CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

Olahraga

[Copy link]
Post time 25-2-2007 04:59 PM | Show all posts
Robani tidak hilang fokus
Oleh BAZLY AZMI

Tetap bersemangat biarpun Malik Tobias dan Sharulhaizy bersara

PENGUMUMAN persaraan dua bekas jaguh sukan olahraga negara, Muhammad Malik Ahmad Tobias dan Sharulhaizy Abdul Rahman baru-baru ini tidak sedikit pun menjejaskan fokus dan komitmen atlit 110 meter berpagar negara, Robani Hassan untuk terus menabur bakti kepada Malaysia.

Robani berkata, walaupun berasa sedikit sedih dengan kehilangan permata olahraga negara itu, namun atlit pecut kelahiran Kuala Lumpur ini berasakan keadaan itu membuatkan dia tetap bersemangat untuk mengharungi kejohanan lain pada masa depan.

揂pabila dimaklumkan berkenaan persaraan terbabit, ianya tidak terkejut kerana saya juga pernah terlintas untuk menamatkan karier dalam bidang olahraga. Pada pendapat saya, pengurusan yang lemah daripada Majlis Sukan Negara (MSN) dan KOAM dalam menjaga kebajikan serta keperluan atlit ialah penyumbang utama kepada persaraan itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2007 05:05 PM | Show all posts
Yelena masih belum tergugat
Susunan SUFIAN THAURI MUHAMMED

PEMEGANG rekod dunia lompat bergalah wanita, Yelena Isinbayeva berada di kemuncak kerjayanya biarpun pada usianya yang kini 24 tahun, perjalanannya dalam sukan olahraga masih panjang.

Gadis yang membesar di Volgograd, Russia itu sudahpun memecahkan 20 rekod dunia (dalam dan luar dewan) dan memenangi pingat emas di Sukan Olimpik 2004 Athens.

Sebelum Sukan Olimpik 2012 di London yang disifatkannya sebagai medan terakhir buatnya sebelum mengundur diri (ketika itu usia Yelena 30 tahun), dia berharap dapat mengatasi pencapaian memecahkan 35 rekod dunia milik rakan senegaranya, Sergei Bubka.

Ia cita-cita yang amat besar. Namun, Isinbayeva jelas menguasai acaranya sejak beberapa tahun lalu dan yang menariknya dia kerap memperbaiki catatannya.

揂pabila mencapai segala-galanya, ketika itulah anda akan berasakan keadaan menjadi semakin sukar (untuk memperbaiki catatan),
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2007 11:18 PM | Show all posts
Siew Wei tak ambil dadah
Oleh Aida Adilah Mat

PEMEGANG pingat emas 100 meter lari berpagar wanita negara di Sukan Sea Manila lalu, Moh Siew Wei, kini sudah bersedia mempertahankan pingat emas itu biarpun masih bergelut dengan kecederaan.

Biarpun terpaksa bergantung dengan ubat penahan sakit kerana kecederaan lutut masih menghantui dirinya, Siew Wei sedikitpun tidak gentar atau takut dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah.

Siew Wei, 29, mula menjalani latihan dua bulan lalu selepas berehat panjang sejak Disember lalu berkata, kehidupannya kini banyak bergantung kepada ubat-ubatan, namun semua jenis ubatan itu mendapat kelulusan daripada Institut Sukan Negara (ISN).

揟idak apa yang perlu dirisaukan kerana semuanya sudah mendapat kelulusan. Tiada masalah dari segi penggunaan dadah atau sebagainya.

揢bat yang saya makan bukan untuk merangsang kekuatan namun ia adalah untuk memulih masalah kecederaan lutut yang masih menghantui saya,
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2007 03:51 PM | Show all posts
Athletics: Walkers take first step to Korat
11 Mar 2007
DEVINDER SINGH

SEA Games defending champions Mohamed Shahrulhaizy Abdul Rahman and Yuan Yu Fang will attempt to qualify for the Korat Sea Games at the Asian 20km Race Walking Championships in Neagari, Japan on Mar 25.

Shahrulhaizy, who won Sea Games gold in 2005 in Manila and 2003 in Hanoi, will be joined by veteran walker B. Thirukumaran and 22-year-old Loh Choon Seang in the men抯 event while Yu Fang has 16-year-old Yap Kwee Kee for company in the women抯 race.

National walks coach V. Subramaniam said Neagari will be the first of several international competitions the walkers will be competing in.

