CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rienn

Sesi borak-borak Three Leaf Clover

[Copy link]
Post time 22-8-2006 12:51 PM | Show all posts
Originally posted by budakbaru at 22-8-2006 11:49 AM
oh kira takde lah sampai tahap bercinta ek......best  friend je...ok lah janji bahagia


lebih kurang gitu la...tapi cam kelakar lak...kakak amik boipren adik..adik amik boipren kakak..pastu jadi ipar duai lak ekekeke...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2006 01:11 PM | Show all posts
bagi aku citer ni not bad la..tp ngape kureng sembutan kat korea ek? aku try gak carik cd citer ni tp tak jumpe ler...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2006 02:07 PM | Show all posts
sorry ekk kayla tersalah lagikk sweet neh>>>hehehe tadik sempat tengok kejab jer kat computer cter tuh sakit hati jer bile tengah syok22 tengok terpadam lakss sbb web dia entah kena aperr entah tuh pun nasib   dapat online tadikk.. sekerat jer tengok
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2006 02:16 PM | Show all posts
3 leaf clover nyer pasal aku kena berimaginasi tinggi lah semenjak 2 menjak nih.....ari ni pa jadik kat dorang aaaa
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2006 02:16 PM | Show all posts
3 leaf clover nyer pasal aku kena berimaginasi tinggi lah semenjak 2 menjak nih.....ari ni pa jadik kat dorang aaaa
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2006 02:49 PM | Show all posts
Originally posted by Tazmania_Lover at 22-8-2006 01:11 PM
bagi aku citer ni not bad la..tp ngape kureng sembutan kat korea ek? aku try gak carik cd citer ni tp tak jumpe ler...


apa lak x jumpa Taz...berlambak jual kat kedai...
klu ko beli kat Kotaraya harga dia RM69 tapi klu ko beli kat luar dari kotaraya harga dekat RM119 gitu...

x rugi klu beli keluaran PMP ni sbb gambar cantik dan sub dia pun elok....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2006 02:57 PM | Show all posts
Originally posted by budakbaru at 22-8-2006 02:16 PM
3 leaf clover nyer pasal aku kena berimaginasi tinggi lah semenjak 2 menjak nih.....ari ni pa jadik kat dorang aaaa


tunggu je la sinopsis dari rien ye...pastu pepandai la ko imagine hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2006 06:18 PM | Show all posts
cerita ni limau dah tak tengok dah.adoi........geramnya gara gara RTM nie........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2006 06:18 PM | Show all posts
Originally posted by nhuda at 21-8-2006 03:26 PM


dia ni staff RTM kot


mesti suri rumah yg tak de kerja.............!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2006 07:51 PM | Show all posts
sinopsis hari ni 22 ogos tapi awal ni screencaps dari episod lepas:









sambungan semlm.. macam-macam mak dia tanya.. smlm mak dia tanya yanji ker yg nak tinggal situ? changlie pun tinggal situ? episod hari ni dia tanya zhenya dan yanji tido sama-sama ker? zhenya kata rumah dia tak ler teruk sgt.. dibandingkan masa diorg terpaksa merempat dulu, rumah skrg jauh lebih baik.. zhenya pulangkan semula kad kredit tu.. mak dia bukan niat dia nak singgung perasaan zhenya.. tuan piao muncul dan tanya naper zhenya berada kat situ? mak zhenya bagi alasan sbb dulu dia pernah tolong zhenya.. tuan piao tuduh zhenya cuba 'cucuk' isteri dia.. tuan piao tanya zhenya tahu tak tu kedai sapa? yanji tu anak pompuan keluarga ni.. tuan piao tak benarkan zhenya ke situ lagi.. zhenya kata dia pun tak suka nak datang...





