CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

QQ登录

只需一步,快速开始

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
12Next
Return Post new threads
Show: 5345|Reply: 28

Khir Johari: Jasa Pak Khir tak ternilai

[Copy link]
Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 20-11-2006 09:17 AM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

Belasungkawa: Jasa Pak Khir tak ternilai
Oleh Jalal Ali Abdul Rahim


TANGGAL 19 November terakam kisah duka dalam lipatan sejarah negara apabila kembalinya ke Rahmatullah bekas pemimpin veteran Umno, Tan Sri Mohd Khir Johari.

Pemergian Allahyarham pada usia 83 tahun kerana sakit tua di rumahnya di Suasana Sentral, dekat sini pada jam 10.30 pagi adalah suatu kehilangan kerana peranan dan jasanya kepada negara dan Umno yang baru dua hari selesai mengadakan Perhimpunan Agung.

Allahyarham yang mesra dengan panggilan Pak Khir dilahirkan pada 29 Januari 1923 di Kampung Kancut, Alor Star, Kedah.

Beliau pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam Umno termasuk Setiausaha Agung serta anggota Kabinet paling lama berkhidmat iaitu sejak 1950-an sebelum bersara pada 1983.

Mendapat pendidikan peringkat menengah di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star, Allahyarham memulakan perkhidmatan sebagai Pembantu Menteri di Kementerian Perdagangan dan Industri pada 1956.

Allahyarham kemudian memegang jawatan menteri di beberapa kementerian seperti Menteri Pelajaran (1957-1959/1965-1968), Menteri Perdagangan dan Industri (1960-1962/1969-1971/1972), Menteri Pertanian dan Koperasi (1963-1964), memangku Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (1969-1971) dan Menteri Tanpa Portfolio (1973).

Allahyarham yang menjadi Ahli Parlimen Kedah Tengah (1955-1974) dan Ahli Parlimen Kuala Muda (1974-1982) pernah menjadi Duta Malaysia di Amerika Syarikat (1973-1976) dan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (1975-1976).

Pembabitannya dalam politik bermula pada usia 23 tahun dengan menyertai Seberkas pada 1946 dan lima tahun kemudian menyertai Umno dan sebelum memegang jawatan Setiausaha Agung Umno.

Peranan dan sumbangan besarnya kepada Umno termasuk ketika Datuk Onn Jaafar keluar dari parti itu. Allahyarham bersama Tun Abdul Razak dan Tun Saadon Zubir
1

View rating log

Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 20-11-2006 09:19 AM |All posts
Khir Johari meninggal dunia akibat serangan jantung


KHIR JOHARI.
--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR 19 Nov.
1

View rating log

Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 20-11-2006 09:31 AM |All posts
慘hir seolah-olah tahu ajalnya
1

View rating log

Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 20-11-2006 09:32 AM |All posts
Khir Johari tingkatkan sukan negara

KUALA LUMPUR 19 Nov.
1

View rating log

Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 20-11-2006 09:37 AM |All posts
Pemergian Seorang Tokoh Yang Mampu Menempuh Segala Keadaan

Oleh Azman Ujang

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- "Saya mahu menyumbang kepada perpaduan negara. Perpaduan negara dalam erti kata sebenar. Suruhlah saya lakukan apa jua tugas yang menyumbang ke arah itu, pasti saya akan lakukan tanpa banyak soal.

" Dan apabila ini tercapai, saya akan mati dalam tenang," demikian diungkapkan Tan Sri Khir Johari, seorang daripada menteri pengasas Malaysia yang meninggal dunia di sini hari ini, pada temubual dengan sebuah akhbar.

Sering diceritakan bahawa bila Khir, yang mati akibat serangan jantung pada usia 83, berada di sebuah bilik, setiap orang akan ketawa terbahak.

Dalam autobiografinya Looking Back, allahyarham Tunku Abdul Rahman, perdana menteri pertama yang melantik Khir sebagai Menteri Pelajaran pertama bila negara mencapai kemerdekaan pada 1957, menyifatkan beliau "perwatakan hebat dalam Kabinet. Kadang kala agak lucah tetapi menggelikan hati".

