CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

Olahraga

[Copy link]
Post time 17-2-2009 06:07 AM | Show all posts
Keajaiban Isinbayeva



ISINBAYEVA meraikan kejayaannya mencatat satu
lagi rekod dunia di Donetsk kelmarin.


DONETSK, Ukraine - Ratu lompat bergalah Rusia, Yelena Isinbayeva meneruskan tradisi kehebatannya apabila mencatat rekod baru dunia dalam dewan pada Kejohanan Lompat Bergalah Memori Bubka kelmarin.

Isinbayeva berjaya melepasi ketinggian lima meter, sekali gus mengatasi rekod lama miliknya sendiri, 4.95m yang dilakukan pada kejohanan yang sama tahun lalu. Ia juga merupakan rekod dunia dalam dewan yang keenam berjaya dicipta Isinbayeva pada kejohanan di Donetsk itu.

Pada aksi kelmarin, juara Olimpik dua kali itu terlebih dahulu memecahkan rekod Amerika Selatan dengan ketinggian 4.81m sebelum melepasi 4.86m.

Isinbayeva seterusnya cemerlang dengan rekod baru pada ketinggian 4.97m selepas dua percubaannya pada ketinggian 4.96s gagal.

"Sangat sukar untuk mempercayainya," jelas Isinbayeva yang turut memegang rekod dunia luar dengan dengan catatan 5.05m.

"Saya memutuskan untuk mencuba pada ketinggian 4.97s kerana menyedari ketinggian 4.96 bukanlah nombor bertuah."

Kemuncak kepada aksi bintang Rusia itu adalah kejayaannya melepasi ketinggian lima meter untuk satu lagi catatan rekod dunia.

"Sebelum kejohanan ini, saya memang mensasarkan untuk mencipta dua rekod dunia.

"Saya merancang untuk melepasi 4.96m dan kemudiannya pada ketinggian lima meter. Saya bersyukur kerana saya dapat melakukannya dan persekitaran di sini adalah sebab utamanya.

"Ini adalah kejohanan yang cukup istimewa dan ia begitu dekat dengan diri saya," tambahnya.

Sementara itu, juara Olimpik dari Australia, Steve Hooker berjaya menjuarai kategori lelaki dengan catatan 5.92m, jauh daripada rekod dunia berusia 16 tahun milik Sergie Bubka dengan 6.15m. - AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2009 08:13 AM | Show all posts
dia siap leh pilih2 no utk ketinggian lagik ek.. ada bertuah ada xbertuah lagik..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2009 05:57 AM | Show all posts
Defar catat rekod dunia 5,000m




STOCKHOLM - Atlet Habsyah, Meseret Defar (gambar) terus membuktikan kehebatannya apabila mencatat rekod baru dunia dalam dewan bagi acara 5,000 meter pada Kejohanan Olahraga Dalam Dewan DN Galan kelmarin.

Atlet berusia 26 tahun itu mencatat masa 14 minit, 24.37 saat, sekali gus mengatasi rekod lama, 14:27.42s milik rakan senegaranya, Tirunesh Dibaba yang dilaku- kan di Boston dua tahun lepas.

Defar mencatat masa 30.3s pada pusingan terakhir di Galan, sekali gus menebus kembali kekecewaannya apabila gagal memecahkan rekod Dibaba di tempat yang sama hampir lima tahun lepas.

"Berjaya mencatat rekod dunia dalam dewan adalah suatu kejayaan yang istimewa, lebih-lebih lagi selepas sekian lama saya mencuba," jelas Defar.

Ini merupakan penampilan pertama Defar bagi acara 5,000m dalam dewan sejak memenangi pingat emas pada temasya Sukan Olimpik 2004 di Athens.

Sementara itu, juara lompat bergalah Sukan Olimpik, Steve Hooker dari Australia menamatkan kempennya pada kejohanan dalam dewan dengan meraih kemenangan kelima.

