CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ultra78

Internet - Jenayah Internet dan Kesan-kesannya --

 Close [Copy link]
Post time 4-8-2006 09:44 AM | Show all posts

Reply #120 Kilokahn's post

aku rasa tak mungkin sbb tendency mulut tempayan rakyat malaysia :lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2006 10:07 AM | Show all posts
Originally posted by boogie78 at 3-8-2006 02:49 PM
ni yang cucuk paklah kuat sangat nazri aziz kot, sbb gambar anak dia tersebar luas dah

ni semua pasal gambar anak nazri hadhari disko tu tersebarlah. malu weh :pray:
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2006 10:11 AM | Show all posts
Polis Mulakan Siasatan Terhadap Malaysiakini.com


KOTA BAHARU, 3 Ogos (Bernama) -- Siasatan terhadap sebuah laman web, Malaysiakini.com yang mendakwa polis terbabit dalam insiden semburan pemedih mata ke atas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Jumaat lalu, dimulakan hari Khamis.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Supt Shafie Ismail berkata polis turut mendapat bantuan pakar teknologi maklumat dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk membantu siasatan.

"Kita perlukan khidmat pakar teknologi ini untuk mengesan mereka yang terlibat dalam penghasilan laporan yang disifatkan sebagai memfitnah polis," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata laporan media on-line itu yang menyiarkan artikel bahawa bekas Anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali disembur bahan pemedih mata oleh anggota unit tindakan polis dalam insiden di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa di sini adalah satu fitnah.

Shafie membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu pada 4.25 petang 31 Julai lalu bagi membolehkan polis menyiasat dakwaan media on-line itu.

Selasa lepas, polis membebaskan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang ditahan untuk membantu siasatan berhubung insiden itu.

Dr Mahathir tiba di Kelantan pagi Jumaat lepas untuk menghadiri beberapa program sempena lawatan sehari beliau ke negeri ini.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2007 01:12 AM | Show all posts
Bila manusia tidak lagi Takut dan Mencintai Allah Yang Maha Esa. Hawa Nafsulah yang menjadi Tuhan. Makin lama diikuti, makin lama sengsara dan jiwa makin merana. Malah sanggup berbunuh-bunuhan untuk merebut nikmat yang sementara:@

Larilah kepada Tuhan. Berebutlah menuju kecintaan pada Nya. Tiada apa yang kurang. Rahmat dari Tuhan  adalah segala-galaNYa. Pada Tuhan juga sebaik2 Pengaduan dan sebaik2 Penyerahan. Jiwa tenang dan hati lapang :tq:
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2007 07:16 AM | Show all posts
1,200 aduan jenayah internet tahun lalu
Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar dan Norakmah Mat Youb

SERDANG: Pusat Keselamatan Siber Malaysia, pengendali keselamatan teknologi maklumat dan komunikasi negara mengesan lebih 1,200 aduan membabitkan jenayah internet menerusi Pusat Aduan Awamnya sepanjang tahun lalu, yang sebahagian besar membabitkan kes penipuan siber, termasuk pelaburan haram melalui internet.

Ketuanya, Leftenan Kol (B) Husin Jazir, berkata maklumat aduan mengenai penyalahgunaan internet itu diperoleh menerusi laman web cybersecurity999@cybersecurity.org.my yang mengumpul aduan organisasi dan orang awam mengenai ancaman siber, selain memberi khidmat nasihat kepada pelanggan.

揝etakat ini, 19 laman web menjalankan pelaburan internet dikesan dan sudah diserahkan kepada pihak berwajib untuk tindakan lanjut. Jumlah ini juga menunjukkan peningkatan ketara berbanding tujuh laman web pada pertengahan April lalu.

揟indak balas kecemasan komputer bukan saja membantu pengguna internet menangani masalah siber tetapi maklumat dimanfaatkan untuk mengesan modus operandi dan dalang jenayah internet,
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2007 08:48 AM | Show all posts
Jualan di internet sukar dikawal
Laporan Magendran Rajagopal


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengaku buntu dalam usaha memantau serta mengawal pembelian ubat menerusi internet dan hanya mampu meningkatkan kempen kesedaran di kalangan masyarakat mengenai bahaya membeli ubat yang tidak diiktiraf.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Datuk Lee Kah Choon, berkata pembelian menerusi internet tidak digalakkan berikutan mutu serta kandungan ubat berkenaan boleh dipertikai selain tiada jaminan ketulenannya.

