View: 28891|Reply: 25
|
Tabiat tidur bayi beri kesan kesihatan
[Copy link]
|
|
Fungsi otak terjejas jika tidur bayi kerap terganggu
IBU bapa muda hilang antara 400 hingga 750 jam waktu tidur ketika anak berusia setahun ke bawah, tetapi apabila semakin membesar, pola tidur mereka lebih stabil.
Biasanya, semua bayi yang baru dilahirkan sering terjaga daripada tidur pada waktu malam. Ia sesuatu yang normal, tetapi menjelang usianya enam bulan, ada bayi yang boleh tidur lena sepanjang malam tetapi ada yang terjaga dan perlu ditidurkan semula.
Tidur bagi bayi adalah sebahagian penting dalam proses tumbesarannya. Tidur waktu malam sangat penting kepada bayi kerana mereka akan lebih riang dan tenang pada waktu pagi.
Jika terganggu walaupun sekejap atau secara berterusan dan bertambah pada setiap malam mungkin boleh menjejaskan fungsi otak. Oleh itu, sangat penting untuk memastikan persekitaran tidur yang kondusif supaya bayi mendapat kualiti tidur yang diperlukan.
Begitupun keperluan tidur antara seorang bayi dengan yang lain tidak sama. Panduan di bawah adalah secara umum keperluan tidur seseorang bayi dan jika mereka tidak dapat tidur secukupnya, anda dinasihatkan mendapatkan pandangan pakar.
Tidur bayi baru lahir hingga berusia tiga bulan.
Bayi dalam lingkungan usia ini memerlukan tidur antara 16 hingga 20 jam sehari dalam jangka masa antara satu setengah jam hingga lima atau enam jam setiap kali pada siang hari. Ketika ini, waktu makan dan tidurnya akan bersilang. Ada bayi yang tidur sepanjang malam apabila mereka berusia empat atau enam minggu tetapi itu bukan kebiasaannya.
Tiga hingga enam bulan.
Daripada usia tiga hingga 12 bulan ke atas, bayi akan tidur antara 14 hingga 15 jam secara keseluruhannya. Mereka cenderung untuk tidur antara enam hingga lapan jam pada waktu malam dan akan terjaga sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh waktu itu dan perlu ditenangkan, disusui sebelum dia tidur kembali.
Bayi akan tidur sekejap (nap) antara sejam hingga dua jam pada waktu pagi, tengah hari dan petang.
Enam hingga 12 bulan.
Kanak-kanak dalam usia ini selalunya tidur sekejap, iaitu dua kali dalam tempoh tiga hingga empat jam dan akan tidur untuk 11 jam pada waktu malam. Jika mereka tidur selama 12 jam pada waktu malam, adalah mencukupi mereka tidur sekejap untuk sejam ketika waktu pagi dan petang.
Satu hingga tiga tahun.
Selalunya mereka tidak lagi tidur sekejap pada waktu pagi. Waktu petang pula mereka juga akan tidur sekejap dan selalunya bertahan untuk tiga jam saja. Jumlah masa tidur mereka yang diperlukan ialah antara 10 hingga 13 jam tetapi faktor lain selalunya mengganggu kualiti masa tidur mereka seperti menggigau atau sakit gigi.
Tiga hingga 12 tahun
Pada usia ini tidur sekejap jarang dilakukan dan jangka masa tidur pada waktu malam juga menurun sehingga 12 jam untuk kanak-kanak pra sekolah manakala 10 jam untuk kanak-kanak pra remaja.
[ Last edited by Syd at 15-3-2007 10:51 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kesihatan: Tabiat tidur bayi beri kesan kesihatan
Oleh Nor Affizar Ibrahim
Perkembangan diri seperti keresahan buatkan kanak-kanak terbangun 3 hingga 6 kali waktu malam
AMAT penting bagi bayi mempunyai pola tidur normal yang baik kerana jika tidak mencukupi, ia akan membawa kepada kelemahan pencapaian ketara, emosi dan masalah tingkah laku serta mungkin juga menjejaskan bayi itu secara fizikal, emosi, pembangunan sosial dan kognitif.
