CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8515|Reply: 22

OST CINTA

[Copy link]
Post time 29-11-2006 09:11 PM | Show all posts |Read mode
AS'KUM DN SLM SEJAHTERA. ..

X LAMA LAGI SOUNTRACK DARI FILEM CINTA AKAN KUAR ...

DGR KATA LAGU - LAGU YANG ADE SEPERTI :

IKHLAS TAPI JAUH - V.E

SEWAKTU DULU - ANDY

PERPISAHAN - ANUAR ZAIN

CINTA - JAC feat MISHA ...

SO JGN LUPA DPTKAN BILE DH KUAR NANTI ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2006 09:14 PM | Show all posts
patutnye kluar awal sket :setuju:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2006 09:15 PM | Show all posts
Originally posted by jac_diehard_fan at 29-11-2006 09:14 PM
patutnye kluar awal sket :setuju:


YAP ...
Reply

Use magic Report

whoababy This user has been deleted
Post time 30-11-2006 02:24 PM | Show all posts
Suara Anuar Zain semarakkan Cinta

Bait puitis lirik lagu Perpisahan ciptaan Pacai mampu beri mesej berkesan

MENGHAYATI bait puitis lewat lagu Perpisahan nyanyian Anuar Zain menyentap perasaan mereka yang pernah terluka apabila insan tersayang melangkah pergi setelah cinta tiada lagi di hati.

Perpisahan sentuhan Syed Ahmad Faizal Syed Fadzil atau lebih dikenali sebagai Pacai adalah antara komposisi yang menguatkan lagi jalan cerita filem Cinta yang memulakan tayangan umum 30 November ini.

Lirik Perpisahan menggambarkan perjalanan cinta Harris (lakonan Rashidi Ishak) meniti kebahagiaan bersama isterinya, Airin (Rita Rudaini), tanpa disedari apa yang dilaluinya itu hanya sebuah ilusi.

Mampukah Haris menyelamatkan cintanya atau mungkin pengertian cinta sebenar bermakna merelakan pemergian insan tersayang? Itulah yang cuba diterjemahkan Pacai lewat bait indah Perpisahan.

Dihasilkan enam tahun lalu, baru kini Perpisahan dirakamkan. Pacai mempunyai alasan mengapa lagu itu disimpan terlalu lama, malah Perpisahan juga menyimpan sejarah yang tersendiri kepada komposer berusia 34 tahun itu.

?agu itu agak berat terutama daripada segi pengisiannya. Saya bimbang pendengar tidak dapat mengaitkan diri dengan lagu itu kerana mesejnya terlalu berat.

?etapi, apabila diminta oleh penerbit eksekutif Cinta, Dhojee untuk menghasilkan skor muzik bagi filem itu dan selepas menonton jalan ceritanya, saya terus teringat lagu itu,? katanya berterima kasih kepada isteri, Juita Jalil yang memberi inspirasi kepada penghasilan Perpisahan.

Mengakui agak jarang mengikuti perkembangan filem Melayu, Cinta bagaimanapun, mengubah persepsi Pacai kerana tertarik dengan persembahan jalan cerita yang berbeza.

?aya yakin penonton dapat mendekatkan diri mereka dengan Perpisahan kerana perjalanan Cinta menuntut sentuhan yang kuat supaya meninggalkan kesan. Justeru, saya tidak boleh menghasilkan lagu yang hanya untuk menghibur tanpa membekas di hati penonton,? katanya.

Sebelum Anuar, Perpisahan yang pada mulanya menggunakan judul, Kehilanganmu pernah diserahkan Pacai kepada seorang penyanyi lain. Bagaimanapun, ia ditolak dan apabila Dhojee meminta Anuar untuk menyanyikan lagu itu, Pacai terus bersetuju.

Kebetulan Dhojee sendiri begitu tertarik dengan kekuatan vokal Anuar ketika membawakan lagu Mungkin, juga ciptaan Pacai yang dimuatkan dalam album penyanyi itu yang terdahulu.

?aya perlu memilih penyanyi yang mampu memberi penghayatan dan menyampaikan mesej lagu itu dengan sepenuh hati. Anuar melakukannya dengan berkesan dan saya bangga kerana Perpisahan mendapat perhatian,? katanya.

Akui Pacai, dia tidak mengambil masa yang lama untuk menghasilkan Perpisahan. Sekitar sehari dua kerana Perpisahan bersandar kepada realiti perjalanan sebuah kehidupan justeru ia lebih muda dihasilkan.

Selain Perpisahan, Pacai turut menghasilkan sebuah lagu lain, Sewaktu Dulu juga dimuatkan dalam Cinta dan dinyanyikan Andy Flop Poppy.

?ada mulanya saya menghasilkan Sewaktu Dulu untuk dimuatkan dalam album solo saya. Saya ?injamkan? dulu lagu itu kepada Cinta. Proses penghasilan album saya sudah bermula sejak 2004 dan Insya-Allah akan terlaksana juga nanti,? katanya.

Cinta membariskan pelakon handalan seperti Datuk Rahim Razali, Fatimah Abu Bakar, Rita Rudaini, Eizlan Yusof, Rashidi Ishak, Nanu Baharudin serta bintang baru seperti Sharifah Amani, Que Haidar dan Pierre Andre.

Selain Perpisahan dan Sewaktu Dulu, 10 lagu lain yang memberi nyawa kepada perjalanan filem Cinta turut diabadikan dalam album runut bunyi yang diterbitkan Sony BMG Music Entertainment.

Lagu popular lain yang dimuatkan adalah Januari (Glenn Fredly), Belaian Jiwa (Innuendo), Kasih Berubah (Ferhad), Tiada Yang Kedua (Khafi), Pantun (Zainalabidin) dan Selamanya (Anggun).

