CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Gemukkkkkkk

BERITA PERAK DI MEDIA-MEDIA

[Copy link]
Post time 12-8-2008 10:38 AM | Show all posts


          NST Online   Front Page
[table=98%,rgb(255, 250, 205)][tr][td]

When three's not a crowd here

By M. Husairy Othman
August 12, 2008


Link to original article


[table=75%,black][tr][td]



CHINESE SCHOOL HAS JUST ONE STUDENT

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2008 08:14 AM | Show all posts


          Berita Harian Online   Wilayah

Utara: Labu air saiz luar biasa

Oleh Ravale Savarinathan
bhnews@bharian.com.my


Link to original article



[table=60%,black]




BESAR: Selvi membandingkan labu air normal (kiri) dengan labu air gergasi di Pasar Besar Teluk Intan, semalam.



TELUK INTAN: Orang ramai yang datang ke Pasar Besar Teluk Intan terkejut dengan penemuan tiga biji labu air bersaiz luar biasa seberat 5.8 kilogram dan panjangnya 1.05 meter dalam longgokan sayur-sayuran yang dibawa dari kawasan Bagan Datoh, di sini, semalam.

Peniaga sayur di pasar itu, yang hanya dikenali sebagai Selvi, 45, berkata itu adalah kali pertama dia melihat sebiji labu air yang sangat panjang dan berat.

揝aya sudah lebih 25 tahun berniaga di sini, dan inilah kali pertama saya melihat labu air dalam saiz yang begitu besar dan amat luar biasa.

"Biasanya berat labu air antara 600 gram hingga 1 kilogram, atau paling berat hanya mencecah 2 kilogram tetapi labu air yang ini adalah yang paling besar pernah saya lihat,
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2008 10:56 AM | Show all posts

Reply #502 oobi's post

wakkkaaakkakakakakaka.... tak pernah tengok la labu besar macam nie...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 09:38 AM | Show all posts

UTUSAN MALAYSIA 16/10/8

Masih gah pada usia 100 tahun

Oleh ZAINI RABAN



Masjid India Muslim di Ipoh ini masih gah walaupun sudah berusia 100 tahun.
- Gambar MOHD. NAJIB MOHD NOR

--------------------------------------------------------------------------------



IPOH 15 Okt. - Salah satu yang menarik perhatian apabila bercerita tentang bangunan lama di Ipoh ialah mengenai kewujudan sebuah masjid yang terletak betul-betul di tengah bandar raya ini iaitu Masjid India Muslim.

Sama ada percaya atau tidak, usia masjid yang terletak berhampiran dengan Padang Bandaran Ipoh ini sudah mencecah 100 tahun.

Ia dibina pada tahun 1908 dan diasaskan oleh Sheikh Adam yang merupakan keturunan Tamil.

Buat pengetahuan umum, masjid berkenaan merupakan sebuah masjid tua yang dibangunkan oleh pengikut Mazhab Hanafi dan terletak di Jalan Clayton atau kini lebih dikenali sebagai Jalan S.P. Seenivasagam.

Pada mulanya, tujuan masjid ini dibina adalah untuk kegunaan komuniti India Muslim di Ipoh tetapi setelah 100 tahun berlalu, fungsi serta peranannya dalam membangunkan dakwah Islam di negeri ini khususnya Ipoh memang tidak dapat dinafikan.

Apa yang membanggakan, masjid ini terus tersergam indah dan secara tidak langsung menjadi lambang kekukuhan syiar Islam di bandar raya ini.

Penulis percaya, semua itu adalah hasil usaha keras, titik peluh dan keikhlasan komuniti India Muslim yang terlibat dalam membina dan mengimarahkan Masjid India Muslim selama ini.

Pembinaan dan konsep seni bina masjid ini lebih cenderung kepada Chitya India atau gaya Moghul yang hampir sama bentuknya dengan Diwan-i-Khas di Delhi.

