CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zamirra

SEJARAH DAN ASAL USUL MUAR

[Copy link]
Post time 18-8-2006 05:28 PM | Show all posts
Originally posted by kuda-liar at 18-8-2006 12:17 PM




....sori boss....hamba teringin sgr nak tau....katne keturunan susurgalur Sultan Ali & Tengku Alam skrg ni bermastautin...knp tiada langsung artikel/khabar berita tentang mrk....mngapa  ...


maaf le kudaliar.. aku pun tak tau mana keturunan sultan ali ni skrg...

maybe Muor76 leh tlg jwb...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2006 05:29 PM | Show all posts
Originally posted by blackpurple at 18-8-2006 05:20 PM


Mengalahkan Arkib Muar kau ni Muor... Tahniah...tahniah.....


black.. memang dia minat simpan Sejarah Muor..
respect tul kat dia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 05:40 PM | Show all posts
Originally posted by achu at 18-8-2006 05:29 PM


black.. memang dia minat simpan Sejarah Muor..
respect tul kat dia ni..


Itu la... boleh buat PhD dlm kajian sejarah Muor ni...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2006 03:57 PM | Show all posts
Cuti2 ni selamat balik muor pada orang2 muor ekk....
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2006 02:19 PM | Show all posts
kalo keturunan sultan ali aku tak tau lah...

tapi aku pernah baca pasal keturunan temeggung muar. yg kini tinggal di taman desa sg abong (kalo tak silap)

cuba baca keratan akhbar nih..
aku terjumpa nih aje...
lagi satu yg pasal keturunan temmenggong kat tmn desa lom jumpa lagi

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri melalui Yayasan Warisan Johor (YWJ) diminta memugar semula tinggalan sejarah Kampung Pengkalan Kota kerana kawasan berkenaan pernah menjadi pusat pemerintahan Raja Temenggong Muar.

Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) Kawasan Muar, Mohd Khamis Joned, berkata, ada banyak peninggalan sejarah di kawasan berkenaan yang perlu dipulihkan.

Katanya, selain makam Sultan Alauddin Shah I (1477-1488) yang ada Pagoh, Kampung Pengkalan Kota yang terletak di persisiran sungai Muar perlu dibangunkan sebagai kawasan warisan sejarah.

Beliau berkata, kampung yang dihuni kira-kira 40 penduduk dan 10 rumah itu, terletak dalam Mukim Pengkalan Kota dan pentadbirannya di bawah Ketua Kampung Durian Condong.

Katanya, Makam Temenggong Muhammad Salleh (Temenggong Ketujuh), tapak istana, pangkalan pelabuhan, tapak masjid dan beberapa makam panglima antara warisan sejarah yang perlu dipulihara.

"Mengikut manuskrip Salasilah Muar, sejarah Pengkalan Kota dicatatkan sebagai ibu negeri kerajaan Raja Temenggong Muar. Pemerintahannya sezaman dengan pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1685-1699), Sultan Johor ke-10 yang beribu negeri di Kota Tinggi.

"Daripada keturunan Dato' Pasir Diraja (Sayyid Jaafar), pemerintahan Raja Temenggong Muar bermula dengan Seri Akar Diraja sebagai Temenggong pertama. Pemerintahan membabitkan lapan orang Raja Temenggong itu berakhir pada Temenggong Wan Abdul Rahman, sezaman dengan pemerintahan Sultan Abu Bakar (1862-1895).

"Sejarah pemerintahan Temenggong Muar tamat apabila Muar dimasukkan dalam jajahan pentadbiran Johor ketika itu.

"Walaupun sejarah pemerintahannya sudah berakhir, manuskrip Salasilah Muar menjadi bukti sahih keturunan mereka pernah memerintah di sini. Saya difahamkan, keluarga mereka masih ada dan tinggal di Kampung Temenggong, Segamat, " katanya.