Dia mencatat ketinggian 5.86m sebelum gagal pada cubaan 6m. - Reuters
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2009 09:05 AM | Show all posts
kedingnya org kat atas ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2009 02:45 PM | Show all posts
Athletics: Yufang not included for Asian Race bid in Japan

By : Devinder Singh








Yuan Yufang is focusing more on her coaching duties.

THREE-TIME Olympian Yuan Yufang is the notable absentee from the list of four walkers selected to spearhead Malaysia's challenge at the Asian Race Walking (20km) Championship in Nomi City, Japan next month.

Yufang, who failed to finish her Olympic race in Beijing last year, is reducing her competition commitments to focus on her coaching duties.

Teoh Boon Lim, 2007 Sea Games gold medallist, is the most prominent walker training under Yufang and he will lead three others in attempting to qualify for this year's Laos Sea Games at the March 15 race.

Also attempting to gain a spot in the Sea Games squad are Malaysia Games champion Lo Choon Seang, two-time Sea Games winner Shahrulhaizy Abdul Rahman and veteran B. Thirukumaran.

National walks coach V. Subramaniam said all four must meet the qualifying mark of 1 hour, 32 minutes and 58 seconds, the silver medal time of the Korat Sea Games, to qualify for Vientiane.

"The main aim of going to Nomi City is to allow the walkers to try beat the Sea Games qualifying mark. This is their first major event of the year but I would like to see them meet the qualifying mark as soon as possible so that we can then turn our attention to the Sea Games," said Subramaniam.

The coach added that should all four men beat the qualifying mark, only the two walkers with the best time over the course of 2009 will go to Vientiane.

"We will take the best two should all qualify. The same thing happened for Korat when three met the qualifying mark," he said.

Boon Lim came out from a six-year retirement to bag the men's 20km gold, which he also won in 2001, in Korat to take over the mantle from Shahrulhaizy who was disqualified during the race for three rule infringements.

Yufang won the women's 20km event for the fourth consecutive time but Subramaniam would not be drawn on whether the six-time Sea Games gold medallist will return to defend her title.

"I don't know whether she is planning to compete again as she is mostly into coaching now," he said.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2009 05:38 PM | Show all posts
Olympic hero Bolt improves his 400m performance

Olympic sprint sensation Usain Bolt continued his early season preparation with another comfortable 400m victory at Jamaica's National Stadium.
"It's part of his training, so we expect him to improve every week," Mills said.


Bolt said a week earlier that he was behind in his season preparations compared to last year, in part because of travel and distractions as a result of his Olympic heroics in August.


But Mills said Saturday that he was comfortable with Bolt's form heading into major competition, the first of which will be the Jamaica International Invitational, an IAAF Area Permit meet, on May 2, also at the National Stadium.

Despite the low-key nature of Saturday's meeting, more than 3,000 fans gave a rousing welcome to Bolt, who set world records at the Olympics in winning the 100m gold in 9.69 seconds and the 200m title in 19.30 and then helped Jamaica to 4x100m relay gold.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2009 08:33 PM | Show all posts
Ratu Lompat Bergalah Kesal Dengan Kenyataan KOAM

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- "Adalah tidak adil sekiranya hanya atlet yang dipersalahkan apabila menggunakan media sebagai tempat untuk bersuara sebaliknya Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) sendiri turut mengunakan platform yang sama apabila tidak berpuas hati terhadap atlet," kata Ratu lompat bergalah negara, Roslinda Samsu.

Beliau berkata sekiranya KOAM ingin menguatkuasakan sebarang peraturan yang berkaitan dengan atlet, mereka sepatutnya memaklumkan sendiri kepada atlet berserta dengan penerangan yang jelas, dan bukan hanya mengumumkannya kepada media tanpa diketahui oleh atlet.

"Sebagai atlet, saya sedia menerima sebarang peraturan baru yang dikeluarkan oleh KOAM, namun ianya perlu dibincangkan atau setidak-tidaknya dimaklumkan kepada atlet secara rasmi terlebih dahulu agar atlet dapat memahaminya," katanya kepada Bernama.

