CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 108607|Reply: 145

SEJARAH DAN ASAL USUL MUAR

[Copy link]
Post time 17-7-2006 12:06 PM | Show all posts |Read mode
PENGENALAN

Muar yang juga dikenali sebagai Bandar Maharani merupakan sebuah bandar yang padat dengan kisah sejarah yang melakarkan perbagai peristiwa yang sewajarnya dapat memberikan kita keinsafan.

"Di sini bermula dan berakhirnya Kesultanan Melayu Melaka"

Muar pernah menjadi saksi permulaan keagungan bangsa, dan Muar juga menjadi saksi kejatuhannya.

Di bumi bertuah ini juga pernah menyaksikan kehebatan wira bangsa dalam mempertahankan maruah bangsa, negara dan agamanya yang tercinta walaupun nyawa menjadi pertaruhannya. Itulah Muar yang tercinta...

Muar sebelum dikenali sebagai Bandar Maharani Muar dikatakan mempunyai beberapa nama lain, dan nama Muar itu sendiri dipercayai berasal dari perbagai sumber seperti:

SEJARAH NAMA MUAR

TELUK DALAM - Hikayat Malim Dewa-dewa Deman:
Muar dahulunya dikenali sebagai Teluk Dalam berdasarkan ayat di dalam Hikayat Malim Dewa-dewa Deman. Teluk Dalam ini mungkin berasal dari keadaan sungai Muar yang berkualakan satu muara atau teluk yang terbuka luas.


MUARA - Bahasa Melayu Sunda:
Nama Muar dikatakan ringkasan bagi MUARA di dalam bahasa Melayu Sunda yang bermaksud "kuala sungai yang membuka atau meneluk luas"

MUAK - Rupabentuk Sungai:
Muar bermaksud satu rupabentuk bagi perkataan "muak" maksudnya jemu berkayuh dalam sungai yang begitu besar dan berbelit-belit.

MUAR atau MUNAR - Bahasa Hindu:
Muar ialah ringkasan daripada Bahasa Hindu "Munu" yang bermaksud Tiga dan "Ar" yang bermaksud "Sungai". Nama Muar berpunca dari nama sebuah negeri besar di Selatan India pada zaman purba yang dinamakan Muar atau Munar ('Negeri Tiga Sungai' kerana negeri ini terdiri daripada tiga batang sungai penting yang bercantum menjadi satu). Apabila orang-orang Hindu purba itu datang ke negeri ini untuk mencari emas, mereka menjumpai tiga batang sungai yang bercantum iaitu Sungai Muar, Sungai Serting dan Sungai Pahang seperti Sungai Muar atau Munar di negeri mereka. Lantas mereka menamakan sungai ini sebagai Muar bersempena nama Muar atau Munar di India.

Muar atau Bandar Maharani telah dicatatkan oleh beberapa penulis dan menjadi bahan sejarah terpenting masa kini.


Peta lama Portugis yang menyatakan Muar sebagai Kota Ke-2 Portugis di Semenanjung Tanah Melayu
selain dari kota Melaka. Ia dikatakan dibina pada tahun 1604 oleh Eredia dan berbentuk segi tiga.
Persoalannya ialah dimanakah ia kini?


p/s:MOD sesuai ke tak aku post kat sini...atau kat BOD HISTORY & LEGEND?

[ Last edited by  zamirra at 17-7-2006 12:20 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2006 02:07 PM | Show all posts
Boleh, boleh jer sebab ni pasal sejarah Johor kan... nanti aku digestkan okey...?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2006 04:50 PM | Show all posts

Reply #2 Squall-Leonhart's post

THANKS TUAN MOD! :tq:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2006 04:56 PM | Show all posts
Muar atau Bandar Maharani telah dicatatkan oleh beberapa penulis dan menjadi bahan sejarah terpenting masa kini. Antara catatan yang melakarkan coretan sejarah Muar adalah seperti berikut:

Prapanca (1361)(Syair Nagarakertagama):
Syair terkenal Nagarakertagama - hasil tulisan Prapanca pada tahun 1361 (sami Buddha dan pendita Istana Majapahit) menceritakan Muar sebagai sebahagian jajahan takluk Majapahit oleh Hayam Wuruk dan Perdana Menterinya, Gajah Mada (1350 - 1389). Kisah ini tercatat dalam majalah JMBRAS, October, 1935, Volume XIII Part 2, muka surat 15 - 16.

