CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

Olahraga

[Copy link]
Post time 14-3-2008 07:20 PM | Show all posts
Friday March 14, 2008


Hup Wei grateful for YTL Power sponsorship extension
By AFTAR SINGH


KUALA LUMPUR: High jumper Lee Hup Wei抯 bid to qualify for the Beijing Olympics received a huge boost when YTL Power Services Sdn Bhd decided to sponsor him for another year.

YTL will also continue sponsorship of triple jumper Ngew Sin Mei for the fourth year.
The sponsorship extension is timely for Hup Wei as his father and sole breadwinner, Lai Yap, died of cancer in February last year.

Hup Wei, who won the gold medal in the Asian Track and Field (ATF) meet last year and who has three sisters, welcomed the sponsorship, saying it would help alleviate his family抯 financial burden.

Contract extension: Triple jumper Ngew Sin Mei and high jumper Lee Hup Wei sharing a light moment with YTL Power Services Sdn Bhd managing director Harald E. Burchardt after their sponsorship signing ceremony yesterday.


YTL Power Services managing director Harald E. Burchardt said he was impressed with Hup Wei and Sin Mei抯 achievements last year.

揌up Wei surprised everyone by winning the gold in the ATF Championships in Jordan by equalling the national record of 2.24m. It was the first time that a field athlete had won a gold in the meet,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2008 08:46 AM | Show all posts

2008/03/20
Top class exposure for Roslinda, Yufang


By : Devinder Singh



(from left)Roslinda Samsu and Yuan Yufang


OLYMPIC qualifiers Roslinda Samsu and Yuan Yufang can look forward to more overseas competition in the next four months as no expense will be spared in their preparation for Beijing.

Pole vaulter Roslinda, who has only competed indoors this year, is set to open her outdoor campaign at the Thailand Open on April 26-29.

Roslinda, 26, is then scheduled to compete in the China Open (May 22-25) and Kazakhstan Open (June 8-9) as she gears to peak in Beijing in August in what would be her maiden Olympic appearance.

Roslinda, who qualified for Beijing under category B, posted her best effort in six months when she won the Taiwan International Pole Vault Invitational last week clearing 4.23m. It marked an improvement on the 4.00m she posted to win the Sea Games gold in Korat and the 4.10m which earned her silver at the Asian Indoor Championships in Doha, Qatar in February.

Roslinda has now set an immediate target of reaching 4.45m to equal the category A mark and break her own national record of 4.40m before heading to the Olympics.

Yufang, who will be competing in the 20km walk in her third successive Olympic appearance, believes she is peaking at just the right moment.

The China-born athlete fell 23 seconds shy of her own national record when finishing fourth at the Asian Race Walking (20km) Championships in Nomi City, Japan on Sunday.

Yufang's time of one hour, 32 minutes and 48 seconds was more than enough to gain her an Olympic berth under category A, which made up for the disappointment of seeing her initial Olympic qualifying effort which she posted in October in Kunming, China not ratified by the Malaysian Amateur Athletic Union.

But there was not a doubt in Yufang's mind that she would make it to Beijing and she said it was only a matter of time before her national mark of 1:32:25 fell.

"I trained hard before and after the Sea Games and I was never worried about qualifying for Beijing," said 32-year-old Yufang.

"Although the time I clocked in Kunming was not recognised, I believed that I could do it again.

"Even qualifying under category A was not a surprise because I think I can still go faster, even below 1:32:00."

Yufang will likely return to Kunming to continue her high-altitude training before competing in the IAAF World Race Walking Cup in Cheboksary, Russia on May 10-11.