Paling membimbangkan, bayi yang tidak cukup tidur dengan baik kesannya akan timbul ketika remaja ataupun pada peringkat dewasa seperti penyakit vaskular, kencing manis, gangguan neurokognitif dan pertumbuhan.
Bagaimanapun, bukti klinikal terbaru ditemui mungkin dapat membantu ibu bapa yang ada anak mengalami masalah tidur. Kajian klinikal itu mendapati, dengan rutin waktu tidur baru yang ringkas dan mudah serta tiada tekanan membolehkan bayi tidur sepanjang malam.
Kajian itu turut mendapati, rutin sokongan emperikal waktu tidur bagi bayi pada masa sama, memberikan manfaat kepada ibu bapa seperti mewujudkan hubungan lebih kukuh dengan bayi, kurang tertekan, tidak terlalu letih dan lebih bertenaga.
Pengarah Bersekutu Pusat Gabungan Tidur di Hospital Kanak-kanak Philadelphia, Dr Jodi Mindell, berkata umumnya, masalah tidur adalah salah satu rungutan biasa daripada ibu bapa.
Beliau berkata, kajian nasional yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati, satu daripada empat bayi mengalami masalah tidur dan 76 peratus ibu bapa memberitahu, bahawa mereka ingin mengubah sebahagian tabiat tidur bayi mereka.
揃eberapa kajian mengenai masalah tidur di kalangan bayi dan anak kecil juga pernah dibuat di beberapa negara Asia. Di China misalnya, kajian terhadap 5,979 kanak-kanak yang berusia antara dua hingga 12 tahun mendapati 21 peratus daripadanya mengalami masalah tidur.
揃egitu juga di Jepun, kajian terhadap 344 bayi berusia tiga hingga enam bulan anak kecil berusia 18 hingga 21 tahun mendapati, 19 peratus bayi dan 65 peratus anak kecil mengalami insiden menangis waktu malam berkaitan tidur, |
|
|
|
|
|
|
|
Tidur cukup bentuk tingkah laku anak
Kanak-kanak kurang lena hadapi masalah tumpuan, memori, fizikal ketika di sekolah
JIKA anda tidak mendapat tidur cukup sejak bayi lahir, anda tidak bersendirian dalam hal ini. Tidak cukup tidur adalah senario biasa dialami ibu bapa muda. Sesetengah ibu bapa boleh bertahan dalam situasi ini tetapi ada menganggapnya sebagai pengalaman cukup memenatkan.
Bayi yang baru lahir selalunya tidur 16 jam atau lebih dalam sehari. Biasanya 16 jam itu diperoleh secara berterusan, tetapi ada juga bayi yang tidur dalam beberapa sesi. Pola tidur begini tidak tetap tetapi masih dikira baik. Jadual tidur yang konsisten akan muncul apabila sistem saraf bayi matang.
Pada usia tiga bulan, kebanyakan bayi akan tidur untuk lima jam berterusan pada waktu malam. Untuk tiga bulan pertama, menyusu pada tengah malam tentu saja akan mengganggu tidur ibu bapa. Bagaimanapun, menjelang enam bulan, masa tidurnya akan bertambah daripada sembilan hingga 12 jam dan kekerapan menyusu mungkin menurun dua kali untuk satu malam.
Jika anda letih, lesu dan mengantuk di pejabat kerana berjaga malam, anda perlu tahu kesihatan anak dan tingkah laku mereka juga terjejas apabila tidak memiliki tabiat tidur yang sihat.
Tidak cukup tidur membuatkan kanak-kanak cepat marah. Di sekolah, kanak-kanak yang kurang tidur akan berhadapan dengan masalah tumpuan, memori, fizikal dan membuat keputusan.
Dapat tidur yang mencukupi akan meningkatkan tenaga dan rasa ingin tahu kanak-kanak. Tidur yang berkualiti juga membantu kanak-kanak mudah untuk belajar dan mengurangkan masalah tingkah laku.