"This is their first competition this year. The season has just started and I have not set any targets for them. But they will use it to try and beat the Sea Games qualifying marks," he said.

The time to beat for the men for the Dec 6-15 Korat Games is one hour, 36 minutes and 23 seconds while the women have to go faster than 1:52:13s.

However, it should not be a problem for Shahrulhaizy, Thirukumaran, Choon Seang and Yu Fang to qualify as their personal bests are several minutes below the qualifying mark.

"I think they should all beat the qualifying time but what is more important is that they get to compete with other Asian walkers," said Subramaniam.

"We have lined up at least five foreign meets for them this year as they prepare for the Sea Games."

In last year抯 Asian 20km Race Walking Championships in Wajima, Japan, Choon Seang finished eighth in 1:31:17s while Shahrulhaizy was 10th in 1:33:54s.

The Asian meet is also a 2008 Beijing Olympics qualifying event. The qualifying time for the A category
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2007 06:29 PM | Show all posts
Nazmizan tekad catat masa terpantas di bawah 10s
Oleh Alias Abd Rani

APA sudah jadi kepada bekas jaguh pecut Asia Tenggara, Nazmizan Muhamad yang sehingga kini masih belum mengatasi rekod lamanya iaitu 10.38s, dicatat empat tahun lalu.


Walaupun sudah pulih daripada kecederaan belakang yang dialami sejak 2005, tiada satu rekod baru dicipta untuk mengatasi rekod lama sebaliknya catatan masa diperolehi masih jauh dengan apa disasarkan.

Itulah yang menimbulkan persoalan pelbagai pihak terhadap pemenang pingat emas Sukan Sea Vietnam itu. Nazmizan berkata, catatan yang dibuatnya selepas pulih daripada kecederaan cukup mengecewakan walaupun menyimpan hasrat untuk 憁emusnahkan
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2007 09:13 PM | Show all posts

Reply #45 dexa's post

bukan nak perlekehkan ke ape...tp nak dip below 10s? get real...nak consisten dip 10.4 pun susah...ni plak nak dip below 10s....ape2 pun...wish him all the best la...

p/s: at least azmi ibrahim tuh dah la jugak dip below 21s for 200m..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2007 10:28 PM | Show all posts

Reply #46 payrol's post

saya pun tak caya dia boleh buat below 10
tak consistent --  tak ada pergi mana2 meets
in fact  jarang dengan pasal dia -

bila azmi ibrahim buat below 21 for 200m?
kira not bad tu -
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2007 11:20 PM | Show all posts

Reply #47 dexa's post

time sukan sea 2001....i was there..and shouting for him like mad..he did 20.97 ..the Thai guy beat him in the last 5m...mmg sengit abis...kalah by 0.02 second camtuh la...tak silap dier the second malaysian to dip below 21s after m jegathesan...tak silap la..rindu nak tgk kita nyer olahraga mm late 80's/early 90's...
kalo dulu kita ada  G shanti...josephine mary...zaiton othman...bnyk lagi la...skrng ni kurang dah...facilities je bnyk..tapi atlit takde kualiti sgt..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2007 12:09 PM | Show all posts

Reply #48 payrol's post

sekarang ni kalau athlete perempuan
nursheela tu a bit popular and bagus
tapi tu pun baru2 ni dapat gangsa -

memang dah tak ada macam zaiton othman
(saya jumpa dia kat msn baru ni - baik sangat orangnya)
and  marina chin   mumtaz jaafar
all with great disciplines and good skills and awesome
athletes  plus names you mentioned tu -

ada satu dari perak sprinter  chinese
nama apa ye - Ng  something  --
dia dari MSSM  tapi memang berbakat besar zaman
dulu tu -
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2007 12:10 PM | Show all posts

Reply #48 payrol's post

apa azmi ibrahim buat sekarang ye -
dia dulu banyak gak kontraversi  kan -
tak sure apa sebab lama dah -

dadah substance ka?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2007 12:11 PM | Show all posts
Robani baiki teknik larian
Oleh AIDA ADILAH MAT

Perlu kejar rekod Nurherman, 13.73s jika ingin beraksi di Olimpik

JAGUH 110 meter lari berpagar negara, Robani Hassan perlu segera mengejar rekod Nurherman Majid, 13.73s jika ingin beraksi di Olimpik.

Catatan terbaik 13.88s yang dicipta anak jati Kuala Lumpur berusia 24 itu bagaimanapun masih jauh daripada had kelayakan Olimpik iaitu 13.72s.