Roslinda berkata beliau tidak menganggap dirinya sebagai melakukan sebarang kesalahan apabila lantang bersuara di media, mempertikaikan keputusan KOAM melantik pegawai bermasalah dalam kes cabul atlet, menduduki jawatankuasa kejurulatihan dan pembangunan KOAM.

"Saya membuat kenyataan apabila ditanya oleh pihak media setelah sekian lama KOAM membisu berhubung perkara tersebut. Komen daripada saya hanya dibuat lebih kurang seminggu selepas Menteri Belia Dan Sukan membuat kenyataan akhbar mengenai perkara itu," katanya.

Sementara itu Roslinda memuji dan menyambut baik keputusaan KOAM untuk melantik atlet lompat pagar negara, Norseela Khalid sebagai wakil atlet di dalam lembaga KOAM.

" Perlantikan wakil di kalangan atlet dalam lembaga KOAM bukan sesuatu yang baru dan perkara ini pernah dibuat satu masa dahulu, namun disebabkan oleh masalah tertentu, KOAM telah menarik balik pelantikan tersebut.

"Saya harap pada kali ini, KOAM akan meneruskannya demi menjaga kebajikan atlet yang bernaung di bawahnya," katanya.

Beliau juga membuat saranan agar KOAM memilih atlet yang kerap berada di tanah air sebagai wakil atlet dalam lembaga KOAM agar atlet lain mempunyai tempat untuk bersuara.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2009 06:12 AM | Show all posts
Isinbayeva kempunan



ISINBAYEVA sekadar mencatat ketinggian 4.82m pada
Kejohanan Dalam Dewan Birmingham kelmarin.


ENGLAND - Ratu lompat bergalah dunia, Yelena Isinbayeva terlepas peluang untuk mencatat rekod dunia ke-27 dalam kariernya pada Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Birmingham kelmarin.

Atlet Rusia itu mencatat tujuh rekod dunia di Britain dan berharap untuk memperbaiki catatan 5 meter yang dilakukannya di Donetsk, Ukraine minggu lepas.

Atlet Olaharaga Terbaik Dunia tahun lepas itu menang mudah apabila melepasi ketinggian 4.82m pada cubaan kedua tetapi gagal dalam semua tiga cubaan pada ketinggian 5.01m.

"Sejak mula saya memang rasa kurang cergas kerana masih keletihan selepas kejohanan di Donetsk," kata Isinbayeva.

Sementara itu, atlet lari berpagar Amerika Syarikat, Lolo Jones mencatat masa 7.82 saat dalam acara 60m, sekali gus menyamai rekod dunia yang dilakukannya di Karlsruhe minggu lepas.

Begitupun, Jones mengakui masih terdapat ruang untuk dia memperbaiki lagi catatannya itu.

"Masih terdapat satu atau dua perkara lagi yang saya perlu perbaiki dan sudah tentu ini merupakan sesuatu yang cukup positif," kata Jones.

Bagi acara 200m pula, juara 400m Sukan Olimpik, Christine Ohuruogu dari Britain membuat kejutan apabila menewaskan atlet veteran, Donna Fraser untuk muncul juara dengan catatan masa 23.42s.

"Saya memang terkejut kerana langsung tidak berlatih untuk acara ini," kata Ohuruogu.

"Saya hanya menyertai acara ini sebagai tanda sokongan pada kejohanan ini. Saya memang tidak fokus dalam kejohanan dalam dewan tetapi saya gembira dengan kemenangan ini." - AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2009 10:32 AM | Show all posts
kekeke dah pancit dah si isinbayeva ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2009 01:53 PM | Show all posts
Isinbayeva ni memang hebat, br je pecah rekod sendiri hr tu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2009 02:58 PM | Show all posts
busan ler.. asyik dia jer yang menang....
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2009 07:58 AM | Show all posts
Naib juara Olimpik ratu galah

BOSTON, Massachusetts - Pemenang pingat perak Olimpik, Jenn Stuczynski dengan mudah memenangi lompat bergalah wanita pada Kejohanan Balapan dan Padang Dalam Dewan Amerika Syarikat, kelmarin.

