CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zamirra

SEJARAH DAN ASAL USUL MUAR

[Copy link]
 Author| Post time 16-8-2006 01:43 PM | Show all posts
Thanks Achu, Muor76 & Squall-Leonhart....and all Muarians!!!:love:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2006 05:57 PM | Show all posts
Originally posted by muor76 at 16-8-2006 09:00 AM


yaa... betul.. anak dia yg tak pueh hati.. sultan ali kuburnya ade kat umbai... tapi aku tak tau lah pulak kat area mane.. aku just dpt info dia ditanam di umbai... huhhu (kalo tak silap aku) t ...


di sini Sultan Ali dikatakan dimakamkan... dalam kawasan Masjid Umbai, Melaka..




[ Last edited by  achu at 16-8-2006 06:00 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2006 09:46 AM | Show all posts
Nak tau lebih info pasal Perang Jementah, gi kat http://en.wikipedia.org/wiki/Jementah_Civil_War ataupun http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Saudara_Jementah okey...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2006 12:49 PM | Show all posts
yang nih khas untuk blackpurple

Asal Usul Kampung Parit Jamil letaknya kira-kira 10 batu jauhnya dari bandar Muar dan 21 batu dari bandar Batu Pahat. Kampung ini telah dibuka pada akhir abad ke-19, iaitu pada masa Sultan Abu Bakar memerintah di Johor. Dipercayai Kampung Parit Jamil telah di buka oleh Tuan Haji Taib. Beliau dikatakan berasal dari Pulau Jawa, Indonesia, dan telah datang ke Parit Jawa, Muar, pada akhir abad ke-19. Di Parit Jawa, beliau telah tinggal bersama-sama Penghulu Jabar, iaitu penghulu yang menguasai kawasan Parit Jawa ketika itu. Haji Taib, seorang mempunyai bakat kepimpinan dan seorang boleh diharapkan, banyak membantu kerja-kerja Penghulu Jabar. Oleh itu, Penghulu Jabar telah melantik Haji Taib sebagai menteri kepada beliau.

Dengan galakan daripada saudara-maranya yang datang dari Jawa, Haji Taib telah meninggalkan Kampung Parit Jawa. Beliau bersama-sama pengikutnya telah membuka Kampung Parit Jamil yang terletak kira-kira satu batu dari Parit Jawa. Di antara saudara-maranya itu, Haji Arshad (ipar beliau) adalah orang yang memainkan peranan penting dalam pembukaan Kampung Parit Jamil.

Pembukaan Kampung Parit Jamil oleh Haji Taib telah dibantah oleh Penghulu Jabar dengan alasan beliau mempunyai kewibawaan atas Kampung Parit Jamil juga. Penghulu Jabar mendakwa bahawa kawasan jagaan beliau adalah meliputi Kampung Parit Jamil hingga ke Kampung Parit Penyengat, iaitu setengah batu dari Kampung Parit dan satu setengah batu dari Kampung Parit Jawa. Keberanian Haji Taib dalam hal ini adalah disebabkan beliau telah mempunyai pengikut-pengikutnya yang tersendiri. Peristiwa ini memberikan satu gambaran tentang bagaimana sesebuah kampung atau petempatan biasanya dibuka, iaitu oleh seorang ketua dengan pengikut-pengikut tertentu yang biasanya merupakan saudara-maranya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2006 12:51 PM | Show all posts
Perselisihan di antara Penghulu Jabar dengan Haji Taib tidaklah membawa kepada satu perbalahan. Sungguhpun demikian, Penghulu Jabar telah bertindak dengan membawa hal itu kepada perhatian Sultan Johor. Sultan Johor ketika itu ialah Sultan Abu Bakar. Baginda telah memanggil kedua-dua orang itu ke istana di Johor Bahru. Kes mereka telah dibicarakan oleh baginda selama tiga kali. Sebelum sempat baginda membuat keputusan muktamat, Penghulu Jabar telah meninggal dunia. Kematian beliau adalah disebabkan terjatuhnya sewaktu menunggang kuda semasa bersiar-siar pada suatu petang. Dengan kematian Penghulu Jabar, pembukaan Kampung Parit Jamil oleh Haji Taib tidak lagi mendapat bantahan dari sesiapa lagi. Memandangkan hakikat bahawa Haji Taib adalah seorang yang berkebolehan dan mempunyai pengikutnya yang ramai, baginda telah berkenan melantik Haji Taib sebagai penghulu Kampung Parit Jamil . Ketika itu kewibawaan Haji Taib meliputi kawasan dari Kampung Parit Nipah ke Kampung Parit Penyengat , iaitu kira- kira dua batu persegi luasnya .

