CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rienn

Sesi borak-borak Three Leaf Clover

[Copy link]
Post time 23-8-2006 10:27 AM | Show all posts
wah......ilang rendu dpt gak tgh zhenya.....tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2006 02:04 PM | Show all posts
mekaceh rien....len kali bikin screencap lagik..baru aku bleh imagine sambil baca sinopsis ko...hikhikhik...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 03:28 PM | Show all posts
aku rasa nak beli la cd citer ni...sbb byk sangat part yg best...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 03:30 PM | Show all posts
dah ada ke vcd citer ni? aku x penah jumper pun...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 03:33 PM | Show all posts
Originally posted by Tazmania_Lover at 23-8-2006 03:30 PM
dah ada ke vcd citer ni? aku x penah jumper pun...


ada tapi tak semua tempat ada jual..........
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 03:33 PM | Show all posts
Originally posted by Tazmania_Lover at 23-8-2006 03:30 PM
dah ada ke vcd citer ni? aku x penah jumper pun...


dah ada hari tu aku tgk kat one utama ...mahal gak la...dlm rm 119
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-8-2006 07:45 PM | Show all posts
sinopsis dulu screencaps nanti.. tu pun sikit jer, masa baru start dan dekat nak abis... tgh-tgh takder... server bz.. kalau takder sreencaps tu sorry la yer.. sinopsis 23 ogos 2006:

makcik shiyoung kat pejabat pakcik ketua.. dia kata masa pakcik ketua usir shiyoung dia masih bersabar.. tapi skrg pakcik ketua biarkan pulak shiyoung keje macam tu.. shiyoung macam anak pakcik, mana boleh layan macam tu.. pakcik kata singa pun campak juga anak dia.. dlm hutan, hanya yg kuat jer akan hidup... makcik shiyoung tak terkata apa.. pakcik ketua kata makcik shiyoung tak pernah cari dia jadi dia ingatkan makcik shiyoung tabah.. rupanya dia nilaikan makcik shiyoung terlalu tinggi..

shiyoung dah tak larat bekerja.. mali cakap kat zhenya, shiyoung bekerja setengah hari jer terus blah.. ntah besok datang lagi ker tak.. zhenya terus belikan koyok utk shiyoung dan serahkan kat dia.. makcik shiyoung cakap kat zhenya gitau pakcik ketua, shiyoung takkan datang keje lg.. dia tak benarkan.. zhenya tanya kenapa? makcik shiyoung kata keje tu mmg susah.. dia takkan lepaskan tuan piao.. dan dia pun makin tak sukakan zhenya.. zhenya cakap kalau lepas shiyoung hidup senang nanti, dia pun tak perlu datang lagi.. sebelum ni makcik dan shiyoung banyak tolong dia lepas nenek meninggal.. biar la kali ni dia tolong lak.. makcik shiyoung kata shiyoung pun tak dengar cakap, zhenya nak dengar ker.. zhenya kata kali ni jer...

zhenya sediakan bekalan utk changlie dan chengyu... changlie kata hari ni dia terima sijil jadi zhenya ngan chengyu kena datang.. tapi dua-duanya tak dapat datang sbb sibuk..

shiyoung terlewat pergi ke kilang.. kat pondok pengawal, pengawal serahkan satu beg pada shiyoung.. bekalan makanan dari zhenya.. sampai jer kat kilang, shiyoung mintak maaf sbb datang lambat... penyelia warning dia keje bebetul.. shiyoung mula buat keje, tapi kotak-kotak pulak terjatuh.. pekerja-pekerja yg lain cakap shiyoung main-main jer dan tak serius nak keje.. en. li gitau kat pakcik ketua shiyoung datang...  pakcik ketua kagum shiyoung datang jugak hari ni...

shiyoung makan bekal yg zhenya bagi... mali dan makcik duduk kat dia.. mali siap suapkan makanan kat mulut shiyoung.. memula shiyoung rasa pelik lepas tu happy tengok dua org depan dia tu...

pekerja chengyu datang tanya kat chengyu tadi ada org tanya pasal bengkel tu nak diserahkan pada org lain.. kenapa? chengyu kata dia nak jual bengkel tu.. pekerja chengyu tanya camner ngan diorg? kenapa lak nak jual? chengyu kata dia nak gi kanada, cari mak ayah dia.. pekerja shiyoung tak puas hati.. dia baru bekerja kat situ.. camner ngan dia? chengyu diam...