Bagaimanapun, apa yang penting ialah mengenai pengisian atau fungsi masjid tersebut yang masih mampu bertahan setelah 100 tahun berlalu.

Antara aktiviti kebajikan utama masjid ini ialah membela saudara seagama yang hidup dalam kesusahan.

Sebab itu, di sebelah masjid berwarna putih dan hijau ini, terdapat sebuah bangunan asrama yang menempatkan insan-insan kurang bernasib baik.

Asrama berkenaan digunakan oleh mereka sebagai tempat untuk berteduh selain beribadah selepas mendapat kebenaran pihak pengurusan masjid.

Salah seorang individu penting di sebalik kejayaan Masjid India Muslim ini bertahan lama ialah Pengerusi Jawatankuasa Masjidnya iaitu Datuk Thasleem Mohd. Ibrahim Al-Haj.

Beliau yang merupakan tokoh korporat yang berjaya begitu tegas dalam memainkan peranan untuk membela golongan fakir miskin di seluruh negara.

''Kadang-kala kita cuma bagi bantuan kepada mereka yang layak di masjid ini tetapi ia hanyalah simbolik di hadapan masyarakat umum.

''Sebenarnya kita turut membantu ramai mereka yang susah tetapi perkara itu tidak perlulah dihebahkan kepada umum," katanya baru-baru ini.

Sempena dengan sambutan 100 tahun masjid itu, pihaknya berhasrat untuk menjemput Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menziarah masjid berkenaan sebagai tanda penghormatan.

Katanya, selaku Ketua Agama Islam di Perak, Sultan Azlan adalah individu paling layak untuk memberi penghormatan kepada kejayaan masjid ini.

Ditanya mengenai keunikan masjid berkenaan, Thasleem berkata, kebanyakan jemaah berasa amat kagum dengan kekukuhan binaan masjid tersebut.

''Setelah 100 tahun berlalu, terfikir juga bagaimana masjid ini boleh begitu kukuh berdiri. Bagaimanapun selepas diperiksa oleh pakar, kami dapati kayu di bahagian bumbungnya sudah teruk dimakan anai-anai.

''Kami amat terkejut melihat keajaiban itu. Malah pakar kejuruteraan yang kami bawa dari Kuala Lumpur juga hanya mampu menggelengkan kepada dan hanya berkata ini semua kerja Allah.

''Kami sangat bersyukur kerana mengikut logik, bumbung masjid ini sebenarnya boleh runtuh pada bila-bila masa," katanya.

Setelah meneyedari perkara tersebut, pihak pengurusan masjid telah membuat keputusan untuk memperbaiki masjid berkenaan melalui dua fasa.

Katanya, fasa yang pertama iaitu menukar kayu-kayu bumbung telah siap dengan menelan belanja lebih RM200,000.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 09:39 AM | Show all posts

UTUSAN MALAYSIA 16/10/8

Hairan MPKK tidak bertindak

KUALA KANGSAR 15 Okt. - Kira-kira 5,000 penduduk di enam kampung di sini terdedah kepada risiko kemalangan apabila terpaksa melalui jalan yang rosak teruk untuk berulang-alik ke tempat kerja dan menghantar anak-anak ke sekolah pada setiap hari.

Jalan menghubungkan Kampung Basong, Kampung Kolam, Kampung Banjir, Kampung Larah, Kampung Kota Lama Kiri dan Kampung Jias memang bertar tetapi tidak selamat digunakan kerana banyak kawasan sudah berlubang dan digenangi air.

Keadaan ini menimbulkan rasa bimbang kepada penduduk dan pengguna jalan itu kerana mereka boleh mendapat kemalangan apabila kenderaan mereka terlanggar lubang tersebut.

Sehubungan itu, mereka menggesa Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) bertindak segera menurap jalan yang rosak bagi keselesaan penduduk terutama mereka yang kerap balik kerja lewat malam.