Jumlah tidur yang mencukupi
Setiap kanak-kanak berbeza. Justeru, untuk menentukan jumlah tidur yang cukup bagi seseorang kanak-kanak adalah sukar. Begitupun, secara umum kanak-kanak berusia antara satu hingga tiga tahun memerlukan sekitar satu hingga 13 jam tidur pada waktu malam dan mungkin tidur sekejap (nap) pada siang hari.
Kanak-kanak pra sekolah pula memerlukan antara 10 hingga 12 jam tidur pada waktu malam. Selalunya tidur pada waktu siang tidak diperlukan bermula usia lima tahun. Antara usia enam hingga sembilan tahun, kebanyakan kanak-kanak memerlukan 10 jam tidur pada waktu malam manakala yang meningkat remaja memerlukan sekitar sembilan jam.
Apabila orang dewasa tidak mendapat cukup tidur, biasanya mereka letih dan merengus (grumpy). Kanak-kanak juga boleh bersifat demikian tetapi mereka mungkin akan menjadi hiperaktif. Perhatikan, jika anak kelihatan gelisah, kurang fokus, tidak bertenaga, tidak sabar dan bersikap mempertahankan diri (defensive), dia mungkin memerlukan lebih tidur.
Anda juga perlu tahu, anda boleh membentuk tabiat tidur yang sihat untuk anak sejak dia masih kecil. Pembentukan tabiat tidur yang sihat bukanlah ukuran kemahiran keibubapaan tetapi ia lebih kepada situasi menang menang untuk kedua-dua pihak.
Bentuk tabiat tidur yang baik.
a) Lakukan aktiviti ketika siang hari.
Apabila bayi jaga, lakukan aktiviti menyanyi, bermain atau bercakap-cakap dengannya. Biasakan dirinya dengan kebisingan rumah yang normal misalnya bunyi orang memasak, bunyi televisyen atau bunyi penyedut hampagas. Stimulasi sebegini pada waktu siang hari membantu tidur yang lebih baik pada waktu malam.
b) Pantau tidur siang (nap) anak anda.
Tidur sekejap pada waktu siang penting tetapi jika tidur terlalu lama pada waktu siang akan mengganggu pola tidur anak anda pada waktu malam.
c) Ikut rutin waktu tidur yang konsisten.
Sebelum tidur, mandikan dia, belai, menyanyi dan bacakan buku untuknya. Lama kelamaan bayi anda akan mengaitkan semua aktiviti itu dengan tidur.
d) Tidurkan dia ketika mengantuk.
Walaupun dia belum tidur, tetapi sudah mulai mengantuk, bawa dia ke biliknya. Ia boleh membantu anak mengaitkan rasa mengantuk dengan tidur. Bagaimanapun, pastikan katilnya tidak bersepah dengan anak patung, bantal atau selimut kerana ia mungkin membuat dia lemas tanpa anda sedar.
e) Beri masa untuk dia bertenang.
Bayi kerap menggeliat dalam tidur mereka. Kadangkala ia menyebabkan kebisingan. Selain itu, dia mungkin merengus atau menangis sebelum bertemu posisi tidur yang selesa. Tunggu beberapa saat sebelum bertindak balas kerana kadangkala dia akan senyap dengan sendirinya.
Bagaimanapun, jika anda merasakan dia lapar atau terganggu dengan mimpi ngeri dan tangisannya tidak berhenti, bercakaplah dengannya secara tenang. Anda juga boleh membelai dan menepuk belakangnya. Dengan cara begitu, dia tahu anda ada di sisinya dan membantu untuk dia tidur.
f) Pertimbangkan untuk memberikannya puting.
Jika bayi anda sukar untuk tidur, puting mungkin boleh membantu. Malah, puting pada waktu tidur mengurangkan risiko sudden infant death syndrome (SIDS). Bagaimanapun, jika bayi menggunakan puting untuk membantunya tidur, dia mungkin akan menangis di tengah malam apabila puting terjatuh.
g) Pastikan malamnya sentiasa gelap.