Beliau memberitahu tembual akhbar bagaimana Maharaja Jepun memanggilnya Menteri Kelab Malam bila beliau mengakui belajar bahasa Jepun dari pelayan di sana.

" Negara ini semakin kehilangan humor. Kita perlukan humor untuk terus hidup. Bila anda dilanda masalah, tidak ada lebih baik dari sentuhan humor untuk mengatasi keadaan."

Bekas guru itu menyifatkan pelantikannya sebagai Menteri Pelajaran sebagai jawatan yang paling digemarinya dari senarai panjang jawatan dalam tempoh 40-tahun kerjaya politiknya dan banyak tahun lagi sibuk terbabit dalam bidang sukan, hidupan liar, haiwan dan alam sekitar.

Dikatakan sebagai Menteri Pelajaran beliau sering meninggalkan kesan tawa di bilik darjah yang beliau lawati di seluruh negara dan generasi kanak-kanak sekolah sering tertawa sesama sendiri.

" Tidak syak lagi Kementerian Pelajaran memberikan saya sepenuh kepuasan. Sukar ketika itu tetapi cukup menyeronokkan. Anda keluar menyampaikan mesej dan saya dapat menyampaikan mesej secara langsung," beliau disebut berkata.

Beliau masih ingat yang beliau pergi ke serata tempat, kadang kala meliputi dua atau tiga buah sekolah sehari, dan menambah "saya terbang, naik keretapi, memandu, kerana saya sedar perlunya menyampaikan sendiri mesej".

Khir, yang antara lain menjadi Menteri Perdagangan dan Peridustrian, Menteri Pertanian, Duta Besar ke Amerika Syarikat dan Wakil Tetap ke Pertubuhan Bangsa Bersatu, juga berkata menjadi Menteri Pelajaran paling mencabar kerana "anda perlu membina sebuah negara baru, melakukan perubahan dan serentak itu meletakkan asas bagi generasi masa depan".

Apabila beliau menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian, ucapan beliau masih diselangi lawak jenaka "jika tidak mereka semua akan tidur".

Menurut satu cerita, ketika beliau keluar merasmikan kilang-kilang di Petaling Jaya dan Shah Alam, beliau sering mendapati seorang lelaki Eropah mengekori beliau.

Satu hari Khir berdepan dengan lelaki itu dan bertanyakannya mengapa beliau berbuat begitu. "Dia kata dia mengekori saya untuk mengumpul jenaka saya. Ia sebenarnya seorang Amerika. Jika saya temuinya sekarang, tentu menyeronokkan. Seluruh hal menyeronokkan. Hingga hari ini bila saja saya berjumpa dengan orang, mereka akan beritahu saya jenaka saya cukup menarik".

Sebagai pengerusi pertama Persekutuan Perancang Keluarga Malaysia, Khir menjadi bahan berita utama dalam dan luar negeri bila beliau mengisytiharkan kaum lelaki hendaklah lebih bertanggungjawab dalam perancangan kelahiran dengan mengambil sejenis pil dipanggil pil tidur.

Perancang keluarga di luar bandar? Tidak ada masalah, kata beliau, dan menambah "cuma bekalkan elektrik. Maka akan ada televisyen dan setiap orang akan tidur lewat.

Hanya selepas beliau meninggalkan politik pada 1986 beliau setuju menerima gelaran dan bintang kebesaran selepas beberapa kali menolak tawaran "Datuk".

" Khir Johari sudah matang" -- inilah yang Tunku Abdul Rahman, atau lebih dikenali sebagai Tunku, sifatkan beliau dalam nota tahniah ketika beliau dianugerah gelaran Tan Sri oleh Yang di-Pertuan Agong bersempena ulangtahun ke-54 Seri Paduka pada tahun berkenaan.

