CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

Olahraga

[Copy link]
Post time 30-6-2008 07:37 PM | Show all posts

'Jamaica Olympic Trials' - Juara dunia berpeluang pertahan emas Olimpik 200m.

200m women Final                                                                    
  1 Campbell-Brown, Veronica        21.94   1.1
  2Stewart, Kerron                     21.99   1.1
  3Simpson, Sherone                  22.11   1.1
  4Fraser, Shelly-Ann                  22.15   1.1
  5Facey, Simone                      22.25   1.1
  6 Anderson, Nickesha                22.68   1.1
  7Bailey, Aleen                         22.85  1.1
  8 Henry, Samantha                  23.27   1.1
http://www.jaaaltd.com/results/natchamps08/
--------------------------------------------------------------------------
1)Catatan sensasi di bawah 22 saat pertama bagi Veronica yang jugacatatan peribadi terbaiknya dalam acara 200m. Juga catatan terbaik 200mwanita untuk musim ini.
2) Sehari sebelumnya, Veronica gagal untukmeraih tiket ke Olimpik dalam acara 100m - Juara dunia 100m 2007 inimenduduki tempat ke 4 di acara final 100m.
2) Nampak gaya cabaran200m wanita Olimpik semakin sengit diantara Veronica dan Allyson Felixsetelah kedua-duanya gagal untuk beraksi di acara 100m di Beijing.

[ Last edited by  orgjauh at 30-6-2008 07:46 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2008 02:35 PM | Show all posts
Perhitungan Rayzam-Robani
Oleh Lukman Salleh

SEDIA: Atlit 110m berpagar, Rayzamshah menjalani latihan di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyertai kejohanan pra-Olimpik yang akan menjadi medan baginya cuba melayakkan diri ke Sukan Olimpik Beijing.


Hup Wei, Roslinda, Yufang tidak turut serta Kejohanan pra-Olimpik esok

KEJOHANAN pra-Olimpik kebangsaan yang bermula esok menyaksikan tiga atlit yang akan menyertai temasya Beijing – Lee Hup Wei, Roslinda Samsu, dan Yuan Yufang – tiada dalam senarai, sekali gus tumpuan lebih terarah kepada saingan 110 meter berpagar antara Rayzamshah Wan Sofian dan Robani Hassan.

Dan pertaruhan antara kedua-duanya adalah cukup tinggi, iaitu kemungkinan hanya satu tiket kelayakan Sukan Olimpik jika ada di antara mereka berjaya melepasi batasan masa 13.72 saat, Rayzamshah dan Robani menanam impian untuk mengikut jejak langkah tiga rakan sepasukan yang lain itu.

Bagi Rayzamshah, apa yang diharapkan ialah 'kuasa ajaib' untuk membantu mencapai sasaran Olimpik, yang tampak kini semakin tercicir daripada genggamannya.

"Jika berdasarkan catatan masa saya ketika ini, memang sukar untuk mencapai syarat kelayakan itu," kata Rayzamshah selepas menjalani latihan ringan di balapan Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.

"Sebab itu saya mengharapkan keajaiban akan terjadi seperti apa yang berlaku kepada saya ketika memenangi emas Sukan Sea tahun lalu.
"Apapun, saya tidak berasa kecewa jika gagal mencapai kelayakan ke Olimpik sebaliknya akan terus berusaha untuk memperbaiki dan mempercepatkan larian saya kerana faktor usia masih memihak kepada saya.

"Kelemahan ketara saya ialah teknik larian dan jika saya dapat memperbaikinya, saya yakin dapat mengatasi catatan peribadi terbaik saya 13.91s," katanya.

Rayzamshah, yang baru kembali daripada aksi di Grand Prix (GP) Asia, di Hanoi, kelmarin, mengakui Robani kini dalam prestasi yang baik dan mampu memberikan saingan yang hebat.

"Robani mempunyai masa terpantas musim ini iaitu 13.91s dan saya pasti saingan adalah sengit dan ini akan dapat membantu kami dalam mencatatkan masa yang bagus," katanya.
Pada masa sama, ketiadaan Hup Wei, Roslinda dan Yufang, sedikit sebanyak mengurangkan tarikan kejohanan, yang sudahpun tampak semakin kehilangan serinya tahun demi tahun.

Hup Wei, menarik diri daripada kejohanan itu untuk memberi tumpuan kepada persediaan Sukan Olimpik dengan jaguh lompat tinggi itu dijadualkan berlepas ke Finland, Ahad ini untuk menyertai dua kejohanan utama pada 16 dan 20 Julai sebelum kembali ke tanah air pada 27 Julai.

"Saya sudahpun memaklumkan hasrat saya kepada KOAM (Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia)," kata Hup Wei ketika menjalani latihan di bawah jurulatih bekas atlit lompat tinggi kebangsaan, Low Chew Peng.

Roslinda pula kini berada di Sepanyol mengambil bahagian dalam beberapa siri kejohanan manakala Yufang sedang menjalani latihan di Kunming, China.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2008 11:01 AM | Show all posts

Misi Powell sekat Gay

KINGSTON, Jamaica - Bekas pemegang rekod 100 meter dunia, Asafa Powell tidak sabar untuk menembus kekalahan kepada Tyson Gay apabila bertemu jaguh Amerika Syarikat itu pada Grand Prix Olahraga London, 25 Julai ini.