Tinjauan Utusan Malaysia baru-baru ini mendapati jalan tersebut sentiasa sibuk dengan pelbagai kenderaan terutama mereka yang menghantar anak-anak ke Sekolah Kebangsaan (SK) Clifford dan SK Datin Khatijah yang terletak di bandar Kuala Kangsar iaitu kira-kira dua kilometer dari kawasan perkampungan tersebut.

Khairun Hidayatullah, 60, memberitahu, anak lelakinya pernah mendapat kemalangan semasa pulang ke rumah dari tempat kerja baru-baru ini apabila motosikal yang ditunggangnya terjerlus masuk ke dalam lubang yang berlopak.

Katanya, anaknya bernasib baik kerana hanya mengalami cedera ringan tetapi kemalangan itu tidak boleh dipandang ringan kerana ia mungkin berlaku kepada orang lain selepas ini.

''Saya hairan dengan MPKK kerana masih tidak bertindak membaiki jalan yang rosak ini biar pun sudah berkali-kali kami membuat aduan," katanya.

Katanya, masalah itu juga telah dikemukakan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Lubuk Merbau, Mohd. Zainuddin Mohd. Yusuf yang sehingga kini belum menyelesaikan masalah dihadapi oleh penduduk di kawasannya.

Seorang penduduk yang telah menetap selama 35 tahun di Kampung Banjir, Kitabol Babu Khan, 60, berkata, masalah jalan berlubang dan berlopak sering kali berlaku di kampung mereka terutama pada musim hujan.

''Memang ada pihak berkuasa berkaitan datang membuat tinjauan apabila kami mengadu tentang masalah tersebut tetapi mereka pulang begitu sahaja tanpa mengambil apa-apa tindakan untuk membaiki jalan yang rosak itu.

''Sudahnya, penduduk sendiri terpaksa mengambil inisiatif menimbus jalan yang rosak itu menggunakan batu kerikil dan tanah merah tetapi usaha ini hanya sementara kerana kawasan terbabit akan kembali rosak apabila hujan," katanya.

Faridah Hanum Mohd. Yunus, 43, yang mengusahakan perniagaan menjual sate secara bergerak menaiki motosikal berkata, beliau pernah hilang pendapatan kerana terlibat dalam kemalangan semasa dalam perjalanan pergi berniaga.

Menurutnya, beliau sedang menunggang motosikal membawa muatan sate dan lain-lain peralatan untuk berniaga apabila tiba-tiba terlanggar lubang berlopak menyebabkannya terjatuh.

Akibatnya, kata Faridah Hanum, beliau kerugian kira-kira RM120 pada hari itu apabila semua barang-barang perniagaannya jatuh bertaburan ke atas jalan raya dan tidak boleh dijual.

Bekas pengusaha kantin sekolah, Zaidah Md. Jan, 65, pula berkata, keadaan jalan yang berlubang dan berlopak tidak selamat dilalui oleh kenderaan terutama mereka yang memandu pada waktu malam.

''Kebanyakan penduduk di kawasan perkampungan ini bekerja sebagai peniaga di bandar Kuala Kangsar. Mereka sering balik lewat malam dan terdedah kepada kemalangan kerana sukar mengelak jalan berlubang dalam keadaan gelap," katanya.

Zainon Johari, 59, yang sudah lima tahun menyewa di Kampung Basong memberitahu, sekeliling rumahnya digenangi air lopak gara-gara kegagalan pihak berkuasa berkaitan menyelenggara baik jalan di hadapan rumahnya.

''Mereka membina jalan tetapi tidak membina pembentungan yang sesuai menyebabkan air longkang tersumbat dan bertakung di sekeliling rumah," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 09:41 AM | Show all posts

UTUSAN 16/10/8

Denggi semakin serius di Perak
IPOH 15 Okt. - Wabak demam denggi di negeri Perak semakin serius apabila terdapat 164 kes baru dilaporkan berlaku dalam tempoh seminggu ini iaitu peningkatan 65.7 peratus.

