|
Akhirnya aku habis tengok citer ni...dah jatuh cinta semula dgn Takuya. Aku rasa memang agak impossible utk sesapa pun kalahkan Takuya. Dasat betul lakonan dia.
Spoiler:
Aku takleh berenti nangis masa Daisuke akhirnya dpt tau yg sebenarnya Teppei tu memang anak dia. Kesian Teppei, dia bunuh diri sbb rasakan diri dia tu punca segala bencana dan kesedihan dlm keluarga Manpyo. Dia mati tanpa tau yg sebenarnya dia memang anak Daisuke. Aku sedih sgt masa Daisuke baca surat Teppei dan dia kata seumur hidup dia, dia hanya harapkan satu hari Daisuke akan terima dia. Dia hanya harapkan utk lihat Daisuke senyum pada dia walaupun sekali. Sebab pada dia ayah dia adalah Manpyo Daisuke. Waaahhh!! Berjurai-jurai air mata aku masa tu. Aku sedih betul Teppei tak dpt nak capai cita2 dia, tapi aku percaya yg Yoshihiko meneruskan legacy Teppei and akhirnya memang tercapai pun yg negara Jepun menjadi pengeluar besi n kereta yg terkemuka. Dan puas hati aku perempuan bangsat tu (Aiko) akhirnya kena keluar dari rumah Manpyo. Kalau Teppei ada, mesti dia happy sangat.
Cerita ni memang best sangat. Sesapa yg belum tgk tu, cepat2 tgk. Mesti akan kagum dgn jalan citer, and lakonan Takuya, and kehenseman Takuya. Dia ni, makin tua, aku tgk, makin hensem!! |
|