Jika bayi perlu minum susu pada waktu malam, guna lampu yang suram cahaya. Suara anda juga harus perlahan. Ia membantu memberitahu bayi, masa itu adalah untuk tidur.
Bagaimana jika anak anda bukan bayi lagi?
Kadangkala sesetengah kanak-kanak tidak pernah belajar untuk tidur sendirian. Mereka selalunya tertidur di depan televisyen atau selepas didodoi ibu. Jika mahu tidur, mereka mahu ibu bapa tidur bersama-sama atau mereka mendesak untuk tidur bersama-sama di katil ibu bapa.
Sebenarnya berkongsi katil dengan anak adalah tabiat yang sukar dihentikan, tetapi akan tiba satu ketika anak perlu belajar untuk tidur dalam bilik sendiri.
Justeru, rutin waktu tidur boleh membantu kanak-kanak rasa lebih selesa apabila mereka belajar untuk tidur sendirian.
Ada sesetengah ibu bapa hanya menidurkan anak begitu saja. Baringkan di katil, tepuk sesaat dua, tutup lampu dan berlalu. Ia mungkin berkesan pada sesetengah ibu bapa tetapi tidak pada sebahagian yang lain.
Justeru, bagi sebahagian ibu bapa pula, rutin waktu tidur anak mengambil masa 30 minit. Ia termasuk membantu mereka menggosok gigi, membacakan buku atau bercakap-cakap dengannya mengenai aktiviti sehariannya. Cuba kekalkan masa itu setiap hari kerana kebiasaan akan membawa keselesaan pada anak.
Adakalanya anak-anak tidak mahu lena jika tidak dapat memeluk bantal busuk mereka atau selimut kesayangannya. Beri, jika itu yang mereka mahu. Muzik yang perlahan juga mungkin boleh membantu dia tidur. Jika dia minum susu, pastikan giginya digosok dahulu sebelum tidur dan jangan benarkan dia tidur dengan botol susu terlekat di mulut.
Jika anak tidak mahu berada dalam bilik tidurnya, anda mungkin terpaksa menutup pintu atau meletakkan penghadang. Anda mungkin terpaksa mengunci pintu jika dia masih tidak mahu tidur dan berkeliaran di dalam rumah waktu anda tidur. Kanak-kanak di bawah usia lima tahun tidak faham bahaya api, air panas dan pisau. Justeru, peranan anda sangat besar untuk memastikan mereka tahu.
Jika anak anda penakut, jangan tutup pintu bilik, sebaliknya berjanji dengannya untuk menjenguknya setiap 15 minit. Jika dia masih tidak tidur, pujuk dia tidur dan puji dia kerana diam dan cuba untuk tidur. Selalunya dia akan tertidur.
Begitupun, anda harus ingat ada sesetengah strategi ini tidak berkesan pada setiap waktu atau pada setiap anak, tetapi sekurang-kurangnya anda mencuba. Jika anda bertuah, anda dapat mengelakkan 慿erahan tidur |
|
|
|
|
|
|
|
Tidurlah...anakku sayang
Oleh: NOOR FAZRINA KAMAL
JIKA ditanya kepada wanita yang baru bergelar ibu apakah yang paling ingin dibuat untuk diri mereka sendiri? Pastinya jawapan yang akan diberikan ialah tidur yang secukupnya.
Seperti yang diketahui, para ibu baru pastinya akan mengalami 慿ejutan |
|
|
|
|
|
|
|
bayi ni tak payah kira masa nk tido bg jer tido lg byk tido lg baik....kalau mcm kita dewasa ni x elok tido ptg ..tp tak bg bb.... |
|
|
|
|
|
|
|
anak bubble setahun lapan bulan, tido malam mesti akan jaga jugak at least sekali sebab nak nenen. kiranya dia tido dalam 5-6 jam, n then jaga..pastu sambung tido balik.. normal ke ek? tp dia memang dr dalam pantang susah nak tido.. tapi memang siang dia aktif dan sekarang sgt mudah hilang sabar dan bersifat sgt 'defensive' |
|
|
|
|
|
|
|
Tidur bantu bayi lebih sihat, aktif
Oleh Hidayah Mohammad
Kanak-kanak boleh hadapi tekanan jika alami masalah lena tak menentu
LETIH melayan kerenah si comel lebih-lebih lagi selepas pulang waktu kerja. Mahu atau tidak, layanan manja perlu kerap diberikan supaya hubungan antara ibu bapa dan anak kecil rapat hingga mereka membesar.
