CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: dexa

Lawn Bowling -

[Copy link]
Post time 16-2-2007 01:08 PM | Show all posts
Originally posted by siti_nur at 16-2-2007 08:28 AM




alamak malu nye siti...
igt kan dexa lelaki..
sorry ye dexa:malu:


aku pun igt dexa ni lelaki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2007 01:10 PM | Show all posts
aku dulu kat sekolah masuk kelab bowling...so every week mesti main ngan member2

sekarang ni agak jarang main.sebab member kat U tak main boling. kalau nak main pun tunggu cuti sem,..main ngan member2 kelab boling dulu gak. ahahah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2007 08:11 PM | Show all posts
eh bila lagi  nak main lawn bowling ni -
saya betul2 nak cuba

siti -- kalau nak main weekend  toing saya ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2007 08:11 PM | Show all posts
LTAM kecewa LTAS ketepi anak tempatan
Oleh Mohd Fadzrie Hazis


DI TENGAH-TENGAH kehangatan senario tenis negara sejak kebelakangan ini, keengganan Persatuan Lawn Tenis Sarawak (LTAS) memberikan tiket wild card kepada pemain negara dalam Kejohanan Remaja Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) Gred Satu mengundang persoalan.


Dalam kejohanan yang bermula semalam, hanya pemain luar negara beraksi tanpa pembabitan pemain remaja negara yang bernaung dengan Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM).

Ini mengecewakan Presiden LTAM, Datuk Abdul Razak Latiff (gambar) yang menganggap ia satu medan pendedahan berguna buat pemain tempatan.

揥alaupun kejohanan ini adalah bertaraf Gred Satu dan kebanyakan pemain kita bertaraf Gred tiga dan Empat, ia mampu memberi pendedahan berguna kepada pemain negara.

揝aya kecewa dengan penganjur, LTAS yang juga ahli gabungan LTAM kerana enggan memberi tiket wild card kepada pemain negara kerana semua ahli gabungan sepatutnya bekerjasama dengan LTAM dalam aspek pembangunan remaja demi kemajuan tenis negara,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2007 06:40 PM | Show all posts
Lawn Bowls: Malaysians book places in all finals
By : SHIRLEXIA TAN


MALAYSIA have virtually confirmed all four spots in the finals of the 6th Asian Lawn Bowls Championship at the national greens in Bukit Kiara.

In the women抯 singles, Siti Zalina Ahmad looks good to retain the title for the sixth time in a row.

The women抯 fours also qualified for the final after winning all their matches.

Safuan Said, after losing to China抯 Terrence Lee on Wednesday, lost another close match to Thailand抯 Surasek Phonghanyudh 21-20 yesterday but still top the table after six matches.

The men抯 four are also confirmed of a place in the final although losing their opening match to Hong Kong on Tuesday.

Head coach Mohd Arrifin Abd. Ghani said he is glad with the team抯 performance so far. "They are all doing very well except for Safuan, but we all know him, He will bounce back and I believe he can still win the title," he said.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2007 05:31 PM | Show all posts
Lawn Bowls: Malaysia eyeing a clean sweep
By ERIC SAMUEL

PETALING JAYA: Malaysia will be gearing up to make a clean sweep of the six gold in lawn bowls at the Korat SEA Games scheduled for Dec 6-15.

The Malaysian Lawn Bowls Federation (MLBF) secretary, Ramble Dallan Rice-Oxley, said that judging by the progress of the national players and their achievements in international and world competitions, they should be able to achieve the feat.

Malaysia have been the champions in lawn bowls since the sport was introduced in the biennial Games in Brunei in 1999 with a haul of 4-1-1. They did better in Kuala Lumpur in 2001, finishing on 5-0-1.  

Lawn bowls was not contested in Vietnam 2003 and at the last Games in Manila, Malaysia finished with a haul 3-2-1.

揥e are not going to under-estimate our opponents, especially from Thailand, Brunei and the Philippines. But going by the strong showing of our national team in recent competitions, we should be able to make a clean sweep,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2007 01:32 PM | Show all posts
Khairul, Emma join team as substitutes

PETALING JAYA: The men's and women's lawn bowl squads for the SEA Games will each have a substitute player.

The National Sports Council (NSC) director of elite branch, Ariffin Mohd Ghani, said that approval to include the two substitutes was made based on the Malaysian Lawn Bowls Federation's (MLBF) strong projection of a clean sweep of the six gold medals (singles, pairs and triples for men and women).

Khairul Anuar Abdul Kadir and Emma Firyana Saroji got the nod to join the six-member teams.

The MLBF secretary, Ramble Dallan Rice-Oxley, said: 揥e now have seven players in both teams. We have everything going in our favour with the addition of the two substitutes.

揟he other good news is that the greens at the competition venue in Bangkok are not ready yet. The organisers say that it will be ready in November. This will give the home team little advantage of having trained on it.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2007 01:22 PM | Show all posts
Siti idam emas sulung di Korat
Oleh Esme Johari Wahab

SELEPAS tiga penampilan pada Sukan Sea sejak 1999, Siti Zalina Ahmad masih belum dapat menghadiahkan kilauan pingat emas kepada negara dalam acara boling padang.


