CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

Olahraga

[Copy link]
Post time 7-9-2008 02:12 PM | Show all posts

Pamela Jelimo merangkul wang tunai AS$1 juta.

Koronologi persaingan merebut wang tunai AS$1 juta yang akhirnya di miliki oleh juara olimpik, Pamela Jelimo.

Siri pertama liga emas telah berlangsung di Berlin, German.


Lelaki
100m - Nesta Carter             JAM     10.08s
400m - LaShawn Merritt   USA          44.03s      
1500m - Augustine Kiprono Choge          KEN          3:31.57s      
400mH - Bershawn Jackson          USA          48.73s
Lompat Jauh - Hussein Taher Al-Sabee          KSA          8.21m  
Lontaran Javelin - Tero Pitk鋗鋕i          FIN          85.20m

Wanita
200m - Sherone Simpson          JAM          22.43s
800m - Pamela Jelimo          KEN          1:54.99s
100mH - Josephine Onyia          ESP          12.50s
Lompat Tinggi - Blanka Vla歩c          CRO          2.03m




Siri ke 2 liga emas telah berlangsung di Oslo (Bislett), Norway.

Hanya 5 atlit yang masih berpeluang untuk merebut AS$1 juta.


Lelaki

400mH - Bershawn Jackson          USA          48.15s
Lompat Jauh - Hussein Taher Al-Sabee          KSA          8.19m

Wanita

800m - Pamela Jelimo          KEN          1:55.41s
100mH - Josephine Onyia          ESP          12.59s
Lompat Tinggi - Blanka Vla歩c          CRO          2.04m




Siri ke 3 siri liga emas berlangsung di Roma, Italy.

Hanya 2 atlit yang masih berpeluang untuk merebut AS$1 juta.


800m - Pamela Jelimo   KEN  1:55.69
Lompat Tinggi - Blanka Vla歩c  CRO 2.00m



Siri ke 4 liga emas berlangsung di Paris Saint-Denis, Prancis.

Masih tinggal 2 atlit yang berpeluang untuk merebut AS$1 juta.


800m - Pamela Jelimo   KEN  1:54.97
Lompat Tinggi - Blanka Vla歩c  CRO 2.01m



Siri ke 5 liga emas berlangsung di Z黵ich, Switzerland.
       
Masih tinggal 2 atlit yang berpeluang untuk merebut AS$1 juta.


800m - Pamela Jelimo   KEN  1:54.01  
Lompat Tinggi - Blanka Vla歩c  CRO 2.01         


       
Siri ke 6 dan terakhir liga emas berlangsung di Bruxelles, Belgium.

Kekalahan Blanka Vlasic menjadikan Pamela Jelimo merangkul keseluruhan wang tunai AS$1 juta.

800m - Pamela Jelimo   KEN  1:55.16         


Tahniah Pamela Jelimo!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2008 02:18 PM | Show all posts

Jelimo becomes a millionaire in Brussels

Brussels, Belgium - Pamela Jelimo secured the $1 Million 臚 Golden League Jackpot outright, as Blanka Vlasic抯 hopes of at least a share of the prize fell at the sixth and final stage of the 臚 Golden League 2008, the Belgacom Memorial Van Damme, which was played out in front of a sell-out 47,000 crowd in the King Baudouin Stadium.

Heavy rain fell before start of the main meeting timetable, but the Gods looked kindly again on Belgium抯 greatest annual sporting spectacle, as while the air felt damp throughout the two hours of main action the rain cleared and temperatures stayed in the 16 to 18C range.

$1 Million goes to Jelimo, as Vlasic loses out

Olympic champion Pamela Jelimo was aided to another fast time by Beijing fourth placer Svetlana Klyuka. It was a simple run. The Kenyan followed the Russian from the gun, and with about 550m of the women抯 800m completed (the bell had sounded at 55.40 sec) the pacemaker stepped off the track, and Jelimo was then left alone on an uninterrupted path to the $1 Million 臚 Golden League Jackpot, winning the race in 1:55.16, a meet record.

World champion Janeth Kepkosgei filled her usual position of this season behind her younger compatriot, second in 1:58.85, with Jamaica抯 Kenia Sinclair third in 1:59.11.

But with the other Jackpot contender Blanka Vlasic still competing in the women抯 High Jump as the 800m was worked off, it still remained unclear if the entire pot of cash or just a $500,000 share would be enjoyed by Jelimo by the end of the night.

