CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aza

All About Kisah Seram/Misteri Di Opis/Pejabat

  [Copy link]
Post time 4-8-2015 02:19 PM | Show all posts
  Tempat     : Salah satu shopping mall di Kuching
   Masa        : Tahun 2010


Antara perkara yang berlaku:


   1. Ini terjadi kat aku sendiri lah, start keja pukul 8am,tapi aku datang pukul 7am (tumpang suami turun keja). Ofis tgkt 3(belah utara),satu2nya ofis kat tgkt itu,dan da satu lot kosong yang besar dan gelap.Semasa tggu security bukak pintu ofis, aku selalu terdengar bunyi baby menangis, macam halus jer bunyi dia,jauh gitu, aku cubalah tengok2 kat pintu lot kosong tu,tengok dari jauh jerlah, masa tu aku berdiri kat pintu lift (mana tahu kalau da pa2 cepat2 ku bukak pintu lift).Tapi gelap jerlah aku tengok,tu pun sekejap je ku tengok n lepas tu cepat ku toleh ke pintu lift..hehe..takut bah..

   2. Ini cerita yang orang kasi tau sama aku termasuk jiran depan rumah(coz kontraktor yang buat mall tu kawan dia)..masa mall ni dalam construction, pekerja2 kontrak da melihat Pontianak   di atas bangunan tengah melihat mereka bekerja. Dan sebelum mall ni didirikan, ia hanyalah sebuah hutan yang kecil, dan dilapangkan untuk membuat rumah pekerja kontrak(Indon). Da satu pasangan ni baru kawen, dan isteri pekerja Indon ni tengah sarat mengandung. Si suami selalu balik dalam keadaan mabuk, dan ini membuat hati si isteri kecewa, mereka selalu bergaduh, dan satu malam tu mereka bergaduh besar, lepas tu si suami terus keluar dari rumah dan meninggalkan isterinya.Kebesokkan paginya,suaminya balik terjumpa mayat isteri tergantung di depan pintu rumah.

   3.Anak kepada salah satu tenant (kedai) kat dalam mall itu, pergi ke toilet, biasalah,remaja kan, mana2 tempat pun dia akan ambik gambar,selfie . Dan dalam toilet duduk tu pun dia nak berselfie,bila dia tengok balik gambar yang di ambil tu, dia terkejut  tengok bukan dia kat dalam tu, tapi orang lain,terus dia pengsan. Dan disebabkan itulah, parent budak itu, panggil priest untuk sembahyang kat sana untuk halau benda tu.


    4.Dan ini, dari cerita rakan sekerja. Si D ni dia kerja sbg customer service,D shift petang, dari pukul 1 sampai 10 mlm, petang tu dia pegi ke ofis dgn si G pegi ke pantry di ofis tgkt 3 untuk mkn, mereka selalu bawak bekal dari rumah. Masa tengah2 mkn, sambal borak2, si D terdengar bunyi budak2 berlari2 kat dlam ofis,(Ofis kami orang luas), ketawa2 lagi budak tu. Si G ni hairan kenapa dgn Si D diam jer,lepas tu si D bagi tau G, cepat2 mkan. G pun ikut jer, sampai bawah baru D ceritakan, start hari tu mereka tak pernah pegi mkan kat ofis pantry slepas maghrib.

    5.Dulu da sorang cleaner akan ditugaskan untuk membersih tandas ofis kami orang,tapi selepas satu kejadian dimana dia selalu kena ganggu oleh suara2,sampai satu hari tu dia buat keja seperti biasa, dan tiba2 dikejutkan oleh suara yg kuat, dan dia terus berlari ke lift, dan suara itu gelak dengan kuat dan berkata ‘Takutkah? Hahaha’ . Bermula hari tu takda satu pun cleaner berani buat keja kat awal2 pagi dan selepas abis waktu pejabat.

