CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zamirra

SEJARAH DAN ASAL USUL MUAR

[Copy link]
Post time 8-9-2006 03:28 PM | Show all posts
1954  - 1 blok bilik darjah dibina khas untuk murid-murid sekolah menengah.  Pada tahun 1960-an, bangunan sekolah dibahagi kepada Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.

1959 - Bangunan kantin yang terletak di sebelah bangunan Sekolah Menengah telah dirobohkan.  Satu blok bangunan yang mempunyai 6 buah bilik darjah dibina.

1963 - 3 kelas peralihan dimulakan.

1969  - Satu blok bangunan baru didirikan.  Bangunan ini mempunyai sebuah makmal Fizik dan Biologi serta bilik jahitan dan masakan.  Sebelum blok baru ini dibina, merupakan kawasan kaki lima tertutup.  Kini, blok ini digunakan sebagai bilik darjah biasa dengan sebuah makmal untuk mata pelajaran Biologi dan Fizik.

1972 - Kelas sains tulen untuk Tingkatan 4 dan 5 dimulakan.

1974 - Pada 20 Ogos, sambutan Jubli Perak Sekolah Convent, Muar diadakan.

1980 - Pada 14 Mac, YAB Tan Sri Othman Saat, Menteri Besar Johor telah melawat sekolah I.J Convent sempena Hari Pameran dan Penyampaian Hadiah Sekolah Menengah Convent.  Hasil dari lawatan itu, beliau telah memperlengkapkan kemudahan-kemudahan di sekolah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2006 03:29 PM | Show all posts
1986 - Sebuah bangunan baru telah dibina, hasil daripada kerjasama pihak PIBG dan pihak sekolah.  Dalam bangunan satu tingkat ini, mempunyai sebuah bilik cetak, sebuah bilik kaunseling, sebuah pusat sumber, empat buah bilik darjah [bilik darjah bertambah dari 12 buah ke 16 buah].  Kini, empat buah bilik darjah yang asal dan pusat sumber dijadikan sebuah bilik jahitan, bilik masakan dan bilik guru.

1997 - Projek bangunan baru 2 tingkat dimulakan.  Bangunan ini mengandungi 4 bilik darjah di tingkat atas dan 1 bilik masakan dan 1 bilik bengkel kayu di tingkat bawah.  Kos binaan bangunan ini hasil daripada peruntukan bantuan modal dan kutipan jogathon [bernilai RM330,000.00]
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 11:06 AM | Show all posts
selama nih kita tau parti PAS power kat blah blah utara... kelantan dan terengganu
sejarah yg kita tau umno dilahirkan di negeri johor
tapi kan mana lahirnya parti PAS..

so harap artikel nih dpt menambah pengetahuan kita semua

PERSIDANGAN PERTAMA ALIM ULAMAK SEMALAYA SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA

Dalam perkembangan sejarah negara ini, peranan para Ulamak cukup besar sekali, kemampuan mereka membuat tafsiran dan menyelesaikan permasalahan semasa telah banyak membawa kepada kemajuan negara.  Dengan tahap kefahaman ilmu yang mendalam inilah yang telah membawa golongan ini mampu menyelesaikan masalah di dalam masyarakat.
Pada hari ini 21.2.1950 buat pertama kalinya Persidangan Alim Ulamak Semalaya selepas Perang Dunia Kedua telah diadakana di Muar, Johor.  Persidangan ini telah dianjurkan oleh UMNO Malaya dengan kerjasama UMNO bahagian Muar dan Tangkak dan Jemaah Pengembangan Agama, Muar.  Seramai 46 orang para perwakilan alim ulamak dari seluruh Malaya dan Singapaura kecuali Pahang, turut hadir ialah 300 orang pemerhati.  Persidangan ini telah berjalan selama dua hari.

Persidangan ini telah dibuka oleh Pengerusi Mesyuarat Agong UMNO, Tuan Syed Abdul Kadir Muhamed, beliau mewakili Yang Dipertua Agong UMNO Malaya Dato' Onn Jaafar.

Dalam ucapan pembukaan, Tuan Syed Abdul Kadir menyatakan persidangan ini memainkan peranan yang penting dalam usaha mencari jalan menjaga kebajikan umat Islam di Malaya.  Islam bukan sahaja satu pegangan atau kepercayaan semata-mata bahkan ianya suatu kuasa yang sangat kuat yang berdasarkan kebenaran dan hak.  Dengan mengamalkan ajaran Islam yang sempurna, Umat Islam di masa yang lalu telah mencapai kemajuan yang sungguh berkesan dan telah membentuk perjalanan sejarah dunia.

