CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wra

All About Jepun [merged]

   Close [Copy link]
Post time 5-10-2006 01:47 PM | Show all posts
hehehe

tak laaaa


i nih masuk kategori

'pembaca akhbar metro-online' jerk

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2006 09:41 PM | Show all posts
Originally posted by NEMO1980 at 4-10-2006 10:50 PM
alamak macam best je Ocean Dome tu..kat area mana ye???

Nemo gi Jepun last year, masa tu musim panas..memang panas tapi tak la terik macam kita di sini. Masa tu mula-mula gi Osaka..ronda2 di pek ...


Ocean Dome ni located kat Miyazaki...and surprise its been open since 1993!

refer to this website Japan's Ocean Dome

Inquiries
Phoenix Seagaia Resort / Ocean Dome
Hamayama, Yamasaki-Cho, Miyazaki City, Miyazaki Prefecture 880-8545
TEL : 0985-21-1177   FAX : 0985-21-1178


[ Last edited by  holmes at 5-10-2006 09:56 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 09:45 PM | Show all posts
alamak..best la gua dapat kredit..mekasih la mod yang baik hati! Ini yang nak buat aku berkobar-kobar nak citer. Ok..Kita mulakan dengan citer town by town.

KLIA-KANSAI / OSAKA CITY

Journey aku bermula di KLIA, flight JAL 721 berangkat tepat jam 9.45 mlm. Mula-mula macam best aje..bila kaki dah melangkah ke pintu gate 44 aku mula berasa sedih lak..tinggal orang tersayang dan sedara mara aku. Beg besar aku saja dah lebih 25kg, diisi dengan baju dan paling banyaknya makanan seperti maggi, serunding,roti,biskut sardin dan mcm-mcm lagi. Ngalahkan nak duduk setahun..bukan ape aku takut kebulur aje sebab makanan Jepun memang susah nak lalu kat tekak aku ni. Yang untungnya journey aku ni ditaja..tu yang best

Dalam kapal terbang..lenggok liuk pramugari Jepun menarik pandangan ku. Depa ni susah sket nak senyum kat kita melainkan kalau kita pandai speak nihongo baru la depa ni senyum kat kita..aku belasah je..kejap nihongo kejap english dan ada yang aku tersasul cakap melayu pun ada..at last aku yang tergelak sendiri!

Aku susah betul nak tidur dalam flight ni..banyak sangat air pocket...mengucap jangan tanya la..berkali-kali..mungkin first time aku naik pesawat asing..selama ni rasa ngan MAS aje selamat rupa-rupanya pesawat JAL ini lebih canggih keselamatannya dari pesawat MAS.

Mamat tepi aku ni asyik-asyik mintak air je kat pramugari tu..sampai satu masa tu aku nampak pramugari tu macam bengang je kat dia..asyik lalu je..mintak air..lalu je mintak air..

akhirnya aku berjaya juga melelapkan mata dan sedar-sedar hari hampir siang dan kami dan berada di ruang udara Jepun. Flight aku mendarat di Kansai, sebuah lapangan terbang atas laut..aku pun tak perasan atas laut rupanya..

Penerbangan JL722 yang dinaiki singgah transit di Singapura selama setengah jam sebelum meneruskan perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai di Osaka, Jepun.

Setelah lapan jam setengah perjalanan termasuk berhadapan dengan kerenah keselamatan yang ketat di Changi, Singapura, akhirnya tibalah di negara matahari terbit itu pada pukul 6.00 pagi waktu tempatan.



keluar airport aku ternampakkan kereta wira, kancil rasa pelik lak..rupa-rupanya mitsubishi ngan mira rupanya..sebijik!!

Destinasi pertama aku ialah ke Osaka. Aku dibawa dengan bas ke Osaka. Rupa-rupanya bas di Jepun ni lain. Satu bas hanya memuatkan dalam 15-20 penumpang sahaja. Pastu masa bas berjalan tak boleh berdiri..nanti kena marah dengan driver. Semua kena duduk baik-baik kat tempat masing-masing. Aku ngan kamera konon-konon nak jadi ala paparazi takde gaji nak ambil gambar at last kena marah di suruh duduk oleh driver.

Ketibaan di Kansai merupakan detik bersejarah bagi setiap individu kerana memang tiada seorang pun yang pernah sampai ke negara Jepun.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai di selatan Osaka merupakan lapangan terbang yang tercanggih di Jepun, dan terletak di atas pulau buatan yang dihubungkan dengan jambatan sejauh 3 kilometer dari daratan.

