CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Gemukkkkkkk

BERITA PERAK DI MEDIA-MEDIA

[Copy link]
Post time 20-5-2008 11:42 AM | Show all posts
balai polis bercham ni yg rumah dua tingkat tu ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-5-2008 12:37 AM | Show all posts

Balas #459 mawarputih2612\ catat

eh ada orang panggil aku ayang     ni yang nak jatuh cinta ni...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 08:12 AM | Show all posts
Originally posted by Gemukkkkkkk at 21-5-2008 12:37 AM
eh ada orang panggil aku ayang     ni yang nak jatuh cinta ni...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2008 12:09 AM | Show all posts

Balas #463 mawarputih2612\ catat

ayanggg...  
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 12:21 PM | Show all posts


          Utusan Online   Utara

Tasik Temenggor kaya ikan


Oleh ANGELINA SINYANG

  
Link to original article


GERIK 22 Mei - Tasik Temenggor yang terletak di Banding di sini mempunyai nilai ekonomi kepada nelayan yang bergantung hidup kepada penangkapan ikan air tawar.

Tasik buatan manusia seluas 15,200 hektar yang menerima purata hujan tahunan sebanyak 216 sentimeter sepanjang tahun ini mempunyai keistimewaan apabila mempunyai lebih 30 spesies ikan air tawar yang tidak boleh lagi ditemui di kawasan lain di negara ini.

Pembinaan tasik tersebut mencetus idea kepada Jabatan Perikanan untuk membina Pusat Perikanan Darat (PPD) Banding pada 1992 yang beroperasi sepenuhnya pada 1 November 2006.

Pengarah Perikanan Perak, Sani Mohd. Isa berkata, pembinaan PPD Banding adalah bagi menjalankan peranan penting sebagai pusat yang mengkhusus dalam penyelidikan dan pembangunan perikanan kawasan tasik untuk negara.

''PPD bertanggungjawab dari segi pengeluaran benih ikan asli tempatan, pemuliharaan sumber dan juga pembangunan akuakultur.

''Pusat ini telah membangunkan baka induk dan pengeluaran benih pelbagai spesies ikan air tawar asli tempatan seperti kelah, temoleh, baung, tengalan, sebarau dan lampam sungai," katanya ketika ditemui di PPD Banding di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, PPD Banding mempunyai matlamat untuk mengeluarkan sejuta benih ikan tempatan setahun untuk dilepaskan ke Tasik Temenggor dan juga bagi keperluan projek ternakan akuakultur di tasik tersebut.

Pelaksanaan kaedah ini, katanya, dapat meningkatkan semula populasi spesies ikan yang semakin berkurangan akibat aktiviti penangkapan ikan tidak terkawal khususnya melibatkan masyarakat Orang Asli yang menetap di tasik berkenaan.

Sepanjang tahun lalu, Sani berkata, sebanyak 424,500 benih pelbagai ikan air tawar asli telah dihasilkan oleh PPD Banding yang terdiri daripada ikan baung, lampam sungai, pucuk pisang, terbol, keli dan puyu.

''Daripada jumlah tersebut, sebanyak 374,500 ekor atau 88 peratus telah dilepaskan kembali ke Tasik Temenggor untuk menambahkan semula populasi ikan yang semakin berkurangan.

''Program pelepasan benih ikan ke perairan Tasik Temenggor ini dijangka dapat membantu masyarakat Orang Asli di sini meningkatkan pendapatan mereka sebagai nelayan sungai," katanya.

Selain melepaskan benih ikan, Sani berkata, Jabatan Perikanan turut mewujudkan Pelan Pengurusan Tasik Temenggor bagi mengurus dan memelihara sumber perikanan di tasik ini bagi mengelakkan kepupusan ikan air tawar asli yang disebabkan eksploitasi berlebihan.

Menurut beliau, Tasik Temenggor merupakan salah satu kawasan utama penangkapan ikan menggunakan jaring dan pancing di perairan darat negeri ini.

Katanya, aktiviti penangkapan ikan di sini banyak melibatkan Orang Asli dan dianggarkan seramai 100 nelayan Orang Asli bergantung kepada aktiviti ini sebagai mata pencarian manakala 40 penduduk kampung di sekitar tasik ini juga menjalankan pekerjaan yang sama.

Sani berkata, di bawah Pelan Pengurusan Tasik Temenggor, Jabatan Perikanan telah memperkenalkan zon pemuliharaan serta zon perikanan rekreasi dan komersiol.

''Zon pemuliharaan di bahagian utara Tasik Temenggor meliputi Sungai Kejar, Sungai Kenderung, Sungai Tiang dan Sungai Gadong.

