CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rienn

Sesi borak-borak Three Leaf Clover

[Copy link]
Post time 18-8-2006 10:40 AM | Show all posts
ini lah yg orang kata 'terlalu pandai'............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2006 10:48 AM | Show all posts
Originally posted by limau at 18-8-2006 10:40 AM
ini lah yg orang kata 'terlalu pandai'............


'terlalu pandai' x kene tempat...akhirnya memakan diri sendiri dan menyusahkan orang lain...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 11:02 AM | Show all posts
Originally posted by rienn at 18-8-2006 10:29 AM
thanks wildflower.. cadangan tu akan difikirkan.. tp masih banyak kena improve ni.. belajar bahasa pun still far from perfect.. anyway thanks a lot for ur support


btol laa rienn..awak ade talent nak buat keje tu..bleh la improve skit subtilte yg kekadang tah ape2 tu:bgrin: we all kat  sini sure support nyer:pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2006 11:09 AM | Show all posts
ni pasal slot pukul 6.30 ptg yg patutnya utk drama korea kita tu.. ni dia citer ttg warta tamil yg dulunya pukul 8.30 mlm.. diorg pun tak puas hati gak.. dari the star:

Tamil news time

To Information Minister, please put on RTM2 Tamil news at 8.30pm.

If Info Minister do not want to change Tamil news to prime time, better stop Tamil news coz Astro delivers fantastic Tamil news.


dan ni dari berita harian hari ni.. sokongan utk surat semlm:

Syor waktu siaran drama Korea dikekal

SAYA merujuk kepada surat ?Selera Peminat? dalam ruangan ini semalam mengenai perubahan waktu siaran drama Korea bertajuk Three Leafed Clover menerusi RTM2. Saya mengikuti drama berkenaan dari episod pertama hingga 10 Ogos lalu.


Namun, saya amat terkejut kerana bermula 14 Ogos, drama Tamil ?Samthosan? mengisi slot siaran pada waktu itu. Tidakkah RTM2 tahu betapa marah peminat dengan perubahan yang dilakukan?

Saya berharap Radio Televisyen Malaysia (RTM) lebih prihatin dengan rating penonton terhadap drama Korea berkenaan.

Janganlah terlalu mudah untuk membuat perubahan sehingga membuatkan penonton beralih ke stesen televisyen lain.

PEMINAT DRAMA KOREA,

Jalan JKR, Pulau Pinang


semua tak puas hati kat rtm.. :pompom::pompom:

[ Last edited by  rienn at 18-8-2006 11:11 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 11:19 AM | Show all posts
Originally posted by rienn at 18-8-2006 11:09 AM
ni pasal slot pukul 6.30 ptg yg patutnya utk drama korea kita tu.. ni dia citer ttg warta tamil yg dulunya pukul 8.30 mlm.. diorg pun tak puas hati gak.. dari the star:

Tamil news time

To In ...


pasni lagi melambak2 la org komen kat suratkabo pasal benda ni...kalo rtm tak take note pasal ni memang x tau nak cakap apa dah...biarlah luncai terjun dgn labu2nya...cheewahhh.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 11:32 AM | Show all posts
padan ngan muke RTM.. kata nak jaga hati peminat neh bagi peminat naik angin lakss baru tau
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-8-2006 11:41 AM | Show all posts
bila menteri baru jer semua nak tukar.... nak tunjuk dia rajin buat keje la tu... yg dah elok apa salahnya kekalkan.. masih banyak benda lain yg kena improve..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 12:00 PM | Show all posts
padan muka RTM!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2006 01:59 PM | Show all posts
pada muka gak.....ingat bagus lah tu tukar tukar time..............
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 02:30 PM | Show all posts
smns pon banyak dihantar komen pasal pertukaran waktu nie....tapi mmgr asa hampeh giler la...dah lah baru rasa seronot sebab dapat tgk citer korea dalam bahasa korea main kat tv
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 02:57 PM | Show all posts
tadi dapat tgk jap cite ni cepat rehat lama sket....awal2 tadi xde subtitle jap...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 03:01 PM | Show all posts
aper cter nyer ari neh...ekkk sape yg boleh tolong cterkann
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 04:54 PM | Show all posts
zhenya dah tau mak dia.. yg lagi satu tu pun dah tau mak dia tu mak zhenya...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 09:42 PM | Show all posts
semenjak RTM tukar siaran aku dah tak berkesempatan tengok drama korea...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 10:06 PM | Show all posts
Originally posted by wildflower at 18-8-2006 02:57 AM

ha.. ha...rupanya ko ni rajin bergosip lah.. citer apa yg ko suka sibuk2 :gado:...
patutlah credits ko lebih laju dari aku yg join sblom ko....eekekeke


ff:
aku jadi  pemerhati je kat board gossip tu ..... jarang2 sekali post ..... lagipun tak de org layan aku kat situ ....
baik aku posting banyak2 kat SO ni ... rasa cam bercakap ngan kawan2 ....