Malah beliau turut menolak tawaran gelaran dari kerajaan Brunei, yang kemudian beliau ketahui disertai pencen seumur hidup.

Rakyat Sarawak akan mengingati Khir sebagai wakil kerajaan Persekutuan bagi mengisytiharkan pembentukan Malaysia di negeri itu pada 1963.

Menjelang pembentukan Malaysia, Tunku memanggil beliau dan berkata: "Khir, saya fikir kini masanya anda jadi Datuk kerana agak anih anda mewakili kami tanpa sebarang gelaran, dan Khir menjawab: "Tunku, saya jarang berbeza pendapat dengan anda, tetapi kali ini saya perlu. Biar saya tanya anda satu soalan, "Anda mewakilkan seorang Datuk atau Khir Johari?"

Tunku kemudian memanggil isteri Khir dan memberitahunya di jamuan teh: "Pergi pujuk suami degil awak supaya terima gelaran Datuk". Dia menjawab, "Tunku dah cuba? Jika anda sudah dan dia tak mahu, jangan harap saya akan berjaya. Itu mustahil".

Tunku tidak menyebut perkara itu lagi. Kemudiannya ada percubaan memberikan Khir gelaran tetapi selepas beberapa ketika, dijangka beliau tetap akan menolaknya.

Khir pernah menjelaskan: "Isteri saya cukup tahu tentang diri saya. Ada beberapa perkara yang saya cukup hargai. Dan saya mempunyai prinsip amat penting iaitu semasa anda berkhidmat aktif dalam politik, anda tidak harus terima sebarang gelaran. Nilai anda, pencapaian anda harus dinilai selepas persaraan anda, supaya orang dapat lihat apa yang anda sudah lakukan".

" Winston Churchill, misalnya, tidak mendapat gelarannya hingga selepas dia bersara. Ini prinsip yang tidak saya paksakan ke atas sesiapapun kecuali diri saya".

Walaupun pada kaca mata kebanyakan orang, Khir, tokoh legenda ini wajar mendapat gelaran Tan Sri kerana khidmat lama dan cemerlangnya kepada negara, beliau tetap merendah diri, malah berkata beliau tidak pernah impikan satu hari nanti akan dianugerah gelaran itu.

Pada temubual akhbar yang sama, Khir ditanya jika ada perkara yang beliau kesalkan.

Agak mengejutkan kerana "tokoh yang sedia menghadapi segala keadaan" ini yang melihat dunia sebagai medan jenaka menjawab: "Banyak hal yang saya kesalkan dalam kerjaya saya, tetapi saya kira yang paling memedihkan ialah Tunku sepatutnya mati dalam keadaan tenang, tetapi tidak.

" Ini kesedihan saya paling besar. Tidak syak lagi dan tidak dipersoalkan tentang jasa dan kecintaan Tunku kepada negara ini," kata beliau mengenai Tunku yang bersamanya telah berjuang untuk kemerdekaan negara dan meninggal dunia pada 1989 ketika berlaku perselisihan dalam kerajaan ketika itu ekoran pembatalan pendaftaran Umno oleh Mahkamah Tinggi pada 1987.

Pada penghujung hayat, isteri beliau Puan Sri Christine Lim berkata hari ini Khir seolah-olah sudah mengetahui kematiannya semakin hampir.

"Baru-baru ini, dia berulang-ulang berkata 'God is calling me, God is calling me'...(Tuhan memanggil saya, Tuhan memanggil saya).

"Saya membalas dengan berkata `Jangan cakap gitu. Kalau nak pergi, biar kita pergi bersama," katanya kepada Bernama di Masjid Negara, tempat pengkebumian diuruskan.

Lim berkata beliau telah juga meminta suaminya menunggu hingga anak mereka, Zairil, 23, yang sedang menuntut di seberang laut, pulang.

Zairil sempat pulang dan berada di sisi Khir ketika menghembuskan nafas terakhir di kondominiumnya di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields di sini.