Begitupun, anak kecil yang tidak mengerti apa-apa sering menangis pada waktu ibu bapa memerlukan rehat secukupnya. Mungkin anak itu tidak selesa atau mengalami sakit pada badan. Ungkapan 憈idur lena seperti bayi |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 Syd's post
Takpe ke mandikan anak malam2 nie??
FYI, my baby almost 2 years old... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 adekcomel's post
cousin i wf dia awek jepun.. kebiasaan drg mmg mandi malam sebelum tido.. dia bawa bb dia mandi sekali, berkubang dlm bath tub dgn air suam dlm kol 8 camtu.. pastu tido..
mmg pelik.. i pun rasa pelik.. tapi lain org lain cara kan.. maybe cara tu berkesan pada drg tapi tak berkesan pada kita.
anak i skang dah 13 bulan.. start dari 12 bulan dia dah tak bangun malam nak susu.. dia tido sampai ke pagi (800-900pm until 530-600am) kita lak yg risau dia kurang minum susu.. rasanya sanggup lagi i bangun malam bagi dia susu drp dia kurang minum susu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 paulinevoon's post
sama mcm my doter bila dah masuk 1 yr ni..minggu lepas..dia dah tak bgn malam menyusu...pagi dalm kul 5 atau 6pg bru bgn...
betullah kita pulak risau takut dia tak cukup susu... |
|
|
|
|
|
|
|
Baby dan kanak-kanak penting diberikan tidur pada waktu petang.Ini akan menjamin perkembangan otaknya supaya lebih pintar.Walaubagaimana pun jumlah tidur bergantung pada bayi@kanak-kanak itu.
Itu yang I pernah terbaca dalam majalah pa&ma beberapa tahundahulu.So,I akan[pastikna anak-anak I tidur sekejap pada waktu petang.o far,perkembangan mereka bagus.: |
|
|
|
|
|
|
|
sesapa pernah baca, anak yg kurang tidur nie...GENIUS!!!...takpelah, me rela lagi anak2 nie tidur sebab mak nya pun nak tidur sama
dan me setuju dgn artikel nie, sebab my anak2 jenis tidur nyenyak...badan depa memang jenis mungil2...kekeke
yg sulung nie quit nap masa umur dia 4thn...sampai sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih Syd, dengan info-info yg bagus...anak aku yg baru ni lak..mase siang tidoooooooooooo aje keje nye..bila malam start pukul 8.00 die pejam lagi sampai pkl 9 pas tu kalau die jage blk hem..tunggu la pkl 2.00 pagi baru tido..die tak nangis..kodek-kodek nak main..pkl 1.00 atau 2 pagi die tido balik..jenuh jgk laa aku mendodoikan dia...tp yg bestnye pastu dia tido sampai pkl 8 pagi..aku heran gak aikk..tak nak minum susu ke..hem pastu kalau dia jage..mulut tu melilau la cari puting..kadang-kadang penat gak sbb esk dah nak keje...sekarang ni aku try jgn bagi dier tido dalam pkl 8 sampai pkl 10.00, aku main dengan dia, kalau dia nangis pun aku main gak..sampai pkl 11.00 suap susu..terlena sendiri...selamat la aku. Tapi esk pagi pkl 6.30pagi dia bangun laaaa..minta susu.:bg: |
|
|
|
|
|
|
|
anak mata dah 12bulan dua minggu.entah kenapa sepanjang minggu ni asyik terbangun byk kalije...yg susahnya mamanya esok nak keja.arini rasenye mcm nak demam je.dengan perut yg memboyot dah 31 weeks rase mcm letih sgt....mcm mane nk bagi ttido lena ye.mlm2 dia kuat minum susu.at least dua botol.mcm malam tadi tak tahu bape kali bangun...memang mamanye kurang tido.kul 4.30 dah kena bgun mask plak utk sahur.... |
|
|
|
|
|
|
|
Petua menidurkan anak
Apakah petua untuk menidurkan si kecil dan mengelakkannya daripada kerap terjaga atau mendapat mimpi ngeri?
