CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Negeri & Negara  |  Politik & Peristiwa  |  Hiburan  |  Cinta & Perhubungan  |  Hobi & Kehidupan  |  Koleksi Gambar  |  Buku & Penulisan
Komputer & Internet  |  Agama  |  Belia & Pengetahuan  |  Wanita  |  Lelaki  |  Dunia Sukan  |  Kesihatan & Perubatan  |  Informasi
தமிழ் மக்கள்  |  Pusat Komersial  |  Maklum Balas  |  CARI Rasmi  |  Cari Contest  
12345678910... 101Next
Return Post new threads
Show: 119277|Reply: 2513

EUROPE.....here I come..

   Close [Copy link]

5

Threads

2

Fans

7198

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
15-11-2002
Post on 17-4-2006 01:17 PM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

pakej ni kengkawan aku tengah pujuk2 aku joint.....jelajah eropah dgn kelana convoy iaitu coach camping holiday packages organised by Malaysian students in UK.  

Itinerary untuk 9 hari Europe Tour
B=Breakfast, L=Lunch, D=Dinner

Hari Pertama: London ke Amsterdam
Kita bertolak dari Park Lane (near Hyde Park), London pada pukul 8 pagi tepat utk menuju ke Dover, Dari sini kita ambil ferry. Pejalanan ferry 2 jam setengah. Boleh relax & window shopping dalam ferry. Bas akan melalui negara France dan Belgium sebelum sampai ke Holland dan utk menuju perkarangan camp site berdekatan Amsterdam. Pacak khemah masing2. Tak nak buang masa boleh main pool dekat restoran dalam kawasan camp site.  L,D



Go Dutch, Holland Hari ke-2: Amsterdam dan Volendam
Selepas breakfast, menuju ke Volendam, sebuah kampung perikanan dan pembuatan keju. Boleh cuba pelbagai makanan laut, bebola sirap yg popular kat sini. Boleh lihat banyak pelancong asing bergambar berpakaian Belanda macam susu cap junjung Dutch Lady. Volendam dibina dikelilingi oleh benteng tinggi yang memisahkan laut dengan daratan yang lebih rendah arasnya. Banyak kincir angin disini. Tengahari masa utk jelajah kota Amsterdam. Berpandukan peta anda diberi masa jelajah sendiri Amsterdam. Boleh tengok orang jual bunga tulip, museum Van Gogh (lukisan lama berharga berjuta2 dollar ada kat sini), museum Ann Frank dan lihat banyak bot mengelilingi terusan-terusan sekitar bandar Amsterdam. Jengah-jengah sikit red light district (boleh menyebabkan orang Asia culture shock!) yang memang terkenal di Amsterdam. B,D

Hari ke-3: Amsterdam ke Brussels
Menuju selatan Europe pagi ini. Singgah di  'Mini-Europe'. Dengan skala 1:25, semua mercu tanda Eropah yg terkenal Big Ben, bangunan condong Pisa, Eiffel Tower dan gelanggang acah kerbau di Seville, Spain telah dikecilkan. Melihat 'Atomium', struktur gergasi memodelkan molekul besi dibesarkan sebanyak 165 billion kali. Kemudian menuju Ibukota Belgium - Brussels. Seterusnya bergerak ke tempat bersejarah disini iaitu Grand Place dan melihat patung anak kecil buang air kecil yg terkenal 'Mannekin-pis' (waktu dulu kanak2 ini menyelamatkan orang ramai dgn kencing di atas sumbu bahan letupan). Waktu petang kita pacak khemah lagi, kali ini di camp site in Belgium. B,L,D