changlie dapat sijil... bangganya dia.. sempat mengurat gadis kat kaunter pejabat tu.. pegang-pegang tangan lagi.. dah tu changlie merungut makcik tak datang... selalunya dia ler yg paling sibuk...

mak yanji jumpa yanji... yanji masa tu baru balik dari pasar beli sayur.. yanji kata dia nak balik cepat utk masak nasi.. mak yanji terkejut.. kat rumah dia tak pernah buat keje tu.. takut yanji susah.. yanji kata mmg gitu diorg hidup, sapa balik dulu kena masak nasi..  dia pun dah pandai masak dan belajar macam-macam sejak tinggal kat situ... mak yanji mintak yanji balik.. yanji kata kalau balik nanti dia kena berpura-pura depan tuan piao.. dia taknak camtu.. tuan piao memusnahkan cinta dia.. mak dia lak memusnahkan hidup dia... yanji balik dan termenung.. chengyu pun balik.. dia kata nak buat sambutan utk changlie sikit.. yanji tanya nak masak apa? chengyu pun gitau menu dia.. dan dia usik yanji suruh goreng telur.. saja nak bagi yanji senyum... zhenya balik.. dia pun ada beli sayur... chengyu, zhenya dan yanji kat dapur sama-sama.. zhenya masak dan chengyu jadi tukang rasa.. zhengya siap suapkan chengyu lagi.. tak nampak kekok pun.. yanji tgk jer diorg berdua..

changlie balik.. masih membebel naper org tak kisah hari dia dapat sijil.. selalunya diorg sibuk suruh changlie berusaha.. changlie tgk rumah gelap jer.. bila masuk terus ada surprise daripada zhenya, chengyu dan yanji.. siap ada kain rentang.. chengyu amik gambar changlie dengan sijil.. changlie tunjuk dengan bangga.. amik gambar dengan zhenya dan chengyu.. changlie happy betul masa makan.. suruh yanji minum ngan dia.. siap panggil yanji "adik".. yanji nampak kekok, zhenya pun camtu... waktu nak tido, yanji kata tu first time dia buat celebration camtu.. yanji cuba panggil zhenya "kakak" tapi zhenya kata dia belum boleh terima yanji sebagai adik dan "makcik" tu sebagai mak dia.. zhenya sendiri tatau naper dia ajak yanji tinggal sekali kat situ...

changlie ngan makcik dah mula kapel.. dating lak kat taman.. makcik happy changlie dah dapat sijil.. dia hadiahkan changlie rantai kapel.. changlie taknak pakai.. makcik pujuk lagi dengan gaya gediknya.. changlie takmo gak.. makcik dah tak sabar, tengking changlie kat situ gak suruh pakai.. changlie pun akhirnya setuju gak.. penakut gak changlie ni.. makcik nak ajak makan-makan dan tengok wayang.. changlie kata mana dia ada duit.. makcik dah nak merajuk.. changlie dapat idea dan bawak makcik gi satu tmpt.. makcik yer yer mengikut.. changlie bawak makcik gi kat bas derma darah hehehe.. changlie kata lepas derma darah boleh dapat tiket wayang percuma.. makcik taknak pun changlie bawak gak naik bas tu....

zhenya terima sms dari shiyoung.. best ek sms diorg, ada suara.. shiyoung ajak jumpa.. diorg pun berjumpa ler.. zhenya tanya camner keje? shiyoung kata tetiap malam dia still tampal koyok tu kat badan.. zhenya kata mungkin rasa sengal tu sampai seminggu.. dulu dia pun gitu... shiyoung tertanya-tanya samaada dia patut percayakan pakcik tu? shiyoung kata cuma ada satu sebab kenapa dia teruskan gak keje tu walaupun sukar.. zhenya tanya apa dia? shiyoung kata, "awak".. dia nak jadi tabah utk zhenya.. zhenya tanya rindu yanji tak? shiyoung kata rindu.. mesti la rindu kat adik.. shiyoung antar zhenya depan kedai lepas tu serahkan kunci kereta pada zhenya.. shiyoung suruh zhenya guna jer kereta tu sbb dia pun jarang guna kereta tu sekarang, gi kilang pun naik bas.. zhenya boleh guna kereta tu utk amik stok, zhenya pun bukannya kuat sgt.. mulanya zhenya taknak.. dia boleh naik teksi jer.. tapi shiyoung tetap suruh zhenya amik dan jgn bagi alasan lak bila kena pulangkan nanti.. zhenya tanya camner shiyoung nak balik? shiyoung kata naik bas.... zhenya masuk kedai dan changlie pun datang.. changlie tahu tu kereta shiyoung jadi dia pun tendang.. changlie tanya zhenya naper kereta shiyoung ada kat situ? zhenya keluar dengan dia lagi? zhenya tak jawab... dia biar jer changlie marah sesorang...