     6.Dan ini, kami satu ofis mengalaminya..ditandas (tandas berada diluar pejabat). Pagi tu aku n Susan ke tandas,tandas perempuan Cuma da dua cubicle jer,tapi tandas satu lagi tertutup, so kami assume da orang lah.Yerlah da tengok bayang2 orang dari bwah pintu.Lepas tu dalam tghari mcm tu Pat n Fiona ke tandas,then aku pun ikut jugak, tengok pintu tandas tu masih tertutup, then aku tengok masih da orang,hrmmm..selepas selesai membuang, aku pegi ke front desk, duduk2 sekejap, aku pun Tanya lah kat si Emi, sapa yang pegi tandas sebelum kami bertiga, Emi tak da orang,Cuma kami bertiga jer..aik..aku pun hairan, lepas tu esther pun pegi tandas, keluar jer esther, dia terus tanya sapa kat dlam.Kami orang cakap tak tau.Pa lagi,terus call security, mana tau da org yang berbahaya bersembunyi dalam tandas tu. Dalam 10 minit macam tu, datang 2 orang security,supervisor pun datang jugak..mereka masuk jer toilet tu (kami yg perempuan kat belakang) dan tanya sapa kat dalam..krik..krik..krik.. no respon, dia tengok dari bawah pintu tak nampak sesiapa,tapi sebelum tu da byg2..pa lagi,supervisor pun terus tendang pintu tandas tu..jeng..jeng..jeng..  KOSONG..tak der sesiapa pun kat dalam tu…hah …kami pun apa lagi teruslah takut  meremang bulu tangan..eeee…yerlah semua yg pegi situ mesti cakap da orang, n nampak bayang2..Supervisor pun bagitau, masa2 ofis baru dibuka pun pernah da jugak kejadian macam ni..so setiap kali ke tandas, mesti kami berteman…eee..


     Da lagi cerita ni, bukan setakat ofis jer, kat mall pun da jugak berlaku..nantilah..cerita..bos dah masuk

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2015 04:09 PM | Show all posts
Kat ofis aku yang sekarang ni pun da jugak,sekarang aku tak keja kat mall lagi, aku keja hotel plak,tukar bidang..hehehe.

Hotel ni baru jer setahun lebih beroperasi, aku kerja kat sini dari ia masih berpasir, berhabuk lagi, pas tu selalu terserempak ngan ABANG LA n INDON. Sekarang ni dah beroperasi sepenuhnya..

Ok,staff mcm aku ni, yang kerja ofis hour, balik pukul 5, yang kerja operasi (juruteknik) balik jam 430. So lepas 430pm sunyilah ofis aku ni, walaupun yanng shift pukul 3 da, tapi diaorang tak da di ofis,attend complain, n yang tggl only me n my bos. Kadang2 aku sorang jerlah dalam ofis ni sorang2 sampai jam 5.

Dahlah aku sorang jer lah bunga larangan dalam department ni,yang lain lelaki.

Satu hari tu,my bos tak der di ofis, OFF day..so pintu ofis tutuplah,gelap. Masa tu aku kat pantry,aku sorang jer tggl tu,tgh cuci gelas,aku terdengar macam bunyi pen dalam gelas,alah bunyi bila masa korang ambik pen dalam gelas,then pen berlaga2 antara satu sama lain, mcm tu lah..(korang pikirlah sendiri or korang cuba buat mcm mana bunyi nya).

Aku dengar jer..aku ingatkan bos masuk...bila aku dah selesai mencuci, aku tengok kosong jer...aik...

Aku wat tak tau jerlah...

Pas tu hari lain plak,aku dgr benda yang sama, masa tu aku tgh wat keja kat aku punya PC..tba2 aku tdgr bunyi kerusi mcm da org duduk kat pantry..so aku assume da orang kat pantry, yerlah kalau tak der complaint, mereka duduk lepak kat pantry nak guna line wifi hotel,kat situ jer signal kuat.Lepas abis wat keja, aku pun pegi ke pantry nak tengok da org ke tak..jeng..jeng..jeng..tak der orang...satu pun tak da..aik..aduh..sekali lagik kenak kacau..so aku pegi balik ke PC, wat don no lah..

Perasaan takut tu ku biarkan jerlah..huhuhuh..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2020 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
mr42 replied at 18-4-2006 12:38 PM
Cerita hantu kat opis aku malas nak cerita sebab aku selalu sorang-sorang kat opis...malam ke siang. ...