Arkib Negara cawangan Johor dan Mohd Khamis mengadakan lawatan untuk membuat kajian sejarah ke kampung itu baru-baru ini. Pihak Arkib turut berminat mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk memugar sejarah Pengkalan Kota.
Sumber:Berita Harian
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2006 03:40 PM | Show all posts
Originally posted by muor76 at 22-8-2006 02:19 PM
kalo keturunan sultan ali aku tak tau lah...

tapi aku pernah baca pasal keturunan temeggung muar. yg kini tinggal di taman desa sg abong (kalo tak silap)

cuba baca keratan akhbar nih..
aku t ...



Kampung Pengkalan Kota ... first time dengo..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2006 03:56 PM | Show all posts
Sejarah Pagoh


Pagoh maksudnya 'bagus' mengikut Bahasa Melayu Tua. Ianya dibuka oleh Dato' Bendahara Wan Sulaiman dari KotaTinggi pada tahun 1707. Anak Dato' Bendahara Wan Sulaiman bernama Dato' Bendahara Hassan (Tok San) menggantikannya.
   
   Penduduknya teridri daripada orang Jawa, Minangkabau dan Bugis. Pagoh adalah asas penempatan kawasan hulu Muar dengan beberapa kesan sejarah silam yang menjadikan Sungai Muar sebagai penghubung utama dengan Empayar Kerajaan Melayu Melaka.


Kuala Sungai Pagoh

Merupakan satu satu tempat terpenting yang mempunyai kaitan rapat dengan kerajaan Empayar Melayu Melaka. Terletak di pinggir sungai terdapat sebuah kubu daripada dan kini hanya terdapat kesan - kesannya sahaja. Kubu nini adalah kubu terakhir angkatan Melaka apabila diserang oleh Portugis pada tahun 1511.

Kubu ini terletak di Kuala Sunagi Pagoh dan terdapat sebuah lagi kubu yang disebut Kubu Malini di satu kawasan tidak jauh dari kubu tersebut.

Terdapat sebuah perkuburan di kawasan ini yang dikenali dengan pusara Pahlawan Mat Berani, yang dikatakan salah seorang pahlawan Melayu dari negeri Pahang yang datang membantu angkatan Sultan
Melaka bagi mempertahankan kawasan ini, tetapi telah kecundang dan telah dikuburkan di situ.

Sungai Pagoh yang jaraknya kira - kira 2 kilometer dari Kuala Pagoh terdapat Makam Sultan Alauddin Riayat Shah (I), yang dimakamkan di dipinggir Sungai Pagoh bersama adindanya yang terkenal kepada penduduk setempat Al - Marhum Berdarah Putih. Kedua - duanya mangkat di situ dan dimakamkan di tanah perkuburan kawasan masjid Jamek Kampung Raja.

Sultan Alauddin adalah Sultan Merdeka yang memerintah Melaka 1477- 1488, merupakan salah seorang raja yang tegas menjalankan tugasnya dan baginda sendiri dikatakan berkawal menghapuskan perompak lanun yang mengganas di Melaka semasa pemerintahannya.

Satu batu peringatan telah dibina oleh pihak Muzium Negara dan telah dirasmikan makam ini dalam satu upacara penuh khusyuk pada tahun 24 Disember 1971.


Sumber : http://pagoh.idesa.net.my/Sejarah.htm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 03:13 PM | Show all posts
Sejarah Seri Menanti, Muar

Lokasi : Diantara laluan Muar ke Batu Pahat. Sri Menanti cuma sebuah pekan kecil dan aktiviti utama penduduknya adalah pertanian. Kawasan rumah-rumah kampungnya juga cantik dan bersih.

Dalam tahun 1912 apabila kerajaan hendak merasmikan kampung ini dengan melantik seorang penghulu dan memberi satu nama yang sesuai untuknya, suatu pergaduhan telah berlaku di antara dua tokoh di situ kerana masing-masing mendakwa bahawa dirinya yang layak dan berhak dipilih menjadi Penghulu. Tokoh-tokoh yang terlibat dalam pertikaian ini ialah ialah Penghulu Saleh, peneroka  kampung sebelah pantai dan seorang lagi bernama Penghulu Johar, peneroka kampung sebelah darat.