SETIAP bayi memerlukan 14 hingga 15 jam untuk tidur setiap hari. - Gambar hiasan
--------------------------------------------------------------------------------
KANAK-KANAK yang tidak memperoleh tidur yang mencukupi lebih cenderung menjadi terlalu letih sepanjang hari dan kerap mengantuk. Dalam sesetengah kes, mereka juga kerap menukar lokasi tidur pada waktu malam atau mempunyai lebih banyak masalah tidur. Berikut petua untuk menidurkan anak.
n Pastikan anak memperoleh tidur yang mencukupi
Berdasarkan Yayasan Tidur Kebangsaan Kanada, setiap bayi memerlukan 14 hingga 15 jam untuk tidur pada setiap hari. Kanak-kanak pula memerlukan tidur selama 12 hingga 14 jam sehari manakala pelajar pra-sekolah memerlukan 11 hingga 13 jam sehari bagi membolehkan tubuh mereka berfungsi dengan baik.
n Tidurkan waktu dia mengantuk
Sebaik-baiknya rutin tidur bayi anda patut bertahan selama 30 hingga 60 minit bagi setiap kali tidur manakala bagi kanak-kanak yang sudah memasuki alam persekolahan pula, rutinnya adalah di antara 20 hingga 30 minit.
n Cahaya mentari sebagai loceng
Cahaya mentari memainkan peranan yang penting untuk membetulkan pola harian tidur si anak. Pendedahan anak kepada sinar matahari sebaik sahaja dia terjaga dari tidur boleh memberinya petanda natural bahawa hari sudah siang.
n Persekitaran tidur selesa
Ini bermakna persekitaran tidur yang baik adalah dingin, gelap, senyap dan selesa. Pastikan juga si kecil tidur di atas tilam yang selesa dan memakai baju tidur yang tidak menganggunya sepanjang waktu tidur.
n Persekitaran yang selamat
Periksa bilik tidur anak terlebih dahulu dan pastikan bilik tidurnya bebas daripada barangan yang bersepah sehingga menganggu keselesaan untuk tidur.
n Ajar anak cara tidurkan dirinya
Teruskan mendidik anak tentang kepentingan mempunyai rutin tidur yang menenangkan. Berikan juga tumpuan kepada kesan berkaitan tidur yang mungkin mempengaruhi tabiat tidur anak anda. Galakkan anak belajar menenangkan diri sekiranya terjaga pada waktu tengah malam. Kira-kira satu pertiga daripada kanak-kanak yang sudah bersekolah masih memerlukan bantuan ibu bapa untuk kembali kepada tidur setelah terjaga.
n Tetapkan rutin tidur
Waktu tidur untuk si kecil atau kanak-kanak yang sudah memasuki alam persekolahan sepatutnya bermula antara pukul 6.30 petang hingga 7.30 malam. Namun, dalam sesetengah kes istimewa seperti jika terdapat majlis khas, elakkan daripada membiarkan anak tidur lewat terlalu kerap. Ini bagi mengelakkan pola aktiviti harian mereka terjejas.
n Jangan abaikan tidur petang
Apabila anak anda tidak lagi mengamalkan tabiat tidur petang, anda boleh menggalakkannya menggantikan tabiat tersebut dengan masa untuk bersantai. Dengan ini, masa santai itu bukan sahaja memanfaatkan si anak malahan anda berdua.
n Makanan yang betul
Jika anda menghidangkan makanan berkarbohidrat kompleks bersama protein, anda sebenarnya memberi anak anda snek yang dibekalkan dengan 'kuasa' berpanjangan.