''Zon ini untuk melindungi kawasan perairan yang menjadi kawasan pembiakan spesies-spesies ikan utama tasik ini terutama ikan kelah di samping mengawal berlakunya pencemaran.

''Sebarang aktiviti menangkap ikan menggunakan apa jua alat oleh mana-mana pihak di zon pemuliharaan adalah dilarang manakala aktiviti akuakultur hanya dibenarkan kepada Orang Asli tempatan sahaja,'' katanya.

Menurut Sani, pelan untuk zon perikanan rekreasi dan komersiol yang diwujudkan bertujuan menguruskan kegiatan berkaitan rekreasi pelancongan dan juga tangkapan ikan secara komersiol belum lagi diguna pakai setakat ini.

Katanya, penguatkuasaan pelan pengurusan akan dijalankan oleh Jabatan Perikanan bersama penghulu di mana mereka akan menjalankan rondaan dari semasa ke semasa untuk memantau aktiviti menangkap ikan secara haram di tasik tersebut.




Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 03:08 PM | Show all posts
Originally posted by Gemukkkkkkk at 23-3-2008 03:49 PM
Utara: Mahasiswa selami cara hidup orang kampung Oleh Ihsan Noorzali
http://www.bharian.com.my/Tuesday/EdisiWilayah/20080318095939/mainpix
SERONOK: Kanak-kanak gembira menyertai acara sukaneka a ...


Ihsan Noorzali ni staff upsi..huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-5-2008 05:24 PM | Show all posts

Reply #466 neeziee's post

ye ke, bagus la tu dia buat part-time...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 01:23 PM | Show all posts


          NST Online   Local News

Why is Sg Kinta dirty upstream?

By : Jaspal Singh


Link to original article







The Perak Forestry Department wants Sungai Kinta to flourish again.



IPOH: The state Forestry Department will conduct an investigation into the cause of the upstream pollution of the severely-polluted Sungai Kinta.

Environment committee chairman A. Sivanesan said the department would be tasked with examining why the river, once a favourite among picnickers for its clean and clear water, had deteriorated in quality upstream of the Kinta Dam.

Sivanesan said that while he was concerned about the pollution throughout the 100km-long river, he was baffled by the pollution occurring upstream.

"It is understood that the pollution downstream is caused by industrial, agricultural and human waste.

"But why is the river murky upstream?

"This mysterious pollution has been going on for at least 15 years. We need to find out why now.

"Is it due to logging, or other sources?

"This problem must be resolved soon, because Kinta River is an important source of drinking water," he said after launching the Kinta River Rehabilitation Research Expedition at the Ulu Kinta Recreational Forest on Friday.

While commending the state Drainage and Irrigation Department's (DID) work to rehabilitate the river under the Ninth Malaysia Plan, Sivanesan said its efforts would not yield good results if the source of upstream pollution was not identified and stopped.

The DID is spending RM7 million under the "One State One River" programme to rehabilitate the Kinta river by installing garbage traps, reinforcing banks, desilting the river bed and training river rangers.

While authorities have remained tight-lipped about the source of the pollution, it is believed that logging and extensive degradation of the slopes near the Kinta water-catchment area, which occured during the construction of the Simpang Pulai-Kampung Raja road, have contributed to the problem.

As late as 1994, Sungai Kinta was in the Class II category, which meant that its water was fit for consumption, bathing and for riverine life.

Now, due to human-related activities, the river has fallen into the Class III category upstream and Class IV category downstream.

The water of a Class III river must be treated extensively before it can be used for consumption, while the water from a Class IV river is only fit for irrigation.

Welcoming the move to get the Forestry Department to investigate the pollution of the river upstream, state DID director Datuk Abdul Razak Dahalan said his department would, in the meantime, continue to rehabilitate Sungai Kinta.

He said the precise extent of the river's pollution would be known by the year-end after researchers from the Kinta River Rehabilitation Research Expedition submitted their report to the department.

"Once the report is in, the DID, with the forestry and environment ministries, will hold a seminar to evaluate the data.

"We want Sungai Kinta to flourish once again.

"The department hopes to upgrade the river back to Class II in two years."

Abdul Razak said the five-day research expedition will study water samples from eight spots along Sungai Kinta and record its flora and fauna.

Participants of the expedition, which will end on June 18, include researchers from Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia and Universiti Kebangsaan Malaysia.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-6-2008 01:32 PM | Show all posts
aku setuju pasal ni.  memang nampak perbezaannya.  dari zaman aku sekolah rendah, ke sekolah menengah sehinggalah ke zaman universiti.  aku hari-hari ngadap sungai ni pasal kebun aku betul-betul tepi sungai.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2008 04:25 AM | Show all posts


          Bernama   Berita Wilayah

Hospital Ipoh Dinamakan Hospital Raja Permaisuri Bainun

June 12, 2008 15:15 PM


Link to original article


IPOH, 12 Jun (Bernama) -- Sultan Perak Sultan Azlan Shah memuji pengurusan Hospital Ipoh kerana berupaya menawarkan pelbagai perkhidmatan kepakaran serta menyediakan peralatan perubatan terkini untuk diagnosis dan rawatan.