posting aku banyak sbb aku mmg target nak jadi forum legend within a year dari tarikh aku register.....
so mmg gegila posting dulu ... bukan kat board ni je ....
at last berjaya gak sehari sebelum tarikh akhir ...hehehhehhe.... tapi aku jadi forum legend without disedari sbb dapat credit drp mod ....
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 10:11 PM | Show all posts
Originally posted by rienn at 18-8-2006 11:41 AM
bila menteri baru jer semua nak tukar.... nak tunjuk dia rajin buat keje la tu... yg dah elok apa salahnya kekalkan.. masih banyak benda lain yg kena improve..


:setuju:

nak tunjuk rajin buat kerja ..... tu le dok tukar2 time so that org perasan .....
actually banyak yg dia boleh buat sebenarnye tapi mungkin benda tu semua takes time so org tak nampak dia buat kerja ....

rienn ... ari ni takde synopsis ekkk ?? :nyorok:
segan nak tanya sebenarnye sbb tiap2 ari dah menyusahkan rienn ..... :tq:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-8-2006 11:27 AM | Show all posts
sorry semua, semlm streamyx bermasalah.. sebelum tu hujan.. sinopsis utk semlm:

sambungan dari episod semlm, kat taman... changlie kata dia pergi rumah mak dia tadi semata-mata nak jumpa mak dia.. sbb walau apa pun, dia tetap mak diorg.. changlie beredar tinggal tempat tu..

zhenya kat rumah tgh bungkus hadiah sambil ingatkan kata-kata shiyoung yg berterima kasih sbb datang ke kilang jenguk dia.. changlie balik dan suruh zhenya ikut dia pergi satu tmpt.. zhenya pun ikut dalam keadaan terpinga-pinga..

yanji tgh berkemas nak pindah... dia dah tak tahan tinggal sebumbung ngan ayah dia lagi.. ayah dia langsung tak bertolak ansur.. yanji dah kecewa sangat-sangat.. mak dia cuba menghalang.. mak dia cakap kalau yanji pindah camner dengan dia? camner dia nak hidup lagi? yanji kata selama ni mak nampak bahagia di sisi ayah, tapi sebenarnya tak.. dan skrg dia faham kenapa...

changlie tarik tangan zhenya sampai ke rumah mak diorg.. changlie suruh zhenya ingat rumah tu baik-baik sbb tu rumah mak diorg.. mak yg pernah menyusukan zhenya, tinggal dia dan changlie begitu saja.. duduk dekat pun tak balik jumpa anak-anak dia... zhenya tak percaya dan tanya samaada changlie menipu.. dia kata dia kenal makcik yg tinggal situ... makcik tu cantik, ada sorang anak pompuan lagi.. sungguh-sungguh dia tak percaya.. kata abg dia menipu...

yanji keluar dari rumah.. mak dia ikut.. depan gate terjumpa zhenya dan changlie... mak diorg terkejut bila nampak zhenya.. changlie tunjuk pada mak dia ini dia zhenya.. anak yg dia tinggalkan bertahun dulu.. giliran yanji pulak terkejut tak percaya.. changlie sambung lagi, ni jiang zhenya yg mak diorg tak pernah tanya namanya... tak pernah tanya keadaannya.. zhenya dah tak tahan, dia mintak balik.. changlie setuju.. diorg takkan ke rumah tu lagi lepas ni..

