CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
12Next
Return Post new threads
Show: 21926|Reply: 31

Songket

[Copy link]
Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 22-11-2006 01:39 PM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

Samping songket bezakan pangkat dan kedudukan
Oleh Shaarani Ismail



SEJARAHNYA, ia hanya dipakai golongan bangsawan - keluarga kerabat diraja dan orang besar negeri. Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang pembesar.

Hari ini, pemakainya lebih menyeluruh, tidak terhad kepada kerabat diraja. Cara pemakaiannya juga lebih meluas, bersesuaian dengan majlis begitu juga corak dan motifnya yang semakin kontemporari, sesuai dengan perubahan dan peredaran masa.

Namun, ia tidak bermakna sesiapa saja mahu atau boleh memakai atau memilikinya kerana sejajar sejarahnya, songket masih lagi tergolong sebagai busana warisan yang mahal dan hanya yang berkemampuan, mampu memiliki songket kualiti terbaik.

Semakin tinggi kualiti fabrik dan benang yang digunakan, semakin rumit corak yang dihasilkan, semakin mahal harga songket yang dihasilkan. Ditambah pula faktor kerumitan proses tenunan, lebih-lebih lagi jika ia tenunan tangan. Tidak hairanlah jika harga songket boleh mencecah puluhan ribu ringgit!



Percaya atau tidak, hanya dengan sekali pandang, sudah dapat diagak mahal murahnya songket yang dipakai. Tidak percaya? Cuba anda perhatikan songket atau samping songket yang digayakan rakan, anggota keluarga atau sesiapa saja.

Keunikan corak, kilauan benang emas atau perak pada samping cukup untuk `mengkhabarkan
1

View rating log

Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 22-11-2006 01:42 PM |All posts
Tenunan mewah lambang status
Oleh Fairuz Zaidan


MEMBELEK sehelai demi sehelai tenunan songket milik Tengku Yusof Almarhum Tengku Zainal, ternyata ahli perniagaan yang juga kerabat diraja Selangor itu mempunyai cita rasa yang tinggi dalam memiliki samping kebanggaan bangsa Melayu.

Bukan saja tenunan emas sebagaimana yang biasa kita lihat bila pemakaian baju Melayu, Tengku Yusof atau lebih mesra dengan panggilan TY juga memiliki beberapa helai samping yang bermotifkan flora bercorak besar.

Ternyata, corak bunga yang ditenun dengan pelbagai warna benang itu memberikan inspirasi dan pengaruh cukup eksklusif terutama bila digayakan bersama baju Melayu.

Kata TY, kecintaannya pada samping songket sudah berputik sejak kecil lagi kerana ayahandanya sendiri, Almarhum Tengku Zainal Karib memang menitikberatkan pemakaian samping setiap kali menghadiri majlis rasmi di istana.

Beliau berkata, dengan cara itu, ia secara tidak langsung mendidiknya dalam membudayakan pemakaian samping secara lengkap termasuk memakai mengikut tema warna pakaian.

Setiap kali ingin menggayakan baju Melayu, biasanya sehari sebelumnya saya sudah bersiap-siap memilih baju dan samping manakah yang bersesuaian.

Bukan itu saja, tidak lengkap menggayakan baju kebangsaan ini jika tidak digandingkan bersama butang baju mengikut warna pakaian,
1

View rating log

Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 27-11-2006 02:07 PM |All posts
Me suka gak ngan songket
dan masih simpan sepersalinan my mum nyer wed songket...
tapi kualiti dah tak elok.. kerana kurang berjaga
sayang nak buang.. simpan sebagai sejarah.

Myself ada beli sepasang songket kashmir masa pi Singapore last year
dia nyer songket.. sama mcm songket melayu kita
cantik dan harganya S 50.
1

View rating log

Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 27-12-2006 09:31 AM |All posts
Songket


Busana alam Melayu hampir pupus kerana dianggap terbatas untuk digayakan


KAIN songket adalah antara warisan tradisional yang semakin dilupakan generasi hari ini. Walaupun ada sesetengah masyarakat Melayu hari ini menyimpan kain songket sebagai warisan pusaka, masih ramai yang tidak memilikinya. Lebih mengecewakan, ada yang tidak mengetahui cara memakai kain yang baik dan betul.