However, Vlasic, who dislikes wet runways, was very tentative at every height of her competition, and always looked in danger of losing her share of the prize.

In Beijing Vlasic saw the Olympic gold slip away on count back to Belgium抯 Tia Hellebaut after they had both produced a marvellous 2.05 performance but hers only on the second try to the Belgian抯 first. This evening Vlasic lost a potential $500,000 in similar manner to Germany抯 Arianne Friedrich, who like the Croatian and Hellebaut jumped a best of 2.00m. The dividing line this time was 1.97, a heavy looking Vlasic needing a second attempt to clear, as opposed to Friedrich抯 first.

There was an electric atmosphere to the competition as with every leap of Hellebaut, Belgium抯 first ever female Olympic track and field gold medallist, the capacity crowd clapped and cheered loudly. The Belgian ended up third, needing three efforts to go over 2.00m, while the two athletes ahead of her were successful on their second approaches to that bar.

No consolation prize for Vlasic but Jelimo抯 dreams are realised

揑 couldn抰 find my technique on the wet track,
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2008 02:28 PM | Show all posts

Jelimo - In five months, from unknown to athletics Golden Girl

Brussels, Belgium

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2008 02:49 PM | Show all posts

whoaa  bagus jelimo tu ye....

kesian pada vlasic... dah la kalah high jump
masa olympic  hari tu.. dapat silver aje..

this time  tak dapat a million pulak -
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2008 08:54 AM | Show all posts
'Powell, Gay bakal mengganas'

Bolt percaya saingan 100m lebih sukar musim 2009


PARIS: Pemenang tiga emas Olimpik, Usain Bolt percaya dua pencabar utamanya, Asafa Powell dan Tyson Gay akan lebih 'mengganas' pada 2009, ditunjangi kesungguhan untuk menjelmakan cabaran sengit selepas kejayaannya mendominasi catatan rekod dunia.

Bolt meraih tiga emas di Beijing selain turut melakar tiga rekod baru pada temasya itu.

Sebagai bandingan, Powell, bekas pemegang rekod dunia 100m itu sekadar menduduki tempat kelima pada final Olimpik ketika Gay, berstatus juara dunia, gagal ke final selepas persiapannya sebelum itu diganggu kecederaan pangkal paha.

揑anya akan jadi sesuatu yang besar di antara saya dan Asafa. Juga Tyson. Dia cedera, jadi dia akan kembali lebih hebat musim depan. Semuanya serius kerana ia adalah tugas kami untuk jadi juara, jadi saya memang tidak sabar menantikan musim depan.

揑a akan lebih besar tahun depan kerana saya rasa dia (Gay) akan dalam keadaan lebih baik pada awal musim untuk melakukan perkara hebat, jadi saya memang akan bersedia menantinya,
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2008 10:56 PM | Show all posts

Reply #264 dexa's post

2008 adalah musim yg hebat buat jelimo... sama seperti steffi graf, menang golden slam dlm satu musim......jelimo pulak menang kesemua golden league+olimpik.

sedih kat Vlasic, lepas gagal d olimpik.....gagal lagi d siri terakhir gl...geram ssgat tengok aksi Tia Hellebaut menang emas olimpik haritu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2008 09:51 AM | Show all posts

Highlights of Day One - IAAF / VTB Bank World Athletics Final in Stuttgart

Stuttgart, Germany - A World record by Barbora Spot醟ov
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2008 08:56 PM | Show all posts
Pegawai terlepas hukuman berat



PEGAWAI Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) yang didakwa terlibat dalam kes cabul pada Terbuka Taiwan Mei lalu, terlepas daripada hukuman berat apabila sekadar tidak dibenarkan lagi mewakili badan induk olahraga negara itu ke luar negara sehingga diberitahu.

Presiden KOAM, Datuk Seri Shahidan Kassim ketika mengumumkan hukuman itu selepas bersidang selama sejam bersama panel Jawatankuasa Disiplin yang diketuai Prof. Datuk WY Chin turut mengesahkan hukuman itu berdasarkan tuduhan 'perbuatan meragukan' dan bukannya kes cabul.

Shahidan juga enggan mendedahkan identiti pegawai terbabit atas alasan media dan masyarakat telah menghukumnya terlebih dahulu sebelum dihadapkan pada Jawatankuasa Disiplin KOAM.

" Pegawai berkenaan yang kini berada di luar negara untuk melanjutkan pelajaran bagaimanapun diberi masa sebulan untuk membuat rayuan," kata Shahidan.

