CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Gemukkkkkkk

BERITA PERAK DI MEDIA-MEDIA

[Copy link]
Post time 5-12-2006 08:52 AM | Show all posts
Dalam Negeri

Ibu, anak saudara maut kereta terjunam dalam tali air
Oleh ABDUL RAZAK DIN

TELUK INTAN 4 Dis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2006 11:49 AM | Show all posts
Wing Hoong pilih Karen pasangan hidup

Oleh Azizan Hashim

PEMAIN bola sepak Perak, Chan Wing Hoong menamat zaman bujangnya dengan memilih bekas pemain badminton Perak, Karen Lim Yi Ling sebagai pasangan hidup.



Majlis perkahwinan Wing Hoong diadakan di rumah bapanya, Chan kok Foo yang juga bekas penjaga gol Perak di sekitar 1970-an.

Begitupun menurut Wing Hoong perkahwinananya telah didaftarkan pada 6 Julai 2006 lalu.

揝aya memilih tarikh itu untuk mendaftar perkahwinan kerana ia tarikh istimewa.

揔ita tidak mungkin melalui tarikh seumpama itu lagi,
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 12:04 PM | Show all posts
cuaca di perak ari ni cerah.. - CNN
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2006 12:41 PM | Show all posts
Creativity the jewel in Adris' crown
06 Dec 2006
--------------------------------------------------------------------------------
IPOH: Adris Jewellers
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2006 09:03 AM | Show all posts
Perak larang keluar lesen lombong pasir
Oleh Shamsul Kamal Amarudin


IPOH: Kerajaan Perak tidak lagi membenarkan Pejabat Daerah mengeluarkan lesen melombong pasir, sebaliknya sebarang permohonan berhubung perkara itu hanya boleh diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), berkuat kuasa serta-merta.





Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali, berkata keputusan itu dibuat berikutan banyak permohonan daripada syarikat swasta untuk melombong pasir sungai dan bekas lombong di negeri ini.

Justeru, katanya, kerajaan negeri mahu memastikan aktiviti perlombongan yang dijalankan perlu mengikut prosedur dan syarat ditetapkan.

揔ami tidak mahu apa yang berlaku di sebuah negeri apabila aktiviti perlombongan dilakukan dengan mengorek pasir sehingga jauh ke dalam tanah menyebabkan kawasan itu seperti sebuah lombong bijih timah.

揂kibatnya, apabila lesen perlombongan itu tamat dan kami mahu melaksanakan projek pembangunan di situ, mungkin tiada syarikat pemaju yang berminat kerana mereka terpaksa menanggung kos tinggi bagi menimbus semula tanah itu,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2006 09:06 AM | Show all posts
aduhh.. naiklah harga konkrit lepas ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-12-2006 10:17 AM | Show all posts
Sg Sitiawan may be deepened
03 Dec 2006
Brenda Lim
--------------------------------------------------------------------------------
LUMUT: The Transport Ministry will consider expanding dredging works at Sungai Dinding to include deepening its tributary, Sungai Sitiawan, as requested by five companies sharing the river frontage.

"We will try to find a way to dredge Sungai Sitiawan without incurring additional costs," said Minister Datuk Seri Chan Kong Choy.

He said the dredging for Sungai Dinding cost RM24 million.

"A deeper river would allow passage of bigger barges and vessels, enabling companies to build and transport larger structures."

Chan spoke after opening the RM30 million workshop at the Kencana HL Sdn Bhd fabrication yard in the Lumut Port Industrial Park yesterday.

To be completed in April, current dredging work by the ministry抯 marine department is to achieve a minimal depth of 10 metres along Sungai Dinding.

Kencana HL, a subsidiary of Kencana Petroleum Bhd, and its neighbours, Impsa Malaysia Sdn Bhd, Torsco Sdn Bhd, Grade One Marine Shipyard Sdn Bhd and Lumut Lee Marine Co Sdn Bhd, are asking that Sungai Sitiawan be similarly dredged so that the area could be a "complete natural harbour".