Dia turut lihat memikul tugas berat ketika dua rakan atlit yang bernaung di bawah program AsiaKom, Roslinda Samsu dan Noraseela Khalid sudah melepasi syarat kelayakan untuk bertanding di Kejohanan Dunia, Osaka, Ogos ini sekali gus mencerahkan harapan ke Olimpik di bawah tiket kategori B.

Robani berkata, selain daripada cuba memecahkan rekod negara itu, dia berusaha meneruskan penguasa Malaysia dalam acara 110m lari berpagar di Sukan Sea, Korat, penghujung tahun ini.

揝iapa yang tidak ingin ke Olimpik, justeru saya akan berusaha sedaya upaya untuk melayakkan diri ke temasya paling berprestij itu selain daripada mempertahankan pingat emas,
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2007 08:31 AM | Show all posts

Reply #50 dexa's post

entah gi mane azmi ibrahim skrng..time 2001 sea games kira comeback dier..lepas tuh senyap je...maybe dah retire kot..last 2 years terjumpa watson nyambek kat kedai makan...pergh...body dier besar dah..all those muscle dah transform to fat...nmpk bulky giler je...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2007 06:19 PM | Show all posts
Shahrulhaizy puas hati catatan di Jepun
Oleh Mohd Fadzrie Hazis

BERBEKAL latihan intensif hanya sebulan sebulan sejak kembali aktif dalam olahraga, jaguh lumba jalan kaki negara Shahrulhaizy Abdul Rahman berjaya memberi persembahan terpuji di Kejohanan Jalan Kaki Asia yang berakhir Ahad lalu di Neagari, Jepun.

Dia mencatat satu jam 37.31 saat dalam acara 20 kilometer di saingan berkenaan tetapi keringat itu belum cukup sebagai syarat kelayakan ke Sukan Sea iaitu satu jam 36.23 saat.

Namun, Shahrulhaizy tetap berpuas hati dengan aksi pertama untuk negara sejak kali terakhir beraksi di peringkat antarabangsa pada Kejohanan Piala Dunia yang berlangsung di La Coruna, Sepanyol, Mei tahun lalu.

揝aya berasa puas hati dengan catatan masa di Jepun. Memang saya belum lagi melepasi had kelayakan ke Sukan Sea tetapi catatan saya begitu hampir dengan had kelayakan Sukan Sea walaupun baru sebulan kembali aktif.

揝aya berasa yakin, apabila dihantar ke kejohanan lain selepas ini saya akan melakukan catatan lebih baik,
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2007 01:38 PM | Show all posts
Atlit kembar olahraga
Oleh NOR HAIRULNIZAM WAHID

PENAMPILAN pasangan kembar, Nur Amalina dan Nur Amanina Tugimin, 12, pantas menarik perhatian seperti mana kelibat pasangan kembar lainnya, tambahan pula kedua-duanya bergiat dalam sukan sama iaitu olahraga.

Bukan sekadar penampilan biasa tetapi pasangan kembar itu membuktikan mereka mempunyai kualiti untuk diketengahkan dan andai digilap, mampu menjadi pasangan atlit kebanggaan negara.

Beraksi di medan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Kuala Lumpur (MSSKL) baru-baru ini, kedua-duanya yang mewakili Zon Keramat cemerlang apabila Nur Amalina meraih emas dalam acara 200m dengan catatan 29.50s manakala Nur Amanina pula menerusi acara 80m lari berpagar dengan catatan 15.77s.

Lebih menakjubkan apabila pasangan kembar berkenaan bersaing sesama sendiri bagi acara 100m, kategori bawah 12 tahun tetapi Nur Amalina mendahuluinya di tempat pertama dengan 14.03s, 0.15s lebih pantas berbanding adiknya, Nur Amanina.

Ketika ditemui di Stadium Nasional Bukit Jalil sewaktu kejohanan itu, kedua-duanya mengakui minat terhadap olahraga mendorong mereka untuk melayakkan diri ke MSSKL, selain sokongan keluarga dan guru.

Malah berkat dorongan ayah mereka, Tugimin Basirin yang juga anggota polis membuatkan mereka bangga mampu sampai ke tahap itu.

Kali pertama bersua, agak keliru mengenalpasti yang mana satu Nur Amalina atau Nur Amanina tetapi Nur Amalina yang dilahirkan dahulu memberitahu, dia mengekalkan rambut panjang manakala rambut adiknya dipotong pendek sedikit.

