CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 46817|Reply: 27

Kelahiran pra matang / tak cukup bulan

[Copy link]
Post time 18-12-2006 03:03 PM | Show all posts |Read mode
Bayi alami kecacatan

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

Masalah yang akan dihadapi bayi bergantung kepada usia kehamilan ketika dia dilahirkan

PENGALAMAN mengandung setiap wanita berbeza. Malah, pengalaman mengandungkan anak pertama dan kedua juga tidak sama. Wanita yang tidak mengalami masalah besar ketika mengandung perlu bersyukur kerana bukan semua orang bertuah seperti anda.

Perkara paling menakutkan ialah apabila wanita terpaksa bersalin awal atau tidak cukup bulan. Dalam istilah perubatan ia dipanggil kelahiran pra matang. Masalah inilah yang menyebabkan ada wanita amat bimbang dan trauma untuk mengandung lagi selepas melahirkan anak pertama.

Kelahiran pra matang ditakrifkan sebagai kelahiran sebelum 37 minggu kehamilan iaitu tiga minggu awal daripada tempoh kehamilan penuh (40 minggu). Jika bersalin dua minggu awal, kehamilan itu dianggap sudah cukup bulan dan bayi boleh dilahirkan dengan selamat.

Menurut Pensyarah dan Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Shuhaila Ahmad, usia kandungan mula dikira dari tarikh akhir haid bagi menentukan tarikh bersalin.

Kebanyakan wanita lupa atau tidak pasti tarikh akhir haid mereka namun penentuan tarikh bersalin ini boleh dilakukan melalui ujian imbasan kandungan terutama pada tiga bulan pertama kehamilan kerana ia lebih tepat.

揥alaupun kes kelahiran tidak cukup bulan hanya berlaku pada segelintir wanita iaitu antara lima hingga 10 peratus saja, tetapi ia tidak boleh dipandang ringan kerana ia bukanlah kehamilan normal.

揔elahiran pra matang bermakna bayi mempunyai masa yang lebih pendek untuk menjalani proses perkembangan dan pembesaran di dalam rahim ibu. Keadaan ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan kepada bayi itu sendiri.

揗asalah yang akan dihadapi bayi bergantung kepada usia kehamilan ketika dia dilahirkan. Lebih pendek tempoh bayi dalam kandungan, risiko dia mengalami masalah kesihatan lebih tinggi,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-12-2006 03:04 PM | Show all posts

sambungan......

Bolehkah kelahiran pra matang dihalang?

Kata Dr Shuhaila, sehingga kini tiada kaedah yang boleh digunakan untuk menghalang masalah ini daripada berlaku. Bagaimanapun doktor boleh membantu melewatkan kelahiran melalui beberapa cara mengikut punca masalah berkenaan.

Sekiranya masalah kelahiran pra matang itu disebabkan jangkitan kuman, wanita akan diberikan antibiotik. Jika ia berpunca dari penyakit yang dihidapi, rawatan kawalan penyakit perlu dilakukan sebelum dan sepanjang kehamilan.

揃agi wanita yang mengandung tidak cukup bulan, risiko untuk mengalami masalah ini pada kandungan seterusnya agak tinggi terutama jika ianya berlaku secara spontan iaitu tanpa sebab tertentu.

揓ika berlaku kontraksi yang terlalu awal, doktor akan memberikan suntikan steroid untuk menghentikan kontraksi. Suntikan ini berkesan sehingga 70 peratus tetapi ia bukan jaminan yang dapat menghalang kontraksi seterusnya.

揝elain itu bagi wanita yang mengalami masalah lemah pangkal rahim, doktor mungkin mencadangkan pangkal rahim mereka dijahit (dan akan dibuka apabila sampai waktu bersalin) untuk melanjutkan usia kandungan.