Kencana Petroleum, which provides engineering and fabrication of production facilities for the oil and gas industry, is currently limited to building structures weighing less than 5,000 tonnes but is keen to produce high-end structures weighing up to 20,000 tonnes.

Its construction of a self-elevated removable platform, the highest in the world at 150 metres, for an oil and gas operation in New Zealand, is due to be completed in September.

The five companies, with some 3,500 employees, report a cumulative revenue of RM1 billion per annum.

http://www.nst.com.my/Current_Ne ... /Article/index_html
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2006 12:00 PM | Show all posts
tak berhati perutkah diorang ni makan RM547 juta komisyen sedangkan pada masa sama, kita dengar berita camni..  walaupun diorang under PDRM, bukan ATM..

Bekas anggota AC buru pengganas minta elaun
Oleh Osman Lisut
揃UKANNYA kami minta pingat atau anugerah, tetapi sekadar elaun bulanan untuk membolehkan kami menjalani kehidupan seharian yang rata-ratanya bekerja kampung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2006 04:28 PM | Show all posts
KUALA KANGSAR: "Tidak logik... peruntukan yang dimohon bagi program
basmi kemiskinan cuma RM1.5 juta, RM51 juta untuk landskap...saya tak gamak
nak minta daripada kerajaan Pusat," kata Menteri Perdagangan Antarabangsa
dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz, menegur Majlis Perbandaran Kuala Kangsar
(MPKK) kerana meminta peruntukan besar untuk projek tidak penting.
Turut ditegur oleh Rafidah ialah cadangan pembinaan tandas awam bernilai
RM200,000 oleh MPKK.
"(Ini) tandas awam paling cantik di dunia...ini untuk bertandingkah, yang
penting ialah kebersihannya," katanya ketika melihat slaid cadangan bangunan
tandas berkenaan selepas mendengar taklimat pembangunan MPKK di sini, semalam.
Rafidah berkata demikian semasa Setiausaha MPKK, Ahmat Zainudin Md Zaidi
yang memberikan taklimat menyentuh tentang permohonan sebanyak RM51 juta
bagi projek taman dan landskap di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Beliau menegur MPKK kerana menyediakan rancangan pembangunan yang tidak
memberi keutamaan kepada keperluan asas rakyat.
"Rancangan pembangunan yang dirancang perlu memberi keutamaan kepada
usaha menyediakan kemudahan asas seperti jalan, parit, sekolah, dewan dan pasar.
"Ini lebih mustahak...dahulukan yang asas daripada projek pelancongan dan
landskap yang boleh dikemudiankan," kata Rafidah yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar.
Rafidah berkata, rancangan pembangunan seperti itu akan menyukarkan Ahli
Parlimen untuk menyokong permohonan yang dibawa kepada kerajaan Pusat.
Katanya, beliau sebagai salah seorang daripada empat anggota Kabinet dalam
jawatankuasa penilaian pembangunan RMK-9 tidak akan memberi pertimbangan kepada
permohonan seperti itu.
"Saya tidak boleh dapatkan bagi landskap RM51 juta tetapi saya akan 'dapatkan'
untuk projek sekolah... pembangunan kena seimbang, sebagai MP (Ahli Parlimen) saya
tengok menyeluruh," katanya.
Rafidah berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) juga tidak wajar melihat kepada
pembangunan di kawasan bandar saja kerana kawasan sekitar seperti kampung tradisional
dan kampung baru juga perlu diberi perhatian.
"Ada yang belum ada kemudahan asas...buat kajian sama ada jalan atau parit yang
menyebabkan banjir di kawasan itu telah diberikan peruntukan.
"Berikan keutamaan kepada yang asas," katanya sambil meminta MPKK membuat
semakan semula terhadap rancangan pembangunan itu agar peruntukan yang dipohon
akan mendapat pertimbangan yang lebih wajar.
Taklimat itu turut dihadiri pegawai kerajaan dan pemimpin masyarakat Cina.
Ahmat Zainudin kemudian menjelaskan program pengindahan bandar dan projek
Sayong Waterfront yang membabitkan belanja besar itu, yang dicadangkan juruperunding
yang dilantik Jabatan Landskap Negara, akan disemak semula.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Rafidah berkata, pihak berkuasa
tempatan perlu memberi keutamaan kepada keperluan asas rakyat terutama penduduk
kampung di sekitar kawasan perbandaran.
Katanya, projek pelancongan boleh ditangguh manakala projek pengindahan atau
landskap pula boleh dilaksanakan secara gotong royong antara jabatan kerajaan, badan
bukan kerajaan dan masyarakat. - Bernama

