CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zamirra

SEJARAH DAN ASAL USUL MUAR

[Copy link]
 Author| Post time 3-4-2007 04:06 PM | Show all posts
Sejarah Melaka bermula dari penemuan Parameswara di Muara sungai MUAR...
bermakna MUAR lebih dahulu dikenali dan disusuli oleh KOA TINGGI..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2007 10:34 AM | Show all posts
Sejarah Sekolah Kebangsaan Parit Jawa ini banyak bergantung kepada perkembangan Kampung Parit Jawa, Mukim Parit Jawa dan Pekan Parit Jawa.
Mengikut kajian yang pernah dibuat Sejarah Parit Jawa bermula pada tahun 1885. Perkara ini dapat diterima mengikut catatan Buku "Pelayaran Munshi Ibrahim" yang mengatakan Parit Jawa telah dibuka oleh sekumpulan orang-orang Jawa yang diketuai oleh Tuan Hj. Abdul Jabar, yang kemudiannya dilantik menjadi penghulu. Setelah itu, ramailah orang-orang datang diam di sini.
Waktu itu belum ada sekolah untuk kanak-kanak belajar dan kalau ada pun merupakan pondok atau madrasah sahaja. Ura-ura hendak mendirikan sebuah sekolah Melayu baru saja timbul dalam tahun 1925, setelah semangat untuk memberi pelajaran kepada anak-anak mereka mula berkobar-kobar. Kerajaan tidak berlengah-lengah lagi memilih pembinaan sekolah dalam tahun 1925.
Perkembangannya adalah seperti berikut.
1925 - Sekolah Melayu Parit Jawa (P)
1939 - Sekolah Melayu Parit Jawa (L)
1948 - Sekolah Melayu Parit Jawa
1960 - Sekolah Umum (L) Parit Jawa
1974 - Sekolah Kebangsaan Parit Jawa
             bangunan A dirobohkan

1979 - Sekolah Kebangsaan Parit Jawa
             bangunan baru  2 tingkat.

2000- Mendapat bangunan tambahan 2 blok 4 tingkat
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2007 10:36 AM | Show all posts
Sekolah Rendah Sultan Abu Bakar, Jalan Junid, Muar pada awalnya adalah sebahagian daripada Sekolah Perempuan Sultan Abu Bakar, Muar sehinggalah pada 31 Ogos 1957. Pada 1 September 1957 sekolah tersebut telah dipisahkan dari sekolah ibunya dan dinamakan Sekolah Rendah Perempuan Sultan Abu Bakar , Muar. [size=+1]Sekolah ini mula dibuka pada tahun 1961 dan dinamakan Sekolah Rendah Perempuan Sultan Abu Bakar (1) Jenis Kebangsaan Inggeris. Sebelum ini murid-muridnya ditempatkan di Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar, Jalan Abdul Rahman, Muar. [size=+1]Mulai 1965, sekolah ini bertukar menjadi sekolah dua sesi iaitu Sekolah Rendah Sultan Abu Bakar 1 dan 2. Sekolah ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Johor YAB. Datu
Reply

Use magic Report

L.Messi This user has been deleted
Post time 29-4-2007 05:20 PM | Show all posts

Reply #38 kuda-liar's post

oooooo ic tmpt sulatan makam
Reply

Use magic Report

L.Messi This user has been deleted
Post time 29-4-2007 05:21 PM | Show all posts
aku bukan Muar, boleh join tak ?   
Reply

Use magic Report

L.Messi This user has been deleted
Post time 29-4-2007 05:22 PM | Show all posts

Reply #82 muor76's post

yeah di muar banyak parit-parit.
Reply

Use magic Report

Follow Us
L.Messi This user has been deleted
Post time 29-4-2007 05:22 PM | Show all posts
apa pun through my experiences, minah dan mamat johr sopan-sopan
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2007 01:09 PM | Show all posts
Aku pun bkn org johor actually , tp lama gak lepak kat muo ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2008 02:48 PM | Show all posts
Penghulu Lenga tokoh ilmuwan Johor

Abd Hamid Fadzil atau dikenali Orang Kaya Johor menubuhkan Madrasah Maharani al-Islamiah untuk mencurahkan ilmu

ORANG yang berilmu dan beramal sememangnya sentiasa dikenang sampai bila-bila, apatah lagi ilmu pengetahuan yang ada digunakan untuk membangunkan ummah, umpama pokok rendang yang membolehkan ramai orang tumpang berteduh dan menikmati hasilnya.

