CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 36072|Reply: 46

SAWAN TARIK

[Copy link]
Post time 15-12-2005 05:24 PM | Show all posts |Read mode
Apa kesan sawan tarik?
Baby i mata dia ke atas dan keluar air liur sikit dalam masa 3,4 saat.
masa tu dia demam panas...
tapi so far dia nampak ok je...
ada effect apa2 ke?


[ Last edited by  shinky_pinky at 3-10-2006 04:03 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2005 06:05 PM | Show all posts
anak kita kena sawan masa dia demam panas...
takut oooo...mana taknya...badannya keras...kaki tangan betul je...
bila kita mandikan dengan menjiruskan air dengan kuat ok la...tp ada la 2 3 minit...lps tu lembik jeeee.
satu cara dia ambik air batu/ ais letakkan kat ketiak ko...dahi ko...
org kata...kalu anak kita slow sikit...maka bertambah la slow...
tp kalu dah aktif/nakal..bertambahlah nakalnya... tak tahu la betul ke tak.
tp anak kita dah la aktif...lps demam ari tu.. makin aktif. dalam wad semua org terkejut sebab dia tak padan dgn gelaran org sakit... 24 jam aktif
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2005 06:09 PM | Show all posts
sampai sekarang dia ok la...cuma takut bila dia demam...
biasanya bila baby dah terkena sekali sawan..ianya akan berterusan sampailah ke satu tahap umur...
anak kita dah 2 kali kena...kena beringat la kalu demam panas
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2005 06:15 PM | Show all posts
DEMAM SAWAN

Selalunya orang akan berasa takut melihat seseorang anak dalam keadaan sawan. Seorang bayi yang sawan tidak sedarkan diri, matanya selalu berpusing keatas dan seluruh badan serta kaki dan tangannya terasa keras dan seolah -olah menggilgil . Keadaan ini juga biasa dikenali sebagai tarik . Ramai di antara ibu bapa yang telah melihat bayi mereka mengalami tarik menyatakan yang mereka fikir bayi mereka hampir putus nyawanya .

Punca sawan di kalangan kanak -kanak yang kerap sekali terdapat ialah demam panas . Adalah dianggarkan yang sekurang -kurangnya satu peratus dari kanak - kanak mengalami demam sawan . Demam sawan juga merupakan satu sebab utama bagi ramai kanak - kanak masuk wad .

Sawan biasanya berlaku pada peringkat umur tiga bulan hingga tiga tahun . Walaupun demam sawan boleh juga berlaku dikalangan mereka itu . Sawan yang berlaku dikalangan bayi - bayi yang berusia kurang dari tiga bulan lebih besar kemungkinannya disebabkan oleh punca - punca lain yang lebih serius seperti penyakit meningitis . Demam sawan biasanya berlaku apabila suhu badan meningkat dengan tingginya . Sawan dikalangan bayi yang tidak ada kena mengena dengan demam merupakan sawan yang mungkin disebabkan oleh kerosakan otak , dan punca - punca metabolik seperti kekurangan glukos atau kalsium .

Biasanya bayi - bayi yang mendapat demam sawan hanya mengalami sekali sahaja dalam seumur hidupnya. Tetapi ada juga bayi - bayi yang masih terus mendapat demam sawan berkali - kali sehingga usianya tiga tahun terutamanya jika dia tidak diberi ubat - ubat yang boleh mencegah sawan .

Punca demam sawan

Kebanyakkan demam sawan yang berlaku adalah disebabkan oleh demam virus dan tanda - tanda yang didapati termasuklah selsema , batuk dan kurang minat menyusu . Tetapi ada sahaja penyakit yang boleh menaikkan suhu badan bayi - bayi atau kanak - kanak boleh membawa kepada demam sawan seperti penyakit lebam paru - paru ( pneumonia ) .