Pensyarah Institut Seni Malaysia Melaka, Dr Mohd Nefi Imran pada Seminar dan Bengkel Busana Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini, berkata cara songket dipakai hari ini berbeza zaman dulu.

Orang Melayu Semenanjung menggunakan kain songket dalam pelbagai majlis dan perjumpaan keraian istana terutama bagi perempuan dan lelaki dewasa. Hari ini, songket kelihatan lebih cenderung digayakan golongan lelaki yang digunakan sebagai samping. Ini berbeza dengan zaman dulu iaitu kaum wanita yang mempopularkan kain songket di alam Melayu sehingga hujung tahun 60an,
1

View rating log

Reply

Props Report

akmala This user has been deleted
Post on 30-12-2006 08:19 PM |All posts
KAIN SONGKET DARI TANAH SRIWIJAYA

Sehelai kain tenun songket dari Palembang, mempunyai banyak makna, dan mempunyai nilai sejarah. Kain ini mungkin sebagai peninggalan nenek moyang si pemilik yang ditenun selama satu tahun, mungkin sebagai mahar, mungkin sebagai busana kebesaran adat pengantin , mungkin sebagai benda koleksi keluarga yang berharga, dan masih banyak lagi kemungkinan yang lain.

Kain tenun songket Palembang ini, sangat menarik, ditelusuri sejarahnya, maknanya, dan teknik pembuatannya. Kalau kita menilik warnanya yang khas, dan motif hiasnya yang indah, pastilah kita berkesimpulan bahwa songket ini dibuat dengan keterampilan, ketelatenan, kesabaran,dan daya kreasi yang tinggi.Marilah kita "melongok" bagaimana kain tersebut dibuat, sedikit sejarahnya dan tentang motif hiasnya.
1

View rating log

Reply

Props Report

akmala This user has been deleted
Post on 30-12-2006 08:20 PM |All posts
Teknik Pembuatan

Bahan baku kain songket Palembang ini adalah berbagai jenis benang, seperti benang kapas, atau yang lebih lembut dari bahan benang sutera. Untuk membuat kain songket yang bagus, bahan bakunya berupa benang putih yang diimpor dari India, Cina atau Thailand. Sebelum ditenun, bahan baku diberi warna dengan jalan dicelup dengan bahan warna yang dikehendaki. Warna dominan dari tenun songket Palembang ini merah. Namun, saat ini penenun dari Palembang ini sudah menggunakan berbagai warna, yaitu warna yang biasa digunakan untuk tekstil.

Dahulu, kain songket tradisional dicelup dengan warna - warna yang didapat dari alam, dan teknik ini diteruskan ke anak cucu secara turun temurun. Biasanya warna merah, didapat dari pengolahan kayu sepang dengan jalan mengambil inti kayunya dan direbus, dan mengkudu, yang didapat dari akarnya.

Warna biru didapat dari indigo, warna kuning didapat dari dari kunyit. Untuk mendapatkan warna sekunder seperti hijau, oranye dan ungu, dilakukan percampuran cat dari warna primer merah, biru dan kuning. Untuk mencegah agar warna tidak luntur atau pudar pada waktu pencelupan ditambahkan tawas.
1

View rating log

Reply

Props Report

akmala This user has been deleted
Post on 30-12-2006 08:21 PM |All posts
Setelah benang diberi warna, lalu ditenun dengan alat yang sederhana. Penempatan benang-benang telah dihitung dengan teliti. Benang yang memanjang atau vertikal disebut lungsi, benang yang ditempatkan melebar atau horizontal disebut benang pakan. Hasil persilangan kedua jenis benang ini terangkai menjadi kain. Untuk mendapatkan motif songket berbenang emas, ditambahkan benang emas yang sudah dihitung dan ditenunkan di antara hasil tenunan tadi.