Itulah gambaran yang diberikan kepada Haji Abd Hamid Haji Fadhil lebih dikenali sebagai Orang Kaya Hamid yang terkenal ketokohannya sebagai Penghulu Lenga dan Orang Kaya Johor.

Sebagai individu yang berjaya, pegawai Sultan dan penghulu disegani, beliau banyak terbabit dalam pembangunan masyarakat, bijak menyesuaikan diri pada zaman Jepun serta berani menentang komunis.

Beliau juga sering menegaskan betapa pentingnya rakyat memiliki ilmu demi kemajuan diri dan masyarakat. Pengalamannya bergiat dalam politik, berkawan rapat dengan nasionalis dan tokoh agama menjadikannya sebagai idola masyarakat.

Menyingkap sejarah hidupnya, beliau bersama dua adiknya dibawa ke Makkah oleh ayahnya dan menetap di sana seketika sebelum kembali ke tanah air untuk mendapat pendidikan formal di sebuah sekolah Melayu di Muar dan tinggal bersama rakannya di Lorong Serkam.

Abd Hamid mendalami ilmu agama di Johor Bahru dan mengikuti pengajian di Kuliah al-Attas (kelas Tahdiri dan Ibtidai'i). Pada awal 1930-an, beliau dilantik sebagai pengajar Kuliah al-Firdaus, Singapura.

Di sana, beliau berkawan rapat dengan tokoh ulama terkenal, Kiyai Fadhullah Suhaimi serta mendampingi tokoh nasionalis negara, Ibrahim Yaakob dan Ahmad Boestaman. Hubungan itu membabitkannya dalam penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) sebelum ia diharamkan British.

Berikutan pengharaman itu, Ahmad Boestaman lari ke Pahang, Ibrahim lari ke Indonesia dan Abd Hamid pulang ke Muar dan tinggal di Bukit Kepong.

Penyelidik Sejarah Johor, Mohd Akbal Abdullah yang menjalankan kajian ke atas tokoh ini berkata, Abd Hamid bersahabat dengan pejuang tanah air, Datuk Onn Jaafar ketika di Singapura. Sejak itu, beliau mula berjinak-jinak dengan penulisan dan menyumbang bahan penulisan dalam Warta Malaya.
Beliau turut berguru dengan Abdul Rahim Kajai dalam bidang kewartawanan dan isu politik. Apabila pulang ke Muar, beliau menerbitkan surat khabar Bintang Malaya yang mengutarakan perasaan cintakan negara, perjuangan menuntut kemerdekaan, persaingan dengan bangsa asing dan pendidikan.

"Usia remajanya dipenuhi dengan kegiatan mencari ilmu, menimba pengalaman bersama tokoh besar di Singapura dan Johor. Selepas lebih 10 tahun merantau, beliau kembali ke Muar pada 1937 dan dianggap umpama sirih pulang ke gagang.

"Ilmunya dimanfaatkan kepada penduduk kampung. Ketika berusia awal 20-an, beliau menubuhkan Madrasah Maharani al-Islamiah bersama ayahnya di Lorong Serkam dan Surau Jalan Hashim," katanya yang bertugas sebagai Pensyarah Universiti Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor.

Madrasah itu masih beroperasi melalui cawangannya di Sekolah Perempuan Kerajaan di Dumpar Rendah, Jalan Junid di awal penjajahan Jepun sebelum ditutup dan dibuka semula di zaman British.

Aktiviti menuntut ilmu di zaman Jepun terabai kerana masyarakat sibuk mencari makanan berbanding mencari ilmu pengetahuan. Abd Rahman mendapat kepercayaan Jepun menjadi wakil penjual beras dan gula serta mendapat konsensi mengimport makanan untuk diedarkan kepada penjual di sekitar Muar.

"Beliau akan memastikan bekalan beras kapur dan gula itu sampai kepada peniaga Melayu dan menyediakan stor barangan di Jalan Maharani (berhadapan pejabat Kastam Muar)," katanya.

