CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Tanaman-tanaman yang memberi manafaat pada kita

[Copy link]
Post time 28-11-2008 11:29 AM | Show all posts
Syd,

sebenarnya Gingko utk otak ni belum lagi dibuktikan secara systematic...

bagaimanapun ia telah digunakan lama secara traditional ...........

sama mcm tongkat ali, just because the tap root looks like the male genital organ it does not mean its

good for your libido...............takut lak kalau terlebih dosage nye tak mau turun turun plak...wei....parah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2008 03:54 PM | Show all posts
Originally posted by sphagnumoss at 21-11-2008 01:14 PM
Nie gambar pokok daun dewa, permukaan daun berbulu. Boleh juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan, senang tumbuh dan membiak dari pecahan rumpun atau ubinya. Khasiat makanan dan ubatan: daun boleh d ...


saya panggil pokok ni "pokok 5 iya"....buat ubat bisul...tumbuk2 daun dia, tampal sekeliling bisul...sejuk jer.  Teringat zaman kecik2 dulu....tak de daun...ubinya pun boleh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2009 11:14 AM | Show all posts
Secantik bunga dan khasiatnya



teh chamomile dipercayai mampu melindungi tubuh daripada menjadi perumah penyakit seperti demam dan kekejangan semasa haid.

Bunganya cantik dan tumbuh meliar di negara-negara empat musim, begitu juga khasiatnya yang tiada tandingan sebagai tumbuhan perubatan sejak berabad lamanya.

Chamomile adalah daripada keluarga bunga matahari Asteraceace yang pada mulanya menjadi tumbuhan semusim di Eropah dan negaranegara Asia yang mempunyai cuaca sejuk tetapi telah tersebar luas di Amerika Utara dan Australia.

Walaupun ia tumbuhan yang hidup meliar di pinggir jalan, ladang-ladang dan tanah kosong tetapi kini permintaannya yang semakin bertambah terutama dari segi perubatan, bahan kecantikan dan penjagaan diri, ia telah ditanam secara komersiol.

Terdapat dua jenis chamomile iaitu jenis chamomile Jerman (Matricaria recutita ) dan chamomile Roman (Chamaemelum nobile). Tanaman chamomile dapat tumbuh setinggi 15 sentimeter (sm) hingga 60 sm. Daunnya panjang dan kecil berkelompok dua atau tiga daun dalam satu tangkai. Bunganya mengeluarkan aroma yang menakjubkan serta pahit rasanya.

Chamomile digunakan untuk menyembuhkan sakit perut, radang usus dan sebagai ubat tidur (penenang). Selain itu, sebagai teh herba, iaitu dengan menambahkan dua sudu makan bunga chamomile kering dengan secawan teh. Untuk mengatasi sakit perut dinasihatkan untuk meminum secawan teh chamomile setiap pagi tanpa sarapan selama dua atau tiga bulan.

Selain itu, tumbuhan ini juga sesuai untuk alahan kulit termasuklah ekzema, luka, sakit gigi dan ruam lampin serta membantu melembutkan kulit, selain memberi khasiat yang diperlukan oleh kulit untuk kekal sihat.

Teh chamomile pula dipercayai mampu melindungi tubuh daripada menjadi perumah penyakit seperti demam dan kekejangan semasa haid. Dalam kajian terbaru itu, mereka yang gemar minum teh ini menghasilkan sejenis bahan yang dikenali sebagai glisin yang melegakan kekejangan otot. Menurut penyelidik Imperial College London di United Kingdom, Dr. Elaine Holmes, bunga tersebut juga bertindak sebagai antioksida dan antimikrob.

Chamomile seringkali dikenali sebagai 'tanaman doktor' kerana membantu pertumbuhan tanaman lain yang tumbuh berhampirannya, terutama yang menghasilkan sari minyak (essential oil) seperti jenis tanaman mint (spearmint, sage, oregano).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2009 09:58 AM | Show all posts
Originally posted by Amiizaa at 22-9-2006 10:11 AM
Pokok nie  pun bagus utk baby/budak2 kecik......pokok garuda

http://i45.photobucket.com/albums/f89/FaizaAmir/Gardening/DSC02878.jpg



hah.. pokok ni la yg sy cari.. susah nk jumpa la..
ari tu gi nursery nk beli pokok ni tp org tu dh tak jual psl susah nk jaga katanye..

seriously pokok ni mmg bagus esp sape yg ade anak kecik..
kalo anak meragam menangis tu, amik daun dia skit & gosok2 n sapu kat antara kening anak. Insya'Allah elok. Petua org tua dulu, kononnye antu setan tak suka ngan bau busuk daun ni..