Menurut Nur Amalina yang juga pelajar Sekolah Kebangsaan Jalan Gurney 2, sejak menceburi sukan itu ketika belajar di tahun empat, sudah dua kali menjejakkan kaki ke Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) menerusi olahraga.

揂manina hanya menyertai MSSM pada tahun berikutnya apabila gagal layak ke peringkat itu pada musim sebelumnya.

揝elain kami berdua, kakak sulung, Nur Afikah juga terbabit dalam olahraga dengan menyertai acara lompat kijang MSSKL,
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2007 02:03 AM | Show all posts
Roslinda perlu lepasi 4.40m
Oleh Lukman Salleh


RATU lompat bergalah Roslinda Samsu hanya perlu mengatasi catatan peribadi terbaiknya 4.40 meter jika berhasrat untuk beraksi pada Sukan Olimpik Beijing 2008 manakala jaguh 400 meter berpagar Noraseela Khalid pula berdepan kelayakan yang lebih mudah.


Dalam standard kelayakan Olimpik Beijing 2008 dikeluarkan Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF), Roslinda perlu melepasi atau sekurang-kurangnya menyamai ketinggian 4.30m untuk kelayakan di bawah kategori B.

Standard kelayakan B memperuntukkan hanya seorang wakil yang melepasi ketinggian itu beraksi di Olimpik dan memandangkan hanya Roslinda seorang saja yang mengungguli acara ini, dia tidak perlu bimbang mengenai saingan.

Sekiranya Roslinda ingin menjamin kelayakan tanpa risau kedudukan terancam, dia boleh mencuba untuk melepasi standard A iaitu ketinggian 4.45 meter yang juga bermakna dia perlu mencatatkan rekod kebangsaan untuk mengatasinya.

Ketika ini, Roslinda mempunyai catatan peribadi terbaik yang juga rekod kebangsaan 4.40m dilakukan di Kejohanan Antarabangsa Mataro, Barcelona tahun lalu.

Noraseela pula tampak tidak berdepan masalah mengatasi kelayakan standard B IAAF iaitu 56.50 saat, memandangkan dia mempunyai catatan peribadi terbaik yang juga rekod kebangsaan 56.02s dilakukan di Jerman tahun lalu.

Bagi kelayakan standard A, tampak amat sukar dilakukan kerana Noraseela perlu mengatasi tembok 56s, sesuatu yang belum dilakukannya sepanjang tahun lalu.

Roslinda dan Noraseela adalah dua pertaruhan terbaik negara dalam acara olahraga untuk layak ke Olimpik Beijing dengan atlit lain tampak sukar untuk melepasi syarat kelayakan ditetapkan.

Malah, satu-satunya atlit lelaki yang menjadi harapan, pelari 110m berpagar, Robani Hassan perlu memecahkan rekod kebangsaan 13.73s untuk layak ke Beijing dengan kelayakan standard B diletakkan pada 13.72s. Robani mempunyai catatan peribadi terbaik 13.88s.

Bagi bekas raja pecut negara, Nazmizan Mohammad, syarat kelayakan yang ditetapkan ialah 10.28s bagi kategori B dan 10.21s bagi standard A.

Atlit yang ingin melayakkan diri mempunyai tempoh 19 bulan bermula dari 1 Januari 2007 hingga 16 Julai 2008 untuk cuba mengatasi salah satu standard kelayakan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2007 06:08 PM | Show all posts
Noraseela boleh laju lagi
Oleh NORZIE MOHD. KHASBI

KUALA LUMPUR - Walaupun sudah melayakkan diri ke Sukan Olimpik Beijing tahun depan, namun jurulatih Noraseela Khalid, Idris Gonschinska mahu atlet 400 meter berpagar itu melakar sejarah sebagai atlet pertama Malaysia layak menerusi Kategori A.

Noraseela, 28, sudah pun menempah tiket ke Sukan Olimpik 2008 menerusi Kategori B selepas mencatat masa 56.02 saat dalam satu kejohanan di Jerman, Jun tahun lalu, yang turut memperbaiki rekod kebangsaan.

Standard kelayakan untuk kategori A adalah bawah 55.60s, manakala kelayakan bagi Kategori B ialah 56.50s.

揝aya percaya Noraseela mampu mencatat masa bawah 55s kerana dia telah beberapa kali melakukannya pada sesi latihan bersama rakan sepasukan. Walau pun Noraseela sudah layak ke Sukan Olimpik, saya tahu dia boleh memperbaiki masanya.

