CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 17048|Reply: 53

Kelebihan menamakan anak lelaki 'Muhamad'

[Copy link]
Post time 4-1-2007 07:38 PM | Show all posts |Read mode
Beberapa hadis telah diriwayatkan untuk menyatakan beberapa kelebihan bagi Anak-anak yang dinamakan Muhammad atau Ahmad mudah-mudahan menggalakkan orang-orang menamakan anak mereka dengan salah satu nama-nama itu.

Daripada Anas bin Malik lah.a. bahawa Rasulullah saw telah bersabda :
"Akan berdiri dua orang hamba Allah di hadapan Allah Ta'ala di padang Mahsyar lalu Allah Ta'ala memerintahkan kedua-dua mereka masuk syurga maka berkatalah mereka berdua : "Hai Tuhan kami bagaimanakah kami berhak masuk syurga?

Lalu berfirman Allah Ta'ala : "Hai hambaKu berdua, masuklah kedua-dua kamu ke dalam Syurga kerana saya telah bersumpah kepada diriKu bahawa orang yang namanya Ahmad atau Muhammad itu tidak akan masuk Neraka." Dan telah diriwayatkan daripada saja'far bin Muhammad bahawa apabila berlaku Hari Kiamat maka akan berteriak satu teriakan. "Bangunlah hai sesiapa yang namanya Muhammad dan masuklah ke dalam syurga sebagai penghormatan agung kepada Nabi Muhammad saw." Dan pada suatu riwayat yang lain pula bahawa akan berteriaklah
suatu yang berteriak pada Hari Kiamat: "Hai Muhammad," lalu Nabi saw pun mengangkat kepalanya pada tempat itu maka Allah Ta'ala pun berfirman

"Saksikanlah bahawa saya mengampunkan tiap-tiap sesiapa yang namanya sama dengan nama Muhammad" Dan daripada Ali bin Abu Talib ok.w. bahawa ia telah berkata "Tidak ada suatu hidangan makanan yang disimpan lalu datang hadir padanya seorang yang namanya Ahmad atau Muhammad melainkan Allah Ta'ala memuliakan rumah itu dua kali ganda."

Telah diriwayatkan oleh Ibnu Abi Malikah daripada Ibnu Juraij daripada Nabi saw yang telah bersabda : "Barangsiapa ada isteri yang sedang mengandung dan bercita-cita hendak menamakan anak yang masih di dalam rahim itu Muhammad maka Allah Ta'ala akan mengurniakan kepadanya anak lelaki dan jika ada seorang yang bernama Muhammad di dalam sebuah rumah nescaya Allah Ta'ala mengurniakan berkat di dalam rumah itu"

Telah bersabda Nabi saw lagi : "Apabila kamu namakan seseorang itu Muhammad maka hendaklah kamu hormatkan dia dan lapangkan tempat baginya di dalam sesuatu majlis dan jangan masamkan atau hodohkan mukamu kepadanya...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2007 08:43 PM | Show all posts
yer aku dah terbaca pasal ni.. tapi apa yg aku musykil.. kalau org yg bernama muhammad ni kelakuan dia buruk sgt.. byk buat dosa.. mcm mana yer? msk syurga juge ker?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2007 09:46 PM | Show all posts
kot mana pun kalo dia islam selagi tak murtad, last last skali akan masuk juga ke syurga, cuma diberi kan siksa yg tak tertahan dahulu padanya.........
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2007 10:07 PM | Show all posts
Originally posted by audioslavefan at 4-1-2007 08:43 PM
yer aku dah terbaca pasal ni.. tapi apa yg aku musykil.. kalau org yg bernama muhammad ni kelakuan dia buruk sgt.. byk buat dosa.. mcm mana yer? msk syurga juge ker?





Cintailah sungguh2 Muhammad beserta ahlul-baitnya dan semoga syafaat mereka diberikannya pada kita.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2007 10:48 PM | Show all posts
Saya pernah dengar satu ceramah, penceramah tu kata, rumah yang ada penghuninya bernama Muhammad akan diberi berkat.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2007 01:17 AM | Show all posts
yg aku penah denga.. lelaki yang bernama muhammad & perempuan yg nama siti akn masyuk syurga dulu banding ngan nama lain.. wallahualam...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2007 02:51 AM | Show all posts
apo apo lah, asal bahagia .
Reply

Use magic Report

akmala This user has been deleted
Post time 5-1-2007 02:51 AM | Show all posts
Shalawat dan salam kepada Nabi SAW
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2007 12:07 PM | Show all posts
Selawat dan salam kepada junjungan Nabi SAW
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2007 12:29 PM | Show all posts
Originally posted by winamp05 at 4-1-2007 09:46 PM
kot mana pun kalo dia islam selagi tak murtad, last last skali akan masuk juga ke syurga, cuma diberi kan siksa yg tak tertahan dahulu padanya.........