Semasa menuruni tangga bergerak ke kaunter imigresen di balai ketibaan, saya terpandang ke arah satu papan tanda plastik yang mengalu-alukan kedatangan penumpang yang ditulis dalam pelbagai bahasa. Dalam berpuluh-puluh tulisan itu, entah kenapa perkataan "Selamat Datang" berada hanya di kedudukan kedua iaitu selepas perkataan "Welcome".

Perjalanan seterusnya adalah menaiki bas menuju ke Osaka yang mengambil masa sejam lebih melalui lebuh raya di lereng bukit.



Walaupun Jepun adalah sebuah negara maju dan ramai penduduk, namun keindahan alam yang menghijau terdapat di mana-mana. Gambar ini dirakam dari dalam bas ketika kami menuju ke Osaka
--------------------------------------------------------------------------------



80 peratus daripada keluasan Jepun adalah bergunung-ganang, agak menakjubkan kerana laluan lebuh raya itu tidaklah bengkang-bengkok seperti yang dijangkakan.

Hal ini kerana sistem lebuh raya mereka menitik beratkan penjagaan alam sekitar di samping keselesaan pemanduan, oleh itu laluan di kawasan berbukit banyak menggunakan terowong yang menembusi bukit dan jambatan tinggi yang merentangi jurang.

Walaupun harga tanah yang sangat tinggi, dengan jumlah penduduk seramai 127 juta orang berbanding keluasan muka bumi yang lebih kurang sama dengan Malaysia, kebanyakan kawasan tanah tinggi dipelihara dan tidak diteroka atau digondol sewenang-wenang.

Malah gunung-gunung yang tinggi dianggap suci oleh mereka sejak turun-temurun.

Secara tidak langsung, di sepanjang perjalanan, kita boleh melihat pekan dan kampung orang-orang Jepun yang mengunjur dari kaki bukit hingga ke tepi pantai, manakala di sebelah satu lagi pula, bukit dan gunung yang menghijau.


Sampai di Osaka, dan di beri bilik..dan sedikit taklimat aku pun sambung tido sebab letih dan petang nanti nak jalan-jalan di sekitar Osaka.

Petang aku jalan-jalan di bandar Ibaraki, sambil tu aku pun membeli tiket telefon yang murah yang di panggil "brastel" yang dibeli melalui vending machine. Memang berbaloi beli tiket ni kita boleh telefon kampung dan cakap berjam-jam dengan harga yang murah berbanding rates telefon biasa.

Pastu ronda-ronda kat shopping kompleks..tak nak beli lagi sebab banyak hari lagi aku di sini saja cuci mata dan cari plug 2 pin untuk charger kamera digital. Korang jangan lupa beli siap2 plug 2 pin dari malaysia kalau nak ke sini. Aku terlupa nak beli kena la beli kat sini dengan harga RM15 sedangkan kat mesia RM3 je.

di bandar Ibaraki ada satu mall besar macam sungai wang plaza yang di panggil "MY CAl".
kat situ la aku beli nasi segera. balik rendam air panas dan terus boleh makan ngan serunding yang di bawa.

Jepun sememangnya mempunyai sistem perkhidmatan kereta api yang cekap dan merupakan salah satu pengangkutan utama yang digunakan oleh rakyatnya.

Ketepatan waktu perjalanan memang tidak perlu dipersoalkan lagi.

Memandangkan terdapat banyak laluan, kekerapan keretapi yang tiba empat atau lima minit sekali dan tidak banyak maklumat dalam bahasa Inggeris, maka orang luar mungkin akan menghadapi kesukaran menaiki keretapi yang betul untuk ke destinasi yang dikehendaki.

Namun pekerja-pekerja di stesen keretapi sentiasa bersedia membantu dan akan cuba menolong sekiranya kita bertanya atau meminta bantuan arah.

Semasa di stesen juga, terdapat papan-papan kenyataan elektronik yang menyatakan platform, tren yang berkenaan serta waktu ketibaannya.

Setelah beberapa kali menaiki keretapi, kita akan cepat merasa yakin dan faham dengan sistem dan jadual perjalanannya.



Berbasikal di waktu petang ke kedai serbaneka Lawson
--------------------------------------------------------------------------------



Selain keretapi, rakyat Jepun juga gemar menggunakan basikal termasuk untuk ke tempat kerja.

