CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Gemukkkkkkk

BERITA PERAK DI MEDIA-MEDIA

[Copy link]
Post time 27-12-2006 02:49 PM | Show all posts

Reply #100 sepaileman's post

citer le info yang mike tau...

mana tau menarik ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-12-2006 09:36 PM | Show all posts
Taiping Prison staff contribute to flood aid fund
29 Dec 2006
By M. Husairy Othman

TAIPING, FRI:
--------------------------------------------------------------------------------
THEY may not earn much but 600 Taiping Prison staff of various ranks have shown that one does not have to be a millionaire to extend a helping hand to those in need.

In only a week, they collected about 200 boxes of clothing and blankets for the flood victims in Johor, Negri Sembilan, Malacca and Pahang and raised RM1,230 for the NSTP Flood Victims Assistance Fund.

"It might not be much in monetary terms but I hope these blankets, clothes and the cash would come in handy for the victims," Prison director Narander Singh said after handing over a mock cheque to Berita Harian bureau chief Redzuan Yeop here today.

http://www.nst.com.my/Current_Ne ... /Article/index_html
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2007 09:36 AM | Show all posts

Perak jadikan nira nipah sumber kekayaan baru

utusan
Oleh: ABDUL RAZAK DIN

TAIPING 4 Jan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2007 10:10 AM | Show all posts
tahniah!  harapnya janganlah pulak ada yang minum air nira ni kemudian komen haramsanasini lepas tu koma berbulan-bulan tak masuk bod  :bgrin:  :lol  




--  syok betul aku ngutuk mamat ni..  sakit perut aku gelak setiap kali aku baca statement kantoinya  --
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2007 10:11 AM | Show all posts

Restoran baru rai anak yatim

IPOH: Seramai 50 anak yatim dan kanak-kanak istimewa diraikan sempena pembukaan restoran baru Rice & Spice Coffee House di Hotel Syuen di sini semalam.

Kanak-kanak berkenaan dari Pusat Harian Kanak-kanak Spastik dan Yatim Bandar Ipoh diberi hidangan makan tengahari percuma di restoran berkenaan selama dua hari bermula kelmarin.

Restoran berkenaan turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada pusat jagaan berkenaan yang diserahkan kepada pengerusinya, Hasmah Hamzah.

Sementara itu, pengurus restoran, Anuar Yusof, berkata restoran itu yang baru memulakan operasinya pada 1 Januari lalu kini mempromosikan makanan tengahari secara buffet pada harga RM18++ dan makan malam pada kadar RM20++ seorang.

Katanya, hidangan makanan tengahari membabitkan 40 jenis masakan itu dibuka dari jam 12 tengahari hingga 2.30 petang manakala makan malam bermula dari 7 hingga 10.30 malam.

"Ia adalah kadar harga termurah di Ipoh bagi hotel bertaraf empat bintang dan promosi ini berlangsung selama sebulan," katanya di sini semalam.

Beliau berkata, restoran itu yang sudah mendapat sijil pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dibuka dari jam 6.30 pagi hingga 12 tengah malam bagi hari biasa dan 2 pagi untuk malam minggu dan cuti umum.

Katanya, restoran itu yang boleh memuatkan sehingga 200 orang pada satu-satu masa menyediakan menu masakan Melayu, Siam, India Utara dan Selatan serta Barat.

Beliau berkata, tukang masak kanan, Chef Azim Amran, turut menyediakan 12 jenis resepi masakan kepala ikan sepanjang promosi berkenaan.

Anuar berkata, pemilik restoran itu yang mengambil alih pengurusannya daripada Hotel Syuen bermula tahun ini berhasrat menjemput Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali, menyempurnakan perasmian restoran itu dalam tempoh terdekat


UII.. MACAM MEMPERGUNAKAN ANAK YATIM UNTUK TUJUAN PROMOSI
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2007 10:13 AM | Show all posts

Bangunkan Pangkor seperti pulau lain

PADA 22 hingga 24 Disember lalu, saya bersama tiga lagi sahabat mengunjungi Pulau Pangkor untuk bercuti. Ia adalah percutian pertama saya ke pulau berkenaan. Ternyata keindahan pantainya mencuri hati saya.

Hampir 12 tahun saya tidak mandi laut. Namun, kejernihan air lautnya membuatkan saya tidak berfikir panjang untuk mandi-manda di situ. Lautnya yang biru tidak jemu untuk saya datang bertamu. Malah, keramahan penduduk pulau berkenaan menawan hati saya.