Jaguh pecut Jamaica itu yang dikecewakan Gay pada Kejohanan Dunia 2007 menegaskan, hanya kemenangan ke atas bintang Amerika itu mampu memperbaiki persepsi umum terhadapnya.

"Saya hanya mahu kekalahan itu dilupakan kerana ketika ini, orang ramai selalu mengingati nama Gay dan berkata Asafa tidak mungkin boleh menewaskan dia.

"Jadi, saya mahu mengeluarkan semua persepsi itu daripada fikiran mereka,'' kata Powell kepada stesen televisyen Jamaica, semalam.

Powell menduduki tangga ketiga dalam perlumbaan 100m pada Kejohanan Dunia di Osaka, tahun lalu.

Namun, sebagai atlet yang berjaya mencatat masa bawah 9.8 saat sebanyak lima kali, Powell berkata, dia amat bersedia untuk menewaskan Gay dengan penuh bergaya.

Dia mahu mengulangi kejayaan rakan senegaranya, Usain Bolt yang mengalahkan jaguh Amerika Syarikat itu dengan catatan hebat 7.72s, sekali gus diiktiraf sebagai rekod baru dunia.

"Usain Bolt sudah pun mengalahkannya, saya hanya menunggu peluang untuk melakukannya dan selepas itu, saya boleh memberi tumpuan kepada persiapan Olimpik dengan tenang,'' kata Powell.

Dalam enam perlumbaan melibatkan kedua-dua pelari itu, Gay hanya menang sekali pada Kejohanan Dunia, sedangkan lima lagi saingan dimenangi oleh Powell.

Powell yang memegang rekod lama dunia dengan catatan 9.74s turut mencatat masa bawah 10s sebanyak 36 kali.

Gay pula melakukan larian yang pantas pada kelayakan Olimpik Amerika minggu lalu - 9.68s, namun dengan bantuan angin 4.1s, catatan itu tidak diiktiraf sebagai rekod baru dunia.

Justeru, catatan 9.77s masih tertulis sebagai rekod peribadi terbaik Gay.

Powel dan kontinjen olahraga kelab yang diwakilinya, MVP berlepas dari Jamaica semalam untuk memulakan latihan di Itali sebelum beraksi pada Grand Prix London. - AFP
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sah Powel nak boost dia punya confidence sebelum olimpik....last year dia dikalahkan oleh Gay di final Kejohanan Dunia walaupun dia adalah pemegang rekod dunia masa tu. Powel mungkin menang pasal tekanan dah kurang...rekod dunianya dah dipecahkan oleh Bolt.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2008 10:23 AM | Show all posts

`USA Olympic Trials' - Tyson Gays gagal ke Beijing untuk 200m

Heat  1 Quarter-Finals   Wind: -0.5
  1 Rodney Martin                Nike                     20.52Q
  2 Rubin Williams               Tennessee                20.58Q
  3 Mickey Grimes                Nike                     21.18Q
  4 Jody Johnson                 Sacramento State         21.30
  5 Damein White                 Cal. St., L A            27.96
-- Tyson Gay                    adidas                     DNF
http://www.usatf.org/events/2008/OlympicTrials-TF/results/Q3.asp
------------------------------------------------------------------------------------------------
Sedih tak akan dapat melihat aksi Tyson Gays di Bejing dalam acara 200m . Harapan untuk melihat rekod dunia dipecahkan oleh Gays berkecai....Harap Gays pulih cepat untuk beraksi di final 100m di Olimpik nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2008 11:38 AM | Show all posts

Al-Gassra, Di Martino provide the highlights in Milan

Milan, Italy - The Notturna di Milano International meeting celebrated its return in a hot and humid night after two years absence from the international calender with some surprising results like the 11.12 sprint win by Bahrain抯 Rakia Al-Gassra in the women抯 100 metres and some encouraging results by Italian athletes like the 1.97m winning clearance by Antonietta Di Martino in the women抯 High Jump.

Al-Gassra, the 2006 Asian Games 200m champion, who powered to a sensational wind aided 22.45 sec win at that distance in Tunisia last weekend, produced one of the highlights in the Milan Arena Civica sprinting to a sensational national record 11.12 in the women抯 100 metres. The 25-year-old produced a particularly an impressive final 40 metres beating Vida Anim, who finished second in 11.29.  

Italian sprint hope Vincenza Cal

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2008 10:05 PM | Show all posts
2008/07/06
Big names breeze into quarter-finals


Allyson Felix breezed to victory in her 200 heat in 22.68.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2008 06:52 AM | Show all posts
Peluang terakhir Robani
Oleh NORZIE MOHD. KHASBI

KUALA LUMPUR - Selepas mengkritik layanan 'kelas dua' yang diberi kepadanya dan terlepas 0.13 saat daripada had kelayakan Sukan Olimpik, Robani Hassan diberi peluang terakhir memburu tiket ke Beijing apabila diangkat mengetuai senarai 10 atlet yang dicadangkan untuk bertanding pada Terbuka Vietnam, minggu depan.