yanji gitau chenyu pasal apa zhenya cakap mlm tu.. zhenya masih takleh terima dia.. chengyu kata mungkin zhenya masih keliru... chengyu dan yanji gi jenjalan... chengyu kata dia dah belajar daripada yanji ttg cinta.. selama ni dia ingat cinta dia agung.. rupanya yanji lagi lama, tunggu shiyoung 20 tahun.. chengyu citer lagi.. ayah dan mak dia kat kanada.. dia datang ke korea pun sebab zhenya.. skrg dah takder sebab dia kat sini lagi.. kebahagian adalah untuk pasangan yg bercinta.. dia taknak kehadiran dia kat situ hanya membuatkan zhenya menderita...

yanji jumpa staff-staff shiyoung.. staff shiyoung tanya keadaan yanji lama tak jumpa.. yanji kata ada hal sikit.. staff shiyoung pun citer keadaan syarikat.. susah nak cari pelabur.. yanji kata pelabur tempatan mmg susah so apa kata cari pelabur asing.. pelabur asing tak kisah pasal citer-citer semua ni.. staff shiyoung kata diorg tak terfikir ke situ lak..

yanji jumpa zhenya kat kedai... yanji tanya masih keliru ker bila jumpa dia? mulanya yanji tak tahu apa nak dibuat tapi chengyu dah bantu dia.. bukan dia yg akan bahagia tapi org yg saling mencintai yg akan bahagia.. zhenya mintak yanji balik ke rumah dia semula.. yanji nak terus tinggal dengan zhenya.. zhenya takkan halau dia kan? zhenya taknak ada apa-apa hubungan lagi dengan yanji.. panggil dia kakak takkan mengubah apa-apa.. zhenya harap yanji dapat terus membenci dia..

sambung kat post berikut...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2006 07:46 PM | Show all posts
shiyoung tgh angkat kotak kat kilang.. tuan piao nampak shiyoung dan halang laluan dia... tuan piao kata benarlah khabar angin tu yer? wakil syarikat bekerja kat kilang.. shiyoung mintak tuan piao lalu.. tuan piao kata shiyoung mmg keje bebetul.. mmg kena bagi laluan kalau camtu.. sebelum shiyoung jauh, tuan piao kata uniform tu "padan" ngan shiyoung..

tuan piao gi pejabat pakcik ketua... tuan piao naik angin naper shiyoung dibenarkan keje situ? pakcik ketua kata shiyoung mintak keje dan kebetulan ada kekosongan.. susah nak cari pekerja skrg.. org muda bukannya nak buat keje tu.. tuan piao kata shiyoung tu bukan menganggur.. dia tu anak pengasas kilang ni.. pakcik ketua nak benarkan gak shiyoung keje kat kilang.. pakcik ketua suruh tuan piao keluar dan kata, skrg dia pengerusi bukannya ketua kilang lagi... tuan piao tak terkata apa...

pakcik ketua arahkan en. li tukarkan shiyoung ke bhgn lain... penyelia tukarkan shiyoung ke bhgn mali dan makcik... diorg diminta ajar shiyoung.. makcik mula layan shiyoung macam org biasa.. tak panggil pengerusi lagi.. panggil liu shiyoung...

