CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Gemukkkkkkk

BERITA PERAK DI MEDIA-MEDIA

[Copy link]
Post time 14-2-2008 03:56 AM | Show all posts





- dalam negeri  -

Jalur Gemilang pada pesawat Ascender



Oleh ABDUL RAZAK DIN
Utusan Online
14 Februari, 2008

Link to original article


IPOH 13 Feb. - Bendera Perak dan Malaysia akan ditampal pada ilustrasi pesawat angkasa suborbital 'Ascender' yang akan dipamerkan di Simposium Universiti Angkasa Antarabangsa di Strasbourg, Perancis pada 20 hingga 22 Februari ini.

Ia anjuran Agensi Angkasa Eropah (ESA) dan ditaja oleh Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Amerika (NASA).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri dan Usahawan Negeri, Datuk Ramly Zahari berkata, pemilik asal reka bentuk pesawat angkasa ini telah bersetuju membenarkan bendera Perak dan Malaysia ditampal pada pesawat rekaannya kerana sumbangan Kerajaan Negeri Perak dan Malaysia dalam pembangunan pelancongan angkasa di peringkat antarabangsa.

Katanya, poster itu akan menjadi rujukan utama di kalangan komuniti pelancongan angkasa antarabangsa dan memperkenalkan Perak dan Malaysia sebagai kerajaan yang peka terhadap perkembangan industri pelancongan angkasa dan teknologi pesawat suborbital.

Menurutnya, ia juga akan menjelaskan kesesuaian pembangunan dan operasi pesawat suborbital di negara dunia ketiga dan menjelaskan bagaimana aktiviti penerbangan suborbital sesuai untuk membangunkan sumber manusia dalam bidang teknologi angkasa di negara dunia ketiga.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Pelancongan Angkasa Malaysia berkata, di samping mempamerkan poster ini di Universiti Angkasa Antarabangsa di Perancis, persatuan itu dan Makmal Roket Switzrland akan menandatangani surat minat terhadap kerjasama membangunkan pesawat suborbital untuk pelancongan angkasa.

''Majlis menandatangani surat minat ini akan diadakan di Makmal Roket Switzerland berhampiran Zurich, Switzerland pada 19 Februari ini dan disaksikan oleh Pusat Pengurusan Pelaburan Negeri Perak (Perak Invest)," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, katanya, kerajaan negeri dan Malaysia juga telah mendapat promosi di persidangan Persatuan Antarabangsa untuk Kemajuan Keselamatan Angkasa di Chicago, Amerika Syarikat anjuran ESA dan NASA pada bulan Mei tahun lalu.

''Apabila Persatuan Pelancongan Angkasa Malaysia membentangkan kertas kerja mengenai bekas minuman dan makanan untuk angkasawan dan pelancong angkasa yang dinamakan 'labu sayong' sebagai penghargaan ke atas sumbangan Kerajaan Negeri Perak dan Malaysia dalam bidang pelancongan angkasa," katanya.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2008 01:06 PM | Show all posts


          Edisi Wilayah:   Berita Harian Online




SEMAK: Pengerusi Masjid Al-Islah dan dua ahli jawatankuasa menunjukkan pelan lokasi tanah perkuburan di kawasan Sungai Siput, kelmarin.




SUNGAI SIPUT: Sebahagian besar penduduk kecewa dengan tindakan pihak tertentu yang mempertikaikan dan mahu kawasan tanah perkuburan Islam Kampung Tersusun Klebang Satu di sini, ditutup dan dipindahkan ke kawasan lain.

Penduduk setempat terutama ahli kariah Masjid Al-Islah berasa tindakan pihak terbabit adalah keterlaluan kerana kawasan tanah perkuburan seluas 0.44 hektar ditadbir mereka sejak pertengahan tahun lalu itu dimohon secara sah dan diluluskan kerajaan negeri.

Pengerusinya, Muhammad Hamzah, 63, berkata, kawasan tanah perkuburan di bawah pentadbiran ahli kariah masjid itu sudah digunakan dan dikawal selia dengan baik mengikut peraturan ditetapkan Jabatan Agama Islam Perak (Jaip).

Beliau berkata, sejak kawasan itu dibuka, dua jenazah sudah dikebumikan di situ.