Ini akan mengelakkannya daripada terjaga pada bila-bila masa. Berbeza dengan makanan kaya protein atau gula, tenaga yang diperoleh daripada makanan-makanan ini akan menyukarkan rutin tidurnya daripada berjalan lancar. Seperkara yang perlu diingati ialah perhatikan waktu pengambilan hidangan berat agar tidak terlalu dekat dengan waktu tidur.
n Aktiviti fizikal penggalak tidur
Wujudkan peluang untuk anak anda melakukan aktiviti fizikal pada siang hari agar dia dapat tidur lena pada sebelah malam. Berikan peluang kepada bayi anda untuk melakukan sedikit senaman ringan di atas lantai, misalnya merangkak.
n Gangguan teknologi
Gajet seperti komputer mahupun televisyen boleh menganggu ketenteraman sebelum masuk tidur. Jadi, elakkan anak-anak terlalu terpengaruh kepada aktiviti gajet.
nnn Dipetik daripada buku Sleep Solutions For Your Baby, Toddler and Preschooler oleh Ann Douglas. |
|
|
|
|
|
|
|
anak lily- idlan, baru umur 2 bulan lebih.. die sll tido pkl 10 mlm camtula.. pastu die menyusu sekali je dlm pkl 4 camtu, pastu die menyusu balik dlm pkl 7.. normal kan?? ade sekali tu, die tido straight 8 jam without menyusu.. risau gak.. |
|
|
|
|
|
|
|
anak lily- idlan, baru umur 2 bulan lebih.. die sll tido pkl 10 mlm camtula.. pastu die menyusu sekali je dlm pkl 4 camtu, pastu die menyusu balik dlm pkl 7.. normal kan?? ade sekali tu, die tido straight 8 jam without menyusu.. risau gak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tetapkan rutin waktu tidur anak
Oleh Nor Affizar Ibrahim
Amalan tidak menentu setiap malam boleh jejaskan daya ingatan, kebolehan belajar dan kesihatan bayi dalam jangka masa panjang
RUTIN waktu tidur yang tetap setiap hari adalah penting untuk membiasakan bayi supaya berehat dan tidur. Hanya dengan cara itu bayi dapat memaksimumkan kebaikan tidur untuk membantu tumbesarannya dari segi sosiol, kognitif dan fizikal.
Kekurangan amalan rutin waktu tidur dan tidak mendapat tidur yang baik dalam jangka panjang didapati, akan menjejaskan daya ingatan, kebolehan belajar dan kesihatan anak. Justeru, penting bagi ibu bapa untuk mempraktikkan rutin waktu tidur yang tetap kerana ini dapat mengajar kanak-kanak untuk lebih tenang dan tidur lena setiap malam.
Pakar Perunding Kanak-kanak dan Paru-paru Kanak-kanak, Dr Norrashidah Abdul Wahab, berkata tidur berkualiti membantu tumbesaran bayi dengan baik kerana itu ibu bapa perlu amalkan rutin waktu tidur konsisten yang dipraktikkan setiap malam memandangkan bayi gemar kepada rutin.
揝ecara umum pola tidur seseorang bayi tidak sama antara satu sama lain. Seorang bayi mungkin boleh tidur antara 16 hingga 20 jam sehari, tetapi ada juga yang kurang daripada jumlah waktu itu. Biasanya 16 jam itu diperoleh secara berterusan, tetapi ada juga bayi yang tidur dalam beberapa sesi. Pola tidur begini walaupun tidak tetap, tetapi masih dikira baik.
揑bu bapa tidak perlu risau jika bayinya tidur terlalu lama atau berbelas jam dalam sehari. Ini adalah normal kerana bayi memerlukan lebih banyak tidur. Lazimnya, apabila bayi itu semakin membesar maka jumlah jam tidurnya turut berkurangan, |
|
|
|
|
|
|
| |
|