揥anita seperti ini perlu banyak berehat dan biasanya akan disuruh masuk ke wad beberapa bulan lebih awal sehinggalah melahirkan anak. Sepanjang tempoh ini keadaan mereka akan dipantau rapi. Kalau pangkal rahim mereka kurang daripada dua sentimeter, ia boleh terbuka dan menyebabkan wanita bersalin awal,
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2007 11:15 PM | Show all posts
my doter lahir prem... 29 minggu = 980 grm...
2 miggu incubator
57 hari dithan kat NICU...

tuhan maha kaya...alhamdulillah... skrg dah masuk skolah thn 1....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2007 09:15 AM | Show all posts
macam mana dgn penjagaannya?

boleh share?

dari dia baru lahir..sampai dia dah masuk sekolah nih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2007 02:28 PM | Show all posts
Ingin tahu cara elak bersalin pramatang


SAYA berusia 24 tahun dan baru berkahwin setahun lalu. Saya disahkan hamil tiga bulan selepas perkahwinan dan sepatutnya bersalin pada bulan ini. Namun, saya bersalin awal iaitu ketika kehamilan berusia enam bulan disebabkan air ketuban pecah ketika saya bersin.

Saya selamat bersalin normal namun anak saya hanya hidup selama dua minggu. Adakah sukar untuk saya hamil kembali kerana hingga kini saya masih tidak menunjukkan tanda hamil? Adakah kehamilan saya pada masa akan datang juga akan mempunyai risiko bersalin pramatang?


Bagaimana cara mengelak daripada bersalin pramatang? Bolehkah saya mengamalkan pengambilan asid folik setiap hari walaupun saya tidak hamil? Apakah saranan doktor untuk memudahkan saya hamil?

Apakah punca sebenar bersalin pramatang? Adakah darah tinggi salah satu punca?

ABBY
Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Jawapan

PADA usia enam bulan (26 minggu) kehamilan, janin lazimnya mempunyai berat sekitar 500 hingga 700 gram dan mempunyai peluang tipis untuk hidup. Saya kurang pasti sama ada air ketuban pecah akibat bersin ataupun ia sebenarnya mempunyai masalah sampingan yang lain.

Kegagalan kehamilan trimester kedua (13 hingga 28 minggu kehamilan) lebih jarang berlaku berbanding keguguran trimester pertama (12 minggu pertama kehamilan). Berbeza dengan punca keguguran trimester pertama (lazimnya disebabkan ketidaknormalan kromosom janin), kelahiran pramatang trimester kedua lebih berpunca daripada penyakit dialami ibu.

Lazimnya kegagalan kandungan trimester kedua ini disebabkan perkara berikut:

- Masalah bentuk ruang rahim contohnya masalah genetik rahim bertanduk (bicornuate uterus), fibroid dan seumpamanya. Ini menyempitkan ruang di dalam rahim atau mengganggu aliran darah kepada rahim.

- Pintu rahim lemah (inkompetens serviks) menyebabkan pintu rahim membuka dan menyebabkan kelahiran (kebiasaannya lebih awal sekitar 16 hingga 18 minggu, tidak menyakitkan dan selaput ketuban tidak pecah serta keluar bersama-sama janin di dalamnya). Ia memerlukan rawatan menutup pintu rahim (circlage).

- Penyakit sistem imun ibu seperti systemic lupus erythematosus (SLE), sindrom antifosfolipid (APS) dan seumpamanya.

- Masalah uri atau tali pusat.

- Penyakit ibu yang tidak dikawal seperti darah tinggi, kencing manis, tiroid dan buah pinggang.

- Ketidaknormalan kromosom janin (lebih jarang)

- Jangkitan kuman seperti rubella dan CMV.

Kesukaran hamil lagi, risiko keguguran berulang lagi, lazimnya bergantung kepada punca kelahiran pramatang di atas. Anda mungkin sudah menjalani ujian berkaitan seperti ujian darah tertentu (termasuk ujian kromosom anda dan suami, ujian hormon dan ujian antibodi sistem imun), ujian kromosom tisu bayi, ultrabunyi rahim, histeroskopi (menggunakan teropong ke dalam ruang rahim) atau histerosalpingogram (HSG - menggunakan sinaran-x).