-------------------------------------------------------------------------------------

high competitive bagi yufang dalam walk race ni.. tapi kalau dia dapat top 5 pun satu
achievement..   although masa yang dia buat lately not as good as previous years -

let's hope athletics can bring at least a medal for malaysia contingent - we never know -
all the best to them all -
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 03:03 PM | Show all posts
Ajmal - bintang 110m berpagar dalam pembikinan
Oleh Azidan Nahar

Muhd Ajmal Aiman Mat Hasan

SKUAD olahraga negara pastinya tidak akan ketandusan pelari 110 meter berpagar selepas kemunculan Muhd Ajmal Aiman Mat Hasan (gambar) yang memecahkan rekod acara berkenaan pada Karnival Sukan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, petang semalam.

Pelari Terengganu itu mencatat 14.27 saat dalam kategori bawah 15 tahun lelaki untuk memadam rekod lama 14.54s milik Ismail Shafie dari Kedah yang dibuat pada 2005.

Larian pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil itu jauh mengatasi pelari tempat kedua, Firdaus Mat Anuar dari Perak yang merakam 14.83s manakala wakil Kelantan Mohd Baihaqi Razlan, meraih gangsa dengan catatan 14.90s.

Bagi Ajmal, kejayaannya itu mengubat kelukaan hanya meraih gangsa pada MSSM tahun lalu dan ia juga emas pertama buat dirinya selepas lima penampilan pada MSSM.

"Sebelum ini saya hanya mendapat perak dan gangsa, cuma kali ini saya berjaya melakukannya, ia amat menggembirakan" katanya.

Pada kejohanan edisi ke-50 ini, Ajmal mendapat prestasi terbaiknya apabila melakukan 14.60s pada saringan sebelah pagi semalam yang juga catatan peribadi terbaiknya sebelum meneruskan rentak lebih cemerlang pada final.

Dan tidak menghairankan, Ajmal mensasarkan empat emas pada penampilan kali ini kerana dia juga dijadualkan menyertai tiga lagi acara selepas ini.

"Selain 110m berpagar, tahun ini saya juga menyertai acara 200m berpagar, 200m pecut dan 4x100m. Saya harap boleh menang semuanya," katanya.

Sementara itu, Muhammad Faisal Zulkifli menjuarai acara 110m bawah 18 tahun walaupun demam dan mengalami kecederaan hamstring.

Pelari berasal dari Klang, Selangor itu melakukan 14.61s untuk pingat emas, emas keduanya dalam MSSM selepas memenangi emas acara 200m berpagar tahun lalu.

"Saya tak sangka boleh menang kerana saya baru pulih sedikit dari demam dan badan masih lesu. Ketika saringan, saya hanya berkedudukan ketiga dengan catatan 15.10s.

"Saya juga mengalami kecederaan hamstring dalam saringan 4x100m dan terpaksa menarik diri, nasib baik saya boleh melakukannya dalam acara berpagar," kata pelajar berusia 16 tahun itu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 03:04 PM | Show all posts
Nursheena, Nurliyana garang
Masing-masing ungguli acara 100m berpagar dan lompat tinggi Kejohanan MSSM

ATLIT wanita remaja kebangsaan terus mempamer aksi terbaik dengan Raja Nursheena Raja Azhar dan Nurliyana Kamaruddin masing-masing meraih emas pada Karnival Sukan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, semalam.

Nursheena muncul juara dalam acara 100 meter berpagar manakala Nurliyana mengesahkan dia adalah antara pelompat tinggi wanita terbaik negara ketika ini apabila meraih emas dengan mudah dengan catatan 1.69m.

Kedua-dua atlit itu masih segar daripada pencapaian terbaik pada Kejohanan Remaja Wanita Antarabangsa di Jordan awal bulan ini dengan Nurliyana meraih emas manakala perak buat Nursheena.

"Tahun lalu saya menang emas dan saya melakukannya sekali lagi kali ini tetapi saya tidak puas hati kerana catatan itu jauh dari rekod peribadi saya," kata Nurliyana.

Atlit kelahiran Jempol, Negeri Sembilan itu gagal memecah rekod kejohanan 1.71m milik Wong Boon Syian walaupun memiliki catatan terbaik 1.75m.