Lg satu, pokok ni bole wat halau nyamuk gak..

huhuhu.. kalo sesapa ade info kat mana sy bole beli, pls pm me.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2009 07:38 AM | Show all posts
Pokok 'celaka' mujarab menjarakkan kelahiran?

KUALA TERENGGANU 16 Feb. - Pokok 'celaka' - sejenis tumbuhan yang tumbuh meliar di hutan negeri ini khususnya di daerah Kemaman dipercayai boleh dijadikan ubat menjarakkan kelahiran anak.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, berdasarkan maklum balas dan pengalaman orang tua-tua setempat, pokok 'celaka' (tiada nama saintifik) didakwa mampu menjadi ubat paling mujarab bagi wanita yang ingin menjarakkan kelahiran.

Katanya, walaupun nama pokok itu sebagai 'celaka', namun menurut orang tua-tua, ia dikatakan amat mujarab dan diakui ramai wanita yang ingin menjarakkan kelahiran.

Sehubungan itu, beliau meminta para penyelidik dan saintis khususnya dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negeri ini menjalankan penyelidikan secara saintifik bagi menentukan kesahihan kenyataan tersebut.

''Kerajaan negeri sendiri bersedia membiayai kos penyelidikan kerana pokok 'celaka' jika terbukti mujarab, bakal mengubah wajah negeri ini sebagai sebuah pusat pengeluar ubatan tradisional utama.

''Menurut orang tua-tua, nama pokok itu 'celaka', tetapi saintis tempatan dikatakan belum dapat memberikan nama sebenar kerana ia mungkin terlepas kajian," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) dengan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di Primula Beach Resort di sini hari ini.

UDM diwakili Naib Cancelornya, Profesor Datuk Dr. Alias Daud, manakala ECERDC pula oleh Ketua Eksekutifnya, Datuk Jebasingam Issace John.

Difahamkan, menurut orang tua- tua, pokok itu dinamakan 'celaka' kerana penduduk setempat beranggapan ia mempunyai 'kehebatan' menjarakkan kelahiran.

Terdahulu itu, dalam ucapan beliau, Ahmad berkata, Terengganu juga akan memperkenalkan gadung, sejenis pokok yang tumbuh meliar dalam hutan di negeri itu sebagai salah satu bahan makanan utama negeri.

Katanya, walaupun sudah menjadi makanan bagi segelintir penduduk, namun ia belum dijadikan bahan makanan secara meluas kerana mempunyai getah.

''Jika getahnya diasingkan dengan penggunaan teknologi sekarang, saya yakin pokok gadung sesuai dijadikan makanan pilihan selain ubi keledek yang menjadi makanan popular masyarakat sekarang," katanya.

Sementara itu, MoU itu akan mengukuhkan lagi komitmen ECERDC bagi melaksanakan semua projek yang dikenalpasti di bawah ketiga-tiga Pusat Kecemerlangan UDM.

Pusat-pusat itu ialah Pusat Serantau untuk Produk Halal, Pusat Teknologi Bio dan Produk Herba dan Pusat Kerjasama Akademik Industri (CIAC).

MoU itu juga akan membantu ECER dalam mengenalpasti kelebihan bersaing dalam industri makanan halal melalui pembangunan pusat serantau untuk produk halal dan pusat untuk produk teknologi bio dan herba.

Di bawah pelan induk ECER, UDM merupakan pusat kecemerlangan untuk pembangunan produk halal di rantau ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2009 10:24 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 4-8-2006 01:53 PM
Jeruju putih cegah rambut gugur
Oleh RAMLI ABDUL KARIM

http://gvcocks.homeip.net/PlantFamilies/Acanthaceae/DSCN1782.JPG

MINGGU ini, pokok JERUJU PUTIH iaitu tumbuhan rumpai yang hidup di k ...




Pokok ni juga dikenali sebagai lemuju di sabak bernam.  Buahnya macam buah pinang tapi saiznya kecil, lebihkurang sebesar ibu jari.  Buahnya dimakan
untuk mengubat kanser.  Rasanya tak pahit tapi berlendir.  So nak bagi rasa okay, kunyah dengan sirih.  Hari pertama makan 7 biji, hari kedua 5 biji dan
hari ketiga 3 biji.  Lepas 3 hari ulang balik memakannya.  Insyaalah mujarab.  Kalau ada bisul pun bisul tu akan sembuh.  Mak saudara saya selepas
operate kerana breast cancer amalkan makan buah ni.  Dah 3 tahun dia sihat dan segar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2009 10:34 AM | Show all posts
Originally posted by fidajeff at 23-9-2008 12:16 PM

http://www.mardi.my/bdc/herba/Cekur.jpg



Salam....

