CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31000|Reply: 166

Mengikut sunnah: Jubah atau Baju Melayu? : [merged] Presa1200

[Copy link]
Post time 17-6-2005 10:05 PM | Show all posts |Read mode
Salam brader semua,

Rasulallah saw dilahirkan di dalam masyarakat Arab yg mempunyai budaya, bahasa, teknologi, sains, pemikiran, pendidikan, dll yg berbeza dari masyarakat yang lain spt China, India dan Roman yg sewaktu dengannya.

Dari segi budaya, Rasulallah saw berpakaian sama seperti orang Arab yg lain di dalam masyarakatnya. Persoalannya, yang manakah lebih sunnah:

1) berpakaian seperti Rasulallah (berjubah dan berserban spt orang Arab) atau
2) berpakaian mengikut budaya masyarakat tertentu

Atau dengan kata lain, contoh bagi masyarakat Melayu sekarang, manakah lebih sunnah memakai baju melayu atau jubah?

Ikut (1) berjubah lebih sunnah,
Ikut (2) memakai baju Melayu lebih sunnah kerana berpakaian mengikut pakaian yg dipakai oleh masyarakatnya. Rasulallah saw memakai jubah seperti Abu Jahal juga, tidak baju Melayu kerana hidup dalam masyarakat Arab.

Lebih jauh lagi, umat Islam juga berpakaian mengikut kesesuaian tempat kerja, umur, majlis, musim dan suasana yg berbeza. Pada zaman sekarang, berseluar jeans sudah menjadi budaya malah sesuai dan praktikal, adakah ini juga sunnah mengikut (2) atau menyalahi sunnah kerana meniru budaya barat?

Adakah iman juga bergantung kepada jenis pakaian yang dipakai? Ada yg berseluar jeans dan memakai cap tetapi rajin solat dan zikir. Adapula yg berjubah dan berserban tetapi malas solat dan zikir. Malah sesetengah tidak teragak-agak menuduh orang Islam yg berfahaman lain sesat dan kafir.

Masalahnya ada juga yg memakai jubah dan menonjolkan imej insan kamil (mcm org baik-baik) tetapi melakukan maksiat yg kadang2 tak tergamak dilakukan oleh orang biasa spt zina, ringan-ringan ditempat awam seperti gambar2 yg tersiar di internet. Yang hairannya ada yg boleh dianggap 揼uru
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2005 04:07 AM | Show all posts
Assalamualaikum,

Pada pandangan saya PakMalau, dalam hubungan ini, Islam tidak mensyaratkan jenis, bentuk serta potongan pakaian tertentu yang seharusnya dipakai oleh seseorang muslim. Apa yang dikehendaki oleh agama adalah menutup aurat dan menjaga kesopanan serta kebersihan.

Hakikatnya, dalam Islam tidak ada satu peraturan tertentu dalam menentukan jenis pakaian. Hanya ditetapkan bahawa aurat wanita adalah keseluruhan tubuh badannya, kecuali bahagian muka dan dua tapak tangan hingga pergelangannya yang wajib ditutup. Manakala aurat lelaki antara pusat hingga lututnya.........

Ini hanya pandangan saya....... Kita lihat pandangan saudara2 kita yang lain....
Insyallah

(Kalau salah tolong betulkan)..........
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2005 10:20 AM | Show all posts
Originally posted by halimijuliana at 18-6-2005 04:07 AM:
Assalamualaikum,

Pada pandangan saya PakMalau, dalam hubungan ini, Islam tidak mensyaratkan jenis, bentuk serta potongan pakaian tertentu yang seharusnya dipakai oleh seseorang muslim. Apa yang  ...


Aurat dalam Islam dah jelas !!

Bagi lelaki dari pusat sampai kelutut.

manakala bagi wanita pula menutup keseluruhan badan kecuali kedua2 tapak tangan.