Luxembourg Valley Hari ke-4: Luxembourg ke Lauterbrunnen & the Swiss Alps
Di pagi hari, menuju negara terkecil Eropah, iaitu Luxembourg. Luxembourg City merupakan ibunegara Luxembourg. Kota berusia 1000 tahun ini telah lama menjadi jajahan keturunan pembesarnya bergelar Grand Duchy. Kota ini sangat unik dari segi struktur muka buminya yang berbukit dan berlurah, dikelilingi kota buatan manusia binaan dahulukala. Boleh tinjau 2 dataran utama ibukota ini beserta Istana Grand Duchy dan juga gua yang dibina masa zaman perang. Gua tersebut satu masa dahulu menjadi tempat persembunyian lebih 30,000 penduduk dari serangan bom. Kemudiannya akan meneruskan perjalanan memasuki Switzerland utk menuju ke tempat perkemahan di Lembah Lauterbrunnen buat 2 malam berikutnya yang merupakan lembah dikelilingi bukit bukau gergasi bertopikan salji dan dituruni beberapa air terjun. Sejuk bangat di sini. Pastikan bawa jacket tebal & sleeping bag bersama. B,L,D




Hari ke-5: Lauterbrunnen & Swiss Alps  Incredible views, cool experience - Switzerland
Ada masa sehari suntuk utk jelajah kawasan pergunungan, melihat Trummmelbach falls (gua unik dengan 10 buah air terjun mengkagumkan) ataupun try stamina utk mountain climbing, panjat gunung ganang sekitar yg indah. Boleh naik keretapi ke atas pergunungan salji (tiket RM500) Yang naik gunung mesti ada jaket tebal, sarung tangan, sport shoes, stokin 2 lapis dan cermin mata hitam.. B,L,D



Hari ke-6: Lauterbrunnen ke Paris
Perjalanan seterusnya menuju ke kota metropolitan Paris. Sepanjang perjalanan  dipersonakan dengan pemandangan tasik-tasik besar nyaman kawasan Interlarken waktu pagi, ladang-ladang anggur yg luas dan istana2 lama sepanjang jalan sebelum sampai ke suasana sebok sesak kota Paris. B,L,D

Eiffel Tower, Paris Hari ke-7: Paris
Jelajah Paris. Tempat-tempat menarik yg perlu diingat ialah Notre Dame Cathedral, Champs Elysees, Arc de Triomphe dan Eiffel Tower. Peta akan diberi utk menjelajah kota Paris. Naik Eiffel Tower, masuk Louvre Museum (gambar original Mona Lisa lukisan Leonardo Da Vinci bersemadi di sini). Waktu malam boleh ronda2 sambil lihat kilauan lampu kota  Paris yg bercahaya. B,D



Hari ke-8: masih lagi Paris
Jelajah Paris lagi utk satu hari, pergi ke tempat-tempat seperti Istana mewah Versailles, bangunan pencakar langit di La Defence ataupun melawat stadium Stade De France dan sekitarnya B,D
  
Hari ke-9: Paris ke London
Keluar dari Paris menuju ke pelabuhan Calais, dari sini kita naik ferry merentas Selat Inggeris utk balik ke England. Dijangka sampai London lebih kurang pukul 5 petang. Boleh pilih untuk diturunkan samada di Victoria Station ataupun Park Lane. B,L.  

Bon Voyage!

[ Last edited by  chumpon at 10-1-2007 11:08 AM ]
1

View rating log

Success is something that is achieved by the minority, not the majority of people.

11

Threads

1

Fans

6486

Points

Survivor

Blast you with some ER-PPC

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
4-1-2004
Post on 17-4-2006 01:35 PM |All posts
Package nie makan minum, accomodation ( campsite)  dan transport dia bayar....yg lelain tangung sendiri ( kalau nak masuk mana2 tempat menarik, bayar sendiri ) ..dia buat style camping ler ..tak silap kena bawak satu sleeping beg ker ape...dulu masa kat UK ada gak ingat nak masuk, tapi takde masa  dan duit ...hehehe...
He who Dares, Wins!!

0

Threads

1

Fans

1159

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
9-3-2006
Post on 17-4-2006 02:53 PM |All posts

Reply #1 shahgti's post

brp costnya Shah?  kalau mula dari London?  Makan sapa arrange?  ada masalah halal tak?  thanks

11

Threads

1

Fans

6486

Points

Survivor

Blast you with some ER-PPC

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
4-1-2004
Post on 17-4-2006 03:05 PM |All posts
Originally posted by foundation at 17-4-2006 02:53 PM
brp costnya Shah?  kalau mula dari London?  Makan sapa arrange?  ada masalah halal tak?  thanks



Kalau nak info lebih go here

http://www.kelanaconvoy.co.uk/
1

View rating log

He who Dares, Wins!!