Asid folik sebenarnya adalah sejenis vitamin B yang sangat membantu mengurangkan risiko kecacatan otak dan sistem saraf tunjang bayi (risiko penurunan sehingga 80 peratus).

Untuk memastikan wanita mempunyai cukup asid folik, pengambilan sebanyak sekurang-kurangnya 400 mikrogram asid folik digalakkan sekurang-kurangnya sebulan sebelum memulakan kehamilan. Kebanyakan pil tersedia dalam kuantiti 5,000 mikrogram (milligram), ini juga selamat diambil.

Bagi wanita yang pernah melahirkan bayi dengan kecacatan di atas, asid folik disarankan diambil sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum memulakan kehamilan. Memandangkan anda tidak dapat menjangkakan bila akan hamil, eloklah memulakan pengambilan asid folik dari sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2007 10:14 AM | Show all posts
thanks so much for the info.. memang susah nak dpt info pasal pre-mature ni.. skrg ni cloud tgh pregnant 20 minggu.. ape yang merisaukan cloud ialah cloud dulu dilahirkan pun x cukup bln.. baru 7 bln dah x sabar nak tgk dunia.. (bak kata mak cloud la).. isk.. faktor keturunan pun salah satu punca pre-mature.. risau la.. cloud mmg refer dgn doktor pakar, tp so far dia kata seme ok.. tmbh risau bila cloud penah ada thyroid dulu.. sblm kawin.. tp skrg dh ok.. xde thyroid lagi.. so, ape harus cloud buat eh?satu lagi? kalo sex during 2nd trimester pun boleh dikatakan punca pre-mature ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2007 12:58 PM | Show all posts
gynae aku ni dr.shuhaila ahmad nii..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2007 04:43 PM | Show all posts

Reply #3 gorgonz's post

sihat x dia skrg? bb del also prem, lahir 28 week, now dah discharge dr hospital dlm 3 mgu lepas, dia stay kat wad dlm 2 1/2 bulan.. lahir hanya 830gm, 2 bulan dlm inkubator, 3 ari jek guna ventilator, tp sepanjang 2 bulan tu bantuan CPAP oksigen then dlm 2 mgu lebih kat cot biasa untuk weigh gain. now dia sihat tp still follow up dengan pakar mata. berat skrg 2.2kg++ at 3 1/2 month.. sepanjang cuti bersalin she grew up dengan susu badan, tp skrg dah campur sebab susu dah makin tak de.. hehehhe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


ya This user has been deleted
Post time 15-9-2007 10:21 AM | Show all posts
Kita pun lahirkan 2nd baby awal, coz ketuban bocor. Tapi alhamdulillah, dia sihat. Berat 2.31kg. Skrg dah 3 bulan, badan makin tembam.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2007 02:00 PM | Show all posts
aku skang ni 25weeks... time 24weeks gi checkup, berat fetus 610gm....la ni perut dok mengeras je..tapi idak ler sakit....takut pulak rasa terbersalin awal sbb dok rasa megeras je...org pulak dok kata perut nampak besaq, aiyohh...risau lak kalo kena prem... mudahan2 cukup tempoh baru aku bersalin..   ni second baby, first baby dulu o/due 4days.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2007 09:13 AM | Show all posts
my triplets pun babies prem..deliver mase 31 weeks..berat mase lahi triplets 1- 1.40 kg, triplet 2- 1.44kg and triplet 3 - 1.445 kg..pakai c paps dlm 3 hari duk dlm NICU 26 ari utk weigt gain.. now diorang dah 21/2 bulan..berat dlm 3 ~ 3.5 kg..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2009 09:11 AM | Show all posts
Bayi pramatang perlu penjagaan rapi
Doktor di BM

SOALAN:

ISTERI saya baru melahirkan anak beberapa hari lalu. Bagaimanapun, anak saya dikategorikan sebagai pra matang dan masih lagi di hospital buat masa ini. Saya ingin tahu bagaimana untuk kami suami isteri kendalikan anak sebaik DIA dibenarkan keluar nanti. Selain itu, apakah kemungkinan masalah kesihatan yang akan dia hadapi?