------------------------------------------------------------------------

cerita lama tapi cerita pasal kemiskinan akan tetap relevan sampai bebila
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2006 11:03 AM | Show all posts
Adik timbalan menteri ditangkap
IPOH 8 Dis.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2006 11:02 PM | Show all posts
Originally posted by sepaileman at 8-12-2006 04:28 PM
KUALA KANGSAR: "Tidak logik... peruntukan yang dimohon bagi program
basmi kemiskinan cuma RM1.5 juta, RM51 juta untuk landskap...saya tak gamak
nak minta daripada kerajaan Pusat," kata  ...



Lepeih  keh ini  ler adengan "filoo" antara Makcik Pidah dengan Tun bermula....  hehehe.

Badi oghang Kuale ler gamoknyer yer ??  :lol


ps: Give a man a fish, you'll feed him for a day....... tapi nampoknyer Makcik Pidah kiter macam sengaja tak mau faham.   ;)
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2006 02:18 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by yaneng at 9-12-2006 11:03 AM
Adik timbalan menteri ditangkap
IPOH 8 Dis.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2006 02:33 PM | Show all posts

Reply #29 sepaileman's post

dalam hal ni teman sokong rafidah 100%

bagi bayan sendiri, MPKK memang tak jalankan tanggungjawab sejak dari dulu..
diorang tau membina tapi tak tau menjaga....... tak gheti nak maintain!
bayan sendiri penah gaduh dalam meeting dengan tuan yg dipertua..
tolong la panggil orang yang educated sikit untuk jadi head.. ni tak.. panggil
si tua nyanyuk..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2006 04:39 PM | Show all posts
artikel yang sgt menarik, yaneng rasa Tuanku Raja Zarith patut menulis buku2 cerita hikayat mengenai sejarah lama khususnyer tentang negeri Perak....bak kata org, yang dicerita dlm lisan dlm masa 10 hari boleh lupa, cerita yg ditulis selamanyer kita boleh ingat


Raja Zarith Idris

September 10:
Original article
--------------------------------------------------------------------------------

The legendary Puteri Gunung Ledang is part of our rich heritage and should not be used to glorify another culture at the expense of our own. RAJA ZARITH IDRIS writes.

MY father used to throw dates and historical anecdotes at me, willing me to catch what he said in mid-air. He told me that I was named after Zaris Gangga from the kingdom of Gangga Negara, which was established in the 11th century at a site where present-day Dinding, Bruas and and Manjung in Perak are. Whether for good or bad, I bear that name still, and hope that my children will name one of their daughters after me one day.

My father also explained why Perak Sultans do not wear mahkota (crowns) at their pertabalan (installation) ceremony.

After the Portuguese captured Malacca in 1511, Sultan Mahmud Shah, the last Sultan of Malacca, established a new court in Johor, and attacked them in 1517, 1520 and 1521. He then sailed to Kampar, in Sumatra, just before he died. An entourage from Perak came to his court and asked for his permission to allow one of his sons to rule Perak. He agreed and commanded his son, Raja Muzaffar Shah, to sail to Perak, and to take with him all the royal regalia that once belonged to Malacca. While sailing to the mouth of the Perak River, Raja Muzaffar Shah's ship became stuck in the mud. Fearing that the ship would capsize because it was too heavy, he tried to lighten it by throwing as many objects overboard as possible. Finally, he threw the mahkota (crown) into the water. By coincidence, the ship then came free and could sail on. When he was made ruler of Perak, Sultan Muzaffar Shah (1528-1549) issued a decree that, from that day on, none of his heirs, when installed as Sultan, could wear a mahkota.

