.

Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman berkata bahawa hukuman yang lebih berat ini diharap dapat menakutkan orang ramai daripada terbabit dalam kegiatan terkutuk itu.

Akta baru itu juga menyelaraskan takrif istilah `kanak-kanak' itu sebagai mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun. Dengan ini, takrif istilah ini selaras dan bersesuaian dengan kehendak undang-undang berhubung umur dewasa seperti yang disebutkan dalam Akta Umur Dewasa 1971 (Akta 21).

Selain itu, akta baru ini memperkemas lagi peruntukan undang-undang yang sedia ada berhubung penganiayaan, penderaan dan melarikan kanak-kanak daripada penjaga mereka yang sah.

``Ia selaras matlamat kerajaan mewujudkan peruntukan undang-undang yang dapat melindung kanak-kanak'', tambah Siti Zaharah lagi.

Selari dengan penguatkuasaan undang-undang baru ini, Mahkamah Juvana yang sedia ada akan digantikan dengan Mahkamah Kanak-Kanak. Kita difahamkan bahawa Mahkamah Kanak-Kanak itu akan dikendalikan oleh seorang majistret berserta dua penasihat, yang mana salah seorang daripadanya mestilah wanita.

Menurut Zaharah lagi, Mahkamah Kanak-Kanak yang baru ini diharap akan menjadi lebih `mesra kanak-kanak', kerana ia akan bersidang pada tempat atau pada hari yang berlainan daripada persidangan mahkamah lain.

Untuk melindungi masa depan kanak-kanak (yang menjadi mangsa perbuatan jenayah itu), apa jua maklumat peribadi mengenainya, misalnya nama, tempat tinggal serta gambarnya, dilarang disiarkan atau didedahkan oleh media. Mana-mana pihak yang melanggar peruntukan ini boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Selain peruntukan yang disebutkan di atas tadi, akta baru ini juga, antara lain;

(1) Mewajibkan anggota keluarga dan pengasuh kanak-kanak memaklumkan kepada pihak berkuasa jika mereka mempercayai bahawa seorang kanak-kanak itu dianiaya. Di bawah undang-undang yang sedia ada, kewajipan memberi maklumat ini hanya terletak kepada pengamal dan pegawai perubatan sahaja.

(2) Menyerahkan kanak-kanak (yang dianiayai atau menjadi mangsa jenayah itu) kepada keluarga angkat andainya dia tidak dituntut dalam tempoh ditetapkan selepas usaha mengesan ibu bapa atau penjaganya gagal;

(3) Mewajibkan ibu bapa atau penjaga hadir bersama dengan kanak-kanak mereka di bengkel atau sesi terapi yang diatur oleh pihak berkuasa;

(4) Memperluaskan skop perlindungan dengan menyatakan bahawa kanak-kanak lelaki (mangsa jenayah seksual) juga diiktiraf sebagai kanak-kanak yang memerlukan perlindungan dan pemulihan. Di bawah undang-undang yang sedia ada, hanya kanak-kanak perempuan yang dikategorikan sebagai kanak-kanak yang memerlukan perlindungan dan pemulihan.

(5) Menjadikan ibu bapa lebih bertanggungjawab ke atas kelakuan anak mereka, dengan mengikat mereka ini kepada terma-terma tertentu yang disebutkan dalam satu perjanjian (bon) sepanjang tempoh perintah yang dibuat oleh mahkamah.

(6) Memberi perlindungan kepada kanak-kanak (mangsa jenayah) yang hamil agar mereka boleh melahirkan anak kandungan mereka di tempat yang selamat.

Peruntukan baru ini bertujuan mengelakkan jenayah pembuangan bayi, seperti yang berlaku di masa lampau.

Siti Zaharah juga berkata bahawa tindakan akan terus diambil oleh kementeriannya untuk meningkatkan kefahaman berhubung akta itu kepada pegawai penguat kuasa dan pegawai kementerian di seluruh negara.

Selain meningkatkan kefahaman pegawai kementeriannya, alangkah baik jika Siti Zaharah juga merancang untuk meningkatkan kefahaman orang awam (rakyat biasa). Buku panduan mengenai akta baru ini boleh diedarkan secara percuma kepada orang ramai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2006 11:40 AM | Show all posts
Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak

Pasukan Perlindungan dan Pusat Aktiviti ditubuhkan di negeri dan daerah bagi memberi perkhidmatan untuk keperluan kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan sokongan perlindungan kanak-kanak. Aktiviti yang dikendalikan seperti pusat jagaan, kursus pengasuhan dan perkembangan kanak-kanak dan lain-lain dapat membantu usaha mencegah penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak, ponteng sekolah, kerosakan akhlak dan lain-lain masalah sosial.