Disebabkan sikap kejam dan dasar diskriminasi Jepun, hubungan antara Cina-Melayu renggang dan memuncak selepas penubuhan Parti Komunis Malaya (PKM). Abd Hamid memimpin perkumpulan kerohanian sebuah tariqat, iaitu cabang amalan Tariqat Naqsabandiah pimpinan ayahnya.

Beliau bergabung dengan Panglima Salleh dari Batu Pahat dalam gerakan Selempang Merah sehinggalah gerakan itu dihentikan selepas campur tangan Onn Jaafar.

Ketika dilantik sebagai Penghulu Lenga pada 1947, beliau mengusulkan penubuhan sebuah sekolah menengah di sana kerana pendidikan anak tempatan amat terhad. Usahanya berjaya tetapi tidak sempat melihat hasilnya termasuk peletakan batu asas sekolah akibat meninggal dunia pada usia muda.

Beliau turut terbabit dalam perjuangan menuntut kemerdekaan melalui Parti Pekembar yang kemudian dikenali sebagai Umno dengan menjelajah negara meminta rakyat bangkit menentang penjajah.

Di Lenga, beliau berusaha meningkatkan taraf hidup rakyat dan menggalakkan mereka giat menanam padi. Beliau turut turun padang menanam padi di kawasan bendang Sawah Pondok dan tindakannya menjadi teladan kepada masyarakat.

Disebabkan penempatan awal Lenga sering dilanda masalah banjir pada musim tengkujuh, beliau mengarahkan kira-kira 100 keluarga penduduk sekitar Liang Batu, Gambang dan Rencong berpindah ke kawasan baru dikenali sebagai Kampung Baru Batu 28.

Beliau mengambil inisiatif memperkenalkan kawasan terpencil ini kepada masyarakat luar dengan membanyakkan aktiviti sosiol seperti penubuhan pasukan bola sepak, kumpulan marhaban dan berzanji dalam Bahasa Melayu serta berjaya membawa kumpulan kebudayaan Lenga yang terkenal dengan tarian Ceracak Inai membuat persembahan di istana.

Kecemerlangannya sebagai tokoh tempatan merubah landskap Lenga daripada sebuah penempatan di hulu sungai Muar kepada penempatan terancang sehingga jasanya diiktiraf dan dipilih sebagai Yang Di Pertua Jemaah Penghulu-Penghulu Malaysia.

Pada 1963, beliau menyertai rombongan Malaysia ke Jepun untuk menjalin hubungan diplomatik memulihkan hubungan dua hala lebih baik akibat sentimen bencikan Jepun ketika menduduki Malaya.

Info
Penghulu Lenga haji Abdul Hamid


Dilahirkan pada 1916 di Lenga, Muar Johor.

Anak sulung daripada 10 beradik

Meninggal dunia pada 1964 ketika usianya 47 tahun akibat sakit jantung

Anak kepada Kiayi Haji Fadhil al-Banteni, mufti peribadi Sultan Ibrahim

Berkahwin ketika berusia 27 tahun dengan anak penghulu Lenga, Aminah Ahmad, 15.

Dikurniakan 14 anak.

Dilantik sebagai Penghulu Lenga pada usia 29 tahun menggantikan abang iparnya, Abdul Rahman.

Dilantik sebagai Ahli Majlis Istiadat DiRaja Johor dan Ahli Pangkuan DiRaja Johor.
dipetik dari berita harian..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 11:33 AM | Show all posts
kiyai fadhil banten pernah menetap di muor


Kiai Fadhil rujukan Istana JohorOleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.myJawatan yang diberi kepada Kiyai Fadhil berbeza dengan Mufti Kerajaan kerana ia bertanggungjawab terus kepada Sultan

SEBELUM negara mencapai kemerdekaan sekitar 1920-an, masyarakat Melayu masih mengamalkan amalan adat dan kepercayaan tradisi yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Amalan menyemah (jamuan makanan dan lain-lain yang diberikan kepada hantu atau orang halus) di kampung masih kuat diamalkan, kepercayaan kepada makhluk ghaib masih berada dalam bentuk keyakinan dan amalan sebilangan masyarakat Islam.

Masalah sama berlaku di Johor khususnya masyarakat Melayu sekitar Lenga, Bandar Maharani (Muar), Bakri, Bukit Kepong dan kawasan sekitarnya yang sering mencampuradukkan pegangan agama.