Persengketaan ini telah berlarutan bertahun-tahun lamanya hingga timbul keraguan orang ramai kemungkinan perkara ini tidak dapat diselesaikan. Pada akhirnya Pesuruhjaya Kerajaan Muar meminta pendapat seorang alim ulamak terkenal iaitu Hj. Abu Bakar bin Haji Hassan tentang bagaimana hendak menyelesaikan kemelut ini. Maka Hj. Abu Bakar telah memberi pandangan seperti berikut :

- Kampung baru ini hendaklah diberi satu nama yang sesuai dan dapat diterima oleh kedua pihak yang betelingkah.

- Hendaklah kedua-dua tokoh yang bertelingkah itu dilantik menjadi penghulu di kawasan masing-masing untuk menghargai jasa masing-masing membuka kawasannya.

- Setelah salah seorang daripadanya meninggal dunia, kawasan pantai dan kawasan darat hendaklah dicantumkan menjadi satu kawasan yang dikenali dengan nama baru dan diletakkan di bawah pengawasan penghulu yang masih hidup.

- Kedua-dua kawasan tersebut hendaklah mempunyai sebuah masjid sahaja.

- Kedua-dua pihak hendaklah bersungguh-sungguh berusaha untuk memulihkan hubungan silaturrahim yang terjejas.


Dengan syarat-syarat di atas itu maka Pesuruhjaya Kerajaan Muar telah memilih nama SERI MENANTI kerana penantian yang begitu lama dalam menyelesaikan konflik di antara kedua-dua tokoh tempatan tersebut.


Sumber : http://www.geocities.com/tengku_mahkota_muar/seri_menanti.htm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2006 10:03 AM | Show all posts
ni sejarah pondok ribath kat parit perupok
tempat di mana aku tolong org wat korban..

PADA 1 Julai 2006 di Pondok Ribath, Parit Perupok, Jalan Temenggong Ahmad, Bandar Maharani, Muar, Johor diadakan upacara Maulid Rasul Pondok Ribath 慔aul Ke-101 Kewafatan Syeikh Ahmad Al-Fathani
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2006 10:04 AM | Show all posts
Dalam masa belajar itu Tuan Haji Muhammad Lip adalah sebagai 慘etua Thala'ah
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2006 10:05 AM | Show all posts
Haji Muhammad Lip berkahwin dengan Hajah Halimah binti Abdur Razzaq. Ayah mertuanya ialah orang kaya di Muar pada zaman itu. Beliau membeli sebidang tanah yang kemudian diwakafkan untuk Haji Muhammad Lip menjalankan aktiviti menyebarkan ilmu-ilmu yang telah dipelajarinya. Haji Muhammad bin Yahya selanjutnya menyebut bahawa saksi tentang wakaf itu ialah Haji Muhammad bin Haji Saleh, yang kemudian menjadi Mudir Pondok Ribath. Saksi yang seorang lagi ialah Haji Abdur Rahman Yasin (Imam Trono). Beliau pernah menjadi Imam di Masjid Jamik Muar. Menurut Haji Muhammad bin Yahya (Muar) lagi, bahawa Pondok Ribath beroperasi mulai tahun 1934 hingga 1961. Proses sesudah tahun tersebut sampai sekarang (Julai 2006) kita saksikan sendiri, tidak diceritakan oleh Haji Muhammad bin Yahya.