Atlit yang mewakili negara ke Sukan Sea Korat, tahun lalu itu menjelaskan harapannya kini untuk cuba meraih emas pada Sukan Malaysia (Sukma) di Terengganu selepas hanya meraih perak di Kedah, dua tahun lalu.

Bagi Nursheena pula, kejayaan meraih emas dengan catatan 14.81s itu adalah yang kedua berturut-turut buat dirinya namun ia masih jauh dari catatan peribadinya 14.52s yang dicipta pada Kejohanan Olahraga Tertutup Kebangsaan di Perlis tahun lalu.

Ketika itu dia tewas untuk pingat perak kepada seorang lagi atlit kebangsaan sedang meningkat, Azizah Ibrahim.

"Ketika final tadi (semalam) saya tidak menoleh ke kiri dan kanan, saya hanya teruskan pecutan ke penamat," kata atlit berusia 17 tahun dari Kajang, Selangor itu.
"Saya memang sasarkan untuk menang acara ini saja, acara 100m pecut saya tidak layak ke final."

Sama seperti Nurliyana, Nursheena berazam untuk cuba meraih emas pada Sukma nanti selepas gagal meraih sebarang pingat di Kedah, dua tahun lalu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2008 06:49 AM | Show all posts
Enam rekod kejohanan diperbaharui



VADIVELLAN (tengah) buktikan kehebatan dengan menguasai
acara 1,500m pada Kejohanan Olahraga Remaja Terbuka Perak
2008 di Ipoh semalam.

ENAM rekod berjaya diperbaharui pada Kejohanan Olahraga Remaja Terbuka Perak 2008 di Stadium Perak, Ipoh semalam.
Pelari remaja kebangsaan, M. Vadivellan dari Perak berjaya mencipta rekod baru kejohanan apabila menjuarai acara 1,500 meter.

Vadivellan mencatat masa 3 minit dan 53.3 saat bagi memadamkan catatan 3:57.0s yang dilakukannya pada tahun 2005.
Rakan sepasukan Vadivellan, Amran Raj pula berjaya memecahkan rekod acara 400m selepas mencatat masa 48.3s.
Atlet Negeri Sembilan, Soon Jie Zhang berjaya mencipta rekod baru dalam acara baling tukul besi lelaki dengan catatan 28.65m.

Mior Fadly Mior Jaafar memegang rekod tersebut selepas mencatat 26.46 pada tahun 2006.

Kuartet lelaki Perak yang diwakili K. Vijendran, Norazizi Ariffin, R. Yogeswaran dan A. Rehvan turut cemerlang apabila memperbaharui rekod kejohanan dalam acara 4x100m dengan catatan masa 43.5s.

Sementara itu, Teng Wei Si mencipta rekod baru dalam acara merejam lembing wanita selepas mencatat 33.34m.
Rekod lama acara itu dipegang Siti Norshariza yang merekodkan 31.81m pada tahun 2006.

Kuartet wanita Perak, Fatin Nadiah Ahmad Suhaimi, Nurul Eftihah Md. Kassim, Ong Pei Si dan Komalam Shally melengkapkan hari gemilang tuan rumah apabila mencatat rekod baru acara 4x100m selepas mencatat masa 51s.

Kejohanan ini diadakan bagi menguji kemampuan atlet olahraga Perak yang akan bertanding pada Sukan Malaysia (Sukma) XII di Terengganu hujung bulan ini.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2008 10:34 AM | Show all posts
Bolt ungguli acara 100m

KINGSTON: Usain Bolt mencatat masa terpantas 9.76 saat - kedua terpantas dalam sejarah - untuk memenangi acara 100 meter ketika Kejohanan Olahraga Jemputan Jamaica, kelmarin.