Barros (1553):
Barros yang menulis dalam tahun 1553 telah mengatakan bahawa Parameswara (Paramicura) yang dihalau lari dari Temasik (Singapura) setelah ia membunuh raja negeri itu, telah lari dan berhenti di Muar dan membina sebuah kota kayu di kawasan pedalaman bernama Pagoh.

Tun Sri Lanang (Sejarah Melayu) versi Shellabear:
Sejarah Melayu pula menyatakan bahawa kerajaan Temasik (Singapura) dalam zaman pemerintahan Sultan Iskandar Syah telah dikalahkan oleh Kerajaan Majapahit. Maka Sultan Iskandar Syah telah lari ke Muar dan membuka dua kawasan di tebing Sungai Muar iaitu Biawak Busuk dan membina sebuah kota yang dinamakan Kota Buruk. Selepas daripada inilah baru Sultan Iskandar Syah berpindah dan membina Melaka. Pada tahun tahun 1488, Sultan Alauddin Riayat Syah 1 telah mangkat di Pagoh , Ulu Muar dan dimakamkan   di situ.

Tome Pires (Suma Oriental):
Parameswara iaitu Raja Palembang ditonjolkan sebagai tokoh yang membuka Melaka. Sumber ini menyingkap sejarah kemunculan Parameswara sebagai raja Palembang menggantikan ayahandanya Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara Tamavill akibat menggelarkan dirinya sebagai ' Mjeura' ( orang yang berani). Ekoran daripada itu, beliau melarikan diri ke Singapura.

Setelah membunuh wakil Raja Siam di Singapura, beliau menjadi pemerintah palsu tersebut selama 5 tahun. Oleh kerana bimbang diserang oleh Raja Siam, beliau dengan 1,000 orang pengikut melarikan diri ke Muar. Beliau menetap di sana selama 6 tahun iaitu ketika itu orang-orang Seletar mendiami Melaka.

Ortelius (1584)(Peta Lama):
Peta-peta lama seperti Peta Ortelius A.D. 1584 menunjukkan "MUAR" sebagai sebuah bandar terletak ke arah Selatan Melaka.

Linschoten (1595)(Peta Lama):
Peta Linschoten A.D. 1595 pula menunjukkan "MUAR" sebagai sebuah bandar yang berhampiran dengan negeri Melaka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2006 04:59 PM | Show all posts
MUAR DAN SEJARAH KOMODITI

Muar di dalam sejarah Kerajaan Melayu Melaka mendapat perhatian Belanda dan Portugis kerana emas yang boleh didapati di lereng Gunung Ledang (Emas ini mengikut lagenda merupakan hantaran jambatan emas oleh Sultan Melaka untuk meminang Puteri Gunung Ledang). Muar juga suatu ketika dahulu merupakan pengeluar lada hitam dan gambir yang utama. Belanda dan Portugis menjadikan Sungai Kesang hingga ke Sungai Ledang sebagai laluan utama pengangkutan barang dagangan.

Sungai Muar di zaman dahulu telah menjadi laluan utama untuk ke Pahang kerana hulunya dikatakan terletak di Tasik Bera, Pahang. Antara lagenda yang dikaitkan dengan Sungai Muar ialah ia pernah disusuri oleh Malim Deman untuk mencari Puteri Bongsu yang dikatakan menyorok di Panchur.