Minggu lalu, sebanyak 99 kes denggi dilaporkan dan Jabatan Kesihatan negeri telah mengenal pasti 28 kawasan baru paling berisiko terdedah kepada ancaman penyakit itu di negeri ini.

Sehingga kini, enam kes kematian disebabkan demam denggi telah dilaporkan iaitu empat kes di daerah Manjung serta masing-masing satu kes di Perak Tengah dan Batang Padang.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Sumber Manusia dan Pembangunan Keluarga Perak, A. Sivanesan berkata, Manjung mencatatkan kes tertinggi iaitu 63 kes diikuti 28 kes di daerah Kinta termasuk kawasan di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh manakala Kuala Kangsar dan Perak Tengah masing-masing mencatatkan 19 kes.

Turut mencatatkan kes demam denggi ialah daerah Larut Matang dan Selama iaitu sepuluh kes, Batang Padang (sepuluh), Hulu Perak (sembilan), Hilir Perak (empat) dan Kerian (dua).

Sivanesan berkata, laporan minggu ini bagaimanapun mencatatkan sebarang kes kematian.

Katanya, 10 kes terbaru dikenal pasti pada minggu ini berlaku di Kampung Baru dan rumah pangsa Bercham di sini.

''Angka terbaru kes denggi di negeri itu menunjukkan peningkatan secara berterusan apabila mencatatkan 3,096 kes sepanjang 41 minggu pertama tahun ini berbanding 2,256 bagi tempoh yang sama tahun lalu.

''Oleh kerana kes denggi ini amat membimbangkan, maka kerajaan negeri akan bekerjasama dengan majlis daerah, Jabatan Kesihatan Negeri Perak serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menjalankan kerja-kerja pembasmian untuk mencegah wabak denggi daripada terus merebak di negeri ini.

''Kita juga bekerjasama dengan pihak lain untuk mempertingkatkan langkah penguatkuasaan di semua peringkat bagi mencegah wabak denggi," katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa mengadakan lawatan ke Kampung Baru Bercham di sini semalam.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri turut menambahkan pegawai kesihatan untuk memperhebatkan lagi operasi pemeriksaan di rumah, premis perniagaan dan kilang bagi mengawal kes denggi.

''Kami tidak sangka sama sekali kawasan perumahan Bercham yang tidak pernah terdedah dengan kes denggi sebelum ini turut tersenarai kali ini dan langkah proaktif secara menyeluruh perlu dilaksanakan mulai sekarang.

''Kerajaan negeri sudah bersedia untuk menggandakan usaha untuk memerangi wabak denggi dengan lebih pantas dan berkesan," katanya.

Sivanesan berkata, langkah sedia ada seperti semburan asap, kempen rumah ke rumah, tindakan kompaun dan gotong-royong bersama masyarakat perlu dipergiatkan lagi untuk memastikan masyarakat setempat tidak leka dalam menjaga kebersihan persekitaran
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-10-2008 06:27 PM | Show all posts
alamak, teman abaikan thread teman sendiri  
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2008 12:37 PM | Show all posts

Reply #507 Gemukkkkkkk's post

ko kena MOD bagi lebi sikit credit kat aku weh

sbb jenuh gak aku cari Thread ni kat belakang:@ :@ :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-10-2008 04:37 PM | Show all posts
nanti teman mintak kat mod  
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 09:20 AM | Show all posts

UTUSAN MALAYSIA 22 OCT 2008

Terminal Bas Ipoh Sentral siap April 2011
IPOH Pembinaan Terminal Bas Ipoh Sentral di Meru Raya di sini yang akan menghimpunkan semua operator perkhidmatan bas ekspres, bas antara bandar dan teksi di bandar raya di bawah satu bumbung, dijangka siap sepenuhnya pada April 2011, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Beliau berkata, kerja-kerja pembinaan terminal bas itu dijangka menelan kos RM38 juta dan akan dimulakan secepat mungkin di atas sebidang tanah seluas 3.4 hektar pemberian kerajaan negeri untuk kemudahan penduduk tempatan dan pelancong antarabangsa yang singgah di sini.