Pelari tuan rumah itu, yang dipaksa bermula sebanyak tiga kali selepas dua permulaan dibatalkan- mendahului sejak mula untuk menundukkan pelari Amerika Syarikat, Wallace Spearmon - pemenang pingat perak kejohanan dunia - yang mencatat kepantasan 10.08 saat.

Bolt, yang dibantu kelajuan angin 1.8 meter sesaat - tidak melebihi had 2 meter sesaat yang dibenarkan - mengakui dia terkejut dengan catatan masa itu.

揝aya memang terkejut apabila melihatkan masa itu,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2008 05:29 PM | Show all posts
Bulgaria ujian pertama Zaiful
Oleh Meor Hisham Zulkifli
PROGRAM latihan yang terperinci disediakan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) untuk pelari 400 meter negara, Zaiful Zainal Abidin, bagi membolehkannya berlatih dan menyertai pertandingan di Eropah dan Asia bagi mencari catatan terbaik untuk ke Sukan Olimpik.

Timbalan Presiden KOAM, Karim Ibrahim, berkata menerusi pelan yang disusun jurulatih Vladimir Hritov Semeonov, kesatuan itu akan menghantar Zaiful menyertai misi jelajah antara satu pertandingan ke pertandingan lain bermula di Bulgaria pada 14 Mei ini.

揇i Bulgaria, dia akan menyertai Kejohanan Antarabangsa Bulgaria pada 17 Mei sebelum berlepas ke Greece, dan Jerman untuk menyertai pertandingan di sana pada hujung bulan.

揝elepas itu dia akan menyertai beberapa pertandingan di Asia sebelum pulang bagi menghadapi Terbuka Malaysia pada awal Julai yang juga kejohanan terakhir bagi kelayakan ke Olimpik,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 07:00 AM | Show all posts
Lompatan Olimpik Hup Wei di China


HUP WEI lakar sejarah tersendiri apabila mengesahkan
tiket ke Sukan Olimpik di Beijing.


ATLET lompat tinggi, Lee Hup Wei memenangi pingat emas pada Kejohanan Olahraga Terbuka China di Stadium Olimpik baru di Beijing semalam
.

Bukan setakat menang emas, tetapi lompatannya, 2.27m menjadi rekod baru kebangsaan sekali gus melayakkannya ke Sukan Olimpik Beijing Ogos depan.

Hup Wei, yang melepasi lompatan yang menyamai rekod kebangsaan 2.24m oleh Loo Kum Zee sejak 1995 dalam laluannya memenangi pingat emas di Kejohanan Trek dan Padang Asia di Amman, Jordan tahun lepas, menumpaskan atlet China bagi melayakkannya ke Sukan Olimpik di bawah Kategori B.


Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia, (KOAM) Karim Ibrahim berkata ia merupakan suntikan semangat baru buat karier Hup Wei sejak muncul dalam arena olahraga selepas Kum Zee mengumumkan persaraannya selepas Sukan SEA 2003 di Vietnam.

"Kejayaan melepasi 2.27m adalah persembahan yang cukup baik dan kami di KOAM amat gembira dengan kehebatannya, dan saya pasti seluruh pasukan yang kini berada di China turut gembira dengan pencapaian itu," kata Karim semalam.

Atlet China, Wang Chen menduduki tempat kedua dengan melepasi ketinggian 2.24m manakala tempat ketiga menjadi milik Zhao Kuansong, juga dari China dengan ketinggian 2.20m.