Veteran Umno itu tersungkur ketika menonton tv pada kira-kira 10.30 pagi dan disahkan mati oleh kakitangan perubatan yang bergegas dengan sebuah ambulan.

Allahyarham diberikan penghormatan dengan upacara pengkebumian di perkarangan Makam Pahlawan di Masjid Negara petang ini.

Lim menyifatkan kematian suaminya sebagai satu kehilangan besar dan berkata akhir-akhir ini beliau sering melahirkan ungkapan "I love you".

Khir mengahwini Lim pada 1996, dua tahun selepas kematian isteri pertama, Puan Sri Kalsom Abdul Rahman yang bersamanya selama 45 tahun.

-- BERNAMA
1

View rating log

Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 20-11-2006 09:40 AM |All posts
A simple, no-frills leader who served quietly

Photo gallery

AS A boy, he had wanted to be a teacher. Instead he became Education Minister.  

Born in Alor Star in 1923, the young Mohd Khir Johari had his early education at Malay schools in Jalan Bharu and Sungai Korok in his hometown. At nine and filled with trepidation, he entered the Sultan Abdul Hamid College in Alor Star to study English for the first time.  

揂t first I was apprehensive because of the difference in conditions and atmosphere of Malay schools and English schools,
1

View rating log

Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 20-11-2006 10:00 AM |All posts
Pencorak wajah negara
Oleh ZIN MAHMUD (WARTAWAN UTUSAN)


KHIR Johari (berdiri tiga dari kanan) dalam Kabinet pertama Tanah Melayu, 1957.
--------------------------------------------------------------------------------

Kepelbagaian aktiviti Allahyarham Tan Sri Mohamed Khir Johari sepanjang hidupnya daripada 29 Januari 1923 hingga semalam, sukar untuk menamakan bidang mana yang beliau banyak tumpukan sumbangannya.

Tetapi yang pasti, beliau adalah satu-satunya tokoh yang namanya diabadikan sekurang-kurangnya di lapan sekolah di seluruh negara.

Sekolah-sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan Khir Johari di Prai (Pulau Pinang), Kampung Melayu Majidee (Johor), Sungai Petani (Kedah), Sabak Bernam (Selangor) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari Sungai Petani (Kedah), Tanjung Malim (Perak), Beranang (Selangor) dan Bagan Datoh (Perak).

Di samping sebagai seorang ahli politik yang turut serta dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan negara, Allahyarham juga adalah menteri pelajaran yang mengasaskan hala tuju awal pendidikan negara. Beliau mengakhiri perkhidmatannya dengan kerajaan sebagai Duta Besar Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1973.

Allahyarham juga terkenal sebagai ahli korporat yang aktif dan juga memimpin badan sukan meliputi badminton, sepak takraw dan tenis.

Pernah dinobatkan sebagai Bapa Sepak Takraw semasa Kejohanan Sepak Takraw MASUtusan-RTM pada tahun 1987. Sementara pialanya dinamakan Piala Emas Khir Johari.

Tetapi namanya juga terkenal sebagi seorang yang terkedepan dalam memimpin badan-badan berhubung kehidupan liar, perkara ini ternyata dengan Allahyarham pernah menjawat Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia dan pengasas bersama serta presiden pergerakan pemeliharaan hidupan liar, WWF Malaysia.

Dalam pada itu, Allahyarham juga adalah pengasas akhbar Watan yang mula diterbitkannya pada tahun 1976 sebagai akhbar dwibahasa.

Daripada segala aktiviti sepanjang 83 tahun, apa yang dapat dirumuskan bukannya sekadar kecergasan dan minatnya yang pelbagai itu. Lebih daripada itu ialah satu mentaliti yang beliau mahu wujudkan di Malaysia iaitu keterbukaan, keluasan fikiran, kepelbagaian, kebebasan, kemodenan, keharmonian, kemanusiaan dan kesejagatan yang Allahyarham mahu terapkan dalam kefahaman mengenai kemerdekaan negara.