MUAR SAKSI KEJATUHAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

Sungai Muar pernah menjadi saksi kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka di tangan Portugis pimpinan Alfonso D'Albuquere pada tahun 24 Ogos 1511. Di sungai inilah angkatan Sultan Mahmud Shah mengundur diri daripada serangan Portugis. Baginda membina kubu pertahanan di Bentayan (kini tapak kubu itu dijadikan Stesen Bas Ekspress Bentayan (Bas Ekspress/Bas Pagoh) dan teksi) tetapi pihak Portugis berjaya mengesannya. Baginda dan pengikutnya melarikan diri ke Kota Biawak Busuk dan seterusnya ke Kota Pagoh (Kuala Pagoh). Kota Pagoh dikatakan antara kota yang menarik kerana diperbuat daripada tanah liat. Kesannya masih boleh dilihat sehingga kini walaupun telah terhakis ditelan zaman.

Di zaman kekuasaan Bugis (terkenal dengan lima bersaudara), Daeng Marewah, Daeng Parani, Daeng Celak, Daeng Manambun dan Daeng Kenasi dikatakan telah datang ke Muar dan menetap di Liang Batu, Lenga.

SULTAN MANGKAT DI MUAR

Sultan Alaudin Riayat Shah 1 yang pernah memerintah Melaka dikatakan telah mangkat di Pagoh, Muar. Kematiannya menjadi misteri dan lagenda. Ada yang mengatakan baginda meninggal dunia semasa datang untuk bersiar-siar manakala ada pula yang menyatakan beliau mati tercucuk daun. Beliau juga dikatakan berdarah putih dan mempunyai kaitan dengan Mahsuri di Langkawi. Bagaimanapun kesahihannya masih belum dipastikan oleh pengkaji sejarah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2006 05:05 PM | Show all posts
PERASMIAN BANDAR MAHARANI MUAR

Bandar Maharani Muar Moden telah dibuka oleh Muhammad Salleh bin Perang atau lebih dikenali sebagai Datuk Bentara Luar pada tahun 1885. Ia dirasmikan oleh baginda Maharaja Abu Bakar pada tahun 1887.


Gambar Maharaja Abu Bakar: Bapa Pembangunan Johor Moden
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2006 07:01 PM | Show all posts
baru tau sejarah MUOR ni huh....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2006 11:20 PM | Show all posts

Reply #7 esbestos's post

Sebagai anak jati MUAR...kita semua patut tahu serba sedikit sejarah tmpt kelahiran kita...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-7-2006 11:25 PM | Show all posts
'PERANG SAUDARA DI MUAR'


Daeng Ibrahim (Anakmuar)

Pertikaian antara putera Sultan Hussein iaitu Tengku Ali dan Daeng Ibrahim menghasilkan pemerintahan wilayah Muar (yang terletak di antara Sungai Kesang dan Sungai Muar) oleh Tengku Ali pada 10 Mac 1855. Ia merupakan hasil Perjanjian Persetiaan dan Persefahaman antara Tengku Ali dan Daeng Ibrahim. Perjanjian itu mengiktiraf Tengku Ali sebagai Sultan tetapi mensyaratkan gelaran itu tidak boleh diperturunkan kepada warisnya.


Tengku Ali atau Sultan Ali yang menjadi sultan Muar untuk satu generasi sahaja

'Perang Saudara di Muar' merupakan pertikaian antara Sultan Ali dan Maharaja Abu Bakar mengenai takhta kerajaan Johor dalam tahun 1870'an. British telah menyokong Abu Bakar dan berusaha mendapatkan sokongan Penghulu di kawasan Kesang. Sultan Ali bertindak balas dengan melancarkan serangan ke atas pos pertahanan Abu Bakar seperti di Lenga dan Jementah. Kekalahan Sultan Ali menyebabkan daerah Kesang dimasukkan dalam wilayah pemerintah Johor seperti yang ada pada hari.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2006 11:27 PM | Show all posts
PENGASAS BANDAR MAHARANI MUAR

DATUK BENTARA LUAR - MUHAMMAD SALLEH BIN PERANG

Muhammad Salleh bin Perang atau lebih dikenali sebagai Datuk Bentara Luar dilahirkan di Teluk Belanga, Singapura dan mendapat pendidikan di sekolah Melayu, sekolah agama dan sekolah Inggeris. Antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau dari tahun 1856-1912 ialah:
- guru
- jurutulis kepada Sultan Abu Bakar (1857)
- Pesuruhjaya Polis Negeri Johor di Jabatan Polis (1868)
- Pejabat Hasil Dalam Negeri
- Ketua Jabatan Tanah dan Ukur
- Mahkamah