Melengkapkan album runut bunyi ini lagu Cinta, kolaborasi mantap Misha Omar dan Jaclyn Victor. Lagu nyanyian asal penyanyi popular Indonesia, Kris Dayanti dan Melly Goeslaw disusun semula Naikong disampaikan dengan gaya tersendiri oleh kedua-dua penyanyi itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2006 08:27 PM | Show all posts
WAA. ..

X SBR NYE NK DPTKAN ...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2006 08:35 AM | Show all posts

Tulah.... apa yang diorang tunggu pun aku tak tau
Kat tv dah rancak dah promo
Patutnya dah keluar dah OST Cinta ni :geram:

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2006 02:17 PM | Show all posts
Originally posted by whoababy at 30-11-2006 02:24 PM
Suara Anuar Zain semarakkan Cinta

Bait puitis lirik lagu Perpisahan ciptaan Pacai mampu beri mesej berkesan

MENGHAYATI bait puitis lewat lagu Perpisahan nyanyian Anuar Zain menyentap perasaan ...



keraguannnnnnn ini bukanlah padamuuuuuu perasaannnn hati masih rindu....
kekalutannnnn ini hanyalah untukmuuuuuu tercari-cari bayanganmu

sedap nya laguuuu ni
Reply

Use magic Report

Minah_Flunxy This user has been deleted
Post time 2-12-2006 02:51 AM | Show all posts
i akan uploadkan bila original soundtrack nie di releasekan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2006 10:49 PM | Show all posts
OST Cinta dah ade di pasaran
Speedy & Tower Records dah ade, kedai2 muzik yg lain tak pasti la..
rm29.90

lagu2 & artis yg summer perasan
Anuar Zain- perpisahan
Andy -sewaktu dahulu
V.E- ikhlas tp jauh
Misha & Jac- Cinta
Khafi- tiada yg ke2
Zainal Abidin - Pantun
Anggun
Same2 & Jac

[ Last edited by  summer_snow at 3-12-2006 10:55 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2006 11:09 PM | Show all posts

Reply #9 summer_snow's post

:clap: harus di beli
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2006 11:55 PM | Show all posts
perlulahkan lagu khafi tu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 12:03 AM | Show all posts

Reply #11 KoSe's post

baru prasan.. nak tompang name gak.. faizal bodek2 hekhek..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 12:09 AM | Show all posts
Perpisahan
Anuar Zain


Ku mengerti perpisahan ini
Bukan kerana kau membenci
Tapi kasih yang pernah ku beri
Tiada lagi bersama

Sering kala aku terlihatkan mu
Impian nan indah julang bahagia

Ku harungi hari demi hari
Bersama wajah tak mungkin akan kembali
Tapi hati masih tak terima
Ditinggalkan sengsara

Keraguan ini bukanlah padamu
Perasaan hati masih rindu
Kekalutan ini hanyalah untukku
Tercari-cari bayanganmu

Tak sanggup aku kehilangan
Kehilanganmu
Oh...oh.....
Yea...yea.....

Masih tercari-cari
Keraguan ini bukanlah padamu
Masih tercari-cari bayanganmu
Tak sanggup aku kehilanganmu
Reply

Use magic Report

Minah_Flunxy This user has been deleted
Post time 5-12-2006 03:32 AM | Show all posts
i dah ada soundtrack nyer... P.M me! kalau nak download links nyer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2006 08:48 PM | Show all posts
Originally posted by KoSe at 3-12-2006 11:55 PM
perlulahkan lagu khafi tu...


TU LH PSL ...

TP LAGU KHAFI YG AKHIR TU LG USTAZ SUKE DR TIADA YG KE-2 NI ...

DIORANG NI PUN BUKANNYA FEMES ...

LAGU DIORANG KT CARTA TU PUN NASIB JE ..

TH-TH UNDI DIRI SENDIRI ...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2006 12:04 AM | Show all posts
Originally posted by houdini at 1-12-2006 08:35 AM

Tulah.... apa yang diorang tunggu pun aku tak tau
Kat tv dah rancak dah promo
Patutnya dah keluar dah OST Cinta ni :geram:



mesti aDA sbb kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2006 04:49 PM | Show all posts
aku suke lagu pantun - zainal abidin je, yg scene awal2 kat kl sentral tuh
jadi tak berbaloi bagi aku nak beli, hehe
kebetulan jumpe lak blog mp3 yg bole donlod full album ost cinta nih :lol
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2006 04:57 PM | Show all posts
aku suke lagu, CINTA, PERPISAHAN, WITHOUT YOU, DENGAN LAGU ANGGUN TU :love:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2006 07:48 PM | Show all posts
KT CITE NI ADE KE LAGU KHAFI TU ?

SOWWII KALAU ADE. ..

TP USTAZ X PASAN PUN..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2006 06:14 AM | Show all posts
Album runut Cinta mencapai jualan cakera emas
Oleh Nor Fadzilah Baharudin

BELUM pun sebulan album runut Cinta-Original Motion Picture Soundtrack dipasarkan, ia sudah pun diulang cetak oleh Sony BMG.

Album itu mula berada di pasaran serentak dengan tayangan filem tersebut pada 30 November lalu.

Eksekutif Pemasaran Sony BMG, Nurul Ain Hassan memberitahu, sehingga hari ini penjualan album runut tersebut telah mencecah 10,000 unit.

揝ambutan album runut ini cukup memberangsangkan. Kami sendiri tidak menyangka ia akan mencapai jualan cakera emas,
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.069333 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list