CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

Olahraga

[Copy link]
Post time 14-6-2008 07:40 PM | Show all posts
Lompat tinggi lelaki
atlit yang akan menang: -
atlit yang sepatutnya menang: -
atlit yang mungkin menang: -
atlit pilihan saya untuk menang: -


Lompat tinggi wanita
atlit yang akan menang: Blanka Vla歩c (pemenang pingat emas lompat tinggi di kejohanan dunia 2007, melakukan lompatan tertinggi musim ini - 2.05m)
atlit yang sepatutnya menang: Blanka Vla歩c
atlit yang mungkin menang: Blanka Vla歩c
atlit pilihan saya untuk menang: Blanka Vla歩c
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2008 07:48 PM | Show all posts
Lompat bergalah lelaki
atlit yang akan menang: -
atlit yang sepatutnya menang: -
atlit yang mungkin menang: -
atlit pilihan saya untuk menang: -



Lompat bergalah wanita
atlit yang akan menang: Yelena Isinbaeva (pemegang rekod dunia 5.01m, juara bertahan, pingat emas di kejohanan dunia 2005 & 2007)
atlit yang sepatutnya menang: Yelena Isinbaeva
atlit yang mungkin menang: Jennifer Stuczynski (melakukan lompatan terbaik musim ini, 4.90)
atlit pilihan saya untuk menang: Yelena Isinbaeva
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2008 10:44 AM | Show all posts

World leading 10.88 for Campbell-Brown in Clermont

World 100m champion Veronica Campbell-Brown sped to a world-leading 10.88 at a warm up meeting in Clermont, Florida on Saturday (14 June).

http://www.iaaf.org/news/kind=100/newsid=45321.html

Peluang untuk Veronica menang emas Olimpik makin cerah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2008 01:01 PM | Show all posts

Pemilihan atlit USA untuk Olimpik Beijing (Jun. 27 - Jul. 6)

Dari Jun. 27 - Julai. 6 akan berlangsungnya 'U.S. Olympic Trials' di Hayward Field, University of Oregon - Eugene, Ore. Seperti yang sedia kita maklum, USA banyak melahirkan atlit olahraga yang bertaraf dunia dan 'U.S. Olympic Trials' adalah medan penting bagi atlit Amerika merebut peluang untuk beraksi di Olimpik.

Untuk pengetahuan, sistem pemilihan atlit Amerika ke Olimpik adalah sangat ketat. Hanya atlit yang meraih posisi tiga terbaik di acara akhir di 'U.S. Olympic Trials' untuk kesemua acara belapan dan padang berpeluang mewakili Amerika Syarikat ke Beijing. Bagi atlit Amerika, 'U.S. Olympic Trials' adalah Olimpik sebenar mereka. Peluang untuk mewakili USA bagi atlit yang gagal meraih kedudukan 3 terbaik hanya akan hadir sekiranya 3 atlit terbaik mengalami masalah kecederaan sebelum bermulanya Olimpik.

Pengalaman yang memeritkan gagal untuk beraksi di Kejohanan Dunia 2007 yang berlangsung di Osaka, Jepun pernah dialami oleh pelari pecut Sanya Richards, pelari terbaik dunia acara 400m wanita (musim 2005 - 2007), selepas gagal untuk menempatkan diri dikelompok 3 terbaik ketika pemilihan berlangsung. Beliau yang baru sahaja pulih dari masalah kesihatan ketika itu hanya menduduki posisi ke 4 di acara akhir 400m wanita.

Sama-sama kita tunggu siapakah yang akan mewakili Amerika Syarikat ke Olimpik dalam acara olahraga.

