CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Gemukkkkkkk

BERITA PERAK DI MEDIA-MEDIA

[Copy link]
Post time 19-12-2006 02:37 PM | Show all posts
Originally posted by Gemukkkkkkk at 19-12-2006 02:16 PM
idea kau ni best, serius..  :clap:
aku tau, nanti akan ada orang kata analisa kos-pulangan tak memberangsangkan, tapi kenapa tidak?  tak semestinya keuntungan jadi objektif kita..  ini boleh mempe ...



Teng Q Teng Q...  :tq:

Takkan puji kosong jer weh. Kedit tadek  ??   :cak:

Aku nak masuk thread sensasi si Ashna di CI board sana !   hehehe :lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-12-2006 02:41 PM | Show all posts

Reply #60 mutantninja03's post

tu dah ganas tuhh..

stail sekarang ni dah ok..  selama ni tak dak komplen pun kecuali kes pasangan foreigner tu saja..  an exception to the norm instead of being a norm itself..  
jadi pasal kes pasangan foreigner tu, kita kena la sound/hukum pegawai pencegah maksiat tu..  jangan kurang ajar..  jangan burukkan imej islam dengan perangai-perangai yang tak diajar oleh islam..  sebagai pegawai jabatan agama islam, awak tu bawa imej islam, jadi berkelakuan berpada-pada la..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2006 03:52 PM | Show all posts
Originally posted by mutantninja03 at 19-12-2006 01:49 PM



OK here's what I have in mind after a slight pondering over the isue last night ...

Those historic local destinations that I mentioned, they can be lumped together to make a good tourism p ...




Ape yang mutant cadangkan tu memang idea bagus tapi sebenarnye dah dijalankan dulu. Bagai nak rak orang2 tourism bagi idea tapi tiada tindak balas dari MPKK sendiri.

Kalau nak tau bot mudik kehulu & mudik ke hilir
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2006 03:55 PM | Show all posts

Reply #63 kebayan's post

ohhh begitu ker citer nyer....kan dah yaneng kata.....dengki bila tengok dah maju sikit.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2006 04:39 PM | Show all posts

Reply #64 yaneng's post

tu le pase.. benci kalau ingat2 balik
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2006 04:47 PM | Show all posts

Reply #65 kebayan's post

tapi betui le bayan....
savvy tengok kat kuala ni....buat lawa lawa..
tapi tak menten...
macam pondok2 kat taman kuala tu..masa buat lawa je...
tapi bila ader kayu patah ke apa...
terbiar je begitu...
sudahnyer buruk jadinyer...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2006 06:06 PM | Show all posts

Reply #66 savvy_optra's post

pastue gardener yg keje ngan MDKK buat part time potong rumput kat kg2 org.,.....hehehheheh....halal ker idak tue???
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2006 06:19 PM | Show all posts

Reply #67 yaneng's post

lagi satu plak perasan tak setiap ape yang dibina oleh MPKK mesti ade macam kubah kecik..
semua sama je rupe ye.. ate yang dapat tender atau design orang yang sama ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2006 02:34 AM | Show all posts
Originally posted by kebayan at 19-12-2006 03:52 PM




Ape yang mutant cadangkan tu memang idea bagus tapi sebenarnye dah dijalankan dulu. Bagai nak rak orang2 tourism bagi idea tapi tiada tindak balas dari MPKK sendiri.

Kalau nak tau bot m ...



Ye ker ??  Mungkin lain sikit kot... sebab cadangan saya tu pada skala yang sedikit besar berbanding apa yang dijalankan sebelum nie. Selama nie saya dok dengor cerita orang bawak boat kecik, berkayak dan berakit jer kat sungai Perak tu. Sedangkan Cruise yang saya maksudkan ialah jenis feri besar yang berlayar perlahan lahan memudiki sungai  (mungkin ambik masa 4,5 jam ataupun lebih satu perjalanan), siap boleh "Wine & Dine" kat atas dia.  :love:

Dalam Cruise jenis ini, keistimewaan dilebihkan kepada pengalaman bersantai di atas feri dengan acara persinggahan di destinasi bersejarah sebagai penyeri kepada pakej.

Anyway, kalau begitu ler ghopernyer dema di MDKK tu susahler weh... inikan pulak nak buat pada skala yang lebih besor.