Pembukaan Kampung Parit Jamil adalah bermula dari pantai ke arah kawasan pendalaman . Hal ini jelas dari kesan-kesan sejarah yang terdapat hingga sekarang, di antaranya terdapat tanah perkuburan orang- orang Islam yang tidak berapa jauh dari pantai (kira-kira setengah batu). Selain daripada itu, terdapat bekas tapak bangunan sebuah masjid. Kesan-kesan itu menunjukkan di sekitar kawasan tersebut pernah wujud perkampungan orang Melayu . Tetapi pada masa sekarang ini, di sekitar kawasan itu hanya terdapat kebun- kebun kelapa dan getah sahaja. Adanya peninggalan-peninggalan itu ialah kerana penduduk kampung dahulu telah berpindah ke kawasan yang agak jauh sedikit ke pendalaman. Pada masa sekarang, tapak Kampung Parit Jamil adalah lebih kurang di sepanjang jalanraya dari Muar ke Batu Pahat, jauhnya dari pantai adalah kira-kira satu batu. Sebuah masjid dan tanah perkuburan Islam berada di tepi jalanraya. Pekerjaan penduduk kampung itu adalah menangkap ikan, menanam padi, bercucuk tanam dan sebagainya. Tanaman yang mereka usahakan adalah bersifat secukup hidup
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2006 12:52 PM | Show all posts
Berhubung dengan nama Kampung Parit Jamil itu, tidak terdapat satu keterangan yang bulat. Mengikut  Encik Md. Yassin, nama Kampung Parit Jamil itu adalah berasal daripada nama seorang yang pernah bekerja dengan Haji Taib Jamil, dikatakan, telah memainkan peranan penting membuka kampung dengan menggali parit-parit.  Memandangkan jasa-jasa beliau itu , Haji Taib telah menamakan Kampung Parit Jamil itu bagi memperingati jasa baik orang itu . Yang agak menghairankan ialah perbezaan nama 'Parit Jamil' itu dengan nama kampung-kampung lain termasuk di dalam Kampung Parit Jamil sebagai induk . Nama kampung

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2006 05:55 PM | Show all posts
Originally posted by muor76 at 17-8-2006 12:52 PM
Berhubung dengan nama Kampung Parit Jamil itu, tidak terdapat satu keterangan yang bulat. Mengikut  Encik Md. Yassin, nama Kampung Parit Jamil itu adalah berasal daripada nama seorang yang pernah b ...


Kampung aku nih.....hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2006 06:00 PM | Show all posts
Originally posted by muor76 at 17-8-2006 12:49 PM
yang nih khas untuk blackpurple

Asal Usul Kampung Parit Jamil letaknya kira-kira 10 batu jauhnya dari bandar Muar dan 21 batu dari bandar Batu Pahat. Kampung ini telah dibuka pada akhir abad ke- ...


Thanks a lot... boleh masuk dlm blog ni...hehehe...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2006 08:57 AM | Show all posts
memang patutu dimasukkan kat blog ko black...
bende nih kira sejarah... jgn ler kita lupakan sejarah..
eh black ko tau tak dulu kat parit jamil ade kilang percetakan?
huhuhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 09:35 AM | Show all posts
banyak lagi sejarah kampung2 di Muar..
kalau rajin nanti achu post kat sini..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 09:48 AM | Show all posts
sejarah sekolah rendah aku laks... sekolah ismail 1

Sekolah Rendah Kebangsaan Ismail ( 1 ) telah diasaskan pada tahun 1904 dengan nama 'Muar English School ' di sebuah bangunan rumah atap di kawasan Makamah Tinggi sekarang. Sekolah yang hanya mempunyai 40 orang murid ini telah diasaskan oleh En. C.P.Prois.