[ Last edited by  orgjauh at 20-6-2008 01:23 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2008 01:20 PM | Show all posts

Olympic Trials Predictions - Women

100
1. Marshavet Hooker
2. Torri Edwards
3. Allyson Felix

200
1. Allyson Felix
2. Muna Lee
3. Bianca Knight

400
1. Sanya Richards
2. Mary Wineberg
3. Natasha Hastings

800
1. Alice Schmidt
2. Alysia Johnson
3. Shannon Rowbury

1500
1. Shannon Rowbury
2. Erin Donohue
3. Christin Wurth Thomas

Steeple
1. Jenny Barringer
2. Anna Willard
3. Lisa Galaviz

5000
1. Shalane Flanagan
2. Jen Rhines
3. Lauren Fleshman

10000
1. Kara Goucher
2. Jen Rhines
3. Shalane Flanagan

100 Hurdles
1. Joanna Hayes
2. Lolo Jones
3. Virginia Powell

400 Hurdles
1. Lashinda Demus
2. Tiffany Williams
3. Nicole Leach

High Jump
1. Amy Acuff
2. Gwen Wentland
3. Chaunte Howard

Pole Vault
1. Jenn Stuczynski
2. Jillian Swartz
3. April Steiner

Long Jump
1. Brittney Reese
2. Grace Upshaw
3. Akiba McKinney

Triple Jump
1. Erica McLain
2. Shani Marks
3. Yvette Lewis

Shot
1. Michelle Carter
2. Kristin Heaston
3. Jessica Pressley

Discus
1. Suzi Powell
2. Becky Breisch
3. Aretha Thurman

Hammer
1. Amber Campbell
2. Brittany Riley
3. Bethany Hart

Javelin
1. Kim Kreiner
2. Dana Pounds
3. Rachel Yurkovich

Decathlon
1. Jackie Johnson
2. Diana Pickler
3. Julie Pickler

http://hellenicathletes.com/news.php?news_id=443&page=1

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2008 06:33 PM | Show all posts
Roslinda berguru di Eropah
Oleh Azidan Nahar
TIGA kejohanan terakhir dilalui tanpa sebarang catatan membanggakan, malah dua daripadanya langsung gagal melakukan sebarang lompatan. Kini, ratu lompat bergalah negara, Roslinda Samsu beralih arah ke Eropah dalam usaha mempertingkatkan prestasinya ketika Sukan Olimpik Beijing makin kuat mencengkam mindanya.

Daripada lima kejohanan utama disertainya tahun ini, Roslinda gagal melakukan sebarang lompatan pada Kejohanan Terbuka Beijing dan Terbuka Taiwan bulan lalu selain masalah galah menyebabkan dia tidak dapat beraksi langsung pada Kejohanan Dalam Dewan Dunia di Valencia pada Mac.

Catatan terbaik ialah 4.23 meter pada Kejohanan Lompat Bergalah Antarabangsa Taiwan, awal bulan lalu yang juga catatan terbaiknya pada musim ini.

"Memang saya gagal mendapat prestasi terbaik kebelakangan ini, sukan lompat bergalah ini lain sedikit kerana jika kita tidak mendapat rentak, kita tidak boleh melakukannya dengan baik," kata Roslinda.

Dia yang ditemui bersama jaguh jalan kaki, Yuan Yufang pada sidang media di Majlis Sukan Negara (MSN), semalam menjelaskan ada beberapa kejohanan seperti di Terbuka Taiwan, dia menerima gangguan menyebabkan dia tidak mencapai prestasi diharapkan.

"Mereka seperti mahu kita gembira di sana, jadual tidak tentu, kadang-kadang ketika kita hendak memanaskan badan dia minta kita berhenti kerana ada acara penyampaian hadiah.

"Ada juga kejohanan seperti di Beijing saya tidak mendapat larian yang betul ketika hendak melompat menyebabkan saya gagal," katanya yang masih belum merealisasikan impian melakukan 4.45m untuk layak menerusi Kategori A ke Olimpik.

Atlit berusia 26 tahun itu ke Sepanyol, malam semalam untuk menyertai latihan dan kejohanan selama sebulan di sana bersama jurulatihnya Gennady Potapovich dan akan pulang ke tanah air hujung Julai ini dan terus ke Beijing.

Di Sepanyol, Roslinda dijadualkan menyertai lima kejohanan bertaraf dunia dengan harapan dia akan berjaya menemui semula sentuhan terbaiknya iaitu lompatan setinggi 4.40m yang juga rekod kebangsaan miliknya yang dilakukan pada 2006 di Mataro, Sepanyol."