"Kita mengaku kesukaran mengawal urus niaga menerusi internet ini tetapi Kementerian Kesihatan sentiasa memantau semua ubat yang dijual menerusi laman web bagi mengenal pasti produk yang berisiko dan menyebarkan maklumat kepada orang ramai.

"Mereka yang mahu membeli ubat menerusi internet dinasihatkan menemui doktor masing-masing terlebih dulu sebelum meneruskan urus niaga," katanya menjawab soalan tambahan Senator Dr Mohd Puad Zarkashi.

Lee juga menjelaskan sebarang pembelian ubat menerusi internet yang bertujuan untuk dicampurkan dan dijadikan dadah dilarang dan boleh dikenakan tindakan mahkamah.

Katanya, produk farmaseutikal juga dikawal mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang mana hanya produk berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah boleh diimport oleh mereka yang mempunyai lesen khusus.

Menjawab soalan asal Senator Datuk Dr Lee Chong Meng, Lee berkata, pengimportan racun chloramphenicol dan beta-agonist seperti salbutamal serta clenbuterol dikawal mengikut Akta Racun 1952. Hanya ahli farmasi berlesen boleh mengimportnya.

Beliau juga memberi jaminan kepada Dr Lee bahawa kerajaan sentiasa memantau bagi memastikan semua bahan terbabit tidak disalahgunakan, terutama industri ternakan ayam, khinzir dan lembu yang mana penternak menandatangani surat akujanji tidak akan menggunakan beta-agonist.

Bahan mentah beta-agonist juga disenaraikan dalam Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) dan hanya boleh diimport ahli farmasi yang diberi kebenaran bagi tujuan pengilangan keluaran berdaftar saja.

Kepada soalan berasingan Senator Heng Seai Kei mengenai rayuan pegawai perubatan supaya tidak ditugaskan di pedalaman, Lee menegaskan, kementeriannya tidak akan melayan sebarang permintaan seperti itu.

Katanya, banyak permohonan seumpama itu dilakukan wakil rakyat atau keluarga doktor terbabit tetapi Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sudah membuat ketetapan tidak akan ada sebarang pengecualian.

"Kita kini giat mengadakan dialog dengan doktor kerajaan di pedalaman bagi mempertingkatkan kemahiran selain meningkatkan mutu perkhidmatan perubatan luar bandar.

"Selaras itu, kita akan meneruskan syarat perkhidmatan wajib selama tiga tahun bagi pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi," katanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2007 12:04 PM | Show all posts
a great article for parents yang ingin memantau penggunaan
internet pada anak2 --

----------------------------------------------------------------------------



Pemantauan ibu bapa elak anak terpesong

RAMAI menyedari tidak semua maklumat terkandung dalam internet sesuai untuk anak berikutan kemampuan minda mereka mengikut atau meniru apa saja yang terhidang di depan mata.

Kandungan dalam laman web boleh dicapai dengan mudah ditambah kehidupan pada zaman teknologi serba canggih memungkinkan anak terutama remaja mengakses apa sahaja melalui komputer peribadi atau komputer riba.

Ada kanak-kanak menyalah guna internet untuk mencari hiburan. Justeru, peranan ibu bapa penting bagi memantau maklumat yang disalurkan.

Adakah kita perlu mengharamkan internet kepada anak agar mereka tidak dipengaruhi unsur negatif atau menggunakan enjin carian untuk mencari maklumat tertentu?

Jawapannya pasti tidak. Anak perlu didedahkan dengan dunia teknologi maklumat bagi meningkatkan pengetahuan selain tidak ketinggalan dalam mengejar ilmu.


Apa yang pasti, internet dan maklumat tidak patut dipersalahkan dalam hal ini. Mereka yang patut disalahkan ialah penyumbang maklumat dan pereka laman tidak sesuai untuk kanak-kanak.

Kesukaran mengawal kandungan internet memang jelas. Sebagai contoh, syarikat penyiaran BBC dalam satu artikelnya pada September 2002 melaporkan 30,000 pekerja hak asasi manusia digunakan kerajaan China untuk memerhatikan laman web, bilik sembang di internet dan e-mel bagi menapis kandungannya.