Antara sumbangan berharga beliau di dalam pembangunan Johor termasuk Muar adalah seperti berikut:
- Peta lengkap bagi negeri Johor (peta lengkap negeri di Semenanjung Tanah Melayu yang pertama)
- Menggalakkan permainan ghazal.
- Menggalakkan orang Melayu memainkan Tarian Naga.
- Menggalakkan orang Melayu menggali parit dan tali air supaya tanah sesuai untuk pertanian.
- Menghapuskan lanun-lanun di Muar pada akhir kurun Masihi ke-19.
- Membuka Bandar Maharani Muar (1885) dan Bandar Penggaram Batu Pahat (1893).


Menjelang tahun 1890 Bandar Maharani telah menjadi sebuah pusat aktiviti pentadbiran dan perniagan yang terbesar di kawasan pantai barat negeri Johor. Seorang pelancong Inggeris, Florence Caddy, pernah mencatatkan:

" Bandar Maharani merupakan bandar yang cantik dengan penduduk-penduduknya seramai 5000 orang terdiri dari orang Melayu yang mendiami kampung-kampung di keliling bandar tersebut, dan orang Cina dan sedikit orang India yang berkedai dalam bandar itu sendiri. Bahawa bandar ini mempunyai beberapa buah bangunan-bangunan serta kilang papan dan sebuah bengkel pembuat batu bata".

Perdagangan utama di pelabuhan Bandar Maharani waktu itu ialah gambir, lada hitam, pinang kering, kelapa kering, kopi, sagu ubi dan buah-buahan. Tetapi gambir dan buah-buahan merupakan perdagangan paling utama. Menurut Laporan Tahunan Kerajaan Johor 1911 daerah Muar merupakan pengeluar hasil gambir yang terbesar sekali di seluruh negeri Johor diantara 1887 dan 1911.

Manakala pada musim buah-buahan (1911) sebanyak kira-kira tiga-suku juta buah durian, 29000 tong buah duku dan 23000 tong buah manggis telah di ekspot melalui pelabuhan Bandar Maharani. Pada masa ini setiap kapal yang keluar dari pelabuhan Muar adalah bermuatan kira-kira 25,000 biji buah durian dan bilangan kapal-kapal yang masuk itupun bertambah menjadi lima ke enam buah sehari.

[ Last edited by  zamirra at 18-7-2006 11:31 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 11:32 PM | Show all posts
ada tak tempat2 bersejarah kt muar nih .. yg masih ada hingga hari ini?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2006 12:05 AM | Show all posts
PETA DAERAH MUAR



[ Last edited by  buncis at 19-7-2006 08:52 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2006 12:42 AM | Show all posts
Originally posted by dak_ker at 18-7-2006 11:32 PM
ada tak tempat2 bersejarah kt muar nih .. yg masih ada hingga hari ini?


Tempat2 bersejarah Di Muar masih wujud hingga kini...

Bandar Maharani:
Bandar tertua di Johor.

Sungai Muar:
Banyak mencatatkan peristiwa bersejarah zaman silam kerana pernah menjadi laluan kapal dagang yang membawa bahan mentah dan makanan dari beberapa negara termasuk China dan Indonesiaberlabuh di kuala sungai itu memunggah dagangan bagi keperluan penduduknya suatu ketika dulu.

Legenda sejarah Sungai Muar turut mencatatkan kisah Hang Tuah yang melarikan anak Bendahara Pahang, Tun Teja untuk dipersembahkan kepada Sultan Mahmud Shah Melaka bagi menjadi isteri baginda.

Muar yang dibuka pada 1884 mempunyai banyak bangunan lama dan bersejarah dengan sebahagiannya dibina di pesisiran Sungai Muar dan masih kekal tersergam indah dan kekal beroperasi seperti mula pembinaannya.