Atlit berasal dari Kuala Nerang, Kedah itu menjelaskan dia akan menyertai lima kejohanan di Andorra, Salamanca, Avila dan Alacante sebelum menyertai kejohanan di sebuah pulau di sana.

"Saya akan cuba mencari semula lompatan terbaik saya kerana pada 2006 dulu pun saya memerlukan lapan kejohanan di Eropah sebelum berjaya melakukan 4.40m," katanya.




aku bajet dia tak dapat masuk kategori A kat olympic ni... teruk sgt dia nyer performance tuh  

[ Last edited by  amazed at 25-6-2008 06:34 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2008 11:47 PM | Show all posts
25 Jun, 2008  

Atlet Botswana Meriahkan Kejohanan Praolimpik MAAU

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Atlet Botswana yang akan menyertai Olimpik Beijing, dijangka menjadi daya tarikan utama pada Kejohanan Olahraga PraOlimpik MAAU pada 4-5 Julai di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Skuad Botswana itu mengandungi ramai pelari hebat bagi acara 200m dan 400m lelaki.

Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (MAAU) Karim Ibrahim berkata Botswana adalah antara lapan negara yang mengesahkan penyertaan pada kejohanan itu.

Selain Botswana, negara yang mengesahkan penyertaan mereka ialah India, Thailand, Taiwan, Singapura, Filipina, Brunei dan Laos, manakala Iran, Korea, Arab Saudi dan Qatar belum berbuat demikian.

"Kejohanan PraOlimpik ini medan terakhir bagi atlet tempatan untuk cuba melayakkan diri ke Olimpik Beijing bagi menyertai atlet lompat bergalah wanita Roslinda Samsu dan pelumba jalan kaki Yuan Yufang serta atlet lompat tinggi lelaki Lee Hup Wei, yang telah menempah tiket ke Olimpik," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata dalam kalangan atlet Botswana yang akan menyertai kejohanan itu, California Molese patut diberi perhatian dalam acara 400m lelaki memandangkan atlet ini telah melayakkan diri ke Olimpik Beijing dengan catatan masa 45.34s, yang juga rekod kebangsaan negaranya.

Atlet ternama lain ialah Fanuel Kanosi, yang melayakkan diri bagi acara 200m lelaki dengan masa 20.72s, manakala Obakeng Ngvigwa, yang akan menyertai acara 200m dan 400m, mempunyai catatan masa 20.95s dan 45.89s bagi dua acara itu.

"Oleh kerana 23 Julai merupakan tarikh akhir bagi menghantar penyertaan, maka atlet tempatan seperti atlet lari berhalangan 110m Rayzam Shah Wan Sofian, Robani Hassan, atlet acara 400m Zaiful Zainal Abidin, Mohd Zafril Zuslaini dan atlet yang mempunyai potensi bagi acara 200m iaitu Mohd Noor Imran dan Amran Raj, perlu memanfaatkan sepenuhnya kejohanan ini," kata Karim.

Rayzam, pemenang pingat emas acara 110m pada Sukan SEA Korat, mencatat masa peribadi terbaik of 13.91s, berbanding masa kelayakan Olimpik 13.72s dan Imran mencatat masa 21.30s berbanding masa kelayakan 20.82s bagi acara 200m, manakala masa kelayakan bagi acara 400m ialah 45.95s berbanding masa terbaik Zaiful 46.42s.

"Semua atlet negeri dan kebangsaan akan mengambil bahagian dan MAAU berharap, dengan menganjurkan pertandingan yang baik, atlet tempatan akan dapat melayakkan diri ke Olimpik dari 8 hingga 24 Ogos ini," kata Karim.

-- BERNAMA

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

bila ada athletes dari african ni... baru lebih meriah dan stiff competitive -
especially bila ada athletes terkenal yang akan compete kat beijing nanti -....
hopefully ramai athletes yang boleh beat time untuk qualify olympic nanti
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2008 07:27 AM | Show all posts
Hooker laung amaran rebut emas 100m

EUGENE, Oregon: Marshevet Hooker mengumumkan dirinya sebagai pencabar utama bagi pingat emas di Beijing dengan mencatatkan 10.76 untuk memenangi suku akhir acara 100 meter di sesi pemilihan Olimpik trek dan padang Amerika Syarikat.