Difahamkan, pegawai terbabit telah menghantar surat peguam kepada KOAM agar tidak menyiarkan identitinya.

" Panel Jawatankuasa Disiplin yang menyiasat kes ini mendapati tiada gangguan seks berlaku tetapi hanya perbuatan yang meragukan.

"Tiada atlet terlibat tetapi hanya melibatkan seorang pelajar Malaysia di Taiwan yang menjadi pegawai perhubungan," kata Shahidan semalam.

Shahidan berkata, surat aduan dari enam atlet wanita yang diserahkan kepada Majlis Sukan Negara (MSN) juga tidak ditandatangani pegawai perhubungan berkenaan.

"Walaupun tidak jelas, jawatankuasa disiplin mendapati, ada perkara dalam kandungan surat itu boleh dibicarakan dan aduan secara verbal (lisan) juga didapati ada unsur untuk disiasat.

"Tetapi bukan gangguan seksual, perbuatan meragukan," katanya.

Ketika diminta menjelaskan maksud tuduhan 'perbuatan meragukan' itu, Shahidan berkata, perbuatan seperti menelefon di waktu tengah malam atau mengajak seseorang keluar ketika larut malam tanpa kehadiran pihak ketiga boleh dikategori di bawah tuduhan itu.

"Apa yang penting, ibu bapa kini tidak lagi perlu bimbang bila menyerahkan anak mereka di bawah bimbingan KOAM. Saya beri jaminan, kes di Taiwan ini adalah terpencil dan tidak melibatkan atlet," katanya.

Sehubungan itu Shahidan meminta MSN menyediakan pengiring wanita bagi mengiringi atlet wanita ke luar negara walaupun melibatkan kos tinggi.

Shahidan juga mengingatkan atlet yang tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara agar melaporkan perkara itu kepada sekretariat KOAM atau kepada beliau sendiri dan tidak mendedahkannya melalui pihak lain.

Selain Chin, Jawatankuasa Disiplin itu turut dianggotai Datuk Zainal Abidin Ahmad, S. Govindarajoo dan Thalia Rahaina Abdul Latif.



- Bernama / Kosmo -




[ Last edited by  HangPC2 at 20-9-2008 09:24 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2008 06:30 AM | Show all posts
Bolt, Isinbayeva raih anugerah IAAF


BOLT (kanan) dan Isinbayeva dinobatkan Atlet Terbaik IAAF 2008.

MONTE CARLO - Juara Olimpik, Usain Bolt dari Jamaica dan ratu lompat bergalah Rusia, Yelena Isinbayeva dinobatkan sebagai Atlet Terbaik Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) 2008.

Bolt dipilih sebagai pemenang bagi kategori lelaki ekoran kejayaannya memenangi tiga pingat emas termasuk tiga catatan rekod dunia dalam acara 100, 200 dan 4x100 meter pada Sukan Olimpik di Beijing, China Ogos lalu.

"Saya berpegang kepada prinsip tiada yang mustahil, namun anugerah ini merupakan satu penghormatan buat saya.

"Anugerah ini merupakan satu perkara yang amat menakjubkan. Saya akan cuba mengekalkan gelaran ini musim depan," kata Bolt pada Majlis Malam Gala Persekutuan IAAF kelmarin.

Isinbayeva, 26, yang merangkul gelaran bagi kategori wanita merupakan pemegang 24 rekod dunia selain berjaya memadam rekod catatannya sendiri sebanyak tiga kali.

"Saya sangat berbangga kerana dipilih sebagai pemenang anugerah ini buat kali ketiga," ujar Isinbayeva yang turut menerima anugerah tersebut pada tahun 2004 dan 2005.

Atas kemenangan itu, mereka membawa wang kemenangan AS$100,000 (RM362,971). - Reuters


***********************************************************************************


they both deserve it... memang a great year for bolt - masa olympic hari tu
dan isinbayeva - a great athlete too --

ishh dapat over a quarter million pulak tu... bestnya -
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 08:18 AM | Show all posts

- kosmo -

Kem untuk mencari pelapis berbakat


ROSLINDA (kanan) turut hadir membimbing atlet muda pada
program Kem Bakat Lompat Bergalah di MSN, Bukit Jalil semalam.



