CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 66444|Reply: 66

ARKIB TUGASAN KOMPUTER - UNTUK RUJUKAN

 Close [Copy link]
Post time 19-5-2006 10:22 PM | Show all posts |Read mode
INI ADALAH HIMPUNAN TUGASAN-TUGASAN KOMPUTER DARI FORUMERS YANG MENYERTAI KUIZ KOMPUTER... SAYA STICK-KAN THREAD INI UNTUK RUJUKAN KITA BERSAMA...


TUGASAN KOMPUTER - VENEZ
1. Tugasan ini perlulah dipostkan didalam thread ini.
2. Forumers hanya boleh menghantar SATU tugasan sahaja.
3. Nilai tugasan 2 adalah dari 20 ke 40 kredit.
4. Tugasan 2
    a) Sila pilih mana2 syarikat komputer terkenal di dunia
    b) Dapatkan latar belakang syarikat, logo dan produk yang dikeluarkan.
5. Tugasan mestilah didalam BAHASA MELAYU... :devil:
6. PASTIKAN TUGASAN ANDA TIDAK SAMA DENGAN RAKAN ANDA.
7. Tarikh tutup Tugasan Kedua adalah pada 22 mei 2006 jam 6.00 petang...

[ Last edited by  venez at 25-5-2006 11:05 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2006 02:14 PM | Show all posts

PROFIL KORPORAT ACER SALES & SERVICES SDN BHD






Pengenalan


Ditubuhkan pada tahun 1990, Acer Sales & Services Sdn Bhd (No. Syarikat 204410-A) mempunyai lebih daripada 400 orang tenaga kerja di seluruh negara, yang melibatkan pengurusan pemasaran dan khidmat sokongan jualan sepenuhnya untuk pelbagai rangkaian sistem komputer peribadi dari komputer peribadi mudahalih kepada sistem rangkaian di Malaysia.

Mempunyai pelanggan-pelanggan terdiri daripada badan-badan korporat besar, agensi-agensi kerajaan, institusi-institusi pendidikan, perniaga-peniaga kecil dan pengguna-pengguna di rumah, Acer dengan jayanya telah membina sebuah reputasi dan disegani serta merangkul gelaran sebagai Komputer SuperBrand No. 1 tahun 1999, Komputer SuperBrand Status Emas 2000, 2001, 2002 dan 2003 di Asia dan Malaysia (Sumber: Reader's Digest Mei 1999-2003) untuk 5 tahun berturut-turut.

Selaku pembekal strategik dan juga teman, Acer dapat memberi anda kaedah terkini untuk bersaing, meningkatkan keberkesanan hasil kerja anda dan mengenali peluang-peluang terkini di era baru yang sentiasa berubah dengan pesat melalui penggunaan teknologi dan pengalaman kami. Dengan adanya 15 buah cawangan berautonomi Acer di seluruh negara, rangkaian pengedaran multimedia yang meluas, sokongon teknikal yang hebat dan canggih, khidmat logistik, dan kepuasan pelanggan yang telah terbukti, kami bersedia membantu anda membawa perniagaan anda ke peringkat yang seterusnya.

Infrastruktur: Pemangkin Pertumbuhan Kami


Dengan adanya rangkaian pejabat-pejabat Acer yang mengagumkan di seluruh negara, Acer telah melibatkan diri dalam penyediaan khidmat dan sokongan di tahap tertinggi kepada para pelanggan.

Acer dengan bangganya menempatkan rangkaian pejabat-pejabat tersebut secara strategik di setiap pelusok negeri. Cawangan pejabat ini yang merupakan sebahagian daripada kejayaan kami terletak di Kuala Lumpur, Subang Jaya, Ipoh, Pulau Pinang, Kota Bharu, Kuantan, Johor Bahru, Melaka, Kluang, Seremban, Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Kuching, Sibu dan Miri.

Pelaburan yang melibatkan berjuta-juta ringgit dalam bidang penginfrastrukturan Rangkaian Kawasan Luas (WAN) di seluruh negara telah menghasilkan kesinambungan rangkaian-dalaman yang hebat di antara cawangan-cawangan Acer dengan Ibu Pejabat Acer di Kuala Lumpur.

Setiap cawangan ditubuhkan dengan kepakaran untuk berfungsi dengan sendiri disertai oleh kumpulan pemaju perniagaan, pergudangan, khidmat sokongan lepas jualan dan sokongan teknikal. Ini telah membantu Acer menempa kejayaan, melahirkan nilai persabahatan sebagai rakan kongsi dengan wakil-wakil jualan serta pelanggan-pelanggan melalui sikap peka dan responsif terhadap keperluan mereka dari segi ketepatan masa, di samping mengekalkan fleksibiliti, reliabiliti dan sokongan produk jangka panjang.

Pengurusan setempat, bakat, dan pengetahuan mengenai kemasyarakatan menawarkan kelebihan dalam urusan pemasaran dan hasil jualan. Walau bagaimanapun, faedah yang paling berharga terhasil melalui aliran komunikasi yang dihantar semula ke pihak pengurusan, kerana sikap bersedia mendengar apa jua yang ingin diperkatakan oleh pelanggan masih merupakan cara terbaik bagi menentukan bahawa produk dan khidmat yang kami tawarkan adalah menepati kehendak pelanggan.

Pilihan Dan Nilai Terkemuka
Beli dengan yakin. Dari PC SuperBrand Malaysia


Tumpuan penilaian jenama Acer terletak pada konsep INOVASI dan PRIHATIN. Oleh kerana kami menghargai semua pelanggan, kami mendorong mereka mencapai segala matlamat dalam perniagaan dan juga menjalani kehidupan yang lebih produktif lagi bermakna. Hasrat ini tercapai apabila semua pelanggan kami dilengkapi dengan produk-produk dan perkhidmatan yang inovatif di mana ianya boleh dipercayai dan mudah digunakan. Inilah janji produk berjenama Acer kepada semua pelanggan.

Erti perniagaan bagi kami adalah menerusi Server Altos Acer dan Desktops perniagaan Veriton & AcerPower yang boleh dipercayai dan telah direka khas untuk pelanggan-pelanggan korporat kami. Komputer Mudahalih TravelMate & PC Tablet, pemenang untuk beberapa anugerah memberikan kuasa pengkomputeran mudahalih, penyambungan dan fleksibiliti. Manakala komputer peribadi Aspire Multimedia adalah keupayaan fungsi berteraskan multimedia yang terlaris! Acer juga memiliki spektrum peranti yang meluas di mana ianya menepati kepelbagaian persekitaran tempat kerja dan keperluan pengguna yang berbeza, termasuk monitor CRT dan LCD, pemacu optikal dan projektor.

Kami berbangga di atas peranan utama Acer di dalam penyediaan produk-produk yang mampu dimiliki dan berkualiti ke Malaysia. Keupayaan paling besar kami terletak pada kebolehan mengumpul pakar-pakar global kami dan hubungan erat dengan perintis-perintis industri dalam penghasilan produk-produk Acer bagi memastikan para pelanggan kami memperolehi teknologi terkini lagi berkualiti tinggi. Berurusan dengan Acer tidak bererti hanya untuk merendahkan kos pemilikan dan perlindungan pelaburan, tetapi juga pengetahuan kepada para pelanggan bahawa Acer mempunyai cawangan pejabatnya serta pusat khidmat yang berhampiran anda.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan kami, sila layari laman web kami di http://www.acer.com.my atau hubungi Talian Maklumat Produk Bebas Tol di 1-800-88-1288.

Acer Care


"Jenama Global, Sentuhan Tempatan"- falsafah yang menggabungkan sumber global dan tempatan di samping tumpuan yang masih difokuskan tidak berubah - keperluan pelanggan. Berlandaskan pegangan inilah maka Acer telah melantik Highpoint Service Network Sdn Bhd sebagai pembekal khidmat sah bagi semua peralatan Acer yang dijual di negara ini. Tugasan ini diuruskan di bawah label "Acer Care" yang kini sinonim kepada penekanan kebertanggungjawapan dan jaminan perkhidmatan cemerlang tertinggi untuk para pelanggan dan wakil-wakil jualan Acer.

Bagi mentakrif semula tahap khidmat pelanggan, sekumpulan jurutera profesional terlatih bertanggungjawab menguruskan program Acer Care yang merangkumi latihan teknikal secara terperinci, Talian Penting Teknikal (1-800881-918), Pusat Servis untuk khidmat servis terbuka, polisi dan program khidmat sokongan setempat, Waranti Lanjutan SuperCare, kontrak penyelenggaraan strategik pihak ketiga dan Laman Web Teknikal.