"Saya mendengar masa yang saya catatkan," kata Hooker, juara kolej NCAA. "Saya hanya mampu berkata 'Wow!"'

Kemudiannya, dia mendengar bahawa kelajuan angin yang mengiringi lariannya: 3.4 meter sesaat, melebihi 2.0 yang dibenarkan bagi ia dikira sebagai catatan peribadi terbaik atau rekod rasmi.

Namun begitu, hanya pemegang rekod dunia, Florence Griffith-Joyner, Marion Jones, Christine Arron dan Merlene Ottey berlari lebih pantas, tanpa mengira kelajuan angin.

Itulah sebenarnya yang mengagumkan pelari lain dalam saingan yang mengandungi lebih separuh pesaing bagi tiga tempat dalam pasukan Amerika dalam acara 100m.

"Dia laju. Begitu laju," kata Torri Edwards, juara dunia 100m pada 2003. "Saya berharap dia keletihan."

Antara atlit terawal untuk mengesahkan tempat Olimpik hadir dalam 10,000m wanita, diketuai pemenang Shalane Flanagan dalam masa 31 minit, 34.81 saat. Kara Goucher dan Amy Begley juga meraih tempat ke Beijing.

Begley hampir tidak melayakkan diri, berada 1 1/2 saat di dalam kelayakan Olimpik. Dia kemudiannya menerima tepukan di bahu oleh juara Olimpik 2004 dan pemenang gangsa dunia 2007, Goucher, dan kemudiannya menyertai mereka berlari di sekeliling trek bagi meraikan kejayaan mereka.

Edwards memenangi acara saringan 100m dalam catatan yang dibantu tiupan angin kencang 10.85s, manakala Carmelita Jeter mara dengan memenangi saringannya dengan 10.97s.

Allyson Felix, berhasrat untuk bersaing dalam empat acara di China, di tempat kedua di belakang Jeter dalam masa 10.98s, dan pemenang perak Olimpik 2004, Lauryn Williams berada di tempat kedua belakang Hooker dengan 10.86s. - AP

--------------------------------------------------------------------------------

kelakar aje.. harap2 'dia keletihan'.. -
memang tak sabar nak tengok athletics
events kat beijing ni -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2008 09:56 AM | Show all posts

`USA Olympic Trials' - Torri Edwards melakar catatan masa terbaik musim ini.

Heat  2 Semi-Finals   Wind: 1.8
  1TorriEdwards          Nike             S10.78Q
  2MechelleLewis         Nike            10.97Q
  3AllysonFelix         adidas            11.00Q
  4LaShaunte'aMoore       adidas          11.03Q
  5CarmelitaJeter        Nike             11.05
  6Me'LisaBarber       adidas        11.07  11.061
  7AlexandriaAnderson       unattached      11.07  11.065
  8ShalondaSolomon          Reebok          11.18

http://www.usatf.org/events/2008/OlympicTrials-TF/results/S2.asp
-------------------------------------------------------------------------------------------------
1)Catatan masa terpantas 100m wanita musim ini yang juga catatan peribadi terbaik Torri Edwards.
2)Sebelum ini catatan masa terpantas dipegang oleh pelari Jamaica, Veronica Campbell-Brown 10.88 saat.
3)Kali terakhir catatan masa di bawah 10.80 saatdilakukanoleh pelari Bulgaria, Ivet Lalova pada 19/06/2004 (4 tahunyanglepas)dengan catatan 10.77 saat tetapi Ivet Lalova gagal meraihemasOlimpik diAthens.