yanji masih dalam keadaan terkejut... tak percaya apa yg berlaku.. bertalu-talu tanya mak dia apa semua ni? betul ker? mak dia hanya mampu menangis... yanji terus berjalan kat jalan raya, tak pedulikan kereta yg lalu lalang.. sambil berjalan dia teringat kembali accident hari tu.. macam mana keadaan zhenya kat hospital lepas nenek dia meninggal.. apa alasan yg yanji bagitau kat zhenya masa jumpa dia kat rumah shiyoung.. zhenya tak suka makan bayam macam dia.. semua dia ingat balik sambil berjalan macam takder hala tuju.. yanji sampai kat rumah shiyoung.. dari luar dia nampak lampu bilik shiyoung terang.... yanji kata dalam hati.. shiyoung, hari ni dia dapat tahu sesuatu yg penting.. apa harus dia buat? shiyoung masa tu tgh minum dalam bilik memikirkan nasib diri...

changlie dan zhenya duduk kat taman... zhenya tanya changlie, macam mana dapat jumpa mak diorg.. changlie citer yg masa dia kuarkan duit 70 ribu won dari akaun nenek tu, dia nampak sejumlah duit daripada org yg nama macam mak.. zhenya kata lebih baik jgn bagitau dia camni.. sekurang-kurangnya boleh terus berharap.. changlie kata mulai skrg dia akan jadi bertanggungjawab, biarpun tanpa mak.. changlie pun peluk adik dia.. comforting her like a brother should do for his sis..

chengyu nak tutup bengkel... yanji sampai situ dalam keadaan tak bermaya.. dia nak bercakap dengan chengyu.. chengyu tanya yanji tak apa-apa ker? yanji hampir pitam kat situ.. chengu bawak dia masuk.. kat dalam chengyu tanya nak hubungi parents yanji ker? yanji kata tak payah sbb dia lari dari rumah.. ayah dia camtu, mak dia pun camtu gak.. dedua pun sama jer.. yanji mengaku kat chengyu yg menyebabkan kemalangan dulu tu adalah dia.. bukannya shiyoung.. shiyoung cuma terlelap kat sebelah.. chengyu dengar jer pengakuan yanji tak terkata apa apa..

zhenya kat rumah mengenangkan mak dia... dari first time jumpa masa makan kat rumah yanji sampai ler kena halau kat kedai.. chengyu masuk bagitau yanji nak jumpa.. chengyu ajak pergi jumpa zhenya kat rumah tapi dia taknak.. so tunggu jer kat bengkel.. zhenya taknak jumpa.. chengyu pujuk zhenya mungkin yanji ada perkara penting nak bagitau....

yanji berselimut nak demam.. chengyu dan zhenya sampai kat bengkel... cuba kejutkan yanji tapi yanji tak bangun dan menggeletar kesejukkan.. zhenya rasa dahi yanji dan suruh chengyu panggilkan ambulans..

mak diorg kat rumah menangis dan kesal apa yg berlaku.. yanji dah kat hospital.. chengyu dan zhenya temankan yanji kat situ.. zhenya tanya chengyu muka dia dan yanji nampak serupa tak? chengyu kata yer.. sebelum ni tak nampak... mata besar, hidung mancung... zhenya gitau chengyu tu adik dia... chenyu tanya zhenya tak apa-apa ker?

zhenya sms mak dia gitau yanji kat hospital.. mak dia pun bergegas keluar dari rumah.. tuan piao yg tgh baca suratkhabar tanya nak ke mana? mak yanji reka citer yg dia tahu yanji kat mana so nak gi pujuk suruh balik.. tuan piao kata biar ler yanji tu balik sendiri.. ni semua sbb mak yanji terlalu manjakan dia.. mak yanji kata takper la dpt jumpa sekali dan suruh tuan piao tido dulu...

sampai hospital, mak diorg pergi tengok yanji tapi yanji masih lum sedar.. zhengya dan chengyu dah nak balik tapi dia nak cakap ngan zhenya... mak zhenya mintak maaf kat zhenya.. dah bertahun dia cuba mencari diorg adik beradik.. terlalu sukar utk dia waktu tu kerana dapat ibu mertua yg jahat.. zhenya kata nenek diorg baik.. mak zhenya kata mmg baik tapi pada diorg bukannya pada dia.. ibu mertua kejam pada dia.. zhenya kata takkan tak rindu pada diorg? mak zhenya kata lepas pergi tinggalkan zhenya, tiap hari dia pergi rumah zhenya tapi tak berani masuk.. setiap saat dia merindui zhenya dan changlie.. zhenya berdiri nak pergi dari situ.. dia kata hatinya sakit bila dengar semua tu.. sebelum zhenya pergi, mak dia ada cakap sesuatu tapi rienn tak dpt concentrate pada perbualan diorg masa ni...

