|
album ni - album baru raihan kan --
saya cari ulasan kat sini tak ada --
ke saya missed?
saya dengar CD dia kat rumah kakak saya --
sedap lagu2 dia --
ada 10 lagu - cover pun cantik --
nanti saya cari kat google karang cover dia --
lagu lagu dia --
yang saya suka ialah tawakkal, tholaal badru --
dengan salamunalaik --
tak rugi beli sebab suara depa harmonis sahaja --
kalau sesiapa minat raihan - ha beli la -
best album ni
*saya rasa dah lama CD ni keluar tapi
bila search tak jumpa review pulak --
maaf sayangida kalau dah pernah review --
just nak share sebab baru tertengok cover dia pagi tadi
kat rumah kakak -- |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ok jumpa cover dia ---
rasa a couple of month already ni
saya je yang hampeh tak perasan -
maaf ye sayangida --
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
raihan buat album baru takder promosi ker... :hmm:
ke aku yg miss... :stp: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 dexa's post
mcm belum ada je topik psl ni b4. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 sayangidaku's post
saya dah search tak ada review
tapi article tentang raihan di topic raihan
kat M n C tu ada mentioned raihan promote kan
album Tawakkal ni - cuma tak ada besar besaran
tentang promosi tapi more to award mahabba yang
depa terima baru baru ni -
apa apa pun -- memang susunan lagu dalam album
tawakkal ni bagus -- dan album yang berkualiti tinggi --
ada harapan utk menang lagi album nasyid terbaik ni di AIM nanti
kalau dicalonkan - walaupun saya suka juga album qasidah / marhaban mawi -
[ Last edited by dexa at 24-12-2006 02:00 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
lagu dlm album tawakkal ni semua best2...
dari track first sampai last..
yg paling of course lagu tawakkal la...
lagu salaam pun best, dgn penyanyi dari france tuh...
bittaqwa, insyaAllah pun best...
'resipi' album raihan ni memang maintain dari 1st album sampai skang...
diorang aim semua golongan, dari yg kecik, sampaila yg besar, yg islam, bukan islam..
yg paling penting, identiti muzik diorang tak berubah, still berteraskan membranophone-alat2 muzik gendang nih...
menang lagi la album nasyid terbaik AIM tahun depan... |
|
|
|
|
|
|
|
Kumpulan Raihan sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Kehebatan kumpulan nasyid ini bukan sahaja diiktiraf di dalam Negara malah di luar Negara kerana lagu-lagu yang disampaikan oleh mereka setaraf dunia dan mengasyikkan. Setiap baris lirik yang memuji keagungan tuhan disampaikan dengan penuhpenghayatan sehinggakan kita yang mendengarnya dapat merasainya sehingga ke reseap ke dalam jiwa.
Album ini masih menampilkan Nazery sebagai vokalis utama, dengan single pertama Tawakkal yang juga merupakan tajuk album membuka tirai. Amat indah sekali susunan muzik lagu . Alat muzik seperti kompang digunakan disamping alat muzik paluan yang lain. Lirik oleh Che Am dan Abu Arumi, lagu ini amat mudah untuk difahami. Ia umpama kata nasihat kepada mereka yang telah berusaha agar bertawakkal dan berdoa kepada Allah Taala. Hanya Yang Esa yang menentukan usaha kita sama ada berjaya atau tidak sebagaimana rangkap terakhir -`Kami bertawakkal kepada Allah, Tiada berkuasa Selain Dari-Nya, Doa Usaha dan berserahlah, Terimalah Qada' dan Qadar-Nya'. |
|
|
|
|
|
|
|
lagu ciptaan Farahin Abdul Fatah berjudul Mata Massa adlah lagu terbaik. Lirik lagu ini juga dihasilkan oleh Farahin dan ia sungguh puitis sekali. Apatah lagi dngan dengan dengan susunan muziknya dilaksanakan dengan begitu berhati-hati amat menarik sekali. Vokal Nazery dan gabungan harmoni ahli-ahli Raihan yang lain menjadikan ia sebuah lagu yang cukup meremangkan bulu roma!
Lain-lain lagu yang menarik adalah seperti Keindahan Alam dan Wahai Saudara, Insya Allah dan Salaam yang menampilkan Miloud Zenasni.Kulit album ini ringkas sahaja tetapi yang istimewanya ada diselitkan foto-foto Raihan ketika mengadakan persembahan di luar negara. |
|
|
|
|
|
|
| |
|