shiyoung kat majlis reunion... staff shiyoung ajak balik jer sbb tak sesuai berada kat situ.. shiyoung kata takper, dia pun dah takder rasa malu... diorg berdua gi jumpa dua org kawan lama.. kekawan lama shiyoung tanya pasal syarikat shiyoung.. nak diorg tolong tak? shiyoung kata nnt dia serahkan kertas keje.. salah sorang drpd kawan shiyoung cakap tak payah kertas keje, dia akan tolong.. dah byk syarikat diorg tolong.. shiyoung dan staff dia rasa segan.. tak tahu mana nak letak muka..






then masa shiyoung nak ke tandas, dari luar dia terdengar kekawan lama dia cakap pasal dia.. salah sorang tu cakap kalau dia jadi shiyoung, dia tak datang situ.. dia suruh kawan dia jgn gitau org lain diorg jumpa shiyoung.. buat malu jer.. kawan yg lagi sorang tu tanya, betul ker nak tolong shiyoung? yg sorang tu cakap tak la, dia cakap jer... shiyoung pergi kat staff dia ajak beredar.. kekawan dia tanya naper cepat sgt nak balik? kekawan dia belum tahu shiyoung terdengar perbualan diorg tadi.. shiyoung kata takper dan mintak maaf sbb datang ke situ.. dia tak layak.. kawan dia cuba pengaruhi staff shiyoung tapi staff shiyoung kata shiyoung 100 kali ganda jauh lebih baik.. shiyoung dan staff dia terus beredar..










changlie balik tgk takder makanan... changlie kata tak masak ker? duduk kat rumah org free takkan tak buat apa? tahu masak tak? changlie ajar yanji masak nasi.. changlie nak masak sayur tapi kata mesti yanji tatau masak sayur kan? yanji geleng.. changlie tanya tahu goreng telur tak? yanji kata tahu.. chengyu balik dan tgk gelagat diorg.. bila dah siap, yanji pun hidangkan atas meja.. telur goreng mata kerbau bertimbun dalam satu pinggan then lagi satu lauk dia letakkan dlm tupperware... changlie seronok jer gelakkan yanji... chengyu pun tergelak sama.. changlie suruh yanji belajar dari chengyu.. dia pandai masak.. yanji dah nak merajuk dah... chengyu senyum jer...





zhenya balik tgk mak dia tgh tunggu kat depan gate.. mak dia tak nampak zhenya ada situ.. then mak dia pergi.. zhenya ngan yanji tgh baring... zhenya tanya yanji dah mkn ker? yanji jawab sudah, mkn dengan abg dan chengyu.. lepas tu yanji tanya pasal shiyoung.. rienn tak ingat apa zhenya jawab.. server pun buffer masa ni.. yanji sambung tentu dia sgt susah hati.. zhenya diam jer..




ex PA shiyoung tgh lap mesin.. mali datang marah dia lagi.. ex PA shiyoung tanya masih anggap dia pengkhianat? dia buat macam tu kerana ada sesuatu sebab.. tapi dia tak jelaskan sebab dia kat mali.. mali pun blur jer.. kat kedai, mali ngadu pasal hal tadi kat zhenya.. bila dengar ada sebab jer, terus zhenya nak jumpa dia..




shiyoung kat bilik tgh koyakkan kertas.. makcik shiyoung masuk bilik dan suruh shiyoung balik ke boston jer.. dia sendiri pun nak balik ke jepun.. dah tak tahan ngan umpat keji org sekeliling.. makcik shiyoung suruh shiyoung just sambung pengajian dia jer kat sana..





kat pejabat pakcik ketua, ex PA kata zhenya nak jumpa dia.. lepas tu pakcik ketua tanyakan pasal saham.. dah berhenti beli?.. ex PA jawab dah.. walaupun dlm masa yg cepat tp mmg dlm jangkaan.. apa yg rienn faham dari dialog diorg tu mungkin diorg dah agak shiyoung akan bertindak nak amik semula kilang tu jadi diorg buat rancangan dulu.. ex PA pun gi jumpa zhenya kat kedai zhenya sambil bawak satu beg..