"Terminal ini bukan sahaja bakal menjadi hub terminal tercanggih di rantau ini malahan berkapasiti tinggi bagi memberikan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih efisien dan cekap kepada masyarakat setempat dan pelancong luar.

"Pembinaannya merupakan pelengkap kepada segala masalah pengangkutan awam yang dihadapi penduduk selama ini kerana terminal baru ini bakal menempatkan kira-kira 250 bas awam yang merangkumi bas ekspres, bas antara bandar selain perkhidmatan teksi di sini," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah projek berkenaan di Meru Raya dekat sini semalam.

Katanya, terminal baru itu akan menyelesaikan masalah penduduk yang sering berulang-alik ke bandar menggunakan pengangkutan awam, khususnya masalah berhubung perkhidmatan bas yang sudah terlalu usang selain keadaan terminal sedia ada yang sesak, bising dan tercemar.

- Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 05:04 PM | Show all posts

HARIAN METRO 22 OCT 2008

Jalan Alor Pongsu-Selama dinaiki air



IPOH: Laluan di Km13 hingga Km17, Jalan Alor Pongsu-Selama dekat Bagan Serai dinaiki air sedalam 0.5 meter pagi ini akibat limpahan air dari kolam Empangan Tasek Bukit Merah dan dengan itu pemandu kenderaan ringan dinasihatkan mengelakkan laluan itu.

Jurucakap Jabatan Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian berkata jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di empat pusat pemindahan meningkat kepada seramai 480 orang pagi ini berbanding 475 orang semalam.

Lima lagi yang dipindahkan ialah dari Kampung Batu 40, Jalan Keretapi, katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebanyak 10 kampung di kawasan Bukit Merah dilanda banjir sedalam 0.5 meter hingga 1 meter sejak Sabtu lalu akibat limpahan air dari Empangan Bukit Merah akibat hujan lebat.


Kampung terbabit ialah Kampung Ayer Hitam 2, Kampung Ayer Hitam 3, Batu 37 dan Batu 38, Parit Abu Hasan, Kampung Parit Abu Hasan Ban, Kampung Parit Lebai Kadir, Kampung Batu 40, Kampung Alor Setangguk dan Kampung Padang Lalang. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 08:32 AM | Show all posts

BERITA HARIAN 23 OCT 2008

Di PERAK, hampir keseluruhan bandar Sitiawan terutama sekitar pekan Kampung Koh ditenggelami air antara 0.1 sehingga 1 meter, yang dianggap terburuk dalam tempoh 40 tahun.

Laluan di Kilometer (km) 13 hingga KM17, Jalan Alor Pongsu-Selama dekat Bagan Serai pula ditenggelami air sedalam 0.5 meter akibat limpahan air dari Empangan Tasik Bukit Merah dan pemandu kenderaan ringan dinasihatkan supaya mengelak menggunakan laluan itu.

Sehingga petang semalam, lebih 800 mangsa ditempatkan di sembilan pusat pemindahan banjir di empat daerah, iaitu Bukit Merah, Teluk Intan, Bidor dan Sitiawan.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, Bukit Merah mencatat paling ramai mangsa banjir dengan 481 orang dipindahkan sehingga petang semalam, diikuti Teluk Intan (122), Sitiawan (56) dan Bidor (tiga).

Di Bukit Merah, kawasan yang dilanda banjir meliputi Kampung Ayer Hitam 2, Kampung Ayer Hitam 3, Batu 37 dan Batu 38, Parit Abu Hasan, Kampung Parit Abu Hasan Ban, Kampung Parit Lebai Kadir, Kampung Batu 40, Kampung Alor Setangguk dan Kampung Padang Lalang.

