CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43892|Reply: 9

Punca gejala dan penyakit Busung

[Copy link]
Post time 31-7-2006 05:13 PM | Show all posts |Read mode
Busung


WARNA cecair yang disedut keluar akan menerangkan punca penyakit busung. Foto ihsan DR. AHMAD SHUKRI.
--------------------------------------------------------------------------------
Oleh: AIZAWATI AHMAD

PENYAKIT busung sering dikaitkan dalam masyarakat Melayu dengan kepercayaan kepada kewujudan ilmu hitam.

Keadaan pesakit yang menderita berikutan perut mereka membesar seperti wanita mengandung turut menyumbang kepada tanggapan negatif masyarakat terhadap pesakit, lebih-lebih lagi jika si penghidap itu seorang lelaki.

Tanggapan umum akan bertambah buruk sekiranya pesakit itu juga mengalami muntah darah.

Bagi mencari jalan penyelesaian, bomoh selalu dijadikan tempat untuk mendapatkan rawatan dengan harapan penyakit yang dikatakan akibat buatan orang ini dapat diubati segera.

Kepercayaan karut ini tanpa disedari telah menyebabkan nyawa pesakit turut terancam hanya semata-mata kerana mereka enggan merujuk masalah kesihatan mereka kepada doktor pakar.

Pakar Perunding Perubatan dan Gastroenterologi Hospital Kuala Terengganu, Dr. Ahmad Shukri Datuk Md. Salleh berkata, busung bukan penyakit buatan orang seperti yang menjadi kepercayaan masyarakat Melayu selama ini.

Menurut beliau, busung atau asites merupakan satu keadaan di mana air terkumpul di dalam abdomen pesakit berpunca daripada penyakit tertentu.

``Biasanya pesakit yang menghidap sirosis hepar berisiko tinggi untuk memperoleh penyakit busung,'' katanya.

Gejala penyakit ini boleh berlaku secara cepat atau perlahan dan punca yang paling kerap ialah apabila berlaku kerosakan hati (sirosis hati) hingga menyebabkan fungsi hati terganggu. Ini kemudian menyebabkan berlaku pengumpulan cecair dalam badan yang masuk ke abdomen.

Dr. Ahmad Shukri menjelaskan, biasanya pesakit busung akibat sirosis hepar akan mengalami penurunan berat badan akibat kurang selera makan dan kekurangan kandungan protein di dalam badan.

Mereka juga berhadapan dengan masalah limpa yang membesar. Punca utama sirosis hepar adalah virus Hepatitis B yang kronik.

Beliau berkata, 80 peratus daripada pesakit hepar yang kronik boleh mengalami busung semasa jangka hayat pesakit berkenaan.

Selain sirosis hepar, ada segelintir pesakit mengalami masalah buah pinggang yang menyebabkan kehilangan protein melalui air kencing.

Malah setiap kali bangun pagi, mereka akan mendapat kebengkakan di sekeliling mata dan pada waktu petang pula, kaki mereka menjadi lebih bengkak.

Busung akan terjadi akibat kekurangan kandungan protein di dalam darah.

``Jika busung ini berpunca daripada masalah jantung pesakit akan berasa sesak nafas,'' ujarnya.

* Tanda-tanda

Dr. Ahmad Shukri menasihati orang ramai supaya lebih peka terhadap penyakit busung kerana ia boleh menjadi tanda bagi penyakit yang lebih serius seperti barah.

Katanya, barah yang berpunca daripada usus, hepar dan organ dalaman yang lain boleh merebak ke permukaan peritoneum dan menyebabkan busung.

Antara tanda-tanda busung ialah:

* Pembengkakan dan ketidakselesaan di bahagian abdomen

* Penurunan berat badan.

Apabila busung tersebut semakin membesar ia akan menyebabkan berlakunya umbilical hernia iaitu pusat menjadi besar dan tersembul keluar.

Jika busung berpunca daripada sirosis hepar, pesakit juga mungkin mengalami muntah berdarah disebabkan oleh pembengkakan saluran darah di esofagus yang dikenali sebagai esophageal varices.