Stuczynski, 27, mengatasi rekod Amerika untuk memenangi acara itu dengan melepasi 4.83 meter.

Namun, pemegang rekod terbuka dan dalam dewan Amerika itu gagal dalam tiga percubaan untuk melepasi 4.86m.

Dia memenangi pingat perak Olimpik Beijing 2008 dengan satu lompatan 4.80m dan hanya di belakang pemegang rekod dunia dalam dewan, Yelena Isinbayeva dari Rusia (5.00m).

Dalam pada itu, pelari berpagar, Terrence Trammell dan Lolo Jones memungut ganjaran AS$25,000 (RM93,071) pada Siri Kejohanan Visa dengan pretasi pingat emas kelmarin.

Kejohanan dalam dewan itu merupakan yang terakhir dalam siri musim sejuk empat kejohanan.

Kedua-duanya menampilkan persembahan cemerlang di Pusat Olahraga Reggie Lewis.

Trammell meraih gelaran 60 meter berpagar lelaki dengan masa 7.37 saat. - AFP

************************************************************************************

sebab tu athletes olahraga kat luar negara kaya2..tengok la habuan nya
dan depa sokmo nak improve... etc
kat malaysia  athletes ramai tak ada duit... walaupun bagus kat malaysia
pecah record semua -

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2009 07:59 AM | Show all posts
Originally posted by karambunai at 25-2-2009 02:58 PM
busan ler.. asyik dia jer yang menang....



karam masuk la pulak
gerenti menang nanti -
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2009 03:24 PM | Show all posts

Balas #293 dexa\ catat

kalau karam masuk nak lepas 1meter pun lum tentu bole....
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 06:46 AM | Show all posts
KOAM tak abai pembangunan?

Oleh MUSTAPA LAKAWA


PROGRAM pembangunan yang lebih tersusun perlu
diwujudkan dalam usaha melahirkan atlet yang benar-benar berbakat.


ADAKAH sukan olahraga masih berada ditakuk lama, atau lebih terkebelakang jika dibandingkan dengan era terdahulu? Adakah Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) telah gagal memainkan peranannya?

Itu persoalan asas andai membicarakan senario sukan olahraga negara masa kini, senario yang dilihat lebih banyak 'drama' daripada aksi di balapan.

Jika komen seorang pengkritik sukan diambil kira, memang ada 1001 macam masalah yang berlaku.

Menurutnya, masalah asas di KOAM ialah kepemimpinan di semua peringkat.

Pada peringkat KOAM, pemimpin yang ada memikirkan cara bercuti di luar negara, manakala di peringkat negeri tidak menganjurkan kejohanan. Benarkah tanggapan ini?

Pengurus besar KOAM, Sri Murigak Madhavan ketika ditemui baru-baru ini menjelaskan bahawa KOAM tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya untuk melahirkan atlet, malahan giat menjalani program pembangunan.

Menurut Sri Murigak, Program Pasti Menang yang dilaksanakan tahun ini adalah sebahagian daripada usaha KOAM untuk mengembalikan kegemilangan lapangan olahraga.

Mengukuhkan lagi kenyataan Sri Murigak adalah kesediaan KOAM memperuntukkan RM16,000 setahun kepada setiap satu daripada 16 Pusat Kecemerlangan Olahraga (PKO) di seluruh negara untuk tujuan pentadbiran dan penganjuran kejohanan tahunan.

Idea itu wujud selepas KOAM mendapat penajaan RM5 juta daripada syarikat antarabangsa, Octagon pada Oktober tahun lalu.



SEHINGGA kini, negara masih gagal melahirkan
atlet wanita sehebat G. Shanti.


Ini bermakna, KOAM akan memperoleh dana RM500,000 setahun untuk tempoh 10 tahun.