5

Threads

2

Fans

7198

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
15-11-2002
Post on 18-4-2006 12:57 AM |All posts
Originally posted by foundation at 17-4-2006 02:53 PM
brp costnya Shah?  kalau mula dari London?  Makan sapa arrange?  ada masalah halal tak?  thanks


makan minum halal sebab student2 melayu kat sana yg arrange. tapi ringan2kan tulang bantu di dapur sebab konsep dia orang ni budget camping adventure. aku nyaris nak pegi dah last 2 years. tapi memandangkan flight ticket tak ngam dgn schedule dia orang aku pun cancel last minute.
Success is something that is achieved by the minority, not the majority of people.

2

Threads

3

Fans

5571

Points

Survivor

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
29-9-2003
Post on 18-4-2006 10:36 AM |All posts
aku pon cam plan pegi this end of may....or may be early june.....cover 6 countries...macam ko tulis tuh gak la....

tatau nak expect apa.....ingat nak sopping ...duit tarak....everything euros except switzerland.....

tapi pakej ko tuh nampak menarik.....sebab pakej sempoi2...boleh budget kan?? aku nih pakej mak cik2....so little money to spend ahh.....aku bukan makcik2 banyak duit pon....cuma aku nak tau apa boleh beli kat sana...

sapa tau jam patek phillippe yang paling murah kat swiss bape ekk????? tak de sale ke switzerland?????
You are a LADY forumner if you have these 4 characteristics : SENTAP,  ...

0

Threads

1

Fans

1159

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
9-3-2006
Post on 18-4-2006 12:30 PM |All posts

Reply #5 shahgti's post

thanks. lagi satu kalau diorang cancel last minute, susah dgn flight arrangement kita - baca dlm page diorang tu ada masa diaorang cancel - or ni standard clause je?  aku memang teringin nak tour europe ni; setakat ni baru sampai london ngan paris je.

0

Threads

1

Fans

1159

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
9-3-2006
Post on 18-4-2006 12:34 PM |All posts
Originally posted by matmin77 at 17-4-2006 03:05 PM



Kalau nak info lebih go here

http://www.kelanaconvoy.co.uk/



thanks... menarik gak... bagusle idea geng yang organise benda ni.

0

Threads

1

Fans

5044

Points

Survivor

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
12-10-2004
Post on 19-4-2006 09:32 AM |All posts
shah, bukan ke May nanti hang dah nak pegi London??

bila aku baca part2 kena camping tu, sah takleh join.. dah tua2 ni tak larat nak bercamping2 most of the places aku dah pegi pun, except for Swiss (bila la aku boleh sampai negara yg cantik ni??).. kalau ada budget aku nak pegi lagi.. priority given to Italy & Swiss...

5

Threads

2

Fans

7198

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
15-11-2002
Post on 19-4-2006 11:00 AM |All posts
Originally posted by Airis at 19-4-2006 09:32 AM
shah, bukan ke May nanti hang dah nak pegi London??

bila aku baca part2 kena camping tu, sah takleh join.. dah tua2 ni tak larat nak bercamping2 most of the places aku dah pegi pun, except f ...


end of May ni aku pegi UK.

pakej europe ni my buddy tengah dok perangat aku utk next year program, sebab every year kelana convoy akan arrange pakej ni. tapi tak tahu ler aku boleh joint ke dak. 50-50 lagi. saja post pakej ni kat sini utk perangat korang pegi travel. :bgrin:
Success is something that is achieved by the minority, not the majority of people.