Despite the loss of the mahkota, the rest of the Malacca royal regalia was still in Sultan Muzaffar Shah's possession. This included the Taming Sari kris, which apparently belonged to Hang Tuah, the famed Malacca a warrior. The Taming Sari is tucked into the bengkong (waist sash) of each Sultan of Perak on the day that he is installed as ruler of the state.

For many centuries now, it has been in the safekeeping of successive Sultans. I remember the times my father allowed me to hold the Taming Sari in my hands. On its golden hilt were rubies of a pale pink colour, like faded flowers. A green enamel was painted onto the gold base of the kris. The blade was darkly stained, a mixture of shades of brown, grey and deep red. Were the deep, dark reds on the tip of the blade merely rust or are they the stains of the blood of those who were slain by it? History supports the claim of the Perak royal family as direct descendants of the Malacca Sultanate: "Perak's prestige rose considerably when a new dynasty was established by Sultan Muzaffar Shah, a son of Sultan Mahmud Shah, the last ruler of Melaka...

The founding of Perak also signified a further extension of Melaka's Malay culture, for the reign of Sultan Muzaffar Shah ... brought not only refugee members of the Melaka court, but also its customs and traditions."

Historical events are also noted in one of the most respected pieces of Malay literature, the Sejarah Melayu, which has been attributed to Tun Sri Lanang. It was written not just as a historical account but also "to 'set forth the genealogy of the Malay rajas and the ceremonial of their courts so that this can be heard by (the king's) descendants...' " (A History of Malaysia by Barbara Watson Andaya and Leonard Y. Andaya, 1982, second edition 2001.) When I wrote the children's book, Puteri Gunung Ledang (Penerbit Fajar Bakti, 1995), some journalists who reviewed it wondered if I could begin a revival of literature written by those within palace walls, much in the same way that Tun Sri Lanang, a palace courtier, wrote Sejarah Melayu.

Flattering though the comparison may be, I know that nothing that I have written thus far can be compared to Tun Sri Lanang's Sejarah Melayu, which has stood both the test of time and the scrutiny of scholars. My ability to string more than two sentences together is but like the shadow of a grain of rice compared to the bountiful harvest that was Tun Sri Lanang's gift to Malay literature. My main concern in re-telling Puteri Gunung Ledang was that it should remain as Malaysian as possible. Since Islam is the official religion of Malaysia, and because I, too, am Muslim, I did not want to offend others of my faith and so I depicted the Puteri as wearing baju kurung or baju kebaya. I grew to love the princess I had created in words and pictures. Thus, when the locally-produced film Puteri Gunung Ledang portrays the legendary princess as being part of a royal court from another country, I was crushed. Is it so very awful to portray Puteri Gunung Ledang as Malaysian? Was Puteri Gunung Ledang real? We do not know.

She had been given life by word of mouth, from one family to another, from one generation to the next. The legend of Puteri Gunung Ledang belongs to all Malaysians. Most of us are used to the idea that she was a mysterious woman bred, if not born, in this wonderful land we call our home. Artistic licence allows Puteri Gunung Ledang to assume any identity that her creators have chosen for her, and so in the film of the same name, we are told that she came from the kingdom of Majapahit.

Since she was said to have left Majapahit to be near Hang Tuah during Sultan Mahmud's reign, then it places her at or near the time of the Portuguese conquest of Malacca in 1511. The same artistic licence indeed gives the rest of us endless possibilities as regards her real identity. Perhaps she was a member of Portuguese nobility and bore the name Ana Crisitina Gaminha de Azevedo. Perhaps she was one of the many "treasures" that Admiral Zheng He brought from China. Who knows, she and Mahsuri of Langkawi may be of the same bloodline. The present Johor royal family came into power from the time of Temenggong Daeng Ibrahim (18th ruler of Johor) and is proud of the state's heritage, including its store of legends. What the Johor royal family share with the other royal families of Malaysia is pride in successfully establishing a Malaysian rather than a Javanese identity.

