CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

All about komposer, pemuzik, music director, penulis lirik etc

[Copy link]
Post time 24-1-2007 03:35 AM | Show all posts
Banyak nye gambar orang yang terlibat dalam muzik....nasib baik korang tak letak gambar saya...hehehe

[ Last edited by  mohariz at 24-1-2007 03:39 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-1-2007 09:04 AM | Show all posts


A/S/L plz..

hehehehe

meh lah citer pengalaman dalam bidang muzik

:nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2007 01:52 PM | Show all posts
Fuyoo besarnya.... nak cerita banyak benda nak cerita...nanti korang datang laa studio saya kat Kota damansara saya citer panjang pasal pengalaman saya yeh

[ Last edited by  mohariz at 25-1-2007 01:55 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2007 02:15 PM | Show all posts
eh u..

u pakai mixer apa ek?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2007 02:28 PM | Show all posts
ok.
jumpa dah.

sori ek.. kalau i yang slow sket p tanya u sape..




Mohariz (Mohd Kharizul Yaakup)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2007 02:36 PM | Show all posts
BEST POP ALBUM/ALBUM POP TERBAIK (Album/Artiste/Producer)
Gemilang - Jaclyn Victor - Aidit Alfian, Ajai, Azlan Abu Hassan, Edrie Hashim, Jenny Chin, Mohariz Yaakup, Ramli MS, Aubrey Suwito, Sunil Kumar, Michael Simon & Ahmad Izham


Antara hasil2 keje tangan yang lain;

Tiada lagi tangisan
Kau persenda
Ku berserah
Dambaan pilu

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2007 03:54 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 25-1-2007 02:15 PM
eh u..

u pakai mixer apa ek?



Tu protools kat studio NAR
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2007 08:50 AM | Show all posts
oh ok. tq.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-1-2007 05:01 PM | Show all posts
sebelum 'terluffeeeee' dan termalu lagi..hik hik hik..

sambung dok paste pic2 orang2 berkenaan




credit: imnogman




Wah Idris




Ucu




To' Ki (Mohd Zaki Mansor)





Syed ENV
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2007 05:05 PM | Show all posts


SISO (Syed Indera Syed Omar)




Saari Amri




Roslan Aziz
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2007 11:08 PM | Show all posts
Syd,

Takde citer pasal Azlan Abu Hassan ka?? Nanti mamat tu terasa plak nanti... hehehe...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2007 09:39 AM | Show all posts
kekekek
nanti cari info ttg dia

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2007 12:34 AM | Show all posts
Nak info pasal Audi Mok.

[ Last edited by  Rhyno at 30-1-2007 12:39 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2007 08:57 AM | Show all posts

Reply #32 mo_mocha's post

Saya percaya pada takdir - Azlan Abu Hassan
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL



THE DYNAMIC DUO...Gandingan mantap Azlan Abu Hassan dan Adibah Noor membuahkan hasil apabila Terlalu Istimewa menjadi juara di AJL 21, 21 Januari lalu.
--------------------------------------------------------------------------------

NAMA Azlan Abu Hassan tidaklah sepopular abangnya, Adnan Abu Hassan. Namun, komposisi lagu yang dibawanya di dalam industri memberi satu kelainan dan berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Malah, tidak keterlaluan dikatakan, lagu-lagu ciptaan Azlan mempunyai kualiti dan ciri-ciri bertaraf antarabangsa!

Nama Azlan Abu Hassan mula mencuri perhatian peminat muzik tanah air selepas kejayaannya menggondol Anugerah Juara Lagu (AJL 21) pada 21 Januari lalu menerusi lagu 慴ertuah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2007 09:15 AM | Show all posts
Zuriani terus berkarya di Los Angeles
Oleh: MUHD ZUKI PILEH

DALAM satu majlis makan malam di kediaman Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini, komposer kelahiran Malaysia yang menetap di bandar raya itu sejak 26 tahun lalu, Zuriani Zonneveld sempat mendendangkan lagu Just Like Khadijah dengan suara dan gayanya yang tersendiri.

Lagu daripada albumnya, Ummah Wake Up itu menceritakan tentang kisah isteri Nabi Muhammad s.a.w., Siti Khadijah.

