CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Tanaman-tanaman yang memberi manafaat pada kita

[Copy link]
Post time 30-10-2008 03:30 PM | Show all posts

Balas #240 Mas916\ catat

Ha ha dekat tepi rmh saya banyak pokok kaduk ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2008 03:43 PM | Show all posts
   

                             

Buah mengkudu..satu  masa dulu terkenal dgn kasiat JUS Mengkudu...
Berhampiran kwsn perumahan saya bnyk pokok ni . Kadang2 buah tu jatuh ketanah begitu aja..tak ada yg nak ambil..sayang buah yg berkasiat tu terbiar. Buahnya dijadikan jus , direbus minum air atau makan begitu saja untuk mengurangkan penyakit kencing manis.
Walau pun bau dan rasanya yang kurang menyenangkan untuk dijadikan ubat minum juga subaya cepat sembuh.
Satu lagi daun pokok cery /ceri direbus air dimunum untuk mengurangkan kencing manis (ni yg diamalkan arwah bapa mertua) nanti ada masa saya ambil gbr pokok ni...

[ Last edited by  qimi08 at 31-10-2008 09:00 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2008 12:15 AM | Show all posts
bukan sebarang org boleh minum/makan mengkudu.....kawan saya makan tablet mengkudu....lepas seminggu selera makan dia mencanak canak....naik berat badan dia...lepas tu dia stop tak makan dah.....agaknye kalau org tak sihat elok makan mengkudu utk menaikkan selera....tapi kalau mmg dah sihat ...tak payah la kan....
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2008 12:23 AM | Show all posts
wah...syd...patut kledit ko mencanak canak....rajin tepek info.....

ko amalkan tak segala tok nenek kebaikan pepokok yg ko tempal tuuuuuu...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2008 01:08 AM | Show all posts
ASAM JAWA



KEGUNAAN DAN KHASIATNYA

Di negara Eropah,asam jawa yang dicampur dengan gula telah lama digunakan sebagai jem dan sirap. Ia juga digunakan sebahagian daripada ramuan sos BBQ dan juga sos lain dalam masakan daging. Di Curacao, sup tradisional disediakan dengan campuran asam jawa,gula dan kayu manis. Di India, biji asam jawa dipanggang dan kemudian direndam supaya kulitnya senang dikeluarkan. Biji tanpa kulit ini digoreng atau di rebus untuk dimakan. Kadang-kadang biji ini dijadikan tepung atau kanji yang diasingkan untuk dijadikan bahan makanan.

Ada orang India mengunyah kulit pokok asam bersama dengan sireh atau dimakan begitu sahaja untuk tujuan menjaga kesihatan badan bagi kaum lelaki dan waniata, terutamanya bagi wanita yang mengandung. Bunga, daun, buah yang belum masak dan benih yang belum bercambah dimakan oleh pelbagai kaum sebagai ulam atau lauk seperti kari. Buah yang belum masak juga dibuat jeruk atau dimakan mentah seperti mangga muda. Asam jawa dan akar pokok asam jawa juga digunakan dalam perubatan tradisional orang Timur untuk menyejukkan badan dan sebagai pelawas untuk membuang air besar. Kayu teras digunakan sebagai pelawas buang air besar dan air kecil, ubat penyakit hati dan penawar bagi kurang selera makan. Kulit buah dan kulit kayu asam jawa mempunyai kegunaan lain, iaitu sebagai ubat cirit birit. Ini adalah kerana kulit buah dan kulit kayu mengandungi banyak tanin manakala isinya pula mengandungi banyak asid tartar. Kulit kayu juga dibuat losyen untuk mengubati pelbagai penyakit kulit seperti bisul, bengkak ulser dan gatal kerana digigit serangga.

Air rebusan dan daun diminum sebagai penawar demam panas. Daun muda di tumbuk lumat dan ditampal untuk mengubati penyakit reumatisme, luka dan bisul. Jus daun muda boleh mengubati mata merah dengan cara dipanaskan sedikit dan ditapis lalu dititiskan pada berkenaan. Kulit kayu direbus dan air rebusan itu diminum untuk melegakan lelah. Di kawasan Amerika Tengah, kegunaan utama asam jawa dalam perubatan tradisional adalah sebagai pelawas buang air besar. Di Yukatan asam jawa juga digunakan sebagai pelawas buang air kecil dan penawar demam panas dengan cara asam jawa dibancuh dengan air dan dicampur dengan gula sebelum diminum.

