CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Misteri: Yakjuj & Makjuj

  [Copy link]
Post time 31-10-2007 09:00 AM | Show all posts
erkk, macam2 teori ekkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2007 09:02 AM | Show all posts
erkk, macam2 teori ekkk
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2007 10:50 AM | Show all posts
yer...nasib baik teori dizik pun tak masuk kat sini....
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2007 01:10 PM | Show all posts
semoga bertambah ilmu dan pengetahuan kita,insyaallah.TQ bads
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 01:02 AM | Show all posts
dajjal bermata satu..ada tertulis kafir kat dahi die..sume org dapat bc tak kire org tu pndai baca ke tak..(cam tnda 666 plak kat bdn anti-christ)...mahu mmesong akidah umat islam..

ada sumber berkata drp buku 'Dajjal bakal muncul dr sgi 3 bermuda'...
teori die myatakn..dajal ni dulu yg di sebut sbgai samiri..mggunakn sihir u m'hidup'kn patung lembu bersalut emas..smpy skrg ada lagi kat msir..
waallahualam..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 06:35 AM | Show all posts
aku tak nak berusaha cari info sebenar2nya
so biarkan tuhan saja yang tau
so aku hanya dpt cakap
huwallahualam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2008 04:34 AM | Show all posts
yakjuj ngan makjuj (us & uk) suker berperang....suker bunuh org....
satu dunia org kt dunia nie nk bunuh....thread nie dh ader....pasal yakjuj & makjuj....
tk bleh merge ker
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2008 11:30 AM | Show all posts
Tembok penghalang Yakjuj dan Makjuj dipaparkan dalam dokumentari Alexander Bukan Zulkarnain

Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN




Patung Alexander The Great di Greece menjadi bukti pahlawan agung ini sangat dikenali di seluruh dunia dan diiktiraf sebagai pemimpin pertama yang berjaya menguasai negara di Timur dan Barat.

MENJEJAKI kisah sejarah semata-mata mungkin membosankan penonton, namun anda pasti teruja jika dapat menyaksikan tembok yang dibina untuk menghalang makhluk perosak umat manusia Yakjuj dan Makjuj yang pernah disebut oleh Allah S.W.T dalam Al-Quran.

Dokumentari Alexander Bukan Zulkarnain bakal menyingkap fakta serta kisah pahlawan agung yang berjaya menakluki dunia seperti yang tercatat dalam sejarah peradaban dunia.

Mengangkat kisah Nabi Zulkarnain atau Alexander The Great sebagai intipati cerita penonton akan dibawa menjejaki kisah sejarah pahlawan Islam yang agung ini sebagaimana yang tercatat dalam surah Al- Kahfi ayat 83 hingga 98.

Buah tangan sulung terbitan FM Production ini dijangka akan memberi impak serta mengubah perspektif masyarakat dunia mengenai peradaban dan sejarah tamadun Islam.

Menurut Penerbit Eksekutif FM Production, Zainal Rashid Ahmad, mereka mengambil masa selama dua tahun untuk menyiapkan dokumentari ini.

Menceritakan lebih lanjut mengenai bagaimana tercetusnya idea untuk menerbitkan dokumentari ini, Zainal berkata dokumentari tersebut diangkat daripada tesis seorang pelajar Doktor Falsafah dari Universiti Antarabangsa Islam Malaysia.

“Setelah membaca tesis pelajar terbabit secara terperinci dan saya terus mendapat ilham untuk mendokumentasikan semula kisah Zulkarnain berdasarkan persepsi sejarah Melayu dan Islam.

“Oleh kerana terdapat perbezaan di antara sejarah Melayu dan Islam mengenai Zukarnain, akhirnya kami mengambil keputusan untuk melihat kisahnya dari persepsi sejarah Islam,” katanya dalam sidang akhbar pelancaran dokumentari Alexander Bukan Zulkarnain di Hotel PJ Hilton semalam.

Menurutnya, pihak penerbitan mengambil masa selama tujuh bulan untuk melakukan kajian secara terperinci mengenai fakta-fakta sejarah yang terdapat mengenai kisah Zulkarnain.