[ Last edited by  rienn at 22-8-2006 11:46 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2006 07:51 PM | Show all posts




zhenya pergi rumah shiyoung... mulanya dia teragak-agak nak tekan bell.. makcik shiyoung jawab dan kata kan dah larang zhenya ke sini lagi? zhenya jawab dia ada sesuatu drpd ketua.. zhenya pun dibenarkan masuk.. makcik zhenya kata shiyoung akan ke boston.. mustahil diorg dpt bersama.. zhenya kata call shiyoung tak berjawab jadi dia mintak kebenaran jumpa shiyoung.. makcik shiyoung bagi..










shiyoung dlm bilik tgh tensen.. zhenya saja call tanya dia kat mana? shiyoung kata dia ngan pelabur skrg.. zhenya panggil shiyoung penipu dan ketuk pintu bilik shiyoung.. kelam kabut shiyoung nak kemaskan kertas yg berterabur.. zhenya masuk dan tgk bilik bersepah.. zhenya tanya mana pelaburnya? shiyoung diam... shiyoung pegang botol arak kat belakang.. zhenya nampak.. zhenya kata kan dah janji apa-apa hal boleh mintak tolong dari dia.. zhenya suruh shiyoung mandi.. kemudian zhenya turun semula.. zhenya cakap kat makcik shiyoung yg dia akan beri semangat pada shiyoung, boleh tak? makcik shiyoung akur.. zhenya kemas bilik shiyoung dan ternampak tiket kapal terbang.. dia tanya shiyoung pasal tu.. lepas tu rienn lupa dia cakap apa.. yg rienn ingat lepas tu zhenya kuar dari bilik tu..

( tu jer screencaps yg rienn sempat buat )

[ Last edited by  rienn at 22-8-2006 11:21 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2006 07:53 PM | Show all posts
yanji kat rumah... zhenya sediakan makanan dan letak nota dia sediakan semua tu sbb yanji tak tido lena mlm tadi.. changlie kuar dari bilik air ngan berseluar boxer.. memula ok jer tp bila dah sedar dia pakai seluar camtu jer, mula ler kelam kabut... dia terus nyorok dlm bilik dan suruh yanji hulurkan baju dia kat depan bilik air.. yanji senyum jer... hehehe bukannya tak pakai seluar langsung..

shiyoung dan zhenya tgh mkn.. zhenya suruh cepat mkn sbb kemudian dia nak tunjukkan sesuatu.. lepas makan, zhenya tunjukkan semua dokumen yg dia dapat.. shiyoung tanya dapat dari mana? zhenya tak bagitau.. shiyoung taknak baca tu semua.. zhenya kata shiyoung perlu tahu pasal kilang.. jgn tak amik tahu langsung.. zhenya suruh shiyoung baca sbb nnt diorg akan berjumpa seseorg.. zhenya tak gitau sapa..

yanji gi pasar nak beli sayur buat sup tapi dia tatau sayur apa yg sesuai.. teragak-agak dia kat depan makcik jual sayur tu.. nasib baik chengyu datang.. makcik tu pun cakap la yanji nak buat sup.. chengyu pun beli la apa yg patut kat situ.. diorg beralih kat kedai jual ikan.. chengyu tanya yanji suka tak sup ikan? yanji kata ya.. chengyu cakap zhenya pun suka jadi dia pun beli la ikan kat situ.. diorg berdua pergi beli barang lain lepas tu.. hensem tul chengyu masa ni hehe :love:

zhenya nak balik.. shiyoung antar depan pintu.. zhenya kata shiyoung mesti datang besok...

chengyu kat bengkel.. pekerja dia ajak makan.. chengyu amik arak.. pekerja chengyu kata chengyu kebelakangan ni asik minum jer... chengyu senyum.. pekerja kata chengyu byk memendam perasaan dan taknak bercakap pasal masalah dia...

zhenya dan shiyoung dlm kereta nak gi kilang.. shiyoung teragak-agak nak buat perkara ni.. yanji suruh jugak, dia kata dia tak suka org yg gagal... shiyoung kata dia akan buat apa jer yg zhenya suka... diorg pun masuk area kilang...