Even though most of us, as part of kerabat diraja (royal lineage), know that our ancestors came from either Sumatra or Java, we also know that we must adapt ourselves to ever-changing sensibilities and sensitivities. The French saying, Plus ca change, plus ca meme chose describes this necessity to change with the times. For example, after the Melaka Sultans became Muslims, the women of the court wore loosely-fitted baju kebaya or baju kurung rather than bare their shoulders and arms the way that their Hindu ancestors did.

Each royal court has its own Adat Istiadat Istana (palace ceremonies). It seems strange then that none of them were asked to contribute details about such ceremonies when the producers of Puteri Gunung Ledang decided to make a film about the legendary princess. It also beggars belief that "research" was done at a kraton (a Javanese word for palace) in Indonesia, away from the Malaysian istana (palaces) of Kedah, Perlis, Trengganu, Kelantan, Selangor, Pahang, Negri Sembilan, Perak and Johor.

If Malaysian istana ceremonies are to be sniffed at, why then is there such great interest every year as to whom will be conferred the title of "Datuk" by the Sultan of each of the nine states? Why does the title carry so much more weight than an "Encik"? The wife of a "Datuk" becomes a "Datin" and this title also accounts for the decisions of some young women to marry unattractive, balding older men.

For the sake of a love triangle that never happened, we are hoodwinked into believing that a legendary princess of whom our grandparents and parents talked about, is not our own. I believe that all of us bear the responsibility to ensure that Malaysian legends, with or without artistic licence, are not used as vehicles for personal fame nor to glorify the ways of another culture at the expense of our own.

I realise that by putting forth my grievances on paper, I make myself the target for those who think that all Malaysians should be proud of its first multi-million ringgit epic movie. If the same blood of the Melaka Sultans flow in my veins, even if it be just a drop, and even if my ancestors, such as Sultan Mahmud Shah, were awful men, let me say that a great love for my heritage and my country means that I must make a stand, regardless of the criticisms. Keranamu Malaysia -- for you, Malaysia, let not our blood nor those of our ancestors either flow or be shed in vain.

* Raja Zarith is the daughter of Almarhum Sultan Idris Shah of Perak (33rd Sultan of Perak). The line of sultans have been unbroken since the death of Sultan Mahmud, the last Sultan of Perak. She graduated with a Bachelor of Arts Honours degree in Chinese Studies from Oxford University.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2006 04:50 PM | Show all posts
Parit Enam kerap hadapi banjir
Oleh Mohd Idris Sulaiman


Sistem perparitan tidak sempurna di Bukit Risda 2, 3 sejak 10 tahun lalu menyebabkan air daripada Parit Lima melimpah

BOTA: Kejadian banjir kilat sejak lebih 10 tahun lalu terus menghantui penduduk Parit Enam, Layang-Layang Kiri, dekat sini.

Mereka hidup dalam kebimbangan setiap kali hujan lebat kerana dalam tempoh antara dua dan tiga jam saja sudah boleh menenggelamkan kampung mereka yang turut merosakkan harta benda serta menjejaskan keselesaan hidup mereka.

Baru-baru ini, banjir sekali lagi melanda kampung berkenaan dan seramai 164 mangsa daripada 33 keluarga terpaksa ditempatkan sementara di pusat pemindahan banjir di Sekolah Agama Rakyat Parit Enam.

Masalah banjir di kawasan itu dikatakan berpunca dari sistem saliran yang tidak sempurna dari kawasan Bukit Risda 2 dan 3 yang mengalir ke Parit Lima dan melimpah masuk ke kampung mereka.

Saliran di Parit Lima tidak mampu untuk menampung kuantiti air yang banyak terutama ketika hujan lebat menyebabkan ia melimpah ke kawasan penempatan di kawasan terbabit.

Ketua Kampung Parit Enam, Md Akhir Ahmad, berkata kejadian banjir baru-baru ini adalah yang terburuk sejak 10 tahun lalu selepas hujan lebat hampir tiga jam.