Banjir di Teluk Intan pula membabitkan Mukim Sungai Manik, Mukim Labu Kubung dan Mukim Changkat Jong, Sitiawan (Kampung Tersusun Batu Tujuh dan Lekir) dan Bidor (Kampung Jalan Sungkai).

Pegawai Daerah Kerian yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Kerian, Ismail Hassan, berkata semua agensi kerajaan terbabit sudah diarah bersiap sedia berikutan ramalan Jabatan Kaji Cuaca hujan lebat akan berterusan sehingga akhir bulan ini.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 09:54 AM | Show all posts

UTUSAN MALAYSIA 24 OCT 2008

Banjir terburuk sejak 40 tahun

LUMUT 23 Okt. - Kira-kira 50 keluarga di beberapa buah kampung di sekitar Sitiawan dan Lekir dipindahkan ke beberapa buah penempatan sementara selepas kediaman mereka dinaiki air sejak kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, beratus-ratus buah rumah melibatkan ribuan penduduk terlibat dalam kejadian banjir yang disifatkan terburuk pernah berlaku sejak 40 tahun lalu.

"Kejadian banjir kilat di beberapa buah kampung di sini pernah berlaku beberapa kali di sini. Bagaimanapun kejadian semalam merupakan paling buruk pernah berlaku di Manjung.

"Belum pernah terjadi sebelum ini, bandar Sitiawan yang menempatkan banyak pusat perniagaan turut terjejas dan merosakkan banyak barangan peniaga," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di sini semalam.

Menurutnya, semasa meninjau tempat kejadian beliau dan ahli rombongan turut serta dalam misi menyelamat dan memindahkan penduduk termasuk seorang penduduk yang hampir bersalin di Kampung Tersusun Batu Tujuh Lekir, dekat sini.

Sementara itu, tinjuan di Utusan Malaysia mendapati banyak barangan peniaga di kedai menjual kasut, perabot, kedai gambar dan pakaian rosak disebabkan banjir kilat sedalam 1 meter itu.

Tujuh buah kereta yang beberapa kawasan letak kereta turut rosak teruk selepas kenderaan itu turut ditenggelami air berikutan hujan lebat luar biasa yang turun sejak pukul 3 petang itu.

Zambry berkata, beliau telah mengarah semua agensi kerajaan yang berkenaan supaya segera bertindak membantu mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2008 12:16 PM | Show all posts

UTUSAN MALAYSIA 27 OCT 2008

Hanya tinggal 98 mangsa banjir masih belum pulang
27/10/2008 11:30am


IPOH 27 Okt.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2008 12:20 PM | Show all posts

UTUSAN MALAYSIA 27 OCT 2008

bersih hadiah Deepavali

Oleh ABDUL RAZAK DIN



AHMAD Husni Hanadzlah (tengah) melancarkan bekalan air bersih dengan membuka pili air yang baru dibina di Kampung Chee, Tanjung Rambutan, Ipoh, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------



IPOH 26 Okt. - Sambutan Deepavali pada tahun ini lebih bermakna bagi 200 penduduk kaum India di Kampung Chee di sini apabila kampung mereka buat pertama kalinya mendapat bekalan air bersih mulai hari ini selepas 30 tahun menanti.

Masalah ini dapat diselesaikan menerusi peruntukan daripada Ahli Parlimen Tambun, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dan bantuan daripada Lembaga Air Perak (LAP) yang menyiapkan kemasukan bekalan air ke kawasan tersebut.

Wakil penduduk, A. Letchumanan, 55, berkata, mereka berterima kepada Ahmad Husni dan LAP kerana berjaya menyelesaikan masalah itu dalam tempoh yang singkat selepas aduan dibuat.

''Sejak 30 tahun lalu, kami bergantung kepada bekalan air telaga sahaja untuk keperluan harian kami termasuk untuk kegunaan minuman.