Karena rumitnya proses bertenun ini, sehelai kain dapat diselesaikan dalam waktu ber bulan-bulan. Apalagi di masa lalu, menenun dikerjakan oleh para ibu pada waktu senggang ketika pekerjaan mengurus rumah tangga atau bertani telah selesai. Tenun songket biasanya diberi motif berwarna emas. Benang emas yang dipakai ada tiga jenis, yaitu benang emas cabutan, benang emas Sartibi dan benang emas Bangkok. Benang emas cabutan didapat dari kain songket antik yang sebagian kainnya sudah rusak, yang diurai kembali. Benang emas cabutan masih kuat karena dibuat dari benang katun yang dicelupkan ke dalam cairan emas 24 karat.
Reply

Props Report

akmala This user has been deleted
Post on 30-12-2006 08:24 PM |All posts
Pengerjaaan yang rumit dengan mengurai kembali benang yang sudah ditenun ini menghasilkan kain songket yang baru yang berkesan antik. Dengan pembuatan dan pengerjaan yang harus sangat telaten ini wajarlah harga kain songket bisa berlipat ganda. Jenis yang kedua, benang emas Sartibi, yaitu benang emas sintetis dari pabrik benang di Jepang. Benang ini halus, dan tidak mengkilap, hasil tenunannya lebih halus dan ringan. Jenis benang emas yang ketiga yaitu benang Bangkok yang mengkilap dan memang didatangkan dari Bangkok.

Motif hias songket biasanya berbentuk geometris atau hasil stilisasi dari flora dan fauna, yang masing-masing mempunyai arti perlambangan yang baik. Misalnya bunga cengkeh, bunga tanjung, bunga melati dan bunga mawar yang wangi yang melambangkan kesucian, keanggunan, rezeki dan segala kebaikan.

Motif benang emas yang rapat dan mendominasi permukaan kain disebut songket tepus, sedangkan yang motif emasnya tersebar disebut songket tawur. Pada tepi kain biasa dibuat motif tumpal, segitiga atau segi tiga terputus, yang disebut motif pucuk rebung. Tunas rebung yang tumbuh menjadi batang bambu yang kuat dan lentur, tidak tumbang diterpa angin ini melambangkan harapan yang baik.
1

View rating log

Reply

Props Report

powerpuff_gurl This user has been deleted
Post on 4-1-2007 12:39 AM |All posts
betul ker diorang kata ader songkek yang mencecah RM 6000...and if so..whut makes it different? workmanship ke....material kerr aper eh? just curious
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 6-1-2007 11:35 AM |All posts
i have always liked songket...
tapi kalo dah berpuluh ribu ringgit huhu....kena kawen dgn raja tu namenyer.
Carpe Diem - Seize The Day
Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 18-2-2007 12:34 PM |All posts
Songket Selangor lebih murah, kekalkan mutu
Oleh Rafidah Mat Ruzki


TIDAK lengkap berbaju Melayu pada pagi hari raya atau menghadiri majlis rasmi kalau tidak dengan samping bertenun songket. Apatah lagi jika si pemakai adalah raja sehari yang gementar menunggu saat dinikahkan dengan pasangan tercinta, sudah pasti mahu samping songket yang dipakai sepadan dengan tona baju Melayu dan sedondon pula dengan baju pengantin perempuan.



Begitu pun, apabila menyebut songket, ramai beranggapan harganya mahal dan hanya untuk orang berada sehingga menghalang minat mereka untuk mengenakan fabrik itu. Namun, kini penggemar songket tidak perlu lagi risau mengenai harga samping songket kerana sudah ada kain songket dengan harga berpatutan di pasaran.

Bermula dengan kontrak menyediakan pakaian untuk Kementerian Pertahanan termasuk samping songket untuk pakaian rasmi anggota tentera, Lunas Atur (M) Sdn Bhd (Lunas Atur), pengeluar songket di Selangor, kini menghasilkan samping songket lebih murah tetapi mengekalkan kualiti yang sama.

Songket berjenama Mahkota Songket keluaran Lunas Atur, bukan saja berkualiti, malah harganya jauh lebih murah berbanding songket yang dihasilkan oleh penenun songket tradisional.

Pengurusnya, Leena Hassan, 27, berkata perusahaan menenun songket dimulakan sejak 2003 selepas syarikat itu mendapat tempahan daripada Kementerian Pertahanan.