Berpakaian kemas, bertali leher dan kot sambil menunggang basikal adalah pemandangan biasa di negara itu.

Di institusi pengajian, pejabat, pusat membeli-belah dan di mana-mana sahaja, tempat meletak basikal mudah ditemui dan tidak jadi masalah.

Salah satu tempat yang dituju ialah ke kedai serbaneka `Lawson'. Selain daripada 7-Eleven, Jepun mempunyai dua lagi rangkaian convenience store yang popular iaitu Lawson dan FamilyMart yang beroperasi 24 jam sehari. Kedua-duanya adalah syarikat milik Jepun sendiri.

Selain barangan keperluan harian, kedai-kedai itu juga menyediakan makanan Jepun, mesin ATM, serta mesin berkomputer untuk menjual pelbagai perkhidmatan pra-bayar.

Di tempat-tempat strategik seperti di tepi bangunan atau di simpang jalan pula kita dengan mudah dapat menemui vending machine yang menjual air minuman seperti jus, air mineral atau air berkarbonat.



Sawah padi berada di tempat-tempat yang kita tidak sangka termasuklah di tepi jalan besar atau di tepi pejabat
--------------------------------------------------------------------------------



Kewujudannya di merata-rata tempat menunjukkan tahap vandalisma yang sangat rendah serta keyakinan pengguna terhadap kemudahan seperti itu.

Meronda-ronda di sekitar kawasan pekan juga membolehkan kami melihat pemandangan yang agak janggal pada mata kita sebagai rakyat Malaysia.

Selain vending machine di tepi jalan, kita juga akan terjumpa sawah padi di celah-celah bangunan.

Mungkin kerana harga tanah dan kos sara hidup yang sangat tinggi, maka setiap inci ruang yang ada perlu dimanfaatkan sebaiknya.

Kita barangkali masih tidak hairan jika melihat sayur-sayuran ditanam di tepi bangunan pejabat atau kilang kecil, tetapi bagaimana jika sepetak sawah padi di tengah-tengah pekan?

Terasa bagaikan ada rasa keinsafan muncul secara tiba-tiba dari dalam diri apabila membandingkan situasi itu di sebuah negara maju dengan sawah atau tanah-tanah terbiar di negara sendiri.

Satu perkara lagi yang menarik perhatian ialah papan tanda yang berupa pekerja sedang tunduk hormat di kawasan pembinaan di bahu jalan raya.

Tanah yang sekangkang kera ini juga tidak ketinggalan ditanam dengan sayur-sayuran
Ia menyedarkan kami betapa rakyat Jepun menghormati hak-hak orang lain.

Sifat saling menghormati, rajin bekerja dan menepati masa yang tersemai dalam masyarakat Jepun telah menjadikan ia sebagai sebuah negara yang disegani dan dipandang tinggi.


Kalau di area Osaka, korang boleh melawat ke Universal Studio macam  kat Gold Coast, Australia. Bayaran masuknya dalam RM150 duit kita..aku tak masuk pun..tak sempat sebab banyak pegi jalan ke tempat lain.

Kalau nak shopping kamera murah, naik aje tren ke Kyoto. Dari stesen Ibaraki korang beli tiket by vending machine macam ala-ala komuter kat tempat kita ke Kyoto. Sampai di Kyoto ada satu mall besar..lupa lak nama dia nanti aku cek balik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 09:52 PM | Show all posts

Reply #183 NEMO1980's post

Nemo tak de gambar2 semasa kat sana ke...?  kalo ada...post le kat sini...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 10:02 PM | Show all posts
Originally posted by HaNa_OliJas at 2-10-2006 23:53
pegi factory outlet dia mcm org gile.. coz barang2 dia murah la jugak..
and they really like ferryswheel (do i spell it rite?)...

u pegi hardrock kat osaka ke rara? (outside USJ)

factory outlet die blah mane? rara tak jumpe pon... ruginyeee!!!

rara tak gi osaka laa hana.. me stay kat tokyo..
ingat nak gak gi osaka.. gi usj.. tapi shinkansen mahal sangat lee..

pegi hardrock roppongi, uyeno-eki ngan yokohama..
sume hardrock rara pegi.. hehehhe.. member2 punye pasal nak kirim souvenir..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 10:08 PM | Show all posts
SAGA CITY BY SHINKANSEN (BULLET TRAIN)

kembara aku bermula dengan perjalanan menaiki keretapi laju `shinkansen'.