Jaguh 110 meter lari berpagar itu terus mendapat kepercayaan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) yang mencadangkan namanya dan sembilan lagi atlet untuk mencari tiket terakhir Olimpik di Vietnam.

Walaupun ada atlet yang menganggap cuaca di Vietnam ketika ini tidak sesuai dijadikan medan kelayakan kerana keadaannya yang berangin dan tidak memungkinkan catatan pantas dibuat, namun KOAM punya alasan tersendiri untuk memilih kejohanan tersebut.

Pada ketika tarikh tutup kelayakan olahraga Olimpik sudah semakin suntuk - 23 Julai, Terbuka Vietnam merupakan pentas paling hampir dari segi tarikh dan lokasi.

Selain Robani, 25, KOAM turut mencadangkan dua lagi pelari 110m berpagar - pemenang pingat emas dan gangsa Sukan SEA, Rayzamshah Wan Sofian dan Muhd. Faiz Mohamed.

DiputuskanMalah, badan olahraga itu juga menyenaraikan Zabidi Ghazali (100m, 200m), Mohd. Zafril Mohd. Zuslaini (400m berpagar), Yap Jeng Tzan (lempar cakera wanita), Azman Mohamed (tukul besi), Peter Agan (rejam lembing), S. Mathialagan (400m, 800m) dan Tan Song Hwa (tukul besi wanita).

Bagaimanapun, senarai akhir atlet yang akan bertanding pada kejohanan 19-20 Julai itu hanya akan diputuskan hari ini selepas mendapat kelulusan daripada Majlis Sukan Negara (MSN).

Minggu lalu, Robani hanya dipisahkan 0.13 saat daripada had kelayakan Olimpik apabila mencatat 13.85s pada Kejohanan Olahraga Pra-Olimpik di Bukit Jalil, catatan masa peribadi terbaiknya namun gagal melepasi syarat - 13.72s.

Atlet muda berbakat, Rayzamshah pula gagal menamatkan perlumbaan selepas melakukan kesilapan teknikal, manakala Faiz menduduki tangga ketiga dengan mencatat masa 14.33s.

"Terbuka Vietnam menjadi peluang terakhir buat atlet negara untuk mencari tiket ke Sukan Olimpik, harap mereka dapat gunakan kesempatan ini atau sekurang-kurangnya mencatat masa terbaik.

"Robani begitu hampir melayakkan diri ke Sukan Olimpik minggu lalu selepas mencatat masa yang baik, cuma kurang sedikit daripada had kelayakan. Harap dia dapat melakukan catatan yang lebih baik di Vietnam nanti,'' kata Pengurus Besar KOAM, Aminuddin Mohd. Nasir.

Setakat ini, hanya tiga atlet olahraga negara sudah melayakkan diri ke Temasya Beijing, 8-24 Ogos ini diketuai Roslinda Samsu (lompat bergalah), Lee Hup Wei (lompat tinggi) dan Yuan Yufang (jalan kaki).
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 06:54 AM | Show all posts
Dua tahun bukti kemampuan
Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH




JURULATIH olahraga kebangsaan kini diberi tempoh sehingga dua tahun untuk membuktikan keberkesanan program latihan mereka sekiranya mahu terus kekal dengan tugas tersebut.

Bagi membuktikannya, atlet bimbingan jurulatih tersebut haruslah memenangi pingat emas pada Sukan SEA Laos tahun depan atau sekurang-kurangnya memperbaiki catatan rekod kebangsaan.

Demikian amaran Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Karim Ibrahim selepas penilaiannya terhadap penurunan prestasi atlet olahraga kebangsaan sejak dua tahun lepas.

Menurut Karim, kemerosotan atlet olahraga khususnya bagi acara jarak sederhana seperti 400 dan 800 meter agak merisaukannya biarpun Majlis Sukan Negara (MSN) dan KOAM telah menyediakan jurulatih sepenuh masa dalam program pembangunan tersebut.

Malah menurut Karim, alasan kecederaan yang menimpa atlet kebangsaan kerap kali menjadi penyelamat kepada jurulatih tersebut setiap kali mereka ditimpa kegagalan dalam sesuatu kejohanan.

"Masalah kecederaan kerap kali dijadikan alasan bagi jurulatih atas kegagalan atlet mereka dalam sebarang kejohanan dan bagi saya ia satu alasan yang mudah untuk menyelamatkan diri mereka," kata Karim semalam.


"Saya sebenarnya sudah muak dengan alasan tersebut kerana ia tidak melambangkan keberkesanan program latihan mereka. Ia tidak masuk akal sama sekali.

"Oleh itu, pada mesyuarat tadi (semalam) KOAM memutuskan bahawa semua jurulatih diberi masa selama dua tahun untuk membuktikan kemampuan atlet mereka dengan sasarannya ialah pada Sukan SEA Laos tahun depan," katanya lagi.


Pada mesyuarat itu, KOAM mengumumkan bahawa setiap atlet yang dibimbing jurulatih tempatan perlu memenangi emas pada Sukan SEA ataupun memecahkan rekod kebangsaan, manakala atlet yang dibimbing jurulatih asing pula perlu sekurang-kurangnya layak ke Kejohanan Trek dan Balapan Asia (ATF) selain memecahkan rekod kebangsaan.