"Ini adalah sebahagian daripada Program Pasti Menang yang akan dilaksanakan selama 10 tahun bagi melahirkan atlet-atlet yang bakal mewakili negara," jelas Sri Murigak.

"PKO ini sebenarnya akan menjadi platform kepada atlet-atlet yang 'tercicir' daripada berada dalam program Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mendapat peluang menunjukkan bakat masing-masing.

"Pada masa yang sama, usaha ini adalah sebahagian daripada cara KOAM untuk merapatkan lagi hubungan dan kerjasama dengan ahli gabungan di setiap negeri."

Sri Murigak juga menafikan tanggapan bahawa usaha ini adalah cara baru KOAM untuk mencari pengaruh atau dalam erti kata 'memancing undi' daripada kalangan ahli gabungannya.

"Mahu tidak mahu, KOAM perlu menjalankan peranannya membantu ahli gabungan di peringkat negeri.

"Ia tidak semata-mata bantuan kepada ahli yang menyokong, tetapi kepada semua yang terlibat. KAOM tidak pernah pilih kasih," tegasnya.

Apa pun, melihat kepada program terbaru ini, ia seakan-akan memberi nafas baru untuk kita melihat perkembangan sukan olahraga yang lebih efisien selepas sini.

Persoalannya kini, mampukah program seumpama itu menjadi platform untuk melahirkan lebih ramai atlet kerana tanpa disedari, wujud juga masalah apabila kejohanan peringat negeri tidak serancak dulu, situasi yang menyebabkan jumlah atlet berkurangan.

Hakikatnya, situasi ini bukannya salah ibu bapa yang tidak menggalakkan penyertaan anak mereka, tetapi mungkin dasar atau pendekatan yang dibuat masa kini gagal menarik perhatian mereka.

Mengimbas sejarah lalu, kerajaan sebenarnya menetapkan olahraga dan gimnastik sebagai dua sukan wajib disertai murid-murid sekolah kerana ia membabitkan pergerakan asas-asas sukan tetapi tidak dilaksanakan sepenuhnya.



PENYERTAAN atlet dalam satu-satu acara perlu diambil kira.

Sebelum itu juga, program IKRAR "kemenangan paling penting, penyertaan saja tidak memadai" bergema dalam bilik persidangan Stadium Merdeka pada 22 Jun, 1964.

Itulah janji Presiden KOAM ketika itu, Tan Sri Ghazali Shafie, apabila membentangkan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Olahraga Trek dan Padang, sejajar dengan hasrat untuk melihat atlet Malaysia menyaingi kehebatan peserta luar.

Kemudiannya, pada 1993, MSN wujudkan program olahraga di Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS), Kajang dengan mengambil atlet-atlet muda yang tidak semestinya juara pada peringkat MSSM.

Antara produk yang berjaya dilahirkan menerusi program ini ialah Moh Siew Wei, Noraseela Khalid, Mohd. Robani Hassan, Nazmizan Muhammad, Roslinda Samsu dan Malik Tobias.

Mungkin juga, kesimpulan boleh dibuat bahawa banyak program olahraga sebenarnya diterajui kerajaan dan bukannya KOAM.

Pada 2005, timbalan presiden KOAM ketika itu, Datuk Danyal Balagopal Abdullah menyelitkan konsep kids athletics, iaitu ibarat kursus pengenalan kepada kanak-kanak mengenai indahnya acara trek dan padang dalam perancangan pembangunan 10 tahun yang dikemukakan kepada MSN.

Namun, perancangan yang dianggap bijak itu diketepikan kelompok individu terbabit, sekali gus membentuk satu permainan politik melampau dan merosakkan perancangan sukan Malaysia.

Keadaan inilah yang menjadikan KOAM tidak dihormati apabila timbul pelbagai konflik dalaman yang dilihat menjadi penghalang kepada usaha pembangunan.

Mungkin juga, suara bekas legenda lompat jauh dan lompat kijang negara, Kamaruddin Maidin perlu dijadikan perhatian bagi menjamin kepimpinan bersih dalam KOAM.