Btw, Bayan dulu pakei bot jenih apa, besor mana kapasiti penumpang nyer ?? Laluan dari mana kemana ?? Tempat persinggahan nyer kat mana ?? Apa persembahan istimewa kepada pelancung semasa dalam cruise ??

Kalau boleh mulakan balik mahukah Bayan mengendalikan semula River Cruise nie ??

Kali ni....kalau perlu mintak komitmen MB ler, masuk campur dalam urusan hak pengendalian. Apa nak takut kalau miker memang dah ada pengalaman kan ??  :pmuka:

[ Last edited by  mutantninja03 at 23-12-2006 01:48 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2006 03:03 AM | Show all posts
Originally posted by kebayan at 19-12-2006 06:19 PM
lagi satu plak perasan tak setiap ape yang dibina oleh MPKK mesti ade macam kubah kecik..
semua sama je rupe ye.. ate yang dapat tender atau design orang yang sama ke?


Betul cakap ko. Yang nie aku pun meluat menengoknyer.  :puke:

Pada "designer" simpleton yang bermentaliti jumud nie segala jenis bangunan & taman yang dibina orang Islam mesti ada kubah seco'et tak boleh tinggal. Kalau tak kuranglah identiti Islamnya, kata mereka !  :stp:

Boring giler tengok design yang sekata je mana mana tempat kiter pegi pun.

Ade beberapa bangunan penting milik kerajaan kat serata Perak nie (especially Ipoh), sekali imbas kita pandang pun kita dah tahu siapa gerangan "arkitek" nyer.

Lagi satu aku meluat tengok bangunan (selain masjid) yang obses gila dengan archa "Islam" di segenap fasad & pintu gerbang. Bukan apa... sebab sesetengah tu memang terlalu over sampai dah jadi tak sesuai dah dengan tema bangunan... dah nampak macam bentuk batu nesan kubur pun ada.... macam kuil Benggali pun ada.   :siok:

Ntahapahaper punya design tah. Neither here nor there. Cacamerba segala.

Jauhlah kalau nak dibanding dengan karakter bangunan bangunan lama waktu zaman belum perang.

Benda benda macam nie seboleh bolehnya patut dielakkan dari berlaku. Merosakkan habitat sendiri dengan ciptaan ciptaan yang hodoh yang mencemari  pemandangan  sepanjang hayat adalah satu jenayah, pada aku.

Eyesores of a lifetime they are creating ! Semuanya pasal nak jimat tak kena pada tempat dan tak kurang juga pasal rasuah  :geram:

[ Last edited by  mutantninja03 at 23-12-2006 02:02 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2006 09:10 AM | Show all posts
Originally posted by Dimarmalam at 18-12-2006 09:50 AM
Malam sabtu kat slot panorama tv1 ada cerita pasal Bagan Dato'
homestay kat kg sg hj muhammad
Beting beras basah kechil dan beting beras basah besar
kumpula dabus Bagan Datoh
pekan koboi Bagan  ...


aku tengah tidur masa tu, tetiba adik ipar aku SMS jam 12.00 mlm sabtu, kata kat RTM 1 ada RANCANGAN PANORAMA
di BAGAN DATOH, fush bangga weh walaupun aku bukan org BAGAN DATOH

dema siap buat pengambaraan kat BETING BERAS BASAH lagi wehhhhhhh

KUMP DABUS tu pernah buat persembahan kat rumah mak mentua aku masa ADIK IPAR aku kahwin tahun 2002
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2006 09:11 AM | Show all posts

UTUSAN MALAYSIA - 20 DIS 2006

Khalwat: 8 pasangan ditangkap sebulan
Oleh ANGELINA SINYANG

IPOH 19 Dis.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2006 09:12 AM | Show all posts

UTUSAN MALAYSIA - 20 DIS 2006

Dalam Negeri

100 orang dikenalpasti cuba hidupkan Al-Arqam di Perak
IPOH 19 Dis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2006 10:33 AM | Show all posts

Reply TUKANGKEBUN's posts

alhamdulillah JAIP aktif menjaga daulat islam..  
dan aku bersyukur orang-orang melayu kita masih bodoh kalau bab buat maksiat sampai senang JAIP nak serbu..  biar bodoh bertempat dari pandai tak bertempat..
sedih bila lalu depan DBI malam-malam..