''Bagaimanapun, kini kami boleh menggunakan air yang bersih seperti penduduk yang lain dan ini merupakan hadiah Deepavali yang sangat berharga kepada penduduk Kampung Chee," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Isu tiada bekalan air berlarutan di Kampung Chee, Tanjung Rambutan di sini yang kebanyakan dihuni penduduk kaum India sudah berlarutan sejak beberapa tahun lepas.

Menurut Letchumanan, walaupun paip air belum dimasukkan ke rumah setiap penduduk tetapi mereka bersyukur kerana bekalan air bersih sudah boleh diperolehi dari pili air yang dibina di kampung itu.

''Penduduk juga merasa gembira apabila Ahmad Husni memberi jaminan akan memperjuangkan supaya kemasukan paip- paip air ke lebih 40 buah rumah penduduk kampung itu secepat mungkin," katanya.

Sementara itu, Ahmad Husni yang juga Timbalan Menteri Kewangan 1 ketika melancarkan bekalan air di kampung itu berkata, pihaknya menyediakan peruntukan sebanyak RM35,000 untuk menyediakan bekalan air kepada penduduk terbabit.

Katanya, bekalan air bersih ke rumah penduduk kampung berkenaan akan dilaksanakan selepas mendapat kelulusan dari pihak berkuasa tempatan.

''Setakat ini, LAP telah memberi kelulusan untuk menyediakan paip air ke rumah dan kini ia bergantung kepada kelulusan pejabat tanah untuk menggunakan tanah di kawasan berkenaan.

''Saya gembira kerana bekalan air ini dapat disalurkan sebelum mereka menyambut perayaan Deepavali tahun ini," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2008 08:06 PM | Show all posts
ralat le dengan stesen bas baru ni.  jauh dari merata tempat.  sepatutnya deme guna-pakai medan kidd dengan medan gopeng.  medan kidd untuk destinasi di bahagian utara & pantai timur, contohnya.  medan gopeng untuk destinasi di bahagian selatan pulak.

yang naik bas ni sah-sah le idak mampu nak naik motokar ke sana-sini.  tapi kalau udah stesen bas di ceruk sana, jenuh la nak sewa teksi ke sana.  bermaharajalela la deme macam macam sekarang yang walaupun destinasi tak sampai 2km pun mintak sampai RM10!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2008 09:23 AM | Show all posts
atenya org yg buat perancangan tu pun idak pernah naik bas:@ :@ :@

cuma sekali sahaj turun tapak tenguk kawasan lepas terus setuju ngan projek
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2008 09:49 AM | Show all posts

BERITA HARIAN 27 OCT 2008

Kediaman pejuang merdeka diroboh


GOPENG: Penduduk Kampung Changkat Tualang, dekat sini, kira-kira 40 kilometer dari Ipoh terkilan kerana kerajaan Perak tidak berusaha mengekal dan memulihara rumah kelahiran pejuang kemerdekaan, Dr Burhanuddin al-Helmi hingga dirobohkan keluarganya, Ramadan lalu.

Penduduk kampung berkenaan, Ibrahim MS Ahmad, 50, berkata Dr Burhanuddin adalah pengasas Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada pertengahan 1940-an.

Katanya, rumah berkenaan pernah didiami adik Dr Burhanuddin, Sayuti Mohd Noor sebelum beliau meninggal dunia kira-kira 10 tahun lalu.



"Anak dan cucu Dr Burhanuddin tinggal di Lembah Klang dan rumah kelahiran Allahyarham ini rosak kerana sudah tiada penghuni hampir 10 tahun lalu.

"Saya berharap tapak rumah ini dijadikan warisan sejarah dan kalau boleh, binaan asalnya didirikan semula sebagai tarikan pelancong.

"Saya menggesa pihak berkuasa terutama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan mempertimbang cadangan ini kerana Dr Burhanuddin adalah tokoh penting dalam sejarah politik negara," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Ibrahim berkata, kerajaan negeri juga patut mengambil inisiatif menamakan jalan di Ipoh atau Gopeng dengan nama Dr Burhanuddin.