Dalam tahun 1914 Muar English School telah berpindah ke jalan Meriam di kawasan bangunan Sekolah Tinggi Muar sekarang. Sekolah ini telah bertukar nama menjadi Goverment English Preparatory School ( G.E.P.S ) Di sini Special Malay Class dimulakan.

S.M.C yang memberikan peluang bagi murid-murid dari Sekolah-Sekolah Melayu, termasuk sekolah di luar bandar melanjutkan pelajaran menyebabkan Goverment English School mengalami perubahan.

Enam blok bangunan baru dilengkapi dengan kantin, dewan dan pejabat telah didirikan di satu kawasan tanah seluas 14 ekar di Jalan Tunku Bendahara pada tahun 1957.Bangunan ini telah dirasmikan oleh Yang Mulia Tengku Mahkota Johor, Yang Mulia Tengku Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim, pada 6hb Januari 1957.Sekolah ini kemudiannya dinamakan 'Ismail School'

Dalam masa 2 tahun enrolmen muridnya menjadi 2000 orang dan Ismail School dibahagi kepada dua iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Ismail ( 1 ) dan Sekolah Rendah Kebangsaan Ismail ( 2 )

Sekolah Rendah Kebangsaan Ismail ( 1 ) kemudiannya berpindah ke bangunan baru pada tahun 1990.

Sekolah Rendah Kebangsaan Ismail (1 ) kekal berada di bangunan lama yang dibina pada tahun 1957 untuk membina identiti dan mencari kecemerlangannya yang tersendiri.

LOKASI
Sekolah ini terletak lebihkurang 2 Km dari pusat bandar. Ianya berhampiran dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sri Amar di Raja Muar

dipetik dari : http://www.geocities.com/skisatu/sejarah.html
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 10:11 AM | Show all posts
sejarah sungai balang

Sejarah pembukaan Sungai Balang, sebuah pekan kecil kira-kita 30 km dari Bandar Maharani, bermula dengan perlantikan seorang tokoh agama bertaraf ulama, Ali Said, yang berasal dari Parit Sakai sebagai Orang Kaya oleh Sultan Abu Bakar (Sultan Johor) pada 1886.

Ali dihantar oleh ayahandanya Orang Kaya Said, iaitu penghulu pertama Muar yang dilantik oleh Temenggong Ibrahim, ke Tanah Suci Mekah untuk belajar agama selepas menamatkan pengajian di Melaka ketika berusia 15 tahun. Ketika itu, penduduk Padang yang pentadbirannya berpusat di Parit Bakar dan meliputi Parit Sakai hingga ke Parit Samsu mempunyai sebuah rumah wakaf di Mekah yang didirikan di Kampung Shuib Ali pada abad ke 19.

Rumah itu bertujuan menempatkan anak orang kenamaan dan pembesar Padang untuk mendalamkan lagi ilmu keagamaan dan meneruskan pengajian agama hingga tamat selepas pengajian di Melaka. Adalah menjadi hasrat orang-orang Padang ketika itu untuk menjadikan anak-anak mereka bijak dalam pengajian agama dan bergelar "Orang Alim" dan menghantar mereka melanjutkan pelajaran agama di Mekah atau Mesir.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 10:12 AM | Show all posts
Ibu bapa yang berbuat demikian bukan sahaja menaruh harapan agar masing-masing menjadi orang alim, malah mereka sanggup menetap di Tanah Suci kketika anak-anak belajar agama di luar negara sehingga ada yang meninggal dunia di sana. Menurut catatan sejarah, Orang Kaya Ali pulang ke Padang selepas ayahananda Orang Kaya Said meninggal dunia di Mekah. Beliau kemudian menuntut jawatan penghulu Muar yang dipangku oleh sepupunya bernama Omar Junid semasa ketiadaan Allahyarham Omar. Bagaimanapun permintaan itu ditolak oleh Sultan kerana usia Ali masih muda dan belum boleh memegang jawatan penghulu, lebih-lebih lagi jawatan itu bertaraf diraja yang menjadi wakil Sultan serta pemerintah Muar.