Perspektif demikianlah yang beliau cuba bawa sepanjang menjadi menteri dari tahun 1957 hingga 1973 meliputi portfolio pelajaran, perdagangan dan perindustrian serta pertanian dan koperasi.

Dengan aliran yang dianggap pro-Barat, beliau menjadi penyokong kuat dasar-dasar Tunku Abdul Rahman dan sebaliknya menjadi sasaran kritikan daripada golongan kiri, agama dan juga nasionalis ultra seperti pejuang bahasa. Allahyarham dianggap lebih hampir kepada pihak bukan Melayu dan Barat.

Perkara ini dapat dilihat umpamanya dalam satu petikan akhbar Utusan Melayu bertarikh 19 Mac 1967.

Berita itu berbunyi: 憫Kementerian Pelajaran akan mengambil alih Dewan Bahasa dan Pustaka yang dikatakan sekarang menjadi sarang politik untuk menentang kerajaan.

憫Encik Mohamad Khir Johari, Menteri Pelajaran yang memberikan amaran ini hari ini berkata bahawa tindakan ambil alih itu akan dilakukan setelah pembersihan dijalankan ke atas anasir-anasir yang menentang kerajaan.

憫Mungkin jika mustahak kementerian sendiri akan mengambil alih dewan itu sebagai satu jabatan di bawahnya dan anasir-anasir yang tidak diingini itu disingkir untuk menjaga kebersihan dewan itu, kata Encik Khir.
1

View rating log

Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 20-11-2006 10:56 PM |All posts
Khir Johari has done nothing for the Malays' education.  Di saat beliau menjadi menteri pelajaran mata pelajaran  agama dan tulisan jawi di hapuskan. Akibat yang amat ketara ialah satu generasi anak Melayu tidak dapat membaca tulisan jawi. Jadi tidak menghairankan dia di gugurkan dari kabinet Tun Razak.:hmm::hmm:
1

View rating log

Damnant quod non intellegunt
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 20-11-2006 11:19 PM |All posts
Originally posted by thamrong at 20-11-2006 10:56 PM
Khir Johari has done nothing for the Malays' education.  Di saat beliau menjadi menteri pelajaran mata pelajaran  agama dan tulisan jawi di hapuskan. Akibat yang amat ketara ialah satu generasi ana ...


Hmmmm....is Agama and Jawi the only measure of the Malays' education?
http://mymandalay.blogspot.com
Reply

Props Report

Fighter

Je suis Musulman

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 21-11-2006 12:03 AM |All posts

Reply #9 hamizao's post

mmgla tak. tapi jawi merupakan salah satu identiti penting bagi msyrkt melayu dulu. malah bley dikira unik.skang dah kurang satu. kire satu kerugian yg besar.
1

View rating log

♫ Tarkan - "Adımı Kalbine Yaz" ♪
Reply

Props Report

Rank: 5Rank: 5

Post on 21-11-2006 02:30 PM |All posts
Pada tahun 1977, beliau aktif dalam dunia korporat apabila menjadi Pengerusi Empat Nombor Ekor Selangor dan Magnum Finance


Dan sekarang Haniff Omar pun ikut langkah dia.

Paling saya tak boleh terima bila dia mansuhkan huruf jawi dan digantikan huruf rumi. Kalau bangsa cina dengan tulisan cina, bangsa india dengan tulisannya,
bangsa melayu dengan tulisan ROMAN? Melayu = jawi. Tulisan mereka adalah sebahagian dengan budaya mereka. Melayu hilang serinya apabila hilang jawi.

Sodih den.
1

View rating log

Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 21-11-2006 05:08 PM |All posts
Originally posted by eideup at 21-11-2006 02:30 PM


Dan sekarang Haniff Omar pun ikut langkah dia.

Paling saya tak boleh terima bila dia mansuhkan huruf jawi dan digantikan huruf rumi. Kalau bangsa cina dengan tulisan cina, bangsa india denga ...