Bapa Serba Tak Tahu,

JAWAPAN:

BAYI pramatang (premature babies) adalah bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu kandungan. Ada banyak sebab kenapa perkara ini boleh berlaku, antaranya mungkin gaya hidup ibu sendiri seperti merokok, mengambil makanan yang kurang berkhasiat, tekanan fizikal, pengambilan alkohol, dadah dan pelbagai lagi.

Selain itu, ia juga boleh disebabkan ketidakseimbangan hormon, masalah struktur rahim, penyakit ketika dalam kandungan, umur ibu lebih 35 tahun atau kurang daripada 19 tahun dan pelbagai sebab lain yang tidak diketahui.

Bayi pramatang memerlukan penjagaan lebih daripada bayi lahir cukup bulan. Justeru, kebanyakan bayi pramatang memerlukan penjagaan di unit rawatan rapi (ICU) sebelum pulang ke rumah. Di negara maju, lebih 90 peratus daripada bayi yang beratnya 800 gram ke atas akan terselamat dan bayi yang beratnya lebih daripada 600 gram mempunyai peratusan selamat antara 40 hingga 50 peratus. Bagaimanapun, komplikasi yang lebih ketara mungkin berlaku pada kanak-kanak ini.

Apakan keperluan bayi pramatang?

    * Haba atau kepanasan persekitaran yang cukup. Bayi pramatang tidak mempunyai lemak secukupnya untuk memastikan suhu badan kekal walaupun jika bayi itu diselimutkan. Bayi ini perlu berada di dalam inkubator atau alat pemanas sehingga berat bayi cukup untuk mengekalkan suhu badan.

    * Pemakanan dan tumbesaran bayi pramatang memerlukan keperluan nutrisi yang lebih tinggi. Ini disebabkan tumbesaran bagi kanak-kanak pramatang secara lazimnya adalah lebih cepat daripada kanak-kanak cukup bulan (catch up growth) lebih-lebih lagi kerana sistem pencernaan makanan adalah tidak efektif seperti kanak-kanak cukup bulan.



Apakah makanan untuk bayi pramatang?

Susu ibu adalah sumber makanan yang paling baik, tetapi bayi hanya boleh menyusu terus atau menggunakan botol selepas 32 minggu. Memulakan pemakanan bagi bayi pramatang perlu dilakukan secara sedikit demi sedikit. Jika tidak ia boleh menyebabkan masalah usus yang berbahaya.

Lazimnya bayi yang belum boleh menyusu, susu ibu perlu dipam dan diberi melalui tiub.

Susu ibu mempunyai khasiat lebih kerana ia mengandungi protein membantu melawan kuman dan mempercepatkan pembesaran. Oleh kerana bayi pramatang mungkin memerlukan lebih banyak kalori dan vitamin, terdapat formula dalam bentuk serbuk yang boleh ditambah dalam susu ibu untuk meninggikan lagi khasiat.

Masalah bayi pramatang

    * Jaundis (penyakit kuning)

      Masalah yang paling kerap bagi bayi pramatang ialah jaundis. Penyakit ini disebabkan oleh bilirubin yang dihasilkan oleh pemecahan sel darah merah. Bilirubin ini menyebabkan kulit dan selaput mata putih bayi menjadi kuning. Jaundis adalah perkara biasa bagi bayi, tetapi jika tahap jaundis terlalu tinggi ia boleh menyebabkan kerosakan bahagian otak atau kecacatan pendengaran.

    * Apnea

      Apnea adalah keadaan yang mana bayi berhenti bernafas. Pada masa itu degupan jantung menjadi perlahan sekali gus bayi mungkin kelihatan pucat dan biru. Apnea sering berlaku bagi bayi yang kurang daripada 30 minggu. Jika masalah apnea ini berlaku dengan kerap bayi memerlukan ubat untuk merangsang sistem pernafasannya.