Atlit berusia 28 tahun itu menganggap dia seperti ketiadaan formula terbaik untuk mengutip pingat emas pada sukan terbesar Asia Tenggara yang diadakan setiap dua tahun sepanjang tempoh itu.

揑ni penampilan kali keempat saya pada Sukan Sea di Korat. Saya rasa perlu mencari pingat emas kerana belum pernah merasa dikalungkan pingat emas di atas podium.

揝aya tidak tahu apa rasanya tapi kali ini saya berharap dapat mengatasi badi kemarau pingat emas acara perseorangan wanita.

揝aya sendiri tidak tahu mengapa saya masih belum berupaya mendapatkannya sedangkan saya sudah berusaha pada tahap terbaik tetapi setiap kali menjejak kaki ke tempat yang menjadi gelanggang perlawanan, saya tidak menjadi. Saya sendiri tidak tahu mengapa dan apa kelemahan beraksi pada Sukan Sea,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2008 04:08 PM | Show all posts
2008/01/27
Lawn Bowls / world championships: Singles title beckons Safuan


MALAYSIA'S Safuan Said will gun for the men's singles world title in today's showdown against Australian Aaron Sheriff in Christchurch, New Zealand.
Safuan, the World No 1, nailed Martin McHugh of Ireland, 21-11 in the quarter-finals and Ryan Bester 21-20 of Canada on Friday in the semi-finals of the men's singles event of the World Lawn Bowls Championships at Burnside Bowling Club in Christchurch, New Zealand.

Safuan is the only Malaysian still standing. On Friday, the quartet of Fairul Izwan, Mohd Amir, Mohamad Azwan and Azim Azami fell to England 28-8 in the men's four event.

Nor Hashimah Ismail and Siti Zalina Ahmad were defeated 15-10 by England in the the women's pairs quarter-finals while the women's triples of Azlina Arshad, Nor Fidrah Noh and Nor Shafeeqah Yahya) were edged 18-17 by South Africa.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2008 09:10 AM | Show all posts
Safuan  muncul juara  lawn bowl  dunia    Oleh Shukri Matt Ali
                               GELARANjuara perseorangan lelaki dunia menjadi milik pemain negara, SafuanSaid selepas anak kelahiran Perak itu berjaya membuktikan kecemerlanganpersembahannya dalam final Kejohanan Lawn Bowl Dunia di Christchurch,New Zealand semalam.

Safuan, 25, membawa pulang gelaran juara dunia selepas menang21-10 ke atas pencabarnya, Aron Sheriff, 22, dari Australia dalamsaingan akhir di padang Burnside Bowling Club, kira-kira tiga kilometerdari Christchurch.

Kemenangan itu menyumbang emas tunggal kepada skuad negara.Sebelum ini, empat gangsa dipungut menerusi gandingan pemain lelaki danwanita dalam kejohanan empat tahun sekali itu.
        
     Pencapaian Safuan, yang terbabit dalam kancahpermainan lawn bowl ketika berusia 17 tahun, turut meletakkan skuadnegara di tangga keempat keseluruhan daripada 28 negara yang mengambilbahagian di belakang juara, New Zealand (empat emas dan dua gangsa),Australia (1-3-3) dan Scotland (1-1-0).

Dalam final semalam, lawannya yang berasal dari New SouthWales, Australia mendahului 2-0 selepas dua permainan sebelum Safuanberjaya bangkit dengan hayunan cemerlang untuk mengasak Aron mulaipermainan ketiga hingga ketujuh dan berjaya mendahului 9-4.

Pemain negara itu terus mendahului di beberapa permainanberikutnya untuk menjadikan kedudukan 15-6, 17-7, 19-9 dan sehingga kepermainan ke-22 untuk kedudukan muktamad 21-10.


Saya amat gembira. Saya tidak dapat mempercayainya," kata Safuansejurus selepas kemenangan yang cukup signifikan itu di gelanggang samadia pernah mengecapi beberapa kejayaan dalam karier sukan lawn bowlnya.

    "Padang Burnside cukup sesuai untuk saya kerana saya suka bermain di atas padang yang lebih pantas gerakan bola," katanya.

Safuan yang sudah empat kali berada di negara Kiwi tahun lalu,memiliki pengalaman bermain dalam kejohanan antarabangsa dan latihanskuad negara di situ, sekali gus memberikannya peluang memahami keadaancuaca dan menguasai gelanggang di sekitar Christchurch dengan lebihbaik.

Dia adalah juara dunia bawah 25 tahun pada 2005 dan pemenangpingat emas dalam acara beregu pada Kejohanan Lawn Bowl Asia Pasifiktahun lalu.



congrats safuan!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2008 10:03 AM | Show all posts
Safuan disambut bagai wira negara


Safuan Said (barisan belakang, enam dari kiri) diberi sambutan meriah bersama skuad negara di KLIA, Sepang, malam tadi.

SEPANG
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2008 07:04 PM | Show all posts
PLBM cadang biasiswa, insentif wang untuk Safuan
Oleh Harris Rajahdin

BIASISWA dan insentif kewangan adalah bentuk imbuhan yang difikirkan Persekutuan Lawn Bowl Malaysia bagi menghargai kejayaan Safuan Said meraih pingat emas perseorangan lelaki di final Kejohanan Lawn Bowl Dunia di Christchurch, New Zealand, kelmarin.