Ketika itu, katanya, Lunas Atur menempah songket dari Pakistan, tetapi selepas melihat keupayaan mereka menghasilkan songket dengan menggunakan mesin tenun, Leena terfikir untuk berbuat perkara sama di negara sendiri.

Leena kemudian membeli empat mesin tenun songket bernilai lebih RM100,000 sebuah dan membawa seorang tenaga kerja dari Pakistan untuk mengajar pekerja tempatan mengendali dan menghasilkan songket.

"Penggunaan mesin tenun membolehkan songket dihasilkan pada kadar segera berbanding cara tradisional yang mengambil masa lama untuk menghasilkan sehelai kain songket.

"Mesin menenun boleh menghasilkan sehingga 30 helai songket berbanding sehelai songket dalam masa sebulan jika ia ditenun dengan cara tradisional," katanya.

Lunas Atur mempunyai dua mesin menerai dan mesin memproses benang untuk memudahkan kerja menenun songket. Mahkota Songket turut menawarkan songket yang dibuat dengan cara tradisional.

Songket yang lebih eksklusif itu berharga lebih RM1,000 bagi songket yang menggunakan benang sutera dan kurang RM1,000 bagi benang biasa, manakala samping songket yang dihasilkan dengan menggunakan mesin tenun adalah antara RM30 hingga RM100 sehelai.

Beliau berkata, corak yang digunakan adalah gabungan corak moden dan tradisional kerana ramai penggemar songket yang menggemari corak tradisional.

"Jika coraknya terlalu moden, ramai yang bertanya adakah itu songket. Ada juga yang mempertikaikan 'keaslian' Mahkota Songket kerana berpendapat ia tidak asli jika tidak dihasilkan di Terengganu," katanya.

Selain keupayaan menghasilkan songket yang lebih banyak dalam masa singkat berbanding cara tradisional, Lunas Atur juga adalah pembekal bahan mentah untuk menghasilkan songket.

Leena berkata, benang songket yang dijualnya diperoleh dari Jepun, China dan Jerman.

Walaupun Lunas Atur menghasilkan songket secara pukal, pembeli masih boleh menempah songket pada harga yang berpatutan.

Katanya, harga songket yang ditempah khas bergantung kepada warna, jenis benang dan jangka masa yang diperlukan untuk menghasilkan songket.


FAKTA:

Sebuah mesin tenun boleh menghasilkan sehingga 30 helai songket sebulan.

Corak songket ditebuk pada kepingan kertas keras dipanggil 'punch card' sebelum corak itu 'dibaca' dan diterjemahkan menjadi tenunan songket.

Harga songket yang ditenun dengan mesin adalah antara RM30 hingga RM100
1

View rating log

Reply

Props Report

Super Moderator

Hamba Allah

Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24

Sr Super Moderator

Post on 18-2-2007 03:59 PM |All posts

Salam

Kerjatangan drp benang emas memang popular di kalangan bangsawan Melayu zaman dulu.  Sekarang ni bangsawan Melayu suka pakai stail barat...
Pastinya Dia Yang Maha Penyayang mahu kita mengecapi rahmat & nikmatNya dlm bentuk yg sebaik mungkin..
Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 7-3-2007 10:01 AM |All posts
Tokoh Kraf hasilkan songket eksklusif
Oleh NIZAM YATIM

KUALA LUMPUR 6 Mac
Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 14-3-2007 09:32 AM |All posts
Motif songket bercirikan orang Melayu
Oleh: MERAN ABU BAKAR

SONGKET adalah hasil tenunan tangan tradisional orang Melayu yang amat berharga. Ia ditenun dengan alat kek
Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 16-5-2007 09:30 AM |All posts
Pengantin ketepikan songket kerana glamor




JIKA ditanya kepada bakal raja sehari, apakah fesyen pengantin yang hendak dipakai semasa hari persandingan, sudah tentu jawapannya ialah baju renda (lace).

Sukar hendak mencari pengantin yang mahu memakai baju songket. Pelbagai alasan yang diberi untuk menolak baju songket. Ketinggalan zaman, panas, tidak moden dan bermacam-macam lagi.