Di Acer, kami mengambil langkah pendekatan yang inovatif dan khidmat pelanggan yang berterusan demi mencapai visi untuk menjadi Yang Pertama Dalam Kepuasan Pelanggan. Kami bukan sahaja menyampaikan produk-produk dan teknologi-teknologi terkini, tetapi merangkumi keseluruhan kepuasan para pelanggan. Menerusi program-program Acer Care yang meluas, anda diberi jaminan akan perkhimatan yang anda harapkan dari sebuah syarikat komputer terkenal seperti syarikat kami, yang sentiasa bersama anda pada bila-bila masa dan di mana jua.

Latar Belakang Kumpulan Acer


Sejak penubuhannya pada tahun 1976, Acer pada asalnya pemaju produk asas pemprosesmikro telah berkembang kepada pengeluaran stesen penjanakuasa dan komputer berjenama terkenal secara global yang memasarkan produk-produk Teknologi Maklumat (IT) dan perkhidmatan bertaraf dunia.

Produk-produk utama Acer merangkumi Desktops Perniagaan Veriton/AcerPower, server Altos, komputer peribadi multimedia Aspire, komputer peribadi mudahalih TravelMate dan komputer peribadi Tablet, PDA dan projektor.

Kini Kumpulan pan-Acer merupakan sebuah syarikat korporat terbesar dan komprehensif yang berdedikasi di dalam penyelidikan IT, pembangunan, pengeluaran dan juga perkhidmatan IT. Sebagai salah satu daripada 10 buah vendor PC terkemuka dunia, Acer Inc. mencipta dan memasarkan penyelesaian masalah IT yang lebih selesa dan boleh dipercayai di mana ia membolehkan pengguna mencapai matlamat mereka serta menaik tarap hidup mereka.

Rangkaian produk Acer menawarkan PC desktop dan mudahalih, server dan penstoran, paparan, periferal serta penyelesaian e-niaga untuk perniagaan, kerajaan, pendidikan dan pengguna di rumah.

Pada tahun 2002, Acer telah diletakkan dalam barisan lima teratas jenama PC dan notebook di Eropah Barat, mendapat status kelima teratas untuk notebook di Asia Pasifik (tidak termasuk negara Jepun), dan muncul sebagai salah satu dari sepuluh vendor PC teratas di Amerika Syarikat.

Kini, Kumpulan pan-Acer mempunyai 39,000 tenaga kerja, wakil-wakil penjual yang sentiasa memberi sokongan padu dan juga pengedar-pengedar produk Acer di lebih daripada 100 buah negara. Anggaran perolehan hasil pendapatan Acer bagi tahun 2002 mencapai US$12.9 bilion.


[ Last edited by  NarNia at 20-5-2006 02:15 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2006 02:16 PM | Show all posts

continue ....

Produk-produk utama Acer merangkumi :-

Desktops Perniagaan Veriton/AcerPower

  

Server Altos

  


Komputer Peribadi Multimedia Aspire,

  

Komputer Peribadi Mudahalih TravelMate



Komputer Peribadi Tablet



ACER TV LCD




PDA




Projektor.






Untuk keterangan lanjut mengenai Kumpulan Acer, sila layari laman web kami di http://www.acer.com.my.


[ Last edited by  NarNia at 20-5-2006 02:29 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2006 05:20 PM | Show all posts

APPLE KOMPUTER


Apple Computer, Inc. (NASDAQ: AAPL) adalah sebuah syarikat di Lembah Silikon, Cupertino, California, di mana perniagaan asas syarikat ini adalah berasaskan teknologi komputer. Apple adalah salah satu syarikat pengasas revolusi komputer peribadi pada tahun 70-an dengan keluaran Apple II dan telah memberi kesan yang besar kepada pasaran komputer peribadi sejak era 80-an dengan model Macintosh. Apple dikenali dengan innovasi perisian dan perkakasan seperti iMac, pemain muzik digital iPod dan juga kedai muzik iTunes.

Sebelum Penubuhan
Sebelum menubuhkan Apple, Steve Wozniak adalah seorang pakar dalam mengubahsuai alatan elektronik. Pada tahun 1975 beliau telah bekerja di Hewlett-Packard dan menolong kawannya Steve Jobs merekabentuk permainan video untuk Atari. Wozniak telah membeli komputer masa pada beberapa jenis komputer mini yang dimilik Call Computer, sebuah syarikat perkongsian masa milik Alex Kamradt. Terminal komputer pada waktu itu adalah berdasarkan kertas; Percetakan terma seperti Texas Instruments Silent 700 dianggap sangat maju pada masa itu. Pada tahun 1975, berdasarkan majalah Popular Electronics, beliau merekabentuk Computer Conversor menggunakan komponen yang dibeli di kedai. Computer Conversor boleh mengawal komputer mini di Call Computer. Alex Kamradt mendapat komisen atas rekabentuk dan menjual sebilang kecil darinya melalui syarikatnya.

Pada tahun 1975, Wozniak mula menghadiri mesyuarat Homebrew Computer Club. Komputer mikro baru seperti Altair 8800 dan IMSAI telah memberi inspirasi kepada beliau untuk memasukkan prosesor mikro ke dalam pita video teletype untuk menghasilkan komputer yang lengkap.

Pada masa itu hanya terdapat dua jenis CPU komputer mikro iaitu Intel 8080 ($179), dan Motorola 6800 ($170). Wozniak lebih berminat terhadap 6800, tetapi kedua-duanya terlalu mahal. Maka dia memerhati, dan belajar, dan melukis komputer atas kertas, sambil menunggu masa apabila dia mempunyai wang yang cukup.

Sejarah Awal

Logo Apple ComputerSteve Jobs dan Steve Wozniak adalah rakan yang rapat sejak 1971, bila pada masa itu Bill Fernandez memperkenalkan Wozniak pada masa itu berumur 21 tahun kepada Jobs pada masa itu berumur 16 tahun. Jobs berjaya mengajak Wozniak memasang mesin komputer dan menjualnya.

Apple III and Lisa

Apple IIISemasa 1980-an Apple mendapat persaingan dalam bidang perniagaan komputer peribadi. IBM merupakan pesaing terbesar. Model IBM PC, menggunakan DOS milik Microsoft mendapat sambutan besar dan mula menjadi komputer meja di banyak syarikat besar.


Peralatan yang sedang dihasilkan Apple
Komputer

Consumer Sub-Desktop Computer - Mac mini - Comes in three models. BYODKM (Bring your own display, keyboard, and mouse). [1]
Consumer Desktop Computer - iMac - Currently the iMac G5 with 17" and 20" models [2]
Consumer Portable Computer - iBook - Currently the iBook G4 with 12" and 14" models [3]
Pro Desktop Computer - Power Mac G5 - Comes in three models [4]
Pro Portable Computer - PowerBook G4 - Comes in 12", 15" and 17" models [5]
Education Desktop Computer - eMac - Also sold to regular consumers and government employees [6]
Servers - Xserve - Single Processor, Dual Processor, and Cluster Node [7]
Server Storage Options - Xserve RAID [8]
Pemain muzik digital iPod

iPod (color screen) - Holds up to 5,000 Songs (20,000 photos) or 15,000 songs (25,000 photos) in 2 models (20 & 60 GB). [9]
iPod U2 Edition (color screen) - Holds up to 5,000 songs (20,000 photos) in a single 20GB model with a black and red design and U2 band members' signatures engraved on the back. [10]
iPod mini - Holds up to 1,000 or 1,500 songs in 2 models (4 & 6 GB) and 4 colors (silver, green, pink, blue) [11]
iPod shuffle - Holds up to 120 or 240 songs in 2 models (512 MB & 1 GB) [12]
Aksesori kamputer

Video Conferencing Camera - iSight [13]
Wireless Networking Products - AirPort Extreme Base Station [14] & AirPort Express [15]
Computer Displays - Apple Cinema HD Display & Apple Displays [16]
Computer mouse - Mighty Mouse [17]
See also: List of Macintosh models grouped by CPU














[ Last edited by  MAF14 at 20-5-2006 05:37 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2006 06:09 PM | Show all posts

Tugasan Komputer


Lenovo Group

Lenovo Group Limited sebelum ini dikenali sebagai Legend Group Ltd dan New Technology Developer Incorporated, merupakan pengeluar komputer peribadi terbesar di negara China. Sehingga tahun 2004, syarikat ini merupakan pengeluar komputer peribadi ketiga terbesar di dunia (sebelum pembelian bahagian PC IBM). Syarikat asalnya di tubuhkan pada tahun 1984 di Beijing tetapi syarikat yang disenaraikan sekarang di korporatkan pada tahun 1988 di Hong Kong.