Sedikit info tentang pokok cekur.... mungkin ada yg dah tau dan mungkin ada yg tak pernah dengar pun...
Kalau cari kat pasar bi ...



Tak tau plak cekur ada khasiat.  Bini aku wat kerabu je..
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2009 10:13 AM | Show all posts

Balas #256 haniman\ catat

kak hanim, kembang nye bunga senduduk putih tu...

ni yang asben tanam di rumah



ni pulak sirih... selamat di sempiok(bahasa jawa kot) atau di ketuk oleh anak bujang kuuu



ni plak pokok anggur dan kari





(erk..gila punya le letak gambar hari nii..hehe)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-5-2009 10:29 AM | Show all posts
Kunyit boleh bantu kurangkan masalah kegemukan


PERISA kunyit dalam makanan berkari mampu mengurangkan kegemukan. - Gambar Hiasan

BOSTON - Satu kajian saintis mendapati perisa kunyit yang terdapat di dalam kebanyakan masakan India mampu menurunkan berat badan, lapor sebuah akhbar semalam.

Kunyit yang menjadi bahan perisa di dalam kebanyakan makanan mempunyai sejenis ramuan aktif, curcumin yang boleh membantu melawan masalah kegemukan.

Kajian yang dilakukan oleh Universiti Tufts Boston mendapati, bahan kimia curcumin di dalam kunyit mudah diserap oleh tubuh.

Penemuan itu dilaporkan dalam Journal of Nutrition yang mendapati bahan kimia tersebut mampu menyekat pertumbuhan tisu-tisu lemak daripada membesar di dalam tikus dan sel pembiakan manusia.

Kajian yang dilakukan itu membuktikan curcumin mampu menghalang pembentukan lemak baru di dalam saluran darah sekali gus membantu mencairkan tisu lemak yang menyebabkan kegemukan.

Penyelidik kanan Mohsen Meydani berkata, kenaikan berat badan akibat pembesaran dan pertumbuhan tisu lemak tidak akan berlaku jika saluran darah baru terbentuk. Proses ini dikenali sebagai angiogenesis.

"Daripada data yang diperolehi curcumin didapati mampu menyekat aktiviti itu di dalam tisu lemak tikus yang diberi makan diet lemak," ujarnya. - Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2009 11:19 AM | Show all posts
Khasiat buah meladapahit

Oleh hussaini amran
utusanN9@utusan.com.my


Abdul Razak Yassin menunjukkan pokok meladapahit yang lebat berbuah di ladangnya di Kampung Tengah, Gemencheh, Tampin, baru-baru ini.

TAMPIN 25 Jun - Meladapahit atau nama saintifiknya brucea amarissima pada asalnya tumbuh secara liar di kawasan hutan sekitar negara ini.

Khasiat buah meladapahit yang berbentuk bulat dikatakan berupaya merawat cirit-birit, demam, sakit sendi, penyakit kulit serta gigitan serangga berbisa.

Di samping itu, ia turut digunakan merawat penyakit-penyakit lain seperti asma, kencing manis, darah tinggi, malaria dan memulihkan tenaga selepas melahirkan anak.

Nilai perubatan yang tinggi pada buahnya mendorong seorang pesara guru, Abdul Razak Yassin, mengusahakan tanaman meladapahit secara intensif sejak 2003 dengan modal permulaan sebanyak RM10,000.

Abdul Razak, 65, berkata, kini beliau mengusahakan tiga ladang meladapahit dengan keluasan keseluruhan 4.86 hektar di Kampung Tengah, Gemencheh dekat sini.

Menurut beliau, setiap hektar tanah boleh ditanam antara 1,000 hingga 1,250 anak pokok meladapahit dalam satu-satu masa untuk menghasilkan kira-kira 25 kilogram buah setiap tuaian.

''Sebaik-baiknya anak pokok meladapahit ditanam di kawasan tanah berpasir yang ditumbuhi rumput supaya terlindung daripada sinaran matahari yang terik," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Tambah Abdul Razak, anak pokok meladapahit memerlukan penjagaan rapi dan sistematik sehingga mencapai ketinggian 0.3 meter.

Jelas beliau, selepas peringkat tersebut, penjagaan pokok meladapahit lebih mudah kerana ia tidak mempunyai sebarang musuh yang boleh memusnahkannya.

Katanya, pokok meladapahit mula mengeluarkan buah setelah sembilan bulan ditanam dan penuaian dilakukan kira-kira dua bulan kemudian.

''Buah meladapahit yang masak warna hijaunya lebih cerah jika dibandingkan dengan buah yang masih muda.

''Pokok meladapahit juga berupaya mengeluarkan buah sepanjang masa, bergantung kepada jenis baja yang digunakan," jelas Abdul Razak.