Beliau berkata, banjir itu berpunca daripada kawasan Bukit Risda 2 dan 3 yang mengalir masuk ke dalam kawasan Parit Lima dan seterusnya melimpah ke kampung berkenaan.

Katanya, saliran sedia ada tidak mampu menampung kuantiti air yang banyak akibat hujan lebat hingga melimpah ke kawasan penempatan penduduk terutama Kampung Parit Enam.

"Saya menyedari air memasuki rumah kira-kira jam 3 pagi pada hari kejadian apabila beberapa jiran mengejutkan keluarga saya ketika kami sedang nyenyak tidur.

"Apabila terjaga, kaki saya tiba-tiba berasa sejuk menyentuh lantai," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Mangsa banjir, Zainal Darus, 43, berkata dia dan keluarga berasa sedih kerana banyak barangan berharga dalam rumah ditenggelami air.

Beliau berkata, kejadian banjir tahun ini adalah yang terburuk yang pernah dialaminya kerana sebelum ini air hanya mencecah 0.3 meter, tetapi banjir kali ini melebihi satu meter.

"Banyak barangan elektrik seperti televisyen dan peti sejuk rosak kerana dimasuki air," katanya.

Seorang lagi mangsa banjir, Rozali Omar, 40, berkata kejadian banjir kali ini agak buruk berbanding tahun lalu.

Beliau berkata, tahun lalu banjir kilat yang berlaku surut pantas iaitu sehari atau dua hari selepas hujan lebat.

"Namun kali ini ia agak lama dan ia menimbulkan rasa tidak selesa serta bimbang jika masalah itu berterusan dan sudah pasti akan menjejaskan keselesaan hidup penduduk kampung terbabit," katanya.

Sehubungan itu, beliau amat berharap agar pihak berkuasa segera mencari jalan menangai masalah itu.

Warga emas, Mariam Abdullah, 74, berkata dia terpaksa membersihkan rumahnya selama beberapa hari kerana banjir turut membawa sampah-sarap serta air yang berbau busuk.

"Saya dah tak larat nak bersih rumah, tetapi bersyukur kerana air di kawasan rumah cepat surut berbanding di kawasan rumah penduduk lain," katanya sambil menunjukkan takat air yang memasuki rumahnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Blanja, Datuk Mohd Zaim Abu Hasan, berkata kerajaan negeri melalui Pejabat Daerah Perak Tengah akan membina dan memperbaiki sistem saliran di kawasan berkenaan Januari tahun depan.

Beliau berkata, bagi mengatasi masalah itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan membina sebuah parit yang besar di kawasan terbabit untuk menyalurkan pembuangan air ke parit utama dari Parit Enam.

Katanya, sebuah jawatankuasa akan dibentuk membabitkan pelbagai pihak termasuk Risda Bukit Kota, Felcra Gelung Pepuyu dan JPS untuk menyelesaikan masalah penduduk kawasan terbabit.

"Usaha itu, termasuk mendalamkan parit sedia ada serta membersihkan kawasan sekitar dari rumput serta sampah-sarap yang boleh menyekat aliran air ke sungai," katanya.

Katanya, kerajaan negeri juga sedang menimbangkan bantuan bersesuaian kepada mangsa banjir melalui peruntukan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pertanian dan Baitulmal.

FAKTA NOMBOR
Banjir di Parit Enam

164 - Mangsa dipindahkan
1 meter - Kedalaman air
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2006 04:51 PM | Show all posts
Lepasan UPSI disaran bantu urus tadbir masjid


TANJUNG MALIM: Lepasan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) disaran membantu memperkasakan pengurusan dan peranan masjid di seluruh negara terutama di kawasan mereka bertugas.

Naib Canselornya, Datuk Dr Muhammad Rais Abdul Karim, berkata graduan UPSI juga boleh membantu melaksanakan pelbagai program keilmuan bagi meningkatkan peranan masjid.

Sehubungan itu, katanya, lepasan UPSI yang bakal bergelar pendidik dan akan berkhidmat di sekolah seluruh negara perlu menyahut saranan kerajaan supaya meningkatkan fungsi masjid sebagai pusat penjanaan ekonomi, kecemerlangan ilmu dan khidmat komuniti.