揝aya mahu mengangkat Khadijah, sebagai contoh terbaik kepada umat Islam. Ia juga menjadi pengajaran bagi negara-negara yang masih menekan kaum wanitanya,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2007 09:03 AM | Show all posts
Aspirasi: Roslan Imam bantu jana industri muzik tempatan
Oleh Ramli MS


Sumbangan A Ali, Adam Ahmad, Manan Ngah serta Omar Taib yang pernah cipta nama sebagai komposer pada era 70-an, 80-an, 90-an patut dikenang


"ASSALAMUALAIKUM. Anda mungkin tidak begitu tahu orang yang ingin saya sentuh pada minggu ini. Dia seorang anak seni yang bekerja di belakang tabir dalam tempoh yang begitulama. Sebenarnya adik-beradik beliau semuanya berkecimpung dalam arena muzik. Itulah The Imam's Family.

Abang beliau, seorang pakar muzik bertaraf Doktor Falsafah (PhD), Profesor Hanafi Imam. Seorang lagi abangnya, Ramlan Imam, menjadi tenaga pengajar di Akademi Seni Kebangsaan (ASK), Kuala Lumpur.



Manakala dia sendiri, orang yang saya maksudkan - Roslan Imam - adalah penggubah muzik yang sangat berkaliber. Bagi saya, Roslan adalah seorang yang cukup komited dengan muziknya. Saya sudah mengenalinya lebih empat dekad lalu. Beliau berjaya `menjual' muzik malah sehingga sekarang pun masih ada ramai pembeli yang berminat dengan hasil kerjanya.

Bagi saya, memang satu pencapaian menakjubkan untuk seseorang penggubah seperti Roslan apabila mampu bertahan selama empat dekad dalam arena perdagangan muzik atau urus niaga komersial muzik.

Untuk pengetahuan anda, Roslan juga seorang orchestrator yang cukup berkaliber. Sehingga sekarang, saya sendiri masih mengundang Roslan sebagai penulis sampingan dalam konsert yang saya kendalikan. Beliau juga banyak menulis muzik dalam konsert di Istana Budaya (IB) selain Radio Televisyen Malaysia (RTM) atau mana-mana konsert yang membabitkan penggunaan orkestra. Khidmat beliau pasti tidak akan ketinggalan dimanfaatkan mereka yang ingin menonjolkan persembahan muzik yang mantap terutama bersama orkestra.

Bagi saya, inilah antara keistimewaan seorang pemuzik yang boleh bertahan sehingga zaman berzaman. Syabas saya ucapkan kepada Roslan dan saudaranya. Selain Roslan yang terus kreatif sehingga hari ini, kita juga ada ramai penggubah dan komposer tempatan yang pernah mencipta nama pada zaman 1970-an, 1980-an dan 1990-an. Antara mereka ialah A Ali, Adam Ahmad, Manan Ngah dan Omar Taib yang akan kita ingat lagi dalam tempoh 20 atau 30 tahun akan datang. Jasa dan sumbangan mereka memang menjana dunia seni tanah air.

Jadi, janganlah kita menidakkan sumbangan atau pembabitan kreativiti penggubah muzik yang saya sebutkan tadi walaupun mereka mungkin kurang aktif lagi pada zaman ini. Kepada komposer muda yang ingin menjadi seperti mereka, anda harus melihat penggubah senior sebagai ikon atau bahan rujukan. Namun usahlah meniru cara mereka kerana anda digalakkan bekerja dengan kreativiti sendiri.

Hari ini ada ramai komposer baru yang cuba berkecimpung dalam kerja di belakang tabir. Anda seharusnya berkerja keras dan saya memahami keadaan kerja sekarang yang begitu senang kalau hendak dibandingkan dengan zaman saya dulu.

Dengan adanya kemudahan komputer yang mempunyai jalan pintas untuk berkarya, anda harus sedar bahawa kelebihannya akan tetap berpihak kepada zaman saya. Apabila kami bermula dengan kertas dan pensil, anda pula bermula dengan komputer untuk mendengar bunyi. Bagaimanapun, ketika zaman kertas dan pensil, kami harus melihat bunyi.