Originally posted by winamp05 at 4-1-2007 07:38 PM
Lalu berfirman Allah Ta'ala : "Hai hambaKu berdua, masuklah kedua-dua kamu ke dalam Syurga kerana saya telah bersumpah kepada diriKu bahawa orang yang namanya Ahmad atau Muhammad itu tidak akan masuk Neraka."


aku still kompius.. sorry yer.. leh terangkan lagi tak?  sebab Allah dah bersumpah org tersebut tidak akan masok neraka..

[ Last edited by  audioslavefan at 5-1-2007 12:31 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2007 02:53 PM | Show all posts

Reply #10 audioslavefan's post

Tuh laa..aku pun perlukan explaination yang detail..sebab dah banyak sangat kawan-kawan aku yang namenye Mohammad atau Mohd atau Muhd nie nakal Nauzubillah...takleh dibayangkan!
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2007 03:03 PM | Show all posts
mungkin maksud tersirat ialah, orang yg nama muhammad nie, mungkin akan diberikan hidayah dan dibukakan pintu hati nyer daripada membuat dosa,

jadi kalo tak buat dosa, tak masuk neraka,
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2007 03:10 PM | Show all posts
Originally posted by salimrock at 5-1-2007 03:03 PM
mungkin maksud tersirat ialah, orang yg nama muhammad nie, mungkin akan diberikan hidayah dan dibukakan pintu hati nyer daripada membuat dosa,

jadi kalo tak buat dosa, tak masuk neraka,


Kalau camtuh maksudnya, aku doakan kawan-kawan aku yang Namanya Muhammad atau Ahmad yang memang aku sedia maklum nakal dan penuh Hedonisme tuh semua bertaubat sebab nama yang mereka bawa tuh mulia so, mereka kena bawak akhlak yang terpuji.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2007 12:16 AM | Show all posts
Manusia ni ade bahagian dia........

Awal baik akhir Buruk,
Awal Jahat akhir Baik,
Awal Baik Akhir Pun Baik.
Awal Buruk Akhir Pun Buruk.

Pilih yg mana nak.......... Man hasuna bidayatuhu hasuna......................
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2007 01:25 AM | Show all posts
apa ada pada nama... bagi aku, Allah lebih lihat amal perbuatan kita, dia tak pandang pun nama kita nie apa.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 11:48 AM | Show all posts
assalamualaikum
bagi saya nama yg baik dipilih adalah ikhtiar
iktiar dari ibubapa yg mahukan anaknya menjadi insan soleh,
baik dan berguna
jika diberi nama baik dan dididik dgn baik tapi
akhirnya si anak jadi jahat/nakal juga...that's beyond our
control and limit
kalo beri namapun suka ati je nak letak..
bermakna ibubapatu tak ambik kisah...
jika si anak jadi baik..Alhamdulillah
jika sebaliknya?....haa tula.. letak namapun dah tak elok
smi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2007 12:09 PM | Show all posts
Nama tu biarlah nama yang baik sebab nama tu adalah doa. Kalau ko letak nama baik pun..tapi ko dah potong nama tu masa panggilan sehari2..camne nak dpt berkat nama tu?

Contoh: Ko letak nama dia muhamad, tapi hari2 panggil mamat..mamat...sampai ada plak istilah mat rempit ^_^
Contoh lain: Letak nama dia daniel hafiz...tapi dok panggil apis..apis...
Kalau perempuan: nama khatijah panggil kathy...apa makna Cathy tu?

So pada aku nama tu biarlah pendek, ringkas dan mudah dipanggil supaya sampai maksudnya. Nama omputeh pun kalau baik maksudnya...why not?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 12:39 PM | Show all posts
Originally posted by <i>rurouni_khairul</i> at 5-1-2007 02:53 PM
Tuh laa..aku pun perlukan explaination yang detail..sebab dah banyak sangat kawan-kawan aku yang namenye Mohammad atau Mohd atau Muhd nie nakal Nauzubillah...takleh dibayangkan!


setau aku sesiapa nama Mohd... bukan kategori Muhammad.. kecuali nama penuhnya Muhammad ataupun Mohd. (ada titik)
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 12:41 PM | Show all posts
Nama sama spt nama datuk, nama bapa sama seperti nama moyang. diulang2.
Hussein Ali b Muhammad bin Hussein b Muhammad Ali b Hassan b Hussein.

Cuma berbeza pada gelaran.

Untuk wanita pula... tak adalah letak Muhammad. Tapi, letak nama Ummu Abiha  iaitu Fathimah Az-Zahra.


p/s: teringat pula utk lelaki diberi Tongkat ALI, yang perempuannya Kacip FATHIMAH.


Selawat ke atas Baginda Rasulullah s.a.a.w. dan ke atas keluarga Baginda s.a.a.w
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 02:44 PM | Show all posts
Originally posted by eiyoei at 9-1-2007 12:39 PM


setau aku sesiapa nama Mohd... bukan kategori Muhammad.. kecuali nama penuhnya Muhammad ataupun Mohd. (ada titik)


Mohd... tu same la dengan Mohd. Bezanya cuma ... sebab terlebih taip hehehe..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.080981 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list