Presidennya, Tan Sri Ahmad Sarji mengumumkan pemberian habuan itu selaras dengan sistem insentif yang diamalkan persekutuan berkenaan bagi meraikan atlit mereka yang cemerlang.

揔etika Nur Iryani Azmi muncul juara Piala Dunia, kami memberi biasiswa dan dia kini sudah berjaya di (Institut) Lim Kok Wing. Saya ada bincang dengan Safuan, kami akan membantunya meneruskan pelajaran.

揔ami memikirkan untuk memberi insentif kewangan bagi membolehkan dia mengekalkan prestasi, supaya pelajarannya di UiTM tidak terjejas oleh kariernya,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2008 06:40 AM | Show all posts
Boling padang terus berkembang

SUKAN boling padang di Malaysia bermula pada zaman
penjajahan sekitar tahun 1890.


SUKAN boling padang dilihat semakin menempa nama di persada antarabangsa.

Ia boleh dianggap baru tetapi popularitinya sudah mencapai tahap yang membanggakan.

Barisan pemain negara juga semakin dihormati malah dilabel antara terbaik di dunia masa kini.

Bagi mengetahui perjalanan boling padang di negara ini, wartawan, RADIAH SAORI menemubual Presiden Persekutuan Boling Padang Malaysia, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid bagi mengupas perkembangannya.

KOSMO!: Bagaimana sukan boling padang bermula di Malaysia?

SARJI: Sukan boling padang di Malaysia sebenarnya bermula pada zaman penjajahan sekitar tahun 1890. Ketika itu Duke of Edinburgh yang datang ke Pulau Pinang.

Duke ini turut membawa sukan boling padang ke Malaysia dan memperkenalkannya di sini. Namun begitu, sukan ini tidak berkembang kerana ia hanya dimainkan di gelanggang-gelanggang yang dibina di kelab sukan dan kelab golf sebagai contoh, di Lake Club di Kuala Lumpur yang kini dikenali sebagai Kelab Perdana serta Kelab Sukan Pulau Pinang.

Oleh sebab gelanggang-gelanggang ini dibina di kelab sukan, boling padang tidak berkembang seperti bola sepak, hoki ataupun kriket.

Jadi, sukan ini tidak boleh dipanggil sebagai sukan rakyat. Malah, gelanggang yang ada di Lake Club juga tidak digunakan sebaliknya digunakan untuk sukan lain seperti tenis dan sebagainya.

Selain itu, sukan ini juga dimainkan secara terhad oleh askar-askar dari Australia di Sergeant's Mess Bowls Club di Butterworth.
Disebabkan ada pangkalan di Butterworth, maka mereka membina gelanggang sendiri dan main sendiri. Jadi sukan ini amat terhad. Ia hanyalah sejenis permainan yang dipermainkan oleh orang lain.

JADI, bagaimana sukan ini boleh berkembang di kalangan rakyat Malaysia?

SAYA ingin memberikan penghargaan kepada kerajaan Malaysia terutama kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kerana pada saya, disebabkan bantuan daripada merekalah yang membolehkan sukan ini berkembang di Malaysia.

KBS bertanggungjawab menyediakan kemudahan-kemudahan asas dan membiayai beberapa individu tempatan ke Australia dan New Zealand untuk mengambil bahagian dalam bidang kejurulatihan.

Kerajaan juga membiayai kos untuk mendapatkan seorang jurulatih dari Australia yang bernama Robbie Dobbins untuk mengajar dan memberi kursus-kursus latihan di Malaysia.

Sebaik sahaja kita mendapat keputusan untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998, kerajaan mula serius dalam membina infrastruktur. Terdapat beberapa gelanggang sintetik dibina di beberapa tempat seperti Pulau Pinang, Perlis, Alor Star, Perak, Selangor, Melaka, Johor dan Terengganu.

ADAKAH kerajaan yang menguruskan semua hal ehwal pembangunan sukan boling padang di Malaysia?

SUDAH tentu tidak. Memang kedatangan dan perbelanjaan Robbie di Malaysia ditanggung oleh kerajaan tetapi pemilihan pemain, jurulatih dan setiap program diuruskan sendiri oleh persekutuan. Pada peringkat awal, kerajaan menyediakan kewangan dan menghampiri New Zealand dan Australia untuk mendapatkan kemahiran jurulatih. Persekutuan pula menjalankan program-program untuk mengembangkan sukan ini.

BILA persatuan boling padang pertama ditubuhkan di Malaysia?

DATUK Ahmad Zabri Ibrahim merupakan presiden pertama Persatuan Boling Padang Malaysia yang diwujudkan pada awal tahun 90an.

Sepanjang wujudnya persatuan ini, boling padang Malaysia sudah mula berkembang dan pemain Malaysia mula dihantar menyertai kejohanan-kejohanan luar negara termasuklah Sukan Komanwel 1994 di Vancouver, Kejohanan Asia-Pasifik 1995 di New Zealand serta Kejohanan Boling Padang Dunia 1996 di Adelaide. Begitupun, pencapaian pemain negara kurang memuaskan disebabkan kita masih baru.