* Punca

* Sirosis hepar

* Radang hepar

* Kegagalan jantung

* Sindrom nephrotic iaitu penyakit buah pinggang yang menyebabkan kehilangan protein pada air kencing dan menyebabkan pengumpulan air di bahagian abdomen

* Radang pankreas akan menyebabkan berlakunya pengeluaran cecair. Pesakit juga akan berasa sakit di ulu hati yang boleh merebak di bahagian belakang badan di mana pesakit akan mengalami sakit belakang

* Barah yang merebak ke peritoneum yang berpunca sama ada daripada usus, hepar, ovari, pankreas dan organ dalaman yang lain

* Tuberculosis

* Trauma

* Sindrom Budd-Chiari

* Komplikasi

* SBP iaitu radang pada permukaan peritoneum di sebabkan oleh infeksi

* Pleural effusion iaitu satu keadaan apabila cecair terkumpul pada lapisan luar paru-paru

* Pusat membesar serta tersembul keluar (Umbilical hernia)

* Kegagalan buah pinggang.

* Pemeriksaan

Pemeriksaan fizikal termasuk di bahagian abdomen dan jantung pesakit adalah penting untuk mengenal pasti punca yang menyebabkan busung.

Ultrasound dilakukan bagi melihat keadaan hati dan organ-organ dalaman yang lain seperti pankreas, ovari. Ia juga akan dapat mengesan tahap busung atau pengumpulan cecair di dalam abdomen.

CT scan abdomen mungkin perlu dilakukan sekiranya ultrasound gagal memberi sebarang maklumat yang dikehendaki.

Diagnostik tap iaitu pengambilan contoh cecair di bahagian abdomen untuk pemeriksaan lanjut bagi mengetahui punca busung di mana lebih kurang 10 hingga 20mls cecair akan dibuat secara aspirasi.

Warna cecair akan menerangkan punca penyakit busung.

Sekiranya warna cecair jernih ia disebabkan oleh radang. Jika cecair itu berwarna kemerah-merahan seperti darah ia berkemungkinan besar disebabkan oleh barah.

Pemeriksaan darah juga akan dilakukan ke atas pesakit bagi ujian hepatitis, fungsi hati dan keupayaan buah pinggang.

* Rawatan

Setelah punca busung dikenal pasti, rawatan untuk mengubati busung dirancang. Sekiranya ini tidak berjaya, rawatan akan diberikan untuk mengurangkan kandungan cecair di dalam abdomen.

Air akan dikeluarkan dari abdomen dengan mengalirkannya keluar melalui saluran tiub. Proses ini di kenali sebagai paracentesis atau drainage.

Pengeluaran cecair dengan cara ini boleh mencapai sehingga 5-10 liter dalam masa beberapa jam.

Human Albumin akan dimasukkan melalui darah sekiranya didapati paras protein dalam tubuh pesakit terlalu rendah bagi mengelakkan penurunan tekanan darah semasa proses paracentesis.

Ada juga rawatan yang menggunakan ubat-ubatan untuk mengeluarkan cecair melalui air kencing.

Bagi memperlahankan proses pengumpulan semula cecair, ubat diuretic akan diberi kepada pesakit.

Jika busung disebabkan sirosis hepar dan tidak dapat dirawat atau dikawal melalui drainage dan ubat diuretic, maka kaedah pemindahan hati boleh di lakukan bergantung kepada punca penyakit hepar berkenaan.

Selain itu, pesakit juga dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan garam kerana pengambilan garam boleh menyebabkan cecair berkumpul di bahagian abdomen.

* Ubat

* Diuretic digunakan untuk mengeluarkan cecair melalui air kencing

l Human Albumin akan diberi jika didapati paras protein dalam tubuh pesakit terlalu rendah

* Pesakit akan diberi antibiotik kalau terdapat tanda-tanda infeksi pada peritoneum.

* Pemakanan pesakit busung

Secara umumnya pesakit perlu mengamalkan pemakanan yang mengandungi kandungan garam yang rendah iaitu 22mmol sehari. Pengambilan air pula tidak boleh melebihi 1 liter sehari.

Mendapatkan rehat yang mencukupi amat penting untuk pesakit busung. Mereka juga perlu memantau berat badan. Sekiranya berat badan bertambah, ini menunjukkan pengumpulan semula cecair di dalam abdomen.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2006 11:08 AM | Show all posts
aku ada pengalaman melalui arwah nenek aku.

dia merupakan seorang yg 'pandai' mengubat org...tp nenek aku bukan bomoh dan dia tidak aktif mengubat orang sakit. cuma mereka yang tahu tentang kebolehan nenek aku aje yg datang berubat...kebanyakannya teman keluarga kami dan tetangga.