Bagi mencari jalan penyelesaian, Sultan melantik Ali sebagai menteri. Namun begitu, perlantikan itu tidak memuaskan hati Ali serta pengikutnya kerana jawatan berkenaan tidak memberi erti dalam pentadbiran Wilayah Muar. Berikutan itu, timbul perselisihan di antara pengikut Ali dan penyokong Omar sehingga kedua-dua kumpulan itu mengibarkan bendera masing-masing, Merah bagi penyokong Ali dan Putih bagi pengikut Omar. Peristiwa itu berlarutan selama beberapa bulan hingga memaksa Sultan datang ke Muar untuk mengamankan kembali keadaan yang agak genting di antara pengikut kedua-dua kumpulan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 10:12 AM | Show all posts
Bagi mengelakkan pertumpahan darah, Sultan memberi perkenan kepada pengikut Ali untuk membuka sebuah kawasan baru diselatan Muar bagi membolehkan Ali dilantik menjadi penghulu. Ali berundur ke arah selatan di persisiran Selat Melaka dengan menaiki sampan besar yang beratnya kira-kira satu tan bersama 16 orang pengikutnya untuk mencari kawasan baru yang sesuai dijadikan perkampungan. Bekalan makanan yang dibawa cukup untuk 30 hari.

Selepas mendarat di sebuah kawasan kira-kira 30 km dari Muar, pengikut Ali membuka sebuah perkampungan dan menanam pelbagai pokok dutian, ubi keledek dan bersawah padi. Lama-kelamaan kawasan perkampungan yang baru dibuka itu gah keseluruh Muar dan Ali bersama pengikutnya menyusur pantai Selat Melaka yang banyak dengan lanun untuk mengadap Sultan bagi mempersembahkan hasil tanaman.

Nama "Sungai Balang" diabadikan daripada ilham Sultan apabila pengikut Ali yang membuka kawasan baru itu berjaya menghapuskan lanun di Selat Melaka untuk membawa persembahan hasil pertanian melalui pantai di Johor Bahru dengan selamatnya. Keberanian Ali dan pengikutnya menentang lanun di Selat Melaka dianggap sebagai kegagahan yang dicapai oleh hulubalang. Dari perkataan 'hulubalang' inilah lalu Sultan menitahkan kawasan baru itu itu diberi nama Sungai Balang hingga ke hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 10:13 AM | Show all posts
Menurut catatan sejarah, Sungai Balang diwartakan menjadi mukim meliputi kawasan Sarang Buaya Kiri, Sarang Buaya Kanan dan Sungai Balang serta ditadbir oleh seorang penghulu bergelar Orang Kaya dan dua naib penghulu. Sistem pentadbiran itu berakhir pada 1954 apabila ketiga-tiga kawasan itu dicantumkan menjadi sebuah mukim dan hingga sekarang diberi nama Mukim Sungai Balang.

Antara kesan sejarah yang masih kekal di Sungai Balang ialah ialah Makam Orang Kaya Ali di tanah perkuburan Islam di pekan itu dan sekolah rendah di kampung itu yang diberi nama Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Ali bagi mengambil nama sempena orang pertama membuka Sungai Balang.

Salah seorang keturunan Orang Kaya Ali ialah cucu beliau yang masih hidup iaitu Abdul Manaf  bin Abu Bakar, pemilik Toko Buku Manaf yang terkenal di Jalan Abdullah Muar. Manakala keturunan Orang Kaya Omar (penghulu Muar) sepupu Orang Kaya Ali ialah bekas Speaker Dewan Rakyat, Allahyarham Tan Sri Mohd. Noh bin Omar.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 10:16 AM | Show all posts
ni untuk black jugak...

MADRASAH AL HAJI TAIB PARIT JAMIL MUAR

Pada tahun 1920an, Penghulu Hj. Hassan bin Hj. Taib (Penghulu Pt. Jamil Muar) dan adiknya Hj. Jaafar dengan bantuan orang-orang kampung telah mendirikan sebuah madrasah Bahasa Arab yang diberi nama Al Madrasah Al Khairiah.

Disamping itu Hj. Jaafar dengan inisiatif sendiri telah mendirikan sebuah Sekolah Inggeris yang berhampiran di situ. Dengan ini kampung Parit Jamil telah menjadoi sebuah kampung yang unik dalam daerah Muar dari segi kemudahan persekolahan dan pendidikan.