DEMI memastikan negara tidak ketandusan atlet pelapis dalam acara sukan khusus (spesifik) pada masa hadapan, Majlis Sukan Negara (MSN) menerusi cawangan pelapisnya merancang untuk mengadakan tiga kem bakat setiap setahun bermula tahun depan, lapor SHAHRIL NIZAM ABDULLAH.

Menurut pengarah cawangan pelapis MSN, Jefri Ngadirin, tujuan utama kem tersebut ialah untuk mencungkil bakat baru dalam tiga acara khusus iaitu lompat bergalah, acara lompatan dan acara balingan sekali gus bakal diserapkan ke dalam program latihan atlet pelapis negara.

"Tujuan utama kem ini ialah untuk menghidupkan semula acara-acara sukan ini di kalangan generasi muda. Sekiranya ada yang berpotensi, mereka akan diserapkan ke dalam program latihan atlet pelapis negara di masa hadapan," kata Jefri ketika hadir menyaksikan Kem Bakat Lompat Bergalah di MSN, Bukit Jalil semalam.

"Ini kerana MSN mendapati atlet pelapis bagi tiga acara khusus ini semakin berkurangan sejak kali terakhir diwujudkan pada 1993.

"Hasil daripada program tahun 1993 itu, kita berjaya melahirkan atlet elit seperti Roslinda Samsu dan Lee Hup Wei.

"Jadi, untuk memastikan negara tidak ketandusan atlet dalam acara khusus ini pada masa hadapan, cawangan pelapis MSN bersedia mengadakan tiga kem bakat ini setiap tahun dengan kerjasama daripada 17 pusat latihan di sekolah-sekolah seluruh negara," katanya lagi.

Jefri turut memberitahu MSN juga akan bekerjasama dengan Pusat Latihan Prestasi Tinggi (HPTC) bagi memberi peluang kepada jurulatih-jurulatih tempatan menimba pengetahuan dan pendedahan dalam acara sukan tersebut.

"Menerusi kerjasama dengan HPTC, kita ada tiga agenda utama. Pertama dalam program kejurulatihan, kedua pertandingan dan ketiga program latihan.

"Dalam kejurulatihan, MSN akan menghantar beberapa jurulatih tempatan untuk menimba pengetahuan dan pengalaman bersama HPTC supaya kita tidak ketandusan jurulatih-jurulatih dalam acara khusus ini.

"Dalam pertandingan pula, HPTC akan menghantar atlet pelapis terbaik kita untuk menyertai kejohanan di luar negara setiap tahun bagi menimba pengalaman dan pendedahan awal, manakala bagi program latihan pula, atlet-atlet yang terpilih akan berpusat di HPTC untuk latihan pusat," ujarnya lagi.

Selain itu, Jefri turut berharap inisiatif yang diambil oleh MSN ini bakal membuka mata semua sekolah di seluruh negara untuk mula memberi perhatian kepada tiga acara khusus ini.

"Oleh itu, dengan adanya program seperti ini, saya harap setiap sekolah di seluruh negara boleh mengambil inisiatif sendiri untuk memberi tumpuan kepada tiga acara khusus ini.

"MSN juga akan menghantar jurulatih-jurulatih bertauliah ke setiap sekolah sekiranya mereka betul-betul memberi tumpuan kepada acara ini," kata Jefri lagi.

Pada kem bakat lompat bergalah yang bermula pada 24 hingga 29 November itu, seramai 37 atlet muda terpilih.

Mereka akan mendapat bimbingan daripada jurulatih, Mohd. Manshahar Abd. Jalil dan Teh Weng Chang serta berpeluang menerima tunjuk ajar daripada atlet lompat bergalah negara, Roslinda Samsu.


*****************************************************************************************

dari dulu nak cari pelapis -  sebab tu ada MSSD MSSM semua -
tapi biasanya - lepas MSS    - students pun further study -- tinggalkan
sports ni..  ramai yang begitu - tak semua  tapi  more than 50% memang
jadi camtu -- so - kena make sure pelapis ni memang berminat dan mahu
sumbangkan tenaga untuk sukan ini -
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2008 08:10 AM | Show all posts
Bolt, Walker atlet terbaik Jamaica


BOLT dinobatkan sebagai Atlet Terbaik Jamaica atas
pencapaian hebatnya pada temasya Olimpik Ogos lalu.


KINGSTON - Juara Sukan Olimpik, Usain Bolt dan juara acara 400m lari berpagar, Melanie Walker dinobatkan sebagai Atlet Terbaik Jamaica kelmarin.