Ibu pejabat Lenovo Group terletak di New York, Amerika Syarikat. Walaubagaimanapun, syarikat ini bercadang untuk memindahkan ibu pejabat mereka ke Raleigh, North Carolina, iaitu tempat asal kumpulan Thinkpad, IBM. "Lenovo" adalah gabungan dua perkataan iaitu "Le-" yang bermaksud 'lagenda', dan "novo", perkataan latin yang bermaksud 'baru'.

Produk Lenovo tidak hanya terhad kepada komputer meja dan komputer riba, malah meliputi komputer pelayan, komputer mudah-alih, peralatan pengimejan, dan telefon bimbit. Lenovi juga menyediakan perkhidmatan integrasi teknologi maklumat dan perkhidmatan sokongan. Lenovo juga menyediakan akses internet di China melalui portal FN365.com

Sebelum ini Lenovo kurang dikenali di luar negara China, namun pada Disember 2004, syarikat ini mencipta sejarah dengan pengumumannya untuk mengambil alih bahagian komputer peribadi (PC Division), IBM. Lenovo berhasrat untuk mengembangkan sayapnya ke pasaran barat dan menjadi pengeluar komputer peribadi ketiga terbesar dunia. Sebelum pengambilalihan ini, Lenovo telah pun menguasai 25% pasaran Asia kerana keupayaannya untuk menjual komputer pada harga yang rendah disamping tarif import yang tinggi oleh China. Lenovo membayar USD 1.25 bilion kepada IBM (USD 650 juta tunai dan USD 600 juta stok-stok Lenovo)

Pengambilalihan ini berkuatkuasa pada 1 Mei 2005, dah hasil dari ini, produk-produk Lenovo termasuk ThinkVision, ThinkPad, ThinkVantage, ThinkCentre, Aptiva dan NetVista. Sehingga 1 Mei 2005, 35.2% pegangan lenovo adalah oleh awam, 45.9% oleh Legend Holdings Limited dan 189% oleh IBM

Produk-Produk
Komputer meja IBM ThinkCentre
Komputer meja Lenovo 3000 J Series
Komputer riba IBM ThinkPad
Komputer riba Lenovo 3000 C
Monitor LCD dan CRT
Projektor IBM ThinkVision
Printer
Telefon Bimbit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2006 02:19 AM | Show all posts
TUGASAN 2 : SYARIKAT KOMPUTER TERKENAL DI DUNIA

FUJITSU COMPUTER SYSTEMS




LATAR BELAKANG

Fujitsu Computer Systems (FCS) menyediakan perbagai jenis perkakasan dan produk untuk membantu pengguna meningkatkan infrastruktur teknologi maklumat. Syarikat ini memahami kuasa (power) yang boleh dicapai daripada maklumat sekiranya ia di dioptima dan diusahakan dengan betul.

FCS mengeluarkan pelbagai produk seperti komputer, pelayan (server), storan dan perisian yang berspesifikasi tinggi dan boleh dipercayai. Selain daripada itu syarikat ini juga menyediakan servis secara professional bagi membantu pengguna dalam mengurangkan risiko dan komplikasi, meningkatkan prestasi dan juga beroperasi pada tahap maksima.

FCS turut mementingkan servis selepas jualan kepada pengguna berterusan. Terdapat beberapa kategori servis selepas jualan yang boleh dipilih bersesuaian dengan kehendak pengguna tersebut.

FCS yang berpangkalan di Sunnyvale, California adalah hak milik penuh Fujitsu Limited. Syarikat ini menawarkan produk-produk berikut:

--> Komputer Riba (Notebook) LifeBook®
--> Komputer Tablet Stylistic®
--> Komputer Meja (Desktop) ESPRIMO™ & CELSIUS
--> Pelayan (Server)  PRIMEPOWER™, PRIMEQUEST™ & PRIMERGY®
--> Storan (Storage) ETERNUS™


PRODUK

IBM memasarkan produk-produk berikut kepada pengguna:

1. Komputer Riba

Fujitsu LifeBook® adalah merupakan komputer riba yang berkualiti dan berkapasiti tinggi serta pernah memenangan pelbagai anugerah.


Fujitsu LifeBook Models C-7661


Fujitsu LifeBook P2020

2. Komputer Tablet

Fujitsu adalah merupakan peneraju utama dalam pengeluaran komputer tablet. Antara komputer tabletnya yang terkenal ialah Stylistic® dan LifeBook.


Stylistic® 500


Fujitsu FMV-T8210 Lifebook Tablet

3. Komputer Meja

Fujitsu mengeluarkan pelbagai jenis komputer meja yang berinovasi dan berkapasiti tinggi. ESPRIMO™ dan CELSIUS adalah merupakan jenis-jenis komputer meja yang utama.


Esprimo P5600 - A3200


Fujitsu Celcius N440

4. Pelayan

Diantara pelayan ternama dan berkapasiti tinggi yang dikeluarkan oleh Fujitsu ialah PRIMERGY®, PRIMEPOWER® dan PRIMEQUEST™.


Fujitsu Primergy TX200


PRIMEPOWER 850


PRIMEQUEST 400

5. Storan (Storage)


ETERNUS Storage  


** SOURCES:
http://www.fujitsu.com/my
http://www.computers.us.fujitsu.com

[ Last edited by  Luisa_Fernanda at 21-5-2006 01:59 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2006 03:14 PM | Show all posts
TUGASAN KOMPUTER FASA 1 : SYARIKAT KOMPUTER YANG TERKENAL DI DUNIA



Latar Belakang
Telah dicipta pada 1975, Microsoft (Nasdaq MSFT) adalah syarikat yg mendahului syarikat2 lain dalam  software, services dan  solutions yang membantu individu dan business utk merialisasikan kemampuan mereka..

MS-DOS, Windows, Windows 3.0, Windows 95, Windows 98, .NET, Office XP, Windows XP and Windows Server adalah antara product  Microsoft Corporation.

Tarikh-tarikh Penting
1975                   Microsoft dijumpai
Jan. 1, 1979     Microsoft berpindah dari Albuquerque, New Mexico ke Bellevue, Washington
June 25, 1981        Microsoft disatukan
Aug. 12, 1981        IBM memperkenalkan computer pericadi mereka kepada Microsoft's 16-bit operating system, MS-DOS 1.0
Feb. 26, 1986        Microsoft berpindah ke campus di Redmond, Washington
March 13, 1986        Microsoft mula diperkenalkan kepada masyarikat
Aug. 1, 1989        Microsoft memperkenalkan versi terawal dalam pengendalian aplikasi produktiviti Office
May 22, 1990        Microsoft melancarkan Windows 3.0
Aug. 24, 1995     Microsoft melancarkan Windows 95
Dec. 7, 1995                  Bill Gates memberikan komitmen kepada Microsof utk membantu dan menyokong penggunaan Internet
June 25, 1998        Microsoft memperkenalkan Windows 98
Feb. 17, 2000        Microsoft memperkenalkan Windows 2000
June 22, 2000        Bill Gates and Steve Ballmer memberi Microsoft's .NET strategi utk Web services
May 31, 2001        Microsoft memperkenalkan Office XP
Oct. 25, 2001        Microsoft memperkenalkan Windows XP
Jan. 15, 2002        Bill Gates memberi komitmen Microsoft dalam Trustworthy Computing
Nov. 7, 2002        Microsoft and partners memperkenalkan Tablet PC
Jan. 16, 2003        Microsoft mengisytiharkan annual dividend
April 24, 2003        Microsoft memperkenalkan Windows Server 2003
Oct. 21, 2003        Microsoft memperkenalkan Microsoft Office System
July 20, 2004        Microsoft mengumumkan plans untuk memberi $75 billion kepada shareholdernya dalam bentuk dividends and stock buybacks

Titik Hitam Microsoft : Ceroboh hakcipta : saman dan menang besar!

Satu berita dari internet melaporkan mengenai kejayaan seorang pencipta teknologi - Eolas dan Universiti California, AS menyaman Microsoft krn penggunaan satu ciptaannya di dalam perisian Internet Explorer.

Wang yg perlu dibayar oleh Microsoft ialah US520.6 juta. Jumlah yg diminta oleh Eolas pada awalnya ialah US1.2 billion.

Teknologi terbabit ialah mengenai fungsi di dalam web browser yg membolehkan pengguna internet me'lari'kan ( execute ) perisian di web utk menjadikanya interaktif.

Jumlah tersebut adalah dikira berdasarkan kiraan bagi setiap unit perisian Windows pada harga US1.47 dari November 1998 hingga September 2001.

Pengasas Microsoft : Bill Gates



William Henry Gates III (dilahirkan pada 28 Oktober 1955), biasanya dikenali sebagai Bill Gates, merupakan pengasas (bersama Paul Allen) dan pada masa kini Pengerusi dan Ketua Pencipta Perisian bagi Syarikat Microsoft. Menurut majalah Forbes, beliau merupakan orang terkaya di dunia.