Untuk mengelakkan sawan , suhu badan bayi - bayi dan kanak - kanak mestilah diturunkan . Lazimnya seseorang bayi atau kanak - kanak yang demam mungkin tidak berminat untuk meminum air atau susu tetapi dia mestilah digalakkan juga untuk meminum seberapa banyak yang bolh . Baju yang dipakai mestilah nipis . Baju yang tebal akan menaikkan suhu badan . Ubat -ubatan untuk mengurangkan demam seperti panadol bolehlah diberi sementara mendapat penilaian dari doktor -doktor.

Aspirin adalah sangat berkesan untuk menurunkan suhu badan tetapi tidak digemari oleh kebanyakan pakar kanak -kanak kerana ada pendapat mengatakan bahawa penggunaan ubat ini boleh meninggikan risiko untuk seseorang bayi atau kanak -kanak itu mendapat penyakit yang dipanggil ' Reye' Syndrome ' . Penyakit ini biasanya bermula dengan batuk selsema dan demam walaupun tidak tinggi . Adakalanya penyakit ini bermula dengan muntah dan cirit . Setelah beberapa hari tanda -tanda ini mungkin surut tetapi biasanya dengan tiba -tiba keadaan berubah menjadi lebih tenat dimana kanak -kanak itu mengantuk atau tidak sedarkan diri dan mungkin mengalami sawan walaupun suhu badannya tidak tinggi . Penyakit ini boleh membawa maut dan bagi mereka yang dapat diselamatkan ada yang mengalami masalah -masalah perkembangan seperti kecacatan fizikal dan kecacatan akal . Saya ingin menegaskan bagaimana pentingnya ibu bapa tidak memberi Aspirin kepada anak -anak kecil .

Adakah demam sawan itu merbahaya ?

Demam sawan selalunya berlaku apabila suhu badan terlalu tinggi dan biasanya berlaku untuk beberapa minit sahaja , jarang sekali lebih dari 15 minit. Tetapi para doktor berasa khuatir kalau demam sawan berlanjutan sehingga lebih dari 20 minit kerana ini mungkin membawa kesan yang tidak baik kepada perkembangan intelek kanak -kanak itu . Ada penyelidikan yang menunjukkan bahawa sejenis penyakit sawan ( temporal lobe epilepsy ) boleh berlaku kepada sebahagian kecil kanak -kanak yang demam sawan . Dalam keadaan ini kanak -kanak tidak sedarkan diri , menepuk -nepuk pipinya ,bermain -main lidahnya serta menunjukan kelakuan yang agak aneh sepanjang sawan itu berlaku .

Sawan boleh menjejaskan perkembangan intelek dan juga prestasi persekolahan kanak -kanak itu . Kanak -kanak yang mendapat demam sawan yang lama , iaitu lebih dari 30 minit , ketar -ketar disebelah badan sahaja dan mereka yang mempunyai saudara mara dekat yang menghidap penyakit sawan di anggap mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit sawan atau Epilepsy .

Langkah -langkah yang perlu diambil apabila bayi demam sawan

Jika demam sawan berlaku ibu bapa perlulah bertenang dan yakin bahawa keadaan ini akan berlalu selepas beberapa minit . Mereka dinasihatkan untuk membaringkan bayi disebelah badan supaya tidak mudah cecair dari mulut dan tekak masuk ke dalam paru -paru , lalu membawa kepada penyakit ' pneumonia ' . Tuala yang direndam dengan air suam bolehlah disapukan kemuka serta tubuh badan yang telah ditelanjangkan . Jika demam sawan tidak reda selepas beberapa minit bayi itu hendaklah dibawa keklinik yang berdekatan supaya sawannya diberhentikan dengan  suntikan seperti valium atau paraldehyde yang akan diberi oleh doktor .