Beliau memberitahu, selok-belok menanam pokok meladapahit dipelajari melalui kursus yang diikutinya di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia di Kepong, Selangor.

''Pada mulanya, banyak anak pokok meladapahit yang mati. Kursus tersebut memberi pendedahan kepada saya tentang kaedah penanaman meladapahit yang betul," katanya.

Menurut Abdul Razak lagi, beliau tidak keberatan untuk berkongsi ilmu penanaman meladapahit kepada sesiapa sahaja yang berminat.

Beliau berkata, kursus penanaman meladapahit akan dimulakan setelah infrastruktur berkaitan siap dibina di ladangnya agar peserta dapat melalui proses pembelajaran dalam suasana selesa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2009 11:56 AM | Show all posts
pernah tertengok buah ni kat dalam HG ni tp lupa lak lam tajuk apa.......





beli buah ni nak buat baka.......
nanti bila kita belah kita tempek gambar isi dalam lak......

rm3 sebijik......
makcik tu cakap buat ubat darah tinggi
caranya rebus buah ni then minum....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2009 01:02 PM | Show all posts
256# haniman

Oooo...macam tu bunga temulawak?...sama ke dengan kunyit putih?...warna purple...cantik....sihat dan subur nampak pokok kak haniman...makcik yang jual ubi temulawak dan kunyit putih tempat i beli tu kata...tak sama...alamak...macamana ni?...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2009 01:04 PM | Show all posts
266# mist

Tanam dengan bahagian apa JERUJU PUTIH ni mist?...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2009 03:33 PM | Show all posts
shiina......
sy ada tanya makcik bidan pkk kunyit putih ngan temu kunyit putih tu......
dia cakap pkk temu tu daun dia ada jalur merah kat tgh daun
kalau kunyit tu takda jalur................
tp yg sy tgk sama jer.......
maybe betul ada perbezaan tp sebab kita ni tak expert sgt tu yg takleh nak cam tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2009 04:17 PM | Show all posts
274# cdini

A'ah...betul...kunyit putih dan kunyit putih temulawak tu...daun dia macam kunyit...dan dua2 ada jalur merah di tengah...memang sama je rupa daun dia...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2009 12:30 PM | Show all posts
Herba purba sakit belakang

TERDAPAT satu pelega kesakitan semula jadi, yang terbukti dapat melegakan sakit di bahagian bawah belakang. Keberkesanannya adalah sama dengan ubat preskripsi, tanpa terdedah kepada risiko kesan sampingan.

Apabila menderita sakit belakang, ia akan mengganggu dan mencabar apa sahaja aktiviti seperti membongkok badan, berjalan dan membawa barang. Perubatan biasa menawarkan ubat NSAID (ubat anti radang bukan steroid) yang mungkin berkesan untuk memberi kelegaan jangka pendek, tetapi juga boleh mendatangkan kesan sampingan negatif seperti kerosakan kepada gastrousus (pendarahan dalam perut dan ulser).

Preskripsi baru NSAID yang dikenali sebagai Penyekat COX-2 (COX-2 Inhibitor) merupakan penghilang kesakitan yang berkesan di samping ia dirumus untuk mengelakkan daripada berlakunya masalah gastrousus. Tetapi, ia membawa risiko yang lebih tinggi seperti serangan jantung, strok, malah kematian. Amaran yang tertulis pada risalah penerangan salah satu ubat Penyekat COX-2 berbunyi 'Anda hendaklah betul-betul mengambilnya seperti mana yang dipreskripsikan dan dengan dos-dos seberapa rendah yang boleh untuk jangka masa yang paling singkat diperlukan'.

Walaubagaimanapun, terdapat sejenis herba semula jadi yang dapat memberi kelegaan kepada sakit di bahagian bawah belakang dengan keberkesanan sekuat ubat preskripsi, tanpa terdedah kepada risiko kesan sampingan. Herba ini dikenali sebagai pati kulit pokok willow. Ia telah digunakan sejak berabad lamanya dan terus digunakan sehingga ke hari ini untuk rawatan kesakitan (khususnya untuk sakit di bahagian bawah belakang dan osteoartritis), serta bengkak seperti bursitis, tendonitis dan ankylosing spondylitis. Kulit pokok willow mengandungi ramuan aktif yang dikatakan dapat memberi kelegaan kesakitan dan tindakan anti radang.