Bill Gates dilahir di Seattle, Washington kepada William Henry Gates, Jr., seorang peguam, dan Mary Maxwell, ahli jawatan kuasa First Interstate Bank, Pacific Northwest Bell dan ahli jawatan kuasa kebangsaan United Way. Gates belajar di Lakeside School, sekolah yang paling unggul di Seattle, dan meneruskan pelajarannya di Universiti Harvard, tetapi tidak menghabiskan pelajaran tingginya.

Semasa beliau belajar di Harvard, beliau dan Paul Allen menulis penterjemah Altair BASIC untuk Altair 8800 dalam dekad 1970. Altair merupakan komputer peribadi pertama yang berjaya. Diberi inspirasi oleh BASIC, sebuah bahasa komputer yang mudah dipelajari dan ditulis di Kolej Dartmouth untuk mengajar, versi Gates dan Allen kemudian menjadi Microsoft BASIC, bahasa pengaturcaraan yang utama untuk sistem operasi komputer MS-DOS, yang kunci kepada kejayaan Microsoft. Microsoft Basic kemudiannya dijadikan Microsoft QuickBasic. Apabila Microsoft QuickBasic dijual tanpa pengkompil QuickBasic dikenali sebagai QBasic. QuickBasic juga dijadikan Visual Basic, yang masih popular hingga ke masa kini.



Berusia 21, gambar polis untuk kesalahan trafik yang kecil. Microsoft menggunakan gambar ini dalam iklan Jerman dengan cogankata "Nasib baik tiada had laju untuk perisian".

Anggaran kekayaannya
Menurut senarai Forbes orang-orang paling kaya dalam dunia [1]:
•        1996 - $18.5 juta juta, pangkat #1
•        1997 - $36.4 juta juta, pangkat #2
•        1998 - $51.0 juta juta, pangkat #1
•        1999 - $90.0 juta juta, pangkat #1
•        2000 - $60.0 juta juta, pangkat #1
•        2001 - $58.7 juta juta, pangkat #1
•        2002 - $52.8 juta juta, pangkat #1
•        2003 - $40.7 juta juta, pangkat #1
•        2004 - $46.6 juta juta, pangkat #1
•        2005 - $50.0 juta juta, pangkat #1

Antara Product

Windows : Windows XP, Virtual PC, Windows Server System, more....

Office : Word, Excel, Access

Windows Server System : Windows Server, Exchange Server, BizTalk Server

Developer Tools : Visual Studio .Net, Visual Basic, Visual C#

Business Solutions : Axapta, Great Plains, CRM

Games And XBox : Halo, Age of Empires, Zoo Tycoon

MSN : MSNTV, MSN Resources

Windows Mobile : Voice Command, Windows Mobile resources

Alamat corporate

Microsoft Corporation
One Microsoft Way
Redmond, WA 98052-7329
USA
Tel: (425) 882-8080
Fax: (425) 706-7329
Web site: http://www.microsoft.com

---------------Sekian Terima Kasih-------------

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2006 04:09 PM | Show all posts
TUGASAN VEN 2 : SYARIKAT KOMPUTER YANG TERKENAL DI DUNIA



Dell ditubuhkan pada thn 1984 oleh Michael Dell (gambar)

(seorg Executive yg paling lama bertahan menerajui sebuah syarikat komputer!!) . Berdasarkan konsep yg ringkas,dengan menjual Sistem Komputer terus kepada pelanggan, Dell adalah yang terbaik memahami kemahuan & kehendak pelanggan. Sebenarnya, kaedah jualan terus kepada pelanggan ini boleh menghapuskan kos 'org tengah' dan masa yg terbuang, disebalik itu Dell juga dapat mengetahui dan memahami harapan pelanggan.Sistem Pesanan Terus Dell membolehkan syarikat membina system komputer  mengikut kehendak pelanggan dengan harga yg berpatutan. Dell juga mampu memperkenalkan sistem teknologi terkini dengan lebih cepat berbanding dengan saingannya yg mengedarkan secara lembab dan tidak terus kepada pelanggan.
salah satu matlamat DELL:



Ibu pejabat Korporat Dell terletak di Round Rock, Texas, dimana tempat lahirnya Dell. Central Texas juga merupakan pusat bagi Dell Americas, merangkumi  United States, Canada, South America dan Latin America. Ibu pejabat Dell yg lain:
Bracknell, England, bg Eropah, Middle East and Africa
Singapura: bg  Asia Pasifik, termasuk Japan, India, China, Australia and New Zealand.

Kilang Dell terletak di:
Austin, Texas; Nashville, Tenn.;
Winston-Salem, North Carolina;
Eldorado do Sul, Brazil (Americas);
Limerick, Ireland (Europe, Middle East and Africa);
Penang, Malaysia (Asia Pacific and Japan)
Xiamen, China (China).

Keratan berita Dell di Malaysia:
Dell pilih Cyberjaya

07.05.2006 | AUSTIN, TEXAS 6 Mei - Syarikat pengeluar komputer terkemuka dunia, Dell hari ini memilih Cyberjaya iaitu nukleus Koridor Raya Multimedia (MSC Malaysia) sebagai pusat teknologi dan pembangunan produk.

Persetujuan memilih Malaysia dicapai setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang diiringi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis mengunjungi ibu pejabat Dell di Round Rock, di sini.

Dalam kunjungan itu, Abdullah dan Jamaludin bertemu dan mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Dell, Michael Dell dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kevin Rollins.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sempena lawatan tersebut di sini hari ini, pusat teknologi dan pembangunan Dell dijangka menempatkan aktiviti nilai tambah yang tinggi, termasuklah dalam pemprosesan reka bentuk dan pembangunan perisian.

Kemudahan Dell di Cyberjaya itu akan memberi peluang pekerjaan sebanyak 1,000 orang dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

``Maklumat tambahan berhubung pusat teknologi dan pembangunan yang baru akan diumumkan kemudian pada tahun ini,'' kata kenyataan itu.

Dell memulakan operasi pengeluarannya di Pulau Pinang pada tahun 1995 yang kemudiannya muncul menjadi hab yang besar dengan 4,000 kakitangan.


Produk Dell (Pasaran Malaysia ajerlah yer...) :hatdown: : dan yg terpilih...nk letak semua tak cukup space... heheeheheee

Desktop dan monitor:
Flat screen:

ni yg guna kat opis nih:


Komputer Riba:
Kegunaan biasa:


kemana jua.............


"erformance"


Pencetak (Semua dalam satu)
DellTM  Photo All-in-One Printer 964

33.6 Kbps built in fax modem
Unattended multi-page faxing, scanning and photocopying with 50 page auto document feeder
2.4" LCD for viewing photos
Direct photo printing via PictBridge, 8 in 1 Memory Card Slots and USB Key
Compatible with Microsoft?  Windows?  2000 , Windows XP and Windows XP 64 Bit


DellTM  Photo All-In-One Printer 942

2.4" LCD for viewing photos
Direct photo printing via PictBridge, Memory Card Slots
Compatible with Windows?  2000, Windows XP


Projectors:
Dell 5100MP Projector
Ultimate Performance and Versatility



Dell 2400MP Projector
Affordable Performance Presentation Solution



Dell Axim Handhelds
Dell AximTM  X51v 624 MHz Handheld
Brilliant VGA display and Accelerated Graphics with Integrated 802.11b and Bluetooth



Dell AximTM  X51 520MHz Handheld
Power & Expandability with Integrated 802.11b and Bluetooth



Lain2 :

Memory

Networking

Power Protection Device
APC Backup UPS, Smart-UPS and surge protector for power protection

