CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: emiko

LOVE IN HEAVEN ~ Sesi Borak2

[Copy link]
akma_comey This user has been deleted
Post time 10-7-2007 10:46 AM | Show all posts

Reply #1240 katt's post

katt..citerla apa yg berlaku mlm td nyer citer..saya tak smpat nak tgk..huhuhu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2007 01:11 PM | Show all posts

Episode 73 - Isnin 9/7/07

Mak WM beritahu dan tanya JK tentang mak HP nak suruh dia datang 'bekerja' untuk dia, pergi visit & bersembang... menemankan dia yang sunyi di rumah tak ada orang nak berbual. Masa ni SA dengan WM pun ada. SA bila dengar pasal kerja tu, dia pun berminat sebab dia memang dah biasa dengan mak HP tapi mak dia kata, mak HP nakkan JK jugak. JK pun terharu sebab mak HP nak dia jugak, tapi SA tak puashati betul. Dia pun mengadu dengan nenek dia lepas tu tapi nenek dia kata mungkin mak HP ingatkan SA sibuk study tak ada masa tu pasal minta JK yang tolong. SA memang tak puashati tapi tak boleh nak kata apa... sambil tu mereka bincang pulak kot2 JK tak boleh nak pregnant atau sengaja tak nak pregnant. Masing2 macam tak berkenan sangat yang JK masih belum lagi hamil.

CH tengah seronok mengait baju untuk anak dia dalam bilik dengan EO bila YR datang hantar hadiah yang peminat tinggalkan untuk CH. Dia pelik dan tak suka bila tengok pakciknya yang mengait baju, ingatnya EO yang suruh. Lepas tu bila buka hadiah tu ada minyak wangi mahal, CH beritahu EO supaya bagi pada abang dia sebab CH dah ada banyak minyak wangi. Lagilah YR tak suka... dalam hati, dia fikir.. patutnya bagilah pada ayah dia atau LR ... nampak macam CH ni ikut cakap isteri... kononnya. Tak cukup dengan tu, YR pergi mengadu kat mak dia. Lagilah mereka mengata si EO.

Mak WM dengan HP buat plan, pergi tengok konsert muzik tapi tak pergi sekali... kononnya terjumpa secara tak sengaja. YS buat tu supaya HP dapat jumpa JK. YS, JK & WM pergi bertiga... HP pergi sorang diri. Jumpa dalam dewan konsert tapi tak duduk sekali. Lepas konsert, HP ajak pergi minum. YS memang tak menolak. Masa di club tu.. HP asyik tengok pada JK... dia nak cakap something tapi tak jadi.. macam kelu & awkward sangat. YS perasan semua tu, dia pun try sembang2 kecil. Masa ni rasa kesian pada HP sebab dia tak tahu langsung dia ada anak perempuan dan tak pernah berada di sisi JK dari kecil. Tapi nasib baik YS pandai cover untuk semua.. tak adalah macam pelik... kalau nak jumpa lain kali pun, lebih senang nanti.

Malam tu, WM kata pada JK... JK mesti hidup lama sebab bila dia tengok HP, dia rasa sayu. Pergi konsert pun sorang2. JK pun cakap... entah2 HP ada hati pada YS kot tapi WM macam tak sure, takkanlah kot. JK kata.. mana tahu... kalau ada lelaki budiman yang baik hati macam tu... takkan perempuan tak tertarik. WM pun cakap... JK tak boleh tertarik pada lelaki budiman yang lain. JK pun kata, tentulah... dia kan terkecuali.. hanya untuk abang WangMo. WM pun usik.. bila rasa seronok, barulah JK nak panggil dia Oppa/Abang.

LR ajak SA keluar, dia pakai baju tradisonal sampai YR tanya nak buat apa. LR pun jawab.. saya nak ke kuil menyembah... dia perli YR lah tu. Rupanya LR nak praktis dialog berlakon jiwang dengan SA kat satu restoran tapi orang tengok semua senyum2 & ketawa. SA pun malu dan tersipu2 mula tu... dia ingat betul, rupanya LR saja nak mengusik... langsung bergaduh lagi. Di luar.. LR nak pujuk... SA dah memang tak tahan, pukul LR. Kebetulan mak SA pun ada, keluar dari kedai lain.. nampak SA tampar LR ... LR kena marah sakan dengan SA. YS pun tak boleh buat apa tengok perangai mereka ni.

JK telefon mak HP yang dia akan datang 'bekerja' Isnin depan, mak HP sedih sebab dia kena buat macam tu hanya sebab dia nak bersembang dengan cucu dia sendiri. Dia sayu sebab JK bahasakan YS sebagai mak metua dia.. padahal itulah ibu kandungnya sendiri.