Baginda bertitah dengan proses penambahbaikan, hospital itu kini mampu memberi perkhidmatan yang baik dan mencapai tahap sebagai hospital rujukan yang ulung, di samping memenuhi peranan sebagai hospital bagi pengajaran.

"Tugas merawat pesakit memerlukan kesabaran yang tinggi. Banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh petugas, tidak terkecuali pula risiko yang terpaksa dihadapi semasa menjalankan tugas merawat pesakit," titah baginda semasa merasmikan majlis penamaan Hospital Ipoh sebagai Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini hari ini. Turut hadir Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai.

Sultan Azlan bertitah tanggungjawab berat yang dilaksanakan secara ikhlas merupakan satu ibadah murni.

"Sikap penyayang anggota perubatan dan kakitangan separa perubatan ketika menjalankan tugas dengan mengamalkan layanan mesra, merupakan satu ramuan rawatan, satu komponen penawar kepada pesakit," titah Sultan Azlan Shah.

Baginda juga berharap kemudahan dan keselesaan kakitangan hendaklah sentiasa diberi keutamaan daripada segi tempat dan ruang bekerja, peralatan dan kelengkapan, serta beban dan tanggungan kerja yang harus diimbangkan dengan waktu yang membolehkan pekerja beristirihat.

"Kini bukan sahaja bilangan penduduk negara terus bertambah malah tahap literasi mereka juga semakin bertambah. Ini bermakna mereka merupakan warga yang lebih sedar terhadap amalan kesihatan dan perubatan moden," titah baginda.

Menurut baginda, dengan jangka hayat warga yang kian bertambah, permintaan dan keperluan terhadap perkhidmatan kesihatan dan rawatan perubatan moden akan terus bertambah dari tahun ke tahun.

"Pada masa yang sama kos peralatan, kos rawatan, kos ubat dan kos perkhidmatan terus meningkat. Kesemua ini akan melibatkan perbelanjaan untuk kesihatan dan perubatan semakin meningkat tahun demi tahun," titah baginda.

Baginda bertitah tanggungjawab sosiol membiayai perbelanjaan kesihatan wajar diperkenalkan sama ada dalam bentuk insurans kesihatan yang lebih meluas atau kaedah cukai atau rebat cukai kesihatan yang lebih menarik kepada penderma, syarikat dan individu.



Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2008 08:18 AM | Show all posts
Aku xcident hari tu, dekat sejam lebeh tunggu kat Hospital Besar Ipoh.
Padahal tue kes kecemasan! cipan tul!! :@
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2008 08:19 AM | Show all posts

Reply #469 Gemukkkkkkk's post

Kebun ang manyak durian ker?? Ble ar datang menyantap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2008 10:44 AM | Show all posts
laaaa lambat la, tutan.  keluarga aku dah buang habis segala pohon buah macam manggis, durian, rambutan, langsat, rambai, pisang, etc.

tengah fikirkan nak convert jadi ladang getah atau kelapa sawit.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2008 10:59 AM | Show all posts

Reply #473 Gemukkkkkkk's post

ternak ikan lar bro, kan depan tue sungai kinta
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2008 11:03 AM | Show all posts
tak boleh le.  nanti orang asli datang.  diorang kata, itu ikan diorang jugak pasal dari sungai.  lagipun ternak ikan ni, kena full time.  tengah hutan tu, sapa je nak duduk sengsorang.  dedulu pun boleh dengar rimau mengaum kalau nasib tak baik.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2008 01:09 PM | Show all posts

Reply #471 tutankhamun!'s post


sejam lebih?   ada buat aduan/report kat pengarah hospital? aduan/report/feedback daripada patient tu penting bagi pihak hospital memperbaiki perkhidmatan mereka.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2008 01:15 PM | Show all posts

Reply #473 Gemukkkkkkk's post


buah manggis ni bila musimnya? balik hari tu tak der buah manggis. mungkin bukan musimnya.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2008 01:44 PM | Show all posts
oobi, teman pun idak tau bila musimnya.  biasanya manggis ni makan sesama dengan durian he he he...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2008 02:31 PM | Show all posts

Reply #470 oobi's post

dah tukar nama yek Hosp Besar Ipoh tu, mujo tak tukar lokasi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2008 03:04 PM | Show all posts
ala, kalau dah tukar lokasi, mike update la kat POI tu  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.380669 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list