*Kelegaan kesakitan dan anti radang purba

Hippocrates, seorang tabib Yunani dianggap sebagai 'bapa perubatan' mendapati penawar ini begitu berkesan sekali untuk menghilangkan berbagai jenis kesakitan sehingga dia berasa bertanggungjawab untuk menulis mengenainya di sekitar abad kelima Sebelum Masehi. Beberapa ujian klinikal menyokong kemujaraban kulit pokok willow sebagai ubat untuk melegakan sakit belakang. Satu kajian baru juga menunjukkan pati kulit pokok willow sama berkesannya seperti ubat popular yang dipreskripsikan di samping kosnya yang lebih murah. Telah terbukti bahawa kulit pokok willow adalah sama berkesannya seperti Penyekat COX-2. Tambahan pula, ia mampu dibeli tanpa menghadapi risiko kesan-kesan sampingan.

Kajian di Jerman menguji keberkesanan pati kulit pokok willow berbanding sejenis Penyekat COX-2 bersama 228 orang sukarelawan berumur antara 18 hingga 80 tahun. Mengikut hasil kajian tersebut; 'Pati kulit pokok willow adalah sama berkesannya seperti Penyekat COX-2 yang diuji, dalam melegakan kesakitan bahagian bawah belakang. Kedua-dua ubat ini menunjukkan pengurangan yang sama pada alat ukur yang digunakan untuk mentaksirkan kesakitan para peserta.'

* Perbezaan pokok willow

Terdapat banyak rumusan pati kulit pokok willow di pasaran dunia. Kebanyakannya diperbuat untuk mengandungi Salacin sahaja, iaitu salah satu daripada beberapa ramuan aktif yang boleh didapati dalam pati kulit pokok willow. Sebab itulah, pati-pati ini didapati kurang berkesan berbanding produk kulit pokok willow asli yang menggunakan keseluruhan kulit pokok. Satu perkara menarik yang harus diperhatikan ialah bukan semua spesies pokok willow memberikan manfaat perubatan yang sama ataupun mempunyai sifat anti radang dan kelegaan kesakitan yang sama.

Setelah bertahun penyelidikan terhadap spesies pokok willow yang berlainan jenis, syarikat Frutarom dari Switzerland mendapati tiga spesies pokok willow; Salix purpurea, Salix fragilis, dan Salix daphnoids, mempunyai lebih banyak jumlah ramuan anti radang dan pelega kesakitan (seperti Flavanoids dan Procyanidines) berbanding dengan Salix alba (kulit pokok willow putih). Dengan itu, Frutarom menggunakan tiga spesies ini melalui proses "Polyshield" yang dipatenkan untuk mengeluarkan EFLA462 (pati kulit pokok willow dipiawaikan), tanpa kerosakan atau merendahkan gred terhadap ramuan aktif semasa ia dalam fasa pemerahan.

*Pokok cat's claw

Pokok cat's claw (Uncaria tomentosa) berasal dari wilayah Amazon. Penduduk Amerika Selatan telah lama menggunakan kulit dan akar pokok ini untuk mengubati berbagai masalah penyakit seperti artritis dan radang. Sebatian yang dijumpai dalam pokok cat's claw dianggap boleh menghalang pengeluaran jisim oleh badan yang menyebabkan radang, dikenali sebagai prostaglandins dan faktor nekrosis tumor (TNF). Ujian klinikal melaporkan mereka yang menderita penyakit osteoartritis dan reumatoid artritis yang diberi suplemen cat's claw telah mengalami pemulihan yang ketara.

Para penyelidik yakin pokok cat's claw kaya dengan sebatian fitokimia bermanfaat iaitu alkaloid, proanthocyanidins, polifenol, tritepines, dan sterol tumbuhan. Di samping tindakan anti radang dan kelegaan kesakitan, saintis baru-baru ini mendapati pokok cat's claw mungkin dapat melindungi rawan.

Kehausan rawan, iaitu ciri utama penyakit osteoartritis, berlaku apabila kemusnahan rawan adalah lebih cepat daripada ia boleh tumbuh semula. Dengan menumpaskan agen radang yang merosakkan rawan, dan pada masa yang sama mengaktifkan biokimia pelindung rawan, maka cat's claw dapat membantu memelihara dan mengekalkan rawan yang sihat pada sendi yang sedang menua.

Oleh itu gabungan kulit pokok willow dan pokok cat's claw sudah tentu merupakan pilihan yang terbaik untuk sakit-sakit jangka panjang dan untuk pengurusan radang berbanding ubat konvensional kerana kajian mengesahkan ia mempunyai ciri keselamatan yang cemerlang. Apabila anda ingin membeli dan memilih suplemen semulajadi yang betul untuk melegakan kesakitan, pastikan anda ambil kira faktor-faktor ini:

*Spesies pokok willow yang betul digunakan - pilih yang menggunakan Salix purpurea, Salix fragilis dan Salix daphnoids.