Justeru lama kelamaan akan tenggelamlah songket pada hari perkahwinan. Akan tiada lagi gambar pengantin bersongket yang boleh ditunjukkan kepada anak cucu. Yang ada cuma gambar pengantin dengan busana renda yang jarang dan mengikut liuk lentuk bentuk badan.

Menurut pensyarah Jabatan Fesyen, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UITM), Shah Alam, Profesor Madya Abdul Shukor Ismail, pengantin sekarang suka kepada glamor.

Mereka terpengaruh dengan acara-acara glamor seperti red carpet
Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 29-8-2007 02:45 PM |All posts
Songket too expensive

KUALA LUMPUR: Songket producers have been asked to oreduce prices of the fabric to avoid it being used for weddings and special occassions only.

Culture, Arts and Heritage Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim in making the call, said ordinary citizens could not afford the material which cost anywhere between RM3,000 and RM4,000 a piece.

"Only the kain sampin can be bought by most", he told reporters after opening a symposium on songket yesterday.

He said lower cost of locally produced songket would also enable songket manufacturers to compete with their Indian and Indonesian counterparts.

About 300 people attended the symposium, organised by TV3, the Culture, Arts and Heritage Ministry and Malaysian Handicrafts to help put locally produce
songket on the world map he told reporters Bernama.


Attention to detail : Dr Rais taking a closer look at one of the products
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 6-10-2007 01:02 AM |All posts
Originally posted by powerpuff_gurl at 4-1-2007 12:39 AM
betul ker diorang kata ader songkek yang mencecah RM 6000...and if so..whut makes it different? workmanship ke....material kerr aper eh? just curious


Aku pernah jumpa orang jual kain songket harga RM 17,000.00 kat PWTC masa Perhimpunan Agung UMNO tahun 2005.

Tali pinggang yang aku pakai sekarang ni pun belum cecah RM 170.00 pun.
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 4-5-2008 06:38 PM |All posts
Berapa harga yang korang rasa berpatutan bagi sepasang songket eksklusif?

Ada cadangan ke?
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 15-5-2008 04:07 PM |All posts

Reply #19 jkkkj's post

Susah nak cakap. Bergantung kepada corak dan material.
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 15-5-2008 04:20 PM |All posts

Reply #9 powerpuff_gurl's post

Tentu ada semahal itu. Saya biasa tenguk songket yg rega ribu2 ni. Memang cantik, kalau ikut hati nak beli walaupun tak mampu. he he he...

Sayang, sekarang songket di Malaysia sudah tidak ditenun atas kain kapas lagi. Saya bertanya kepada pembuat songket di Kelantan. Jawapannya harga benang kapas terlalu mahal. sebab tu lah kita tenguk sekarang songket dalam pasaran semuanya dari polyester. Saya tak suka kain polyester nih, panas dan tak cantik, nampak tak asli / class macam songket lama dulu.

Sesiapa yg ada songket lama ditenun atas benang  kapas simpanlah baik2. Payah dah nak dapat dan kalau adapun tentu tersangat mahal. Saya ada beberapa pasang yg saya akan turunkan kepada anak saya.
1

View rating log

Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 15-5-2008 11:44 PM |All posts
kain songket aku

ada org nak beli gan harga RM25k

aku macam tak percaya je

tapi songket tu hadiah dari....
aku adalah saorang chauvinist =chauvinism=chauvinistic

Bapak Tiri Potong Kredit 2008       = ACEHAND
Emak Tiri Potong Kredit 2008        = DEXA

Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 8-7-2008 09:03 AM |All posts
Semasa hayatnya,Allahyarham Datin Seri Endon Mahmud pernah memperjuangkan pemakaian songket.Tujuannya supaya seni warisan bangsa ni tak hilang ditelan zaman.

Tapi yang aku herannya napa para pengeluar songket sekarang ni suka sangat letakkan harga yang di luar kemampuan harga para pengguna di Malaysia ni.

Sebab tu sekarang ni aku rasa ramai orang lebih suka pakai kain tenun atau kain samarinda sebagai samping.