Di Curacao, asam jawa yang belum dimasak direbus dan air rebusannya itu diminum untuk mengubati selesema. Air rebusan daun pula diminum untuk mengubati penyakit kencing manis dan batuk kerana gatal kerongkong. Bagi orang yang mengalami selesema yang sangat teruk, buah hijau ditumbuk dan dicampur dengan daunnya dan beberapa tumbuhan lain sebelum direbus dan air rebusannya diminum. Air rebusan daun asam jawa dicampur dengan daun limau dan daun durian belanda untuk dijadikan minuman bagi menyegarkan badan. Orang Aruba meminum air rebusan daun asam jawa sebagai penawar selesema dan buahnya dimasak untuk dibuat sirap untuk mengubati batuk.

Di Jamaica, air rebusan daun asam jawa diminum sebagai penawar demam campak dan dibuat air mandian penawar demam panas dan sakit otot. Orang Bahamas merebus daun asam jawa selama 20 minit dan selepas itu mencampurkannya dengan air limau nipis dan gula sebelum meminumnya sebagai penawar demam.

Air rebusan asam jawa digunakan losyen bagi mengubati bengkak mata. Di Cuba, disamping kegunaan asam jawa dan daun seperti yang diamalkan ditempat lain, air rebusan ini digunakan untuk mengubati jaundis dan pendarahan. Biji asam jawa yang dipanggang dan dijadikan tepung digunakan sebagai ubat cirit birit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2008 01:10 AM | Show all posts


Tumbuhan gelenggang atau daun kurap yang dikenali oleh masyarakat melayu mempunyai kelebihan dalam mengubati penyakit sembelit dan kurap. Tumbuhan ini mempunyai nama saintifiknya iaitu Cassia alata. Ia merupakan sejenis pokok renek yang memanjat dan boleh tumbuh setinggi 3 meter. Dedaunnya bercantum-cantum yang biasanya mempunyai 10 pasang pucuk-pucuk muda berbentuk bujur, besar dan tidak tajam. Bunganya berwarna kuning dan meruncing tegak dihujungnya. Di samping itu, tumbuhan ini juga mempunyai banyak biji yang berbentuk segitiga.

Masyarakat di Malaysia iaitu, Melayu Cina dan India menggunakan pokok gelenggang ini sebagai ubatan dengan cara yang berbeza. Bagi masyarakat Melayu, mereka menggunakan dedaunnya sebagai ubat demah bagi mengubati penyakit kurap, sementara air rebusan akarnya diminum untuk melegakan sembelit.

Bagi masyarakat Cina pula, mereka akan menyapu daun-daun atau daun yang telah ditumbuk dan dicampur dengan air limau nipis ke tempat yang dipenuhi kurap serta lain-lain penyakit berjangkit. Bagi masyarakat India, mereka menggunakan daun-daun tumbuhan ini untuk membuat tonik yang boleh diminum begitu saja atau dicampurkan dengan susu atau gula.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-10-2008 09:49 AM | Show all posts

Reply #244 coniferous's post

ala..

tu credit sikit2 dari zaman tok kaduk lagi

dah banyak tahun, tambh lah skit2


aku baru je nak kenal2 ngan pokok2 ni semua

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2008 10:00 PM | Show all posts
Syd..........Laaaaaa...aku ingat ko ni dah expert giler ...........rajin ko yek?

ko keje dlm bidang pertanian ke????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2008 03:38 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 23-9-2008 04:21 PM
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/4/47/Datura_metel_Blanco1.34.jpg/406px-Datura_metel_Blanco1.34.jpg

Kandungan kimia dalam kecubung ialah:hiosin,oksalik,lemak dan hyosiamin.  ...


kalu baby rajin kembung, slalu nangis tak sedap perut cuba dapatkan daun kecubung sapu minyak zaitun ke,mnyk baby ke, mnyak masak pn bole....layur jap atas api bila dah agak suam tuam perut baby...insyaAllah...

lagi satu kalu pokok cekur tu bukan rizomnya je leh pakai  daun pun leh wat ulam......kalu buat nasi goreng bleh hiriskan daun dia cam bunga rampai tabur atas nasi...yum-yum
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2008 04:18 PM | Show all posts

Reply #248 coniferous's post

a ah

pertanian kat porem nama nye

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 05:04 PM | Show all posts
kalau anak cirit berit...mmg merisaukan....

apa yg bapak saya buat ialah, parut putik buak ciku, perah airnye, campur garam....bagi anak minum InsaAllah ..

baik.......jangan tungu lama lama kalau anak cirit sebab dehydration buleh membawa maut.........
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 09:54 AM | Show all posts


BUNGA BELIMBING BULOH




Pokok Belimbing Buloh

Buah belimbing boleh dimasak bersama dgn ikan sungai atau udang. Ia juga blh di buat sambal dan digunakan untuk menghilangkan bau hanyir ikan.