Sementara itu Karim berkata, dia juga dimaklumkan oleh pengurus pasukan ke kejohanan itu, R. Annamalai bahawa pemenang pingat emas acara lompat bergalah Piala Asia, Roslinda Samsu gagal dalam tiga cubaannya, manakala pemenang pingat perak Sukan SEA Korat tahun lepas dalam acara 1,500m, G. Vadivellan memutuskan untuk tidak meneruskan larian selepas mengharungi jarak sejauh 600 meter. - Bernama

----------------------------------------------------------------------------------------------------

tahniah hup wei -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2008 12:41 PM | Show all posts

Usain Bolt pemegang rekod baru dunia 100m lelaki

1 Usain Bolt                   JAM                       9.72   1.7 RT:0.157
2 Tyson Gay                  USA                       9.85   1.7 RT:0.154
3 Darvis Patton              USA                      10.07   1.7 RT:0.148
4 Mike Rodgers              USA                      10.11   1.7 RT:0.176
5 Daniel Bailey               ANT                      10.12   1.7 RT:0.152
6 Shawn Crawford         USA                      10.13   1.7 RT:0.173
7 Leroy Dixon                USA                      10.24   1.7 RT:0.165
8 Rae Edwards              USA                      10.33   1.7 RT:0.170

http://www.reebokgrandprix.com/index.php?page=events-results

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2008 01:22 PM | Show all posts

Fakta - fakta menarik tentang Usain Bolt

1.Pakar acara 200m dan baru berjinak - jinak dalam acara 100m.
2. Pemenang pingat perak 200m lelaki di belakang Tyson Gay di kejohanan dunia di Osaka tahun lepas.
3. Menewaskan Tyson Gay ketika meraih gelaran raja pecut dunia, 9.72 saat.
4. Penyertaan kelimanya (kalau x silap hamba) di kejohanan antarabangsa dalam acara 100m ketika memecah rekod dunia.
5. Hanya mempunyai 2 rekod di bawah 10 saat (9.76, 9.92) sebelum memecahkan rekod dunia.
6. Juga pemegang rekod kebangsaan jamaica 200m - 19.75 saat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2008 12:12 AM | Show all posts

Buruan AS$1 juta bermula di Berlin, German.

1 dari 6 siri kejohanan liga emas sudah berlangsung di Berlin, German.

Acara yang melibatkan buruan wang tunai AS$1 juta dan senarai pemenangnya:

Lelaki
100m - Nesta Carter             JAM     10.08s
400m - LaShawn Merritt   USA          44.03s       
1500m - Augustine Kiprono Choge          KEN          3:31.57s       
400mH - Bershawn Jackson          USA          48.73s
Lompat Jauh - Hussein Taher Al-Sabee          KSA          8.21m  
Lontaran Javelin - Tero Pitk鋗鋕i          FIN          85.20m

Wanita
200m - Sherone Simpson          JAM          22.43s
800m - Pamela Jelimo          KEN          1:54.99s
100mH - Josephine Onyia          ESP          12.50s
Lompat Tinggi - Blanka Vla歩c          CRO          2.03m
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2008 02:24 AM | Show all posts
9.72 saat rekod baru dunia 100m ciptaan Bolt


JAGOAN: Usain Bolt melutut di sisi papan masa
elektronik yang mencatatkan 9.72s pada Kejohanan
Olahraga GP Reebok di New York, semalam.


NEW YORK: Jaguh Jamaica, Usain Bolt mencatatkan rekod dunia pecut 100 meter dengan catatan 9.72 saat kelmarin, menggamatkan kejohanan olahraga Grand Prix Reebok.

Pelari berusia 21 tahun itu memadam rekod terdahulu iaitu 9.74s yang dicatatkan rakan senegara, Asafa Powell di Rieti, Itali pada 9 September 2007.

Dengan tahap kelajuan angin sekitar 1.7m/s, Bolt menyudahkan lariannya di depan juara dunia 100m dan 200m, Tyson Gay dari Amerika Syarikat (9.85s) dan seorang lagi peserta Amerika, Darvis Patton (10.07s).

Pada saingan yang sebelum itu menyaksikan ribut petir dan kilat hingga menyebabkan perlumbaan ditunda lebih 45 minit, Bolt nyata mencetuskan lagi gempita malam berkenaan dengan rekod terbarunya itu.