[ Last edited by  orgjauh at 29-6-2008 11:16 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2008 10:14 AM | Show all posts

`USA Olympic Trials' - Muna Lee melakar kejutan di acara akhir 100m wanita

Finals
  1 MunaLee                Nike               10.85S  1.0
  2TorriEdwards            Nike               10.90S  1.0
  3LaurynWilliams           Nike               10.90S  1.0
  4MarshevetHooker       adidas              10.93S  1.0
  5AllysonFelix            adidas                10.96  1.0
  6AngelaWilliams           Nike                11.02  1.0
  7MechelleLewis           Nike                11.08  1.0
  8LaShaunte'aMoore         adidas           11.22  1.0

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
1) Muna Lee, Torri Edwards dan Lauryn Williams akan mewakili Amerika Syarikat ke Olimpik Beijing.
2)Allyson Felix gagal untuk menyertai 4 acara di Olimpik Bejing
3)Marshevet Hooker yang melakukan larian sensasi di 3 acara saringan juga gagal untuk beraksi di Olimpik

[ Last edited by  orgjauh at 29-6-2008 11:27 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2008 10:40 AM | Show all posts

'Jamaica Olympic Trials' - Juara dunia gagal untuk beraksi di Olimpik

Women 100m Final                                           
  1 Stewart, Kerron                 10.80  0.7
  2 Fraser, Shelly-Ann               10.85   0.7
  3 Simpson, Sherone              10.87   0.7
  4 Campbell-Brown, Veronica    10.88   0.7
  5 Brooks, Sheri-Ann               11.17   0.7
  6Bailey,Aleen                    11.22   0.7
  7 Anderson, Nickesha            11.25   0.7
  8 Calvert, Schillonie                11.27   0.7

http://www.jaaaltd.com/results/natchamps08/
-----------------------------------------------------------------------------------------------
1) Juara dunia 2007 Veronica Campbell-Brown gagal untuk beraksi di Olimpik Beijing   
2)Peluanguntuk Jamaica mempertahankan emas 4x100m wanita semakin cerahbedasarkanprestasi semasa di mana ada 4 atlit wanita jamaica melakukancatatanterbaik peribadi musim ini di bawah 10.90 saat

[ Last edited by  orgjauh at 29-6-2008 11:28 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2008 10:55 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 29-6-2008 07:27 AM
Hooker laung amaran rebut emas 100m

EUGENE,Oregon:MarshevetHooker mengumumkan dirinya sebagai pencabarutama bagipingatemas diBeijing dengan mencatatkan 10.76 untukmemenangi sukuakhir ...

-------------------------------------------------------------
ImpianTorri tercapai...Marshevet Hooker gagal untuk beraksi diOlimpik.Mungkin juga Hooker keletihan...hanya menduduki tempat ke4.Masih sedih Allyson Felix gagal ke Olimpik

[ Last edited by  orgjauh at 29-6-2008 11:19 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2008 11:11 AM | Show all posts

`USA Olympic Trials' - Tyson Gay beri amaran buat Usain Bolt

Heat  1 Quarter-Finals   Wind: 1.6
  1TysonGay                adidas               A 9.77Q
  2JefferyDemps            unattached         10.01Q
  3 Walter Dix               FloridaState           10.02Q
  4LeroyDixon               Nike                   10.02Q
  5MichaelRodgers           unattached         10.07q
  6Wallace Spearmon          Nike                10.07q
  7J-MeeSamuels             Arkansas            10.09  
  8TeddyWilliams             Tx-San Antonio       10.24

http://www.usatf.org/events/2008/OlympicTrials-TF/results/Q1.asp
----------------------------------------------------------------------------------------------
1) Catatan di bawah 10.80 saat pertama buat Tyson Gay yang juga catatan peribadi terbaiknya.
2)Sekarangada3 pelari yang mempunyai catatan peribadi terbaik di bawah10.80 saat(Usain Bolt-10.72 saat, Asafa Powell-10.74 saat dan TysonGay-10.77saat)- saingan emas Olimpik 100m lelaki semakin sengit.

[ Last edited by  orgjauh at 29-6-2008 12:08 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2008 12:01 PM | Show all posts

'Jamaica Olympic Trials' - seperti ramalan.