Bunga belimbing blh dibuat ubat untuk mengurangkan penyakit asma /lelah. Ini amalan yg selalu digunakan ibu saya setiap kali cucunya (2 org) kena lelah. Bunga belimbing dibasuh kemudian masuk dlm cawan letak sedikit air dan gula batu wapkan bersama nasi ( masuk dlm rice cooker) bila hampir masak. Biarkan sehingga  nasi tu masak. Air + gula batu yg dah cair tadi tu di tapis dan minum selawat 3 x. Keberkesananya terpulang pada penyakit yg di hadapi. Biasanya ibu buat untuk 3 x minum alhamdullillah sembuh. Cucunya pun pandai kalau kena asma dah makan ubat hospital masih tak kurang juga pasti dia minta neneknya buatkan air bunga belimbing. Pokok belimbing ni sentiasa mengleluarkan buah baru saja habis buahnya dah berbunga pula.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 02:34 PM | Show all posts
Baru2 nie saya ada diberikan sejenis tanaman diberi nama rumput cina. Kata pemberi tanaman tu rumput cina boleh melembutkan daging yang liat bila direbus bersama daging. Ada sesiapa yang tahu kegunaan lain rumput cina nie.

[ Last edited by  idin at 4-11-2008 02:45 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 02:55 PM | Show all posts

Reply #253 idin's post

Kalau ada gambarnya lagi bestt....
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 03:18 PM | Show all posts

Reply #254 alifinara's post

Ini rupanya rumput cina


      



[ Last edited by  idin at 14-11-2008 04:11 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 02:22 AM | Show all posts




Ini pokok senduduk putih.  Gambar ni saya ambik semasa ke Jerangau, Terengganu pada hari raya hari tu.  Bawa balik anak pokok untuk ditanam, tapi tak ada rezeki, pokoknya mati.  Tak tau apa khasiatnya, tapi ada orang makan bunganya macam tu jer, mungkin untuk awet muda



Ini pokok temulawak.  Ada orang panggil kunyit putih, bunganya sedap buat ulam.  Kak hanim ada pokoknya, saper berhajat boleh juga.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-11-2008 10:47 AM | Show all posts

Reply #256 haniman's post

kak,

sebut temulawak

tingat kat bedak temulawak - nampak kat mydin tu hari

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 12:55 PM | Show all posts
Originally posted by haniman at 20-11-2008 02:22 AM
http://i144.photobucket.com/albums/r174/wanwok/sendudukputih1.jpg

http://i144.photobucket.com/albums/r174/wanwok/sendudukputih.jpg

Ini pokok senduduk putih.  Gambar ni saya ambik semasa ke  ...


lawo rupernye pkk temu lawak nie
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2008 01:14 PM | Show all posts
Nie gambar pokok daun dewa, permukaan daun berbulu. Boleh juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan, senang tumbuh dan membiak dari pecahan rumpun atau ubinya. Khasiat makanan dan ubatan: daun boleh dimakan sebagai ulam, ubi dimakan untuk kurangkan kolestrol. Dikatakan bagus untuk pemulihan org kena strok dan terapi kanser.



Ader tanam dlm polibeg kat umah

[ Last edited by  sphagnumoss at 25-11-2008 03:31 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2008 11:47 AM | Show all posts
GINKGO UNTUK OTAK





SUMBER alam semula jadi ini sudah diketahui membantu dalam rawatan pesakit yang mengalami kehilangan memori akibat usia tua dan juga penyakit Alzheimer. Ekstrak daun ginkgo biloba seperti yang banyak terkanding dalam produk-produk kesihatan berupaya untuk meningkatkan fungsi kognitif di kalangan warga tua.


Ia juga bermanfaat untuk mengurangkan kesakitan sindrom Reynaud, meredakan simptom vertigo, merawat glaukoma tekanan dan juga sindrom prahaid.

Ekstrak ginkgo biloba yang digunakan dalam ujian klinikal mengandungi dua kumpulan fitokimia iaitu flavonol glikosid (melawan aktiviti antioksida) dan terpene laktone (memberi kesan pencairan darah). Unsur bilobalide, salah satu daripada pecahan terpene laktone juga berfungsi untuk mengaktifkan neuron otak dan ini bagus dalam membantu pembelajaran dan menguatkan ingatan.

Walau bagaimanapun, ekstrak ini mahal harganya dalam dunia perubatan. Ada sesetengah syarikat pengeluaran makanan tambahan terpaksa mengurangkan kandungan ginkgo biloba untuk menjimatkan kos. Lebih teruk, produk mereka mengandungi ekstrak ginkgo biloba yang kurang berbanding yang tertera di label. Oleh itu, pastikan anda memilih jenama yang dipercayai.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.091858 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list