Penduduk di situ cukup bertuah kerana dengan izin Allah, Penghulu Lenga yang dikenali sebagai Penghulu Daud menjemput Kiayi Fadhil al-Banteni atau dikenali Kiyai Fadhil Lenga untuk mengajar di sana pada 1910 hingga 1915.

Kiyai Fadhil ini berketurunan Sultan Syafiffuddin Hidayatullah (pengasas Kesultanan Banten) yang dikenali Sunan Gunung Jati iaitu Wali Songo terkenal di Indonesia. Moyangnya adalah antara lima anak kepada Sultan Maulana Mufakir, pemerintah kesultanan Banten ke-14 di Pulau Jawa pada abad ke-19.

Dilahirkan di Banten, Jawa Barat pada 1287 hijrah bersamaan 1870 Masihi, Kiyai Fadhil banyak menabur bakti di dalam masyarakat Islam. Sebelum itu, Kiyai Fadhil bersama isterinya banyak membantu menguruskan jemaah haji, khususnya dari Tanah Melayu dan Indonesia ketika berada di Makkah.

Pensyarah di Jabatan Pengajian Islam dan Sains Sosiol, Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi, Universiti Tun Hussein Onn, Mohd Akbal Abdullah, berkata bersesuaian dengan maksud kedatangan dan jemputan yang diterima daripada Penghulu Daud, Kiayi Fadhil mulai mengajar di Muar.

揔ehadirannya membuka banyak mata masyarakat di situ mengenai amalan Islam disebabkan banyak perlakuan penduduknya menyalahi ajaran Islam.

揇alam setiap kuliah dan butir bicara seharian, beliau banyak menasihatkan mereka mengenai masalah syirik dan ketekunan dalam mengerjakan amalan kerohanian,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 12:23 PM | Show all posts
aku nk print out segala posting pasal sejarah daerah muor ni..

esok2.. boleh tnjukkan kat ank aku..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 12:33 PM | Show all posts
Originally posted by sheme at 24-3-2008 12:23 PM
aku nk print out segala posting pasal sejarah daerah muor ni..

esok2.. boleh tnjukkan kat ank aku..

bagus.... aku semua artikel aku simpan... hehehhehehe

l
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 12:55 PM | Show all posts
lagi info.. silat yg diasaskan di muor

Gerak Silat Lian adalah sejenis cara mempertahankan diri yang berasal dari Yunnan. Nama asal persilatan ini ialah Lian Yunnan, Buah Pukul Mersing, atau Lian 13. Ia telah mula bertapak di Tanah Melayu dengan dibawa oleh Syed Abdul Rahman pada Februari 1897 di Bandar Maharani, Muar, Johor.
Gerak Silat Lian ini dikembangkan di Kuantan, Pahang oleh Nazri Bin Hussin, di mana beliau telah mempelajari silat ini daripada Salleh Bin Mamat yang berasal dari Kampung Ibai, Kuala Terangganu, dan tinggal di Kampung Tanjung Api, Kuantan, Pahang.
Salleh Bin Mamat telah mempelajari Silat Lian daripada Hassan Bin Salleh di Kampung Mengambang, Telipot, Kuala Terengganu dalam tahun 1950-an. Hassan Bin Salleh pula telah belajar Silat Lian di Kampung Belimbing Juling, Endau, Johor daripada Ali Bin Kassim dalam tahun 1940-an.
Nazri Bin Hussin mula belajar silat ini pada tahun 1964 di Kampung Tanjung Api, Kuantan, Pahang. Beliau juga sempat mengambil ketetapan gerak laku Silat Lian daripada Ali Bin Kassim dalam tahun 1986 hingga 1987
Nazri bin Hussin telah di iktiraf sebagai Pembantu Gelanggang (Guru Kake) pada tahun 1965 hingga 1985 sebelum dilantik sebagai Guru Kanan dan Guru Utama. Pusat perkembangan dan pentadbiran silat ini adalah di Kuantan, Pahang. Silat ini telah didaftarkan secara rasmi pada 19 Disember 1996 dan kenali dengan nama Pertubuhan Gerak Silat Lian Malaysia ( PGSLM ).
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Gerak_Silat_Lian"

diambil dr wikipidia
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 12:58 PM | Show all posts
lagi artikel pasal silat dr muor