Saya mendapati ramai pelancong dari dalam dan luar negara bercuti di pulau itu. Mereka mengambil peluang menikmati keindahan lautnya dengan pelbagai aktiviti di pulau berkenaan.

Antaranya berkayak, menyelam dan mengelilingi pulau dengan bot . Sebelum saya bercuti ke Pangkor, saya melayari internet mencari maklumat mengenai pulau berkenaan. Ternyata maklumat yang diperoleh menguatkan keinginan untuk ke sana.

Namun, ada satu pemandangan yang sedikit sebanyak mencacatkan keindahan pulau itu, malah mengecewakan hati saya. Terdapat beberapa tempat yang ada infrastruktur, tetapi tidak dimanfaatkan. Ada beberapa tempat penginapan dibiarkan usang tanpa diusahakan.

Pelancong yang datang bercuti pasti memberi persepsi negatif mengenai negara kita.

Saya berharap pihak berwajib memberi tumpuan persekitaran pulau berkenaan. Bangunkan Pulau Pangkor seperti pulau lain di Malaysia. Buat pembangunan menyeluruh, tetapi pastikan keindahan Pulau Pangkor tidak terjejas.

GEMAR BERCUTI,
Teluk Air Tawar, Butterworth
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-1-2007 10:22 AM | Show all posts

Reply #106 kebayan's post

baru je cadangnya nak try solo explorace kat sana weekend ni tapi lepas baca paper pasal musim hujan ni, tak jadi le..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2007 11:03 AM | Show all posts
UTUSAN MALAYSIA - 5 Jan 2007

Jabatan Pertanian diminta kotakan janji
SEPERTI mana yang terjadi kepada Bukan Penanam Tebu Di Tepi Bibir, apa yang terjadi kepada ibu bapa saya di Bagan Datoh, Perak, agak berlainan sedikit masalahnya.

Pada tahun 2003, pemilik tanah telah diberikan taklimat mengenai projek penanaman kelapa matag oleh pegawai daripada Jabatan Pertanian, Hutan Melintang.

Sejak itu tanah yang sedia ada telah ditebas dan dibersihkan bagi penyediaan projek tersebut. Pelbagai janji ditabur seperti ingin membuat pagar bagi mengelakkan tanaman dirosakkan haiwan liar seperti babi selain menjanjikan benih kelapa matag akan diedarkan kepada para pemilik tanah yang berdaftar untuk menyertainya.

Namun setiap tahun berlalu tanpa apa-apa perubahan dan apabila kita mendengar belanjawan untuk pertanian ditambah, ia tidak membawa apa-apa langsung manfaat kepada para petani.

Lihatlah kawasan Bagan Datoh yang dulu dimuatkan dalam buku pengajian Geografi merupakan di antara pengeluar kelapa dan koko terbesar di Malaysia, kini seolah-olah tiada apa yang tinggal dan tiada siapa pun yang prihatin untuk membangunkannya.

Dalam tahun 2006, tuan tanah ditawarkan dengan benih anak pokok pisang dan bila diajukan tentang perjanjian asal, mereka tidak dapat memberikan jawapan yang tepat.

Dengan pagar setinggi dua kaki dan tidak kukuh, habis benih pokok pisang tersebut dirosakkan oleh binatang liar.

Diharapkan pihak yang bertanggungjawab iaitu Jabatan Pertanian mengambil berat mengenai perkara tersebut memandangkan mereka hanya berurusan dengan warga tua yang sudah tidak mampu menyuarakan pendapat dengan lantang.

Pihak atasan jabatan tersebut di Kuala Lumpur seharusnya memantau tugasan para pegawai di setiap cawangan atau daerah untuk memastikan peruntukan yang ada diagihkan dengan telus, janji dibuat dikotakan dan tidak terlepas pandang mengenai tugasan yang telah diamanahkan kepada para pegawai.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2007 11:14 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by kebayan at 5-1-2007 09:36 AM
utusan
Oleh: ABDUL RAZAK DIN

TAIPING 4 Jan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2007 12:42 PM | Show all posts
Originally posted by apple_green at 5-1-2007 11:03 AM
UTUSAN MALAYSIA - 5 Jan 2007