揟indakan pihak tertentu yang cuba 憁engganggu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2008 04:54 AM | Show all posts


          Kosmo!Online     Perak menang besar







PEMAIN Perak, Wan Abu Yazid (kanan) di asak oleh pemain PDRM, Wan Afif Amiruddin pada aksi Liga Super di Stadium Perak malam tadi.




POLIS Diraja Malaysia (PDRM) gagal mengawal amukan Perak apabila tewas 1-5 pada saingan bola sepak Liga Super di Stadium Perak, Ipoh malam tadi.

Perak yang membelasah PDRM 6-0 pada pusingan pertama lalu beranggapan mampu mencatat kemenangan mudah pada pertemuan kedua ini tetapi tetap mendapati sukar.

Namun anggapan itu ternyata meleset apabila pasukan pelawat memberi tentangan sengit sejak awal permainan.

Penyerang PDRM, Mohd. Fazli Baharuddin perlu menyalahkan diri sendiri atas kegagalan membuka jaringan buat pasukannya apabila gagal menyudahkan hantaran Hillary Echesa pada minit ke-28 walaupun pintu gol Perak sudah terbuka.

Hasrat mereka untuk memecah kebuntuan hadir pada minit ke-31 menerusi Budi Supiresbangangono yang melakukan sepakan jarak jauh untuk menewaskan panjaga gol tuan rumah, Mohd. Nasril Nourdin pada minit ke-31.

Kegembiraan PDRM tidak kekal lama apabila ketua pasukan Perak, Ahmad Shahrul Azhar berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-33.

Gol tersebut menyemarakkan semangat Seladang untuk menambah jaringan dengan melakukan asakan yang bertali arus.

Usaha mereka berhasil apabila menambah jaringan melalui tandukan pemain import dari Chile, Carlos Caceres pada minit ke-38.

Gol tersebut merupakan gol ke-10 Caceres setelah menerima hantaran silang daripada Shahrulnizam Mustafa.

Kedudukan Perak semakin kukuh apabila tolakan penjaring terbanyak, Mohd. Khalid Jamlus pada minit ke-63 gagal diselamatkan oleh penjaga gol PDRM, Ishak Majali.

Pasukan tuan rumah terus berpesta gol apabila Khalid menambah gol keempat setelah menerima hantaran daripada Ahmad Shahrul pada minit ke-86.

Dua minit selepas itu Perak memperoleh gol kelima melalui rembatan kencang Caceres pada minit ke-88.

Di Stadium Sarawak, tuan rumah gagal menggunakan kelebihan bermain di tempat sendiri apabila tewas 1-2 kepada Kedah.

Gol-gol Kedah diperoleh menerusi jaringan Marlon Alex James pada minit ke-15 dan ke-28 manakala Sarawak menjaringkan gol sagu hati menerusi Mohd. Khalid Hamlet pada minit ke-76.

Di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan NAZA turut mencatat kekalahan apabila tewas 2-3 kepada Pahang.

Pahang menghasilkan jaringan menerusi Hairuddin Omar pada minit keenam dan ke-56 diikuti jaringan Mohd. Zamani Misbah pada minit ke-65.

Tuan rumah memperoleh gol mereka menerusi Shahurin Abu Samah pada minit ke-10 dan Udo Fortune pada minit ke-56.

Di Stadium MBPJ, Petaling Jaya, UPB-MyTeam gagal menyaingi kehebatan Terengganu selepas tewas 1-3 menerusi jaringan Gleisson de Souza pada minit ke-84 dan ke-88 selepas Zairo Anuar menghasilkan gol pertama pada minit ke-15 menerusi sepakan penalti.

Pada perlawanan itu, Terengganu lebih dulu melakukan jaringan menerusi Mijo Dadic pada minit ke-10.

Di Stadium Hasanal Bolkiah, tuan rumah, Brunei DPMM dimalukan di hadapan peminat sendiri apabila tewas 1-2 kepada Selangor.






Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2008 05:38 AM | Show all posts


          The Star Online      Duo escape gallows, get jail instead over death of DJ
[table=90%,lemonchiffon][tr][td]

By CHRISTINA KOH
Saturday February 23, 2008

IPOH: Two dangdut club bouncers escaped the gallows after pleading guilty in a High Court here to causing the death of discotheque deejay Leong Weng Seong on New Year抯 Eve of 2001.