APA yang terjadi terhadap persatuan boling padang Malaysia sehingga ia ditukar kepada Persekutuan Boling Padang Malaysia (PBPM)?


KEPIMPINAN Ahmad Sarji (tengah) turut mendapat penghormatan rakan seperjuangan dari negara luar.

PADA tahun 1996, persatuan ini dibatalkan pendaftarannya disebabkan tidak mengemaskini akaun dan juga masalah-masalah lain.

Pembatalan ini membimbangkan pihak kerajaan kerana Malaysia akan menganjurkan Sukan Komanwel 1998 dan kita perlu sediakan pasukan untuk temasya tersebut.

Pada ketika itu, kerajaan Malaysia sudah menyalurkan kepakaran termasuklah mengambil Robbie selain membina Kompleks Boling Padang di Bukit Kiara. Namun tiada persatuan boling padang di Malaysia yang dapat menguruskan persiapan pemain.

Oleh itu, pada 1997, wujudlah PBPM bagi menggantikan Persatuan Boling Padang Malaysia dan saya dipilih sebagai presiden pertama PBPM.

Begitupun, asas kewujudan PBPM ialah keanggotaan daripada negeri-negeri. Kami mempunyai ahli-ahli di peringkat negeri serta penyertaan polis dan kelab-kelab sebagai ahli gabungan.

Semasa penubuhan PBPM, sudah wujud persatuan-persatuan negeri yang telah berdaftar di bawah Akta Syarikat dan kemudiannya mengikut Akta pembangunan Sukan.

Majlis perwakilan daripada wakil-wakil negeri boleh membuat undi manakala ahli gabungan pula tiada kuasa mengundi dalam persekutuan.

MENGAPA Tan Sri menerima jawatan untuk menjadi presiden PBPM?

Selepas persatuan lama dibatalkan, saya dihampiri oleh beberapa orang kuat persatuan termasuklah A. Razak Hitam, Datuk Kamaruddin Mahmood serta Ramble Dahlan Rice-Oxley yang meminta saya menjadi presiden.

Pada mulanya saya enggan disebabkan banyak komitmen dalam tugas di sektor korporat selain tidak mengetahui selok belok boling padang.

Namun, mereka meyakinkan saya, lagipun Sukan Komanwel 1998 sudah semakin hampir dan Majlis Sukan Negara (MSN) memberi sokongan penuh terhadap sukan ini. Mereka juga berjanji akan memberi komitmen yang penuh untuk membantu saya sebagai presiden.

Sebelum menerima tugas ini, saya telah meletakkan syarat bahawa pemilihan saya sebagai presiden haruslah sebulat suara. Jika ada calon lain yang ingin bertanding, saya lebih rela memberikan jawatan tersebut kepadanya.

Pada awal penubuhannya, Datuk Fatah Iskandar dari Selangor berhasrat untuk bertanding tetapi setelah memahami hasrat ahli-ahli yang inginkan saya sebagai presiden, dia menarik diri secara sukarela.

Sejak itu, bermulalah tugas saya sebagai presiden PBPM sehinggalah sekarang dan terdapat enam kali saya menang tanpa bertanding dalam pemilihan yang diadakan dua tahun sekali.

Tapi pada ketika itu, pengetahuan saya mengenai sukan ini hanyalah samar-samar. Saya pernah dengar tetapi saya tidak begitu faham mengenai.

Pendek kata, pada ketika itu, pengetahuan saya mengenai boling padang tidak sampai satu peratus daripada apa yang saya tahu sekarang. Begitupun, saya tetap turun ke gelanggang setiap kali pemain saya beraksi pada kejohanan kebangsaan mahupun antarabangsa kerana komitmen dan sokongan terhadap sukan ini.

APA cabaran yang ditempuhi untuk mengembangkan sukan ini di Malaysia?

AHMAD SARJI mula mengetuai PBPM sejak
tahun 1997.


APABILA saya dipilih sebagai presiden, tidak ramai yang benar-benar tahu mengenai sukan ini. Disebabkan itu, kami terpaksa berhempas pulas untuk merangka program-program pembangunan bagi mempopularkan sukan ini.

Kami menyediakan skim-skim latihan, motivasi dan sains sukan serta beberapa perkara lain yang kami fikir dapat memajukan sukan ini.

Oleh itu, apa yang kami perlukan ialah jentera penggerak. Pada peringkat persekutuan, saya sebagai presiden dapat menyediakan program tetapi kita tidak boleh maju jika tiada pembangunan pada peringkat akar umbi.

Program akar umbi memang perlu ada untuk membangunkan sukan ini. Oleh itu kita galakkan negeri-negeri wujudkan persatuan masing-masing termasuk dua institusi yang besar seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia.

Selain itu, kami juga cuba serapkan sukan boling padang ini dalam Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) serta Sukan Malaysia (Sukma).

Dengan cara ini, sukan boling padang dapat berkembang dan apa yang lebih penting, persekutuan dapat mengadakan jadual pertandingan tahunan dengan cepat selain mewujudkan sistem ranking.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2008 06:41 AM | Show all posts
MENGAPA perlu wujudkan sistem ranking?