*Pati-pati herba yang digunakan telah pun dipiawaikan untuk menjamin kemujarabannya.

*Pati kulit pokok willow itu diperbuat dengan menggunakan proses Polyshield yang dipatenkan untuk memastikan pemeliharaan ramuan-ramuan aktifnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-8-2009 02:10 PM | Show all posts
Rahsia pokok mahkota dewa

Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my


Romli Hussain menunjukkan buah dan ekstak daripada tumbuhan Mahkota Dewa yang menjadi bahan asas dalam ubatan yang dihasilkannya di Kampung Bukit Kuang, Gurun. Gambar kanan, ubat yang telah diproses. - utusan / Kamal Basi

GURUN 25 Ogos - Pokok mahkota dewa atau nama saintifiknya phalenia macrocarpa tidak begitu dikenali jika dibandingkan dengan pokok tongkat ali.

Namun rahsia dan khasiat yang terkandung di sebalik pokok herba itu dikatakan setanding dengan tumbuhan-tumbuhan herba lain.

Malah, sewaktu perang di antara Belanda dengan Indonesia, pokok-pokok tersebut kononnya dimusnahkan oleh tentera Belanda kerana didakwa memberi kekuatan luar biasa kepada askar Indonesia.

Di Indonesia, pokok mahkota dewa digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti kanser, masalah buah pinggang, darah tinggi, angin ahmar, kencing manis, kolesterol tinggi dan pelbagai kegunaan yang lain.

Pokok itu mula ditanam pada 2002 oleh seorang bekas guru, Romli Hussain, 57, setelah memperoleh benih pokok tersebut daripada seorang rakannya yang berasal dari Indonesia.

"Pokok ini mengambil masa sembilan bulan untuk berbuah dan bermula dari akar, batang, daun, ranting dan buahnya mempunyai pelbagai khasiat.

"Ia amat mujarab untuk mengurangkan suhu badan yang meningkat akibat demam dan saya mencipta satu formula dipanggil H5+5 untuk merawat demam serta batuk yang begitu mudah tersebar pada masa kini," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Kuang di sini,

Jelasnya, penularan wabak influenza A (H1N1) amat membimbangkan dan anaknya yang belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam juga menghidap demam panas tiga minggu lalu.

Anaknya yang berumur 24 tahun itu terpaksa pulang ke kampung setelah pihak pentadbiran menutup kampus itu selama seminggu.

"Apabila anak saya balik, habis semua orang dalam rumah saya dijangkiti demam dan saya begitu khuatir apabila ubat yang diambil di hospital tidak berkesan untuk mengubati demam mereka.

"Dalam keadaan terdesak, saya yang risaukan keadaan anak saya mendapat ilham untuk mengadun ekstrak mahkota dewa bersama lima campuran herba yang lain bagi menghasilkan ubat H5+5 ini," katanya.

Jelasnya, di antara herba yang diadun bersama ekstrak mahkota dewa adalah pokok hempedu bumi, mengkudu hutan, daun malberry dan mambu.

"Kesemua bahan itu dihantar ke Kedah Bio Resources Corporation Sdn. Bhd. (KBio Corp) di Kulim untuk diekstrak dan diadun bagi dijadikan kapsul.

"Setiap ekstrak herba ini telah diuji dan selamat untuk kegunaan manusia," ujarnya.

Katanya, dia menggunakan modal sendiri untuk menjalankan perniagaan ubat-ubatan berasaskan herba dan sehingga kini sebanyak RM20,000 dilaburkan dalam bidang penyelidikan dengan KBio Corp.

"Saya turut mendapat ilmu dalam bidang herba melalui buku-buku herba tradisional India dan Cina.

"Selain itu nenek saya yang merupakan seorang bidan juga memainkan peranan penting untuk mendorong minat saya dalam bidang perubatan herba ini," katanya.

Menurut Romli, dia mula bergiat aktif menghasilkan 13 produk berasaskan mahkota dewa sejak 2003 dengan menghasilkan produk seperti sabun, syampu, minyak urut serta minyak rambut.

Tambahnya, beliau pernah menyertai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) di Putrajaya pada 2008.

Bagi yang ingin mencuba herba tradisional Romli boleh menghubungi beliau di talian 012-4774415.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2009 11:28 AM | Show all posts
271# cdini

buah susu kambing ke apa nama dia tak silap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2010 04:50 PM | Show all posts
Herba mujarab
Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@nstp.com.my



HERBA dan rempah ratus adalah antara bahan masakan penting yang sudah menjadi sebahagian daripada sajian masyarakat di seluruh dunia sejak beribu tahun lamanya.


HERBA dan rempah ratus adalah antara bahan masakan penting yang sudah menjadi sebahagian daripada sajian masyarakat di seluruh dunia sejak beribu tahun lamanya.