Jawi dibawa oleh orang Arab. Sebelum itu orang Melayu tak menulis?? :hmm:
http://mymandalay.blogspot.com
Reply

Props Report

Fighter

Je suis Musulman

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 21-11-2006 06:19 PM |All posts

Reply #12 hamizao's post

kene bukak balikla buku sejarah kalo gitu.
dah masuk bab lain.
♫ Tarkan - "Adımı Kalbine Yaz" ♪
Reply

Props Report

Rank: 5Rank: 5

Post on 21-11-2006 08:45 PM |All posts
Originally posted by hamizao at 21-11-2006 17:08


Jawi dibawa oleh orang Arab. Sebelum itu orang Melayu tak menulis?? :hmm:


Sebelum kedatangan arab, org melayu mengunakan bahasa sanskrit. Bila islam datang, budaya dan bahasa arab disesuaikan utk
org2 melayu.

Jawi = huruf arab + sebutan melayu + tatabahasa melayu
Arab = huruf arab + sebutan arab + tatabahasa arab.
korean = chinese character + huruf korean  + sebutan korean + tatabahasa korean
japanese = chinese character + huruf jepun  + sebutan jepun + tatabahasa jepun\


Saya secara peribadi lebih menyukai tulisan jawi berbanding dgn tulisan Rumi.
Kreativiti lebih menonjol pada tulisan jawi, terutama sekali tulisan khat.

[ Last edited by  eideup at 21-11-2006 09:08 PM ]
1

View rating log

Reply

Props Report

Fighter

[AikOLiaN]

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 21-11-2006 08:51 PM |All posts

Reply #12 hamizao's post

'sebelum itu' tu bile?
sejarah melayu yg tun seri lanang tulis tahun 1612 pun dalam bahasa jawi...
maknanya jawi dah strongly embedded dalam bangsa melayu ni...
zaman pak khir jadi menteri pelajaran ape dia buat? mansuh tulisan jawi, mata pelajaran agama dia buat subjek elektif dgn mata pelajaran lukisan, bapak aku penah alami...

skang bile akhbar jawi tak laku, menggelupur suruh martabatkan jawi...yg menteri pelajaran pun sibukla dgn j-Qaf nye nak bagi pelajar melayu pandai jawi & mengaji Quran...padahal yg mencabutnye dulu bukannye oranglain...

there's nothing to be proud with the late khir johari...
jadi pengerusi syarikat judi...perrghhh...
petikan penerima darjah dari agong tahun 1986
Panglima Mangku Negara (P.M.N.) Membawa Gelaran Tan Sri
Nama: Encik Mohamed Khir Johari
No. Kad Pengenalan: 4067013
Jawatan: Pengarah Kerja
Alamat: Magnum Corporation Berhad,Magnum House, 111 Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur

http://www.malaysianmonarchy.org.my/portal_bi/rk6/rk6b_1986.php
1

View rating log

segala yang dihasrat tapi tak didapat adalah nikmat yang paling padat
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 22-11-2006 01:29 AM |All posts
Oleh eidup:
Sebelum kedatangan arab, org melayu mengunakan bahasa sanskrit. Bila islam datang, budaya dan bahasa arab disesuaikan utk org2 melayu.


Yang ini bahasa orang Aryan di bawa oleh orang2 Hindu kan? Tak mungkin orang2 Melayu boleh menulis/membaca dalam bahasa ini kerana kalau mengikut cara2 mereka kepandaian ini hanya khas bagi orang2 tertentu sahaja. Harap betulkan kalau Hami salah.

Point sy ialah Melayu tidak mempunyai tulisan sendiri seperti yang dipunyai China, India, Arab/Semite dll. Kalau di pikirkan ada kemungkinan juga Melayu harus mengguna tulisan Cina ....heheheh!

Benar, oleh kerana pertalian kita dengan Arab kerana ugama, kalau pandai Jawi   berguna juga.. Tetapi sy tak pikir kekurangan dalam Jawi akan membantutkan perkembangan orang2 Melayu dalam menimba ilmu.