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG SENI SILAT SENDENG
Penggerak atau pembimbing utama yang aktif menyebarkan pembelajaran Seni Silat Sendeng ini ialah Allahyarham Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah , yang diwarisinya dari ninda-ninda beliau yang terkenal kehebatan ilmu kependekaran dan persilatan mereka sejak awal abad ke-20 yang silam.
Beliau mula mempelajari ilmu kependekaran ini sejak berusia 5 tahun (1932) di bawah asuhan dan bimbingan nindanya sendiri HAJI HASSAN BIN MAHAT yang dikenali pada zamannya dengan panggilan Haji Hassan Pendekar , mahir di bidang seni dan permainan alat silat seperti pedang, keris, tekpi, tumbuk lada, tembong, tuas, tongkat dan kerambit.
Sepuluh tahun kemudiannya beliau berguru pula dengan dua nindanya yang terkenal iaitu TAMAM DAGANG (terkenal dengan gelaran pendekar yang kebal dan gagah) untuk mempelajari pukulan / buah sendeng dan HAJI MOHD ARIFF BIN SHAMSU ,bagi mendalami permainan Pukulan Tujuh Hari.
Kedua nindanya yang terakhir ini telah berguru dengan seorang pendekar terbilang dan Pengasas Pukulan Sendeng iaitu LONG MAMAT yang menetap di Padang , Muar Johor Darul Takzim.
Dalam memantapkan ilmu keagamaan dan kerohanian pula beliau mempelajari dan mendalaminya dengan HAJI MOHD SALLEH BIN ABDUL KARIM yang terkenal dengan panggilan Kiai Salleh atau Panglima Salleh , Batu Pahat.
Beliau mula mengembangkan ilmu persilatan sendeng ini secara individu di peringkat awalnya sekitar tahun 1950-an dan kemudian menamakannya sebagai 'Silat Sendeng Muar'.
Hampir 58 tahun, beliau mengharungi liku-liku dan pahit manis menyebar dan menggembangkan ilmu persilatan ini ,demi mengekalkan kesinambungan warisan pusaka bangsa yang diwarisinyanya.Pada tanggal 19 Mei 1990 bersamaan 23 Syawal , 1410 Hijrah , beliau kembali ke rahmatullah dalam usia 63 tahun. Al - Fatihah.

Pemergian Allahyarham Hj.Hamid dianggap sebagai satu kehilangan besar bagi keluar ga sendeng seluruhnya. Perjuangan, pengorbanan dan jasanya terhadap Seni Silat Sendeng Malaysia mempunyai erti yang amat bermakna sekali terutama di dalam memperkembangkan SSSM ke beberapa negeri di tanahair.Berbagai cabaran,onak dan duri direntasi, ombak serta badai diharungi.Namun yang pergi tetap pergi, yang tinggal sebagai pengganti. Perjuangan memartabatkan SSSM harus diteruskan. kata pepatah 'patah tumbuh hilang berganti'.
Hj.Ismail bin Hj.Hamzah, kemudiannya telah menerajui dan meneruskan perjuangan abangnya dan ditabalkan sebagai Guru Utama.Sebagai adik kepada pengasas (Hj.Hamid) dan dibesarkan di kalangan keluarga pendekar, sudah pasti memperjuang dan menyambung amanah SSSM tidak menjadi keberatan terhadap beliau.
Kebolehan dan ketokohan semulajadi berkat bimbingan ibubapa, datuk-datuk dan abangnya, menambahkan lagi kekuatan dan semangat beliau untuk melayari bahtera sendeng mengharungi samudera yang penuh dengan seribu satu macam rintangan dan halangan.
Sejak kepimpinan Hj.Ismail, SSSM telah didaftarkan pada 1992 dan kini bergerak dengan cergas di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pahang, Perak, Kelantan dan WP Labuan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2008 11:54 AM | Show all posts
Panglima Lidah Hitam tokoh silat Lantau

Ketuai pertempuran selama beberapa hari untuk hapuskan lanun di muara Sungai Muar pada 1716, tetapi mati lemas

BAGI pengunjung Pulau Besar Melaka pasti tertanya-tanya kewujudan peninggalan batu yang kononnya dipecahkan dengan lidah seorang panglima pada zaman dulu dikenali Panglima Lidah Hitam.