JALINAN PENGAJIAN

Jalinan penurunan ilmu yang pelbagai dari Syeikh Ahmad al-Fathani kepada ulama Johor, termasuk Tuan Guru Haji Muhammad Lip terlalu panjang untuk dibicarakan. Sebagai contoh pada pengajian ilmu akidah atau ilmu tauhid Ahli Sunah wal Jamaah Johor yang ada hubungan dengan Syeikh Ahmad al-Fathani, di antara sejarah yang telah dikesan adalah sebagai yang berikut:

1. Karya Syeikh Ahmad al-Fathani judul Faridah al-Faraid, diajar di Johor sejak zaman peringkat murid Syeikh Ahmad al-Fathani hingga sekarang. Ustaz Katimun meriwayatkan kepada saya, yang didengar oleh beberapa orang bahawa beliau (Ustaz Katimun) belajar kitab Faridah al-Faraid hingga tamat daripada Cikgu Muhammad Yasin (iaitu ayah Tan Sri Muhyiddin Yassin). Cikgu Muhammad Yasin belajar kitab itu hingga tamat daripada Haji Abu Bakar Alim al-Muari. Syeikh Ahmad al-Fathani termasuk salah seorang di antara guru Haji Abu Bakar Alim dalam pelbagai bidang ilmu ketika di Mekah. Haji Abu Bakar Alim sempat belajar secara langsung beberapa kitab karangan Syeikh Ahmad al-Fathani kepada Syeikh Ahmad al-Fathani sendiri termasuk juga Faridah al-Faraid yang dibicarakan ini.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2006 10:05 AM | Show all posts
2. Dalam rangka perundingan akan mengadakan perhimpunan ini, pada 8 Jun 2006, Ustaz Baharuddin bin Muhammad Saman (Mudir Pondok Ribath sekarang) memberitahu beliau telah tamat belajar Faridah al-Faraid daripada salah seorang Tok Guru Pondok dari Kedah. Ustaz Baharuddin juga mengajar kitab itu. Selain itu, beliau juga menceritakan bahawa pengasas Pondok Ribath bernama Tuan Guru Mat Lip bin Haji Hasan adalah murid Tok Kenali Kelantan. Oleh sebab Tok Kenali Kelantan adalah murid yang paling rapat kepada Syeikh Ahmad al-Fathani, bahkan Tok Kenali mengaku sebagai khadam kepada gurunya itu, ini bermakna Pondok Ribath dapat dipisahkan dengan sejarah Syeikh Ahmad al-Fathani. Bererti sanad keilmuan yang pelbagai dapat dihubungkan secara jelas dan nyata yang tidak kita ragui.

3. Maklumat dari Ismail, Pustaka Fajar, ia menceritakan bahawa salah seorang anak perempuan Tuan Haji Abdul Ghani bin Haji Yahya tinggal di Shah Alam berjiran dengannya. Anak perempuan Tuan Haji Abdul Ghani bin Haji Yahya menceritakan bahawa ayahnya adalah belajar dan memperoleh ilmu dari Tok Kenali Kelantan. Tuan Haji Abdul Ghani bin Haji Yahya adalah seorang ulama Johor yang menghasilkan beberapa karangan di antaranya ialah Risalah at-Tauhid, Suluh Mathla' al-Badrain, Cahaya Mustika Qaidah Membahagi Pusaka, Pelajaran Tasawuf Darjah V Bagi Murid-Murid Sekolah Agama Kerajaan Johor dan lain-lain. Oleh sebab Tuan Haji Abdul Ghani bin Haji Yahya juga murid Tok Kenali Kelantan, maka secara pasti adalah seperguruan dengan Tuan Guru Haji Muhammad Lip. Sekali gus ada hubungan sejarah dengan Syeikh Ahmad al-Fathani.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2006 10:06 AM | Show all posts
ISTILAH RIBATH DAN WASIAT

Sekurang-kurangnya ada dua ulama dunia Melayu yang ada jalinan asal usul keilmuan Tuan Guru Haji Muhammad Lip yang pernah menyebut istilah Ribath dalam karya mereka ialah Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani dalam Jam'ul Fawaid dan tulisan Syeikh Ahmad al-Fathani dalam Hadiqah al-Azhar. Perkataan ribath mengandungi pengertian yang pelbagai iaitu ikatan, balutan, markas tentera, tempat yang diwakafkan untuk orang miskin, hati, pondok pengajian dan lain-lain.

Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani menterjemahkan ribath sebagai bertunggu pada tempat takut (Jam'ul Fawaid, muka surat 178). Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani menulis, 揳da pun kelebihan ribath, yakni menunggu tempat takut. Riwayat daripada Uthman bin Affan r.a, sabda Rasulullah s.a.w. ribath satu hari di dalam sabilillah itu afdal daripada puasa 1,000 hari dan berdiri 1,000 malam.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2006 10:07 AM | Show all posts
Kesimpulannya Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani menggunakan banyak perkataan ribath pada konteks jihad fi sabilillah. Syeikh Ahmad al-Fathani menggunakan perkataan ribath dengan tafsiran yang sangat luas, mulai dari pendidikan hinggalah keseluruhan permasalahan keperluan umat Islam dan umat Melayu. Tuan Guru Haji Muhammad Lip meneruskan perjuangan dengan 慞ondok Ribathnya
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2006 12:08 PM | Show all posts
keratan sotkabor pasal temenggong muar

Waris Temenggong Muar sedia bantu pugar sejarah

MUAR: Generasi ketiga hingga kelima waris kepada Temenggong Muar, Engku Temenggong Wan Muhammad Salleh Engku Ismail (Temenggong Ketujuh Muar) sedia memberikan kerjasama kepada Yayasan Warisan Johor (YWJ) untuk memugar semula tinggalan sejarah Kampung Pengkalan Kota.

Kerjasama itu termasuk melengkapkan salasilah sebenar keturunan pembesar Muar itu yang menjadikan Kampung Pengkalan Kota dekat Kundang Ulu, di sini, sebagai pusat pemerintahan Muar pada satu ketika dulu.

Tindakan memugar semula tinggalan sejarah itu juga boleh menyumbang kepada penjanaan ekonomi penduduk pedalaman itu dengan menjadikannya sebagai salah satu pusat tarikan pelancong ke daerah ini.

Salah seorang daripada mereka ialah piut kepada Temenggong Wan Muhammad Salleh, Raja Abdul Rahman Raja Basuk, 40, yang kini menetap di Taman Merin, Jalan Sungai Abong, di sini.

Raja Abdul Rahman berkata beliau mempunyai salasilah lengkap Wan Muhammad Salleh bermula dari Bendahara Tun Habib Padang Saujana yang kemudiannya bergelar Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV.

Beliau berkata, keturunan Temenggong Johor bermula dari Engku Temenggong Sagar Diraja, Engku Temenggong Samar Diraja, Engku Temenggong Buruk, Engku Temenggong Konit, Engku Temenggong Ismail dan Engku Temenggong Wan Muhammad Salleh sebelum berakhir dengan Wan Abdul Rahman (1860).

Katanya, melalui salasilah yang dimilikinya itu beliau boleh membantu sama ada YWJ, Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) dan Arkib Negeri Johor untuk melengkapkan lagi fakta peninggalan sejarah pemerintahan Temenggong Ketujuh Muar itu.

"Selain pelbagai kesan peninggalan sejarah yang masih ada di Kampung Pengkalan Kota, bapa saja Raja Basuk yang juga cucu kepada Wan Muhammad Saleh sedia menceritakan sejarah sebenar keturunan Temenggong Ketujuh Muar secara lebih terperinci lagi.

"Langkah itu juga boleh membantu generasi muda terutama pelajar untuk menjadikannya sebagai rujukan dan panduan terhadap pemerintahan Muar sebelum berpindah menjadi sebuah jajahan pentadbiran Johor di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar (1862-1895)," katanya, di sini, kelmarin.

Beliau gembira dengan usaha PSM dan Arkib negeri yang berminat untuk memugar semula tinggalan sejarah Kampung Pengkalan Kota sebagaimana yang dilaporkan akhbar ini, baru-baru ini. (Sumber: Berita Harian 28/6/2005)
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2006 04:32 PM | Show all posts
Muor76,
Jalan Temenggung Ahmad tu mengambil sempena nama salah satu temenggung tu ke..?
Jalan Abd Rahman tu dapat dari mana pulak..? Siapa sebenarnya Abd Rahman..?