Di antara perkara-perkara yang telah dipersetujui di dalam persidangan ini berkaitan dengan permasalahan mengerjakan Haji dan pendidikan tinggi dalam aliran agama di negara ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 11:24 AM | Show all posts
Originally posted by muor76 at 3-11-2006 11:06 AM
selama nih kita tau parti PAS power kat blah blah utara... kelantan dan terengganu
sejarah yg kita tau umno dilahirkan di negeri johor
tapi kan mana lahirnya parti PAS..

so harap artikel nih d ...


Good article Muor....

Dulu masa kat kampung rajin juga menjenguk ceramah diaorang kat markas diaorang Sg Pulai - Sri Menanti tu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2006 12:09 PM | Show all posts
sejarah sekolah aku pulak... sekolah dato sri amar..


Antara perkara yang dicadangkan dalam Penyata Razak pada tahun 1956 ialah supaya ditubuhkan sekolah-sekolah menengah aliran Melayu. Rentetan daripada itu ,Sekolah Menengah Melayu yang pertama telah ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1958.

Di Muar , sekolah menengah aliran Melayu yang pertama telah ditubuhkan pada tahun 1959. Oleh sebab kesuntukan masa untuk mendapatkan bangunan sekolah sendiri , sekolah tersebut telah menumpang di bangunan Sekolah Tinggi , Muar , yang dahulunya dikenali sebagai " Muar English School " , manakala pelajar-pelajar perempuan telah ditempatkan di Sultan Abu Bakar Girl's School yang sekarang dikenali sebagai Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar.

Pada tahun 1961, pentadbiran sekolah ini telah dipisahkan daripada Sekolah Tinggi , Muar , setelah mendapat sebuah bangunan sementara , tidak jauh dari sekolah tersebut. Sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Baru dan guru besarnya yang pertama ialah Encik Yusof bin Junid. Walau bagaimanapun , pelajar perempuan masih lagi ditempatkan di bangunan Sekolah Sultan Abu Bakar , kecuali mereka yang berada dalam tingkatan 4 dan tingkatan 5.

Pada awal tahun 1963, pembinaan bangunan kekal bagi Sekolah Menengah Baru  telah dimulakan. Bangunan tersebut telah dapat disiapkan pada tahun itu juga , iaitu pada bulan Disember 1963. Pada tahun 1964 , semua pelajar sama ada dari Sekolah Menengah Baru mahupun yang menumpang di Sekolah Sultan Abu Bakar , telah dipindahkan ke bangunan baru yang tersergam indah di Jalan Tunku Bendahara. Sekolah ini telah diberi nama , SEKOLAH DATO' SRI AMAR DI RAJA.

Sekolah ini dinamakan sedemikian sempena nama seorang tokoh yang telah banyak berjasa kepada negeri Johor. Beliau ialah DATO' SRI AMAR DIRAJA ABDUL RAHMAN ANDAK , Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang pertama. Beliau lebih dikenali sebagai ' SI KERDIL NAKAL ' kerana kebijaksanaannya mencari dalih apabila Inggeris cuba menjadikan Johor sebagai tanah jajahannya.

Guru besar pertama Sekolah Dato' Sri Amar Diraja, ialah En. Jismi Mohd. Salleh. Dalam usianya satu tahun, sekolah ini telah menampung seramai 961 pelajar dan mendapat khidmat 27 orang guru. Sekolah ini dilengkapi dengan dua blok bilik darjah, dua makmal sains, sebuah bengkel seni perusahaan dan sains rumahtangga, sebuah dewan dan sebuah kantin. 'PENDIDIKAN UNTUK MASYARAKAT' telah dipilih sebagai motto sekolah ini. Allahyarham Saiful Bahari telah mencipta sebuah lagu yang indah senikatanya untuk dijadikan lagu sekolah. Pada 26 Julai 1965, sekolah ini telah dirasmikan oleh YB. EN. KHIR BIN JOHARI Menteri Pendidikan Malaysia ketika itu.

Kini setelah lebih tiga dekad ditubuhkan, sekolah ini telah bertambah lengkap dengan adanya tambahan beberapa blok baru, termasuk bilik darjah, makmal sains, blok gotong-royong dan surau. Pada tahun 1992, sekolah ini telah diperlengkap dengan bilik mesyuarat yang terletak di tingkat dua, blok G. Akibat pembangunan yang pesat dalam bidang sukan, pada tahun 1995, Sek. Dato' Sri Amar Diraja , telah mencatat sejarah dengan pembinaan gimnasium dan trek.