kat pejabat pakcik ketua, pakcik ketua tanya shiyoung dah rasa ker apa yg ayah dia rasa dulu? zaman dulu ekonomi teruk, jadi biasa la utk org bekerja keras pada masa tu dan keluarga jatuh no 2.. jadi hentikan rungutan ttg ayah dia.. pakcik ketua kata satu jer cara nak dapat kilang tu balik.. dia serahkan satu beg kat shiyoung.. shiyoung tgk dlm tu uniform pekerja.. tanya apa ni? jgn bergurau.. pakcik ketua kata ni jer caranya iaitu mulakan dari bawah.. shiyoung rasa tak percaya jer.. zhenya cuba pujuk shiyoung tp shiyoung tegah.. shiyoung kata takkan nak buat camni, dia pun ada maruah.. pakcik ketua kata nampaknya shiyoung masih bermegah.. dia kata dia ada banyak kepentingan dlm kilang tu.. banyak saham.. tapi tu bukan tujuan dia.. dia ada tujuan lain.. shiyoung tanya kenapa dia harus percayakan pakcik? err pakcik tu cakap apa ek masa ni? sapa boleh tolong? :stp:

diorg nak kuar dari kilang... terserempak ngan ex PA shiyoung.. ex PA tu masih beri tunduk hormat kat zhenya dan shiyoung.. zhenya balas tp shiyoung buat dek jer...

shiyoung antar zhenya kat luar kedai.. dia masih tak percaya dia kena buat keje tu...

changlie kat kedai tak perasan zhenya balik ngan sapa.. dia komplen zhenya baru skrg balik... changlie tanya sampai bila yanji nak duduk kat rumah diorg? dia tak selesa ada org luar tinggal situ.. zhenya tak jawab...

mlm tu shiyoung ingat balik apa yg dicakapkan pakcik ketua siang tadi.. dia pun ingatkan balik camner zhenya ketepikan maruah masa mula nak keje semula kat kilang dulu.. shiyong mula berazam...

pagi esoknya shiyoung nak ke kilang dengan pakai kot dan naik kereta.. zhenya dah kat depan rumah dia.. zhenya tanya takkan gi keje pakai kot lagi? shiyoung kata nnt tukar kat kilang.. zhenya cakap lagi takkan pergi kilang naik kereta? kata mula dari bawah.. shiyoung kata dia tatau mana perhentian bas.. zhenya suruh jgn risau sbb dia ada.. diorg gi perhentian bas.. zhenya pun ajar shiyoung nak naik bas mana dan bila kekerapan bas tu datang.. tapi yg lawak tu bila sampai jer bas, zhenya yg berkejar nak naik bas sedangkan shiyoung berdiri tegak jer kat tmpt tadi.. bila bas tu blah, zhenya marah shiyoung jgn ingat bas tu macam teksi, kita tunggu jer nnt dia datang.. bas ni, kita kena pergi kat dia utk naik.. shiyoung buat muka blur jer... diorg tunggu lagi bas datang.. kali ni shiyoung lak kejar bas tarik tangan zhenya.. shiyoung naik bas macam happy jer sbb dah berjaya heheheh.. zhenya tinggal kat situ dan lambai kat shiyoung..

shiyoung tukar uniform kat kilang.. semua pekerja kilang tengok jer dia tp masih beri tunduk hormat.. shiyoung nampak segan sbb dah sama level ngan diorg... pakcik ketua suruh shiyoung angkat kotak-kotak barang.. shiyoung kata kan boleh guna mesin.. pakcik ketua kata org yg naik gunung guna lif takkan dianggap berjaya.. sama juga ngan benda yg hanya dihafal ngan otak tanpa bebetul melakukannya, kita takkan bebetul faham.. shiyoung kena ingat ayah shiyoung dulu pun mula keje sbg kuli.. pakcik ketua suruh penyelia bagi tugas kat shiyoung..

pekerja-pekerja kilang mula permainkan kehadiran shiyoung kat situ.. diorg cakap shiyoung takkan bertahan lama.. paling lama pun 3 hari, kalau lebih dari tu, salah sorang dari pekerja tu sanggup tulis nama shiyoung kat dahi dia...