Begitupun, jika atlet bimbingan mereka gagal, KOAM akan meminta MSN menamatkan kontrak mereka serta merta.

"Kami akan terus memantau program dan jadual latihan mereka setiap masa bagi melihat adakah ia berkesan kepada atlet bimbingannya.

"Dan KOAM juga akan menyusun jadual serta program tersebut sekiranya perlu selain mengawasi sistem latihan yang diberikan oleh jurulatih tersebut.

"Jika mereka berjaya, kontrak jurulatihnya akan diteruskan, tapi akan tetap dipantau koordinator kami, namun sebaliknya jika gagal, kami akan minta MSN menamatkan kontrak mereka serta merta."

Ketika ini KOAM mempunyai 16 jurulatih termasuk jurulatih tempatan iaitu Hanapiah Nasir, Tan Kok Lim, Harun Rasheed, K. Jayabalan, S. Mutaya, Ithnin Mahadi, V. Thivabalam manakala jurulatih asing pula ialah Vladimir Hritov Semeonov dan Patrick Phiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2008 09:43 AM | Show all posts

'Siri Liga Emas' - Dua atlit masih berpeluang merebut AS$1 juta

Siri ketiga siri liga emas berlangsung di stadium Olimpik Rome pada 11/07/2008. Sebelum bermulanya siri ketiga, masih ada 5 atlit yang berpeluang merebut AS$1 juta dan tamatnya siri jelajah ketiga Liga Emas, tinggal dua atlit sahaja yang kedua-duanya wanita masih berpeluang untuk merebut hadiah wang tunai tersebut.

800m - Pamela Jelimo   KEN  1:55.69
Lompat Tinggi - Blanka Vla歩c  CRO 2.00m

Antara yang menarik tentang siri jelajah kali ini ialah kembalinya Yelena Isinbaeva ke prestasi terbaiknya ketika memecahkan rekod dunia miliknya. Sebelum ini, rekod dunia acara lompat bergalah ini adalah pada paras 5.01m sebelum diperbaharui ke 5.03m dua hari lepas. Kejayaan untuk mengulangi emas Olimpik Athens makin cerah buat Isinbaeva.

[ Last edited by  orgjauh at 13-7-2008 09:52 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 09:50 AM | Show all posts

Isinbayeva pecah lagi rekod dunia

ROM - Tiada sesiapa setakat ini mampu memberikan saingan kepada atlet Rusia, Yelena Isinbayeva yang tenang memecah rekod dunia miliknya dalam acara lompat bergalah buat pertama kali dalam tempoh tiga tahun.

Isinbayeva mencatat lompatan 5.03 meter pada Kejohanan Golden Gala, kelmarin sekali gus memperbaharui rekod lamanya 5.01 meter yang dilakukannya pada Kejohanan Dunia 2005 di Helsinki, Finland.

Atlet lompat bergalah Amerika Syarikat, Jenn Stuczynski yang mencatatkan rekod 4.92 meter di Ujian Kelayakan Amerika Syarikat minggu ini dengan mendapat tempat kedua, sekali gus memberi tekanan kepada Isinbayeva sebelum bermulanya Sukan Olimpik Beijing, Ogos ini.

''Ramai yang berkata Isinbayeva sudah tenggelam, kita akan melihat jaguh baru menyebabkan saya begitu marah hari ini,'' kata Isinbayeva.

Dia telah berulang kali cuba untuk melepasi ketinggian 5.02 meter sebelum ini dan membuat keputusan bersama jurulatih barunya, Vitaly Petrov untuk bertukar kepada teknik baru bagi memberikan kelebihan psikologi.

''Vitaly berkata kita perlu menukarkan sesuatu. Saya sudah bersedia untuk mencatatkan rekod dunia. Sasaran saya hari ini ialah memecah rekod dunia. Di Rom banyak kelengkapan terbaik dan penonton begitu mengujakan, saya mahu melakukan sesuatu kepada mereka,'' kata Isenbayeva.

Isinbayeva berjaya mencatatkan rekod dunia selepas percubaan kedua dan yakin boleh melakukan dengan lompatan yang lebih baik.

''Ia tidak hampir kepada palang dan ini baru permulaan,'' ujarnya.

Isinbayeva telah bekerja keras untuk mengatasi masalah fizikal dan psikologikal yang menghalangnya memperbaharui rekod sejak 2005.

Ini adalah kejohanan luar dewan yang pertama untuk Isinbayeva tahun ini dan penampilan pertama sejak menjuarai buat kali keempat Kejohanan Dalam Dewan Dunia di Valencia, Sepanyol Mac lalu.

''Saya lebih kuat sekarang, saya berlari pantas dan melompat tinggi tetapi yang paling penting di dalam fikiran, saya gembira.

''Sebelum saya menghadapi masalah dan lompat bergalah tidak terlintas dalam fikiran saya,'' katanya.

Atlet berusia 26 tahun dari Rusia itu mendominasi lompat bergalah sejak memenangi pingat emas di Sukan Olimpik 2004. Dia telah mencatatkan 12 rekod dunia di luar dewan dan 10 di dalam dewan serta satu-satunya wanita yang berjaya melepasi ketinggian lebih dari lima meter.

