CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
12345678910... 25Next
Return Post new threads
Show: 83962|Reply: 604

POKOK KELADI HIASAN

[Copy link]

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 15-9-2006 12:45 PM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

akum sume...nak tanya skit..sape penggemar pokok keladi...esp yg bewarna warni...
masa balik kampung baru ni rupanya...banyak plak pokok keladi kat umah i n kat umah nenek..bila kuar warna warni nampak cantik pulak...
jom share...



















[ Last edited by  noor_hannah at 21-9-2006 12:51 PM ]
1

View rating log

Love being MOMMY and WIFE !
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 15-9-2006 01:57 PM |All posts
wah....keladi pun ada mcm2 ekk.....
kat umah tak der laaa.....pulakkkk
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 15-9-2006 02:50 PM |All posts
wa menarik nya.
semuanya subur- subur belaka.
nak tanya ni , pokok kelad jenis nii kena tanam kat tempat yg redup ke ? boleh kena matahari tak ?
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 18-9-2006 10:29 AM |All posts
Originally posted by Julia06 at 15-9-2006 02:50 PM
wa menarik nya.
semuanya subur- subur belaka.
nak tanya ni , pokok kelad jenis nii kena tanam kat tempat yg redup ke ? boleh kena matahari tak ?


boleh jer..nenek i tanam mmg kene direct sunlight....
ada org kata kalau kene matahari barulah kaler daun keladi ni lagi cantik....
Love being MOMMY and WIFE !
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 18-9-2006 12:23 PM |All posts
KELADI KEMOYAN

Sekali dilihat pokok ini umpama pokok keladi. Pokok ini merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga keladi.Ia tidak mempunyai isi yang boleh dimakan.Namun begitu pucuknya enak dimakan dengan nasi.

Caranya adalah dengan membuang kulit ari batang pucuk tersebut dan dicelur terlebih dahulu dan dimakan bersama nasi samada dengan budu dan cincalok.Memakan pucuk ini selalu menjadi amalan masyarakat kampung terutama bagi wanita yang baru lepas bersalin.Ia mampu menyembuhkan luka-luka dalam dan menguatkan kembali tenaga yang hilang.

Pucuk ini juga enak dimakan jika dijadikan kerabu.

1

View rating log

aluns78.blogspot.com
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 18-9-2006 12:24 PM |All posts


Nama Melayu (Malay Name) Keladi Merah
Keluarga (Family) ARACEAE
Nama Saintifik (Scientific Name) Caladium bicolor  
Saiz Biasa (Size) 45 cm  
Nama Lain (Other Names) Silver Aglaonema  
Jurufoto (Photographer) CS Ooi  




--------------------------------------------------------------------------------

Nota Ringkas (Short Notes)


Pokok keladi hiasan berdaun jenis kacokkan yang sangat menarik. Jenis pokok keladi ini berasal daripada kawasan tropika Amerika Selatan. Banyak jenis kacokkan beranika warna telah dihasilkan. Pokok ini dibiakkan dengan cara membahagikan rumpunnya atau menanam keladinya.
A leafy decorative yam plant that is very attractive. This type of yam plant originated from the tropical regions of South America. Many types of colourful hybrids had been produced. This plant is propogated dividing the clumps or planting the yams.
1

View rating log

aluns78.blogspot.com
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 18-9-2006 12:37 PM |All posts


Pokok keladi terdapat dengan meluas di negara kita dengan pelbagai spesies pokok keladi seperti keladi hutan, minyak, gajah, putih, betawi, udang. Pokok keladi ini mempunyai pelbagai warna daun, tumbuh subur di kawasan bertanah gambut yang redup.

Pokok keladi lebih sesuai sebagai tanaman hiasan, sama ada ditanam dalam pasu atau di halaman rumah kerana tumbuhan ini hanya memerlukan cahaya matahari yang sederhana. Ia juga boleh ditanam di dalam pasu bagi menghiasi kawasan dalaman rumah.