:stp::stp::

[ Last edited by fleurzsa on 18-6-2005 at 11:33 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2005 07:16 PM | Show all posts
pakmalau tanya pasal sunnah bkn pasal aurat...
kita anggap kan semua lelaki dan pompuan manutup aurat, pakaian manakah yg lebih sunnah berjubah atau berbaju melayu.
klu kita ikut dakwah tabligh diaorang akan pakai jubah seperti nabi dan drpd tok2 guru kg yg mengajar lepas maghrib itulah sunnah nabi
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2005 11:26 PM | Show all posts
Pada pendapat saya, kena clear dulu apakah yg dimaksudkan dgn sunnah Nabi, lepas tu baru boleh pergi bab pakai jubah atau baju melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2005 12:16 AM | Show all posts
erm...tumpang lalu..

mengikut pengalaman saya, sunnah pakai jubah, dan baju melayu sebenarnya adat.

tapi menda2 berkaitan sunnah nih kene ikut niat gak. kalo pakai jubah nak sorok bom tak kira ikut sunnah. kalo simpan janggut nak jadik rockers tak kira ikut sunnah.

innama amalu binniyah.

wallahualam!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2005 11:14 AM | Show all posts
Originally posted by snipersnake at 19-6-2005 12:16 AM:
erm...tumpang lalu..

mengikut pengalaman saya, sunnah pakai jubah, dan baju melayu sebenarnya adat.

tapi menda2 berkaitan sunnah nih kene ikut niat gak.kalo pakai jubah nak sorok bom tak kira ikut sunnah. kalo simpan janggut nak jadik rockers tak kira ikut sunnah.


Kalau pakai baju melayu dengan niat nak tutup aurat.... dapat gak pahala sunnah..

Pakai baju labuh (kurta atau gamis) dan seluar besar (seluar jerut) sampai di atas buku lali atau sekurang2nya panjang sampai separuh betis... dengan niat nak tutup aurat... dapat gak pahala sunnah...

bergantung pada niat....


Wassalam.

[ Last edited by saifulms on 19-6-2005 at 11:17 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2005 12:23 PM | Show all posts
Masih ingat lagi ada satu jemaah yang memperjuangkan pentingnya memakai pakaian cara sunnah nabi yaitu berjubah hijau (alasannya hijau itu warna disyurga) dan berserban corak kotak-kotak. Kaum wanita mereka berpurdah menutup seluruh tubuh badan.
Tapi itu dulu....sekarang Tok Guru pun dah berubah ikut edaran zaman dan zaman sekarang ialah zaman Islam Hadhari. Maka Tok Guru pun perlu ubah fesyen....,serbannya sudah berubah menggunakan songket dan anak-anak buah pula bertukar memakai berbagai fesyen pakaian walaupun macam Yahudi berseluar dan berkemeja.
Yang lebih hebat lagi ialah isteri-isteri Tok Guru....yang sanggup membuang purdah dan memakai berbagai fesyen pakaian. Manakala tudungnya pula lebih hebat lagi mengalahkan artis-artis top......huh mengancam!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2005 04:33 PM | Show all posts
Originally posted by halimijuliana at 18-6-2005 03:07 AM:
Assalamualaikum,

Pada pandangan saya PakMalau, dalam hubungan ini, Islam tidak mensyaratkan jenis, bentuk serta potongan pakaian tertentu yang seharusnya dipakai oleh seseorang muslim. Apa yang  ...

good points there...! :tq:
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2005 08:44 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 19-6-2005 12:23 PM:
Masih ingat lagi ada satu jemaah yang memperjuangkan pentingnya memakai pakaian cara sunnah nabi yaitu berjubah hijau (alasannya hijau itu warna disyurga) dan berserban corak kotak-kotak. Kaum wanita mereka berpurdah menutup seluruh tubuh badan.
Tapi itu dulu....sekarang Tok Guru pun dah berubah ikut edaran zaman dan zaman sekarang ialah zaman Islam Hadhari. Maka Tok Guru pun perlu ubah fesyen....,serbannya sudah berubah menggunakan songket dan anak-anak buah pula bertukar memakai berbagai fesyen pakaian walaupun macam Yahudi berseluar dan berkemeja.
Yang lebih hebat lagi ialah isteri-isteri Tok Guru....yang sanggup membuang purdah dan memakai berbagai fesyen pakaian. Manakala tudungnya pula lebih hebat lagi mengalahkan artis-artis top......huh mengancam!