Jaguh Jamaica yang mempunyai ketinggian 1.95m itu serta merta menjadi tumpuan ketika musim kejohanan olahraga bermula menjelang saingan Olimpik Beijing Ogos depan, dengan Gay, Powell dan ramai lagi jaguh pecut, berusaha merebut tempat serta memburu pingat temasya terbesar dunia itu.

揜ekod dunia ini tidak memberi sebarang makna kecuali saya meraih emas di Olimpik atau menang di Kejohanan Dunia,
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2008 10:14 AM | Show all posts

Tinggal 5 atlit berpeluang merebut AS$1 juta

Siri ke 2 kejohanan liga emas telah berlangsung di Oslo, Norway. Setelah 2 siri berakhir, hanya ada 5 atlit yang masih berpeluang untuk merebut AS$1 juta.

Lelaki

400mH - Bershawn Jackson          USA          48.15s
Lompat Jauh - Hussein Taher Al-Sabee          KSA          8.19m

Wanita

800m - Pamela Jelimo          KEN          1:55.41s
100mH - Josephine Onyia          ESP          12.59s
Lompat Tinggi - Blanka Vla歩c          CRO          2.04m
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2008 11:32 AM | Show all posts

Rekod 110m berhalangan Lui Xiang lebur di Ostrava

Pelari Cuba, Dayron Robles telah berjaya meleburkan rekod dunia 12.88 saat kepunyaan Lui Xiang ketika menjuarai kejohanan olahraga (Zlata Tetra - Golden Spike) 110m berhalangan yang berlangsung di Ostrava, Republik Czech. Catatan Dayron Robles adalah 0.01 saat lebih pantas dari catatan peribadi Lui dengan catatan 12.87 saat.

Dengan kemenangannya ini, Dayron Robles telah mengesahkan status dirinya sebagai pencabar dan seterusnya penghalang Lui Xiang untuk memenangi pingat emas olimpik beijing keduanya berturut-turut selepas dia melakukannya di Olimpik Athens, Greece 2004.

1 Dayron Robles           CUB          12.87         
2 Terrence Trammell   USA    13.21        
3 Sergiy Demidyuk      UKR     13.42        
4 Jeff Porter                    USA            13.47        
5 Petr Svoboda                 CZE         13.48        
6 Thomas Blaschek      GER    13.49        
7 Stanislav Sajdok          CZE          13.53        
8 David Payne                  USA          13.64        

http://www.iaaf.org/gp08/results ... de=110H/result.html
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2008 12:56 PM | Show all posts

Ramalan pencabar untuk memenangi emas Olimpik di Beijing.

Tinggal lebih kurang 2 bulan lagi Olimpik Beijing akan berlangsung. Ada bebrapa nama atlit yang diramal akan memberi saingan untuk memenangi emas Olimpik dalam beberapa acara olahraga.

Untuk para peminat dan pemerhati sukan olahraga, jom mari kita buat ramalan atlit yang bakal memenangi emas Olimpik di Beijing.

Di bawah saya senaraikan ramalan untuk beberapa acara pilihan. Ramalan akan dikemaskinikan dari masa ke semasa tergantung pada kecergasan dan prestasi semasa atlit sebelum bermulanya Olimpik

100m lelaki
Usain Bolt - pemegang rekod dunia 9.72 saat.
Tyson Gay - pemenang 3 pingat emas kejohanan dunia 2007 (100m, 200m dan 4x100m), catatan terbaik peribadi 9.84 saat.
Asafa Powell - bekas pemegang rekod dunia 9.74 saat, pemenang pingat gangsa 100m di kejohanan dunia 2007
Derrick Atkins - pemenang pingat perak 100m di kejohanan dunia 2007, catatan terbaik peribadi 9.91 saat.

atlit yang akan menang: Usain Bolt
atlit yang sepatutnya menang: Usain Bolt
atlit yang mungkin menang: Tyson Gay (mampu menyinar di kejohanan besar)
atlit pilihan saya untuk menang: Usain Bolt