Tumbuhan itu adalah warisan yang tidak ternilai kepada manusia kerana selain menyedapkan lagi hidangan, herba juga mempunyai banyak khasiat berguna untuk penjagaan kesihatan badan dan kecantikan.


Untuk masyarakat tempatan, kita memang tidak dapat lari daripada beberapa bahan seperti lengkuas, halia, kunyit, bawang serta serai yang sememangnya sentiasa ada di dapur.


Dulu kala, halia atau nama botaninya, Zingiber officinale, digunakan sebagai bahan untuk merawat luka dan mencegah jangkitan parasit, tetapi kerana kurang pendedahan mengenai khasiatnya, sebahagian besar generasi masa kini mengenali halia hanya sebagai satu rempah ratus masakan.


Tumbuhan ini dikatakan berkesan untuk merawat loya dan mual, namun untuk ibu yang hamil, pengambilannya tidak digalakkan. Ia juga membantu untuk melegakan kesakitan perut selain mengelakkan kekejangan akibat cuaca panas.

Di Asia Tenggara, halia sebenarnya banyak digunakan untuk membantu menangani beberapa jenis penyakit seperti berkaitan penghadaman, angin serta memanaskan badan kerana ia kaya dengan pati minyak, oleoresin, protein, lemak, asid organik serta vitamin A, B, dan C.


Pokok kunyit pula sememangnya unik kerana ia mempunyai pelbagai kegunaan. Daun kunyit biasanya digunakan untuk memberi aroma serta warna kuning kepada masakan seperti rendang, gulai selain dijadikan sebagai pembalut ikan atau daging yang dibakar. Dalam perubatan, kunyit atau nama botaninya, Curcuma domestica digunakan sebagai antioksidan, antibakteria dan antiradang. Ia dikatakan membantu menyembuhkan luka di dalam badan, membantu proses pencernaan serta menghilangkan selesema. Kajian menunjukkan peranan kunyit dalam perubatan sudah dikenal pasti sejak 3,000 tahun lalu. Bagi masyarakat Melayu, kunyit sering digunakan sebagai jamu untuk ibu selepas bersalin bagi mengecutkan rahim serta mencuci darah. Masyarakat Cina pula percaya isi kunyit boleh membantu melancarkan darah, menghilangkan kesan lebam dan darah beku.


Masyarakat India menggunakan kunyit sebagai bahan utama dalam masakan rempah kari serta acar pedas dan ilmu perubatan India mengesyorkan kunyit sebagai pes untuk mengubati penyakit kulit, gatal-gatal dan depilatori. Lebih menarik, masyarakat di negara jiran, Thailand, mempercayai kunyit dapat merawat bisa patukan ular tedung dan dikatakan ada penyelidikan yang membuktikan herba itu membantu untuk menguatkan pundi hempedu, menyekat pembekuan darah serta mengurangkan toksin pada hati.


Tanaman herba yang biasa ditanam di sekitar rumah, lengkuas atau nama saintifiknya, Alpinia galanga, pula tidak kurang hebatnya daripada segi khasiat.


Tergolong dalam keluarga Zingiberaceae, lengkuas dipercayai mempunyai khasiat untuk menambahkan selera makan serta membantu membersihkan darah, mencairkan kahak, merawat penyakit limpa bengkak dan mempunyai ciri afrodisiak, penyebab utama ia banyak dijadikan sebagai salah satu bahan dalam menguatkan tenaga.


Herba lain seperti asam gelugur juga mempunyai banyak kebaikan kepada kesihatan badan. Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, asam gelugur atau nama saintifiknya Garcinia atroviridis yang mengandungi asid hydroxycitris dianggap antara ejen terbaik mengurangkan kolesterol.


Asam gelugur dipercayai dapat membantu mengurangkan asid lemak selain meningkatkan pengeluaran glikogen di hati serta meningkat suhu badan.

Bawang putih atau Alium sativum pula memang sudah menjadi bahan dapur utama ketika memasak kerana aroma dan rasa yang dihasilkan menambah perisa pada setiap hidangan. Penggunaan bawang putih sebenarnya bukan sekadar untuk menyedapkan makanan semata-mata kerana ada kajian yang mendapati khasiat bawah putih untuk kesihatan. Penduduk awal Amerika menggunakan bawang liar untuk merawat demam, batuk dan asma manakala dalam perubatan Cina, bawang banyak digunakan untuk menangani masalah batuk, jangkitan bakteria serta masalah pernafasan.