Bolt yang turut menerima anugerah Atlet Terbaik Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) 2008 baru-baru ini menjadi pilihan utama atas kejayaannya memenangi tiga pingat emas termasuk tiga catatan rekod dunia dalam acara 100, 200 dan 4x100 meter pada Sukan Olimpik di Beijing, China Ogos lalu.

Menurut atlet Jamaica itu, dia sememangnya amat berbangga kerana diberi penghormatan tersebut.

"Saya bangga kerana mendapat pengiktirafan oleh JAAA kerana mereka telah bekerja keras untuk melahirkan atlet olahraga yang hebat," kata Bolt.

Sementara itu rakannya, Walker berkata, semua atlet wanita lain telah mempamerkan aksi cemerlang meskipun dia terpilih sebagai penerima anugerah musim ini.

"Saya amat menghargainya. Saya bersyukur kerana terpilih namun saya yakin semua atlet wanita Jamaica telah mempamerkan aksi cemerlang," ujar Walker yang telah menewaskan juara 200m, Veronica Campbell-Brow pada temasya di China itu. - AFP


*************************************************************************************

... and they both deserve it -
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 09:05 AM | Show all posts
Sasaran baru Bolt


AKSI Bolt ketika memenangi acara 200 meter pada
temasya Sukan Olimpik di Beijing, Ogos lalu



LONDON - Pelari sensasi Jamaica, Usain Bolt mahu memecahkan rekod dunia acara 400 meter milik bekas atlet Amerika Syarikat, Michael Johnson.

Selepas gah selaku pemegang rekod dunia acara 100 dan 200m, Bolt kini me- letakkan sasaran untuk memadam rekod milik Johnson itu yang masih bertahan selama sembilan tahun.

"Semua orang mahu melakukannya (pecah rekod). Pada tahun 2010, tidak ada sebarang kejohanan besar. Jadi saya akan beraksi dalam acara 400m pada tahun itu," kata Bolt semalam.

"Corak latihan bagi acara 400m lebih keras, tetapi saya sudah mula memikir- kan tentangnya."

Johnson mencipta rekod dunia acara 400m apabila mencatatkan masa 43.18 saat pada Kejohanan Dunia di Sevilla pada Ogos 1999.


Terdahulu, Bolt berjaya mencuri tumpuan apabila meraih pingat emas acara 100 dan 200m pada Sukan Olimpik di Beijing, Ogos lalu.

Dia turut memecah rekod dunia selama 12 tahun milik Johnson dalam acara 200m pada temasya di Beijing apabila mencatat kan masa 19.30 saat.

Mengulas kejayaan cemerlangnya di Beijing, Bolt berkata: "Jika kamu beraksi dengan perasaan gementar, kamu akan tewas.

"Ada pelari lain yang bermula baik daripada saya, tetapi saya menamatkan larian dengan penuh bertenaga. Saya tahu saya sudah memenangi perlumbaan ketika jarak 75m, jadi sebab itu saya mula meraikannya.

"Saya tidak peduli tentang catatan masa. Ia merupakan kali pertama pelari dari negara saya memenangi acara 100m," jelas Bolt yang mencatat masa 9.69s dalam acara akhir 100m pada temasya di Beijing. - AFP

**********************************************************************************

dia ni sprinter... boleh ke buat 400m ni.. kalau dapat pecahkan record tu memang
kira hebat betul bolt ni ---
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 09:24 AM | Show all posts
Bolt gah takluk acara olahraga 2008

Dalam acara wanita, Isinbayeva tiada tandingan tahun lalu

LONDON: Usain Bolt membiarkan kakinya yang panjang itu terlepas bebas di Stadium Sarang Burung dan dia meninggalkan Beijing dengan tiga pingat emas Olimpik, tiga rekod dunia dan beratus juta peminat baru di seluruh dunia.


Kurang dikenali pada permulaan musim ini, pelari pecut Jamaica itu menjadi bintang di trek pada 2008, bermula dengan merakam rekod dunia acara 100 meter pada penghujung Mei dan kemudian merendahkan lagi catatan itu kepada 9.69 saat di Olimpik.

Beberapa hari kemudian, dia mencipta rekod dalam acara 200m dengan 19.30s - mencantas satu per seratus catatan dilakukan Michael Johnson pada temasya Atlanta 1996.

Untuk menutupnya, pelari dengan ketinggian 1.96m itu membantu Jamaica menjuarai acara berganti 4x100 - sekali lagi dengan catatan rekod dunia.