Pertambahan bilangan pelajar di sekolah ini amat menggalakkan. Pada tahun 1965, terdapat seramai 1420 pelajar menuntut di sekolah ini. Pengambilan pelajar tingkatan enam, dimulakan pada 1967. Perkhidmatan siswazah dari luar negara telah diambil, akibat pertambahan bilangan pelajar yang tidak seiring dengan pertambahan tenaga pengajar tempatan. Antara siswazah luar negara yang telah berkhidmat di sekolah ini ialah En. Gardjito dari Republik Indonesia, Mr. Bruno dari Australia, guru-guru dari Itali dan beberapa negara lain di dunia. Pada awal 80-an, terdapat ramai bekas pelajar yang mencurahkan bakti di sekolah ini. Sejak ditubuhkan, sekolah ini telah banyak melahirkan cendekiawan dalam pelbagai bidang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2006 05:52 PM | Show all posts
kalu tak silap aku DATO' SRI AMAR DIRAJA ABDUL RAHMAN ANDAK tu dinasihatkan British supaye retired dan dapat kawin ngan omputih , pastu menetap kat sane.

dia punye keturunan di london tu kat mane skang yek.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2006 05:54 PM | Show all posts
Originally posted by muor76 at 3-11-2006 11:06 AM
selama nih kita tau parti PAS power kat blah blah utara... kelantan dan terengganu
sejarah yg kita tau umno dilahirkan di negeri johor
tapi kan mana lahirnya parti PAS..

so harap artikel nih d ...


muor76 ko dpt info ni dr mana..
tak cakap pun PAS lahirkan muor ek..
apa kaitan dgn artikel ni..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2006 05:58 PM | Show all posts
Originally posted by muor76 at 10-11-2006 12:09 PM
Di Muar , sekolah menengah aliran Melayu yang pertama telah ditubuhkan pada tahun 1959. Oleh sebab kesuntukan masa untuk mendapatkan bangunan sekolah sendiri , sekolah tersebut telah menumpang di bangunan Sekolah Tinggi , Muar , yang dahulunya dikenali sebagai " Muar English School " , manakala pelajar-pelajar perempuan telah ditempatkan di Sultan Abu Bakar Girl's School yang sekarang dikenali sebagai Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar.



O..
tu asal usul wujudnya sekolah achu ek..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2006 09:37 AM | Show all posts
Originally posted by achu at 10-11-2006 05:54 PM


muor76 ko dpt info ni dr mana..
tak cakap pun PAS lahirkan muor ek..
apa kaitan dgn artikel ni..


dari dari www.hids.gov.my
rancangan hari ini dalam sejarah
rajin explore jumpe lah info..
PAS bukan lahirkan muo.. muo yg melahirkan PAS... huuhh atau PAS dilahirkan dimuo..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2006 12:44 PM | Show all posts
Originally posted by muor76 at 10-11-2006 12:09 PM
sejarah sekolah aku pulak... sekolah dato sri amar..


Antara perkara yang dicadangkan dalam Penyata Razak pada tahun 1956 ialah supaya ditubuhkan sekolah-sekolah menengah aliran Melayu. Renteta ...


Aku sempat attend kat sekolah ni sekejap jer dlm 2 minggu kot, pastu dapat offer Matrikulasi...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2006 12:46 PM | Show all posts
Originally posted by Dimarmalam at 10-11-2006 05:52 PM
kalu tak silap aku DATO' SRI AMAR DIRAJA ABDUL RAHMAN ANDAK tu dinasihatkan British supaye retired dan dapat kawin ngan omputih , pastu menetap kat sane.

dia punye keturunan di london tu kat man ...


Dia inilah nama tokoh johor yang Tuanku Sultan Johor sebut  masa perasmian Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI / SJER) tu 2 minggu lepas....
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2006 11:02 PM | Show all posts
Originally posted by Dimarmalam at 10-11-2006 05:52 PM
kalu tak silap aku DATO' SRI AMAR DIRAJA ABDUL RAHMAN ANDAK tu dinasihatkan British supaye retired dan dapat kawin ngan omputih , pastu menetap kat sane.

dia punye keturunan di london tu kat man ...


dato sri amar telah 'diamankan' oleh sultan johor ke london atas nasihat british
beliau telah menetap di london danberkahwin dengan Gustel Reis
beliau telah mendapat 3 orang anak lelaki
Henry, Mansour and Walter
beliau telah meninggal dunia pada tahun 1930..

itu jer ygaku tau setakat nih tentang dato sri amar..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2006 09:08 AM | Show all posts
Originally posted by muor76 at 11-11-2006 11:02 PM


dato sri amar telah 'diamankan' oleh sultan johor ke london atas nasihat british
beliau telah menetap di london danberkahwin dengan Gustel Reis
beliau telah mendapat 3 orang anak lelaki
He ...