Katanya, jika kawasan perumahan di ibu negara, iaitu Taman Tun Dr Ismail mempunyai Jalan Burhanuddin Helmi, tiada sebab Perak yang melahirkan tokoh berkenaan juga patut mempunyai nama jalan yang serupa.

Sekitar 1946, Dr Burhanuddin memimpin PKMM manakala sayap wanita PKMM, Angkatan Wanita Sedar (Awas) dipimpin oleh Allahyarhamah Shamsiah Fakeh.

Selain Shamsiah, antara tokoh politik lain yang seangkatan dengan Dr Burhanuddin ialah Ishak Haji Mohamad (Pak Sako) dan Onn Jaafar (pengasas Umno).
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2008 02:00 PM | Show all posts

BERITA HARIAN 28 OCT 2008

Zahid lulus rombongan khas Pas ke Makkah


IPOH: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau meluluskan permohonan khas rombongan ke Makkah daripada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin walaupun ada lebih 348,000 senarai menunggu dalam simpanan Tabung Haji.

Beliau berkata, kelulusan untuk rombongan 22 ahli Pas termasuk Setiausaha Politik Menteri Besar, Mohd Misbahul Munir Masduki itu dibuat atas dasar saudara satu agama.

Katanya, berdasarkan 348,000 individu dalam senarai menunggu ke Makkah, mereka yang mendaftar tahun ini hanya boleh ke Tanah Suci pada 2019, tapi beliau meluluskan permohonan Mohammad Nizar kerana bersifat terbuka dengan mengetepikan perbezaan politik.



"Saya tidak mengambil pendekatan politik tetapi sebaliknya bersikap terbuka dalam mengendalikan hal agama dan saya harap Menteri Besar juga mengambil pendekatan yang sama dalam soal agama.

"Haji bukan agenda politik. Saya mahu masyarakat tahu walaupun kami dari parti politik berbeza, saya mengambil pertimbangan agama," katanya kepada pemberita selepas Majlis Adil Fitri anjuran Pejabat Pembangunan Persekutuan Perak di sini, hari ini.

Dalam Pilihanraya Umum Mac lalu, Mohd Misbahul adalah calon Pas yang tewas kepada penyandang, Shaarani Mohamed bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup dalam Parlimen Bagan Datoh yang diwakili Dr Ahmad Zahid.

Mohammad Nizar pula memenangi DUN Pasir Panjang menewaskan calon Barisan Nasional dari MIC, Dr S Vasan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2008 01:10 PM | Show all posts


orang Bagan Serai ropenye.... tsk... tsk...tsk....  

MATARAM: (Indonesia): "I will kiss the soles of their feet if I have to, for their blessings."
[table=200][/table]Knowing that abducting and hiding the girl of his dreams did not help him find favour with her parents, Noor Fadilah Ahmad's husband, Nasrudin Dahrom, has decided to charm his way into his in-laws' hearts.

"I don't care if they want to beat me up. Fate has decided that Noor Fadilah and I are meant to be together and I can't do anything to change that," said the 24-year-old after his lady love was tearfully reunited with her parents at the Immigration office here yesterday.

"Even if they don't take me as their son-in-law, I will still consider them as my family," he said, adding that he was willing to let Noor Fadilah go home because he was confident that he would eventually be reunited with her.

Noor Fadilah was reunited with her parents, Ahmad Abdul Hamid, 46, and M**h Abdullah, 42, two months after being taken to Lombok. Her folks had disapproved of her relationship with Nasrudin.

The 18-year-old, from Bagai Serai, Perak, screamed "mama" and ran into her parents' arms the moment she saw them at the Immigration office.

cerite penuh - klik kat sini

[ Last edited by  Al Lebam at 29-10-2008 01:12 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.235692 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list