mungkinkah intrepretasi "sunnah" bg jemaah yg grave sebut di atas
sudah bertukar?
dari jubah kpd kemeja/seluar?
dari purdah kpd tudung kaler (mengalahkan artis-artis top.. ??)
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2005 08:46 AM | Show all posts
asalkan niat memakainya utk menutup aurat dan mahu mengikut sunnah... pada saya dua-duanya sunnah nabi... tidak timbul mana yg lebih sunnah... cuma sama ada ia sunnah atau bukan...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2005 09:05 AM | Show all posts
betul kyas...

tuh sebab nabi pon kata innama amalu bi niyyah...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2005 11:13 AM | Show all posts
Originally posted by kyas at 2005-6-20 08:46 AM:
asalkan niat memakainya utk menutup aurat dan mahu mengikut sunnah... pada saya dua-duanya sunnah nabi... tidak timbul mana yg lebih sunnah... cuma sama ada ia sunnah atau bukan...


Menutup aurat itu wajib, tiada pilihan dalam hal itu.  Perkara sunnah itu yang sunat, yang kita ada pilihan samada hendak melakukan ataupun tidak.

Bagi saya sunnah yang lebih bagus adalah sunnah yang apabila kita melakukannya menyebabkan kita merasa kita lebih menyintai Rasullullah saw dan mahu berjuang seperti yang dilakukan baginda...

Sunnah ada dua jenis - yang nampak (fizikal) dan yang tak nampak (hati)...kedua-duanya berjalan seiringan dan selalu saling menguatkan antara satu yang lain kepada diri yang melakukan..

Ada orang yang dngn berpakaian jubah dan serban (niat mengikut Nabi, bukan mengikut Abu Jahal), dia semacam membuat satu statement atau ikrar kepada diri  sendiri tentang komitmennya terhadap suruhan Nabi.

Ikrar peribadi itu mungkin lebih efektif bagi dirinya  jika dibandingkan dng setakat pakai baju kurung telok belanga, walaupun yang baju kurung itupun boleh dikira sunnah juga kalau dilihat dari segi memakai pakaian tradisi.

Ini kerana jubah dan serban itu memerlukan dia mengubah sebahagian dari cara hidupnya yang biasa, ianya mungkin boleh memberi semacam "shocking effect" kepadanya secara peribadi utk berubah ke arah yang lebih baik.


In conclusion, bagi saya sunnah yang lebih bagus adalah sunnah yang apabila kita melakukannya menyebabkan kita merasa kita lebih menyintai Rasullullah saw dan mahu berjuang seperti yang dilakukan baginda.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2005 11:37 PM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 18-6-2005 11:26 PM:
Pada pendapat saya, kena clear dulu apakah yg dimaksudkan dgn sunnah Nabi, lepas tu baru boleh pergi bab pakai jubah atau baju melayu.


Betul tu, PakMalau lebih bersetuju kalau berjubah dianggap sebagai bukan sunnah tetapi perbuatan yg dibuat Rasulallah saw mengikut budaya tempatan. Sunnah perlulah perbuatan yang nabi anjurkan, maksudnya ada hadis yang menyuruh atau melarang perbuatan tersebut secara jelas.

Banyak orang kita yang ambil kulit tetapi buang isi. Ada yg sanggup tak pergi solat Jumaat sebab tak bawa/pakai kain pelikat dan songkok. Nak tegur, umur lebih tua...nanti kecil hati lak.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2005 04:06 AM | Show all posts
Originally posted by hambasufi at 2005-6-18 10:20 AM:


Aurat dalam Islam dah jelas !!

Bagi lelaki dari pusat sampai kelutut.

manakala bagi wanita pula menutup keseluruhan badan kecuali kedua2 tapak tangan.




: ...



btui jelas ke aurat lelaki cenggitu..depa tu main bolasepak  dak2 lelaki tu camno plak?..napa siap sorak lai walo bukan kat padang kat depan tv? mentang2 tok guru dalam islam ramai lelaki..kalo bab depa suke seme jadik 'halal' kan kan kan? hipokrasi cenggini dah jadik asam garam dalam dunia islam..toksah nak kona !
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2005 07:40 AM | Show all posts
Originally posted by ajinomotonosuga at 22-6-2005 04:06 AM:



btui jelas ke aurat lelaki cenggitu..depa tu main bolasepak  dak2 lelaki tu camno plak?..napa siap sorak lai walo bukan kat padang kat depan tv? mentang2 tok guru dalam islam ramai lelaki..ka ...