Maklumat Lanjut, Sila hubungi:
Bahagian Kanak-kanak,
Jabatan Kebajikan Masyarkat Malaysia.
Tel: 03-2697 1090
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2006 09:55 AM | Show all posts
Akta lindungi budak ada, penguatkuasaan yang tiada

MEMBACA surat bertajuk Adakan undang-undang larang kanak-kanak ditinggalkan sendirian (Forum Utusan Malaysia 18 Oktober 2006), saya terpanggil untuk memberi sedikit penerangan mengenai kedudukan kanak-kanak di Malaysia.

Luahan perasaan yang dibuat oleh Lelaki Tanpa Anak menunjukkan bahawa beliau tidak mengetahui mengenai undang-undang yang melibatkan kanak-kanak.

Di Malaysia, Akta Kanak-Kanak 2001 telah diluluskan pada tahun 2001 tetapi dikuatkuasakan pada 1 Ogos 2002. Akta yang menyeluruh ini memberi perlindungan yang sangat baik kepada kanak-kanak. Kanak-kanak di bawah akta ini ditakrif sebagai yang berumur di bawah 18 tahun selaras dengan Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak Kanak-Kanak.

Jika umur anak tidak dapat dipastikan, akta ini juga membuat peruntukan mengenai 慳ndaian umur
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2007 08:56 AM | Show all posts
Bunuh: Pelajar bebas -- Mahkamah Rayuan cadang pinda Akta Kanak-Kanak ekoran kes itu
Oleh KAMARIAH AHMAD

PUTRAJAYA 25 Julai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2007 10:05 AM | Show all posts
Child killer freed: Karpal suggests way to keep young killers in jail
By : V. Anbalagan and Jeeva Arulampalam



Karpal Singh urges the government to amend laws so that minors found guilty of murder do not walk away free.


KUALA LUMPUR: Current laws allow for minors to commit murder and walk scot-free.

"This case has set a precedent," said lawyer Karpal Singh who appeared for the teenager.

While he sympathised with the victim抯 family, he said the current laws allow for minors to walk free after committing murder.

"I urge the government to do something about it by moving a bill in Parliament to amend Section 97 of the Child Act."

Karpal said the decision by the Court of Appeal in this case showed that judicial power is still in the hands of the judiciary and that has far reaching implications.

He said minors should be placed at the pleasure of the court with the board of justices making recommendations every year.

"Only then the whole process of the trial, meaning conviction and punishment remain in the hands of the court," Karpal said.

He said since the boy had undergone a trial and was detained for more than four years, any amendment now should not affect him.

"Any law should be prospective in application and not retrospective," said Karpal.

The teenager whom Karpal had defended, had brutally killed the victim, Liew Mei Fong, after she had allegedly taunted him with chants of "Fatty! Fatty! Fatty!"

The murderer who was then 13 years old, was at Liew抯 house in Taman Seri Rampai, Setapak, for tuition lessons.

The boy抯 tuition teacher was Liew抯 mother, Chin Yoke Chan, a teacher at an international school.

On May 31, 2002, the boy went for his tuition lesson early. Only Liew was there and she started taunting him in Cantonese. It was reported that he told her to stop but Liew went on. She then went outside to buy an ice-cream from a vendor, taunting him even as she did so.

It was then that something in the boy snapped.

Police investigations revealed that the suspect followed Mei Fong to the kitchen, grabbed a knife and repeatedly stabbed her. She was then left bleeding in the bathroom on the ground floor of the house.

Testimony in court later revealed that Liew was stabbed and slashed 24 times.

The suspect then locked the house and left the scene with his uncle, whom he had contacted. He told his uncle that there was no tuition that day and asked him to take him home.

Police picked up the boy from his father抯 shop an hour later and seized the clothes he was wearing during the incident. The murder weapon, a kitchen knife, was found later in the course of investigations.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2007 02:54 PM | Show all posts
PM setuju Akta Kanak-Kanak 2001 dipinda
Oleh Nazrullah Rosli dan Arshad Khan

KUANTAN 28 Julai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2007 04:31 PM | Show all posts
is good 4 all...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2007 11:34 AM | Show all posts
Child Act under scrutiny by ministry and A-G抯 chambers

IPOH: Grey areas in the Child Act 2001 will be studied following the Court of Appeal judgment that saw the release of a boy convicted of killing his tuition teacher抯 daughter.

Women, Family and Community Development Ministry parliamentary secretary Datin Paduka Chew Mei Fun said yesterday the ministry was working with the Attorney-General抯 Chambers on the matter. She, however, declined to elaborate on the 揼rey areas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2007 11:34 AM | Show all posts
Pemulihan atasi hukuman
Oleh FARAH NINI DUSUKI

PADA Rabu lalu, Mahkamah Rayuan telah membebaskan seorang kanak-kanak lelaki berusia 17 tahun di atas kesalahan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun pada 2002 sewaktu beliau sendiri berusia 12 tahun 9 bulan.