SISTEM ini memang penting kerana mana-mana pemain yang tidak tersenarai dalam ranking Malaysia, dia tidak akan terpilih menyertai anggota skuad latihan ataupun menjadi pemain kebangsaan.

Setiap pemain yang menjadi juara dan mendapat kedudukan sehingga tempat yang keenam dalam kejohanan-kejohanan kebangsaan dan antarabangsa yang diiktiraf, akan diberi mata dalam penyertaannya pada kejohanan dalam negara. Jadi, mana-mana pemain yang tidak masuk dalam jaringan ranking, dia tidak boleh mewakili negara ke kejohanan antarabangsa. Sebab itulah, penyertaan dan prestasi pada kejohanan dalam negara amat penting. Sekiranya dia tidak beraksi dalam satu atau dua pertandingan, ranking dia akan jatuh.

SELAIN ranking, apa ciri-ciri pemain yang akan dipilih mewakili negara pada kejohanan antarabangsa?

SISTEM pemilihan pemain melalui ranking sememangnya menjadi keutamaan untuk mencari pemain kebangsaan.
Namun apabila mereka telah terpilih, terdapat beberapa ciri yang harus mereka patuhi untuk mengekalkan kedudukan mereka.

Yang pertama, prestasi mereka harus sentiasa konsisten salam ada pada kejohanan kebangsaan mahupun antarabangsa.

Yang kedua, skil atau kemahiran mereka kerana panel kejurulatihan yang diwujudkan akan melihat prestasi pemain.

Setiap balingan yang dilakukan mempunyai mata dan jika mereka gagal mencapai mata yang diperlukan, mereka akan digantikan.

Perkara ketiga yang diutamakan ialah disiplin diri dan yang terakhir, kami juga akan menilai pemain melalui sikap dan juga ciri-ciri yang tersembunyi contohnya hubungan pemain dengan persatuan, wartawan dan beberapa pihak lain.

Kami juga sentiasa menanamkan sikap sayangkan negara terhadap pemain dengan menyuruh mereka menyanyikan lagu negaraku setiap kali menjalani latihan.

Sains sukan dan motivasi serta pendedahan kejohanan juga turut diambil berat. Begitupun, setiap kali ada pertandingan di luar negara, kita kan adakan dahulu pertandingan di peringkat kebangsaan. Pemain yang menang akan terpilih manakala pemain yang tewas, akan diketepikan meskipun dia merupakan juara kebangsaan mahupun juara dunia.

Dalam persekutuan, kita tidak bergantung kepada hero atau ikon. Pendek kata, tiada pemain yang dianggap ikon atau hero yang tempat mereka tidak boleh diambil oeh orang lain. Jika kerap gagal di peringkat kebangsaan, mereka tidak akan terpilih untuk ke pertandingan antarabangsa.

Dengan cara ini jugalah kita berjaya menjadi pasukan No. 3 dunia di belakang Australia dan New Zealand selain memiliki pemain No. 1 dunia, Safuan Said serta pemain No. 2 dunia bagi wanita iaitu Siti Zalina Ahmad.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2008 08:35 AM | Show all posts
PBPM sasar jadi juara dunia


SKUAD boling padang negara mengintai kedudukan No. 1 dunia.



SETELAH memperlihatkan hasil yang membanggakan program pembangunan terus diperhebatkan dengan tujuan untuk melahirkan lebih ramai pemain berwibawa.


Menyedari perkembangannya yang semakin pesat, Persatuan Boling Padang Malaysia terus ghairah dengan pelbagai program bukan sahaja pada peringkat elit tetapi juga pada peringkat akar umbi.

Selain berusaha melahirkan kumpulan pemain baru, bidang kejurulatihan turut diberi perhatian.

Berikut temu bual wartawan  RADIAH SAORI dengan Presiden PBPM, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid.

Bagaimana pula dengan program kejurulatihan dan pegawai? Adakah mereka juga diberi pendedahan yang sama seperti atlet?

KITA ada beberapa peringkat jurulatih. Jurulatih yang ada sekarang seperti Ariffin Abd. Ghani dan Choo Yih Hwa adalah hasil daripada tunjuk ajar jurulatih-jurulatih yang terdahulu seperti Robbie Dobbins, Lachlan Tighe dan Razak Hitam.

Namun baru-baru ini, saya telah menyediakan satu seminar untuk menyediakan panel kejurulatihan. Buat masa ini, kita ada empat skuad latihan iaitu skuad elit, cemerlang gemilang dan tunas harapan.

Setiap skuad sepatutnya memiliki panel kejurulatihan mereka sendiri sekurang-kurangnya dua atau tiga orang. Saya juga bercadang untuk mewujudkan penal kejurulatihan khas untuk pemain perseorangan, berpasangan, triple dan berkumpulan kerana setiap kategori memerlukan skil yang berbeza.


[img]
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0323/Kosmo/Sukan/su_09.2.jpg
[/img]


Kita juga ada pemain-pemain kebangsaan dan bekas-bekas pemain yang telah mencapai kejayaan yang tinggi dan keutamaan akan diberi kepada mereka untuk dididik dan dilatih oleh jurulatih-jurulatih daripada negara-negara maju.