"Saya ialah Lightning Bolt. Saya bukan Flash Gordon atau sesiapa saja," kata Bolt selepas acara 200m. "Nama saya ialah Lightning Bolt."

Dua pelari terhebat sepanjang zaman juga melalui musim yang hebat dengan Kenenisa Bekele menjuarai kedua-dua acara 5,000m dan 10,000m di Olimpik.

Dalam acara jarak jauh, pelari hebat Habsyah itu menewaskan juara acara 10,000m Olimpik 1996 dan 2000, Haile Gebrselassie, yang hanya menyertai acara itu selepas menarik diri dalam acara maraton kerana bimbang mengenai pencemaran.

Namun, kedudukan penamat keenam buat Gebrselassie di Beijing tidak menghalangnya daripada memecahkan rekod dunia maraton miliknya sendiri apabila mencantas catatan itu kepada 2:03:59 di Berlin pada September.

"Saya tahu saya boleh melakukan sesuatu di sini di Berlin kerana sejak saya mula berlari, Berlin sentiasa menjadi bandaraya bertuah buat saya," kata Gebrselassie, juara tiga kali Maraton Berlin yang mencatat rekod dunia sebelumnya pada perlumbaan pada 2007.

Dalam acara wanita, Yelena Isinbayeva tidak mampu ditewaskan dalam acara luar dewan sepanjang 2008, mempertahankan gelaran lompat bergalah Olimpik di Beijing dengan satu daripada empat rekod dunia diciptanya tahun ini - tiga di luar dewan dan satu dalam dewan.

"Saya suka bersendirian di tempat teratas," kata Isinbayeva selepas meninggikan rekod dunia luar dewan kepada 5.05 meter di Beijing. - AP
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 12:13 PM | Show all posts

Bolt ghairah cipta kejutan

ROME: Juara berganda Olimpik dari Jamaica, Usain Bolt percaya dia boleh merendahkan lagi catatan rekod dunia 100 meter dunia miliknya kepada 9.58 saat dan boleh pergi mengikis 19 saat dalam acara 200m.


Bolt melakukan catatan 9.69s dan 19.30s untuk memenangi acara 100 dan 200m di Sukan Olimpik Beijing, Ogos lalu dan dia juga menjadi sebahagian daripada kuartet 4x100m Jamaica.

揝aya dengar jurulatih saya (Glen Mills) bercakap mengenai 9.58s sebagai satu kemungkinan (100m) dan saya percayakannya,
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2009 10:12 PM | Show all posts
Bolt bakal lebih pantas berlepas
06/01/2009

KINGSTON 6 Jan. _ Glen Mills, jurulatih pemenang tiga pingat emas Sukan Olimpik, Usain Bolt mengenal pasti tiga perkara utama untuk diperbaiki dalam permulaan pelari pecut olahraga itu bagi musim akan datang.

Bolt menggemparkan arena dunia tahun lalu dengan memenangi gelaran pecut berganda Olimpik kali pertama dengan mencatatkan rekod dunia di Beijing.

Bolt memenangi emas dalam 100 dan 200m (mencatatkan 9.69 saat dan 19.30 saat) dan berlari sebagai pelari ketiga pasukan 4x100m yang turut mencatat satu rekod dunia.

Namun Mills berkata, pelari pecut lampai itu mampu berlari lebih pantas jika menggilap kemahirannya dalam berlepas daripada blok pelepasan. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2009 08:51 AM | Show all posts
KOAM gagal lahir atlet berkualiti

Oleh MUSTAPA LAKAWA




G. SHANTI  masih memegang rekod kebangsaan dalam acara 100 dan 200m.


ADAKAH Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) sudah matang?
Jawapannya pasti ya andai usia dijadikan ukuran.


Ditubuhkan pada tahun 1906, KOAM secara dasarnya kini memasuki usia103 tahun iaitu tempoh masa yang cukup untuk mendewasakan mana-manapersatuan sukan.

Namun, sejauh manakah kematangan itu menjadikan KOAM sebagai badansukan yang berjaya, dan adakah juga tempoh 103 tahun itu sudah cukupuntuk membolehkan KOAM tampil dengan lebih profesional?

Hakikatnya, tahun 2008 lalu menjadi tahun suka duka buat KOAM.


Suka kerana tiga atletnya, Lee Hup Wei, Roslinda Samsu dan Yuan Yufang berjaya melangkah ke Sukan Olimpik.
Begitupun, episod duka yang dilalui KOAM cukup ketara.