Secara ringkas, mahkamah berpendapat bahawa walaupun kesalahannya sah terbukti tetapi penahanannya di Penjara Kajang sejak 2002 di bawah perkenan raja adalah tidak sah kerana bertentangan dengan prinsip pemisahan bidang kuasa di antara institusi eksekutif dan kehakiman.

Seksyen 97(2) Akta Kanak-Kanak 2001 merupakan peruntukan yang dimaksudkan sebagai bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang jelas mewujudkan pemisahan bidang kuasa tersebut. Walaupun Mahkamah Rayuan merasakan bahawa tidak adil melepaskan kanak-kanak itu begitu sahaja seolah-olah memaafkan beliau di atas kesalahan membunuh, namun pihak mahkamah tidak mempunyai pilihan lain lalu memerintahkan kanak-kanak itu dibebaskan sambil menyarankan bahawa Seksyen 97(2) perlu dipinda serta-merta bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang pada masa hadapan.

Pelbagai reaksi timbul daripada kes ini. Pihak Peguam Negara bertegas mahu merayu ke peringkat tertinggi menyangkal keputusan ini manakala pihak pembela walaupun gembira dengan pembebasan anak guamnya tetap mengatakan bahawa Seksyen 97(2) perlu dipinda serta-merta dan ini disokong oleh menteri berkenaan.

Kes ini adalah yang pertama diputuskan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 semenjak ia diwartakan bagi pelaksanaan pada 1 Ogos 2002. Kanak-kanak ditakrifkan sebagai sesiapa yang berusia di bawah 18 tahun. Sebelum ini, sebarang kes melibatkan kanak-kanak sebagai pesalah akan diputuskan di bawah Akta Mahkamah Juvana 1947 yang secara automatiknya termansuh dengan pelaksanaan Akta Kanak-Kanak 2001.

Di bawah Akta 1947, sekiranya seorang kanak-kanak didapati bersalah di atas sebarang kesalahan yang membawa hukuman mati, beliau tidak boleh dihukum dengan hukuman mati yang lazim dipakai kepada pesalah dewasa. Sebaliknya, beliau mesti ditahan selama perkenan raja.

Perbezaan antara peruntukan lama di bawah Akta 1947 dan yang baru di bawah Akta 2001 adalah penambahan frasa 揹i penjara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2007 11:34 AM | Show all posts

sambungan...

Jangka waktu itu diikuti suatu tempoh dipanggil tempoh pascatarif di mana penilaian secara berkala mula dibuat bagi menentukan sama ada pesalah masih berkeupayaan untuk menjadi ancaman kepada masyarakat. Jangka masa bagi kedua-dua tempoh tarif ini ditentukan oleh Kementerian Dalam Negeri dan bukannya mahkamah mahupun Badan Pengampun.

Sehingga ke hari ini terdapat pelbagai perkembangan dan pembaharuan yang telah dilaksanakan di England dan Wales dalam aspek penghukuman sebegini.

Jika dinilai Seksyen 97(2) secara halus berkemungkinan apa yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan adalah benar, iaitu memang terdapat pertindihan bidang kuasa antara institusi kehakiman dan eksekutif apabila mahkamah diberi kuasa untuk menghukum seseorang pesalah kanak-kanak di atas kesalahannya namun demikian tempoh tahanannya terletak di bawah perkenan raja.

Jika dinilai dari segi semangat peruntukan itu diwujudkan, yakni memberi kuasa penilaian berkala yang pada hakikatnya dijalankan oleh mereka yang arif dalam hal tersebut sebelum dipersembahkan kepada raja untuk pengesahan mungkin pertindihan bidang kuasa tersebut ada justifikasinya. Atas dasar inilah maka di kebanyakan negara lain yang mempunyai peruntukan yang sama, pertindihan bidang kuasa tersebut tidak dipersoalkan kecuali di Jamaica.

Jika kita mahu menuruti langkah Jamaica maka peruntukan tersebut perlu dipinda bagi menggantikan frasa 揳tas perkenan raja
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2007 11:25 AM | Show all posts
Guide the children

Parents and teachers have a role in nurturing children.

WINNING WAYS by DATIN T.D. AMPIKAIPAKAN

I HAVE been a teacher and a parent for the past 35 years. Both these professions (if we can call parenting a profession), are not to be taken lightly because parents and teachers exert influence on the people they come into contact with and on society as a whole.  

Both are powerful roles. You can make or break spirits. Leaders are made because of you. Successful people talk about the influence of their parents and teachers in their early life, and what great role models they have been to them.  

Recent cases of abuse of children by teachers and parents have been the talk of the town. In our 50th year of independence, we find a great many things wrong within our society, and all we do is shift blame from one party to the other.  

Who is to blame? Parents feel indignant over the discipline teachers mete out to students who disobey rules. Teachers are horrified by the deteriorating behaviour of students because of the lack of discipline at home. Children are caught in the middle. To add to the confusion, there seems to be no tangible solution, only ad hoc measures that often make no sense to the parents, teachers and children.

Parent or teacher
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.093522 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list