CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 23863|Reply: 48

Dimane rawatan resdung terbaik....

[Copy link]
Post time 14-8-2006 03:30 PM | Show all posts |Read mode
aku bermasalah resdung teruk dah ni... kat maner rawatan terbaik nk aku pegi sbb aku dah pegi cara kampong x elok pon
tolong laaa...:tq::tq::tq:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2006 04:21 PM | Show all posts
ada satu tempat di Felda ulu remis, Layang2 JOhor. Tap dia guna lipas tanah, sumbangan seikhlas hati. Kalo nak contact no dia PM me kay.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 04:22 PM | Show all posts

Reply #2 rzman_07's post

Lipas tanah??? :

Why not try vit C injection? A doctor told me once that it can reduce sinus/ resdung.

[ Last edited by  MamaIlya at 14-8-2006 04:31 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 10:03 PM | Show all posts
pergi salon resdung kat deretan kedai tepi ampang point.....
purpler pernah kena resdung yg teruk....
dulu tiap² minggu pegi situ....
dia wapkan muka dgn lilin resdung....
lepastu bagi makan ubat dalam seminggu....
alhamdulillah skrg dah takde gatal² muka lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 10:46 PM | Show all posts
rasanya, kalau resdung, bukan setakat rawatan, pemakanan pun kena jaga gak.

Dulu penah try gi guna yg asap tu .. pantang makan bawang besar, udang, ketam, ikan bilis, sotong etc etc ...

memang pun, it helps a lot kalau control pemakanan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 11:37 PM | Show all posts
dulu pernah pegi satu kedai yg buat asap2 muka

asap muka tu cam biase lah sama macam cleopatra and all that..tp dia ade kasik satu ubat resdung and also pill resdung...mmg improve gak laaa

tp sayangnye kedai tu dah lama tutup
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2006 12:26 AM | Show all posts
haa part nak control makan tu yang payah...
sbb kalau makan kat luar...susah nak pilih yg bebetul bebas dari seafood...
paling tidak mesti ada belacan...issy...
kite penah amek antibiotics utk allergies...
tp lepas tu doc tu tak kasi amek lagi...
dia suh kite pantang makan...
dia ckp...kalau nak sembuh...kena jaga makan..NO SEAFOOD...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2006 10:16 AM | Show all posts
Originally posted by purpler at 14-8-2006 10:03 PM
pergi salon resdung kat deretan kedai tepi ampang point.....
purpler pernah kena resdung yg teruk....
dulu tiap? minggu pegi situ....
dia wapkan muka dgn lilin resdung....
lepastu bagi mak ...

  
wapkan muke dgn lilin tuh beraper kali ek...
buat sekali atau 2-3 kali?
bcoz penah wat mcm x elok gak....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-8-2006 10:18 AM | Show all posts
Originally posted by MamaIlya at 14-8-2006 04:22 PM
Lipas tanah??? :

Why not try vit C injection? A doctor told me once that it can reduce sinus/ resdung.


if amik  vtamin C injection mesti pergi tiap2 bln ke atau macam maner...?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2006 11:58 AM | Show all posts

gold

u kena jumpa specialist la sayang...pg kat dotor ent (ear,throat n nose)
Reply

Use magic Report

ladyleya This user has been deleted
Post time 16-8-2006 12:32 PM | Show all posts
boleh tak aku nak cakap gini?

aku rasa jamu yang aku makan, jamu anak dara yg ada kat thread lagi satu tu banyak membantu. minggu lepas ade department dinner, makan seafood.. aku lantak makan sume ketam kupang sotong bagai.. pastu seperti biasa, menyesal sesangat sbb takut gatal. tapi aku duk tunggu2, gatal2 tu tak datang pun.. rasa lega sangat.

dulu resdung aku teruk gak, muka bengkak, gatal2 takyah cerita.. makan tomyam terlebih udang (udang tak makan) pun boleh wat gatal. masa dulu, memang elak la dr makan seafood ni, kalau dah teringiiiiin sangat, baru makan, tu pun balik umah duk telan nosygone sendayu tinggi.. tapi tak payah dah sekarang...

tapi tu aku rasa je la.. sbb secara tak sedar, sume gatal2 tu hilang bila aku amik seafood. so, looking back on what i've done before, semuanya sama, except tambah makan jamu. sebab tu la kot..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2006 01:11 AM | Show all posts
Originally posted by rzman_07 at 14-8-2006 04:21 PM
ada satu tempat di Felda ulu remis, Layang2 JOhor. Tap dia guna lipas tanah, sumbangan seikhlas hati. Kalo nak contact no dia PM me kay.

kiter da p wat kat wak ni awl  thn 2005 2x tapi agak krang rasi n krim utk kulit yg ia jual agak mahal sket sbb tgk kat kdai jamu baru baper hengget jer..ngeri gak msa nk wat sbb lipas tu idup2 woo ia baca doa tnyer naman tenyeh kat muka...adik kiter agi klaka msa ia bka taperwer smpan lipas tu ia tpranjat n klam kabut lari sampai dpan umah wak tu sbb ia xtau n takda yg ceta kt ia..tapi real la ulat resdung tu mengemit2 jatuh kat kain itam alas kat riba..wak ni pemes area sni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2006 08:08 AM | Show all posts
Originally posted by goldperson at 16-8-2006 10:16 AM

  
wapkan muke dgn lilin tuh beraper kali ek...
buat sekali atau 2-3 kali?
bcoz penah wat mcm x elok gak....