"Mereka perlu membantu masjid melaksanakan pelbagai program keilmuan, menguruskan perpustakaan serta berusaha mendekatkan pelajar sekolah dengan institusi masjid," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

UPSI kini mempunyai lebih 14,000 mahasiswa yang sedang mengikuti pengajian dalam lapan fakulti dan sejak ditubuhkan pada 1997, universiti itu sudah melahirkan 12,800 graduan yang menjadi guru di seluruh negara.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan mahu kalangan profesional dilantik menganggotai jawatankuasa kariah masjid bagi meningkatkan 10,000 masjid di seluruh negara sebagai pusat penjanaan ekonomi, kecemerlangan ilmu dan khidmat komuniti.

Najib berkata, Jabatan Agama Islam negeri boleh membantu jawatankuasa masjid sedia ada, kebanyakannya dianggotai golongan tua, menubuhkan pasukan yang turut dianggotai ahli akademik dan tenaga profesional dari kalangan anak tempatan atau dari luar.

Dr Muhammad Rais turut mencadangkan supaya beberapa biro atau jawatankuasa tertentu seperti biro ekonomi, sosial, agama serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) diwujudkan supaya pengurusan masjid menjadi lebih berkesan selaras peredaran masa.

Beliau turut berkata, sifat sukarela perlu ada pada setiap diri pendidik kerana usaha mengukuhkan institusi masjid mencerminkan tanggungjawab ikhlas mereka di tengah masyarakat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2006 04:54 PM | Show all posts
Mahkamah sah Mohd Elmi hidup


PARIT: Mahkamah Majistret di sini semalam mengesahkan seorang lelaki berusia 28 tahun yang dikatakan lemas kira-kira enam tahun lalu adalah Mohd Elmi Mohd Isa, dan masih hidup.

Majistret Ikmal Hisham Mohd Tajuddin membuat keputusan itu selepas menyemak identiti sebenar lelaki terbabit yang mengaku masih hidup.

Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada pihak pendakwaan untuk mengesahkan identiti lelaki yang dikebumikan atas nama Mohd Elmi Mohd Isa, enam tahun lalu.

"Selepas semakan dibuat pihak berkuasa mengenai identiti kamu, didapati orang yang mati itu bukan kamu. Mahkamah dengan itu mendapati kamu adalah Mohd Elmi Mohd Isa, dan masih hidup.

"Bagaimanapun terpulang kepada pihak pendakwaan untuk mengenal pasti identiti lelaki yang dikebumikan enam tahun lalu itu," katanya.

Mohd Elmi didakwa di mahkamah pada 29 Ogos lalu atas kesalahan gagal melapor diri di Balai Polis Kampung Gajah pada jam 4 petang, 16 Oktober 2000, ketika menjalani perintah pengawasan selama dua tahun mengikut Akta Pemulihan Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1998.

Dia didakwa kerana gagal melapor diri pada 12 haribulan setiap bulan antara jam 6 pagi dan 6 petang mengikut Seksyen 6(2)(e) akta sama.

Semalam, mahkamah membebaskan Mohd Elmi dengan jaminan RM1,000 tanpa cagaran dengan seorang penjamin untuk berkelakuan baik selama setahun mengikut Seksyen 294 Kanun Acara Jenayah selepas dia mengaku bersalah atas kesalahan itu.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mengambil kira fakta kes dan rekod kesalahan lampau tertuduh.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 09:53 AM | Show all posts

UTUSAN MALAYSIA 15 DIS 2006

Tiga rumah ranap akibat tanah runtuh
Oleh: AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI

TRONOH 14 Dis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2006 11:36 AM | Show all posts

Reply #38 TUKANGKEBUN's post

TK, diberi notis untuk melelong?  ada foreclosure ke?   :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 08:10 PM | Show all posts
Originally posted by kebayan at 13-12-2006 02:33 PM
dalam hal ni teman sokong rafidah 100%

bagi bayan sendiri, MPKK memang tak jalankan tanggungjawab sejak dari dulu..
diorang tau membina tapi tak tau menjaga....... tak gheti nak maintain!
baya ...