Batu Belah itu adalah sebuah batu besar setinggi tiga meter dan mempunyai rekahan di tengahnya selebar kira-kira 35 sentimeter (sm) dengan kedalaman 1.5 meter adalah hasil belahan lidah panglima berkenaan.

Sehingga kini, belum dapat disahkan adakah rekahan batu itu disebabkan kekuatan lidah Panglima Lidah Hitam atau sebaliknya? Apa yang menarik, panglima gagah berani itu memang diakui wujud dan memberi sumbangan besar dalam mempertahankan kedaulatan negara pada abad ke-16.

Beliau memberi sumbangan besar dengan turut berperang menentang ancaman lanun sehingga meragut nyawanya.

Jenazahnya dikebumikan di Kampung Parit Sakai, Jalan Joned, Muar, Johor dan pada bumbung makam jelas tertulis 揚ANGLIMA LIDAH HITAM, BAPAK SENI SILAT LINTAU DI MALAYA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2008 11:14 AM | Show all posts
Istana Bukit Tereh



Tinggalan dinding Istana Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir di Bukit Tereh Johor. Baginda adalah Sultan Nagara Kedah yang kedua. Baginda bergelar Podiset yang bermaksud lelaki yang terbaik dan juga merupakan putra kepada Raja Merong Mahawangsa.Istana ini telah dirobohkan oleh Inggeris atau diawal Kerajaan Malaysia sewaktu Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri dahulu untuk membina tangki air lantas menutup bukti keislaman yang jauh lebih awal sampai ke Johor. Sejarah Melayu (TM 1612) karangan Tun Seri Lanang menyebut bahawa negeri Ganggayu (Khlangkeo) dibina oleh orang Siam asli terletak di hulu sungai Johor. Kotanya diperbuat daripada batu hitam dan pemerintahnya, Raja Culan sebagai raja besar, dan segala raja di sebelah timur ini boleh dikatakan kesemuanya takut kepada baginda. Kerajaan Siam Gangga Negara dan Khlangkeo telah ditakluki oleh Raja Benua Hindi dan kerajaannya di Pahang telah ditewaskan oleh Melaka. Walaupun gagal memberikan tarikh sebagai suatu fakta sejarah, Tun Seri Lanang menegaskan bahawa Ganggayu ialah negeri Siam asli dan kotanya masih wujud semasa beliau menyiapkan buku tersebut.Buku undang-undang Siam Kot Monthienraban (TM 1360) menyebut sebagai kerajaan taklukan Siam, dikenali sebagai kerajaan Wurawari terletak di Johor Tua Ganggayu/Khlangkeo. Para pengkaji sejarah hanya berbeza pendapat tentang nama kerajaan tersebut tetapi tidak menafikan tentang kewujudan Kerajaan Siam asli di Johor. Ini membuktikan bahawa orang Siam telah lama berada di Semennanjung Tanah Melayu, menjalani kehidupan berkerajaan secara aman dan perang dengan pihak lain, terutama Melaka yang kian muncul sebagai kuasa baru. Kehidupan mereka juga bercampur baur dengan Kerajaan Melayu lain seperti Pattani, Kelantan, Kedah dan lain-lain samada di bawah pengaruh Ayudhya atau tidak.

dipetik dari http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2008 10:40 AM | Show all posts
Lembing Awang terbang tikam mangsaOleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my
Tragedi Lembing Awang pulang ke Dayang membabitkan cinta tiga segi berlaku sekitar 1776 di Muar, apabila tunangan Awang dirampas anak penghulu, Bachuk

CINTA sejati membawa ke mati..demi kasih, sanggup bergadai nyawa dan tidak berkahwin sampai ke mati.

Begitulah kisah benar 'Lembing Awang Pulang ke Dayang', yang berlaku kira-kira 232 tahun lalu dan sehingga kini masih popular bagi penduduk Johor, khususnya yang tinggal di Muar, tempat berlakunya peristiwa yang meragut 99 nyawa.

Peristiwa berdarah membabitkan cinta tiga segi itu berlaku sekitar 1776. Ia membabitkan seorang pemuda dikenali sebagai Awang dengan anak penghulu berketurunan Bugis iaitu Bachuk yang cuba merebut cinta seorang wanita, Dayang.

Kisah sedih itu bermula apabila dua keluarga bersaudara yang tinggal di Parit Raja dan Parit Besar masing-masing bersetuju menjodohkan anak mereka iaitu Awang dengan Dayang. Pasangan itu ditunangkan dalam satu majlis disaksikan penghulu dan pembesar kampung.