Sy terpikir juga pada masa Khir dulu, cukup ke guru2 ugama yang benar2 berkelulusan?
1

View rating log

http://mymandalay.blogspot.com
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 22-11-2006 02:19 AM |All posts
Menghapuskan jawi adalah antara 'jasa' terbesar Pak Khir.Tulisan jawi sudah menjadi identiti Melayu sejak sekian lama.Tulisan jawi memang berasal dr tulisan Arab.Tinggal lagi tulisan jawi sudah ditambah beberapa huruf spt nya,pha,ga dan beberapa huruf lagi utk menyesuaikannya dgn sebutan bahasa Melayu.Sekurang2nya Melayu ada juga identitinya dlm bentuk tulisan walaupun bukan seratus peratus asli.Utk menjadi bangsa yg maju salah satu kriteria utamanya adalah jatidiri.

Saya kagum dgn bangsa2 maju spt Jepun dan Korea yg begitu tebal jatidiri dan identitinya tp mereka sangat maju dan mampu bersaing dgn bangsa2 lain yg telah dahulu maju.Thailand juga kuat dgn identitinya sendiri  dan begitu bangga dgn tulisan Siam mereka dan mereka juga bukanlah bangsa yg mundur walaupun tulisan mereka mungkin cuma digunakan oleh org2 Siam yg jumlahnya jauh lebih sedikit drp org2 Melayu.
1

View rating log

Reply

Props Report

Rank: 5Rank: 5

Post on 22-11-2006 01:42 PM |All posts
Point sy ialah Melayu tidak mempunyai tulisan sendiri seperti yang dipunyai China, India, Arab/Semite dll. Kalau di pikirkan ada kemungkinan juga Melayu harus mengguna tulisan Cina ....heheheh!


yap.. tak mustahil bangsa melayu mengunakan tulisan cina. :hmm:  Kalu betul menarik kan?

Setiap bangsa ada susur budaya yang membuatkan setiap satunya unik dan istimewa. Keistimewaan Bahasa melayu sendiri  kerana ia ada mengandungi perkataan yg diwarisi dari bangsa lain. Ia turut membawa pengaruh hindu, china dan islam. Keunikan sesuatu bangsa turut dipengaruhi oleh persekitaran, bangsa lain yang lebih berpengaruh.  Dalam konteks  bangsa melayu, ciri2 melayu digambarkan sebagai beragama Islam, mengamalkan budaya melayu, berbahasa melayu dan untuk lebih menonjolkan lagi (mengunakan tulisan jawi). Bayangkan betapa jauh tanah melayu dari rantau asia barat, pengaruh tulisan arab boleh bertapak di Asia Tenggara dan diterima pakai oleh pedagang dan pemerintah. Tentu unik bukan?

Yang ini bahasa orang Aryan di bawa oleh orang2 Hindu kan? Tak mungkin orang2 Melayu boleh menulis/membaca dalam bahasa ini kerana kalau mengikut cara2 mereka kepandaian ini hanya khas bagi orang2 tertentu sahaja. Harap betulkan kalau Hami salah.


Pengaruh hindu  keatas tanah melayu turut membawa bahasanya sekali. Sudah tentu penduduk tempatan akan mempelajari bahasa sanskrit secara tidak langsung. Walaupun ada sekatan, bahasa akan berkembang dengan interaksi sesama manusia.


Benar, oleh kerana pertalian kita dengan Arab kerana ugama, kalau pandai Jawi   berguna juga.. Tetapi sy tak pikir kekurangan dalam Jawi akan membantutkan perkembangan orang2 Melayu dalam menimba ilmu.