Ni hanya pandangan aku saja.
1

View rating log

Reply

Props Report

Conqueror

EVO7 Limited Edition

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Post on 14-8-2008 12:17 PM |All posts
Malay headdress maker wants to save the art from fading away




By JAYAGANDI JAYARAJ



THE tradition of wearing the Tengkolok or the Malay headdress dates back to the times of the Malay sultanate.


Back then the headdress for men was a status symbol.

Only the rich wore it and more prominently it was part of the royal costume.

There were specially appointed skilled artisans to make Tengkolok for the Sultans in the palace.

The designs and shapes varied from state to state and each shape was folded in semblance of animals or abstract ideas, hence names like Lang Patah Sayap (eagle with broken wings), Ayam Patah Kepak (rooster with broken wings), Dendam Tak Sudah (unfinished business), Gajah Berjuang (elephants fighting) and Menyonsong Again (facing the wind).

Today the Tengkolok remains as part of the royal ensemble.

What the commoners wear are designs with a twist or have been modified from the original designs. They cannot wear the same designs worn by royalties, said Tengkolok maker Nik Hamid Nik Mustafa.

The 54-year-old's interest in the art started off 30 years ago while he was still in Kelantan, dancing for a cultural troop.




Not the same type: the shape of the tengkolok varies from state to state as seen here.


While in the group, we had to make our Tengkolok and that's how it started off.

But there was no one to teach me. The one or two teachers that I discovered later had passed on too.

So what I did was research. When I came down to Kuala Lumpur in 1975, I researched on photographs of various designs and through trial and error worked on getting it right and perfect, said Nik Hamid who is working at the Seri Jemari Songket in Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Using Songket and other materials including cotton, Nik Hamid is an expert Tengkolok maker who had created headdresses for weddings, royal events and dancers in Istana Budaya. Before the discovery of Songket, Hamid said the Tengkolok was made from Indian materials and Chinese silk while the commoners used ordinary materials.

Tengkoloks were made using Songket only about 200 years ago, he said as he demonstrated how to make a Tengkolok.

Settling on a Dendam Tak Sudah design, Nik Hamid began his folding works expertly as two young learners Nik Haslan Hassan, 20, and Noor Shah Rizal, 21, watched enthusiastically.

The 31 X 31 Songket that Nik Hamid used was earlier starched and folded into two to form a triangle shape with hard collar paper in between before it was ironed and stitched at the sides.

Originally 45 X 45 material was used for Tengkoloks.

With that you begin to fold it to the design that you want. It is not easy as you need to insert the wires at the right fold in order to keep the tengkolok in a particular shape.

You also have to be careful with the needle as it goes through the hard paper. I have had needles go through my fingers many times while stitching.




Young learners: (From right) Nik Haslan and Noor Shah looking at Nik Hamid expertly folding a tengkolok.


Thats why you dont see women making Tengkolok. It requires physical strength too, he said adding that it took him 15 years to perfect his folding skills.

Compared to those days, Nik Hamid said there were more creative Tengkolok designers these days and these Tengkoloks were made to last longer depending on its usage.

In an effort to preserve the art from dying, Nik Hamid is planning on getting a research fund from the Museum and Antiquity department to do a detailed research on the art from state to state.

After which, he planned to produce a demonstration CD on various styles of making the Tengkolok.

Otherwise, this art will slowly fade off, he said.



- The Star -


1

View rating log

Reply

Props Report

Super Moderator

Hamba Allah

Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24

Sr Super Moderator

Post on 20-8-2008 06:14 PM |All posts
Sekarang ni banyak songket dari India.  Dorang pandai ciplak motif-motif songket tradisional melayu, buat mass production n jual kat Malaysia
Pastinya Dia Yang Maha Penyayang mahu kita mengecapi rahmat & nikmatNya dlm bentuk yg sebaik mungkin..
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 4-9-2008 10:45 PM |All posts
pernah hadiahkan songket kat sorang mat salleh tu dan dia tunjuk gmbr songket yg telah dia framekan tergantung kat depan fire place kt umah dia.
1

View rating log

Mereka berkata cinta itu milik kita
Reply

Props Report

12Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 31-10-2014 07:20 PM , Processed in 0.141438 second(s), 26 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top