Knp tkut yew
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2020 03:31 PM | Show all posts
Dalam banyak banyak tempat aku pernah kerja.  Ada satu ofis di salah sebuah HQ negeri.  Memang salah satu GLC terbesar kat Malaysia jugak la.  Ofis ni memang ofis lama lah.  Dan keangkerannya dia tu agak popular dalam kalangan yang pernah dan sedang bekerja kat situ.  Jarang sangat orang stayback melainkan musim xxxx dah datang.  So kebanyakan kena stayback sebab sangat busy.

Masa aku mula mula masuk situ pun, dalam sebulan pertama masih tenang dan aman.  Takde apa apa gangguan pun.  Masuk bulan kedua baru dia bagi salam.  Kat ofis tu tempat paling angker kat kawasan pantry dia.  Kat pantry tu jugak ada stor inventori.  Salam perkenalan tu bila masa aku nak bancuh air kat pantry.  Membelakangkan pintu stor.  Tengah syok bancuh air, tiba-tiba pintu stor kat belakang terbuka dengan sebesar besar alam.  Angin apa semua takde.  Aku apalagi, tinggalkan mug kat situ terus lari ke depan   

Then masa lain pulak.  Time tu kebetulan ada musim xxxx jadi tak ramai yang ada kat ofis.  Sebab tugas luar.   Aku pulak kena settlekan kerja masa tu, jam pun dah masuk pukul 6 petang.  Aku ingat nak stay back sampai jam 7.  Ofis pulak dah sunyi takde orang.  Tengah buat keje, tiba-tiba terdengar bunyi mcm pintu diselak kat pantry.  Aku macam buat bodoh je lah.  Sebab dah biasa kan.  Lepastu sunyi kejap.  Aku sambung balik kerja.  Then macam mana entah aku terpandang kat pintu pantry.  Haa ada kepala jenguk dari sebalik pintu tu.  Sebab pantry gelap tak bukak lampu, so aku tak nampak la wajah si empunya kepala tu.  Aku apa lagi, kemas kemas barang tutup lampu suis semua dan blah.

Banyak lagi cerita lain kat ofis tu.  Tinggal kenangan dah.  Sekarang ni kat ofis baru.  Bangunan pun baru.  Setakat ni takde lagi yang hardcore kat ofis baru ni.  Setakat manja-manja bunyi mendengus macam haiwan mendengus  tu ada lah.  Time syok hadap pc, tiba-tiba ada bunyi nafas mendengus kat belakang.  Bila toleh takde orang pun.

Jadi tunggu dan lihat je lah tahap angker kat ofis baru ni hahaha.  Kalau ada boleh cerita kat sini nanti huhu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2020 10:21 AM | Show all posts
Edited by annehuda at 8-1-2020 10:31 AM

aku dulu penah keje di sebuah jabatan milik kerajaan di sebuah negeri paling utara kt malaysia ni sekitar tahun 2016 dulu. ofis tu kt kompleks kerajaan lama, lif pun takde. so korg pepaham jelah kalau bangunan lama ni mcm mane. n opis tu tahap keangkeran die takdela smpi ada org kene rasuk, tp leh dikatakan suma staf yg keje kt situ mesti kene kacau punye.

1.  minggu pertama aku start keje, satu hari tu aku saje je nk balik lambat. nk study la skit psl skop tugas aku. aku ade ofis kecik sendiri. masa tu aku terdengar la kat luar staf2 ofis tgh sembang2 so aku bajet diorg ni stayback nk ot kot. skali tu aku nak keluar saje menyembang, ha amekaw opis kosong takde orang, lampu suma dah tutup dah. cepat2 aku blah dr situ.
2.  kejadian berlaku pd aku gak.  aku ada motor dan kereta. tp sbb rumah sewa aku takde garaj masa tu and aku pun ada parking sendiri kt opis, so aku pun park jelah keter aku kt opis. pegi keje aku naik motor. satu hari tu masa nk balik tetiba kunci motor aku hilang kt opis ni. puas carik tak jumpe, nk stayback lelama seram pulak so aku pun tumpangla staf balik rumah. sampai rumah tu aku amek kunci keter dan balik ke opis naik grab. skali tu, dh amek keter ni, kunci motor aku ade kt seat passenger depan keter aku. wei camne kunci motor tu bleh ade kt situ nk kata aku tertinggal dlm keter pdhal hari tu kunci keter pun aku tak bawak huhuhu