Masyarakat Syria dikatakan mencampurkan bawang putih ke dalam minuman untuk mengubati demam, cirit-birit dan menahan sakit semasa bengkak. Ia juga dipercayai membantu untuk menguruskan badan, menurunkan paras kolesterol serta tekanan darah tinggi dan menambah kepekatan darah. Kandungan bawang putih bukan saja menghasilkan antibodi, tetapi turut membentuk sistem kawalan secara semula jadi untuk membunuh kuman bagi meredakan demam kepialu.


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menyokong penggunaan bawang untuk mereka yang mengalami masalah kurang selera makan serta mencegah atherosclerosis selain dapat membantu meredakan masalah batuk, asma dan bronkitis.


Serai pula boleh didapati dalam dua jenis utama iaitu untuk dimakan dengan nama saintifik Cymbopogen citratus dan serai wangi, Cymbopogen nardus. Menurut laman web Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), tanaman serai makan dilaporkan berasal dari Sri Lanka dan tersebar luas di kawasan tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala serta China.


Di Malaysia, serai makan terutama batangnya digunakan sebagai bahan perisa dalam masakan tradisional seperti masakan rendang, tom yam, kerabu, masak lemak cili padi dan asam pedas kerana aroma serta rasanya yang unik dapat meningkatkan selera. Di sesetengah negara, serai makan diusahakan khas untuk pengeluaran minyak pati yang berwarna kuning hingga coklat kemerahan dan berbau limau atau lemon. Serai wangi pula banyak digunakan untuk rawatan selepas bersalin dan pening kepala. Caranya adalah dengan menggunakan air rebusan serai wangi sebagai mandian atau dibasahkan kepala dan dilapkan pada seluruh badan. Ia juga banyak digunakan dalam menghasilkan minyak urut untuk mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan kembung perut. Bagaimanapun, di kebanyakan negara, serai wangi ditanam khas untuk pengeluaran minyak pati yang dikenali sebagai citronella di pasaran antarabangsa. Seperti herba lain, limau purut juga mempunyai banyak khasiat dan kegunaan. Daunnya banyak digunakan dalam masakan seperti tom yam kerana bau dan rasanya yang unik. Daripada aspek kesihatan, limau purut banyak digunakan sebagai ramuan ubatan dan bahan untuk mandi wap kerana ia dipercayai membantu untuk merawat kulit kepala, luka, lebam dan gigitan serangga berbisa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2010 08:32 AM | Show all posts
PANDAN – Pandanus odorus@Fragrant Screwpine

Pengenalan :
Pandan wangi yang juga dikenali  sebagai pandan bau atau pandan rampai adalah dari jenis tanaman bersifat saka.  Tumbuhan dari keluarga Pandanaceae ini adalah  sekeluarga dengan pokok mengkuang. Pokok pandan wangi adalah tanaman yang mudah tumbuh dan dipelihara. Tanaman yang dipercayai berasal dari Bangka, Indonesia ini telah tersebar luas di kawasan tropika Asia Tenggara. Walaupun sudah berabad-abad lamanya tanaman ini berada di negara kita, kebanyakan tanamannya masih terdapat di kebun dapur. Kawasan tanaman secara komersial pula amat terhad.Pandan wangi tumbuh berumpun dan mempunyai daun yang panjang dan meruncing di hujung seperti pedang.  Tanaman ini tidak pernah dilaporkan berbunga. Terdapat dua jenis pandan wangi iaitu Pandan wangi besar dan Pandan wangi kecil. Kebanyakan tanaman pandan wangi di negara ini adalah dari jenis Pandan wangi kecil. Ketinggian pertumbuhannya lebih kurang 0.75–1.50 m. Ukuran panjang daun antara 55–75 cm dan lebar di bahagian tengah antara 4–5 cm. Manakala ketinggian Pandan wangi besar pula adalah 3.7–4.3 m, panjang daun lebih kurang 2.3 m dan lebar 9.0 cm.



Khasiat dan Kegunaan :
Pandan wangi mempunyai berbagai-bagai kegunaan dalam penyediaan makanan tradisional terutama di kalangan masyarakat Melayu di negara ini. Ia di gunakan sebagai pewarna, pewangi serta perangsang selera. Kini ekstraknya telah digunakan oleh beberapa syarikat pengeluar roti, kek, biskut dan kuih-muih sebagai pewarna dan perisa asli pandan. Di samping itu, terdapat juga produk seperti minuman kacang soya dan santan kelapa yang berperisa pandan di pasaran. Pandan wangi juga dikatakan mempunyai khasiat perubatan. Bagi kegunaan perubatan pula antaranya adalah untuk merawat penyakit demam campak dan juga dikatakan berkesan bagi mengubati penyakit gonorea, sifillis, denggi dan anaemia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.104600 second(s), 56 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list