Maksud saya, anda juga harus mengenali dan mempelajari kaedah manual untuk kebaikan diri anda. Sebenarnya, mereka yang berada di belakang tabir memanglah penting kerana hampir 65 peratus kejayaan sesebuah album itu bergantung kepada tenaga kerja orang-orang yang sebegini. Orang biasanya lebih melihat penyanyi, komposer, namun orang selalu terlepas pandang pada ramai tenaga kecil di belakang tabir yang kalau disatukan, peratusan kerja mereka melebihi yang lain. Kita jumlah lagi wassalam."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-6-2007 11:10 AM | Show all posts
PACAI :
source : sinema malaysia / muzikrock.com

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Full Name : Syed Ahmad Faizal Bin Syed Fadzil
Bangsa : Melayu
Career : Composer
Skill : Musician

Bermula dgn band EKAMATRA yg popular lewat 80'an seawal usia 17 tahun sebagai pemain bass.
Antara Skor Muzik filem garapannya ialah :-

1. CINTA
2. SUMO-lah
3. BAIK PUNYA CILOK
4. BULI




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2007 11:11 AM | Show all posts
Bait puitis lirik lagu Perpisahan ciptaan Pacai mampu beri mesej berkesan - Berita Harian

MENGHAYATI bait puitis lewat lagu Perpisahan nyanyian Anuar Zain menyentap perasaan mereka yang pernah terluka apabila insan tersayang melangkah pergi setelah cinta tiada lagi di hati.

Perpisahan sentuhan Syed Ahmad Faizal Syed Fadzil atau lebih dikenali sebagai Pacai adalah antara komposisi yang menguatkan lagi jalan cerita filem Cinta yang memulakan tayangan umum 30 November ini.

Lirik Perpisahan menggambarkan perjalanan cinta Harris (lakonan Rashidi Ishak) meniti kebahagiaan bersama isterinya, Airin (Rita Rudaini), tanpa disedari apa yang dilaluinya itu hanya sebuah ilusi.

Mampukah Haris menyelamatkan cintanya atau mungkin pengertian cinta sebenar bermakna merelakan pemergian insan tersayang? Itulah yang cuba diterjemahkan Pacai lewat bait indah Perpisahan.

Dihasilkan enam tahun lalu, baru kini Perpisahan dirakamkan. Pacai mempunyai alasan mengapa lagu itu disimpan terlalu lama, malah Perpisahan juga menyimpan sejarah yang tersendiri kepada komposer berusia 34 tahun itu.

Lagu itu agak berat terutama daripada segi pengisiannya. Saya bimbang pendengar tidak dapat mengaitkan diri dengan lagu itu kerana mesejnya terlalu berat.

Tetapi, apabila diminta oleh penerbit eksekutif Cinta, Dhojee untuk menghasilkan skor muzik bagi filem itu dan selepas menonton jalan ceritanya, saya terus teringat lagu itu, katanya berterima kasih kepada isteri, Juita Jalil yang memberi inspirasi kepada penghasilan Perpisahan.

Mengakui agak jarang mengikuti perkembangan filem Melayu, Cinta bagaimanapun, mengubah persepsi Pacai kerana tertarik dengan persembahan jalan cerita yang berbeza.

Saya yakin penonton dapat mendekatkan diri mereka dengan Perpisahan kerana perjalanan Cinta menuntut sentuhan yang kuat supaya meninggalkan kesan. Justeru, saya tidak boleh menghasilkan lagu yang hanya untuk menghibur tanpa membekas di hati penonton, katanya.

Sebelum Anuar, Perpisahan yang pada mulanya menggunakan judul, Kehilanganmu pernah diserahkan Pacai kepada seorang penyanyi lain. Bagaimanapun, ia ditolak dan apabila Dhojee meminta Anuar untuk menyanyikan lagu itu, Pacai terus bersetuju.

Kebetulan Dhojee sendiri begitu tertarik dengan kekuatan vokal Anuar ketika membawakan lagu Mungkin, juga ciptaan Pacai yang dimuatkan dalam album penyanyi itu yang terdahulu.

Saya perlu memilih penyanyi yang mampu memberi penghayatan dan menyampaikan mesej lagu itu dengan sepenuh hati. Anuar melakukannya dengan berkesan dan saya bangga kerana Perpisahan mendapat perhatian,? katanya.

Akui Pacai, dia tidak mengambil masa yang lama untuk menghasilkan Perpisahan. Sekitar sehari dua kerana Perpisahan bersandar kepada realiti perjalanan sebuah kehidupan justeru ia lebih muda dihasilkan.

Selain Perpisahan, Pacai turut menghasilkan sebuah lagu lain, Sewaktu Dulu juga dimuatkan dalam Cinta dan dinyanyikan Andy Flop Poppy.