Perjalanan yang bermula di stesen Shin-Osaka merentasi ke barat pulau Honshu dan terus ke Hakata di pulau Kyushu merangkumi jarak sejauh 554km tetapi mengambil masa selama 2 jam lebih sahaja.

Shinkansen yang kami naiki melalui bandar-bandar besar seperti Kobe, Okayama, dan Hiroshima. Di setiap stesen ia hanya berhenti selama beberapa minit sahaja.

Laluannya menembusi banyak gunung, dan merentasi jurang termasuk melalui terowong dasar laut.

Semasa tiba di Hakata, Fukuoka, ramai yang tidak sedar bahawa shinkansen Hikari yang dinaiki telah berada dipulau yang lain serta telah melalui terowong yang dibina di bawah dasar laut merentasi sebuah selat.

Dari Fukuoka, kami menaiki satu lagi tren yang lain untuk ke bandar raya Saga. sampai di Saga terus check in di Washington Hotel atau hotel berhantu..he..he

Saga Prefecture (wilayah) merupakan salah satu destinasi utama aktiviti kami semasa di Jepun.

Ia terletak di utara Pulau Kyushu dengan keluasannya lebih kurang 2,500 kilometer persegi dan ibu negerinya adalah bandar raya Saga.

Saga merupakan pusat pengeluaran seramik Imari dan Arita yang terkenal di Jepun sebagai seramik yang terbaik dan terhalus kerja tangannya.

di sebelah malamnya aku berparti..Dalam majlis berkenaan beberapa acara telah dijalankan, dan dimulakan dengan acara `kampai' iaitu adat rasmi orang Jepun dalam majlis-majlis meraikan tetamu.

Dalam acara `kampai' yang sebenar, tuan rumah akan menuangkan arak `osake' untuk diminum oleh para tetamu bersama-sama mereka. but..aku just minum fresh oren je..

Esok acara melawat...ke Perpustakaan Saga yang mengamalkan sistem perpustakaan yang agak pelik yang mana pengunjung boleh makan, minum, bercakap dan membuat bising. korang boleh main kejar-kejar lagi kat library ni takde sape nak marah..konsepnya free and free

aku sibuk dengan lecture di universiti untuk dua tiga hari ni..tak sempat nak jejalan..cuma di sebelah malam sahaja sempat ronda di mall yang berhampiran dengan hotel..banyak jam yang berjenama dengan harga yang agak murah..seperti seiko..citizen..mcm2 lagi aku beli jugak 3,4 bijik jam untuk sedara ponakan aku kat kampung.

Di sini kalau jam 7 malam ke atas korang boleh beli roti atau kek di supermarket dengan separuh harga pasal esok dia akan buat yang baru untuk di jual. Kalau tak laku hari ni di buang aje..bukan macam kita sampai berkulat roti tu masih lagi di jual..

malam kedai-kedai sewa dvd memang di buka hingga lewat malam...kalau pandai cari memang ada cyber cafe yang free yang disediakan oleh kerajaan, aku lepak gak kejab antor email kat kekawan..korang kena rajin tanya kat orang hotel kalau nak ape2..tapi kena cakap nihongo la..diaorang susah sket nak ckp english..tak reti.

MAlam ni aku tido selimut aku asyik kena tarik ke bawah..aku jenguk kot2 la member aku nak buat lawak nyorok bawa katil tpi takde orang pun..suis lampu aku pusing agar malap sket ala-ala romantik..sedar2 terang benderang bilik aku...pusing balik..aku tutup mata je terang balik..aku pun ketuk2 la suis tu...konon2kan rosak ke..pastu aku tido..tak tahu rupanya aku diperhatikan oleh makhluk yang aku tak nampak..

Esok aku akan ke tempat di mana bom atom jatuh ke Nagasaki masa perang dunia ke dua..


alamak..camna nak upload gambo ni??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2006 10:09 PM | Show all posts
Originally posted by holmes at 5-10-2006 09:52 PM
Nemo tak de gambar2 semasa kat sana ke...?  kalo ada...post le kat sini...




ade..banyak sangat..tapi aku tengah belajar upload ni..kejab ye..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 10:17 PM | Show all posts
Ini teh rumput yang aku kena minum ari-ari...tawar laaa...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2006 10:18 PM | Show all posts
yes..berjaya gak aku upload gambo...he..he..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 10:24 PM | Show all posts
Ini shinkanzen namanya.........laju  woo...tambang dia kalau dari Osaka ke tokyo dalam RM500++=  tapi aku naik free jee..