Storage & Drives

DVD Drive

Hard Drive

Memory Key

External Storage Devices


Tahun2 penting:
1984        Michael Dell menubuhkan Dell Computer Corporation       
1985        Dell memperkenalkan sistem Komputer pertama , the Turbo, yg bercirikan Intel    8088 processor dengan kelajuan 8 megahertz       
1987        Dell merupakan syarikat system computer yang pertama memperkenalkan servis ?ext-day       
1990        Kilang di Limerick, Ireland, dirasmikan, bagi pasaran kawasan Eropah, Timur Tengah dan Afrika
1991        Memperkenalkan computer riba yang pertama       
1992        Dell tersenarai didalam Fortune 500 sbg antara syarikat terbesar dunia
1993        Dell tersenarai di carta lima teratas pembuat system computer.       
1996        Dell merasmikan kilang di Penang, Malaysia.       
Pelanggan mula membeli terus melalui www.Dell.com       
1997        Dell memasarkan system computer yang ke 10 juta.
Dell memperkenalkan ?orkstation? yg pertama
1998        Dell mengembangkan sayapnya dengan mebuka kilang di Xiamen, China       
Dell memperkenalkan  produk simpanan ?owerVault?       
1999        Dell membuka satu lagi pejabat di Amerika Syarikat, iaitu di Nashville, Tenn.       
Dell merasmikan kilang Eldorado do Sul, Brazilutk kawasan Latin America       
Dell memperkenalkan  "E-Support Direct from Dell-- online technical support?
2000        Jualan Dell melalui Internet mencapai tahap $50 juta sehari       
Utk kali pertama,  Dell merupakan syarikat No. 1 didunia bg pasaran ?orkstation?.
Dell memperkenalkan ?owerApp appliance servers?
Dell memasarkan ?owerEdge server? yg ke 1 juta
2001        Buat kali pertama, Dell tersenarai No. 1 dipasaran saham global.       
Dell memperkenalkan ?owerConnect network switches?
2002        Dell memasarkan ?owerConnect line of network switches? yg ke 2 Juta
Dell memasarkan server "blade" yang pertama,
2003        Dell memperkenalkan pencetak untuk kegunaan pejabat dan persendirian       
Dell melancarkan ?ell Recycling? utk membolehkan pelanggan membuat ?ecycle? ataupun tujuan kegunaan amal.
2005        Dell senarai teratas "America's Most Admired Companies"       
2006        Dell memasarkan lebih 10 juta sistem bg suku tahun (Q4, FY06)







SUMBER UTAMA:
www.Dell.Com
gambar2: Copyright 1999-2006 Dell Inc. Malaysia customers only


WASSALAM

:tq::tq:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2006 09:22 PM | Show all posts
TUGASAN KOMPUTER  -   PADLIE

1. Tolong cari gambar dan paparkannya disini. Gambar apa? Gambar semua komponen (hardware) komputer yg membolehkan sesebuah komputer berfungsi sepenuhnya.. Sapa paling lengkap, tacang lagi banyak..

2. Bagi nama kedai, dimana kita boleh beli komponen2 nih. Kedai kat sumer negeri dalam Malaysia...

[ Last edited by  venez at 24-5-2006 10:26 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2006 09:47 PM | Show all posts

SOKLAN TUGASAN PAD

1.  Himpunan peralatan pemasangan komputer seperti pemutar skru philip, pemutar skru bermagnet, playar muncung tirus, penyepit dan pengikat kabel kuasa.
2.  Manual papan induk dan manual lain-lain kompenan komputer sekiranya dibekalkan oleh pengeluar.
3.  Segala perkakasan dan kompenan komputer yang berkaitan seperti CPU, RAM, pemacu,papan induk, kekisi, peranti input dan output dan sebagainya.

KEKISI (CASING)

    Kekisi terdiri dari pelbagai jenis:
1. "Bracket" pemacu cakera 5.25". Rujuk gambar
2. "Bracket" pemacu cakera 3.5". Rujuk gambar
3.  Kotak Bekalan kuasa. Rujuk gambar
    -bahagian-bahagian lain ialah kabel bekalan     kuasa, kabel panel sistem dan dinding     pemegang papan induk.

Pemasangan : Kekisi adalah merupakan kotak kepada segala perkakasan komputer. Pada kotak inilah semua perkakasan dan komponen akan ditempatkan

PAPAN INDUK (MAINBAORD)

Papan Induk mempunyai jenis AT dan ATX, dimana;
1. AT : Suis On/Off secara manual       
2. ATX : Suis On/Off secara automatik       

Jenis AT dan ATX mempunyai perbezaan ketara diantaranya;
- Soket bekalan kuasa
- Soket penghubung luar (External Connectors)       

Pemasangan : Biasanya ia dipasang pada dinding kekisi sebelah kanan. Jika kekisi jenis "desktop" ia akan dipasang pada lantai kekisi.

UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)

CPU mempunyai beberapa jenama, model dan kelajuan
Pemasangan : Merupakan proses pemasanganterpenting dan perlu berhati-hati. Ia dipasang pada soket di papan induk. Pastikan sudut CPU dipasang pada sudut soket yang berpadanan dan betul. Tentukan penanda pada pada CPU sebelum pemasangan dibuat. Penanda ini akan menentukan sama ada CPU yang dipasang betul atau salah. Jika anda memasang pada sudut yang salah, pin-pin CPU tidak akan masuk pada lubang-lubang soket.

INGATAN CAPAIAN RAWAK (RAM)

RAM mempunyai beberapa jenis yang berbeza bentuk, diantaranya;
Pemasangan : Dipasang pada slot RAM di papan induk yang dikenali sebagai "Bank". Pastikan ia dipasang pada "bank" yang betul. Terdapat 3 "bank" yang disediakan. Rujuk manual papan induk. Biasanya ia dipasang pada "bank 1" lebih dahulu.

PEMACU CAKERA KERAS (HARD DISK DRIVE)

Pemacu ini ada beberapa jenis, jenama dan kapasitinya iaitu;
Pemasangan: Dipasang pada "bracket" 3.5" di kekisi. Sebelum pemasangan dibuat pastikan "jumper" pemacu diselaraskan sebagai "Primary Master".

PEMACU CAKERA PADAT (CD-ROM DRIVE)

Pemacu ini mempunyai beberapa jenama dan kelajuan   iaitu;
Pemasangan : Dipasang pada "bracket" 5.25" di kekisi. Selaraskan "jumper" sebelum pemasangan dibuat. Biasanya ia diselaraskan sebagai "Primary Slave" ataupun "Secondary Master".Bergantung kepada cara penyambungan kabel riben dibuat. Sila rujuk manual pemacu dan papan induk yang dibekalkan oleh pembekal.

KAD BUNYI (SOUND CARD)

Kad Bunyi mempunyai beberapa jenama dan jenis iaitu;       
Pemasangan :Dipasang pada slot PCI di papan induk. Sesetengah papan induk sudah mempunyai kad bunyi sedia pasang.Pemasangan kad bunyi tidak diperlukan lagi pada papan induk jenis ini. Selaraskan "jumper" sahaja supaya kad bunyinya aktif.

KAD PAPARAN (DISPLAY CARD)

Pemasangan: Kad ini dipasang pada slot AGP atau PCI di papan induk. Tentukan jenis kad sama ada menyokong PCI atau AGP sebelum pemasangan dibuat.

KIPAS PENYEJUK


SKRU2, PEMUTAR SKRU BERMAGNET, PLAYAR KENA ADA


SEGALA JENIS KABEL (IDE, POWER SUPPLY)



UNIT PAPARAN (MONITOR)


PAPAN KEKUNCI (KEYBOARD)


TETIKUS (MOUSE)


PEMBESAR SUARA (SPEAKER)


2: kEDAI DIMANA BOLE BELI:
Selalunya beli di Plaza Low Yatt

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2006 12:47 AM | Show all posts
PAD'S ASSIGNMENT.... (Biar lambat asalkan dapat tacang... )

1. Gambar semua komponen (hardware) komputer yg membolehkan sesebuah komputer berfungsi sepenuhnya...


PC Case


Processor


Motherboard1. Mouse & keyboard
2. USB
3. Parallel port
4. CPU Chip
5. RAM slots
6. Floppy controller
7. IDE controller
8. PCI slot
9. ISA slot
10. CMOS Battery
11. AGP slot
12. CPU slot
13. Power supply plug in


Fan


Memory


Hard Drive


Video/Graphics Card


CD/DVD Drive


Monitor


Keyboard


Mouse


Floppy Drive


ATX power supply plug


Left - P6 (AUX) & Right - Classic ATX plug


ATX12 socket on the motherboard


Y junction with large plugs

  
Screws


Spacers


Jumpers


PC with all key components - motherboard, processor, RAM, graphics card, sound card, hard disk, CD-ROM and floppy installed

2. Bagi nama kedai, dimana kita boleh beli komponen2 nih. Kedai kat sumer negeri dalam Malaysia...  

1. IMBI Plaza
2. Sg. Wang Plaza
3. Mid Valley
4. KLCC
5. Gurney Plaza (Penang)
6. Prangin Mall (Penang)
7. PC Fairs

[ Last edited by  Luisa_Fernanda at 22-5-2006 01:15 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2006 09:19 AM | Show all posts
1. Gambar semua komponen (hardware) komputer yg membolehkan sesebuah komputer berfungsi sepenuhnya

Casing



AT, ATX Transparent PC Chassis         

FEATURES:

  This 28 mid size enclosure with left transparent window for
   inside view visible.

  High ventilation aluminum body structure with shinny car level
   finish coating and acrylic plastic faceplate.

  Easiest access as USB port at front panel.

  More drive bays than other PC cases. Include 4x5.25", 2x3.5"
   open bays and 4x3.5" hidden bays.