3.  staf aku ade yg dtg awal, seawal sebelum pkl 8. ada satu hari tu staf-staf aku 2 org pompuan masuk opis, tengok kerusi berpusing2 sendiri. sejak dari hari tu takde dah staf aku nak masuk opis pagi2 sorg diri. bau darah? kemenyan? kapur barus? bunga kubur? tu kire gangguan biasa je kt opis aku

4. ada skali tu staf jaga bilik fail tak perasan opis takde org, skali tu terdengar bunyi gelang kaki kat luar opis. terketar-ketar heols nunggu 'benda' tu habeh mengacau.

5. opis meols ni pakai thumbprint utk rekod kehadiran. mesin thumbprint ni kalau ada org tekan die akan ada automatic voice message la. kejadian di siang hari, ada staf meols ni tgh lepak kt korridor tetiba mesin tu berbunyi. 'thumbprint not detected. please press again'.  ah sudah sape plak main tekan2 padahal heols sorg je kt situ.

5.  sbb dh byk sgt la kan gangguan ni, opis aku buat bacaan yassin setiap hari jumaat. tapi makin kuat plak benda tu mengganas.  penampakan makin menjadik2. tapi benda ni stop lepas ofis tu kene renovate, major gak renovation tu. lepas tu takde dah penampakan dan gangguan berlaku, maybe benda tu dah takde port nk melepak dh kot.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2020 04:32 PM | Show all posts
Sib baik ada dah thread ni.. so, aku pun nak tumpang nyelit lah kisah kat opis aku. Tak yah bukak thread baru.

Ok, kisah kat opis aku ni pulak... adalah beberapa org staff, nampak sendiri.. , dan aku pulak, lebih kepada mendengar mcm2 bunyi, termasuk suara mengilai.

Staff 1. (exec pompuan)

suatu petang tu, lepas abis meeting kat opis ni, sekitar jam 6.45pm...  si N (staff yg dimaksudkan), balik ke meja kerja dia, utk packing segala brg2, simpan laptop dlm beg.. , sbb nak balik dah. Time tu, ramai yg dah balik. Cuma org2 yg terlibat dgn meeting tu je la yg lambat balik. si N ni, meja dia kat area Admin. Sama lah dgn aku, meja pun kat area admin gak. tapi aku dah cabut dah..on time lagi. exec yg lain, meja kerja diaorang kat belah belakang... (consider as, Wing B). So, masa si N ni tgh kemas2 brg dia, tetiba dia terperasan ada "sesuatu" melintas di depan dia. Kiranya dari arah meja aku, menghala ke toilet. Bila N angkat muka utk tgk, siapakah gerangannya... Alangkah terkejutnya N, makhluk yg melintas dpn dia tu adalah cik Ponti. N ckp, cik ponti tu, berbaju putih lusuh, rambut panjang dan muka berlumuran darah.. , pergerakan cik Ponti tu pun, taklah laju sgt, dan tak terlalu slow... that why N dpt tgk dia dgn jelas. Then, hilang sekelip mata.....

Staff 2 : (exec lelaki)

kisah mamat ni, yg aku namakan M , pun jenis hijab terbuka jugak. satu tabiat si M ni, kalau dia kuar gi site ke.. atau ke mana2... bila waktu malam, kalau on the way blk umah, lalu pulak jln dpn bangunan opis, dia mesti akan singgah opis. (jika ada terasa nak "melepas"), dia sanggup singgah opis, drp "melepas" kat petrol pump.  suatu malam tu, lebih kurang pukul 10 lebih, mcm yg aku story kat atas tu lah... situasi dia... Si M ni, singgah opis. siap naik atas. Padahal kat lobi ada je toilet. Alasan dia , tak selesa kat lobi. nak kena panjat opis gak... baru ada feel nak membuang. ok lah... whatever...  So, pada malam tu, elok je dia masuk, kedatangan dia, disambut oleh Cik Ponti jugak... di Admin area... katanya dekat2 dgn meja aku. Hadoiii... nape kat meja aku wehhh... Nak tak nak, dia masuk gak lah.. teruskan hajat dia tu.... as long as benda tu tak kacau atau sergah dia.