Ini masa aku dok tunggu diaorang bancuh teh kat aku..punya la lama tunggu..pastu teh hijau pekat..pahit...sebelum minum di beri makan halwa manis macam gula-gula manisan..





Suasana sibuk di Kyoto City



Kat sini kamera dan handphone murah-murah...kamera boleh beli tapi handphone leh cuci mata je la..tak boleh pakai di mesia..boleh pakai di Jepun je sebab teknologi mereka lebih tinggi dari negara kita
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 10:29 PM | Show all posts
Ini la stesen Kyoto..aku naik cab ronda Kyoto ngan member Jepun aku..pastu sampai stesen ni kami berlari lak ambil tren nak balik ke Ibaraki. Kami pegi kedai 100 yen..shopping..tak la best sangat..macam kedai dua hengget je!




Ini sashimi...aku try makan..rasa nak muntah balik tapi terpaksa telan sebab malu kat member Jepun aku...ikan mentah laaa...hish..isk..!

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 10:31 PM | Show all posts
banyak lagi gambo2..tapi ada muka aku..malu weh!! satu malaya tengok ni!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2006 05:32 PM | Show all posts
Originally posted by NEMO1980 at 5-10-2006 10:09 PM




ade..banyak sangat..tapi aku tengah belajar upload ni..kejab ye..


dah pandai pong :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2006 05:34 PM | Show all posts
Originally posted by NEMO1980 at 5-10-2006 10:17 PM
Ini teh rumput yang aku kena minum ari-ari...tawar laaa...



ni teh rumput ni bkn green tea ke..?  kalo green tea ...hom memang minum setiap hari..brand dari jepong gak


rumput apa ek..? apa khasiatnya?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2006 05:35 PM | Show all posts
Originally posted by NEMO1980 at 5-10-2006 10:18 PM
yes..berjaya gak aku upload gambo...he..he..


TAHNIAH :clap::clap:

bleh post gambar bnyk2 lagik le tu...:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2006 05:38 PM | Show all posts
Originally posted by NEMO1980 at 5-10-2006 10:31 PM
banyak lagi gambo2..tapi ada muka aku..malu weh!! satu malaya tengok ni!!


malu ke...:bgrin:   rasanya wokey le post gambar yg tak direct tu...apa susah thread ni kan dah ada RA....

besh le hom baca dan tgk gambar2 korang kat Jepun tuh...

rasanya kalo berada kat Jepun apa yg paling menjadi masalah..?  komunikasi..?  makanan..?  transport..?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2006 06:59 PM | Show all posts
holmes..

tu memang green tea...nemo ngan geng je gatal mulut panggil "teh rumput" itu la minuman wajib kita orang masa kat sana..tu yang terkeluar macam-macam gelaran tu!!  even coca cola yang harganya rm6.50 setin beli di vending machine pun tawar gak rasanya...depa ni memang kedekut gula betul !

kat sana..of course serba-serbinya mahal jadi masalah utamanya ialah duit!! he..he..

tentang makanan memang leh makan tutup mata sebelah je..macam tempura ke..unagi (belut) ikan, sotong takde masalah. western food pun banyak kat sini.

bahasa bagi nemo takde masalah sangat...but org jepun ni mmg baik2 belaka..nanti nemo upload gambo lagi
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2006 09:42 PM | Show all posts
Originally posted by NEMO1980 at 6-10-2006 06:59 PM
holmes..

tu memang green tea...nemo ngan geng je gatal mulut panggil "teh rumput" itu la minuman wajib kita orang masa kat sana..tu yang terkeluar macam-macam gelaran tu!!  even coca c ...


Hi nemo...

oh tu memang green tea ek..:lol  memang serupa rumput...tu ropenya green tea..sbb slalu kita minum kan yg dah kat dlm pack...so tak nmpk camne rope green tea sebenar..