Judicial commissioner Ridwan Ibrahim sentenced Mohd Daim Paldi, 54, and Muzaffar Ahmad Rajidin, 39, to 11 years
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2008 10:09 AM | Show all posts



omg! :eek:

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2008 10:11 AM | Show all posts


          Kosmo!Online     Lubang besar di ruang tamu



Oleh AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my
27 Februari,2008






LANTAI rumah di Kampung Manjoi, Ipoh ini runtuh akibat kejadian tanah jerlus semalam. Gambar kecil, Najihah Mohd. Hassan Rosli.




IPOH - "Setelah mendapati rekahan di ruang tamu semakin merebak, saya dengan bantuan beberapa saudara-mara mula mengalihkan perabot dan peralatan rumah.

"Ketika sedang menanggalkan langsir pada sebuah tingkap di penjuru kanan ruang tamu, saya dapat rasakan permukaan lantai semakin lembut, saya cepat-cepat larikan diri dan lantai itu jerlus beberapa saat selepas itu."

Demikian cerita Najihah Mohd. Hassan Rosli, 18, ketika menceritakan detik-detik cemas sebelum sebahagian besar lantai ruang tamu rumah neneknya, Fatimah Mat, 59, di Kampung Manjoi di sini runtuh gara-gara tanah jerlus semalam.

Dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, kejadian tanah jerlus itu membentuk sebuah lubang selebar 18.6 meter dan sedalam 15.25 meter.

Tinjauan KOSMO! mendapati rekahan semakin merebak di beberapa bahagian lain di rumah berusia kira-kira 28 tahun itu selain kesan retakan yang serius di beberapa bahagian dinding kediaman Fatimah.

Turut menghuni rumah itu ialah tiga cucunya iaitu Najihah, Thaqif, 15, dan Shafiqil Wathiq, 13, semenjak mereka bergelar yatim piatu pada 2006.

Sebelum itu, Fatimah mula menyedari keretakan di rumahnya setelah mendengar bunyi dentuman seperti guruh di bahagian lantai ruang tamu rumahnya ketika sedang melakukan solat sunat pada kira-kira pukul 4.30 pagi.

"Setelah diperiksa saya dapati terdapat kesan retakan kecil di lantai ruang tamu tetapi saya tak pedulikan namun selepas selesai solat Subuh, retakan itu dilihat semakin melebar.

"Saya panik dan terus hubungi adik saya dan beliau terus datang ke rumah saya dan kami mula mengalihkan perabot dan peralatan rumah ke pekarangan rumah," katanya kepada KOSMO! semalam.

Kejadian tanah jerlus yang menimpa rumah Fatimah di Kampung Manjoi itu merupakan insiden ke-17 berlaku di Perak selepas berlaku di Buntong, Batu Gajah, Malim Nawar, Menglembu dan beberapa lokasi lagi di Lembah Kinta sejak akhir September lalu.

Fatimah memberitahu, berikutan kejadian tanah jerlus itu, beliau sekeluarga merancang untuk tinggal sementara di rumah adiknya, Zakaria, 48, di Sungai Rokam dekat sini.

Sementara itu, para pegawai Jabatan Geosains dan Mineral Perak (JGMP), Jabatan Kerja Raya dan Majlis Bandaraya Ipoh bergegas ke tempat kejadian sejurus dimaklumkan kejadian itu.

Jurucakap JGMP berkata, berdasarkan siasatan awal jabatan itu mendapati pergerakan bawah tanah di sekitar rumah Fatimah masih aktif dan retakan yang berlaku semakin merebak.

Sementara itu, calon Barisan Nasional yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Manjoi, Datuk Mohamad Nadzri Ismail antara yang terawal melawat ke tempat kejadian.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-2-2008 11:23 AM | Show all posts
kes tanah jerlus di kawasan manjoi ni memang dah makin menjadi-jadi.  gamaknya lepas tsunami dulu kot.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2008 10:36 AM | Show all posts
Utara: Sesi Lepak Masyarakat kunci Bagan Serai maju
Oleh Shamsul Kamal Amarudin

Pertemuan wakil rakyat secara santai bersama penduduk bantu salur pembangunan ikut keperluan

BAGAN SERAI: Bagan Serai berasal daripada perkataan 'Bagan' yang merujuk kepada tempat pendaratan atau perhentian bagi laluan air atau bahasa mudahnya jeti, manakala `Serai' ialah sejenis tumbuhan yang sering menjadi ramuan dalam masakan Melayu.