Actually, dah byk kali rupanya dia terserempak dgn cik Ponti ni... mmg kawasan Admin ni, dah macam tempat permainan si Ponti ... Ada masa2, dia tak berani masuk.. bila dia dpt "sign" meremang tengkuk, bila berdiri dpn pintu masuk. Bila dia dpt sign mcm tu, barulah dia cancel je hajat dia tu....

Itu kes penampakkan...

Bagi kes2 pendengaran pulak... Aku antara yg sering kena.. sbbnya, aku selalunya org pertama yg sampai opis.

Kes 1 : Staff pompuan.  A & Y

Petang. dalam pukul 7.15, si A nak ambik air coway kat pantry. Pantry mmg jauh sket ke belakang, dan sgt2 sunyi... Kat Pantry kitaorang ni, ada provide air coway dan coffee machine by Nestle. Masa si A nak gi ambik air, dia pun takut , dan mintak Y yg duduk sebelah meja dia, temankan.
A & Y ni, meja kerja diaorg kat Wing B. So, lagi lah jauh diaorang nak kena menapak pegi ke pantry yg kat ceruk dan harus melintas di area admin. so, masa kat pantry tu, si A tgh gigih menadah air kat mesin coway ke botol air dia, di temani si Y. Sedang diaorg tu leka kat dalam pantry tu, tiba2 coffee machine berbunyi, sama seperti org yg nak ambik air coffee tu. lama, seperti kita sedang menadah air kopi, dan bila stop bunyi air yg keluar tu, akan bunyi tittt tittt tanda dah coffee dah siap.  bila dgr bunyi dari coffee machine tu, A & Y ni berpandangan sesama sendiri.... air yg di tadah dari mesin coway tak sempat penuh, diaorang ni kelam kabut lari tinggalkan pantry....

Pengalaman aku sendiri

Pernah stayback sampai malam. Ada kerja urgent nak kena siapkan.  Masa tu, kalau tak silap, dlm pukul 8.30 ke 8.45 cam tu... kat opis mmg semua org dah balik. Orang Admin mmg takde pun yg nak stay, sbb , nak buat OT kena dptkan kelulusan dulu.  So,  masa aku leka taip dan semak KPI bos aku... tetiba aku dengar suara mengilai kat luar pintu opis. Kat lobi lif. Biasanya, kat lobi lif tu, kalau bercakap, suara bergaung kan... Cam tu gak lah bila ada suara mengilai.
Nak dijadikan citer, aku tak takut plak dgr suara mengilai tu. sebab tak mcm suara pontianak langsung. Suara tu, mirip suara org lelaki, mengilai yg dibuat2 mcm nak menakut2kan org. Mula2 tu aku mmg tak layan laa... cuma dlm hati berkata2 , "siapa plak laa dah takde keje nak nyakat orang ni"...  Tapi, suara mengilai tu berterusan hingga pada hujung suara tu, hilaian tu pjg sgt... Masa ni, aku mula terfikir... panjang giler nafas org ni, mengilai non stop, tak tarik nafas. dahsyattt... So, aku pun nak tgk gak, jantan mana yg nafas pjg ni.. yg takde keje nyakat org.... So, aku pun bangun dari tempat duduk aku, dan berjalan nak gi tengok lah kat luar tu. Baru beberapa langkah aku dari meja aku.. tak sempat lagi nak sampai ke pintu., suara tu pun berhenti. Dia berhenti, aku pun berhenti melangkah. Masa tu, tak fikir apa2, terus patah balik, sambung keje.

bila aku dah duduk semula kat tempat aku.  tetiba aku teringat gangguan2 kat opis aku ni. Masa tu, dan2 bulu roma meremang.... Keje tak siap lagi... then, aku terus pasang surah Quran kat hp aku...
Alhamdulillah, sampai abis keje.... takde benda yg pelik2 menganggu.