Sekiranya terdedak kepada langsung kepada bahang matahari yang terik, ini akan menyebabkan daunnya pucat dan cepat layu. Kadar suhu paling sesuai bagi tanaman ini antara 25 hingga 30 darjah Celsius.

Pokok keladi dari keluarga Araceae dengan nama saintifiknya Caladium. Ia membiak menerusi ubi atau rizomnya pada paras permukaan tanah saja. Antara variasi keladi yang cantik dan menjadi pilihan peminat seni taman ialah Caladium Bicolor yang mempunyai warna merah cerah di tengah dan hijau pada bahagian tepi daunnya. WARNA putih dan berjalur hijau nampak cerah dan menawan.

Caladium Splendens yang hidup meliar di kebun kelapa sawit dan getah mempunyai daun sederhana besar yang berwarna hijau berbintik merah dan putih.

Keladi Changjur pula menyerlahkan kecantikannya dengan urat daun yang berwarna putih seolah-olah membahagi-bahagikan kehijauan klorofilnya. Bagaimanapun, keladi Hortulanum pula mempunyai urat daun yang berwarna hijau dan latarnya berwarna putih. Keladi Humboldtii Schott ada urat daun berwarna merah berlatarkan warna hijau dan berbintik putih.

Perbezaan seperti inilah ditakrifkan sebagai suatu kesenian yang ada pada setiap jenis pokok keladi.

Baja paling baik untuk meningkatkan kesuburan pokok keladi ialah bahan yang mengandungi kadar nitrogen yang tinggi. Selain keladi berwarna-warni, keladi hutan atau keladi yang boleh dimakan seperti keladi betawi, keladi udang, keladi minyak boleh dimanfaatkan untuk hiasan taman.

Bahkan, ramai peminat seni taman berminat menanam keladi gajah yang mempunyai daunnya yang melebar walaupun hanya mempunyai satu warna iaitu hijau.

Sesetengah peminat seni taman sanggup membina sangkar kalis panas untuk mengekalkan suhu dan kelembapan bagi membolehkan pokok keladi hidup dengan subur. Teknik ini membolehkan keladi ditanam di atas tanah dan tidak perlu menggunakan pasu. Kesuburannya juga tidak terbantut.

Kebijaksanaan penanam amat penting untuk menyusun tona warna keladi supaya kelihatan lebih menarik. Misalnya, keladi berwarna digabungkan dengan keladi hijau yang bersinar daunnya dan pada bahagian belakang pula diserikan dengan latar keunikan warna daun pokok andung (Cordyline Terminalis Var) yang berwarna merah dan hijau florosen.

Bagi pokok keladi yang tidak tinggi latarnya boleh dihiasi dengan pokok pisang sepit, Dracaena atau tumbuhan kumpulan Pleomele (pandan India) yang boleh dibiakkan dengan keratan batang.

Keladi putih pula boleh diserlahkan keunikan daunnya dengan menanam pada rumpun pokok palma yang berdaun hijau tua dan persekitarannya boleh dihiasi sama ada dengan batu kerikil, batu bukit atau batu pulau.

Bagi keladi gajah atau keladi gergasi, penanamannya kelihatan lebih menarik apabila pokok bunga mawar, bunga lili atau carnation dijadikan objek hiasan bawahan.

Peminat pokok keladi harus diingat, penanaman di dalam rumah juga masih memerlukan sinar cahaya matahari. Keladi yang mendapat sedikit cahaya terutama di tempat yang gelap menjadikan tangkainya panjang dan sukar diurus.
1

View rating log

aluns78.blogspot.com
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 19-9-2006 10:45 AM |All posts
wow..thanks razifah for the good info....
keladi yg boleh buat ulam tu susah ke nak dpat...
bukan tak tau kan..keladi ni kalau silap makan atau silap cara gatal tekak dibuatnya..
Love being MOMMY and WIFE !
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 19-9-2006 11:57 AM |All posts
Originally posted by Lady_On_Earth at 19-9-2006 10:45 AM
wow..thanks razifah for the good info....
keladi yg boleh buat ulam tu susah ke nak dpat...
bukan tak tau kan..keladi ni kalau silap makan atau silap cara gatal tekak dibuatnya..