RABUAN PIT (kanan) antara legenda olahraga negara.

Selain politik kepimpinan yang terus berlarutan, KOAM juga secaradasarnya masih gagal melahirkan kelompok atlet pelapis yang benar-benarberkualiti. Di manakah silapnya atau adakah KOAM tidak buat kerja?

Persoalan kini, adakah kurangnya penganjuran peringkat tempatantelah menyekat usaha KOAM untuk menjadi kilang melahirkan atletberkualiti?


Kalau adapun, mungkin kehangatannya tidak sehebat ketika era tahun 1980-an dan 90-an.

Ketika itu, peminat dapat melihat aksi kelas dunia daripada pelariseperti Rabuan Pit, Watson Nyambek, Azmi Ibrahim, Hamberi Mahat,Nazmizan Muhammad dan R. Ganeshwaran yang sememangnya gagah dalam acarapecut.

Begitu juga dengan persaingan antara Azhar Hashim, Mohd. YazidParlan, V. Samson dan Nordin Jadi dalam acara 400m sekitar tahun1990-an.

Bagi kategori wanita, nama-nama seperti G. Shanti, Anita Ali,Sajaratuldur Hamzah dan Mumtaz Jaafar (kini Datuk) adalah srikandi yangpernah menggegar trek 100m pada penghujung tahun 1980-an.

Kini, tradisi persaingan yang ada dalam KOAM tidak lagi wujud.



Kejohanan utama peringkat negeri seperti Terbuka Pahang, TerbukaNegeri Sembilan dan Terbuka Kuala Lumpur juga tidak semeriah dulu.

揗emang diakui hakikat bahawa kejohanan tempatan hari ini tidaksemeriah berbanding dahulu,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2009 08:16 AM | Show all posts
Pegawai 'bermasalah' kembali
Oleh Meor Hisham Zulkifli

Atlit wanita resah KOAM beri tugas kepada pegawai 'hidung belang'

SUASANA resah kembali menjelma di kem latihan atlit wanita olahraga selepas individu yang sebelum ini dijatuhi hukuman kerana didapati melakukan 'perlakuan meragukan', dilantik memegang jawatan dalam jawatankuasa Kejurulatihan, Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM).

Selepas gempar dengan aduan berlaku kes pencabulan di Taiwan, KOAM pada 19 September lalu, mengumumkan pegawai terbabit digantung daripada menjadi pengurus kepada skuad negeri dan kebangsaan untuk tempoh sehingga dimaklumkan.

Namun hanya selepas dua bulan, insan terbabit muncul dengan diberikan jawatan bagi menguruskan aspek pembangunan kejurulatihan atlit negara, keadaan yang mencetuskan rasa curiga berterusan di kalangan atlit.

Ketika diajukan soalan kepada Timbalan Presiden KOAM, Karim Ibrahim berhubung suasana gelisah ini, beliau segera menegaskan betapa jawatan yang dipegang pegawai terbabit sekadar mewajarkannya untuk mengendalikan kursus membabitkan kejurulatihan.

"Beliau hanya bertindak untuk mengendalikan kursus saja. Pelantikannya sebenarnya sudah diluluskan Lembaga KOAM yang bersidang baru-baru ini yang dipengerusikan Presiden, Datuk Seri Shahidan Kassim.

"Atlit bising, saya tidak boleh buat apa. Saya tidak dengar pun ada atlit yang melenting atau marah. Biar mereka cakap kepada akhbar. Selepas itu baru saya mahu ulas," katanya.

Ditanya mengapa KOAM meluluskan pelantikan itu, Karim menjelaskan, menjadi dasar KOAM seperti yang termaktub dalam perlembagaan, melantik pegawai negeri untuk menerajui jawatankuasa kecil.

"Semua setiausaha negeri diberikan tanggungjawab (termasuk individu ini). Jadi, KOAM bersetuju melantik dia selain turut menduduki jawatankuasa teknikal.

"Dengan cara ini, kita memberi peluang kepada semua untuk terbabit bagi memastikan kita dapat menghasilkan atlit yang berkualiti," katanya yang enggan mengulas lebih lanjut.

September lalu, Shahidan menamatkan kes yang bermula dengan aduan beberapa atlit kebangsaan mengenai salah laku pegawai terbabit ketika Kejohanan Terbuka Taiwan, Mei lalu.