2

Threads

3

Fans

3745

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
31-1-2005
Post on 19-4-2006 11:07 PM |All posts
rasanya agent untuk kelana convoy ni opis dia kat Bangsar.. so ex KLIA la.. tapi dah tak ingat la nama co tu.. titan planet or something.. dia ada yg 9 days dengan 16 days.. tak banyak beza sangat pun harga dia..
http://koreancrazed.blogspot.com

285

Threads

2

Fans

7382

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
5-7-2005
Post on 20-4-2006 01:30 AM |All posts
:::

Biar benor.... what a small world... aku pun plan pi Kelana Konvoy end of May, duit cengkeram dah bayor dah .... jumpa di sana..di sana... di sana....:bgrin:

2

Threads

1

Fans

110k

Points

Defender

Panasonic Lumix FZ-3

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Joined
4-3-2003
Post on 20-4-2006 02:44 AM |All posts
aiseyman, bagus giler pakej ni. sherrina kalau pi jalan2 ni bukan nak shopping sgt. lebih kpd nak kenal budaya, tempat dan paling penting, amik gambo byk2....tapi dorang ni memanjang dok dlm khemah aje ke?

5

Threads

2

Fans

7198

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
15-11-2002
Post on 20-4-2006 09:29 AM |All posts
Originally posted by pelicano at 20-4-2006 01:30 AM
:::

Biar benor.... what a small world... aku pun plan pi Kelana Konvoy end of May, duit cengkeram dah bayor dah .... jumpa di sana..di sana... di sana....:bgrin:


waahhh....seronotnyer.  balik nanti jgn lupa share kat sini okeh.
Success is something that is achieved by the minority, not the majority of people.

0

Threads

0

Fans

210k

Points

Fighter

RinduKu Menggamit Pulang

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Joined
14-6-2004
Post on 20-4-2006 07:02 PM |All posts
terasa nak gi sekali lagi tempat2 tu,nak kutik kenangan silam disepanjang jalan kenangan
tapi terus ternag tak minat style tu .. ..sejak zaman anak dara hingga zaman berkawin mawin dapat anak, tak minat travel style backpack dan khameh nie. Nasib baik dapat hubby yg tak suka juga cara itu.
blog antik & english home decor :http://mrsnorhobi.blogspot.com

5

Threads

2

Fans

7198

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
15-11-2002
Post on 20-4-2006 11:10 PM |All posts
Originally posted by pelicano at 20-4-2006 01:30 AM
:::

Biar benor.... what a small world... aku pun plan pi Kelana Konvoy end of May, duit cengkeram dah bayor dah .... jumpa di sana..di sana... di sana....:bgrin:


boleh tengok gambar2 student malaysia & indonesia yg ikut kelana convoy kat link ni....

http://hafiz.fotopages.com/?entry=220353
http://agamtia.multiply.com/photos/album/20
1

View rating log

Success is something that is achieved by the minority, not the majority of people.

2

Threads

1

Fans

110k

Points

Defender

Panasonic Lumix FZ-3

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Joined
4-3-2003
Post on 20-4-2006 11:10 PM |All posts
tiket kapal terbang tak termasuk, ek?

285

Threads

2

Fans

7382

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
5-7-2005
Post on 20-4-2006 11:27 PM |All posts

Reply #16 shahgti's post

Waahh...meriah sungguh... hari tu kawan aku yg penah pegi dia kata orang dari China pun ada sekali ikut Kelana Konvoy ni...aku hope weather tak sejuk sangat nanti...

Shah...ko tak nak stay back ke kat Europe tengok World Cup sekali :bgrin:

Sherrina.... flight ticket sendiri sponsor.... rasanya boleh mintak cabin kalau tak nak tidur dalam khemah tapi ada extra charge kalau tak silap....

5

Threads

2

Fans

7198

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
15-11-2002
Post on 21-4-2006 03:14 AM |All posts
Originally posted by pelicano at 20-4-2006 11:27 PM
Waahh...meriah sungguh... hari tu kawan aku yg penah pegi dia kata orang dari China pun ada sekali ikut Kelana Konvoy ni...aku hope weather tak sejuk sangat nanti...