揝ekarang kami sedang berkerja keras untuk memastikan Noraseela layak daripada Kategori A. Kalau dia berjaya, dia akan menjadi atlet Malaysia pertama melakukannya, sekali gus memecah rekod kebangsaan,拻 kata Gonschinska, yang ditemui di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil semalam.

Menurut Gonschinska, Noraseela antara atlet negara yang menunjukkan peningkatan besar sepanjang empat tahun berlatih bersama skuad Jerman di Pusat Latihan Leipzig.

Katanya lagi, pemenang pingat perak Kejohanan Trek dan Padang Asia serta pingat gangsa Sukan Asia Doha itu juga telah beberapa kali memperbaiki rekod peribadi terbaiknya, yang juga bermakna memperbaharui rekod kebangsaan sepanjang perguruan di Jerman.

Malah katanya, memandangkan 400m berpagar merupakan acara yang memerlukan kemahiran teknikal, beliau percaya atlet Selangor itu memiliki prospek cerah untuk pergi lebih jauh jika berupaya menguasai teknik lompatan dan larian.

揂cara berpagar berbeza dengan larian biasa kerana ia memerlukan penguasaan teknikal dan bukan hanya fizikal. Atlet Asia mampu memberi saingan dalam acara ini seperti yang ditunjukkan oleh atlet China, Lu Xiang (juara 110m berpagar lelaki Olimpik).

揇engan sikap dan kemajuan yang ditunjukkan Noraseela dalam beberapa kejohanan di Eropah, saya percaya dia mampu melangkah jauh, saya harap ada beberapa catatan peribadi terbaik lagi yang mampu dilakukan dalam masa terdekat.

揝aya tidak nampak faktor usia menjadi penghalang Noraseela untuk mencapai tahap lebih tinggi, malah Allen Johnson (bekas juara dunia dan Olimpik) masih aktif dan antara atlet terbaik pada usia 36 tahun,拻 kata Gonschinska lagi.

Pada Sukan Olimpik Athens 2004, Malaysia diwakili dua atlet olahraga iaitu pejalan kaki, Yuan Yufang yang layak menerusi kategori A, manakala atlet pecut, Nazmizan Mohamed layak bagi Kategori B.

Di Temasya Sydney 2000, pelari pecut, Watson Nyambek dan Yufang masing-masing bertanding dalam acara 100m lelaki dan 20km wanita menerusi merit.

Sukan Olimpik 2008 akan berlangsung di Beijing dari 8-24 Ogos depan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2007 01:17 PM | Show all posts
Athletics: Roslinda voices concern

By AFTAR SINGH

KUALA LUMPUR: Pole vaulter Roslinda Samsu is worried the lack of competition may affect her performance at the World Athletics Championships this year.

The Doha Asian Games silver medallist has only competed in one meet this year
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2007 03:29 PM | Show all posts
Siti intai cipta nama
Oleh BAZLY AZMI

KEJOHANAN Olahraga Terbuka Vietnam, di Hanoi bermula esok mungkin menjadi titik tolak kepada kebangkitan semula taraf pelari pecut wanita negara apabila jaguh 100 meter tanah air, Siti Fatimah Mohd yang memasang tekad untuk meraih kejayaan.

Atlit berusia 21 tahun itu menjadi sandaran untuk mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa selepas negara ketandusan jaguh pecut wanita terutama sejak G Shanti mengundur diri.

Fatimah berkata, dia berazam mencipta masa terbaik pada kejohanan itu bagi membalas kepercayaan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) yang banyak berkorban untuknya demi melahirkan kejaguhan setaraf jaguh antarabangsa lain.

揗emang ini adalah kejohanan pertama tahun ini, namun saya yakin mampu mencipta kejayaan kerana sudah lama melakukan persiapan rapi,
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2007 03:42 AM | Show all posts
Nazmizan raih perak 100m

KUALA LUMPUR
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2007 12:09 PM | Show all posts
Nazmizan sedia kembali gegar
Oleh Aida Adilah Mat

Kejayaan raih perak acara 100m di Hanoi adalah satu permulaan

BEKAS jaguh pecut Asia Tenggara, Nazmizan Mohamad, menyifatkan pingat perak dalam acara 100m yang diraih ketika Kejohanan Olahraga Antarabangsa Hanoi Jumaat lalu, adalah satu permulaan baik untuk kembali menguasai acara itu.

揔ejayaan ini satu permulaan. Saya sedar masih banyak yang perlu saya perbaiki. Saya tidak boleh berpuas hati dengan keputusan ini namun gembira kerana boleh menyumbangkan pingat kepada negara,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.067823 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list