Adalah dinasihatkan supaya bayi -bayi dan kanak -kanak yang mendapat demam sawan untuk pertama kalinya dibawa berjumpa doktor kerana jika ada perasaan khuatir yang mereka mungkin menghidap penyakit meningitis doktor akan mengambil air dari bahagian tulang belakang untuk diperiksa . Ini adalah penting untuk mengenalpastikan dengan awal penyakit meningitis , dan untuk membolehkan doktor memulakan rawatan . Penyakit ini adalah serius dan boleh membawa kepada kecacatan fizikal , mental dan kerosakan deria -deria seperti penglihatan dan pendengaran atau juga maut . anggapan -anggapan yang salah seperti bayi itu akan lumpuh setelah air tulang belakangnya di ambil ( lumbar puncture ) terlalu menyebabkan ibu bapa tidak membenarkan doktor- doktor  menjalankan  proseder ini untuk menentukan atau mengenepikan penyakit meningitis . Yang merungsingkan ialah adakalanya kanak -kanak itu menunjukan tanda -tanda awal penyakit meningitis dan perasaan ini boleh membantu pengenalpasti dengan lebih awal penyakit ini . Jika ibu bapa membantah ini akan merumitkan perawatan dan akan membawa akibat yang buruk bagi kanak -kanak yang memang menunjukkan kemungkinan menghidap penyakit meningitis .

Kanak -kanak yang mula mendapat penyakit demam sawan dibawah usia setahun selalu didapati mudah mendapat sawan berulang lagi kalau dibandingkan dengan kanak -kanak yang mendapat sawan pada pertama kalinya bila berusia lebih dari dua tahun . Ada doktor -doktor yang menyarankan supaya ubat seperti phenobarbitone digunakan pada setiap hari untuk mengurangkan kemungkinan kanak -kanak itu mendapat demam sawan sekali lagi . Adalah disarankan supaya phenobarbitone diberi pada setiap malam hingga usia kanak -kanak itu lebih dari tiga tahun kerana selepas usia ini risiko untuknya mendapat demam sawan adalah rendah .

Ubat jenis lain yang boleh digunakan ialah ' Diapezam ' ( Valium ) yang diberi dengan cara ' suppository ' iaitu dijolokkan kedalam bahagian dubur setiap kali kanak -kanak ini mendapat demam yang tinggi dan ini akan mencegah demam sawan berlaku . Kesan -kesan sampingan bagi ibu seperti phenobarbitone jika digunakan adalah sedikit Umpamanya , ia boleh menyebabkan kanak -kanak itu sukar menumpukan perhatian kepada sesuatu perbuatan ( hyperactivity ) atau kanak -kanak itu berasa mengantuk terutamanya jika ubat ini terlalu banyak dimakan .

Apabila ubat diberi untuk jangka masa yang lama ( seperti phenobarbitone )selalu didapati ibu bapa gagal memberi anak mereka ubat setiap hari . Adakalanya berbulan -bulan kanak -kanak itu tidak menerima ubat yang dibekalkan oleh doktor itu . Akibatnya ialah apabila kanak -kanak itu mendapat demam yang tinggi suhunya dia boleh mendapat demam sawan walaupun ubat phenobarbitone dimulakan semula . Ubat phenobarbitone perlu diberi setiap hari untuk sekurang -kurangnya tujuh hari sebelum tahap ubat didalam darah cukup untuk mencegah sawan .

Ada juga doktor -doktor yang menggunakan ubat sodium valproate sebanyak dua hingga tiga kali dalam sehari sehingga anak itu sudah berumur sekurang -kurangnya tiga tahun . Walaupun ubat ini berkesan adakalanya kanak -kanak itu boleh mendapat kesan sampingan yang melibatkan hati atau ' liver ' dan oleh kerana itu ramai pakar kanak -kanak lebih gemar menggunakan phenobarbitone kerana ia dianggap lebih selamat .

Kesimpulan

Demam sawan jarang membawa maut tetapi boleh menimbulkan rasa cemas .  Ia jarang membawa kesan yang buruk kepada perkembangan kanak -kanak . Kadangkala episop ini merupai penyakit meningitis dan doktor mungkin perlu memeriksa air dalam tulang belakang ( melakukan lumbar puncture ) . Sekumpulan kanak -kanak yang menghidap demam sawan menghadapi risiko yang sangat tinggi sawan itu berulang . Doktor -doktor akan menyarankan supaya ubat yang tertentu dimakan setiap hari untuk mencegahnya ( prophylaxis ) .