Masjid Sultan Ibrahim:
Dibina pada awal 1900 kini masih menjadi pusat pengembangan syiar Islam di kalangan masyarakat Islam di bandar ini sejak sekian lama hingga sekarang.

Bangunan Sultan Abu Bakar:
Terletak dii Jalan Peteri yang dibina membelakangkan Sungai Muar masih menjadi nadi pusat pentadbiran kerajaan negeri di bandar ini dengan menempatkan pelbagai pejabat termasuk Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah.

Bangunan Pejabat Kastam Diraja Malaysia (KDRM) cawangan Muar:
Dibina pada 1909 juga dibina di pesisiran Sungai Muar dan masih beroperasi hingga sekarang.

Tanjung Agas:
Dahulunya perkampungan tradisional kini berubah wajah kepada bandar baru di pinggir sungai lengkap dengan pusat perniagaan dan pasar raya serta perumahan.

Gunung Ledang:
Air Terjun Gunung Ledang terkenal sebagai pusat perkelahan dan pelancongan bertaraf antarabangsa berjaya menarik ramai pelawat ke negeri ini khususnya dari Singapura.Purata lebih 100,000 pelancong luar melawat ke Gunung Ledang setiap tahun sama ada berkelah atau mendaki ke puncak gunung setinggi melebihi 2,000 meter dari paras laut itu.

Bukit Kepong:
Peristiwa Bukit Kepong...kisah perjuangan orang melayu menentang Komunis.

Jambatan Sultan Ismail:
Dirasmikan pada 15 April 1967

.

[ Last edited by  zamirra at 19-7-2006 12:48 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2006 08:55 AM | Show all posts

Sentimental Value - Bandar Maharani


The Bridge over Muar River - Sultan Ismail Bridge (Built in late 1960s, officially opened in 15th. April 1967).
The gateway to Muar Town (right/south) from Tanjung Agas Industrial Estate (left/north).




Jalan Maharani - Permandangan dari Bazar MARA
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 01:26 PM | Show all posts
Bando Muor...





boleh nampak Jambatan Sultan Ismail, Tg Emas & Sg Muor
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 05:03 PM | Show all posts
nak pic yg klasik?

maybe pic nih tak ramai yg pernah tengok..

pic bot penambang



yg lain nanti dulu.. huhuhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2006 05:06 PM | Show all posts
dlm web anakmuar.com pon ade info gak.. dan aku ade gak bagi some pic pada anakmuar
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 05:37 PM | Show all posts

Reply #17 muor76's post

baik ko update sini gak...

sape lagi kalo bukan org muor je yg amik tahu psl muor..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 05:52 PM | Show all posts
Originally posted by zamirra at 18-7-2006 11:25 PM
'PERANG SAUDARA DI MUAR'


Daeng Ibrahim (Anakmuar)

Pertikaian antara putera Sultan Hussein iaitu Tengku Ali dan Daeng Ibra ...

Hmm... perang saudara yang kau maksudkan tu ialah Perang Jementah tapi ada satu aku nak bagitau, Perang Jementah ni berlaku tahun 1879, time tu Sultan Ali dah mangkat dah tapi putera gahara dier iaitu Tengku Alam tu yang tak puas ati, bukannya Sultan Ali sebab time tu Sultan Ali dah pun mangkat...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2006 09:00 AM | Show all posts
Originally posted by Squall-Leonhart at 15-8-2006 05:52 PM

Hmm... perang saudara yang kau maksudkan tu ialah Perang Jementah tapi ada satu aku nak bagitau, Perang Jementah ni berlaku tahun 1879, time tu Sultan Ali dah mangkat dah tapi putera gahara dier  ...


yaa... betul.. anak dia yg tak pueh hati.. sultan ali kuburnya ade kat umbai... tapi aku tak tau lah pulak kat area mane.. aku just dpt info dia ditanam di umbai... huhhu (kalo tak silap aku) tak pon sungai rambai.. aku just ingat belakang dia jer.. bai bai.. bukan bai jual roti yerk... kekekke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:35 PM GMT+8 , Processed in 0.297514 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list