Shah...ko tak nak stay back  ...


bumi eropah ni last year aku sempat gi  takat france jer. memang hoping nak cover swiss, belgium, luxembourg, italy, spain tapi masa tak mengizinkan. nak pegi ikut kelana konvoy ni or gi backpack sendiri jer. kalo nak gi backpack byk gak aku nak kena study. sekarang ni pun pelan2 dok kumpul info & tips about europe ni.  

my advice kalau ikut kelana konvoy ni kena banyak bersabor. sebab nanti akan ada mcm2 karenah dari peserta2 lain, terutama makcik2 dari Msia yg ikut grup ni. ada yg malas nak tolong2 masak... tau nak makan jer, malas tolong pacak khemah, tak mau buat housekeeping, guna toilet sampai kotor then tak tau pulak nak bersihkan dan mcm2 lagi. ada yg expect dpt layanan 5 star padahal benda ni berkonsepkan convoy. pendek kata sebagai traveler, memang kena sabau.
1

View rating log

Success is something that is achieved by the minority, not the majority of people.

2

Threads

1

Fans

110k

Points

Defender

Panasonic Lumix FZ-3

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Joined
4-3-2003
Post on 21-4-2006 11:58 AM |All posts
shah,
aisehh....lemah sungguh kalau makcik2 yg ikut. kan best kalau dapat team semua youngsters aje...sekepala beb :bgrin:

p/s: kalau total semua campur kapal terbang, souvenier dan misc, brape rm kene standby ek?

1

Threads

1

Fans

1912

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
10-8-2003
Post on 21-4-2006 02:59 PM |All posts
shah,
sempat ker nko nak jelajah semua tu dlm 9 hari??
hiyak hiyakkkkkkkkkkk watchaaaaaaaaa..opocot!!

5

Threads

2

Fans

7198

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
15-11-2002
Post on 21-4-2006 05:20 PM |All posts
Originally posted by kucing_surender at 21-4-2006 02:59 PM
shah,
sempat ker nko nak jelajah semua tu dlm 9 hari??


entah ler. aku tak penah ikut lagi pakej ni. maybe dia orang cover tempat2 yg penting jer. pakej ni budak2 kita kat UK yg organize. tiap2 tahun dia orang anjur. ni la cara student kita kat sana nak tour europe dgn budget yg terhad. selain student kat UK, ada gak student kita dari Msia, US, timur tengah yg joint sekali.
Success is something that is achieved by the minority, not the majority of people.

5

Threads

2

Fans

7198

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
15-11-2002
Post on 21-4-2006 05:45 PM |All posts
Originally posted by sherrina at 21-4-2006 11:58 AM
shah,
aisehh....lemah sungguh kalau makcik2 yg ikut. kan best kalau dapat team semua youngsters aje...sekepala beb :bgrin:

p/s: kalau total semua campur kapal terbang, souvenier dan misc, brape ...



total  belanja kalau nak gi tour europe dgn kelana convoy:

pakej kelana convoy 9 hari                                                        =  rm2450
MAS flight ticket (kalau harga still mcm masa promosi baru ni)  = rm2918
Belanja utk 2 nights in  London*                                                = rm887.7      
TOTAL                                                                                        = rm7143.4



* tambang tube (underground train heathrow airport ke central london) =   3.8 pound x 2 =  rm53.2
    accommodation B & B for 2 nights in London    = 15 pound x 2    =  rm210
    food  for 2 days in London     =  rm100
   town transport, double decker red bus (utk ronda kota London)            = 3.5 pound         = rm24.5
   belanja lain2   =  rm500
   Total        =   rm887.7
1

View rating log

Success is something that is achieved by the minority, not the majority of people.

2

Threads

0

Fans

391

Points

Senior

Rank: 3Rank: 3

Joined
22-2-2006
Post on 22-4-2006 05:27 PM |All posts

Return Fr Europe Backpack-1

Assalamualaikum...

Hi, Ive just returned from my backpack trip to Europe. From 10/4/06-19/4/06, Ive covered London,
Brussels, Amsterdam, Munich, Zurich and Paris. Ive stopped to Munich twice. There were 2 of us..both
kaum Hawa   . I would like to share my experience...let me sum up how much Ive spend;

Fare:
1) Air fare by Emirates                                              RM1,999 + RM715 (Taxes)       RM2,714
2) EuRail Pass                                                                                                              RM1,886
3) Insurance                                                                                                                RM      16
Total Fare                                                                                                                    RM4,616