kalau resdung teruk, elok pegi situ seminggu sekali....
nanti kat situ kita baring je...
yg lain semua pekerja dia buatkan....
mula² dia lilinkan muka...
lepastu kita basuh muka dgn sabun yg dah disediakan....
lepastu dia maskerkan muka kita pulak....
dah abis semua nanti dia bagi pil ubat utk makan seminggu...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2006 08:39 AM | Show all posts
Kita tempek info dari Utusan Malaysia:-

RESDUNG - Risiko jangkitan otak

Oleh SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN


ANDA batuk, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung pula rasa berair dan tersumbat. Anda terasa yang anda demam.

Apabila ubat-ubatan yang diambil tidak meredakan gejala-gejala demam biasa, bangun pagi anda mulai diiringi dengan sakit kepala dan rasa berat pada bahagian muka.

Selepas doktor mendengar sejarah gejala, memeriksa bahagian muka, dahi dan mungkin menjalankan sinaran-X pada bahagian sinus, anda disahkan menghidap penyakit sinusitis.

Di kalangan masyarakat setempat, ia lebih popular sebagai resdung dan sangat biasa terjadi di kalangan rakyat negara ini.

``Ringkasnya, resdung menghasilkan pelbagai gejala hidung dan tidak ketinggalan boleh juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah.

``Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus,'' kata Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Amir Izwan Mohamed Dahan.

Menurutnya, sinus sebenarnya adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil.

Sinus terletak pada bahagian muka - pipi di bawah mata, di antara dua mata, hanya sedikit di belakang hidung dan turut meliputi bahagian dahi seseorang.

Ia terbahagi kepada empat; masing-masingnya dikenali sebagai sinus frontal, sinus maksila, sinus etmoid dan sinus sfenoid.

Fungsi sebenar sinus tidak diketahui dengan tepat tetapi ada antara teori mengatakan sinus berfungsi meringankan tengkorak selain turut memainkan peranan dalam degungan suara.

``Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung.

``Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dan rongga sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman bakteria,'' katanya.

Dr. Amir Izwan yang juga pakar bedah kepala dan leher berkata, bengkakan di dalam lapisan hidung juga boleh menyebabkan salur sinus ini tersumbat.

Salah satu punca utama bengkakan dalam hidung ini ialah radang hidung disebabkan oleh alahan (rhinitis) yang agak berleluasa dalam masyarakat kita.

Mengulas lanjut, resdung boleh juga terjadi disebabkan oleh rerambut halus silia di dalam sinus yang sepatutnya membantu pengaliran mukus, gagal menyempurnakan tugasnya.

Aktiviti menyelam ataupun berenang merupakan antara beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko resdung selain asap rokok yang dikenal pasti sebagai pencetus radang hidung.

Oleh itu, adalah sangat penting `mengharamkan' tabiat merokok di dalam persekitaran rumah mahupun kenderaan pesakit resdung, sekali gus mengelakkan tempat-tempat yang seumpamanya.

Katanya, apabila gejala resdung berlaku dalam tempoh beberapa hari hingga beberapa minggu, ia diklasifikasikan sebagai akut.

Resdung akut kadangkala adalah penyebab demam, terutamanya yang berlanjutan lebih daripada tujuh hingga 10 hari.

``Asalnya, virus-virus yang menyebabkan selesema biasa, menyerang lapisan dalam hidung dan sinus menyebabkan bengkak dan menyempit.

``Badan juga bertindak balas terhadap virus dengan menghasilkan lebih banyak mukus. Ini menyebabkan hidung tersumbat dan nanah terkumpul di dalam sinus yang bengkak,'' kata Dr. Amir Izwan.

Demam yang mula kebah tetapi kemudiannya bertukar melarat menjadi sebahagian tanda-tanda resdung akut.

Di samping itu, kesakitan di dalam bahagian dahi yang timbul semasa anda mencondongkan badan ke depan seperti waktu sujud juga boleh menjadi petanda.

Ditanya bagaimanakah caranya untuk membezakan di antara resdung, demam selesema biasa dan alahan hidung memandangkan ketiga-tiganya mempunyai gejala yang saling bertindihan, Dr. Amir Izwan menjelaskan:

``Jika pesakit demam dan mempunyai gejala berkaitan hidung seperti sakit muka dan hidung, keluar nanah berwarna kuning atau hijau daripada hidung atau kahak warna sama pada sebelah pagi, itu resdung.

``Apabila gejala-gejalanya berlaku lebih kerap ataupun jangkitan berpanjangan lebih daripada tiga bulan, resdung akut boleh menjadi kronik.