Di rumah, mak angkat JK tengah panas hati sebab JK masukkan duit sikit sangat untuk dia. Tak boleh tahan lagi, dia pun pergi rumah JK .. dah ada kereta pun dia, kereta yang JK terpaksa bagi. :@ JK baru lepas call mak HP bila pembantu rumah beritahu yang mak dia datang. JK pun pelik kenapa maknya tu datang ke rumah. Di ruang tamu... mak JK mula tunjuk belang... dia marah JK, katanya JK buat dia macam peminta sedekah. Bila pembantu rumah hidang air oren, dia nak air sejuk. JK risau, dia tak mau mak dia buat hal depan pembantu rumah, dia kata bincang dalam bilik. Mulanya mak angkat JK buat tak mau tapi JK terus naik ke atas, terpaksalah mak dia ikut. Dalam bilik mak JK pun marah kenapa bagi sikit sangat... bayar apa pun tak cukup. Dia nak 1 juta won. JK kata, nak buat belanja beli sayur memang cukup. Mak JK pun mula mengungkit kisah lama dan macam2 lagi. Dia bandingkan JK yang tak bekerja pun, duduk di rumah suami. JK pun kata dulu dia dah kerja teruk, masa ni dia dapat rehat sikit. Mak JK kata takkan dah senang tak boleh tolong dia, JK kata mak dia tu bukannya cacat ke, apa tapi mak JK balas balik macam2. Last dia tanya betul JK tak mau bagi dia duit lebih. JK kata ya. Dia memang tak mau layan mak angkat dia tu. Dahlah datang buat kecoh. Masa dalam bilik tu, sekali lagi pembantu rumah tu datang hantar air sejuk. Kiranya dia memang 'tahu' apa yang berlaku.

Mak JK pun pergi dengan marah, siap tarik pintu bilik JK dengan kuat lagi. JK ikut sampai maknya keluar rumah... katanya.. sampai hati mak dia datang dan buat begitu pada dia. Mak angkat marah... dia nak tengok JK (yang dikatanya busuk hati) boleh mengandung ke tidak. JK pun terkejut... takkan sampai macam tu sekali, mak menyumpah dia. Masa ni pembantu rumah tadi pun sibuk menjenguk keluar... dia dengar semua yang mak JK cakap.

Itu yang dia report balik pada nenek WM. Dia cakap yang mak angkat JK buat kecoh sampai JK menangis dan cakap JK tak boleh mengandung. Langsung nenek WM syak yang bukan2. Masa YS balik dengan SA, dia cari JK dalam bilik tapi JK tak ada. Rupanya JK ke pasar, balik je.. nenek WM panggil soal-siasat. Masa nilah YS dapat tahu yang mak angkat JK datang ke rumah. Nenek WM tanya betulke JK tak mau mengandung atau dia dengan WM nak merancang. JK terkejut bila ditanya begiu, katanya bukan macam tu. Nenek WM tanya lagi, WM letih sangat ke... etc.. kalau nak bantuan.. dia boleh tolong carikan ubat. JK pun rasa susah hati sebab nenek WM terang2 tanya pasal anak.   

YS pun pujuk JK lepas tu, jangan ambil hati cakap nenek WM tu... tapi JK kata apa nenek WM cakap tu betul, patutnya dia dah mengandung. YS kata kalau tak ada anak pun tak apa, asalkan hidup dia dengan WM bahagia. YS dah fikir, dia mesti bawa JK tinggal dengan HP supaya JK tak tertekan dengan soal anak ni. Lepas tu YS telefon WM... kelakar part ni. Masa WM nak jawab phone, dia tengok call dari rumah... dia ingat JK yang telefon... dia pun cakap... something like "wahai isteri kesayanganku" tapi masa tu mak dia yang telefon. YS pun cakap "minta maaf... saya bukan isteri kesayangan awak"... tapi nak beritahu yang macam2 jadi kat JK di rumah, WM kena bersedia nak hiburkan hati isterinya nanti.

YS pun telefon Minhyang ? (mak YR)... dia cakap pasal mak angkat JK datang ke rumah minta duit. Katanya pembantu rumah yang beritahu. Kira dah ok jugak hubungan YS dengan mak YR ni, they all dulu kawan baik kan... mak YR pun geram dengan adik dia sebab buat kecoh2 di rumah YS. Dia pergi nak nasihatkan adik dia tapi dia pun kena marah balik.

ps: JK sebelum tu, sebelum kecoh2 tu... dia call kawan baik dia, HyunJu... dia risau sebab tak pregnant2. Dia takut kot2 kena kanser. HyunJu marah... katanya JK mulut celupar, cakap bukan2 macam tu. JK kata hidup dia sekarang senang dan bahagia sangat... mana tahu... ada yang tak kena nanti. HyunJu suruh JK cepat2 pergi check, tapi JK macam teragak2.

[ Last edited by  katt at 11-7-2007 12:36 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2007 09:08 PM | Show all posts
Ishh...

Malam ni tv2 tunjuk siaran langsung bola Asian Cup pulak. Tak ada announcement pun sebelum ni... ada tak? Tengok dalam newspaper, Love in Heaven tak ada... siaran ulang pukul 3 pagi pun tak ada.