Alahai ...kesian betul, pegawai melayu berwibawa camtu, aku rasa cam kena buang negeri secara paling hormat...aku harap keturunan dato sri amar masih islam, dan patut sedar yg diorang masih melayu dan dari keturunan pemimpin melayu hebat.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2006 04:54 PM | Show all posts
lagi satu info pasal dato sri amar di raja..
di dikebumikan di atanah perkuburan islam di woking, london
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2006 11:46 AM | Show all posts

Reply #74 muor76's post

Muor.. nak tanya sikit, maklum aku ni jahil sikit pasal sejarah ni...
Gelaran Datuk Sri Amar DiRaja tu cuma DSAD Abd Rahman Andak seorang jer ke yang dapat...?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2006 05:21 PM | Show all posts
kalo tak silap aku.. kat johor dia sorang jer kot yg dpt...
yg lain tak pulak pernah aku dengar..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2006 05:39 PM | Show all posts
Muor...
ape maknenye dato amar tu...
sesetengah negeri ada gelaran datuk amar, datuk seri agar diraja, dato patinggi...entah hape dato' lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2006 06:07 PM | Show all posts
Originally posted by Dimarmalam at 21-11-2006 05:39 PM
Muor...
ape maknenye dato amar tu...
sesetengah negeri ada gelaran datuk amar, datuk seri agar diraja, dato patinggi...entah hape dato' lagi...

yg nih pon aku tak tau.. kene selidik lagi ler...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2007 05:15 PM | Show all posts
Pagoh maksudnya 'bagus' mengikut Bahasa Melayu Tua. Ianya dibuka oleh Dato' Bendahara Wan Sulaiman dari KotaTinggi pada tahun 1707. Anak Dato' Bendahara Wan Sulaiman bernama Dato' Bendahara Hassan (Tok San) menggantikannya.
   
   Penduduknya teridri daripada orang Jawa, Minangkabau dan Bugis. Pagoh adalah asas penempatan kawasan hulu Muar dengan beberapa kesan sejarah silam yang menjadikan Sungai Muar sebagai penghubung utama dengan Empayar Kerajaan Melayu Melaka.


                              KUALA SUNGAI PAGOH

Merupakan satu satu tempat terpenting yang mempunyai kaitan rapat dengan kerajaan Empayar Melayu Melaka. Terletak di pinggir sungai terdapat sebuah kubu daripada dan kini hanya terdapat kesan - kesannya sahaja. Kubu nini adalah kubu terakhir angkatan Melaka apabila diserang oleh Portugis pada tahun 1511.

Kubu ini terletak di Kuala Sunagi Pagoh dan terdapat sebuah lagi kubu yang disebut Kubu Malini di satu kawasan tidak jauh dari kubu tersebut.

Terdapat sebuah perkuburan di kawasan ini yang dikenali dengan pusara Pahlawan Mat Berani, yang dikatakan salah seorang pahlawan Melayu dari negeri Pahang yang datang membantu angkatan Sultan
Melaka bagi mempertahankan kawasan ini, tetapi telah kecundang dan telah dikuburkan di situ.

Sungai Pagoh yang jaraknya kira - kira 2 kilometer dari Kuala Pagoh terdapat Makam Sultan Alauddin Riayat Shah (I), yang dimakamkan di dipinggir Sungai Pagoh bersama adindanya yang terkenal kepada penduduk setempat Al - Marhum Berdarah Putih. Kedua - duanya mangkat di situ dan dimakamkan di tanah perkuburan kawasan masjid Jamek Kampung Raja.

Sultan Alauddin adalah Sultan Merdeka yang memerintah Melaka 1477- 1488, merupakan salah seorang raja yang tegas menjalankan tugasnya dan baginda sendiri dikatakan berkawal menghapuskan perompak lanun yang mengganas di Melaka semasa pemerintahannya.

Satu batu peringatan telah dibina oleh pihak Muzium Negara dan telah dirasmikan makam ini dalam satu upacara penuh khusyuk pada tahun 24 Disember 1971.


sumber....
http://pagoh.idesa.net.my/Sejarah.htm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2007 01:22 AM | Show all posts
Originally posted by zamirra at 17-7-2006 12:06 PM
PENGENALAN

Muar yang juga dikenali sebagai Bandar Maharani merupakan sebuah bandar yang padat dengan kisah sejarah yang melakarkan perbagai peristiwa yang sewajarnya dapat memberikan kita kei ...


Aku dah lame dengar yang daerah Muar nie memang kaya dengan sejarah..setanding dengan Kota Tinggi..

Eh, Sejarah Muar rasenye lebih lama dari Kota Tinggi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.066548 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list