Yang ada bunga merah tu kan pokok anthurium. Bukan spesis keladi kan.
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 19-9-2006 02:00 PM |All posts

Reply #9 afyyzuul's post

la yer ka...lady pun tak sure...ingatkan kalau daun bentuk macam tu sumenye keladi...lady main snap jer pic pokok2 yg cantik masa balik umah that day..
pokok unthurium ni kat genting banyak betul....subur plak tu..
Love being MOMMY and WIFE !
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 19-9-2006 02:58 PM |All posts
Originally posted by Lady_On_Earth at 19-9-2006 02:00 PM
la yer ka...lady pun tak sure...ingatkan kalau daun bentuk macam tu sumenye keladi...lady main snap jer pic pokok2 yg cantik masa balik umah that day..
pokok unthurium ni kat genting banyak betul. ...


Lady,
Anthurium pun ada byk jenis. Memang cantik pokok ni.
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 19-9-2006 03:55 PM |All posts


Pokok kemoyan ni sedap masak.  Rupanya cantik juga yer bila ditanam dalam pasu untuk hiasan.  Selalunya kita tengok pokok ni tumbuh disemak-semak.
t-shirt angry bird www.facebook.com/bajuanakcomel
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 19-9-2006 04:00 PM |All posts
Originally posted by razifah at 18-9-2006 12:37 PM


Pokok keladi terdapat dengan meluas di negara kita dengan pelbagai spesies pokok keladi seperti keladi h ...


Thanks Razilah for the info.

Padanlah adalah satu dua pokok keladi kat rumah.  Mana yang kena direct cahaya matahari tu subur tapi yang terlindung sikit tu tak lebat.

Nampaknya kenalah alih-alih pokok ni.
t-shirt angry bird www.facebook.com/bajuanakcomel
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 19-9-2006 04:03 PM |All posts
Originally posted by Lady_On_Earth at 19-9-2006 10:45 AM
wow..thanks razifah for the good info....
keladi yg boleh buat ulam tu susah ke nak dpat...
bukan tak tau kan..keladi ni kalau silap makan atau silap cara gatal tekak dibuatnya..


Tapi setahu kak imanlah pokok kemoyan ni bukan macam keladi biasa.  Sebab di ni tak gatal.  Selalu juga masa dulu-dulu tengok mak masak, dikupas batang kemoyan tu macam rafizah kata.  Lepas jelorkan dulu.  Masak lemak dengan lada hitam sedapnya.

Sayangnya sekarang ni dah susah nak jumpa.
t-shirt angry bird www.facebook.com/bajuanakcomel
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 19-9-2006 04:07 PM |All posts
Originally posted by afyyzuul at 19-9-2006 11:57 AM


Yang ada bunga merah tu kan pokok anthurium. Bukan spesis keladi kan.


Zuul, kak iman ada sepasu pokok ni tetapi bewarna putih.

Yang herannya kenapa pokok ni tak mahu subor.  Puas kak iman letak baja tapi pokoknya masih macam tu jer.  Kadang2 saja dia berbunga.
t-shirt angry bird www.facebook.com/bajuanakcomel
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 19-9-2006 04:24 PM |All posts
Waaa....akak iman nie memang suke dengan adik beradik keladi nampak nyer....
aluns78.blogspot.com
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 19-9-2006 04:53 PM |All posts
cantik2 lah keladi....tapi keladi kat umah maklang tinggal 2 jer daunnya...hihihi
www.maklangazie.blogspot.com
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 19-9-2006 05:00 PM |All posts
Originally posted by haniman at 19-9-2006 04:07 PM


Zuul, kak iman ada sepasu pokok ni tetapi bewarna putih.

