CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5690|Reply: 17

Ten Books Every Investor Should Read

[Copy link]
Post time 9-4-2006 03:39 AM | Show all posts |Read mode
Sedang aku belek belek surat khabar lama, aku terjumpa satu article pasal Sepuluh buku yg direkemenkan supaya Investor membaca. Mungkin korang dah baca atau dah beli buku buku nie, so bolehlah kasi review sikit:

The Intelligent Investor by Benjamin Graham
Common Stocks And Uncommon Profits by Philip Fisher
Stocks For The Long Run by Jeremy Siegel
Learn To Earn by Peter Lynch
One Up On Wall Street by Peter Lynch
Beating The Street by Peter Lynch
A Random Walk Down Wall Street by Burton G. Malkiel
The Essays Of Warren Buffett: Lessons For Corporate America by Warren Buffett and Lawrence Cunningham
How To Make Money In Stocks by William J. O'Neil
Rich Dad Poor Dad by Robert T. Kiyosaki
Common Sense On Mutual Funds by John Bogle
Irrational Exuberance by Robert J. Shiller

Kat list nie ada 12, tapi kat paper tu buku Peter Lynch dia consider sebagai satu buku jer hehe. Kalau korang ada buku nak direkemenkan, sila listkan jugak senarai korang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2006 06:28 PM | Show all posts
I dah baca rich dad poor dad 2 years ago..tapi i dont think i can apply his style..sb dia kumpul2 duit, then, dia beli property..renovate the property n then sell back with higher price..
which i think mmg bagus strategy but i cant do it...sb i kaki enjoy...lol
i think dgn gaya kete mafia u tu remy..u boleh jadi better than robert kiyosaki tu! jgn lupa i dah laaa...:ting:
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2006 12:49 AM | Show all posts
Ni aku tambah lagi.. baca jangan tak baca..

http://www.giuciao.com/books/trading.htm
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2006 08:50 AM | Show all posts
nak buat financial planning read this book

THE MONEY BOOK - A CAP Guide managing yr money & more..CAP ..

melayu yg nak bukak mata ..

Malay dilemma ..buku evergreen dr Mahathir
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2006 08:45 PM | Show all posts
I like robert kiyosaki other book..cashflow quadrant..walaupun buku nie less fames tapi i think lebih practical for me..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2006 02:26 PM | Show all posts
Nanti aku buat buku, tajuk dia: Telungkup - My Way
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2006 02:37 PM | Show all posts
Originally posted by Remy_3D at 11-4-2006 02:26 PM
Nanti aku buat buku, tajuk dia: Telungkup - My Way


:clap::clap::clap:
Reply

Use magic Report

natezanie This user has been deleted
Post time 12-4-2006 06:06 AM | Show all posts
Originally posted by Remy_3D at 11-4-2006 02:26 PM
Nanti aku buat buku, tajuk dia: Telungkup - My Way

kau ni remy.... geram aku..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2006 06:08 AM | Show all posts
Originally posted by Remy_3D at 11-4-2006 02:26 PM
Nanti aku buat buku, tajuk dia: Telungkup - My Way


nak juga aku baca buku pasal negatif side.. asik baca positif side...  remy ko nak cetak buku tuh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2006 06:35 AM | Show all posts
Insya Allah, aku akan cetak buku tu. Selain cerita pasal terlungkup pada investment, nak juga tulis sikit pengalaman aku dalam Ponzi Sistem
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2006 09:47 AM | Show all posts
Originally posted by Remy_3D at 11-4-2006 02:26 PM
Nanti aku buat buku, tajuk dia: Telungkup - My Way



remi, haa..ramai org tunggu buku kau ni..cepat sikit cetak..

selagi ada ponzi system..selagi tu buku kau ada demand

nanti mesti jd evergreen mcm buku mahathir.....:clap:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2006 03:12 PM | Show all posts
ahakz sabo sabo, tak lama lagi siaplah buku tu
Reply

Use magic Report

natezanie This user has been deleted
Post time 12-4-2006 08:37 PM | Show all posts
>aku nak kongsi petikan ni dgn korang sume.. attitude ni perlu ada pd kita sume aku rasa..
L/belakang Syed Mokhtar al-bukhary
>* Umur - 53 tahun,* Pendidikan - SPM,* Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan
>kerbau)
>* Kekayaan -RM1,425 juta>* Ke 7 terkaya di Malaysia >* Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
>* Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg.>Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank
>Muammalat
>* Kereta - Proton Perdana
>>* Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam,Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.* Bagaimana sumbangan sosialnya bermula - Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.
>1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan
>itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan
>2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan
>mendampingi orang politik semata-mata.
>3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.
>4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain
>tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
>5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
>6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
>7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.
>8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.
>9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa
>kena tipu.
>10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?
>11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.
>12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika
>ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat
>daripada yang lain.
>13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah
>14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja.
>Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.
>15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !
>16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.
>17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda
>daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam.
>Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.
>18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada
>orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih,
>bolehlah kita menolong orang.
>19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa
>dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.
>20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
>21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain
>mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.
>22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).
>23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai
>juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang
>tidak tahu.
>24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri
>sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.
>25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti
>tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula.Ada cara boleh kita buat.
>Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada
>tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.
>26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.
>27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
>28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.
>29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah
>mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh
>lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.
>30. ......kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.
>31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
>32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada
>keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang
>lain.
>33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok
>perniagaan, Insya Allah boleh maju.
>34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.
Reply

Use magic Report

natezanie This user has been deleted
Post time 12-4-2006 08:38 PM | Show all posts
smbgan..
>35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya
>tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.
>36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
>37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju.Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang
>Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.
>38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait
>dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.
>39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak
>boleh.
>40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah
>besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.
>41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.
>42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.
>43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.
>44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.
>45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang
>diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.
>46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya
>sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak
>buat langsung.
>47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah
>orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.
>48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.
>49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up
>saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.
Reply

Use magic Report

beeque This user has been deleted
Post time 19-4-2006 01:50 PM | Show all posts
nak tambah..

- Richest man in Babylon
- Financial Freedom- Guide to Lifetime Financial Planning- by KL Mutual
-Financial Freedom2- Through Malaysian Equities and Unit Trusts- by KL Mutual.

sesiapa yang hendak memulakan investment dlm UT , FF2 ini banyak membantu...
terutama mengenai risiko UT, Tax, Fees,  all being clearly explained ..
All misconceptions about div, how they really meant ,  bonus etc...
So when  someone tell u  15% div projection in UT...u know what to expect..
Reply

Use magic Report

natezanie This user has been deleted
Post time 19-4-2006 02:48 PM | Show all posts
satu lg, entah dah tersenarai ke belum.. first time investor by Debbie Harrison..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-4-2006 10:19 PM | Show all posts
tengah survey kat amazon cari buku yg bagus2
Reply

Use magic Report

abbyshah This user has been deleted
Post time 23-4-2006 12:09 AM | Show all posts
klu betul nak serius nak jadi traders..baca n fahami!!
Reminiscences of a Stock Operator,Market Wizard n new market wizard by j.schwager..ada jual kat kedai buku bejaya times square..
mungkin anda tak interested..but to those yg berminat on how real live story of r.dennis turn usd400 to 200 million,or Ed seykota that turn 5k to 15 million n bnyk lagi cerita menarik n boleh djadikan motivasi diri..

but overall trading is almost 90% is learning abt DIRI SENDIRI  n the rest is to improve IT.

Trader
shahfx
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.089224 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list