Sasaran kariernya ialah menyamai kejayaan Sergei Bubka yang melakukan 35 kali rekod dunia.

Dia menyapu tangannya dengan kapur, menjulang galah dengan tinggi ke arah langit dan terus memecut. Apabila dia jatuh ke tilam, dia berlari dan menjulang tangan Petrov, yang pernah melatih Bubka, selepas itu menyelimutkan badannya dengan bendera Rusia.

- AP
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 10:31 AM | Show all posts

Menarik tentang Yelena Isinbayeva

1) Memecahkan rekod dunia acara lompat bergalah sebanyak 11 kali.
2) Pemenang pingat emas Olimpik Athens.
3) Pemenang pingat emas di kejohanan dunia 2005 & 2007.
4) Pemenang pingat emas di kejohanan dunia dalam dewan 2006 & 2008.

Di bawah adalah koronologi lompatan rekod dunia yang dibuat oleh Stacy Dragila, Svetlana Feofanova dan Yelena Isinbaeva di antara musim 2001 -2008. Yelena Isinbaeva melakukan lompatan rekod dunia sebanyak 11 kali.


4.81          Stacy Dragila          USA                                  Palo Alto, CA          09/06/2001
4.82          Yelena Isinbaeva                                              Gateshead          13/07/2003
4.83          Stacy Dragila                                                    Ostrava          08/06/2004
4.87          Yelena Isinbaeva                                              Gateshead          27/06/2004
4.88          Svetlana Feofanova     RUS                              Ir醟lio          04/07/2004
4.89          Yelena Isinbaeva                                              Birmingham          25/07/2004
4.90          Yelena Isinbaeva                                              London (CP)          30/07/2004
4.91          Yelena Isinbaeva                                              Ath韓a (Olympic Stadium)          24/08/2004
4.92          Yelena Isinbaeva                                              Bruxelles          03/09/2004
4.93          Yelena Isinbaeva                                              Lausanne          05/07/2005
4.95          Yelena Isinbaeva                                               Madrid          16/07/2005
5.00          Yelena Isinbaeva                                               London (CP)          22/07/2005
5.01          Yelena Isinbaeva                                               Helsinki          12/08/2005
5.03          Yelena Isinbaeva           RUS                             Roma          11/07/2008

[ Last edited by  orgjauh at 13-7-2008 10:34 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2008 06:49 AM | Show all posts
Bolt tekad kuasai acara 200m

ATHENS - Pemegang rekod dunia acara 100 meter, Usain Bolt terus memberi amaran kepada barisan pencabarnya.


Kelmarin, jaguh Jamaica itu berjaya mengungguli acara 200m pada Kejohanan Olahraga Grand Prix Athens dengan catatan terpantas tahun ini.

Kejayaan mencatat masa 19.67 saat turut membolehkan Bolt beraksi dalam acara itu pada temasya Sukan Olimpik di Beijing Ogos ini.

Dalam masa yang sama, Bolt juga meletakkan sasaran untuk memecah rekod yang dilakukan Michael Johnson, 19.32s yang dicatat sejak 12 tahun lalu.

"Agak sukar untuk memecahkan rekod tersebut namun seseorang pasti akan berjaya melakukannya dan saya harap sayalah orangnya. Mungkin tahun hadapan saya dapat merealisasikan impian itu," kata Bolt.

Bulan lalu, Bolt menempah tiket dalam acara 100m ke temasya Olimpik selepas berjaya menewaskan bekas atlet terpantas dunia, Asafa Powell pada Kejohanan Ujian Sukan Olimpik Jamaica.

Bolt mencatat masa 9.85 saat untuk menewaskan rakan senegaranya itu. Begitupun, kedua-dua atlet Jamaica itu berjaya melayakkan diri ke temasya Olimpik Beijing. - Reuters


[ Last edited by  dexa at 15-7-2008 06:52 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2008 04:53 PM | Show all posts

126 strong USA team announced for Beijing

Indianapolis, USA - An experienced American team featuring 15 Olympic medallists, 31 outdoor World Championships medallists and 10 individual outdoor American record holders will represent the United States in track & field competition at the 2008 Olympic Games in Beijing, China.

USA Track & Field and the U.S. Olympic Committee on Monday announced a 126-athlete track & field squad that will be led by multi-time medalists Allyson Felix, Lauryn Williams, Sanya Richards, Bernard Lagat, Tyson Gay, Adam Nelson, Bryan Clay and Jeremy Wariner.

Defending individual Olympic medallists include: 2004 gold medallists Shawn Crawford (M200) and Jeremy Wariner (M400) and silver medalists Lauryn Williams (W100), Allyson Felix (W200m), Bryan Clay (MDecathlon), Adam Nelson (MSP), Terrence Trammell (M110mH) and Bernard Lagat (M1,500 while competing for Kenya).

Team USA won a total of 25 medals, eight of them gold, at the 2004 Olympic Games in Athens. It was the highest U.S. medal tally at an Olympics since the 1992 Games in Barcelona.

Team USA Track & Field Olympic Roster - Women

100m: Muna Lee (Santa Rosa, Calif.); Torri Edwards (Irvine, Calif.); Lauryn Williams (Miami, Fla.)