Parlimen Bagan Serai mengambil kedudukan yang penting dalam sejarah negara kerana di situ terletak sekolah pondok Maahad Ihya Al-Syariff Gunung Semanggol yang banyak melahirkan tokoh ulama dan pejuang kemerdekaan.

Ia juga popular sebagai destinasi eko-pelancongan negara kerana memiliki Santuari Burung Kuala Gula, satu-satunya destinasi persinggahan di Malaysia bagi penghijrahan burung dari Siberia dan Mongolia setiap tahun.

Namun, bagi Ahli Parlimennya, Datuk Zainal Abidin Zin, pembangunan fizikal dan modal insan penduduk di kawasan berkenaan yang paling utama dan wajib dilakukan daripada dibuai sejarah lampau dan populariti beberapa destinasi di situ.

Justeru, beliau yang juga Timbalan Menteri Pertahanan memastikan segala kemudahan infrastruktur dapat dibina untuk kemudahan dan keselesaan penduduk, meningkatkan taraf kesihatan serta memberi pelbagai inisiatif dan dorongan untuk melahirkan modal insan berjaya.

Sebagai contoh, katanya, dalam tempoh lima tahun lalu kira-kira RM20 juta sudah dibelanjakan untuk membina dan menurap jalan luar bandar manakala wang peribadi RM60,000 sudah digunakan untuk bantuan membaiki rumah penduduk kampung seperti menggantikan bumbung, dapur atau lantai yang rosak.

揝etiap tahun, antara 800 hingga 900 fakir menerima bantuan terutama menjelang musim perayaan dan saya juga menyediakan tabung bantuan pelajaran kepada mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan dengan dana permulaan RM10,000 dan kini ia sudah meningkat kepada RM40,000.

"Dalam masa sama, bantuan bernilai hampir RM10 juta sudah disampaikan kepada kira-kira 10,000 keluarga yang memerlukannya terutama dalam bentuk bantuan pelajaran dan kemudahan pembelajaran," katanya.

Beliau berkata, bantuan turut diberikan di semua sekolah iaitu seperti kemudahan infrastruktur dan kerusi untuk dewan sekolah, memasang penghawa dingin di bilik guru dan komputer di sekolah yang memerlukan manakala dewan orang ramai bukan saja dibina di kawasan kampung tetapi di kawasan ladang sementara jeti pendaratan ikan yang lebih selesa dibina di kawasan yang memerlukan.

Zainal Abidin berkata, dalam tempoh jangka panjang pihaknya merancang mendapatkan peruntukan dan persetujuan kerajaan bagi membina kolej pertanian bagi penyelidikan serta kemahiran pertanian dan industri perikanan di pesisiran pantai Kuala Gula.

Beliau berkata, Hospital baru Kerian juga akan dibina sebagai kemudahan penduduk daerah itu, Bagan Serai dan Parit Buntar di Simpang Lima yang terletak berhampiran laluan Persekutuan Changkat Jering ke Pulau Pinang, sekali gus ia turut memberi kemudahan kepada pengguna laluan berkenaan.

"Pembinaan hospital baru ini penting memandangkan Hospital Parit Buntar sekarang semakin sesak dan tidak dapat menampung pesakit yang semakin bertambah,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2008 08:40 PM | Show all posts
[table=98%][tr][td] Utusan Malaysia 28 Feberuari 2008
Kilang magnesium bernilai RM238 juta di Taiping
Oleh ANI AWANG
TAIPING 26 Feb.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2008 09:40 PM | Show all posts
RM238 juta??  
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2008 07:28 PM | Show all posts

Pusat penyelidikan biodiversiti di Perak

Utusan Malaysia 29 Februari 2008

IPOH 28 Feb.- Taman Negeri Royal Belum bakal menjadi pusat penyelidikan biodiversiti terunggul negara apabila Universiti Putra Malaysia (UPM) dan kerajaan negeri menandatangani memorandum persefahaman (MoU) menubuhkan pusat penyelidikan tersebut di kawasan itu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali berkata, kerajaan negeri pada dasarnya telah meluluskan tanah seluas 600 hektar di hutan Belum sebagai makmal lapangan kajian penyelidikan dari UPM. Beliau berkata, projek tersebut yang merangkumi pembinaan tiga makmal penyelidikan di Gerik dan sebuah stesen kajian kecil di Banding menelan kos keseluruhan kira-kira RM78 juta dan dijangka siap sepenuhnya sebelum berakhirnya Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