Yang aku ingat, masa tu aku baru 8 tahun...nenek aku menerima kunjungan seorang teman lamanya. katanya dia kena 'denah' kat tengkuk...dan dah pun berlubang tengkuk pakcik tu. aku sendiri tengok...tengkuknya merah, bengkak dan berlubang. sblm tu pakcik tu berubat kat tmpt lain...juga kenalan keluarga kami, tapi tak baik.

dengan izin Allah, bila nenek aku ubatkan dia...dia pulih spt sedia kala. dan tak lama selepas itu nenek aku jatuh sakit dan perutnya membesar. Perut nenek aku membesar dgn cepat...genap sebulan...dia meninggal. Perutnya kembali seperti sediakala sebaik sahaja dia meninggal.

spjg pengetahuan keluarga, nenek aku sihat walafiat...dia rajin puasa sunat isnin dan khamis. dibawa berjumpa doc pun...doc tak dpt kesan penyakitnya. Bagi aku, busung ni mmg perbuatan org yg dengki..bukan kepercayaan karut. Sebab nenek aku sakit tak lama...
Reply

Use magic Report

nur_amin This user has been deleted
Post time 6-8-2006 12:54 AM | Show all posts
:hmm: pernah dengar sebelum ni tak tahu secara detail...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2006 01:23 AM | Show all posts
busung ni disebabkan ada banyak air terkumpul dalam abdomen.. kenapa ada air?
sbb.. hati (hepar) dah rosak..
kenapa boleh rosak?
banyak sbb.. kat m'sia ni yg quite common ialah alcoholism, jangkitan hepatitis B/C yg kronik, cancer hati, cancer2 lain pun boleh juga.....

....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2006 01:25 AM | Show all posts
Originally posted by nazurah at 5-8-2006 11:08 AM
aku ada pengalaman melalui arwah nenek aku.

dia merupakan seorang yg 'pandai' mengubat org...tp nenek aku bukan bomoh dan dia tidak aktif mengubat orang sakit. cuma mereka yang tahu tentang kebo ...



i rasa yr tok dapat cancer...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2006 10:40 PM | Show all posts
Pernah terjadi pada Jiran saya masa saya kecil dulu.  Mak cik ni dah berjumpa Doktor tapi Doktor tak pasti dan tak boleh membuat rawatan ... so pergi le berubat kampung... bomoh kata dia kena busung... tapi dah sampai masanya Mak Cik menghembuskan nafas terakhir di hospital.. yang peliknya, bila dia meninggal, perut dia kempes aje tak macam selalu... kenapa ya?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2006 06:20 PM | Show all posts
Originally posted by ct_og at 7-8-2006 10:40 PM
Pernah terjadi pada Jiran saya masa saya kecil dulu.  Mak cik ni dah berjumpa Doktor tapi Doktor tak pasti dan tak boleh membuat rawatan ... so pergi le berubat kampung... bomoh kata dia kena busun ...



kenapa bila mati busung jadi kempis?:hmm:

bila kita mati... sel2 dalam badan turut mati dan sel membrane yg membentuk sel2 tisu dalam badan pecah dan poros...so tisu especially tisu usus..yg pada masa hidupnya kalis air jadi telap .. sbb tu air busung dalam perut terserap masuk dalam tisu2 yg mati dan perut yg kembung membusung jadi kempis..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2006 07:58 AM | Show all posts
good info but...

dlm 2 bln lepas mak cik aku meninggal dunia disebabkan busung...
bila dibawa ke hospital dan berjumpa pakar, tidak ada apa2 penyakit dpt dikesan...

bawak balik rumah... selepas 3 minggu meninggal....

eh, pelik... takkan doktor pakar tatau pasal penyakit busung nie ? sedangkan dia pakar !

ramai mengaitkan penyakit busung nie angkara buatan org...
pelik... teknologi vs tradisional ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2008 03:34 PM | Show all posts
haii.. nak tanya tentang busung.. liz pergi berubat dgn doctor utk dptkan baby. sbb susah dpt 2nd baby.
tapi bila check dgn sowang makcik nie dia kata liz kena busung darah.

[ Last edited by  mix_chinese at 21-4-2008 03:37 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2008 12:09 AM | Show all posts
Originally posted by mix_chinese at 21-4-2008 03:34 PM
haii.. nak tanya tentang busung.. liz pergi berubat dgn doctor utk dptkan baby. sbb susah dpt 2nd baby.
tapi bila check dgn sowang makcik nie dia kata liz kena busung darah.



cubalah baca kat forum ni rawatan sihir  teman tercuba forum ni ok juga.

http://www.rawatansihir.com/forum/default.asp
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.432945 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list