100m wanita
Veronica Campbell-Brown - pemenang pingat emas 100m di kejohanan dunia 2007,catatan terbaik peribadi 10.85 saat.
Yulia Nestsiarenka - juara bertahan, catatan terbaik peribadi 10.92 saat.
Lauryn Williams - pingat emas 100m di kejohanan dunia 2005, pingat perak 100m  Olimpik Athens 2004 dan di kejohanan dunia 2007, catatan terbaik peribadi 10.88 saat.   
Torri Edwards - pingat emas 100m di kejohanan dunia 2003, catatan terbaik peribadi 10.90 saat.
Sherone Simpson - pemegang masa terpantas di dunia untuk tahun 2006 dan juga catatan terbaik peribadinya, 10.82 saat.
Allyson felix - pemenang 3 pingat emas kejohanan dunia 2007 (200m,4x100m dan 4x400m), catatan terbaik peribadi 10.93 saat.

atlit yang akan menang: Veronica Campbell-Brown (mempunyai catatan terpantas 100m musim ini, 10.88 saat)
atlit yang sepatutnya menang: Sherone Simpson (mempunyai catatan terbaik peribadi terpantas diantara atlit yang disenaraikan di atas)
atlit yang mungkin menang: Lauryn Williams (mampu menyinar di kejohanan besar)
atlit pilihan saya untuk menang: Allyson felix (atlit yang mempunyai harapan untuk mencipta sejarah memenangi 4 pingat emas Olimpik)

[ Last edited by  orgjauh at 18-6-2008 10:50 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2008 02:07 PM | Show all posts
200m lelaki
Tyson Gay - pemegang rekod ke 2 terpantas di dunia 19.62 saat selepas rekod dunia Michael Johnson 19.32 saat, pemenang pingat emas 200m di kejohanan dunia 2007.
Usain Bolt - pemenang pingat perak 200m di kejohanan dunia 2007, catatan terbaik peribadi 19.75 saat.
Wallace Spearmon - pemenang pingat gangsa 200m di kejohanan dunia 2007, catatan terbaik peribadi 19.65 saat.

atlit yang akan menang: Tyson Gay
atlit yang sepatutnya menang: Tyson Gay
atlit yang mungkin menang: Usain Bolt
atlit pilihan saya untuk menang: Tyson Gay

200m wanita
Allyson Felix - pemenang pingat emas 200m di kejohanan dunia 2005 & 2007, pingat perak Olimpik Athens 2004, catatan terbaik peribadi 21.81 saat.
Veronica Campbell-Brown - juara bertahan, pingat perak di kejohanan dunia 2007, catatan terbaik peribadi 22.05 saat.
Muna Lee - melakukan catatan 21.91 saat musim ini dengan bantuan angin, catatan terbaik peribadi 22.30 saat.

atlit yang akan menang: Allyson Felix
atlit yang sepatutnya menang: Allyson Felix
atlit yang mungkin menang: Veronica Campbell-Brown
atlit pilihan saya untuk menang: Allyson Felix
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2008 02:43 PM | Show all posts
400m lelaki
Jeremy Wariner - juara bertahan, pemenang pingat emas 400m kejohanan dunia 2005 & 2007, catatan terbaik peribadi 43.45 saat.
LaShawn Merritt -  pemenang pingat perak 400m kejohanan dunia 2007, catatan terbaik peribadi 43.96 saat.

atlit yang akan menang: Jeremy Wariner
atlit yang sepatutnya menang: Jeremy Wariner
atlit yang mungkin menang: LaShawn Merritt (pelari yang mengalahkan Jeremy Wariner dalam acara 400m buat kali pertama musim ini).
atlit pilihan saya untuk menang: Jeremy Wariner