''Penubuhan pusat penyelidikan biodiversiti ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan negeri mewujudkan Taman Negeri Royal Belum untuk dijadikan sebagai pusat penyelidikan biodiversiti negara. Penubuhan pusat penyelidikan tersebut bakal membuka 500 peluang pekerjaan dan meningkatkan ekonomi penduduk tempatan," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan MoU antara UPM dengan kerajaan negeri di sini hari ini.

Kerajaan negeri diwakili Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim manakala Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha Raja Abdullah mewakili universiti tersebut.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan. Penubuhan pusat penyelidikan ini dicadangkan oleh Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 1 Ogos tahun lepas.

Sementara itu, Nik Mustapha berkata, projek tersebut akan menumpukan kepada tiga bidang utama iaitu hasilan semulajadi, biodiversiti dan agro bioteknologi.

''Kita akan mulakan projek ini secepat yang mungkin dan akan menempatkan seramai 138 penyelidik di pusat penyelidikan ini dalam tempoh RMK-9. Kumpulan penyelidik ini akan mengutip spesimen di hutan Belum dan membawa pulang ke makmal di Gerik untuk menjalankan kajian," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2008 10:38 AM | Show all posts

[table=98%,wheat][tr][td]

[table=96%,lemonchiffon][tr][td]


- Utara -

Subsidi RM8,000 untuk rumah


Oleh: ZAINI RABAN
Utusan Online
2 Mac, 2008


Link to original article



PENGKALAN HULU 1 Mac
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2008 03:33 PM | Show all posts
such a waste of taxpayers' money untuk bazirkan RM8000 per rumah.  daripada buat camtu, kan lebih baik sediakan subsidi atau pengecualian status kepada pemaju perumahan supaya boleh berikan diskaun RM8000 tu dari poket mereka sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2008 06:40 PM | Show all posts
2/3/08:   sapa tak reti apa-apa, duk dendiam dan baca je la.  tak payah la nak penuhi kegersangan diri tu dengan buat posting mengarut membebel melalak melolong bersembur air liur berbuih mulut kena sawan semata-mata desperate nak cari glamer gahkan diri satu forum perasan konon hebat sangat tapi sebenarnya dedahkan diri tu b.aghal bahl.ul ban.gang be.bal be.nak be.ngap beng.ok ben.gong bin.gai bin.gung b.iol bo.doh bon.gok do.ngok d.ungu lem.bab lem.bam pan.dir tol.ol tong.ong...