    * Anemia (kurang darah)

      Kebanyakan bayi pramatang akan mengalami masalah anemia. Ini mungkin menyebabkan bayi tidak membesar dan juga jika tahap anemia itu serius ia boleh menyebabkan kegagalan jantung.

      Masalah pernafasan (respiratory distress syndrome)

      Masalah ini disebabkan oleh paru-paru yang belum matang dan secara tidak langsung menyebabkan bayi mengalami masalah susah untuk bernafas. Masalah ini agak kerap berlaku.

      Begitupun, masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan sejenis ubat yang bertindak membuka paru-paru (dikenali sebagai surfactant). Ia membolehkan paru-paru bayi pramatang berfungsi dengan lebih baik.

      Jika masalah pernafasan ini terlalu serius, bayi itu mungkin memerlukan bantuan pernafasan melalui mesin pernafasan. Penggunaan surfactant yang dibuat secara sintetik mengurangkan komplikasi masalah pernafasan.

    * Jangkitan

      Jangkitan adalah masalah yang paling membimbangkan bagi bayi pramatang. Ini disebabkan bayi pramatang tidak dapat melawan penyakit sebaik bayi yang lahir cukup bulan. Jangkitan ini boleh berlaku sebelum bayi lahir, ketika proses melahirkan atau selepas dilahirkan. Cara membasuh tangan

      yang betul dapat mengatasi masalah jangkitan.

    * Patent Ductus Arteriosus(PDA)

      Duktus arteriosus adalah salur darah kecil yang menyambungkan salur arteri paru-paru dan salur aorta. Bagi bayi pramatang yang mempunyai masalah PDA; bergantung kepada besarnya PDA itu, dia boleh mengalami masalah kegagalan jantung. Ada ubat-ubatan yang boleh mengecilkan salur

      darah ini. Begitupun jika ia tidak berjaya masalah PDA ini boleh diselesaikan melalui pembedahan.

    * Masalah Retina

      Bayi pramatang mempunyai retina yang agak sensitif. Retina bayi pramatang boleh cedera dan ini boleh menyebabkan masalah penglihatan yang serius. Pada masa dahulu masalah ini dikaitkan dengan penggunaan oksigen yang berlebihan. Tetapi kaji selidik yang dijalankan tidak dapat memberi sebab kenapa ia berlaku.



Apa perlu dibuat selepas keluar dari unit rawatan rapi

Bayi pramatang memerlukan penjagaan yang lebih rapi. Rawatan susulan dengan pakar perlu dilakukan dengan kerap untuk menilai perkembangan bayi itu baik dari segi fizikal dan juga perkembangan otak.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2009 08:10 PM | Show all posts
anak saya pre mature 30 weeks..skang masih lagi NICU tp Al-Hamdulillah berat dah 2.2kg. sepatut nya dah bole keluar cuma nya

masalah penyusuan botol untuk anak saya. bila feeding, oksigen dia akan drop.. anyone facing the same prob tak???

menurut doc, prekara ni terjadi sbb baby sy tak pandai nak koordinasi antara feeding ngan breathing... maknanya

bila dia feeding, dia lupa nak breathing...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2009 09:25 AM | Show all posts
my daughter 1.75kg...sebulan kt NICU...dia blk rumah berat dia 1.86kg je...
skrg dh 3 thn...makin lasak dan cerdik...
mulut tak berhenti bercakap...sblm lahir dia doktor ckp nyawa dia 50-50 je...
aku lbh percaya kuasa Allah...Alhamdulillah...anak aku sihat...lbh sihat dr bayi normal...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2009 05:47 PM | Show all posts
me pn deliver bb prem ,6 feb lepas...
36 weeks...doc still kata 36 weeks tue bb prem..
b4 38 weeks,mmg dianggap prem...
my bb lahir 1.89kg...6 days kat NICU..
tapi bb sihat..Alhamdulillah....
skang,dah 58 hari...berat my bb dah 4.6kg...
huh....seronok tgk pp dah tembam....
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 05:32 PM | Show all posts
Originally posted by gorgonz at 12-1-2007 23:15
my doter lahir prem... 29 minggu = 980 grm...
2 miggu incubator
57 hari dithan kat NICU...