dah waktu makan tghari.. makcik dan mali terkejut tgk shiyoung kat situ.. shiyoung guna formalities bila bercakap ngan diorg.. shiyoung kata dia baru keje situ.. mali pun cakap dia dengar org kaya kalau bankrap, tak keje 3 tahun pun takper tapi naper shiyoung gitu? makcik pun tepis siku mali suruh berhenti cakap.. makcik ajak shiyoung gi mkn.. shiyoung kata takper.. mali cakap lagi ajak shiyoung mkn kat kantin.. makanan situ lebih sedap sejak pengerusi pergi.. makcik pun tepis lagi siku mali.. shiyoung mintak tunjuk ajar drpd diorg berdua.. lepas tu makcik tarik tangan mali.. makcik kata kat mali takkan shiyoung nak mkn sama pekerja-pekerja yg lan.. shiyoung terdengar...

kat kantin ex PA shiyoung cuba duduk semeja ngan mali dan makcik.. tapi mali suruh dia pergi sbb dia ( mali ) takder selera kalau ex PA tu duduk kat situ.. lepas mamat tu pergi, makcik tanya naper buat camtu? makcik suruh mali bercinta jer ngan ex PA shiyoung tu.. rienn baru tahu nama dia encik li..

shiyoung masih lagi angkat kotak-kotak.. sekumpulan pekerja tgh minum-minum kat situ sambil ngutuk shiyoung.. shiyoung tak kata apa just dengar jer apa diorg ckp..

makcik shiyoung datang pejabat pakcik ketua.. kat luar pejabat dia jumpa en. li.. makcik shiyoung pandang tajam jer kat dia.. masuk jer pejabat, makcik shiyoung marah pakcik ketua.. dah puas ker dapat bilik ni? pakcik ketua silakan makcik shiyoung duduk.. kalau nak pukul atau maki dia pun, duduk dulu...

bersambung...

[ Last edited by  rienn at 22-8-2006 11:34 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

antu_ubi This user has been deleted
Post time 22-8-2006 10:34 PM | Show all posts
thank you rein.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 12:33 AM | Show all posts
Originally posted by sarahsofiyah at 22-8-2006 11:41 AM

yunyi x kesah dah lepas tu...yg penting kakak dia dah terima dia...dia jadi baik dgn chenyu lak tapi xdela sampai bercinta..nanti masa chenyu nak g kanada dia yg antar chenyu kat airport & ...


baik rupanye yunyi ni kan .....  tapi kesian gak kat dia ...sedikit sebanyak mesti terasa gak bekas pakwe bakal jadi abg ipar .... kalau in real life tah macam manalah kan ..... :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 12:48 AM | Show all posts

Reply #932 rienn's post

wow ... panjang synopsis rienn ari ni ..siap ngan screencaps ... kamsahamnida rienn ...:tq:

kehkehkeh ... shiyoung gi kerja kilang pakai kot .... dia takde baju biasa ke????
tapi kesian gak kat dia ... dia ni kan jenis 'action' sikit ..so mesti susah nak bergaul ngan pekerja lain .....
patutnye zhenya temankan dia kerja n ajar apa2 yg patut ....
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 07:55 AM | Show all posts
wahhhh rien details...ccayala....bestla rien bagi sinopsis...kalu tak tgk pun rasanya dapat bayangkannn....respectla....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2006 08:45 AM | Show all posts
cayolah rien..:tq: dapat jugak le sy tengok dan faham.dapat jugak tengok chengyu:love:...
abg zhenya dah hensem sikit jelah.dah terurus sikit tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 09:33 AM | Show all posts
nanti masa hero jadi pekerja biasa kesian lak tgk dia...nasib baik ada zhenya beri dia semangat & kawan zhenya mali & ajuma tu yg tolong hero...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 09:39 AM | Show all posts
teme kasih ............rein
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 10:02 AM | Show all posts
macih rienn ekk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.078642 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list