  Thumb screws for easy assembly.

  Air opening on front and side panels for the best heat dissipation.



Motherboard



P4M-915PD1
        The P4M-915PD1 performance motherboard is based on the new Intel 915P Express chipset and is a perfect motherboard for consumer's customers seeking 800MHz FSB support and optimized high performance with the latest Intel Pentium 4 processors with the added flexibility of plugging in their choice of cutting edge PCI-Express video cards. Very rich in features this flexible motherboard sports 4 Dual-Channel DDR 400/333; up to 4GB, 1PCI-E x16, 3PCI, 4SATA support RAID 0, 1, embedded Realtek 10/100/1000 LAN, 8 channel Audio Codec & Intel High Definition Audio, 1394x2, USB 2.0x8, and is the perfect motherboard for consumers that want to employ cost effective DDR 400/333 with a cutting edge PCI-Express graphics solution.
        Special Features
          
Intel LGA775 Pentium 4 CPU w/HT Technology          
Intel 915P Express chipset
          
Dual-Channel DDR 400/533; up to 4GB           
Intel High Definition Audio
          
1 x PCI-E x16, 3 x PCI, 4 SATA support RAID 0, 1          
Realtek 10/100/1000 LAN
          
Intel Graphics Media Accelerator 900           
2 x 1394, 8 x USB 2.0




Processor



KEY FEATURES
•        RF Analog bandwidth: 1 GHz
•        High-speed A/D & D/A converters (1 Gsps sampling rate, SNR >45 dB)
•        Software-reprogrammable 3-8 million gate Xilinx Virtex II FPGA enables feature & performance upgrades
•        512 MB of PC-2700 memory
•        CompactPCI board form factor
•        High-speed LVDS & TTL digital I/O
•        Win32 & Linux drivers available
APPLICATIONS
•        Mobile Communications Test (3G/4G Wireless Test, Satellite Communications Test)
•        Radar Test
•        Digital Receiver Development & Test
•        High Speed Digital Signal Processing (High Speed Data Acquisition, Arbitrary Waveform Generation)

Hard Disk Cooling Fan



Protect your hard drive from heat damage!

Hard disk drives are often damaged because of the high temperature within the PC housing - especially true with newer higher capacity drives
Problems usually occur when the temperature exceeds 40癈
Simply mounted into an adjacent 5¼" or 3½" bay

RAM



How much RAM does your PC have? If you run Windows XP, it is probably in the range of 512 MB to 1 GB. Older Windows versions will do the job with less than that, but as soon as you execute demanding applications or more than one application at a time, anything below 512 MB will likely translate into performance bottlenecks.

HARD DISK



Your Hard Disk or sometimes called a Hard Drive, is the main storage space inside your PC. It is a permanent storage component unlike the RAM (system memory). It is possible for your computer to function without a hard disk, however it would be basically useless to you as you would not be able to use an Operating system or have any programs to use.
Hard disks use a circular hard platters to store data on. They are in pristine condition with a mirror like finish to them. These platters are locked away inside a steel casing as unclean air can easily ruin a hard disk. This is why you should never remove the casing from the hard disk, it is very unlikely you will be able to put it back together as a working component.

Video/Graphics Card




Sound Card





Network Card






Modem



CD/DVD Drive





Floppy disk drive



Monitor



Keyboard


Mouse  


speaker





2. Bagi nama kedai, dimana kita boleh beli komponen2 nih. Kedai kat sumer negeri dalam Malaysia...  

1. Low Yatt Plaza
2 IMBI Plaza
3 Sg. Wang Plaza
4. Mines Shopping Fair
5. Mid Valley IT WORLD
6. Kedai PC sekitar PJ & Damansara (slalu beli situ)
7. PC Fairs  


[ Last edited by  NarNia at 22-5-2006 09:38 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2006 09:17 PM | Show all posts
TUGASAN KOMPUTER  -   PADLIE

Beri penerangan tentang perkara berikut secara jelas (bantuan gambarajah mungkin diperlukan). Anda bebas menghuraikan tajuk mengikut kehendak anda (makin banyak maklumat, makin banyak markah).
Pastikan saya tidak dapat mengesan dari mana anda mendapatkan maklumat tersebut ( no copy paste), jika tidak, markah akan dibahagi dua.

Tajuk :
1. disket
2. pendrive
3. cd
4. modem
5. graphic card
6. printer
7. scanner
8. tv card
9. RAM
10. harddisk


Markah akan diberi antara 30-50.
Sila siapkan sebelum jam 12.00 malam ini..

[ Last edited by  venez at 24-5-2006 10:27 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2006 09:35 PM | Show all posts

Modem



Modem Dalaman




Modem Luaran




Modem Kad PC


Pengenalan.


Modem merupakan peranti komputer yang melaksanakan proses yang menukarkan isyarat berbentuk digital yang dihasilkan oleh komputer kepada isyarat berbentuk gelombang supaya ia dapat dihantarkan menerusi talian telefon dan juga sebaliknya.



Ia berkemampuan untuk mengalihkan isyarat gelombang kepada isyarat digital.
Modem ialah perkataan bahasa Inggeris yang merupakan singkatan bagi modulator-demolator, iaitu pemodulat dan penyahmodulat.

Isyarat Digital

Isyarat yang mengandungi siri suis elektronik yang diwakili oleh ciri hidup dan mati, ciri hidupnya diwakili oleh angka 1, manakala ciri matinya pula diwakili oleh 0. Dengan penggunaan ciri ini serta kombinasi angkanyalah maka komputer mampu menghasilkan data berbentuk teks, grafik dan sebagainya.

Isyarat Analog

Isyarat berbentuk gelombang bunyi melalui talian elektrik dan data serta maklumat dihasilkan berasaskan kekuatan gelombang serta tahap frekuensinya. Ringkasnya, modem berfungsi mengubahkan isyarat berbentuk 1 dan 0 tadi kepada isyarat berbentuk gelombang serta frekuensi begitu jugalah sebaliknya.




Terdapat Tiga Jenis Modem

1. Modem Dalaman (internal modem)
2. Modem Luaran (external modem)
3. Kad PC (PC card)


Modem Dalaman dan Luaran digunakan pada persekitaran perkomputeran peribadi. Manakala Modem jenis  kad PC pula sering digunakan bersama komputer mudah-alih dan komputer buku.

MODEM DALAMAN


* Modem dalaman  adalah berbentuk papan litar. Ia disambungkan serta dihubungkan dengan papan litar induk komputer peribadi menerusi slot penambah. Apa yang kelihatan untuk penglihatan anda cumalah bahagian belakangnya yang menyediakan soket sambungan kepada talian telefon. (Rujuk Gambarajah pertama)

Kelebihan Modem Dalaman

* Ia tidak memerlukan sumber tenaga elektrik yang berasingan kerana sumber sedemikian akan datangnya daripada komputer peribadi.
* Menjimatkan tenaga elektrik kerana tidak perlu  menutup suisnya.
* Menjimatkan ruang pada meja komputer anda berbanding dengan modem luaran yang selalunya memerlukan sedikit ruang pada meja perkomputeran anda.
* Modem dalaman lebih murah harganya berbanding dengan modem luaran.



MODEM LUARAN


Modem luaran pula adalah merupakan perkakasan yang tersendiri serta terasing daripada komputer peribadi. (Rujuk Gambarajah Kedua)
Kita boleh menguruskannya secara berasingan tanpa bergantung pada komputerdi mana kita boleh  memutuskan capaian ke internet dengan menutup modem tanpa perlu menutup ataupun berinteraksi dengan program yang berkaitan dengannya pada komputer peribadi.
Modem luaran amat popular kerana ia mempunyai lampu-lampu petunjuk serta isyarat yang membolehkan kita mengetahui apa yang sedang dilakukan oleh modem tersebut.



MODEM KAD PC


Modem jenis kad PC pula adalah modem yang kelazimannya digunakan bersama komputer jenis mudah-alih dan buku. (Rujuh Gambarajah Ketiga)

Saiz kad ini adalah sama dengan saiz kad kredit dan kebanyakannya adalah jenis kad PC yang memenuhi format kad PC2.

Kita boleh membuat capaian ke internet dengan kaedah sambungan kepada talian telefon biasa di kediaman ataupun pejabat anda seperti mana yang digunakan dengan modem jenis dalaman atau luaran.

Sekiranya kita berada di dalam perjalanan serta tidak mempunyai talian telefon tetap serta kovensional, jangan bimbang kerana dengan menambahkan kabel khas kepada telefon mudah-alih ataupun bimbit kita masih lagi dapat melayari  internet.