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2005 04:37 PM | Show all posts
thanks for the info maeya..

baby achu pun pernak kena sawan tarik ni masa umur dia 6 bulan (skrg dah 1 thn 2 bln).. masa tu dia demam, achu jelum & lap dia dgn air..
tp bila dia tidur achu bior je.. sbb sian dia nak tidur, masa tu la suhu badan dia naik..
bila dia sedar dr tidur.. dia merengek2..
achu dokong dia.. tengok2 mata dah t'naik & kaki kekejangan..

masa tu panik gak.. hubby suruh jelom kepala bior sejuk..
lepas 2-3 saat dia kembali normal.. alhamdullilah..

gi bawak klinik, Dr refer gi hospital.. takut brain infection..
warded kat HUKM satu mlm sbb Dr nak make sure dia tak kena lagi..
Dr cuma bagi ubat demam & suruh monitor demam.. kalau naik, suruh panggil misi..
Alhamdullilah gak dia ok.. terus discharge esoknye

Dr bg tau... since dia dah kena ni, posibility nak kena lagi mmg ada..
so tiap kali demam mmg kena jaga betul2..

tp x puas hati bila Dr suruh biarkan dulu dlm 2-3minit bila dia kena sawan tarik..
macam x t'gamak la pulak nak biarkan.. patutnya tindakan kita kena turunkan
suhu badan dia secepat yg mungkin..

gitu la pengalaman.. harap sekali ni je la dia kena..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2005 03:54 PM | Show all posts
achu...
lps ni kena la beringat sikit...anak maeya kena sawan masa umur setahun lbh dah...
sampai sekarang kalu dia demam maeya jawabnya tak tidur la....
baru maeya tahu menjadi seorang ibu ni terlalu banyak dugaannya....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2005 08:56 AM | Show all posts
betullah maeya,
kalau anak demam mmg tak tidur la kita jawabnya...
pastu kalau tak surut jugak panasnya, alama amik cuti ler esoknya...sanggup buat apa saja utk anak..
tak sampai hati nak tinggalkan dia kat nursery dlm keadaan mcm tu..sbb kat situ kurang perhatian..
MMg risau sgt kalau demam panas nie. Alhamdulillah so far tak pernah kena sawan lagi. Satu petua nak cepat turunkan suhu badan anak, amik air rendam dgn beras dan asam jawa..rendam ngn tuala kecik, pastu letak kat kepala dia. Nie petua MIL yg bagi, insya allah cepat kebah..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2005 10:08 AM | Show all posts
yang nih la aku plaing takut sekali....

sbb bukan apa...if terkena ia akan berlarutan sampai 10 tahun dan mungkin sepanjang hayat dia...ia tak semestnya berlaku tapi the possibilities are there.....aku tau sbb collegue aku kena....masa tuh anak dia 5 tahun...if below 8 years dia penah sekali maka peluang utk kena lagi mmg besar.... so aku tengok agak susah ahh...sbb if baby mmg simptom dia cam kat atas...bila besar dia akan pengsan......so sian aku tengok anak member aku tuh.....kerap gak pengsan kat sekolah...

the best thing to epilepsy is to prevent....sentiasa peka ngan suhu anak...bagi mummy2 yang muda2.......( cam tak expert lagik)...belila termometer.....at 38 degrees.....musti bertindak cepat......macam aku....kalo anak aku demam sah la... aku mmg tak tido....asik monitor suhu dia jek....betul sofea...aku pon jelum ngan air asam.... sbb cepat turun suhu.....tapi after 1 or 2 hours bila suhu naik....letak lagik.....masa derang tido....JANGAN TUNGGU SAMPAI THEY ALL BANGUN MERENGEK.....masa tuh sure dah panas giller...biasanya at 38 degrees...baby tak akan terjaga lagi....at 39 or 40...selalunya dia dah rasa tak selesa dah..... so monitor la sampai elok...aku bukak baju or pakai baju nipis....air cond pon bukak gak...but not too cold..... kipas kena pusing so tak selesama......selalunya the next day...aku kerapkan mandi and minum iar masak to maintain the tempreture....... selalunya mmg kena amik UL la.....satu sbb aku akan pastikan anak aku baik betul2...dua, anak aku masuk nursey...so takut infect bubeudak lain....