Kami juga nak kaitkan latihan ini dengan program prestasi tinggi termasuklah sains sukan, pemakanan dan lain-lain unsur galakan.

Kita akan tapis dan pilih mengikut kesesuaian dan kemahiran serta reputasi. Pemilihan jurulatih dan pemain dilakukan oleh jawatankuasa pemilihan persekutuan selepas mendapat nasihat oleh jurulatih.

Saya sebagai presiden juga diberi dua wild card untuk memilih jurulatih yang mungkin kita terlepas pandang sebelum ini.

BAGAIMANA dengan kemudahan-kemudahan? Adakah setiap negeri sudah mempunyai kemudahan boling padang sendiri?

YA, memang setakat ini semua negeri sudah mempunyai kemudahan tetapi saya akui, masih terdapat negeri yang mempunyai kemudahan yang kurang memuaskan kerana keuzuran padang seperti di Pahang dan Perak serta Perlis.

Namun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Sarawak dan Sabah yang menyediakan lapangan yang begitu memuaskan dan baru-baru ini, Terengganu juga telah menyediakan lapangan yang baik kerana mereka bakal menganjurkan Sukma tidak lama lagi.

SIAPA yang menyediakan kemudahan asas seperti ini? Adakah persekutuan ataupun persatuan negeri?

UNTUK membuat kemudahan asas, ia bergantung kepada KBS. Namun, PBPM bernasib baik kerana terdapat sektor swasta yang sudi membantu.

Selain Kompleks Sukan Bukit Kiara yang disediakan oleh kerajaan, baru-baru ini Syarikat Golden Hope Plantation yang menyediakan Kompleks Boling Padang Dalam Dewan yang terletak di Klang.

Lain-lain kemudahan dibiayai oleh pihak kerajaan kerana untuk membuat lapangan boling padang bukannya murah sekitar RM300,000. Namun, pada ketika ini, Alor Star sudah menerima lapangan boling padang tambahan oleh pihak kerajaan.

BAGAIMANA pula program untuk sekolah-sekolah?


PADA ketika ini di peringkat sekolah, kita mempunyai sistem anak angkat. Kita telah memilih 28 sekolah di seluruh Malaysia yang terletak berhampiran dengan lapangan boling padang untuk dijadikan anak angkat PBPM.

Sekolah-sekolah ini diberi kemudahan seperti bowl dan peralatan-peralatan lain. Malah, kita juga akan melatih guru-guru sekolah serta pemain daripada segi teknikal.

Program ini telah mula dijalankan tetapi agak perlahan sedikit kerana kita terpaksa menanamkan semangat kepada cikgu-cikgu ini.

PBPM tidak menyediakan jurulatih tetapi melatih guru-guru asas kejurulatihan dan jika mereka memerlukan bantuan, kita akan hantar jurulatih kebangsaan untuk membantu.

Namun apa yang menjadi masalah, ia berjalan agak perlahan disebabkan tiada kemudahan lapangan di sekolah. Mereka harus pergi ke lapangan milik kerajaan yang terletak berhampiran untuk menjalani latihan.

Tiada satupun sekolah yang ada lapangan boling padang sendiri. Sebab itulah kami pilih sekolah yang berhampiran dengan lapangan. Untuk membuat lapangan sendiri di sekolah banyak bergantung kepada pembiayaan.

Masalah yang kedua pula berkenaan dengan dedikasi guru-guru. Ada guru yang menunjukkan minat tetapi ada juga tidak begitu sukakan sukan ini.

PBPM telah membuktikan keupayaan dengan melahirkan juara dunia tetapi sukan boling padang masih belum tersenarai sebagai salah satu sukan teras d Malaysia. Apa komen Tan Sri?

MEMANG saya ada membuat permohonan untuk jadikan boling padang sebagai salah satu sukan teras dan mungkin ia masih dalam pertimbangan.

Namun saya tidak begitu kecewa kerana tidak dipilih. Walau apapun keputusan kerajaan, kami telah buktikan bahawa rakyat Malaysia boleh menjadi juara dunia asalkan mempunyai strategi dasar latihan dan proses pemilihan betul serta pemain sendiri mempunyai motivasi untuk capai tahap yang tinggi.

Tidak perlu menjadi sukan teras sekalipun kita telah berjaya mengatasi sukan-sukan lain. Walaupun tidak menerima bantuan seperti sukan teras, namun saya bersyukur kerana MSN dan pihak kerajaan masih memberi perhatian kepada boling padang.

Pada ketika ini. MSN ada biayai program-program latihan elit kami terutama dalam persiapan menyertai Sukan SEA, Sukan Komanwel serta lain-lain pertandingan peringkat dunia.

Jika kerajaan mengambil kira kejayaan kita di peringkat dunia, sepatutnya kita menerima bantuan yang lebih besar tetapi kita tidak patut meletakkan beban ini kepada kerajaan semata-mata. Sektor swasta juga sepatutnya memainkan peranan untuk membantu.

SEJAK menjadi presiden pada 1997 sehingga kini, adakah Sarji berpuas hati dengan pencapaian boling padang secara keseluruhannya?