``Gejalanya mungkin tidak seteruk resdung akut namun, jika tidak dirawat boleh menyebabkan kerosakan kepada sinus dan tulang pipi sehingga memerlukan pembedahan,'' katanya.

Walaupun resdung tidak boleh menjadi kanser sehingga menyebabkan hidung rompong tetapi sebaliknya kanser boleh memperlihatkan gejala-gejala seperti penyakit itu.

Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, resdung boleh mengakibatkan maut tidak langsung yang disebabkan oleh komplikasi pada otak pesakit.

Serangan resdung berulang-ulang juga boleh berlaku. Pesakit selalunya diberikan rawatan antibiotik untuk menyembuhkannya tetapi penyakit datang semula sebulan dua kemudian.

Puncanya mungkin disebabkan oleh faktor penyebab penyakit ini yang tidak dirawat sepenuhnya, lazimnya susunan tulang dalaman sinus yang tidak normal dan sempit. Dalam kes-kes begini, pembedahan endoskopi dilakukan.

Sekiranya gejala resdung masih berterusan, kaedah baru ini akan dilakukan di mana rongga-rongga sinus terlibat akan dibuka menggunakan alat-alat khas di bawah penglihatan kamera skop.

Pembedahan sinus endoskopi ini sama sekali tidak memerlukan belahan pada kulit kerana segala prosedurnya dilakukan di dalam rongga hidung.

Ini berbeza dari kaedah lama pembedahan di mana belahan terpaksa dibuat di sekeliling kawasan hidung.

Pun begitu, gejala alahan hidung masih boleh terjadi selepas pembedahan dan hanya dapat dikawal melalui penggunaan ubat-ubatan.

``Justeru, adalah sangat penting bagi para pesakit untuk mengekalkan pengambilan ubat-ubatan antialahan selepas pembedahan,'' kata Dr. Amir Izwan.

Tambahnya, cara terbaik untuk mencegah serangan resdung ialah dengan merawat gejala-gejala hidung dengan segera sebelum ia melarat.

Gejala resdung:

* Hidung tersumbat

* Lendir daripada hidung dan tekak

* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata

* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang

* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas

* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.

Punca resdung:

* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit

* Hidung bengkok

* Mandi dan terjun di dalam air yang kotor

* Jangkitan gigi atas

* Ketumbuhan di dalam hidung

* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas

* Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.

Komplikasi resdung:

* Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata

* Jangkitan otak (meningitis)

* Sakit tekak yang kronik

* Jangkitan tulang muka

* Memburukkan keadaan lelah

* Berdengkur yang kronik

* Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak

* Alahan hidung atau hidung sensitif

* Selesema biasa yang melarat.

Diagnosis:

* Skop hidung untuk melihat punca resdung

* Skan CT hidung dan sinus untuk melihat rongga-rongga yang terlibat dan kawasan putih menandakan lendir atau dipenuhi nanah

Rawatan:

Berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan bersesuaian akan disyorkan.

* Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut)

* Ubat selesema

* Dekongestan; ubat titis atau semburan hidung

* Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan ia tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan.

Tip menguruskan resdung:

* Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop

* Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan

Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan

* Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung

* Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air

* Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap

* Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya

* Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi

* Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan

* Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah.



Bahaya gak ek...:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2006 01:28 PM | Show all posts
dlm artikel ni tak de pun sebut psl ulat resdung demidex ke apa benda tu. kalau ubat cina tu depa kata ulat ni sebab resdung.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2006 12:30 AM | Show all posts
Originally posted by smeetasmitten at 9-9-2006 01:28 PM
dlm artikel ni tak de pun sebut psl ulat resdung demidex ke apa benda tu. kalau ubat cina tu depa kata ulat ni sebab resdung.


Tu le pasal....:hmm:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-11-2006 10:33 AM | Show all posts
tapi saya penah dgr ubat resdung dengan mengeluarkan lendir yang ada di hidung atau lendir tu dimuntahkan... kat mane ek agaknyee tmpat nih.. bcoz x tahan tiap pg selsema sampai xleh nafas.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2006 10:35 AM | Show all posts
Originally posted by MamaIlya at 14-8-2006 04:22 PM
Lipas tanah??? :

Why not try vit C injection? A doctor told me once that it can reduce sinus/ resdung.




mama ilya... nak tanya cikit nih if wat injection brape sekali pegi ek...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 11:48 AM | Show all posts
org kata berubat cara wapkan ngan lilin tu yg terbaik.
sy penah buat sekali je kat kg. mmg tahap kritikal la. takut tgk muka sendiri dlm cermin. tp masalahnye sy ni jarang balik kg so xdpt nk pegi berubat tu.
skrg tgh survey salon resdung kat area kl ni. kat area ampang point tu dh tutup la. u all yg tau kat mana lg leh bg suggestion tak?
coz rite now my resdugn is getting worse uhuuu
Reply

Use magic Report

aturcara This user has been deleted
Post time 23-2-2007 11:58 AM | Show all posts
same to me...resdung dah makin teruk..muka semakin gatal..tapi tak leh nak ctrl makan susahla.,.tula sekarang ni nak cari ubat...utk ilangkan resdung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.382894 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list