[ Last edited by  NarNia at 23-5-2006 10:22 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

skyle This user has been deleted
Post time 23-5-2006 10:40 PM | Show all posts

Cakera Keras (Hard disk)



Pengenalan

Cakera keras (hard disk) merujuk kepada komponen yang digunakan bagi menyimpan data, yang terpasang di dalam komputer dan dapat menyimpan data dengan lebih banyak berbanding dengan penyimpan data mudah alih seperti cakera liut, cakera mini, CD-ROM, atau pita. Setiap kepingan logam itu disadur dengan ferum oksida.  


Keseluruhan unit cakera keras dibungkus dalam kotak dimeterai, yang di dalamnya terdapat cakera keras, satu set pemacu cakera dan motor yang memutarkan cakera.  Ini berbeza dengan cakera liut yang cakera dan pemacu cakera terasing.  Unit yang mempunyai satu kepala baca/tulis, satu lengan capaian dan satu keping cakera yang termeterai juga dikenali sebagai Pemacu Cakera Winchester (Winchester disk drives).

Kaedah data disimpan pada cakera keras hampir sama dengan kaedah penyimpanan cakera liut iaitu kaedah jejak dan sektor.  Bagaimanapun, cakera keras boleh terdiri lebih daripada satu kepingan dan kepala baca/tulis.  Bentuk cakera keras sedemikian disebut pek cakera (disk pack).  Pek cakera keras boleh terdapat sehingga 12 atau lebih kepingan cakera magnetik.  Jika ini keadaannya, satu konsep "silinder (cylinder)" digunakan.  Kaedah silinder ini adalah satu kaedah menyimpan data pada jejak yang sama dan pada permukaan cakera yang berlainan.


Ciri ciri Cakera Keras (hard disk)


1) Pemacu Cakera Keras Luaran (External Hard Disk Drives) yang boleh menyimpan bergigabait data.
2) Data-data dalam cakera keras disimpan di permukaan piring magnetik yang berputar.

3) Maklumat disimpan dengan menghantar fluks elektromagnet melalui satu antena atau kepala tulis (write head) yang amat berdekatan dengan permukaan piring, yang menjadikan permukaan magnetik itu menukar polarisasinya.

4) Maklumat dapat dibaca apabila medan magnetik piring menghasilkan cas elektrik pada kepala baca (read head) yang menghampirinya.

5) Cakera keras dibina daripada satu paksi tengah dan piring magnet itu akan berpusing pada satu kelajuan tetap.

6) Diantara piring-piring tersebut terdapat satu kepala baca/tulis untuk setiap permukaan pada satu angker (armature) umum. Angker itu akan mengerakkan kepala ke mana-mana bahagian yang dikehendaki.

7) Katrij cakera keras ini mengandungi satu atau dua keping cakera dan pemacu cakeradalam satu kotak plastik keras.  Katrij ini seperti cakera keras boleh pindah dan boleh menampung sehingga 1.2 gigabait data.  Ia adalah baik digunakan untuk salinan (back up).

8) Pengecilan (Miniaturization) Pemacu cakera keras sekarang lebih tipis daripada yang dahulu (3.5" kepada 1.5") dan juga lebih kecil diameternya (daripada 3.5" atau 5.25" kepada 2.5", 1.8", 1.3").  Pengecilan saiz ini akan membolehkan dua pemacu cakera ditempatkan pada ruang  yang sama.




Kelebihan cakera keras/Hard disk:

a)  Muatan tinggi, disket 1.4MB tetapi hard disk menjangkau 16+ ( Pentium III ).
b)  Masa mencapai data dari hard disk cepat, ia dapat mempercepatkan proses  
     yang hendak dibuat oleh pengguna.
c)  Proses merekod data dari hard disk lebih cepat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2006 03:26 AM | Show all posts
** Maaf cikgu Pad hantar assignment lambat... (mesti kene deduct markah nih)

Pencetak (Printer)

Pengenalan

Pencetak adalah salah satu peranti keluaran yang berkeupayaan untuk menghasilkan laporan dan dokumen perniagaan. Pencetak telah dibangunkan dan berkebolehan mencetak sehingga 150 hingga lebih 20,000 baris per minit dengan setiap baris mempunyai hingga 150 aksara. Kiraan ringkas menunjukkan kelajuan cetakan maksimum adalah dalam anggaran 50,000 aksara persaat.

Pencetak boleh mencetak atas kertas biasa atau atas borang satu atau berbilang salinan yang disediakan khas seperti invois, alat tulis, label, cek, bil dan lain-lain borang bertujuan khas yang digunakan dalam perniagaan dan industri. Ia boleh cetak teks dan grafik dalam bentuk hitam putih atau warna.

Pencetak boleh dibahagikan kepada dua kategori besar iaitu:

1. Pencetak Hentaman (Impact)

Dengan pencetak hentaman, cetakan berlaku disebabkan oleh tukul yang mengetuk bentuk aksara dan bentuk aksara ini kemudiannya mengetuk reben berdakwat, menyebabkan reben menekan imej aksara tersebut ke atas kertas.

Peranti pencetak aksara mencetak satu aksara satu masa pada kelajuan 10 hingga 500 aksara per saat. Pencetak terlaju jenis ini adalah pencetak matriks dawai atau pencetak matriks bintik. Ia mencetak aksara terdiri daripada bintik-bintik corak terbentuk oleh hujung dawai yang kecil.

Contoh pencetak jenis ini adalah:

Dot Matrik


eg. Swift 330 Dot Matrix Printer

--> Mencetak bising
--> 30-600 huruf per saat
--> Mencetak dari kiri ke kanan (bidirectional printing)
--> Mampu mencetak grafik
--> Tidak menyokong cetakkan warna

Daisy Wheel


eg. Daisy Wheel Printer

--> Melakukan cetakkan melalui piring yang diperbuat dari besi atau plastik
--> 300-600 huruf per saat
--> Juga bising ketika mencetak

2. Pencetak Tidak Hentam (Non Impact)

Pencetak baris tanpa hentaman yang menggunakan kaedah laser, elektrostatik atau kaedah dakwat pancut adalah pencetak yang terlaju dan paling senyap. Sebelum pembangunan pencetak dakwat pancut dan laser, pencetak tanpa hentaman tidak banyak digunakan kerana beberapa sebab:

i.) Memerlukan kertas khas yang lebih mahal
ii.) Output bercetak tidaklah seterang dan sejelas percetakan pencetak hentaman.

Contoh pencetak jenis ini adalah:

Thermal


eg. GeoAcoustics Thermal Printer

--> Menggunakan haba
--> 10-80 huruf/saat
--> Menggunakan kertas yang mahal
--> Kepala cetakkan istimewa

Elektrosensitive

--> setanding dengan thermal
--> Agak bising
--> Membentuk huruf melalui  percikan kepada kepala cetak ke kertas
--> 160 aksara (huruf)/saat

Ink Jet


eg. Epson Stylus C43UX Ink Jet Printer

--> Agak mahal
--> Mampu mencetak warna
--> Selalunya digunakan untuk peribadi

Laser


eg. Samsung ML-2551N Laser Printer

--> 18000 baris/minit
--> Mahal
--> Senyap ketika mencetak
--> Mampu mencetak warna
--> Digunakan dipejabat
--> Menggunakan laser dan toner

Perkara penting yang perlu dikenalpasti sebelum anda membeli pencetak:

1. Kelajuan
2. Kualiti cetakan
3. Bunyi
4. Sokongan perisian
5. Penggunaan dakwat
6. Tulisan (fonts) yang disediakan


[ Last edited by  Luisa_Fernanda at 24-5-2006 03:28 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-5-2006 07:28 PM | Show all posts
TUGASAN ANTIVIRUS KOMPUTER - VENEZ

Oleh kerana permintaan untuk tugasan adalah tinggi maka disini saya sediakan tugasan sampingan untuk Forumers..

1. Dapatkan SATU jenama antivirus
2. Nyatakan latar belakang antivirus tersebut secara ringkas
3. Nyatakan kebaikan yang ada pada antivirus tersebut
4. Keburukan (jika anda dapat menyatakan keburukan antivirus tersebut, +10 akan diberikan berdasarkan fakta2 anda)
5. Kredit sebanyak 20 ke 40
6. Tarikh tutup adalah pada 25 mei 2006 jam 6 petang
7. TUGASAN HENDAKLAH TIDAK SAMA ANTARA FORUMERS DAN IANYA HENDAKLAH DITULIS DIDALAM BAHASA MELAYU... hehehehehehe


BAHASA JIWA BANGSA

[ Last edited by  venez at 25-5-2006 07:38 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2006 08:33 PM | Show all posts

KASPERSKY ANTIVIRUS



SEJARAH RINGKAS

Mula memasuki pasaran pada tahun 1997. Kaspersky Lab beribu pejabat di Moscow, Russia dan mempunyai cawangan di  UK, Perancis, Germany, Belanda, Poland, Jepun, China, Korea, Romania dan United States. Pada tahun 2003 Kaspersky Lab menerima anugerah "Microsoft Gold Certified Partner" bagi kategori Security Solutions.