Pendedahan salah laku itu dibuat menerusi surat aduan ditandatangani beberapa atlit wanita negara yang mengambil bahagian dalam kejohanan berlangsung daripada 27 sehingga 31 Mei lalu.

Dalam surat dinyatakan cubaan mencabul kehormatan dilakukan pegawai lantikan KOAM berkenaan terhadap petugas kejohanan Taiwan yang bertindak selaku pegawai perhubungan (LO) pasukan negara.

**********************************************************************************

dalam sukan pun banyak politik nya --
kalau dah pegawai tu dulu cuba mencabul kehormatan athlete
patutnya tak bagi lagi bekerja di sana - pelik sangat kalau dah ada
aduan salah laku dan pegawai tu masih ada di kelompok athletes lagi -
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2009 06:52 PM | Show all posts
dulu slalu nampak nazmizan tu kat area serdang n upm... tinggi gak orgnya...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2009 09:30 AM | Show all posts
Jaguh pecut Jamaica kembali gegar balapan



BOLT akan beraksi dalam acara 400m pada Kejohanan
Balapan dan Padang Camperdown hari ini.


KINGSTON - Pemenang tiga pingat emas Sukan Olimpik, Usain Bolt akan memulakan musim 2009 dengan menyertai acara 400 meter pada Kejohanan Balapan dan Padang Camperdown hari ini.

Bolt mencipta nama dengan kejayaannya meraih tiga pingat emas selain tiga catatan rekod dunia pada tema- sya Sukan Olimpik di Beijing, Ogos tahun lalu.

Dia memecahkan rekod dunia acara 100m dengan catatan 9.69 saat, 200m (19.30s) selain membantu kuartet Jamaica menjuarai acara 4x100m.

Begitupun, penampilan Bolt di Stadium Kebangsaan Kingston hari ini dianggap sebahagian daripada proses latihannya.

"Ini adalah latihan terbaik. Saya hanya mahu beraksi kerana ia memang ada dalam program latihan saya. Saya juga tidak melihat kejayaan hari ini sebagai sesuatu yang istimewa," ujarnya.

Sejak kejayaan di Beijing lalu, Bolt telah menerima jemputan daripada pelbagai pihak dari seluruh dunia, sekali gus menjejaskan prestasi semasanya.

"Saya akan cuba kembalikan rentak saya kerana saya mengalami kelewatan dari segi latihan pada tahun ini.

"Jadi, prestasi saya kini bukannya berada pada tahap terbaik," tambahnya.

Bolt juga mengesahkan bahawa dia akan terus beker- jasama dengan jurulatihnya, Glen Mills dengan Kejua- raan Dunia di Berlin, Ogos depan menjadi sasaran utamanya. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2009 06:55 AM | Show all posts
Bolt mudah kuasai acara 400m



BOLT (kiri) mempamerkan kehebatan sebenar apabila mengungguli
acara 400m pada Kejohanan Camperdown Classic di Kingston kelmarin.


KINGSTON - Jaguh pecut Jamaica, Usain Bolt memulakan kempen 2009 dengan kejayaan mengungguli acara 400 meter pada Kejohanan Olahraga Camperdown Classic kelmarin.

Menariknya, kejayaan Bolt itu diraih dengan cara sama ketika dia mencipta nama pada Sukan Olimpik di Beijing tahun lalu.

Pada perlumbaan kelmarin, Bolt sempat memperlahankan lariannya sebelum sampai ke garisan penamat dengan catatan terpantas 46.35 saat.

"Ini adalah masa yang baik," jelas Bolt, pemenang tiga pingat emas pada Sukan Olimpik 2008.

"Saya memulakan musim 2008 lalu dengan catatan 46.9s, jadi catatan kali ini lebih baik."

Bolt yang berlari dari lorong lima mula memperlahankan lariannya ketika perlumbaan berbaki 100m.

"300 meter pertama sangat baik dan 100m terakhir mula memerlukan saya bekerja keras," tambahnya.

Sementara itu, pemegang rekod 100m remaja Jamaica, Yohan Blake berada di tempat kedua dengan catatan 46.80s diikuti Annsert White (46.86s) dan Ricardo Chambers (46.98s).

Bolt yang dinobatkan selaku Atlet Terbaik Jamaica 2008 pada Jumaat lalu merupakan pemegang rekod dunia dalam tiga acara iaitu 100m (9.69s), 200m (19.30s) dan acara 4x100m. - AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.527336 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list