apa hal ni bangg
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2008 09:23 PM | Show all posts
Berita Harian 2 Mac 2008
Ekonomi kukuh tarik pelabur tanam modal
Oleh Abu Bakar Al Sidek
HUTAN MELINTANG: Pertumbuhan ekonomi negara yang semakin kukuh memberi keyakinan kepada pelabur untuk terus menanam modal di negara ini khususnya selepas pilihan raya 8 Mac ini.
Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, berkata nilai tukaran Ringgit yang mencecah RM3.18 berbanding satu dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ini adalah kadar tertinggi pernah dicatatkan selepas krisis ekonomi serantau kira-kira 10 tahun lalu.
"Pengukuhan nilai Ringgit bukan semata-mata berpunca daripada kelemahan dolar AS tetapi juga disebabkan pengukuhan ekonomi yang sekali gus memberi keyakinan kepada peniaga mata wang asing terhadap pertumbuhan ekonomi dan nilai mata wang Malaysia," katanya selepas merasmikan Program Pelancongan Pelajar Parlimen Bagan Datoh di sini semalam.
Beliau yang bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datoh, mengulas kenyataan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, baru-baru ini, yang menyebut pertumbuhan ekonomi negara tahun ini berada pada tahap yang stabil.
Ahmad Zahid berkata, pelabur asing dan peniaga mata wang yakin dengan kestabilan ekonomi negara ini kerana unjuran pertumbuhan yang diperlihatkan serta rizab yang berada di tahap tinggi. Katanya, pelabur dan peniaga mata wang asing bertambah yakin dengan masa depan ekonomi negara ini selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, melancarkan program pembangunan ekonomi mengikut wilayah termasuk di negeri yang dikuasai pembangkang, baru baru ini.
"Pelabur asing komited terhadap kewibawaan Perdana Menteri yang memberi tumpuan tinggi terhadap pelaburan ekonomi negara. "Kestabilan politik kerajaan yang didokong oleh 14 parti komponen Barisan Nasional (BN) turut membantu keyakinan pelabur asing kepada kewibawaan Perdana Menteri," katanya.
Katanya, walaupun pembangkang melontarkan pelbagai tohmahan terhadap kerajaan dan Perdana Menteri, ia tidak akan menggugat keyakinan rakyat dan pelabur kerana ia lebih kepada isu remeh-temeh.
Beliau menegaskan pelabur dan peniaga mata wang asing juga bertambah yakin selepas melihat BN sentiasa menunaikan janji terhadap rakyat sebagai manifesto pilihan raya BN sejak 1959 hingga 2004.
"Keyakinan pelabur asing itu selaras dengan slogan kata dikota dan janji ditepati yang menjadi tema pilihan raya ke-12," katanya.
Terdahulu, dalam ucapannya, beliau menyatakan keazamannya untuk menjadikan Bagan Datoh sebagai destinasi pelancongan domestik dan bertaraf dunia sebagai salah satu cara untuk meningkatkan sumber pendapatan penduduk.
"Bagan Datoh mempunyai keistimewaan sebagai pusat tumpuan sukan air dan agrikultur, pusat memancing di Pulau Sembilan dan kawasan bersejarah Beting Beras Basah di muara Kuala Sungai Perak yang bersempadan dengan perairan Selat Melaka," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2008 09:26 PM | Show all posts
Berita Harian 2 Mac 2008
'Biaya kesihatan masih rendah'Oleh Shamsul Kamal AmarudinRakyat beruntung sebahagian kos penjagaan kesihatan ditanggung kerajaan: Raja Nazrin
IPOH: Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah, bertitah rakyat negara ini beruntung kerana kajian menunjukkan lebih daripada separuh kos pembiayaan kesihatan mereka ditanggung melalui sumber kerajaan berbanding di kebanyakan negara lain di dunia. Baginda bertitah, pesakit yang menerima rawatan di hospital kerajaan hanya perlu membayar satu pertiga daripada kos sebenar rawatan dengan selebihnya ditanggung kerajaan.
"Ia berbeza berbanding kos pembiayaan kesihatan yang lebih tinggi perlu ditanggung pesakit di Korea Selatan iaitu 50 peratus dan di China mencecah sehingga 60 peratus," titahnya ketika menyampaikan ucap utama seterusnya merasmikan Seminar Mengenai Undang-undang dan Etika Perubatan di sini semalam.
Raja Nazrin bertitah, di negara maju seperti Amerika Syarikat pula menunjukkan hingga separuh daripada lebih sejuta kes muflis yang diisytihar setiap tahun mempunyai kaitan dengan kos dan krisis perubatan. Justeru, titahnya, cabaran utama dalam usaha mengatasi kenaikan kos penjagaan kesihatan kini ialah meningkatkan jumlah nisbah pembiayaan daripada pesakit dan dalam masa sama mengekalkan perkhidmatan yang mampu diberikan kepada golongan miskin.
Titahnya, apabila kos penjagaan kesihatan meningkat maka jumlah subsidi untuk orang ramai juga akan bertambah.
"Hakikat bahawa kursus dalam bidang perubatan memerlukan tempoh lebih panjang dan kos yang lebih tinggi berbanding bidang lain, menunjukkan bahawa lebih banyak peruntukan awam perlu disediakan dan bukan dikurangkan, bagi menjamin kewujudan jumlah pengamal perubatan yang mencukupi
"Dalam bidang penjagaan kesihatan, tadbir urus yang baik memerlukan pelbagai lapisan masyarakat mempunyai kepentingan dari segi kesihatan diri dan golongan berkedudukan paling bawah dalam strata masyarakat, mampu mendapat manfaat daripada perkhidmatan kesihatan awam. Malangnya, keadaan ini tidak selalunya wujud," titahnya.