Bukankah dengan adanya tulisan jawi akan menambah cabang-cabang ilmu yang boleh dipelajari?
1

View rating log

Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 22-11-2006 01:52 PM |All posts
teringat aku kat sekolah dulu dlm tahun 80an dok ada kelas jawi. dan yg menariknye ialah non malay pun blajar gak tulisan jawi. tapi sampai darjah 6 sahaja. masuk sekolah menengah terus takde follow up dlm mempelajari bahasa jawi.

dan sekolah aku dulu betul2 kat tgh bandar kolumpo.

sekarang ni aku cuma boleh membaca jawi sahaja. bab tulisan fail sokmo heheh.

whatever it is -it is a sad loss sebab bdk2 sekarang ni dah talkley baca jawi except yg masuk sekolah agama. err ni dah off topic ker?
1

View rating log

huskers97
Reply

Props Report

Superior

EVO7 Limited Edition

Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17

Post on 22-11-2006 02:43 PM |All posts
macam mana dengan sport toto lak...
Reply

Props Report

Fighter

[AikOLiaN]

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 22-11-2006 02:44 PM |All posts

Reply #19 huskers's post

luckily huskers still bole baca tulisan jawi...
berape ramai kengkawan aku yg tak reti baca tulisan jawi, nak menulis jawi jauh skali...
sebab diorang cuma pegi skolah kebangsaan, aku seb baik dulu parents aku ada gak effort antar pegi skolah rendah agama...
kalo dah tak reti baca tulisan jawi, maknanya 1 jek - tak reti baca Quran..
sebab tu j-Qaf kementerian pelajaran tu tekankan mahir jawi & baca Quran...kalo dah reti baca Quran takde masalah besar nak faham tulisan jawi...

masalahnye skang berape kerat yg reti baca Quran? al-fatihah pun tak lepas, i've seen many & it really means MANY...tak reti jawi berkait rapat dengan tak reti Quran..apakah itu tak membantutkan pembelajaran seorang islam dalam mempelajari ilmu fardhu ain agamanya sendiri?
1

View rating log

segala yang dihasrat tapi tak didapat adalah nikmat yang paling padat
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 22-11-2006 02:55 PM |All posts
pergh....ni dah pergi kat area lebih dlm ni. tapi alhamdulillah aku tgk anak aku kat taska dah boleh baca fatihah. bdk ni siang gi tadika dan belah ptg gi taska. dua2 tempat dia belajar ngaji. kire ok ler tu. cuma kena follow up sampai besar. tak boleh ler berhenti bila masuk std one.

tadika dia punye tauke besor ialah non-muslim. so, saya happy sebab depa offer courses ngaji.
huskers97
Reply

Props Report

Fighter

Je suis Musulman

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 22-11-2006 04:35 PM |All posts

Reply #21 iscol_klang's post

tapi aku penah jumpe ramai org yg pandai baca Quran,tapi tak pandai baca jawi(mostly org melaka).
memula pelik gak. tp lama2 aku fhm kenapa diorang tak faham.
sbb jawi takde baris. kalo ikutkan jawi lagi senang.
♫ Tarkan - "Adımı Kalbine Yaz" ♪
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 22-11-2006 07:17 PM |All posts
Ini salah satu kesan kalau seorang pemimpin Melayu tu seorang yang berfaham sekular. Nilai-nilai agama dipinggirkan dan materilisme termasuk judi ok. Aku bukan Malay supremist atau chauvanist tetapi kesal dengan tindakan si arwah ni kerana ujudnya Melayu hingga hari ini ialah kerana agama kalau tidak sudah lama kita jadi satu bangsa yang tak punya identiti. Contohnya di Singapura polisi pemerintah  memang jelas untuk melemahkan Melayu ialah dengan mengurangkan penekenan kapada Islam tetapi dengan halus orang Melayu side-step polisi dengan menubuhkan Mendaki.
Ini pendapat si Thamrong yang hidup tertindas saja...........:hmm::hmm:
1

View rating log

Damnant quod non intellegunt
Reply

Props Report

Rank: 4

Post on 22-11-2006 10:25 PM |All posts
...AL-FATIHAH kpd arwah.....smoga d ampun dosa2nya......smoga slpas ini tiada lg org 'kita' berada dlm snarai board of director MA*NUM ENE.
Reply

Props Report

12Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 22-12-2014 09:21 AM , Processed in 0.174970 second(s), 29 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top