Pada mulanya saya menghasilkan Sewaktu Dulu untuk dimuatkan dalam album solo saya. Saya pinjamkan dulu lagu itu kepada Cinta. Proses penghasilan album saya sudah bermula sejak 2004 dan Insya-Allah akan terlaksana juga nanti, katanya.

Cinta membariskan pelakon handalan seperti Datuk Rahim Razali, Fatimah Abu Bakar, Rita Rudaini, Eizlan Yusof, Rashidi Ishak, Nanu Baharudin serta bintang baru seperti Sharifah Amani, Que Haidar dan Pierre Andre.

Selain Perpisahan dan Sewaktu Dulu, 10 lagu lain yang memberi nyawa kepada perjalanan filem Cinta turut diabadikan dalam album runut bunyi yang diterbitkan Sony BMG Music Entertainment.

Lagu popular lain yang dimuatkan adalah Januari (Glenn Fredly), Belaian Jiwa (Innuendo), Kasih Berubah (Ferhad), Tiada Yang Kedua (Khafi), Pantun (Zainalabidin) dan Selamanya (Anggun).

Melengkapkan album runut bunyi ini lagu Cinta, kolaborasi mantap Misha Omar dan Jaclyn Victor. Lagu nyanyian asal penyanyi popular Indonesia, Kris Dayanti dan Melly Goeslaw disusun semula Naikong disampaikan dengan gaya tersendiri oleh kedua-dua penyanyi itu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2007 09:00 AM | Show all posts
good info...sblm ni hanya kenal nama tp tak kenal tuan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2007 10:15 AM | Show all posts
Wah Idris cipta lagu sempena merdeka
Oleh Rozdan Mazalan


BIARPUN tidak pernah melalui detik perit jerih di zaman penjajah tetapi komposer yang terkenal dengan lagu patriotik, Datuk Wah Idris, mahu menyuntik semangat patriotik kepada generasi muda melalui karyanya.

揝etiap orang merancang pelbagai bentuk sumbangan peribadi sebagai tanda kenangan sempena sambutan 50 tahun kemerdekaan ini. Jadi apabila saya menerima panggilan telefon daripada Timbalan Menteri Penerangan Datuk Zahid Hamidi yang menyarankan saya menghasilkan satu karya khas sempena kemerdekaan kita, terus saya laksanakan.

揃eliau mahu saya membuat sebuah lagu Malaysiaku Gemilang; Kibaran Jalur Gemilang. Apa yang membanggakan saya Datuk Zahid sebenarnya sudah menyiapkan lirik lagu itu terlebih dulu dan bait indah yang ditulis begitu berkesan kearna mampu menyuntik semangat mereka yang mendengarnya.

揝aya kagum dengan bakatnya yang menulis secara spontan dan terus menghantar liriknya ke telefon saya. Setelah menghayati lirik yang berjiwa itu saya terus menyimpannya. Malangnya data itu terpadam secara tidak sengaja.

揝aya terus memaklumkan kepada Datuk Zahid bahawa lirik yang dikirimkan itu terpadam dan dia juga mengatakan lirik yang ditulis di dalam telefonnya juga terpadam secara tidak sengaja.

揔eesokan paginya sebelum sempat bangun tidur, sekali lagi Datuk Zahid menghantar kiriman lirik ke dalam telefon saya yang ditulis sama seperti pada awalnya.

揕agu Malaysiaku Gemilang; Kibaran Jalur Gemilang dihasilkan dengan bantuan 50 pemain orkestra, 50 ahli koir, 50 kanak-kanak dan 14 artis tanah air. Turut terbabit Pengarah Muzik Radio Televisyen Malaysia (RTM), Datuk Mokhzani Ismail sebagai ketua orkestra, koir daripada Tenaga Nasional Berhad, 50 kanak-kanak yang berusia 11 tahun dari Mutiara International School, Q扗ees dan Garden International School.

揃erkonsepkan pop patriotik kontemporari, lagu ini diharap dapat menjiwai tema Hari Kebangsaan yang turut dinyanyikan dengan lagu patriotik yang lain.

揈mpat belas artis yang turut diundang menjayakan lagu ini termasuk artis lama dan baru seperti J Sham, Rohana Jalil, Pija, Izwan Pilus, Fauziah Latiff, Angelina Tan, Rama, Kumpulan Jinbara, Wan Anita Banun, DJ Kef dan ramai lagi,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.429796 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list