pakcik ketua tengok shiyoung tekun bekerja... dia pergi kat shiyoung dan kata, "tahu tak bila masanya yg paling mudah terseliuh masa daki bukit?" pakcik ketua kata lagi yg turun bukit lebih susah drpd daki bukit.. satu hari nnt shiyoung akan faham... masa mendaki, jgn habiskan tenaga.. simpan utk masa turun.. pakcik ketua pergi dan tinggalkan sesuatu utk shiyoung.. shiyoung panggil-panggil pakcik tapi dia terus pergi.. shiyoung amik masa jugak sebelum bukak sampul surat yg pakcik ketua sengaja tinggalkan tu.. rupanya dlm tu ada buku mengenai mesin yg shiyoung pasang... buku tu tunjuk semua bhgn mesin dan camner nak pasang.. shiyoung baca sambil perhatikan tiap bhgn mesin.. pakcik ketua tgk dari jauh.. dan bila ada yg dia tak faham, shiyoung call zhenya cakap dia nak datang utk bertanya...

mak zhenya gi kedai... zhenya tgh tunggu shiyoung... mak dia suruh hantarkan baju pada yanji.. zhenya taknak dah suruh hantar sendiri... mak zhenya bahasakan diri dia mak... zhenya dah meluat.. dia kata kalau betul mak pun, boleh ker dia ngaku depan org yg tu mak dia? patutnya kalau mak, boleh la tinggal sama..  boleh berjalan dan mandi bersama.. boleh ker? zhenya dah tahu tak boleh walaupun dah tahu mak dia.. tu ker yg dipanggil mak? mak zhenya mintak maaf lagi.. katanya bila dia terpandang bebudak, dia selalu teringat zhenya.. dia akan pandang budak tu berkali-kali sbb terbayangkan zhenya.. dia pun pegang wajah zhenya...

bersambung esok...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2006 08:08 PM | Show all posts
Originally posted by rienn at 23-8-2006 07:46 PM
shiyoung tgh angkat kotak kat kilang.. tuan piao nampak shiyoung dan halang laluan dia... tuan piao kata benarlah khabar angin tu yer? wakil syarikat bekerja kat kilang.. shiyoung mintak tuan piao  ...


wah rien sinopis ko bagi makin clear la...best la plak...tapi ruginya tak dapat tgk...part yg zhenya nasihatkan shi young tu mesti bestkan....
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 09:54 PM | Show all posts
Originally posted by rienn at 23-8-2006 07:45 PM
sinopsis dulu screencaps nanti.. tu pun sikit jer, masa baru start dan dekat nak abis... tgh-tgh takder... server bz.. kalau takder sreencaps tu sorry la yer.. sinopsis 23 ogos 2006:

makcik shiy ...



ff:rien rajinnya ko menaip...tk penat ke...:nyorok:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2006 11:28 PM | Show all posts
since ruang sinopsis td dah penuh, rienn post sreen caps sini jer yer... ni masa awal:














[ Last edited by  rienn at 23-8-2006 11:29 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2006 11:42 PM | Show all posts
ni pulak masa akhir:

























Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2006 11:46 PM | Show all posts
Originally posted by errasazza at 23-8-2006 09:54 PM



ff:rien rajinnya ko menaip...tk penat ke...:nyorok:

kalau penat, rienn rehat.. ada hal lain lagi... tu yg kadang lambat tu :nyorok:
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 11:55 PM | Show all posts

Reply #952 rienn's post

terima kasih rienn ...:tq: :hug:

caring betul zhenya kat shiyoung ekkkk ....
sian kat chenglie dah nak pegi kanada ....
tapi buat apa meyeksa diri tunggu zhenya yg dah berubah hati .....
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2006 12:08 AM | Show all posts
bestla rien bagi sinopsis n gambo sekali...kiranya...kalau terlepas pun cam ok je la....caya la ....ni sayang kat ko ni....
Reply

Use magic Report

antu_ubi This user has been deleted
Post time 24-8-2006 12:09 AM | Show all posts
alamak! tunjuk ke shiyoung bukak baju??? kalau tunjuk... ruginya tak tengok!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-8-2006 12:10 AM | Show all posts

Reply #956 antu_ubi's post

takder.. tak tunjuk hehehe... :malu:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2006 12:11 AM | Show all posts

Reply #955 errasazza's post

rienn tak dapat janji buat sc selalu.. bergantung pada server rtm.. rienn guna streaming jer...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2006 12:14 AM | Show all posts
cantik tak jari jemari ryu jin ni? :love:





Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2006 12:39 AM | Show all posts

Reply #959 rienn's post

cantik ..cam runcing je yea .... macam tangan pompuan lak .....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.640573 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list