Raja Nazrin bertitah, adalah mudah untuk mengatakan penjagaan kesihatan berasaskan pasaran perlu beralih semula kepada khidmat perubatan sosiol, tetapi tiada siapa dapat mengetepikan dengan mudah isu berkaitan kenaikan kos, kewangan dan keberkesanan perkhidmatan.
Baginda juga bertitah, orang ramai kini semakin memberi perhatian terhadap kualiti penyampaian penjagaan kesihatan serta bagaimana rawatan itu dilakukan. Titahnya, pesakit lebih mengetahui hak mereka mengikut undang-undang dan lebih bersedia untuk mempraktikkannya berbanding masa lalu.
Justeru, titah baginda, pengamal perubatan profesional moden harus mengetahui dimensi undang-undang dalam bidang mereka walaupun mereka sendiri tidak begitu gemar dengan aliran pemikiran baru itu.
"Bukanlah sesuatu yang memeranjatkan apabila doktor berasa kecewa kerana amalan perubatan yang sewajarnya bukan dirangka oleh mereka sendiri tetapi diberi pentakrifan dan dikuatkuasakan oleh mahkamah," titahnya.
Baginda bertitah, kebanyakan doktor ingin memberi yang terbaik kepada pesakit mereka dan sebarang kejadian malang yang berlaku bukanlah sesuatu yang disengajakan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-3-2008 10:09 PM | Show all posts
takde mende pun.  sekadar siggy je.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2008 11:50 PM | Show all posts
tak la maju mane pon bagan datoh tu.. camne ni pak zahid...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2008 01:54 PM | Show all posts
Wednesday March 5, 2008

Anwar抯 pre-emptive strike
PARIT: Datuk Seri Anwar Ibrahim attacked Umno leaders who he said were not brave enough to criticise him openly but instead used weak people without integrity to attack him.

He said Umno and Barisan Nasional would use different tactics to smear his name, especially in the next few days before polling day. .  

揇o not be surprised in two or three days, CDs would appear linking me as an agent of China, India and the Jews,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2008 03:09 PM | Show all posts
Anwar rocks Perak, Pak Lah no-show
Andrew Ong | Mar 5, 08 2:36pm

As campaigning entered the crucial final lap, PKR de facto leader Anwar Ibrahim blazed through Perak yesterday to rally voters.

At every stop, large crowds waited for hours to greet the former deputy premier, who started his tour in Tanjung Malim in the morning before making his way up north through Bota, Bidor, Tapah, Gopeng, Sungai Siput and finally Bagan Serai.

The crowds were wooed by his populist messages which included reducing fuel prices, providing free education and the release of the five Hindu Rights Action Force (Hindraf) leaders detained under the Internal Security Act (ISA).

By about 7pm, Anwar had arrived at Simpang Pulai, Gopeng, where he was greeted with a hero抯 welcome and rapturous chants of reformasi from a racially mixed crowd of more than 2,000.

Despite spending the entire day on the road, Anwar showed no signs of fatigue and rallied Gopeng voters to back PKR candidates Lee Boon Chye (Gopeng), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Chang Lih Kang (Teja) and PAS candidate Radzi Zainon (Sungai Rapat).

He also launched a scathing attack on the Election Commission for aborting the use of indelible ink at the eleventh hour. He lamented that "phantoms" would now roam on polling day.

"Barisan Nasional (BN) is scared of losing. That抯 why they aborted the use of indelible ink," said Anwar to loud cries of "betul (correct)!" from the crowd.

An hour later, Anwar arrived at a small Malay village in Batang Kulim near Kuala Kangsar where he urged supporters to step up efforts to dethrone Sungai Siput incumbent S Samy Vellu.

"This is the focal point for Malaysians because the Indian community wants to see Samy out. The only ones supporting Samy is Umno Sungai Siput (division)," he told the crowd of more than 1,000.

Anwar even addressed the Hindraf issue and explained to the Malay majority crowd that Hindraf was not anti-Malay but merely fighting for better economic conditions and education.

"What wrong with helping the Indians? They are opposing government oppression and the demolition of their temples. Shouldn抰 we help them?" he asked to which the more than 1,000 people replied with a resounding 慪es
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.091088 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list