"Wujud pelbagai masalah dalam KOAM apabila pemimpin yang tidak layak diberi ruang untuk berkuasa," jelas Kamaruddin yang pernah mewakili negara pada Sukan Olimpik 1960 di Rom.

"Sikap mengampu dan mempunyai kepentingan peribadi banyak menganggu urusan pembangunan olahraga tidak kira di peringkat Pusat mahupun negeri.

"Andai kita mahu melihat proses pembangunan yang lebih telus, maka kepimpinan perlu berubah," tambahnya.




*********************************************************************************************

malaysia bukan tak ada potential athletes semua ni... tapi management KOAM memang
teruk... dah lama dah macam ni... zaman dulu masa marina chin mumtaz jaafar saik oik cum
rabuan pit ramli ahmad semua tu... pengurusan lagi bagus.. athletes tak ada juga yang
manja2 dan bekerja keras

ini... coach pun dok cabul athletes la.. disiplin yang teruk.. nak kuasa sana sini -
yang jadi mangsa athletes tu sendiri.. tak dapat nak kembangkan skill yang
ada....

harap2 KOAM akan smart up dan dapat manage dengan baik....lagi dengan sea games
yang akan datang tak lama lagi... kalau kalah dengan Laos - ishhh tak tahu la nak kata apa nanti -
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 08:13 AM | Show all posts
dulu tgk sukan olahraga terutamanya acara balapan sangat seronok.. mcm dulu g.shanti hahaha.. sampai tergolek2 dia masa finish line kan... berdebar2 je dulu. skrg ni awat dah xda pelari wanita?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2009 07:40 AM | Show all posts
Bolt sah berlari 150m

LONDON - Juara Olimpik, Usain Bolt akan berlari di jalan raya dekat Manchester sejauh 150 meter pada Ahad ini iaitu acara paling popular di Britain.

Bolt merupakan atlet pecut paling hebat masa ini selepas mencatat rekod dunia dan meraih pingat emas dalam 100m, 200m di samping kuartet 4x100m di Sukan Olimpik Beijing, tahun lalu.

Di Manchester, Ahad ini, Bolt akan berlari atas trek berjalur di samping atlet Britain, Mark Lewis-Francis dan Simeon Williamson.

Penganjur menyifatkan larian ini akan mendekatkan semula atlet dengan peminat.

Bolt yang juga peminat pasukan Liga Perdana England, Manchester United berkata, ini adalah larian pertamanya di Manchester dan juga bagi jarak 150m yang diadakan atas jalan raya.

Larian di Manchester merupakan tempat di mana pelari profesional dan amatur bertemu menguji keupayaan dan ia begitu popular pada kurun ke-19 terutama di Sheffield dan Edinburgh. - REUTERS
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 06:09 PM | Show all posts

Bolt runs 14.35 sec for 150m; covers 50m-150m in 8.70 sec!

Manchester, UK - Jamaica's multiple Olympic champion and World record holder Usain Bolt added yet another win to his growing career tally after racing to victory in this evening's BUPA Great City Games 150 metre sprint on a track laid in the centre of this northern English city.

http://www.iaaf.org/LRR09/news/newsid=50606.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2009 06:07 PM | Show all posts

Gay returns with 19.58, six world leads in New York

New York, USA - Tyson Gay ran 19.58 for his first 200m of the year on Saturday evening (30) at the Reebok Grand Prix in New York, becoming the third-fastest 200m runner of all time and getting his 2009 season off to a promising start after a disappointing 2008. The time gave a jump-start to Gay's defence of his 200m and 100m World Championships and almost overshadowed the eight other world-leading marks set at Icahn Stadium at the New York's Reebok Grand Prix.

The Reebok Grand Prix is a Grand Prix status meet as part of the IAAF World Athletics Tour 2009.