Kes Kedua (awal pagi)

Aku selalunya org terawal sampai opis. Sampai je opis, aku terus menuju ke surau. Sambung tido .. kul 8 baru bgn .. hihihi...
Pagi tu, aku sampai opis, masa nak menuju ke surau, terpaksa melintasi lorong nak ke toilet. Masa aku melintasi lorong tu utk ke surau, aku dengar suara humming kat  dlm toilet. Aku mmg pasti takde sapa2 kat toilet sbb, masa aku baru sampai opis, opis mmg gelap. Aku lah yg on semua lampu dlm opis tu. Lampu toilet pun gelap. tapi aku tak on pun. tak sempat, dah ada bunyi humming mcm menyanyi...  waktu tu, aku cuma terrrberhenti je dpn lorong toilet tu..., pas tu, aku terus jalan menuju ke surau..

Pada hari yg lain pulak, bila aku tgh syiok membuta dlm surau... aku dgr bunyi sayup2 org ketuk pintu. bkn setakat ketuk, tp mcm gendang kuat2 , mcm org yg terkurung dari dalam, dan mintak org di luar bukakkan pintu dari luar. TApi, takde pulak suara mintak tolong. cuma bunyi pintu di gendang kuat2 je.  Bila aku terjaga, bunyi tu still ada. Aku pun bangun dan jengah keluar, cari, dari arah mana bunyi tu. Tapi, kat luar surau, suasana mcm biasa. takde bunyi apa2 kecuali suara staff bersembang2... (staff yg dah sampai opis). Berhari2 gak laa aku diganggu dgn bunyi tu.... dan aku perasan, bila masuk je pukul 7 atau 7.15, mesti ada bunyi bertalu2 tu... dengki ke aku tido kat surau tu... last2 aku malas nak ambik port.... aku sambung je tido.... lama kelamaan hilang mcm tu je gangguan tu....

Selain tu, ada gak laa gangguan2 lain.. lebih pada bunyi2an yg menganggu.. terutama waktu semua org dah balik, atau masa weekend. Antaranya, bunyi org batuk2 kat Wing B, bunyi orang pakai selipar basah lalu lalang kat area admin dan byk lagi...

Apa pun, aku dah lali dan malas nak ambik port... biarlah penganggu tu fikir, "cess.. pompuan ni takde perasaan btul bila di sakat".  Bila kita tunjuk yg kita takut, agaknya berguling2 dia gelakkan kita.... Yang penting bagi aku, jangan ada penampakkan... tu je yg aku mintak dijauhkan...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2021 05:40 AM From the mobile phone | Show all posts
ocho replied at 11-7-2006 11:10 AM
\\
kak claudia ..
citer pasal org2 stay back malam2 kat ofis .. ofis tu asalnya rumah bungalow  ...

Sy pnh dgr kisah seram pemnggil yg call DJ isma halil hmzah..Masa tu dia bt kerja mgecat kat dalam menara rebung tu...Macam2 yg dia nmpk seram
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Saja la nak tanya.. apsal org selalu seram kalau stay back dengar bunyi keyboard menaip2? ioll memang suka stay back (zaman pre-pandemic hahaha) sebab lagi tenang buat keje after office hours.. and biasa pas kul 6 lebih org dah kurang, so bunyi menaip tu dah start dah cuma sebab rasa biasa dengar ao xde la nak seram ke apa. Kat opis pun ada yg jenis pakai pc + keyboard, ada yg pakai laptop usung sana sini so telinga pun rasa ‘season’ dgn bunyi kletap2 tu.. ada sesapa tau sains di sebalik bunyi menaip ni ke? Sebab ioll memang xrasa seram bila dengar jadi xleh nak relate kalau opis tu angker ke idok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2021 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat opis iols pon ada juga. Hantu 3 baranak katanya. Tp iols Alhamdulillah xpernah kena kacau and xnak kena kacauu. Tacooodd
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
kerusi bergerak keyboard typing haa gitu gitu je le
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2021 01:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Apsal la aku terbaca
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.071145 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list