Janganlah tv2 buat tukar siaran ke slot lain pulak nanti tapi tak bagi tau.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2007 09:08 AM | Show all posts
tak dek pulak citer nie semalam...
punye le tunggu sampai bola sepak tu habis.dah le kalah teruk...hanginnnnnn:@
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2007 10:33 AM | Show all posts
sama la kita ek
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2007 10:48 AM | Show all posts
ello kat..kak zetty..ayie

smlm  x der la...
tdo awal lagik baik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2007 11:05 AM | Show all posts
Originally posted by archerfahid at 11-7-2007 10:48 AM
ello kat..kak zetty..ayie

smlm  x der la...
tdo awal lagik baik


tu le pasai...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2007 12:18 PM | Show all posts
kt tgok ct ni ddah separuh episod..menyesalnye tak tgok dari awalll...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2007 10:18 PM | Show all posts

Reply #1246 archerfahid's post

archer welcome to the club Love In Heaven
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2007 10:20 PM | Show all posts

Reply #1248 mioww's post

la rugilah miow sbb tengok dah hampir separuh ditayangkan kat tv takpa kalau ada masa nanti boleh donlot cerita ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2007 10:24 PM | Show all posts
seronok tengok kegembiraan WM bila dapat tahu JK pegnen   nenek WM siap cium JK bertalu - talu lagi bila dengar berita gembira ni sedangkan dia pada mulanya tak suka JK tapi bila JK mengandung barulah perasaan suka kat JK ada cuma SA je masih belum boleh terima JK seadanya
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 12:06 AM | Show all posts
apa ending ceta 2, bagi tahu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 12:18 AM | Show all posts

Reply #1252 comy's post

ending cerita ni maksud comy episod akhir ke
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 08:39 AM | Show all posts
suke part semalam..JK dgn WM main sorok2 lagi.dah tu si WM siap menjerit lagi.last2 kena marah dgn nenek dorang. yg SA hangin je tengok.. part lawak mase bapak LR duk tengok drama yg CH berlakon siap nangis lagi.bini sampai tak terkata.lepas tu YR tanye mak dia last2 kena marah dgn bapak dia. syukur yg JK mengandung jugak akhir ye.tapi risau jugak dgn kesihatan dia mcm tu.nanti dia okey ke mase mengandung???

nak jugak mak tiri JK tu keja.padan muke JK bagi duit sikit je kat dia.minggu depan nampak couple2 tu keluar same.JK & WM...CH & EO.hubungan mak YR dgn mak WM pun dah baik balik.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 08:45 AM | Show all posts
Originally posted by zetyaiman at 11-7-2007 10:18 PM
archer welcome to the club Love In Heaven



kamsahamida
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 08:47 AM | Show all posts
Originally posted by zetyaiman at 11-7-2007 10:24 PM
seronok tengok kegembiraan WM bila dapat tahu JK pegnen   nenek WM siap cium JK bertalu - talu lagi bila dengar berita gembira ni sedangkan dia pada mulanya tak suka JK tapi bila JK mengandung  ...



Owhh...smalam dah part Jk mengandung ek..ruginyer x tgkk  Kena ajar tuisyen every rabu..

mesti Jk cam terkejut ngan perubahan neney dier
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2007 08:49 AM | Show all posts
Originally posted by ayie77 at 12-7-2007 08:39 AM
suke part semalam..JK dgn WM main sorok2 lagi.dah tu si WM siap menjerit lagi.last2 kena marah dgn nenek dorang. yg SA hangin je tengok.. part lawak mase bapak LR duk tengok drama yg CH be ...




owhh..ader lagi part kejar2 ek..  rugi..rugi

tunggu minggu dpen la..nak tgk part diaorg kuar sesama la
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 09:15 AM | Show all posts
Originally posted by zetyaiman at 11-7-2007 10:24 PM
seronok tengok kegembiraan WM bila dapat tahu JK pegnen   nenek WM siap cium JK bertalu - talu lagi bila dengar berita gembira ni sedangkan dia pada mulanya tak suka JK tapi bila JK mengandung  ...


SA makin jeles tgk nenek die pn dh layan JK ... selamba jer nenek die ckp... SA ckp sker anak pmpuan .. trs nenek die suh beranak sendiri...   waaa mesra tul WM ngan JK tu... siap nk dukung masuk bilik lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 11:18 AM | Show all posts
zettyaiman..nak tahu apa yg berlaku pada episod seterusnya..mak dia kahwin tak ngan hong pa, macam mana dia mengetahui bila dia still ada ayah n nenek. Dapat tak suami dia menerimanya..n apa jadi lepas 2...tapi surela happy ending kan>>if tak nak bagitahu kat sini just pm me..tq.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 01:12 PM | Show all posts
Nasib baik tv2 tak siarkan episode JK mengandung ni lepas bola hari tu... sure ramai tak larat tunggu, lewat sangat.

Puashati tengok & dapat faham dialog JK dengan Wm. Sweet je mereka ni. JK ingat dia sakit .. WM ingat dia yang ada 'problem'. Padahal anak dah ada.

Siap celebrate dengan kek & chocolate. Mak HP je yang tak sempat jumpa JK. Nenek WM pulak dah tak larat melayan kawan dia tu, asyik merisik2 si YS... directly pulak tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.126816 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list