Pada tahun 1921, mereka dua beradik telah mendirikan sebuah bangunan sekolah yang baru yang  boleh menempatkan semula kedua-dua sekolah dalam sebuah bangunan. Sekolah baru ini diberi nama MADRASAH AL HAJI TAIB mengambil sempena nama bapa mereka, Haji Taib peneroka kampung Parit Jamil itu.

Pada peringkat awal guru-guru yang diambil bertugas ialah bekas pelajar Sekolah Arab Haji Abu Bakar Alim, pelajar Sekolah-sekolah Pondok di negeri-negeri Melayu sebelah Utara dan bekas kerani-kerani pejabat. Selepas itu dengan beransur-ansur dapatlah diambil guru-guru yang lebih berkelayakan dari Singapura, Mesir, Sudan, Aceh dan Pulau Pinang.

Salah seorang gurunya yang sangat mashyur ialah Al-Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin iaitu ayahanda kepada Tun Tan Sri Datuk Haji Hamdan bin Sheikh Tahir, bekas Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2006 10:17 AM | Show all posts
Malah Tun Hamdan sendiri mendapat pendidikan awalnya di Madrasah ini semasa ayahandanya berkhidmat sebagai mudir (pengetua) di Madrasah ini ; pada masa itu usia Tun Hamdan baru menjangkau lima tahun.

Pelajaran yang diajar ialah Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik, Ilmu Falak dan Agama Islam. Bagi membantu dalam pengajaran agama, pihak Jabatan Agama Johor memberi bantuan sebanyak RM100 sebulan kepada setiap guru yang mengajar agama di Madrasah tersebut. Madrasah inilah yang mula-mula sekali mengambil inisiatif mengajar pelajaran agama kepada kanak-kanak perempuan di Muar. Ada kira-kira 20 orang kanak-kanak perempuan diterima masuk belajar di sini. Jumlah semua pelajar perempuan dan lelaki pada masa itu ialah 100 orang.

Madarasah inilah juga yang mula-mula sekali mengeluarkan majalah. Mula-mula sekali guru-guru madrasah ini menubuhkan sebuah persatuan dinamakan Persekutuan Suluh Pelajaran Muar. Persekutuan inilah yang menerbitkan majalah yang dinamakan 'PENYULUH'. Matlamat majalah ini ialah memberi pendidikan moral dan budi pekerti kepada para pelajar. Percetakannya dibuat di Parit Jamil oleh Syarikat Muhamadiah Press Parit Jamil.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 12:17 PM | Show all posts
Originally posted by achu at 16-8-2006 05:57 PM


di sini Sultan Ali dikatakan dimakamkan... dalam kawasan Masjid Umbai, Melaka..






....sori boss....hamba teringin sgr nak tau....katne keturunan susurgalur Sultan Ali & Tengku Alam skrg ni bermastautin...knp tiada langsung artikel/khabar berita tentang mrk....mngapa mrk luput di lupa dlm persada sejarah Johor? bukanker mrk adalah keturunan Sultan pemerintah Johor titis darah Bendahara Melayu(slpas 1699) bersusur sambung keturunan bendahara zaman Melaka. Mrk itu benar2 berdarah Raja2Melayu(w/pun moyang buyut mrk mnjual Singapura..knp perlu sisihkan terus waris raja2 Melayu ini:hmm.  Sekian....harap boss&rakan2cendikiawan dpt mmbantu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 05:15 PM | Show all posts
Originally posted by muor76 at 18-8-2006 08:57 AM
memang patutu dimasukkan kat blog ko black...
bende nih kira sejarah... jgn ler kita lupakan sejarah..
eh black ko tau tak dulu kat parit jamil ade kilang percetakan?
huhuhuhuhu


Tak tau la pulak...kat belah mana tu...?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 05:20 PM | Show all posts
Originally posted by muor76 at 18-8-2006 10:16 AM
ni untuk black jugak...

MADRASAH AL HAJI TAIB PARIT JAMIL MUAR

Pada tahun 1920an, Penghulu Hj. Hassan bin Hj. Taib (Penghulu Pt. Jamil Muar) dan adiknya Hj. Jaafar dengan bantuan orang-orang  ...


Mengalahkan Arkib Muar kau ni Muor... Tahniah...tahniah.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.362576 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list