PRODUK

Kaspersky® Internet Security 6.0 - Melindungi PC dari serangan melalui rangkaian dan spam.Produk ini merangkumi komponen antivirus, antispam, anti-spyware, dan personal firewall.

Kaspersky® Anti-Virus 6.0 - Antivirus yang memberi perlindungan kepada virus, spyware, Trojan dan worms.

Kaspersky® Security for PDAs - Melindungi smartphone, Pocket PC dan Palm Pilot daripada virus dan spyware. Berfungsi untuk melindungi kedua2 memori (data storage dan extension card)

Kaspersky® Anti-Virus Business Optimal - Merupakan multi-platform antivirus dan anti-spyware kesemua nod dalam rangkaian termasuklah workstation, file server, mail systems, dan Internet gateways daripada serangan virus, Trojan, adware, spyware dan hackers.

Kaspersky® Security Corporate Suite - Untuk kegunaan korporat dan rangkaian yg besar.

KEBAIKAN

1. Melindungi PC dari segala jenis serangan malware.
2. Database virus diupdate setiap hari.
3. Hanya menggunakan jumlah memori yang kecil untuk beroperasi. Memastikan PC berfungsi dengan baik dan laju. Memori yg digunakan hanya di antara 800KB hingga 2000kB.
4. Memberi lesen percuma.

KEBURUKAN

1. Proses download file update mengambil masa agak panjang walaupun saiz fail hanya sekitar 7 MB.
2. Bunyi amaran serangan adalah bunyi jeritan hantu dan boleh menyebabkan kanak2 dan orang lemah semangat terkejut jika speaker dipasang kuat.
3. Tak banyak kedai yang tahu pasal antivirus ni. Tak percaya? Cuba survey di Lowyatt.. Jadi ia menyusahkan untuk membeli perisian ini yang original.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2006 12:14 AM | Show all posts
ASSIGNMENT VEN YG BARU: ANTIVIRUS

Sophos Anti-Virus
Sophos Anti-Virus (SAV) merupakan perisian antivirus daripada Sophos plc, dengan sasaran pasaran utama kepada persekitaran korporat dan perniagaan, bukan pengguna biasa. Sophos plc diasaskan pada tahun 1985 oleh Dr Peter Lammer dan Dr Jan Hruska. Ia merupakan sebuah syarikat kepunyaan-persendirian, berpusat di Abingdon, Oxfordshire, United Kingdom. Sophos Plc mempunyai anak syarikat dan cawangan di serata dunia termasuk di Amerika Syarikat, Australia,Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun dan Singapura, serta mempunyai anggaran 1000 pekerja diseluruh dunia.

Sophos Antivirus menyokong pelbagai sistem operasi termasuk Microsoft Windows, Linux, Netware, Mac OSX, VMS, OS/2, UNIX (FreeBSD, SOlaris, AIX, HPUX, SCO, Tru64) dan lain-lain. Melalui antaramuka SDK toolkit yang dibekalkan, SAV membolehkan pembangun perisian untuk menyepadukan enjin pengesan SAV di dalam aplikasi yang dibuat menggunakan C atau C++.

SAV boleh dikategorikan sebagai antivirus di dalam golongan "kesan, padam dan ganti" (detect, delete and replace). Satu lagi kategori antivirus adalah golongan "kesan dan rawat" (detect and disinfect). Walaupun ia dalam golongan pertama (detect, delete and replace), namun versi SAV yang baru juga memberi pilihan kepada pengguna untuk 'merawat' (disinfect).

Kelebihan:
- Sokongan lepas jualan yang paling baik diantara syarikat antivirus (khidmat 24 jam)
- Pengemaskinian pengkalan data virus yang pantas untuk virus-virus baru
- Cepat dan efisien (fail pemasangan(installation) kecil). Sesuai untuk pemasangan dan kemaskini virus melalui rangkaian
- Lesen SAV yang dibeli oleh sesebuah syarikat boleh digunakan untuk komputer pekerja-pekerja dirumah masing-masing
- Sistem amaran dan laporan melalui rangkaian, membolehkan pentadbir rangkaian mengesan komputer yang dijangkiti virus dengan cepat
- Sokongan kepada banyak bahasa:English, German, French, Spanish, Japanese, Italian,Portuguese ,Chinese Traditional, Simplified Chinese, Korean

Kekurangan:
- Antaramuka kurang menarik (kelihatan seperti perisian zaman komputer 16bit)




- Tidak sesuai untuk pengguna biasa
- Banyak menggunakan kuasa CPU ketika membuat pengesanan. Ini adalah dari pengalaman saya sendiri kerana di tempat saya bekerja menggunakan SAV. Biasanya, lebih 90% kuasa CPU digunakan oleh SavService.exe sahaja!
- SAV akan cuba mengesan virus pada mana-mana media yang di 'mount' kepada sistem (on-access) seperti CD-ROM, ThumbDrive, malah fail-fail yang dikongsi melalui rangkaian (sharing over network). Ini menjadikan bacaan (read) kepada fail/media tersebut menjadi sangat perlahan, malah sistem komputer akan turut menjadi perlahan kerana SavService.exe menggunakan hampir kesemua kuasa CPU!. Keadaan ini menjadi lebih parah sekiranya fail-fail tersebut adalah fail termampat (compressed archive) seperti ZIP, RAR dan sebagainya.
- Harga yang lebih mahal berbanding antivirus lain berdasarkan kiraan lesen per pengguna. Sebagai contoh, SAV mengenakan bayaran USD 60 per pengguna bagi lesen 10-pengguna (10 user license). Norton dan McAfee hanya mengenakan USD 10 bagi setiap pengguna. Bayaran pembaharuan tahunan juga lebih mahal iaitu USD 600 setiap tahun bagi lesen 10-tahun
- Tiada dinding api (firewall) terbina dalam (integrated firewall)
- Walaupun terdapat pilihan untuk memperbaiki (repair) fail yang dijangkiti, saya masih tidak pernah dapat membaiki fail yang dijangkiti tersebut. Pilihan yang ada hanyalah dengan memadam terus fail tersebut dari komputer.

Kesimpulan
SAV tidak disyorkan kepada pengguna biasa kerana hasilnya pengguna akan merungut kerana sistem komputer menjadi perlahan secara tiba-tiba (sekiranya SavService.exe mula bekerja!). Ia juga tidak disyorkan untuk digunakan pada komputer yang berprestasi rendah. Ia boleh menyebabkan penyakit jiwa! Untuk pengguna biasa, disyorkan untuk memasang perisian antivirus yang lebih mesra pengguna dan kita mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap perisian tersebut. SAV hanya memberi kawalan penuh kepada pentadbir rangkaian

[ Last edited by  neotoxin at 25-5-2006 12:44 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2006 01:13 PM | Show all posts
TUGASAN SAMPINGAN - ANTIVIRUS


avast! antivirus

  

        

PENGENALAN

avast! antivirus diedarkan oleh ALWIL Sofware yang beribu pejabat di Prague, Czech Republic. Antivirus ini mula dikeluarkan pada tahun 1988. Ia diguna pakai secara global dan boleh didapati dalam 20 bahasa yang berlainan. Sejak dikeluarkan, avast! 4 Home Edition adalah merupakan salah satu perisian antivirus yang berkebolehan tinggi dan percuma yang popular dikalangan pengguna Microsoft Window.

avast! antivirus boleh digunakan secara percuma oleh pengguna persendirian dan bukan komersel. Tujuan utama perisian ini adalah untuk menghalang ancaman pencerobohan sepertvirus, spyware, worm dan trojan daripada berlaku ke atas perkakasan pengguna dari sekecil PDA sehinggalah rangkaian (network) yang besar.


KELEBIHAN

--> Selain daripada percuma, avast! antivirus melindungi pengguna secara terusan (realtime)

--> Antara muka yang menarik, pelbagai fungsi untuk kegunaan pengguna dan instalasi (installation) adalah sangat mudah

--> Virus-virus baru boleh dikemaskini dengan cepat dan mudah secara automatik

--> Bersaiz kecil berbanding dengan perisian antivirus yang lain

KEBURUKAN

--> Tidak boleh mengimbas fail yang di 'enrypted' dan rosak ('corrupted')

--> Versi percuma avast! antivirus tidak membenarkan pengimbasan virus secara berjadual

--> Pendaftaran bagi versi percuma avast! antivirus perlu diperbaharui setiap tahun


[ Last edited by  Luisa_Fernanda at 25-5-2006 05:52 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.083930 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list