Gay is back - 19.58 200m

Running in lane five with a tailwind of +1.3m/s, Gay leapt out of the blocks in pursuit of his former University of Arkansas teammate, Wallace Spearmon, who was just outside in lane six. "I tried to run smooth on the curve," Gay said afterward, "and then I ran for my life on the homestretch. I made sure I ran through the finish line, because I didn't want to have any could-have, would-have, should-have afterward."

This was the meet in 2008 where Gay, who started the year as a favorite for the Olympic 100m title, watched helplessly as Usain Bolt ran away from him to record a 9.72 WR. After a staggering but windy 9.68 performance at the U.S. Olympic Trials in Eugene, Gay then injured himself in the 200m rounds and was far from his best form in Beijing.

"I felt like I let a lot of people down," Gay said about his 2008 season. The 19.58 clocking, he said, "does a lot for my confidence. 19.5 was a goal, but I didn't expect it to come this early in the season."

"I wouldn't say Bolt's times are out of reach. 19.30 [for 200m] was a shocker, but what was shocking about the 100m was the way he ran it. He could've won that race with the time he ran in Jamaica" in May 2008, Gay pointed out. "I hope I can run those times, because that's what I'll need to do to win."

Spearmon's second-place mark of 19.98 was also under the old world-leading mark. The women's 200m saw Lauryn Williams run a 22.34 world list-leader.

Dibaba defeated - Masai runs 14:35.39

Linet Masai, the World Junior record holder for 10,000m, served notice that she would be a senior contender at multiple distances when she toppled 5000m WR holder Tirunesh Dibaba over the shorter distance.

Masai ran 14:35.39 to Dibaba's 14:40.93 with both women fighting swirling winds at the track where Meseret Defar ran a then-World record 14:24.53 three years ago.

Dibaba clearly intended to chase a fast early-season mark, demanding a pace the designated pacemaker could only maintain for about 1800m. After that it was Dibaba, Masai, Dibaba's younger sister Gezenbe, and Kim Smith of New Zealand. Smith was the first off the back, beginning to fall back after 2000m, and with six laps remaining Dibaba waved Masai to the front to share the pacesetting labor.

Masai delivered more than was expected of her, not only maintaining the pressure but after three laps building a small gap on Dibaba. With two laps remaining it was clear that Masai was going to be hard even for Dibaba to catch, and indeed her lead continued to grow until the finish line.

"I'm so excited," Masai said afterward. "I was not expecting that fast a time, 14:45 maybe. I was expecting [Dibaba] to pass me in the last lap, even when I saw the lead I had. I was surprised when she never showed up."

Kogo out-kicks Lagat

Men's 5000m World champion Bernard Lagat did not get as encouraging a sign of his conditioning as Gay and Masai did. Lagat, whose hopes of a sub-13:00 race were undermined by the gusty conditions, found himself kicking with young Kenyan Micah Kogo in the final lap, and it was Kogo who got the nod, winning in 13:02.90 to Lagat's 13:03.06. Both times, as well as those of Dejen Gebremeskel (13:03.13) and Merga Imani (13:04.68) of Ethiopia, bettered the old world leader.

"I thought I would get beat out in the sprint," said Kogo. "I know he's a 1500m man and he can run faster than me. But I saw in the last 200m that he could not go. It was difficult because of the wind on the back side. I was hoping to tuck in, but I wasn't able to. I was a little disappointed not to run under my PB."

Stuczynski the class of the Pole Vault

It came as no surprise that Jenn Stuczynski dominated the women's Pole Vault, not entering the competition until the bar was at 4.62m and only Stacy Dragila remained to vault. Stuczynski cleared that height on her first attempt while Dragila missed all three. With the competition won, Stuczynski set the bar first to 4.81m, which she cleared on the first attempt, and then to 4.93m, which would have been an American Record. She was unable to make that height, however, and wound up the competition with only five trips down the runway and two clearances--both of them high enough to win.