200m: Allyson Felix (Los Angeles); Muna Lee (Santa Rosa, Calif.); Marshevet Hooker (Pfugerville, Texas)

400m: Sanya Richards (Austin, Texas); Mary Wineberg (Cincinnati, Ohio); Dee Dee Trotter (Knoxville, Tenn.)

800m: Hazel Clark (Knoxville, Tenn.); Alice Schmidt (Chula Vista, Calif.); Nicole Teter (Eugene, Ore.)

1500m: Shannon Rowbury (San Francisco); Erin Donahue (Haddonfield, N.J.); Christin Wurth-Thomas (Springdale, Ark.)

5000m: Kara Goucher (Portland, Ore.); Jennifer Rhines (Mammoth Lakes, Calif.); Shalane Flanagan (Pittsboro, N.C.)

10,000m: Shalane Flanagan (Pittsboro, N.C.); Kara Goucher (Portland, Ore.); Amy Begley (Beaverton, Ore.)

Marathon: Deena Kastor (Mammoth Lakes, Calif.); Magdalena Lewy Boulet (Oakland, Calif.); Blake Russell (Pacific Grove, Calif.)

3000m Steeplechase: Anna Willard (Ann Arbor, Mich.); Lindsey Anderson (Ogden, Utah); Jennifer Barringer (Boulder, Colo.)

110m Hurdles: Lolo Jones (Baton Rouge, La.); Damu Cherry (Winter Garden, Fla.); Dawn Harper (Los Angeles)

400m Hurdles: Tiffany Ross-Williams (Kissimmee, Fla.); Queen Harrison (Mechanicsville, Va.); Sheena Tosta (Chula Vista, Calif.)

20 km Race Walk: Joanne Dow (Manchester, N.H.)

Heptathlon: Hyleas Fountain (Kettering, Ohio); Jacquelyn Johnson (Tempe, Ariz.); Diana Pickler (Sachse, Texas)

High Jump: Chaunte Howard (Snellville, Ga.); Amy Acuff (Isleton, Calif.); Sharon Day (Costa Mesa, Calif.)

Pole Vault: Jennifer Stuczynski (Churchville, N.Y.); April Steiner (Springdale, Ark.); Erica Bartolina (Hammond, La.)

Long Jump: Brittney Reese (University, Miss.); Grace Upshaw (Los Altos Hills, Calif.); Funmi Jimoh (Stafford, Texas)

Triple Jump: Shani Marks (Brooklyn Park, Minn.); Erica McLain (Plano, Texas)
Shot Put: Michelle Carter (Ovilla, Texas); Kristin Heaston (Opelika, Ala.); Jillian Camarena (Tucson, Ariz.)

Discus: Aretha Thurmond (Federal Way, Wash.) Suzy Powell-Roos (Modesto, Calif.); Stephanie Trafton Brown (Galt, Calif.)

Hammer Throw: Jessica Cosby (Mission Hills, Calif.); Amber Campbell (Myrtle Beach, S.C.); Loree Smith (Eugene, Ore.)

Javelin Throw: Kara Patterson (West Lafayette, Ind.); Kim Kreiner (Fresno, Calif.)

4x100m relay pool: Muna Lee (Santa Rosa, Calif.); Torri Edwards (Irvine, Calif.); Lauryn Williams (Miami, Fla.); Angela Williams (Ontario, Calif.); Mechelle Lewis (Cary, N.C.); LaShaunte'a Moore (Fayetteville, Ark.); plus anyone already on the roster in an individual event

4x400m relay pool: Sanya Richards (Austin, Texas); Mary Wineberg (Cincinnati, Ohio); Dee Dee Trotter (Knoxville, Tenn.); Monique Henderson (Chula Vista, Calif.); Natasha Hastings (Clermont, Fla.); Ebonie Floyd (Fresno, Texas); anyone already on the roster in an individual event

Team USA Track & Field Olympic Roster - Men

100m: Tyson Gay (Clermont, Fla.); Walter Dix (Ft. Lauderdale, Fla.), Darvis Patton (Ft. Worth, Texas)

200m: Walter Dix (Ft. Lauderdale, Fla.); Shawn Crawford (Los Angeles); Wallace Spearmon (Fayetteville, Ark.)
400m: LaShawn Merritt (Suffolk, Va.); Jeremy Wariner (Waco, Texas); David Neville (Valencia, Calif.)

800m: Nick Symmonds (Springfield, Ore.); Andrew Wheating (Eugene, Ore.); Christian Smith (Eugene, Ore.)

1500m: Bernard Lagat (Tucson, Ariz.); Lopez Lomong (Colorado Springs, Colo.); Leonel Manzano (Austin, Texas)

5000m: Bernard Lagat (Tucson, Ariz.); Matt Tegenkamp (Madison, Wis.); Ian Dobson (Mammoth Lakes, Calif.)

10,000m: Abdi Abdirahman (Tucson, Ariz.); Galen Rupp (Portland, Ore.); Jorge Torres (Boulder, Colo.)

Marathon: Ryan Hall (Palo Alto, Calif.); Dathan Ritzenhein (Eugene, Ore.); Brian Sell (Rochester Hills, Mich.