Jabatan Pertanian diminta kotakan janji
SEPERTI mana yang terjadi kepada Bukan Penanam Tebu Di Tepi Bibir, apa yang terjadi kepada ibu bapa saya di Bagan Datoh, Per ...



aku x faham fungsi MARDI, LEMBAGA KOKO, JBT PERTANIAN yg ada di BGN DATOH

agaknya dema makan tidur kot:hmm::hmm::hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2007 12:45 PM | Show all posts
lame kelamaan bgn datoh bukan menjadi pengeluar kelape terbesar negara. sbb kelape byk ditebang dah.. huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2007 11:30 PM | Show all posts
Star keluaran ari ni....6/1 ada promo pasei Gunung Lang...
gambor pun cantik2
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2007 08:34 AM | Show all posts
Malaysia negara pertama hasilkan ethanol nira nipah
KUALA LUMPUR 6 Jan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2007 08:51 AM | Show all posts
wah.. dah beberapa kali keluar berita pasal air nira ni..  nampak gayanya macam memang Perak serius gile ni..  ada potensi jangka masa tak?  
kalau la ada potensi besar, aku harap sangat takde campurtangan 'politik' & 'korup' ganggu projek ni.. perak memang perlukan 1 steady stream of revenue..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2007 09:26 AM | Show all posts

MINGGUAN MALAYSIA 7 JAN 2007

Politik

MB nafi ADUN letak jawatan
IPOH 6 Jan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2007 09:29 AM | Show all posts

Reply #114 Gemukkkkkkk's post

rasanya jadik kot

tapi yg confuse sampai skrg dia tak beritahu lokasi sebenar

takut manipulasi kot:hmm:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-1-2007 09:33 AM | Show all posts

Reply #116 TUKANGKEBUN's post

itu le.. mungkin jugak kan?

hmm ni kisah ADUN ni pun menarik perhatian.  macam besar je isu ini sampai masuk suratkhabar pulak.  ada cerita di sebalik cerita ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2007 10:00 AM | Show all posts

Reply #117 Gemukkkkkkk's post

nanti aku cuba cek dgn lmn web pembangkang:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 08:19 AM | Show all posts
Masakan Melayu pilihan pelancong


LUMUT: Masakan Melayu seperti masak pedas cili api dan sambal belacan antara makanan tempatan yang ingin dinikmati pelancong asing yang mengunjungi negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 (TMM07).
Oliver Schult, 32, dari Jerman, berkata beliau bersama rakannya Tina Fliclstch, 29, sudah merasai pelbagai makanan dalam sesi pengembaraan mereka sejak lapan bulan ke seluruh dunia.

Katanya, Malaysia menjadi destinasi kedua selepas Singapura di Asia Tenggara yang dikunjungi dan Pulau Pangkor di sini, destinasi ketiga selepas Kuala Lumpur dan Cameron Highlands di Pahang.

"Kami akan meneruskan pengembaraan kami ke Pulau Pinang dan Pulau Langkawi (Kedah) selepas dua hari berada di Pulau Pangkor.

"Sepanjang pengembaraan kami sukar mendapatkan masakan Melayu kerana sebelum ini apa yang kami makan lebih kepada masakan India atau Cina," katanya selepas pelancaran TMM07 peringkat negeri Perak di Dataran Lumut di sini, semalam.

Pelancaran itu disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali. Hadir sama Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Kong Cho Ha yang juga ahli Parlimen Lumut dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dr Abd Rahman Hashim. "Malaysia negara yang cantik dan selamat walaupun cuacanya agak panas tetapi lambat laun kami dapat menyesuaikan diri," katanya.

Sementara itu, pasangan suami isteri Manfred Fritche, 58, dan Elizebeth, 50, berkata bercuti di Pulau Pangkor adalah satu-satunya tujuan mereka melawat negara ini.

Manfred berkata, beliau dan isterinya memilih pulau terkenal di dunia itu selepas mendapati ia berada di negara yang selamat dan bercadang menghabiskan semua 13 hari mereka di negara ini.

"Kami memang gemar bercuti di pulau-pulau persendirian yang aman dan bebas daripada sebarang masalah serta kesesakan lalu lintas," katanya.

Elizebeth berkata, mereka sebelum ini menghabiskan empat hari di Kuala Lumpur selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Rabu lalu dari Jerman.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 08:52 AM | Show all posts
Tiga maut dihempap pacuan empat roda
Oleh: ANGELINA SINYANG

IPOH 7 Jan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.075684 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list