kalo yang selalu tetiba tinggi demam.....amik unat montot yang dr bagi tuh.....but cek dia punya milligram dengan age anak.....and tak leh selalu...dia aspirin...tapi sbb kot bontot dia cepat menyerap...aku selalu spare bila travel.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2005 04:09 PM | Show all posts
Bab anak demam ni memang ibulah yg paling susah hati.. anak sulung owen baru je baik demam setelah sekian lama tak demam...memang tak lena tido...bila terjaga tu cepat2 pegang badan..pastu mesti nak tengok suhu .. Tul cakap akubest make sure termometer ader kat umah senang nak monitor suhu badan anak.. Alhamdullillah setakat ni anak tak pernah kena sawan ... normally kjalau anak demam biler dah time makan ubat tu owen kejutkan jer memang tak sampai hati tapi sebab tak nak melarat terpaksalah...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2005 10:42 AM | Show all posts
dear nana...

klu kena sawan time demam...itu di panggil...febrile spasm..so be more extra careful bile time dia demam..mcm anak I..dr dah diagnos as infantile spasm...laaaagiiik teruk sbb dia akan kena anytime..tak semestinya demam..

masa anak i first time kena..kitaorg panik gak..sbb my baby nye spasm bukan badan dia jd kejang keras, tp lembik..angkat dia pun badan dia layu/lembik...panik oooo....

2nd time jadik trus bawak pi hosp..kena admit..dr takut miningitis..kena amik ait tulang blkg lagik...meraung tak ingat nye i....berdoa jelah..tawakkal..:pray::pray::pray::pray:

skrg nih...my baby dah ok skit...actually ok byk gak le.....tp last tuesday..sakit dia dtg balik  lah...huaaaaaaa....

so nana..jgn memain sawan2 nih...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2005 03:19 PM | Show all posts
anak saya pon pernah kena sawan tarik ni..tp tak lama..skang ok..masa mula2 kena dulu risau yg amat..

skang ni saya risau jugak pasal gigi baby..nak tanya kat kawan2 gigi baby selalunya umur berapa bulan dah tumbuh?baby saya dah 10 bulan sebatang gigi pon tak ada..risau laaa..tgk baby org lain 10 bulan dah 5-6 batang

:stp::stp::stp:
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2005 07:47 PM | Show all posts
Originally posted by ashra at 30-12-2005 03:19 PM
anak saya pon pernah kena sawan tarik ni..tp tak lama..skang ok..masa mula2 kena dulu risau yg amat..

skang ni saya risau jugak pasal gigi baby..nak tanya kat kawan2 gigi baby selalunya umur ber ...

orang tua kata kalu lambat naik gigi..lambat la rosak giginya
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2006 01:38 PM | Show all posts
Originally posted by maeya_78 at 30-12-2005 07:47 PM

orang tua kata kalu lambat naik gigi..lambat la rosak giginya


yeker...so takpe ke lambat tumbuh gigi..mula2 dulu dia meniarab lepastu tak merangkak pon..tros duduk..skang duk sibuk berdiri2..pelik gak anak org lain ikut step by step dia tros skip..takde merangkak..ok ke camtu :stp:
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2006 04:54 PM | Show all posts
anak kedua ain ada problem tu. bila deman je mula la risau. the latest dia kena bulan lepas. tu yang paling teruk. Tarik 3 kali dalam masa 1 hari. Jenuh dah buat macam-macam. dah jerlum dengan air asam jawa, dah masuk ubat punggung, dan tangan ni tak berhenti-henti dok lap badan dia. tapi dia jadi tarik jugak. Dah merata bawak dia berubat kampung tapi belum rezeki dia nak hilang sawan tu kot. mintak- mintak lepas ni jangan la tarik lagi. Takut menjejaskan perkembangan dia....
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2006 02:57 PM | Show all posts
kuku pun ada experience pasal anak sawan ni....