3000m Steeplechase: Anthony Famiglietti (Knoxville, Tenn.); William Nelson (Longmont, Colo.); Joshua McAdams (Orem, Utah)

110m Hurdles: David Oliver (Kissimmee, Fla.); Terrence Trammell (Atlanta, Ga.); David Payne (Hampton, Va.)

400m Hurdles: Bershawn Jackson (Raleigh, N.C.); Kerron Clement (Gainesville, Fla.); Angelo Taylor (Decatur, Ga.)

20 km Race walk: Kevin Eastler (Aurora, Colo.)

50 km Race walk: Philip Dunn (San Diego, Calif.)

Decathlon: Bryan Clay (Glendora Calif.); Trey Hardee (Austin, Texas); Tom Pappas (Manhattan, Kan.)

High Jump: Jesse Williams (Eugene, Ore.); Andra Manson (Austin, Texas); Dustin Jonas (Lincoln, Neb.)

Pole Vault: Derek Miles (Tea, S.D.); Jeff Hartwig (Jonesboro, Ark.); Brad Walker (Mountlake Terrace, Wash.)

Long Jump: Trevell Quinley (Chula Vista, Calif.); Brian Johnson (Baton Rouge, La.); Miguel Pate (St. Francisville, La.)

Triple Jump: Aarik Wilson (Lawrence, Kan.); Kenta Bell (Decatur, Ga.); Rafeeq Curry (Tallahassee, Fla.)

Shot Put: Reese Hoffa (Athens, Ga.); Christian Cantwell (Columbia, Mo.); Adam Nelson (Charlottesville, Va.)

Discus: IanWaltz (Chula Vista, Calif.); Michael Robertson (Beebe, Ark.); Casey Malone (Fort Collins, Colo.)

Hammer Throw: A.G. Kruger (Ashland, Ohio)

Javelin Throw: Leigh Smith (Destrehan, La.); Mike Hazle (Chula Vista, Calif.); Breaux Greer* (Scottsdale, Ariz.)

4x100m relay pool: Tyson Gay (Clermont, Fla.); Walter Dix (Ft. Lauderdale, Fla.), Darvis Patton (Ft. Worth, Texas), Travis Padgett (Shelby, N.C.); Rodney Martin (Raleigh, N.C.); Leroy Dixon (Los Angeles); plus anyone already on the roster in an individual event

4x400m relay pool: LaShawn Merritt (Suffolk, Va.); Jeremy Wariner (Waco, Texas); David Neville (Valencia, Calif.); Reggie Witherspoon (Baltimore, Md.); Calvin Smith (Gainesville, Fla.); Darold Williamson (Waco, Texas); plus anyone already on the roster in an individual event

* USATF rules enable the track & field chair to allow the selection of an injured athlete who competed in the Olympic Trials but did not final, and who has reached the A standard, as long as another athlete is not displaced from the team.

http://www.iaaf.org/OLY08/news/kind=100/newsid=46142.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2008 04:57 PM | Show all posts

Ethiopia抯 squad for Beijing 2008

MEN
1500m: Derese Mekonnen, Mulugeta Wondimu, Mekonnen Gebremedhin, Demma Daba
3000m Steeplechase: Nahom Mesfin, Roba Gari, Yacob Jarso
5000m: Kenenisa Bekele, Tariku Bekele, Abraham Cherkos, Ali Abdosh
10,000m: Kenenisa Bekele, Sileshi Sihine, Haile Gebrselassie, Ibrahim Jeylan
Marathon:  Tsegaye Kebede, Deriba Mergia, Gudisa Shentema, Gashaw Melese

WOMEN
1500m: Gelete Burka, Meskerem Assefa
3000m Steeplechase: Zemzem Ahmed, Mekdes Bekele, Sofia Assefa
5000m: Tirunesh Dibaba, Meseret Defar, Meselech Melkamu, Belaynesh Fekadu
10,000m: Mestawet Tufa, Tirunesh Dibaba, Ejegayehou Dibaba, Wude Ayalew
Marathon: Gete Wami, Berhane Adere, Bezunesh Bekele, Dire Tune   

http://www.iaaf.org/OLY08/news/kind=100/newsid=46133.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2008 07:26 AM | Show all posts
Tempoh sebulan uji kewibawaan sebenar Aziz Mirzaei

JURULATIH baru bagi acara jarak jauh, Aziz Mirzaei diberi masa selama sebulan untuk membuktikan kewibawaannya.

Bekas atlet jarak jauh kebangsaan Iran itu dilantik secara rasmi oleh Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) Rabu lalu untuk membimbing atlet olahraga negara sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA di Laos tahun depan.

Jurulatih maraton negara, P. Sidamparam berkata, jurulatih baru itu diberi masa sebulan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran serta corak latihan yang dikendalikan.

"Kami memantau prestasinya dari semasa ke semasa. Bagaimanapun, masih belum ada apa-apa rancangan sekiranya dia gagal menyesuaikan diri atau prestasinya kurang memuaskan," katanya kepada Kosmo! semalam.