Mana boleh main bola kalau pakai seluar tak sampai kelutut!!

Tu fatwa ikut nafsu sendiri dan bukan fatwa dalam agama Islam.

Tapi kalau pakai seluar yang dah menutup lutut atau seluar panjang tak mengapa!

Yang penting mengapa nak diperbesarkan sukan orang kapir. Dalam Islam kan ada sukannya sendiri?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2005 08:58 AM | Show all posts
Originally posted by ajinomotonosuga at 22-6-2005 04:06 AM:



btui jelas ke aurat lelaki cenggitu..depa tu main bolasepak  dak2 lelaki tu camno plak?..napa siap sorak lai walo bukan kat padang kat depan tv? mentang2 tok guru dalam islam ramai lelaki..ka ...


SINDROM ULAMA BISU.............

Selain itu, Rasulullah mengingatkan supaya tidak cenderung untuk menurut jejak langkah dan budaya orang Yahudi dan Nasrani dari segenap gaya hidup mereka.

Sabda Baginda bermaksud: 揔amu telah mengikuti sunnah orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehingga jika mereka masuk ke dalam lubang biawak, kamu tetap mengikuti mereka.
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
Post time 22-6-2005 04:16 PM | Show all posts
Originally posted by PakMalau at 2005-6-20 11:37 PM:


Betul tu, PakMalau lebih bersetuju kalau berjubah dianggap sebagai bukan sunnah tetapi perbuatan yg dibuat Rasulallah saw mengikut budaya tempatan. Sunnah perlulah perbuatan yang nabi anjurkan, ...


Sebenarnya pakaian jubah dan serban bukanlah kebudayaan mana2 bangsa hatta bukan sebagai KEBUDAYAAN ISLAM. Kerana dalam persoalan pakaian terdapat perintah daripada Allah dan Rasul-Nya. Setiap yg berupa perintah kita tidak boleh anggapnya sebagai kebudayaan tetapi adalah hukum, samada hukumnya berupa wajib, sunat dllnya.

Kerana tujuan Nabi Saw memakai dan memerintahkan umatnya memakai pakaian (khususnya pakaian Islam) bukanlah kerana hendak melahirkan kebudayaan atau kerana kebudayaan dan Rasulullah saw diutuskan bukan kerana hendak memperjuangkan kebudayaan tetapi adalah semata-mata hendak melaksanakan tugasnya sebagai Nabi dan Rasul akhir zaman yg membawa khabar suka dan duka serta memimpin umat ke arah kesejahteraan dunia dan akhirat.

Orang2 yg meninggalkan pakaian serban yg menjadi tradisi Rasulullah saw dan tradisi org2 soleh, dianggap telah menyalahi sunnah. Maksud menyalahi sunnah ialah 搈akruh
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
Post time 22-6-2005 04:25 PM | Show all posts
Sunat Pakai Serban

Terdapat di dalam kitab Al-Jihat Libni Abi Asim dan pada seorang lelaki Ansar telah berkata; Datang seorang lelaki kepada sahabat Ibnu Umar katanya; 揌ai Aba Abdul Rahman adakah serban sunat? Jawabnya, Ya, kerana telah bersabda Rasulullah S.A. W. kepada sahabat Abdul Rahman bin Auf;

Maksudnya; 揔amu pergi dan pakai pakaian kamu, dan kenakan senjata kamu
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2005 05:56 PM | Show all posts
Originally posted by Akasyah at 22-6-2005 04:25 PM:
Sunat Pakai Serban

Terdapat di dalam kitab Al-Jihat Libni Abi Asim dan pada seorang lelaki Ansar telah berkata; Datang seorang lelaki kepada sahabat Ibnu Umar katanya; ...


terrimakasih ustaz akasyah....rasanya dah jelas pada saya perihal jubah dan serban ini melalui posting ustaz.

jadi...saya rasa tak der persoalan lagi kerana ustaz dah sertakan dalil naqlinya sekali.....

saya dari kecik dulu suka tgk org pakai serban sebb  masa kecik dulu selalu tgk moyang saya berserban....syahdunya kenangan.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.084716 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list