..setentunya wang yg menjadi salah satu masalah kat Jepun ni ek..pasal nilai wang depa lebih tinggi..

looking forward for your next postings :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2006 12:51 AM | Show all posts
YURAKU

Pagi selepas check out untuk bertolak ke Yuraku...hebohlah satu bas aku dengan cerita-cerita seram yang berlaku di Washiton Plaza Hotel yang kami tinggal sepanjang berada di Saga. Rupa-rupanya ramai member aku kena usik macam aku juga di dalam bilik cuma yang membezakan usikan yang ringan dan yang agak berat. Aku memang tak menceritakan pada sesiapa pun apa yang aku alami di dalam bilik kerana sangkaan aku benda tu kerosakan teknikal dan perasaan aku je.. rupa-rupanya ada member yang kena usik dengan dapat melihat "benda" tu menjelma di depan mata mereka dan mengusik dengan menggunakan telefon di dalam bilik hotel dengan suara2 yang amat menyeramkan.

Masing-masing merahsiakan kejadian ini semasa masih menginap di hotel kerana takut member2 perempuan histeria atau kelam-kabut..akhirnya terpecahlah rahsia "hantu" tersebut setelah kami di dalam bas...aku hanya mampu menarik nafas panjang kerana mujurlah tiada apa2 yang menakutkan aku semasa di dalam bilik hotel tersebut. mungkin kerana aku "orang yang beriman" kot..he..he..

Sampai di Yuraku..kami check in di Yuraku Resort Hotel yang memang "class". Resort ini adalah sebuah resort mata air panas yang terkenal di sini. Sebaik masuk sahaja resort untuk check in, aku kena mengambil kunci locker untuk menyimpan kasut di dalam locker terlebih dahulu. Aku heran gak..nak pakai apa selepas ni..tak nampak pun ada disediakan kasut di lobi. Rupa-rupanya di dalam resort ini tidak dibenarkan memakai kasut hanya berkaki ayam sahaja. Seluruh resort dilitupi dengan karpet yang tebal.

Terdapat dua type bilik di sini satu western style dan satu lagi Japanese style. Aku dapat yang western..besarnya bilik..macam suite hotel 5 bintang. Segala-galanya ada di resort ini, swimming pool, taman tema air, open jakuzzi, ofuro, disco,karaoke,massage banyak lagi. Pendek kata kalau korang ada di resort ini, tak yah pi mana2 semua ada di sini.

Paling best ofuro. Terdapat dua tempat ofuro iaitu bahagian lelaki dan perempuan. Peraturan untuk masuk ke dalam tempat ofuro mestilah telanjang bulat. Tak boleh pakai ape2 pun. Member2 Jepun aku ajak aku gi join ofuro ngan diaorang..aku pun ok je..ingatkan boleh la nak tutup ke nak buka ikut suka hati aku le..at last aku masuk ngan pakai towel hotel..tutup!!

Sebaik melangkah masuk je..aku terus terkejut...selambanya orang2 jepun ni berjalan tanpa sehelai benang pun di badannya..alamak!!!  memang kena bulat betul ni..bukan memain ni!

aku berjalan sambil menjeling2 sket ke arah manusia yang bulat2 dari jauh aku nampak member2 jepun aku tadi..alamak...bulat gakk..mampus aku kalau macam ni. Member2 Jepun pun menegur aku suruh tanggalkan towel..mana boleh pakai dalam ni katanya.  malu weh!!  aku memberikan alasan nak meninjau2 cari member2 lain dulu...mak aih..tak tahan dengan suasana yang amat "mengejutkan" aku aku terus ke kolam jakuzi di luar berendam dengan pakaian renang aku..tak sanggup aku nak bogelllll!!!!

Selepas itu masa makan malam aku boleh order apa saja dan banyak mana yang aku nak makan..asyik2 tempura je lalu aku pun nak try la makan belut panggang...sedappp gak belut ni walau pun 1st time aku makan...

balik bilik je aku pun bukak tv nak tengok cerita2 yang menarik..aku pun menekan chanel 2...alamak..rupa-rupanya chanel 2 di sini adalah chanel porno...rupanya..patutlah bilik anak dara sebelah aku tu asyik ketawa memanjang aku dengor dari luar rasa2nya depa tertekan chanel 2 itu agaknya..aku segan kat roomate aku terus tutup tv dan tido..bestnya tido di sini..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2006 08:31 PM | Show all posts
kalau nak tahu ini la belut panggang yang aku makan masa kat resort tu..hmmm..yummy..




Kedatangan kami disiarkan melalui televisyen Jepun diikuti dengan liputan melalui suratkhabar Jepun...glamour sekejab..





Ini pulak Tugu Keamanan di Nagasaki sempena peristiwa perang dunia kedua





salah sebuah castle Jepun yang terletak di Osaka

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 8809 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.063895 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list