Lodging:
1) London- Ivy Hostel (+breakfast) {24.5x6.5                                                           RM159.25
2) Brussels-Sleep Well (+breakfast) [25x4.5                                                              RM112.50
3) Amsterdam-Craydon Hotel&Restaurant [25x4.5                                                    RM112.50
4) Train to Munich (12hrs-took sleeper) [21.5x4.5                                                     RM  96.75
5) Munich-Euro Youth Hostel [18x4.5                                                                         RM  81.00
6) Zuric- Balmers Herberge sf16.50x3                                                                        RM  49.50
7) Munich-Euro Youth Hostel (2nd visit) [18x4.5                                                        RM  81.00
8) Train to Paris (8hrs-took sleepers) [18x4.5                                                            RM 81.00
9) Paris- La Fayette Hotel   [15x4.5                                                                            RM 67.50
Total Lodging                                                                                                               RM841.00

Travelling Fare
1) Fr Gatwick to Victoria St {9x6.5                                                                              RM58.50
-The B&B is near to Victoria st
2) Victoria to Waterloo International {1.50x6.5                                                         RM   9.75
To catch the Euro Star
3) Eurostar {45x6.5                                                                                                    RM292.50
4) Brussels- Fr Metro Rogier to Brussels Midi-Zuid [1.50x4.5                                     RM    6.75
5) Amsterdam - Excursion to Keukenhof [30x4.5                                                       RM135.00
6) Interlaken,Zurich to Jungfraujoch sf121x3                                                            RM363.00
Note: we took the early train with discount
7) Fussen to Neuschwanstein [3.10x4.5                                                                    RM 13.95
    Entrance to Neushwanstein [9x4.5                                                                        RM 40.50
8) Calais merintime to calais port [1.5x4.5                                                                 RM   6.75
     Dover port to Dover priory     {1x6.5                                                                    RM   6.50
     Calais to Dover (ferry) [17x4.5                                                                             RM 76.50
     Dover Priory to Victoria st {15.50x6.5                                                                  RM100.10
     Victoria St to Heathrow st {4x6.5                                                                         RM  26.00
Total Travelling fare                                                                                                   RM1,145.80

Food
1) Amsterdam- Menniken Fries (french fries had it twice) [2.9x4.5x2                      RM26.10
    Bread Loaf  [1.95x4.5                                                                                           RM  8.78
    Potato chips Lays [0.85x4.5                                                                                 RM   3.83
    Bread Loaf [1.10x4.5                                                                                            RM   4.95
2) Zurich - Eggs (6) sf3.40x3                                                                                    RM10.20
3) Munich - Bread Loaf [2.9x4.5                                                                               RM13.05
4) Paris - Mineral water [2.05x4.5                                                                            RM  9.23
4) London - Fruit Juice {2x6.5                                                                                  RM13.00
    Fish & Chips {6x6.5                                                                                               RM39.00
    Poach Salmon {6x6.5                                                                                            RM39.00
    Salads {2.95x6.5                                                                                                  RM19.98
    Coke {1.3x6.5                                                                                                      RM   8.45
Total Food                                                                                                                RM194.77

Will be writting  about my experience in each and every places that Ive stopped in my next posting...

[ Last edited by  nora8 at 22-4-2006 05:46 PM ]
1

View rating log

5

Threads

2

Fans

7198

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
15-11-2002
Post on 22-4-2006 07:26 PM |All posts
Originally posted by nora8 at 22-4-2006 05:27 PM
Assalamualaikum...

Hi, Ive just returned from my backpack trip to Europe. From 10/4/06-19/4/06, Ive covered London,
Brussels, Amsterdam, Munich, Zurich and Paris. Ive stopped to Munich twice.  ...


wow! you dah berjaya jelajah europe!

yr total spending is  rm6797.57. is really cheap!!

Total Fare                                                                                                                    RM4,616
Total Lodging                                                                                                               RM841.00
Total Travelling fare                                                                                                   RM1,145.80
Total Food                                                                                                                RM194.77


waiting for stories & tips masa gi backpacking kat europe ok.....
1

View rating log

Success is something that is achieved by the minority, not the majority of people.
12345678910... 101Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 22-5-2013 06:58 AM , Processed in 0.186082 second(s), 18 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top