400m wanita
Sanya Richards - pemenang pingat perak di kejohanan dunia 2005, pemegang masa terpantas di dunia acara 400m untuk tahun 2005, 2006 dan 2007, catatan terbaik peribadi 48.70 saat.
Novlene Williams - pemenang pingat gangsa di kejohanan dunia 2007, catatan terbaik peribadi 49.63 saat.


atlit yang akan menang: Sanya Richards
atlit yang sepatutnya menang: Sanya Richards
atlit yang mungkin menang: Sanya Richards
atlit pilihan saya untuk menang: Sanya Richards
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2008 03:23 PM | Show all posts
800m lelaki
atlit yang akan menang: Abubaker Kaki Khamis (mempunyai catatan terpantas 800m musim ini, 1:42.69 saat)
atlit yang sepatutnya menang: -
atlit yang mungkin menang: Yuriy Borzakovskiy (juara bertahan)
atlit pilihan saya untuk menang: -


800m wanita
atlit yang akan menang: Pamela Jelimo (mempunyai catatan terpantas 800m musim ini, 1:54.99 saat)
atlit yang sepatutnya menang: Pamela Jelimo
atlit yang mungkin menang: Janeth Jepkosgei (pemenang pingat emas di kejohanan dunia 2007)
atlit pilihan saya untuk menang: Pamela Jelimo
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2008 07:05 PM | Show all posts
100m berpagar lelaki
Dayron Robles - pemegang rekod dunia 12.87 saat.
Xiang Liu - juara bertahan, pemenang pingat emas 110m berpagar di kejohanan dunia 2007, pemenang pingat emas 60m berpagar di kejohanan dunia dalam dewan 2008, catatan terbaik peribadi 12.88 saat.
Terrence Trammell - pemenang pingat emas 60m berpagar di kejohanan dunia dalam dewan 2001 & 2006, pemenang pingat perak 110m berpagar Olimpik 2000 & 2004 dan di kejohanan dunia 2003 & 2007, catatan terbaik peribadi 12.95 saat.
David Oliver - melakukan catatan 12.95 saat musim ini.


atlit yang akan menang: Dayron Robles (pemegang rekod dunia)
atlit yang sepatutnya menang: Xiang Liu (atlit harapan cina untuk merangkul emas dalam acara olahraga)
atlit yang mungkin menang: Xiang Liu
atlit pilihan saya untuk menang: Xiang Liu




100m berpagar wanita
Joanna Hayes - juara bertahan, catatan terbaik peribadi 12.37 saat.
Perry Michelle - pemenang pingat emas 100m berpagar di kejohanan dunia 2005 & 2007, catatan terbaik peribadi 12.43 saat.
Cherry Damu -  melakukan catatan 12.47 saat musim ini, catatan terbaik peribadi 12.44 saat.
Josephine Onyia - melakukan catatan 12.50 saat musim ini.

atlit yang akan menang: Josephine Onyia
atlit yang sepatutnya menang: -
atlit yang mungkin menang: Joanna Hayes (juara bertahan)
atlit pilihan saya untuk menang: Josephine Onyia
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2008 07:34 PM | Show all posts
Lompat Jauh lelaki
atlit yang akan menang: Irving Saladino (pemenang pingat emas lompat jauh di kejohanan dunia 2007, membuat lompatan terjauh musim ini yang juga lompatan terbaik peribadinya - 8.73m)
atlit yang sepatutnya menang: Irving Saladino
atlit yang mungkin menang: Irving Saladino
atlit pilihan saya untuk menang: Irving Saladino



Lompat Jauh wanita
atlit yang akan menang: -
atlit yang sepatutnya menang: Tatyana Kotova (pemenang pingat emas lompat jauh di kejohanan dunia dalam dewan 1999, 2003 & 2006, pingat perak di kejohanan dunia 2003 & 2005, pingat gangsa Olimpik 2000 & 2004 dan di kejohanan dunia 2007)
atlit yang mungkin menang: -
atlit pilihan saya untuk menang: Tatyana Kotova

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.100737 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list