tuhan maha kaya...alhamdulillah... skrg dah masuk skolah thn 1....


my late son lahir 26 weeks
850 gram..
5 hari dlm incubator...
Tuhan lebiih menyayangi dia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2009 05:55 PM | Show all posts
Originally posted by syabee at 3-3-2009 20:10
anak saya pre mature 30 weeks..skang masih lagi NICU tp Al-Hamdulillah berat dah 2.2kg. sepatut nya dah bole keluar cuma nya

masalah penyusuan botol untuk anak saya. bila feeding, oksigen dia  ...


masa bersalin berat berapa?
sekarang dah berapa lama kat NICU?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 06:15 PM | Show all posts
ummi dolu pong lahir x cukup bulan.. belum pun nam bulan dah nak jenguk ke dunia.. sbulan masuk incubator..masa lahir berat 1.28kg dgn saiz sebesar botol kicap.. alhamdullillah masa kecik x dak penyakit pelik2 dan mmg payah demam.. saiz bdn ummi pong lebih besar dari sepupu yg lahir cukup bulan (suppose lahir tarikh dekat2), tu kisah 32 tahun dolu..

adik ummi yg nomol 2 pong x cukup bulan gak.. lahir at 7mth.. kene saket kuning dan warded for a month.. yg nomol 3 usia lapan bulan dah nak keluar.. tp masa p spital, doc bg jab every an hour utk halang baby keluar (effect pd adek ummi, kaki dier lembek.. lambat berjalan dan biler dah boleh berjalan asek lenguh kakinya).. dan yg nomol 4 pulak lambat kluar.. dah 11 bulan pong masih nak dok dlm pewot.. biler lahir tali pusat tinggal seinci ja.. yg lain2 sudah reput..agaknya kesan jab dari kakak yg lahir sblumnya..

InsyaAllah nnti ummi tanyakan dgn mak ummi, apa yg telah diberi dan diamalkan utk tumbesaran ummi dan adik .. tp seingat ummi.. masa kecik, ummi diwajibkan utk amek 1 sdm scott emulsion yg putih tu.. dan kalo susu, mak ummi akan bancoh skali dgn air tajen (air rebusan beras)..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2009 12:54 AM | Show all posts
bb nilam juga pre-mature 34 mggu.
nilam xde masalah tekanan drh tinggi/kencing manis/asma etc..sepanjang mengandung jugak xde alahan.
tapi bb kuar awal...lahir dgn berat 2.25kg.xduduk dlm inkubator sbb lebih dari 2.1kg...
bb kena jaundice yg teruk....masuk wad 2 kali.duduk bawah lampu atas & bawah...
sedih sgt ms tgk tuh...pastuh kena plak BF Jaundice selama 2bln.alhamdullillah...sume test normal.

penjagaan bb mula2 tuh mmg payah skit...sbb bb kecik kan,mcm kekok nak pegang dia.
tapi menyusu badan ok....aktif menyusu sepanjang 2 bulan tuh.
lama2 jaundice hilang sendiri....
skrg dh umur 1 thn 3 bulan...dah pandai berlari pun
setakat nih xde plak alahan ape2....makan pun xmemilih.xsusah jaga dia..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 03:16 PM | Show all posts
na tanye la...sebab ade dgr kalo bb tu lahir mase 7bulan insyaALLAH kebarangkalian tuk bb tu hidup tinggi...nape eik kalo bb tu kuar 8bulan kebarangkalian tuk bb tu hidup xde....risau jugak ni..skrg ni 31minggu...org ramai yg tegur perut da jatuh....hummmm
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.329030 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list