Yang herannya kenapa pokok ni tak mahu subor.  Puas kak iman letak baja tapi pokoknya masih macam tu jer.  Kadang2 saja dia berbunga.


Betul tu kak Iman. Warna putih pun ada. Yg saya punya warna pink. Warna putih blm ada. Pokok ni manja sikit tp senang nak jaga. Bunganya memang tahan lama. Tak silap saya dlm magazine laman edisi 2 ada info pasal pokok ni.
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 19-9-2006 05:38 PM |All posts
Originally posted by MAKLANG at 19-9-2006 04:53 PM
cantik2 lah keladi....tapi keladi kat umah maklang tinggal 2 jer daunnya...hihihi


Salam Maklang

Lama tak nampak.
t-shirt angry bird www.facebook.com/bajuanakcomel
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 19-9-2006 05:41 PM |All posts
Originally posted by razifah at 19-9-2006 04:24 PM
Waaa....akak iman nie memang suke dengan adik beradik keladi nampak nyer....



Fizah, sebenarnya bila fizah sebut pasal pokok kemoyan ni mengimbau kenangan dulu.  Suka sangat makan sayur lemak kemoyan ni bila mak masak.

Kak Iman tak boleh makan sayur batang keladi, alergi ker aper tak tau, memang tak boleh walaupun pada masa yang sama orang lain makan relax jer.  Gatal kat tekak macam mencekik. Tapi lepas minum air suam dia akan hilang. Sebenarnya sayur keladi memang sedap.  Rugi tak dapat menikmatinya.

[ Last edited by  haniman at 19-9-2006 05:43 PM ]
t-shirt angry bird www.facebook.com/bajuanakcomel
Reply

Props Report

jati This user has been deleted
Post on 19-9-2006 09:25 PM |All posts
kat rumah kita pun ada tapi tak banyak macam tu
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 20-9-2006 08:52 AM |All posts
Originally posted by jati at 19-9-2006 09:25 PM
kat rumah kita pun ada tapi tak banyak macam tu


Tapi awas sesetengah tumbuhan keladi yg dijadikan hiasan beracun. So yg ada anak kecik yg tengah lasak tu kena la be extra careful. My son kalau keluar kat laman....yarabbi.Memang susah nak kawal.
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 20-9-2006 11:00 AM |All posts
Originally posted by afyyzuul at 19-9-2006 02:58 PM


Lady,
Anthurium pun ada byk jenis. Memang cantik pokok ni.

yes..kalau bunga merah terang lagi cantik kan...
kat outdor themepark kat genting banyak pokok ni...
Love being MOMMY and WIFE !
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 20-9-2006 11:02 AM |All posts
Originally posted by haniman at 19-9-2006 04:03 PM


Tapi setahu kak imanlah pokok kemoyan ni bukan macam keladi biasa.  Sebab di ni tak gatal.  Selalu juga masa dulu-dulu tengok mak masak, dikupas batang kemoyan tu macam rafizah kata.  Lepas jel ...

amboi..terlior plak tekak lady...
means that tak semua keladi gatal kan...
but keladi yg gatal tu nenek lady buat maak ape ntah sdap sgt...
Love being MOMMY and WIFE !
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 20-9-2006 11:04 AM |All posts
Originally posted by haniman at 19-9-2006 04:07 PM


Zuul, kak iman ada sepasu pokok ni tetapi bewarna putih.

Yang herannya kenapa pokok ni tak mahu subor.  Puas kak iman letak baja tapi pokoknya masih macam tu jer.  Kadang2 saja dia berbunga.

yes..yg bewarna putih tu cantik sgt kan....
kat umah kawan lady ada...mak dia tanam subur n banyak jer bunga....cantik betul..sbb hujau tu contra ngan kaler bunganya yg putih..so nampak menyerlah sgt...
Love being MOMMY and WIFE !
Reply

Props Report

You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 28-11-2014 08:08 PM , Processed in 0.245747 second(s), 25 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top