BAGI saya sendiri, memang saya amat bangga dengan pemain dan pegawai saya.

Kita telah mencapai tahap yang tinggi iaitu tujuh kali juara Asia, pernah menjadi juara Asia Pacific, setiap kali beraksi pada Sukan SEA kita pasti menyumbang pingat emas dan kita juga mempunyai pemain No. 1 dan No. 2 dunia pada ketika ini iaitu Safuan Said dan Siti Zalina Ahmad.

Selain itu, kita juga pernah memiliki pemain No. 3 dunia, Nor Iryani Azmi yang kini sedang berehat bagi melanjutkan pelajaran.

Saya ingin berkongsi perasan puas hati ini bersama semua yang memberi kerjasama sepenuhnya terutama pucuk pimpinan tertinggi dan jurulatih.

Kejayaan kita ialah kesan terkumpul daripada usaha mereka.

Untuk mengiktiraf jasa mereka ini juga, pada 2005 saya telah menerbitkan sebuah buku yang berjudul 'Lawn Bowl in Malaysia: The Presiden's Memoir'.

Buku ini menceritakan kejayaan dan perit getir boling padang di Malaysia sejak mula penubuhannya sehingga tahun 2004.

NAMPAKNYA sukan ini sudah sebati dengan diri Tan Sri, dan sampai bila akan menerajui sukan ini?


SAYA menjadi presiden sebagai satu amanah yang harus saya pikul. Oleh itu, saya tidak ingin digelar sebagai orang kuat atau orang No. 1 boling padang sebaliknya saya lebih suka digelar sebagai No. 1 Servant of Lawn Bowls.

Pada bulan September ini, saya akan berusia 70 tahun dan sehingga bila saya akan berkhidmat banyak bergantung kepada keadaan.

Saya tidak ingin katakan sehingga bila saya akan berkhidmat kerana jika keadaan mengizinkan dan jika umur saya masih panjang, saya akan terus berbakti untuk sukan ini.

Saya telah menyediakan asas pembangunan boling padang dan nampaknya segala program yang disediakan telah mendatangkan hasil. Tetapi sekiranya pengganti saya kelak mempunyai idea yang lebih bernas untuk membangunkan sukan ini, sudah pasti saya akan terima.

BILA agaknya Malaysia kita akan berjaya menjadi juara berpasukan dunia?

SEBENARNYA, kita hampir menjadi juara dunia tahun ini tetapi kita hanya tewas tipis kepada Australia dan New Zealand. Oleh kerana Kejohanan Dunia akan diadakan empat tahun sekali, kedudukan tempat ketiga akan kekal sehingga empat tahun lagi.



Nur Iryani Azmi pernah menjadi pemain No. 3 dunia.


KITA mempunyai barisan pemain terbaik dunia pada ketika ini tetapi disebabkan Kejohanan Dunia hanya akan diadakan empat tahun akan datang, adakah kita memiliki pemain pelapis yang cukup berkelayakan sekiranya pemain sedia ada mengalami masalah?

SUKAN boling padang tidak mempunyai pemain ikon atau hero. Jika ada apa-apa yang berlaku kepada mana-mana pemain, kita memang telah bersedia untuk mengetengahkan pemain-pemain lain.

Namun ia bergantung kepada keadaan dan peluang pemain muda sedia ada. Kata orang, patah tumbuh hilang berganti.

Dari segi latihan, pendedahan dan budaya latihan yang diperkenalkan, saya percaya, pada masa ini persekutuan mempunyai kumpulan pemain handalan yang bertukar dan bersilih ganti.

BAGAIMANA dengan sambutan daripada ibu bapa?

DARIPADA apa yang saya lihat, penerimaan ibu bapa pemain-pemain saya memang menggalakkan.

Walaupun sukan ini tidak sepopular sukan-sukan lain, namun mereka mengizinkan anak-anak mereka datang menjalani latihan. Mereka juga turut hadir memberi sokongan terhadap anak masing-masing apabila ada kejohanan.

SETELAH meraih banyak kejayaan, apa pula sasaran PBPM selepas ini?

SASARAN kami ialah menjadi pasukan terbaik di dunia. Kami tidak akan mengabaikan tanggungjawab dan terus berusaha agar satu hari kelak kami akan menjadi pasukan No. 1 dunia.

--------------------------------------------------------------------------------------

bagus betul dah diserapkan ke sekolah2 .. of course tak semua sekolah
dapat opportunity lagi.. sebab perlukan different lapangan... mana2 28 sekolah
tu lucky dapat jadi anak angkat PBPM ni..  kerana mereka boleh menjadi pelapis
pada pemain2 lawn bowling ni.. malaysia memang one of the best in the world
masa commonwealth games pun.. dapat emas  kalau tak silap saya --

hopefully ramai lagi yang berminat main lawn bowling ni... a fun sport and tak ada
had umur pun.. yang dah tua pun main bagus gak... -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2009 06:43 AM | Show all posts
Ratu boling padang negara dakwa dianiaya



Siti Zalina


Norhashimah

DUA atlet boling padang wanita negara, Siti Zalina Ahmad dan Norhashimah Ismail mendakwa dianiayai setelah masing-masing digantung selama 18 bulan dan setahun oleh Persatuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM) mulai Khamis depan.