zhenya pergi gereja utk mengadu kat nenek dia... zhenya kata dah jumpa mak dia... cantik... tapi betul cakap nenek, baik jgn jumpa...

pagi keesokkannya shiyoung keluar dari rumah.. terpandang buaian.. shiyoung duduk kat situ... tak sempat duduk lama, ada org tekan door bell.. shiyoung pun pergi tengok.. zhenya ada kat situ.. shiyoung tanya kenapa datang? semalaman rindu kat dia ker? zhenya buat muka menyampah.. dia kata dia datang sini ada sebab.. nak mintak shiyoung mengendong dia.. shiyoung kata badan zhenya tak langsing.. nanti dia sakit pinggang.. zhenya kata takkan tak faham dia datang sini sbb nak shiyoung pujuk dia? masa dia kecik, selalu rasa iri hati bila tengok ibu bapa mengendong anak diorg.. shiyoung dah setuju tapi tetiba makcik shiyoung keluar.. marah dan tanya zhenya kenapa ada kat sini? masa deepan shiyoung musnah sbb zhenya.. dari awal kenal sampai akhir hanya dengan masalah.. makcik shiyoung mintak zhenya jgn salahkan dia sbb dia yg jaga shiyoung sejak kecik sejak mak shiyoung meninggal masa muda... zhenya pergi dari situ... shiyoung ikut zhenya dan kata kan dah janji nak kendong.. shiyoung tarik tangan zhenya gi satu tmpt..

kat hospital, yanji dah sedar... mak dia kat sisi.. yanji gitau mak dia yg sebenarnya dialah yg langgar nenek zhenya.. mak zhenya merayu jgn gitau sesapa.. kalau kena hukum, biarlah dia jer yg kena.. bukannya yanji...

kat kilang, ex PA shiyoung tgh lap mesin... Mali ( kawan zhenya yg rambut pendek ) marah org kacau mesin dia... makcik kilang gitau tu polisi baru syarikat.. setiap pekerja kena lap satu mesin setiap hari utk lebih memahami ttg mesin.. Mali tetap tak puas hati dan dia pergi ke mamat tu dan cakap jgn kacau mesin dia.. Mali panggil dia pembelot sbb bekerja utk pengerusi skrg dan masih dok kat pejabat setiausaha.. ex PA cakap Mali pun sama juga masih keje sini.. Mali kata ni mmg keje dia.. suruh ex PA tu pergi jugak.. Masa makan tengahari, Mali berebut amik makanan ngan ex PA tu.. Mali ngan makcik kilang komplen tak nampak pun pengerusi baru makan kat situ... ex PA senyum jer tengok gelagat diorg...

yanji bangun dari tido dan nampak chengyu masih ada.. yanji tanya chengyu dah semalaman duduk kat situ? chengyu tak menjawab cuma pandang yanji jer.. yanji rasa bersalah sbb melibatkan chengyu dalam hal ni padahal chengyu bukannya ada kaitan.. yanji suruh chengyu balik.. doktor dan jururawat boleh jaga dia.. chengyu nak juga temankan yanji.. chengyu kata masa tgh terluka ni ler org paling perlukan teman di sisi.. dia pun macam tu, taknak bersendirian masa sedih..  yanji kata di masa akan datang, dia akan balas budi baik chengyu pada dia..

zhenya dan shiyoung pergi ke tepi tasik... zhenya beritahu dia dah jumpa mak... shiyoung hanya mendengar... zhenya kata lagi yg dia nak jadi seperti shiyoung yg sentiasa tabah...

bersambung...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2006 11:37 AM | Show all posts

Reply #857 rienn's post

terima kasih rienn ...... :tq:
bestnye ep ari jumaat ni yea .....

sian kat zhenya dapat mak cenggitu .... :cry:
ngapelah abg dia bagitau dia ekkk .... tak tahu lagi happy hidup dia ....
tapi tak jadi crite best lak kalau tak tahu kan .....

nampaknye zhenya cari shiyoung gak masa sedih .... sian kat chenyu ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2006 11:42 AM | Show all posts

Reply #858 kayla's post

rasa nak sgt yanji couple ngan chengyu... hehehe....
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2006 01:44 PM | Show all posts
a'ah la...aku pun tingin nak tgk yanji n cheng yu kapel...cam serasi je dorg...
bile yanji ade problem dgn cheng yu gak die pegi mengadu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.527346 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list