kegiatan rufaqa di rapat bestari ni memang aktif..  diorang ada 2-3 shoplot kat sana...  so far, takde le ganggu orang..  at least aku lebih yakin beli barang kat kedai diorang sebab terjamin halalnya..  dan ada jugak guru-guru agama yang sewa bahagian atas kedai untuk jalankan kelas agama/bahasa arab..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2006 10:35 AM | Show all posts

Reply #75 Gemukkkkkkk's post

kat mutiara damansara nie rasanyer mereka ada beli shoplot tue sampai 4 tingkat tue sebab kat bawah ada kedai runcit dan sebelahnyer restoran, kat atas tue ada opis rasanyer mereka punya gak
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2006 10:42 AM | Show all posts

Reply #75 yaneng's post

kat mana ni yaneng.. kedai mawaddah ke? yang kat area pelangi tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2006 10:47 AM | Show all posts

Reply #76 kebayan's post

yup....yang tuelah..penah gak beli brg runcit kedai dier tapi situ parking messy jadi dah jarang ke sana....
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2006 10:53 AM | Show all posts

Reply #77 yaneng's post

oooo... bayan sampai skang lagi kalau sesak2 nak beli udang / sotong
dalam amount yang sikit.. memang kesana la sb harga patut..
restoran pakai lampu suram.. blurr jek..
semua girl kat situ bertudung labuh tapi agak kasar perangainya..
pasang lagu nasyid kuat2 n ikut menyanyi sekali..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2006 09:11 AM | Show all posts

BERNAMA - 22 DIS 2006

Kawasan Greentown Jadi MSC Kedua Perak


IPOH, 20 Dis (Bernama) -- Pusat perniagaan Greentown di sini akan dibangunkan sebagai kawasan Koridor Raya Multimedia (MSC) kedua di Perak selepas di Meru Raya di sini dalam usaha menjadikan Perak negeri maju menjelang 2015.

Menteri Besar Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali berkata kawasan itu dipilih berikutan permintaan syarikat teknologi maklumat yang merasakan kawasan perniagaan Greentown mempunyai persekitaran lebih kondusif untuk dikembangkan.

Beliau berkata kerajaan negeri mahu membangunkan kawasan itu mengikut konsep seperti pembangunan MSC di Lembah Klang selain di Cyberjaya oleh kerajaan pusat.

"Di Ipoh pula ia bukan sahaja tertumpu di Meru Raya tetapi juga di seluruh bandar raya Ipoh untuk kemudahan IT untuk semua pihak baik sektor korporat, pendidikan atau golongan umum," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di sini.

Tajol Rosli berkata kerajaan negeri sedang berunding dengan pemaju di kawasan itu untuk membina lebih banyak rumah kedai atau bangunan pejabat yang lengkap dengan gentian optik dan jalur lebar selain kemudahan lengkap sedia ada seperti pusat membeli belah, kemudahan infrastruktur dan pusat hiburan.

Katanya kerajaan negeri juga bersetuju untuk mewujudkan Pusat Sumber Kreatif Perak (PCRC) yang ditubuhkan melalui Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri untuk perkembangan MSC di negeri itu.

Tajol Rosli berkata penubuhan PCRC akan mendapat kerjasama Persatuan Inovatif dan Kreatif Bumiputera bagi melahirkan lebih ramai usahawan dalam bidang teknologi komunikasi maklumat.

Beliau berkata pusat berkenaan yang akan ditempatkan di Meru Raya membabitkan kos RM6 juta merupakan sebahagian projek dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.

"Kerajaan negeri juga memperuntukkan RM2 juta sebagai bantuan awal untuk syarikat berkelayakan untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di pusat itu. Dua syarikat berstatus MSC sudah dilantik untuk membantu kerajaan negeri melatih usahawan dalam bidang ICT berikutan permintaan pasaran terhadap golongan terlatih semakin meningkat," katanya.

Kerajaan negeri memilih Pengarah Perancangan Bandar dan Desa Negeri Datuk Yaacob Nordin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif K-Perak Inc untuk menerajui perkembangan ICT dan MSC di Perak.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2006 10:03 AM | Show all posts

utusan

Afiqah 11 tahun, sudah baca 2,200 buku
Oleh: ABDUL RAZAK DIN



AFIQAH RAMATULLAH.
--------------------------------------------------------------------------------



IPOH 21 Dis.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.065012 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list