Bayangkan betapa susahnya mengawal internet. Ibu bapa yang menjadi pembimbing memainkan peranan mengawal kelakuan anak bukan menghalang mereka.

Laman web memang memberi kebebasan kepada pelayar menaip apa jua alamat. Mungkin anak menaip perkataan seperti kartun dengan niat untuk melihat karakter kegemaran mereka sedangkan ada juga kartun berunsur lucah.

Mengelak masalah seperti itu ada 'penawar'nya. Jika menggunakan enjin carian Yahoo, anda boleh menapis menggunakan 'SafeSearch' untuk mengelak teks atau gambar yang mengandungi kandungan khas untuk golongan dewasa.

Secara asasnya, klikkan 'on' dan ikon terima mengikut arahan disediakan sehingga ia menukar halaman menghalang sebarang laman web berunsur lucah atau ganas.

Mereka yang menggunakan Microsoft Internet Explorer (MIE) hanya perlu klik 'tools' (perkakasan) yang terletak di atas kotak MIE itu.

Kemudian, ia akan memaparkan ikon 'internet options' (pilihan internet) dan anda perlu kliknya dengan satu kotak baru akan dibuka. Lihat di atas dan anda harus klik 'content' (kandungan) pula dan anda akan melihat 'content advisor' (penasihat kandungan) muncul.

Ketika itu anda perlu tekan 'enable' (diaktifkan) yang satu lagi kotak baru akan muncul dengan di dalamnya ada empat kunci, masing-masing 'language' (bahasa), 'nudity' (bogel), 'sex' (seks) dan 'violence' (keganasan).

Setiap kali kunci itu diklik, seseorang boleh mengawal pada tahap mana mereka hendak mengawal laman web yang mempunyai empat elemen itu daripada memasuki saluran yang diakses.


Contohnya jika anda klik 'language', anda boleh mengawal daripada tahap satu iaitu tahap kawalan paling rendah sehingga tahap empat apabila laman web yang ada unsur bahasa kesat atau lucah akan dihalang secara langsung.

Begitu juga unsur bogel, seks dan keganasan. Anda boleh mengawal sendiri pada tahap mana anda inginkan pelepasan, terutama apabila komputer digunakan mereka yang di bawah 18 tahun.

Itu sebahagian cara mudah mengawal kandungan internet. Mampukah ia mengawal anak anda yang mengetahui cara mengelaknya terutama mereka meningkat dewasa.

Ibu bapa mesti membuka mata bahawa terdapat banyak perisian yang mampu melindungi internet atau komputer, bukan saja daripada bahan lucah atau ganas malah masalah virus seperti 'spam', 'phishing' dan 'malware' akibat tindakan anak.

Perisian khusus ini bertindak menyekat capaian ke laman web bermasalah menurut kaedah tertentu dan arahan yang diberi.

Ia membantu untuk masalah teknikal lebih besar contohnya, pembelian produk secara 'online' menggunakan kad kredit ibu bapa oleh anak yang terpengaruh dengan iklan di internet.

Mengawal penggunaan internet bukan hanya tertumpu kepada masalah kelucahan atau keganasan tetapi virus dan masalah lain yang dimuat turun secara tidak sengaja oleh anak pada komputer.

Penasihat Utama Teknologi Trend Micro Malaysia, Victor Lo, berkata ibu bapa perlu menghalang laman web tertentu mengikut segmen tertentu.

揔eselamatan boleh dititikberatkan dengan mencipta kata laluan untuk setiap ahli keluarga atau menyelia aktiviti laman web dari semasa ke semasa,
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2007 12:09 PM | Show all posts

TIPS Mengawal Aktiviti Online Anak Anda:


1. Letakkan komputer di sudut terbuka yang boleh dilihat.

2. Berikan kata laluan tertentu untuk mengawal pergerakan online.

3. Jangan benarkan anak anda muat turun gambar, teks atau video yang diketahui asal usulnya.

4. Sentiasa berkongsi minat dengan anak agar anda tidak ketinggalan mengetahui arus teknologi terkini dalam bidang perkomputeran.

5. Elakkan memberi nombor kad kredit tanpa usul periksa kepada anak anda.

6. Berkongsi senarai nama kenalan anak anda melalui laman sembang atau Friendster dan MySpace
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.051069 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list