Aziz Mirzaei adalah bekas ketua jurulatih olahraga Iran bagi acara jarak jauh dan pernah memenangi pingat gangsa pada Sukan Asia 1986 di Korea Selatan serta menyertai temasya Olimpik di Barcelona dan Atlanta.

Atlet bimbingannya juga pernah meraih beberapa pingat sepanjang menyertai Sukan Asia sebelum ini.

Sidamparam berkata, pelantikan Aziz adalah bertepatan pada masanya dalam usaha untuk menggilap atlet olahraga negara bersaing di pentas dunia khususnya dalam acara jarak jauh.

Menurutnya, tujuan KOAM untuk membawa jurulatih dari Iran tersebut supaya atlet negara dapat menimba pengalaman sebanyak mungkin terutama dalam ilmu kejurulatihan dan rahsia kejayaan atlet Iran.

"Saya nampak dia memiliki kebolehan dan pengalaman terutama dari segi mendidik dan melatih atlet negara kita sehingga mengecapi kejayaan."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2008 08:01 AM | Show all posts
Chambers tidak layak ke Beijing

CHAMBERS gagal dalam usahanya untuk beraksi pada temasya Sukan Olimpik di Beijing.

LONDON - Jaguh pecut Britain, Dwain Chambers terlepas peluang beraksi pada temasya Sukan Olimpik di Beijing bulan depan.

Ia gara-gara kegagalannya mendapatkan perintah daripada Mahkamah Tinggi untuk menentang hukuman penggantungan yang dikenakan kepadanya oleh Persatuan Olimpik Britain (BOA) semalam.

"Pihak hakim telah membuat keputusan mereka," jelas Chambers .

Atlet berusia 30 tahun itu sebelum ini memperjuangkan haknya daripada hukuman BOA yang melarang mana-mana atlet yang terlibat dadah daripada mewakili negara itu pada Sukan Olimpik.

"Saya akui Dwain Chambers yang merupakan atlet berbakat sepatutnya mewakili negara itu untuk beraksi pada temasya Sukan Olimpik," jelas pengerusi BOA, Lord Moynihan.

"Tetapi undang-undang ini perlu diikuti untuk kepentingan atlet kami.

"Kami juga akan meneruskan usaha dan menyampaikan pesanan penting ini bahawa tiada seorang pun yang terlibat dengan dadah boleh mewakili negara ke Sukan Olimpik."

Chambers yang menjuarai acara 100 meter pada Kejohanan Ujian Sukan Olimpik Britian minggu lalu melengkapkan hukuman penggantungan ke atas pada tahun 2006 selepas diuji positif dadah jenis steroid THG pada tahun 2003.

Begitupun, dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menetapkan tarikh akhir penyertaan berakhir minggu ini, maka Chambers perlu segera membuat rayuan andai masih berminat untuk ke Beijing.

Buat masa ini, Britain hanya menamakan Simeon Williamson dalam acara 100m dengan dua lagi kekosongan masih belum diisi sehinggalah berakhirnya kes tersebut. - AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2008 11:52 AM | Show all posts

'Siri Liga Emas' - Jelimo dan Vla歩c masih bersaing merebut AS$1 juta

Siri ke 4 daripada 6 siri liga emas berlangsung di Paris Saint-Denis, Prancis  pada 18/07/2008. Dua atlit sahaja yang masih bersaing minggu lepas untuk merebut AS$1 juta terus unggul mendominasikan acara mereka pada siri kali ini.

800m - Pamela Jelimo   KEN  1:54.97
Lompat Tinggi - Blanka Vla歩c  CRO 2.01m

Siri dua terakhir Liga Emas akan bersambung selepas Olimpik di Z黵ich dan Bruxelles.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2008 11:54 AM | Show all posts

Ramalan terkini (20/07/08

Hanya tinggal kurang tiga minggu sebelum Olimpik Beijing bermula. Di penghujung bulan jun dan sepanjang bulan julai ini banyak kejutan berlaku dan catatan masa terpantas musim ini dilakukan. Selain itu, siri jelajah dunia acara olahraga hanya berbaki 3 siri kejohanan sahaja sebelum bermula saringan di Olimpik (22/07/2008 Super Grand Prix DN Galan Stockholm, 25/07/2008
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2008 07:08 PM | Show all posts

IRELAND ATHLETICS TEAM - XXIX OLYMPIC GAMES

Fionnuala Britton (3000 metressteeplechase)MichelleCarey(400metreshurdles) Thomas Chamney (800metres) JamieCostin(20kilometrewalk)Pauline Curley (marathon)AlistairCragg(1500metres/5000metres/10000metres) Martin Fagan(marathon)DavidGillick(400 metres)ColinGriffin (50 kilometre walk)RobertHeffernan(20kilometre walk)PaulHession (100 metres/200 metres)JoanneCuddihy(400metres)OliveLoughnane (20 kilometrewalk)RoisinMcGettigan(3000metressteeplechase) Eileen O'Keeffe(hammer)DervalO'Rourke(100metreshurdles)

http://www.iaaf.org/OLY08/news/kind=100/newsid=46268.html

[ Last edited by  orgjauh at 22-7-2008 07:14 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2008 07:24 PM | Show all posts

Relay teams qualified and participating in Beijing

21 July 2008

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.095528 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list