Satu lagi, Kau ada sejarah asal Bkt Mor...?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2006 04:59 PM | Show all posts
citer-citer pasal sejarah muor nie, jangan luper tempek sekali pasal sejarah bukit kepong....
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2006 09:16 AM | Show all posts
Originally posted by blackpurple at 7-9-2006 04:32 PM
Muor76,
Jalan Temenggung Ahmad tu mengambil sempena nama salah satu temenggung tu ke..?
Jalan Abd Rahman tu dapat dari mana pulak..? Siapa sebenarnya Abd Rahman..?

Satu lagi, Kau ada sejarah a ...


jalan temenggung ahmad tu mungkin nama salah satu dari nama temenggung tu
kalo abd rahman tu aku tak sure.. sebab ramai gak abd rahman yg ada nama kat muor
cam nama ungku abd rahman yang bukak lombong timah kat bkt mor..
atau abd rahman hj omar seorang pesara pos opis dan beliau adalah bapak aku... kekkekekek
jln tu aku tak tau sangat...kene kaji lagi nih hehhehe

kalo sejarah bukit mor tu memang dah lama lah.. dr zaman hindu lagi dah ade..
nanti aku tengok buku kat rumah bapak aku, rasenya ade.
kalo tak silap.. kerajaan raja chempa bugis kembayat berpusat kat bukit mor...

insyaallah aku cuba masukkan kat sini..
eh korang carik lah jugak sejarah sejarah lai.. at least kalo ade sesaper yg nak simpan boleh diorang copy dan documentkan/bukukan info-info yg ada kat sini...
takde lah nanti anak cucu tak tau sejarah sejarah yg ade kat muo... ye tak?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2006 01:57 PM | Show all posts
Originally posted by crystal_biru at 7-9-2006 04:59 PM
citer-citer pasal sejarah muor nie, jangan luper tempek sekali pasal sejarah bukit kepong....



kat link ni pasal sejarah bukit kepong..


http://www.rmp.gov.my/rmp03/mengenai%20kami/sejarah/bktkepong.htm
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2006 03:27 PM | Show all posts
khas untuk bebudak sekolah convent

1933 - Sebuah bangunan sekolah disewa di Jalan Ali. Sekolah ini adalah Sekolah Infant Jesus Convent, Muar yang ditubuhkan sebagai cawangan dari sekolah Convent Melaka oleh Badan Sisters of Infant Jesus. Sekolah ini bermula sebagai sebuah sekolah rendah dengan seramai 50 orang murid dan 2 orang guru. Kemudian sekolah ini telah berpindah ke Jalan Abdul Rahman, Muar.


1943 - Seterusnya sekolah Infant Jesus Convent berpindah pula ke Jalan Lama, Muar. Pengajaran diteruskan ditapak tersebut sebelum dan selepas Perang Dunia ke-2.

1949  - Satu tapak baru di 100, Jalan Daud, Muar telah dibina. Luasnya 3 ekar 2 rod 37 poles.  Di situlah letaknya Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Convent, Muar sehingga hari ini.  Sekolah I.J.Convent telah dibuka secara rasmi pada 4 November 1949 oleh En. Faulkner dari Melaka dan Holgate, Pengarah Pendidikan Johor.  Ketika itu bilangan murid adalah 240 orang

1950 - Bilangan murid mencapai 310 orang.

1951  - Satu blok yang mempunyai 6 bilik darjah dan sebuah dewan dibina.  Rumah-rumah juga dibina untuk guru-guru.  Namun, sister-sister terpaksa berulang alik ke Melaka setiap hari.  Rumah-rumah tersebut kemudian dijadikan taman didikan kanak-kanak.  Kini ia menjadi sebahagian daripada Sekolah Rendah Kebangsaan Convent, Muar.

1952 - Bilangan murid mencapai 430 orang.

1953 - Pasukan Pandu Puteri ditubuhkan ada 20 Mac atas arahan Datin Mckenzie, Pesuruhjaya Pandu Puteri Persekutuan Tanah Melayu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.079473 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list