Adat resam kampung itu menetapkan, pemuda yang ingin berkahwin perlu merantau mencari pengalaman selama tiga tahun dan Awang juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Sepanjang peninggalan Awang, Dayang sering menjadi mangsa fitnah pemuda kampung yang cemburu termasuk Bachuk.

Persengketaan sejak kecil dengan Awang membuatkan Bachuk merancang membalas dendam, apatah lagi bunga pujaannya, Dayang juga sudah menjadi tunangan musuh sekampungnya itu.

Anak penghulu itu berpakat dengan nakhoda kapal yang membawa Awang belayar supaya menulis surat kepada keluarga Awang mengatakan pemuda itu mati dalam pertarungan di lautan negeri Bugis.

Sebaik saja berita itu diterima keluarga Dayang, penghulu mendesak supaya pertunangan mereka dibatalkan segera. Sudah adat kampung, anak dara berusia lebih 15 tahun dianggap anak dara tua.

Desakan dan ugutan membuatkan keluarga Dayang bersetuju menerima pinangan Bachuk dan terus menetapkan hari persandingan. Sedangkan ketika itu, Awang di perantauan bertungkus lumus mencari rezeki dan ilmu sebagai bekalan berumah tangga.
Sepanjang tempoh merantau, Awang juga menuntut ilmu persilatan sehingga menang dalam beberapa pertandingan. Awang juga dianugerahkan dua bilah lembing iaitu panjang dan pendek yang menjadi pusaka kerajaan Bugis serta bungkusan wang.

Tiba masanya, Awang kembali ke tanah air dan sepanjang perjalanan Awang banyak membantu nakhoda kapal yang dinaikinya menewaskan lanun dan dianugerahkan sebuah perahu untuk ke darat.

Sudah tentu kepulangannya menimbulkan tanda tanya kerana rakan dan keluarga dimaklumkan Awang mati di perantauan tetapi tiba-tiba muncul semula. Menariknya hari kepulangan Awang itu juga adalah hari persandingan Bachuk dengan Dayang.

Sesetengah sejarah berpendapat Awang pulang beberapa hari sebelum persandingan dan menunggu masa menyerang Bachuk. Ada pula yang mengatakan Awang pula tepat pada hari persandingan dan terus menuju ke majlis itu.

Setiausaha Kehormat Persatuan Sejarah Kawasan Muar, Johor, Khamis Juned, berkata berdasarkan cerita lisan yang diwarisi generasi terdahulu, keluarga Dayang membuat keputusan mengahwinkan anak gadis mereka selepas Awang tidak pulang mengikut tempoh dijanjikan.

揝ebenarnya tempoh pertunangan itu masih kurang sehari daripada tempoh yang dijanjikan selama tiga tahun, sebab itu Awang belum pulang dan memang dia merancang mengotakan janjikan untuk pulang tepat pada masanya,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 10:42 AM | Show all posts
pesal server bengong lak nih..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 10:44 PM | Show all posts

Reply #96 muor76's post

...bukit tereh,johor??   katne ni encik Muor?? lokasi yg spesifik? menarik....encik muor ni 'arkib hidup' ler.....salute!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 09:09 AM | Show all posts

Reply #99 kuda-liar's post

bukit treh ni area menghala ke pagoh...
kalo ko ikut jambatan baru muor menghala ke jln ke pagoh.. ko akan jumpe satu masjid sebelah kiri.. dekat ngan trafic light.. kat belakang masjid tu ko akan nampak satu bangunan kaler putih.. tu tempat penapisan air.. tu ler bukit treh..

dedulu kat bukit treh ade satu gua (gua kot kalo tak silap) tempat org pinjam pinggan mangkuk dr org bunian.. kat bukit treh gak ade satu kubur lame.. kubur itu dikatakan kepunyaan seorang puteri


ni pic kubur tu (diambil dari satu blog-catatan si merah silu kot atau berpetualang ke acheh)
kubur nih dikatakan berkait rapat ngan cerite si tanggang.. dan bukt treh tu sebenornya kapal si tanggang..
mase tu sungai muor lebih dikenali ngan nama teluk dalam (sila rujuk hikayat malim demam atau tanya org

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.067232 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list