Excuse me, but I beg to differ !  :hmm:

Pasal samada YDP tua nyanyuk ker tak aku kurang periksa la pulak sebab kali terakhir aku berurusan dengan MDKK pun dah lebih 10 tahun dah. Masa tu YDP nyer "smart' sikit kot. hehehe

But one thing for sure, aktiviti ekonomi yang paling sesuai untuk penempatan  Melayu bersejarah ( bukan Melaka saja bandar bersejarah kat M'sia nie yer !  ;) ) seperti Kuala Kangsar.... ialah aktiviti KESENIAN KRAF dan PELANCUNGAN. Apatah lagi ia memang sudah diiktiraf sebagai BANDAR DIRAJA.

Sebagai seorang wakil rakyat yang bijaksana (bertaraf antarabangsa pulak tu) yang telah berada sejak sekian lama di kawasan itu, tetapi masih tidak  dapat melihat apa yang diperlukan untuk pembangunan rakyat setempat adalah sesuatu yang mengecewakan.

Takkan tak cukup cukup lagi dewan, sekolah dan jalan kampungnya sedang penduduk yang ada pun semakin ramai berhijrah ketempat lain akibat kurangnya aktiviti ekonomi yang dapat menampung kehidupan mereka seharian. Buat perbanyakkan gajah putih lagi nak buat apa....disamping buat memperkaya suku sakat politikus !     

Tapi kalau peruntukan untuk memajukan lagi sekolah yang sedia ada di situ (terutama sekolah sekolah ternama), aku rasa satu Malaya pun setuju !  :ah:  Kampung kampung di Kuala Kangsar tak berapa perlu kepada jalan jalan baru dan dewan dewan besar tapi sepi.... memadai dengan jalan jalan lama di "maintain" dan diturap baru selang beberapa tahun sekali. Yang diperlukan ialah satu perancangan ekonomi yang menyeluruh yang dapat terus menghidupkan bandar.

Aku tak tahu apa butir perancangan RM50 juta yang di usulkan tu. Tapi dari segi logiknya, mustahil semuanya untuk menanam pokok bunga !  Tapi aku agak (correct me if I'm wrong please), kurang kurang pun ianya mesti ada melibatkan sedikit kemudahan pelancungan seperti membina hotel murah dan chalet chalet di sepanjang sungai Perak (siap dengan pakej seperti aktiviti memancing, berakit dan lain lain), sedikit modal untuk mempergiat perusahaan kraf umpamanya seperti membuat barangan seramik, pertukangan besi seperti membuat senjata tradisi, pertukangan kayu dan rumah tradisi, membuat tikar mengkuang & bantal/tilam kekabu dan berbagai lagi aktiviti seni lain yang kaya di daerah itu. Selain itu tak ketinggalan juga aktiviti yang melibatkan Istana dan adat istiadat Melayu. Semuanya boleh dimaju dan dikembangkan  khusus untuk dipasarkan dan dipersembahkan kepada pelancung dalam dan luar negara yang bakal dijemput datang ke Kuala Kangsar.

Pokoknya ada banyak aktiviti seni yang sangat sinonimos dengan pekan Kuala Kangsar yang seakan akan mahu di lupakan terus oleh pihak berwajib. Takkan lah asal sebut pasal kemajuan saja,  semua bandar bandar di Malaya ni  mesti diperuntukkan kilang kilang mega, lebuhraya bersimpang siur dan airport bertaraf dunia  ??  Come on la... ikut pada demografi dan taraf bandar lah jugak !  ;)

Dan RM50 juta bukanlah suatu jumlah yang amat besar mengikut piawaian semasa !  Mungkin mereka di MDKK pun tak berharap untuk mendapat 100% dari pada jumlah yang diminta tu. Adat la di Malaysia nie kalau nak mintak peruntukan kenalah  pandai pandai "mark up" sikit.

[ Last edited by  mutantninja03 at 19-12-2006 02:06 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.094283 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list