Melalui satu surat bertarikh 12 Mac, Siti Zalina didakwa telah melakukan tiga kesalahan disiplin ketika menjalani latihan di pusat latihan Bukit Kiara pada 26 Oktober tahun lepas.

Dia didakwa bergaduh dengan salah seorang anggota pasukan, menyerang pegawai PLBM dan tidak mengikut arahan jurulatih.

Norhashimah pula dikenakan tindakan gantung setahun atas alasan gagal meleraikan pergaduhan terbabit dan tidak ber tindak sebagai ketua pasukan wanita negara.


"Tindakan penggantungan oleh PLBM ini boleh dipertikaikan kerana kami tidak pernah melakukan kesalahan seperti yang didakwa di dalam surat itu," kata Siti Zalina semalam.

Siti Zalina mendakwa perkara itu sebenarnya berpunca daripada rasa tidak puas hati seorang pegawai atasan PLBM yang mahu beliau 'menjual' permainan untuk memberikan kemenangan kepada pemain lain pada satu kejohanan tahun lepas.

"Namun saya telah menolak permintaan itu kerana ia melanggar kod etika sebagai seorang atlet," katanya.

Pemain yang berada di ranking ketiga dunia itu turut mendakwa pegawai terbabit pernah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada semua atlet elit boling padang agar berdiam diri mengenai perkara itu sekiranya ingin terus kekal dalam skuad kebangsaan.

"Kami juga pernah membuat aduan kepada pihak persatuan namun pegawai tersebut seolah-olah 'kebal' dan tiada sebarang tindakan terhadapnya," katanya.

Zalina yang juga merupakan anggota polis berpangkat Lans Koperal berkata, mereka telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Sri Petaling pada Khamis lepas mengenai penggantungan itu.

"Malah walaupun diberikan tempoh 14 hari untuk membuat rayuan, kami tidak akan berbuat demikian kerana tidak bersalah seperti yang didakwa," katanya.

Sepanjang pembabitannya dalam sukan boling padang sejak 1995, Siti Zalina telah merangkul pelbagai kejayaan di peringkat antarabangsa termasuklah meraih pingat emas acara perseorangan Sukan Komanwel 1998.

Atlet berusia 30 tahun itu juga merupakan pemenang Anugerah Olimpian pada 2002, malah merupakan salah seorang calon akhir olahragawati bagi Anugerah Sukan Negara 2008 yang akan diadakan malam esok.

Norhashimah mula menyertai skuad kebangsaan pada 1994 dengan memenangi emas dalam acara berpasukan pada Sukan Komenwel 2006. - Bernama

**********************************************************************

macam budak2 pula ada gaduh2 macam ni.. tak professional pun....
main aje dengan bagus... - ni pasal lawn bowling pun ada bergaduh juga
strange dengan players macam ni -

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2010 10:34 AM | Show all posts
oh ni kita memang juara sukan komanwell
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 06:18 PM | Show all posts
Status kejohanan bertaraf dunia



Wartawan Sinar Harian

3 Oktober 2012



STATUS Kejohanan Boling Padang Tertutup Asia Pasifik yang memasuki edisi ketujuh penganjurannya tahun ini bakal dinaik taraf kepada Jemputan Dunia, mulai tahun depan.

Presiden Persatuan Boling Padang Malaysia (MLBF), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, untuk tujuan tersebut, jumlah penyertaan perlu ditambah dan melibatkan lebih banyak negara dari seluruh dunia.

“ Sebanyak 15 negara bertanding pada kejohanan kali ini. Namun untuk meningkatkan status kejohanan, kita perlu menjemput lebih banyak negara dari seluruh dunia bertanding sekaligus menjadikan kejohanan lebih kompetitif, ” katanya.

Beliau berkata demikian, ketika merasmikan upacara Pembukaan Kejohanan Boling Padang Tertutup Asia Pasifik edisi ke-7 di Stadium Boling Padang Tertutup Bayuemas, kelmarin.

Katanya, penganjuran bertaraf dunia itu, bukan sahaja dapat melahirkan lebih banyak pesaing kelas dunia, tetapi sebagai usaha membida sukan tersebut agar dipertandingkan di temasya Sukan Asia.

“ Ini masanya untuk kita saksikan boling padang dipertandingan di temasya terbesar Asia itu sekaligus di terima sebagai salah satu acara di Sukan Olimpik pula.

“ Bagi tujuan itu, MLBF akan menghantar laporan penuh mengenai cadangan tersebut kepada Majlis Sukan Olimpik (MOM) untuk di serahkan kepada Majlis Olimpik Asia (OCA), ” katanya yang mahu negara bertanding lain mengikut jejak langkah MLBF.

Sementara itu,  kejohanan edisi ketujuh yang bermula semalam sehingga 6 Oktober ini menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM150,000 bagi empat kategori iaitu  individu lelaki dan wanita, berpasangan dan berempat.

Selain Malaysia antara negara bertanding adalah Brunei, China, Hong Kong, India, Jepun, Macau, Singapura, Sri Lanka, Filipina, Thailand, Australia, Fiji dan New Zealand.



- Sinar Harian -




Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.584054 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list