Men 100m Final                                                               
  1 Bolt, Usain              21 RacersTrack Club       9.85  -0.1
  2Powell, Asafa             25Mvp Track Club        9.97  -0.1
  3 Frater, Michael          25 Mvp Track Club      10.04  -0.1
  4 Anderson,Marvin          26 Unattached        10.11  -0.1
  5Thomas, Dwight            27Unattached        10.22  -0.1
  6Dunkley, Julien           32Unattached          10.23  -0.1
  7 Wellington, Andre         21 Mvp Track Club    10.44  -0.1
-- Carter, Nesta             22Mvp Track Club         DNS  -0.1

http://www.jaaaltd.com/results/natchamps08/
-----------------------------------------------------------------------------------------
1) Usain Bolt dan Asafa Powell akan beraksi di Olimpik seperti yang dijangkaan.
2)Tiada rekod dunia dilakukan - Kedua pelari sepertinya tidak berhabis -habisan ketika di final, hanya melakukan pecutan sekadar untukmenempatkan diri di kelompok 3 terbaik - tak sabar untuk melihat aksimereka di Olimpik

[ Last edited by  orgjauh at 29-6-2008 12:04 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2008 12:07 PM | Show all posts
Link untuk kedua-dua 'USA dan Jamaica Olympic Trials'

USA Olympic Trials - http://www.usatf.org/events/2008/OlympicTrials-TF/schedule.asp

Jamaica Olympic Trials - http://www.jaaaltd.com/results/natchamps08/
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2008 08:07 PM | Show all posts
Originally posted by orgjauh at 29-6-2008 10:55 AM

-------------------------------------------------------------
ImpianTorri tercapai...Marshevet Hooker gagal untuk beraksi diOlimpik.Mungkin juga Hooker keletihan...hanya menduduki tempat ke4.M ...



saya mati2 ingat allyson felix  will be qualifed all the events she participated
in olympic..
too bad, eh ... but she is superb -


[ Last edited by  dexa at 29-6-2008 08:26 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2008 08:11 PM | Show all posts

Reply #211 orgjauh's post

saya memang bet jamaica menang relay nanti -
sebab all their runners  lari dalam lingkungan
10 secs a bit -
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2008 08:25 PM | Show all posts
Sunday June 29, 2008
Eye-popping Hooker American sprinter clocks 10.76 in US trials

EUGENE (Oregon): Former collegiate champion Marshevet Hooker ran an eye-popping but wind-assisted 10.76 to lead the women抯 100m qualifying on the opening day of the American Olympic Trials on Friday.


No woman has run faster under any conditions since disgraced American sprinter Marion Jones clocked 10.68 in 2000.

Only world record holder Florence-Griffith Joyner, Jones, Christine Arron and Merlene Ottey have ever run the distance quicker.

The wind on the quarter-final race was 3.4m per second, well above the accepted 2.0mps.

揑 stuttered a little bit (at the start) but I just kept running,
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2008 05:15 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 29-6-2008 08:07 PM



saya mati2 ingat allyson felix  will be qualifed all the events she participated
in olympic..
too bad, eh ... but she is superb -


yeeh.....onlythe first three in the final je akan mewakili USA.Felix  mungkin hanya dapat mengikuti dua acara di Olimpik,200m dan 4x400m. 4x100m mungkin juga tidak terpilih...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2008 05:34 PM | Show all posts

`USA Olympic Trials' - Angin penghalang Tyson Gays mencipta rekod dunia 100m

Finals
  1 Tyson Gay                    adidas                   9.68   4.1
  2 Walter Dix                   Florida State            9.80   4.1
  3 Darvis Patton                adidas                    9.84   4.1
  4 Travis Padgett               unattached            9.85   4.1
  5 Rodney Martin                Nike                     9.97   4.1
  6 Leroy Dixon                  Nike                       9.99   4.1
  7 Michael Rodgers              Nike                    10.01   4.1
  8 Xavier Carter                Nike                       10.11   4.1

http://www.usatf.org/events/2008/OlympicTrials-TF/results/F1.asp
----------------------------------------------------------------------------------------------
1) Larian 9.68 saat Gays adalah larian terpantas pernah dicatat at any condition - dah hampir jadi kenyataan yang Gays akan mampu mengulangi pencapaiannya merangkul 3 pingat emas ketika di kejohanan dunia 2007 lepas.
2) Kelajuan angin 4.1m/s menyebabkan larian 9.68 saat Gays tidak dikira sebagai rekod dunia yang baru.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:01 PM GMT+8 , Processed in 0.089481 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list