anak kita ni kembar (boys) ...klu dah demam tu...2-2 pun demam, first time kena tu, 1st twin yang kena (abt 4 months)...sedar2 mata baby dah asyik keatas je..bila kita panggil pun dia macam tu jugak..pastu body dah start jerky..maklumlah masa tu baru jadi ibu...memang panik giler.  hb keje..kita sorang2 kat umah...call mak kat kg...dia suruh cepat2 letak towel basah kat kepala..after about 1-2 min..dia dah ok..tapi dia senyap jer...time tu kita belum ada maid...mana nak tengok twin yg lagi satu...nasik baik ada jiran...cepat2 panggil dia..mintak tlg tengokkan baby yg lagi satu...pastu...jiran yg sorang lagi tlg bawak kita & 1st twin tu pegi klinik...sampai klinik dr terus masuk kan ubat ikut bontot...pastu dr bagi surat refer pegi hospital...sampai hospital, paeditrician suruh admit...biar monitor one night...the next day baru discharged.  Nasib baik my 2nd twin tu tak teruk sgt demam...

Since then, we all memang takut sgt klu anak demam...bab x tidur mlm ni, jgn cakap lah...klu termometer beli sampai 2...kat umah ada satu...yg lagi satu sentiasa dlm handbag i.  ubat memang kena sentiasa ada dlm fridge..including ubat masuk bontot!
Bila umur dia org 1 yr+...my 2nd twin pulak kena sawan..ntah lah...dlm berjaga2 tu...jadi jugak...terpaksa admit lagi...at that time...i pulak tengah pregnant abt 6 mth...tuhan jer yg tau masa tu...kita tgh sarat...anak kat wad..yg sorang lagi...kena tgk jugak..maklumlah..dia very attached to the brother...so, terpaksa lah bawak dia tinggal kat hospital day time...

I mmg takut sebab dr kata klu anak sawan, nasib x baik sampai besar pun dia akan sawan jugak...at the same time...klu ada je kita dengar ada org pandai berubat anak2 yg kena sawan ni...mesti we all akan pegi (biasanya ustaz tu akan bagi mandi)...ye lah kita ni berusaha...

Bila my boys umur 2 yr+ sekali lagi my 1st twin kena sawan...nak kata demam panas sgt..x jugak...ntah ler dah nak kena...time tu memang 2-2 pun demam...bila admit...i admitkan yang sorang lagi ...biar senang nak monitor..time tu i dah ada maid, so i tinggalkan baby dgn dia...

Ada org kata...sawan ni..klu nasib baik..lepas umur 7 thn dia akan automatically hilang. klu demam pun x kan ada sawan...wallhualam. Sekarang ni...my boys dah 9 thn. Alhamdulillah since the last time (2yr+) dia org dah ok...klu demam pun dah xde sawan...tapi i x brani take things easy...sentiasa berjaga2 jugak...One more thing, alhamdulillah...my girl walaupun demam dia panas sgt..tapi x penah kena sawan...semua ni kuasa tuhan..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2006 05:01 PM | Show all posts
kalau demam nak jaga sorang pun rasa letih. kalau jaga kembar lagi letih kan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


anakmak This user has been deleted
Post time 14-3-2006 10:02 AM | Show all posts
dear all, I would like to share my experience gak. July 2005, my third one kena fit. Kena 3 kali, then my nanny send my baby to the nearest clinic sebab I still stuck in traffic jam. Only god knows how I felt. Cemas ada, sedih ada. Lepas I balik, I brought her to a specialist, who send her to the nearest gov. hospital.

2 weeks after that, masuk hospital lagi skali pasal fit jugak. Bila dah 3 kali kluar masuk hospital, I dah give up ngan government hospital tu. Demam tak baik2. Pas baby dah masuk suppository (ubat montot), I beg my doctor to discharged my doter. Immediately after that, we drove back to Penang, which took us almost 4 hours. Pas sampai Penang, terus I jumpa my regular specialist.  Later, he found out that my baby ada sinus / resdung. Lepas tu baru okay. Dah tak demam dah. I also learn a few things from this incident:

1. Kena simpan suppository kat rumah. Bila baby temperature reach 38C, I dah tahu apa nak buat. I used the ones that contain 'paracetamol' or 'acetaminophen'. If I am not mistaken, this does not contain aspirin (acetylsalicylic acid). But, I guna bila betul2 perlu saja.
2. Since my baby ada sinus, I take note of the things she allergic to. To avoid her getting fever again.
3. Masa dia demam, I basahkan kepala, underarm and celah peha. Sebab my doc said, celah peha tu can bring down the temperature faster.
4. Masa anak I fit, I baringkan dia on her side. By doing so, I can protect my baby from suffocation.
5. Kalau dia demam saja, I akan cari what triggers fever. Fever is not the root cause, it is just the manifestation that something is wrong with your baby.
6. Doctor cakap after the attack, I kena watch out for abt 18 mths, sebab tendency fit untuk datang balik tinggi.

Tu je lah kut. I am not an expert on this. Just wanted to share my experience and hopefully others can be benefited from it.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2006 08:56 AM | Show all posts
takutnya pasal sawan-sawan nie..

adik ipar i sampai ke besar dia sawan ..kesian .. dah jenuh berubat tapi tak hilang-hilang jugak.
Bila dia menyerang tu .. sampai terberak-berak .. hmmm ..

itu yang bila anak demam .. i mmg tak tidor langsung ..
takut wooo
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2006 02:40 PM | Show all posts
PENYAKIT sawan disebabkan oleh demam yang tinggi pada kanak-kanak berumur enam bulan hingga lima tahun. Sawan adalah keadaan di mana kanak-kanak tidak sedarkan diri dan biasanya diikuti oleh kekejangan atau penyentakan kaki dan tangan.

Punca sawan ialah sebarang penyakit bersama demam yang tinggi seperti batuk selesema atau jangkitan virus. Yang jelas mangsa tidak akan merasai kesakitannya jika dihinggapi sawan.

Langkah awal yang perlu dilakukan ibu bapa dan penjaga ketiak melihat kanak-kanak sawan ialah;

Baringkan mangsa mengiring dan pastikan kepala pada paras yang sama atau lebih rendah daripada badan.

Catatkan masa dan tempoh berlakunya sawan dan jangan sekali-kali cuba memasukkan sebarang benda ke dalam mulut. Selain itu, jangan cuba sedarkan anak anda dengan menampar, menggoncang atau mengurut badannya.

Sekiranya sawan itu berterusan, anda boleh memasukkan ubat sawan melalui dubur (suppositori diazepam). Sawan sepatutnya berhenti dalam tempoh 10 minit. Bawa anak anda ke hospital sekiranya sawan masih berterusan dalam tempoh 10 minit selepas memasukkan ubat sawan.

Sawan sebenarnya tiadk sama dengan epilepsi (gila babi). Epilepsi ialah sawan tanpa demam dan biasanya berlaku pada kanak-kanak yang lebih dewasa atau peringkat remaja. Yang jelas, 99 peratus pesakit demam sawan tidak akan mengalami epilepsi.

Ramai juga yang ingin tahu sama ada demam sawan boleh menyebabkan kerosakan otak kekal.

Sebenarnya, perkara ini sangat jarang berlaku. Kanak-kanak yang mendapat sawan yang berpanjangan (dalam tempoh lebih 30 minit) mungkin boleh mendapat kerosakan otak kekal.

Secara purata, tiga daripada 10 kanak-kanak yang demam sawan akan mendapat serangan yang sama. Tetapi risiko mendapat demam sawan berkurang apabila umum melebihi tiga tahun.

Sekiranya anak anda masih kelihatan tidak sihat atau mengalami sakit tekak atau sakit telinga bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Antihiotik tidak semestinya diberikan kepada semua pesakit demam sawan.

Demam bersama sawan boleh berlaku disebabkan oleh penyakit serius yang lain seperti radang otak (encephalitis) dan radang selaput otak (meningitis) contoh: Japanese B Encephalitis (JE). Pesakit yang mengalami demam dan sawan hendaklah menjalani pemeriksaan doktor.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2006 07:59 PM | Show all posts
untuk maklumat lanjut type febrile fit [/] dalam google
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.313403 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list