Willard surprises with 800m world lead

The women's 800m also saw a world leader, this time from Anna Willard, who ran down crowd-favorite Jamaican Kenia Sinclair on the homestretch to win in 1:59.29. Willard's race was particularly surprising given that she had been considered a steeplechase specialist (she ran that event in Beijing) and she defeated a number of two-lap specialists for the win. "I don't have that much experience, but the goal was to have another gear at that 700m mark," said Willard, who had told reporters before the meet that she felt capable of running sub-2:00. "I knew if I just kept pushing, it was going to happen."

Christin Wurth-Thomas ran away from the women's 1500m field, winning in a meet-record 4:03.96. "I tried to look up at the screen to see where I was," said Wurth-Thomas. "I could have closed a little faster in the last 200m, that's something I'll need to work on. I wanted to come through [800m] at 2:08 and see what happened. I thought I might have been ready to run faster than that."

Felix takes 400m, Jeter defeats Campbell-Brown at 100m

Allyson Felix lowered her world-leading 400m time from 50.75 to 50.50 with a narrow victory over Shericka Williams, who ran 50.58. Felix, who says she plans only to defend her 200m World Championship in Berlin, said, "It was a funny race. I don't know how I ran that; my strategy was off with the wind. On the backstretch, I wound up setting it up for myself to be harder at the end."

Mike Rodgers was the surprise winner of the men's 100m, running 9.93 with a +3.1 m/s tailwind. Rodgers, running in lane one, nipped Travis Padgett, who ran 9.96. Former World record holder Asafa Powell was a distant seventh in 10.10. In fact, after Steve Mullings in third (9.98), the remaining three Jamaicans (Powell, Michael Frater, and Nesta Carter) filled the bottom of the results list, while the USA added Darvis Patton in fourth (10.00) to take three of the top four. The USA/Jamaica sprint rivalry, apparently, is far from over, unfortunately for the largely Jamaican crowd in New York.

Similar disappointing results for the Jamaicans came in the women's 100m, where Carmelita Jeter ran 10.85 with a 2.8 m/s tailwind for the victory, followed closely by Muna Lee in 10.88. Jamaica's Veronica Campbell-Brown, the two-time Olympic200m champion, ran 10.91 for third.

Elsewhere

Bershawn Jackson bested Javier Coulson by five thousandths of a second in the men's 400m Hurdles, with both awarded times of 48.52. Jackson's time was listed as 48.513 unofficially; Coulson's 48.518. Tasha Danvers, once again running in a skirt, ran 55.19 to win the women's race.

LaShawn Merritt won the men's 400m in 44.75, while his rival Jeremy Wariner ran the 200m in 20.30 (4th).

Terrence Trammell won the men's 110m Hurdles in 13.12, dominating the race from the first hurdle. Olympic Gold Medalist Stephanie Brown Trafton won the women's discus, saying afterward that she "still had something to prove," which she intends to do by winning another global championship.

Leonel Manzano ran a meet-record 3:34.14 to win the men's 1500m over Juan Van Deventer of South Africa (3:34.40).

Parker Morse for the IAAF
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Catatan Gay membuka mata Bolt yg dia masih mempunyai pesaing dlm acara pecut....tanpa kecederaan, Bolt tetap sukar utk digugat. Harap acara pecut d kejohanan dunia ogos nnti berlangsung senget...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2009 07:59 PM | Show all posts

Sebahagian keputusan Reebok Grand Prix New York City


keputusan yg kurang meyakinkan dari Asafa Powell bekas pemegang rekod dunia.


Catatan terbaik dunia musim ini dan juga catatan peribadi terbaik Tyson Gay dlm acara 200m. Ini adalah acara larian 200m pertama Gay yg kali terakhir beraksi dlm acara ini pada Olympic Trial 2008.


Veronica (juara olimpik 2 kali acara 200m) juga gagal untuk mempamerkan aksi cermerlang dlm kejohanan ini.



keputusan penuh http://www.iaaf.org/results/eventcode=4193/GPtextresults.html

[ Last edited by  karambunai at 2-6-2009 11:40 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.088054 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list