Ditanya mengenai cabaran untuk menyiapkan dokumentari ini Zainal berkata beberapa versi cerita serta pertindihan fakta mengenai kisah Zulkarnain menjadi halangan pada permulaannya.
Team produksi, FM Production turut diiktiraf oleh kerajaan Greece sebagai sebahagian daripada penyumbang sejarah Alexander The Great.

“Terdapat beberapa versi cerita mengenai kisah Zulkarnain dan ia agak memeningkan kepala pihak produksi diperingkat awal. Namun setelah menjalankan kajian secara mendalam kami mengambil keputusan untuk mengikut sejarah Islam,” ujarnya.

Pihak FM Production juga telah menerima dana sebanyak RM1juta daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menjadikannya antara dokumentari berkualiti tinggi yang pernah dihasilkan di negara ini.

Jelas Zainal, apa yang cuba diketengahkan dalam dokumentari ini adalah ingin membetulkan persepsi perang yang sering disalah tafsir oleh masyarakat bukan Islam.

“Prinsip perang dalam Islam perlu dibetulkan dan Zulkarnain adalah antara tokoh pahlawan Islam yang mengetengahkan tiga konsep yang disarankan oleh Islam dalam peperangan.

“Tiga perkara penting itu adalah tidak mengambil hak-hak orang tua, kaum wanita serta kanak-kanak seperti mana yang diceritakan dalam surah Al-Kahfi,” katanya.

Paling istimewa, team produksi FM Production telah berjaya menjejaki beberapa penemuan baru seperti penemuan lokasi tembok Yakjuj dan Makjuj dan lokasi laut berlumpur yang akan dirungkaikan dalam dokumentari berdurasi selama 60 minit ini.

Lebih mengujakan lagi apabila team produksi mereka diberi penghargaan oleh kerajaan Greece atas penemuaan terbabit.

“Kami pun sangat terkejut dengan penemuaan itu sehingga kerajaan Greece mengiktiraf hasil penemuaan tersebut. Kami turut diberikan satu patung Alexander The Great sebagai dan diiktiraf sebagai sebahagian pasukan penyumbang maklumat kepada sejarah Alexander The Great di sana,” ujarnya ceria.

Menurut Zainal, tiga tokoh utama yang menjadi nadi penggerak dokumentari ini ialah Alexander The Great, Cyrus The Great dan salah seorang Raja dari Empayar Himyar.

Menceritakan lebih lanjut mengenai lokasi penggambaran dokumentari, Zainal berkata pihak produksi telah mengembara ke sembilan buah negara dengan merentasi tiga buah benua, Eropah, Asia dan Afrika bagi menjejaki sejarah Alexader The Great ini.

"Dengan kekutan team produksi seramai 20 orang yang dipecahkan kepada dua kumpulan kami akan membawa penonton mengembara ke negara kota-kota lama yang dikaitkan dengan Zulkarnain bermula dengan di Pella dan Acropolis (Greece), Alexandaria (Mesir), beberapa tinggalan sejarah penting di Yaman,Iran, Iraq, Uzbekistan.

"Team produksi kami juga turut menjejaki kisah Zulkarnain di Rusia, selatan China dan beberapa daerah terpencil di Afrika yang dikaitkan dengan Cyrus The Great serta Raja Himyar yang dipercayai sebagai Zulkarnain," katanya.

Terbitkan filem Sallahuddin Al-Ayubi

Bertitik tolak daripada sejarah di era kegemilangan umat Islam, FM Production bakal tampil menghasilkan filem sejarah pertama di negara ini.

Filem tersebut diadaptasi daripada kisah pahlawan perang yang tersohor di era pemerintahan Khalifah Al-Rashidin, Sallahuddin Al-Ayubi.

“Pada ketika ini kami sedang mencari pelabur untuk melabur dalam projek terbaru kami yang dijangka menelan belanja sekitar RM2.2 juta.

“Jika hari ini dunia mengenali Julius Caesar, Napolean Bonarparte dan tokoh-tokoh perang di Barat yang berperang kerana menjajah orang lain.

“Tapi apa salahnya kita kembalikan ingatan kita kepada tokoh pahlawan Islam yang cukup disegani kira-kira 1000 tahun dahulu, Sallahuddin Al-Ayubi yang mengetuai tiga perang utama dalam kalendar sejarah Islam,” katanya.

Jelas beliau terdapat satu ciri persamaan yang jelas dalam diri Sallahuddin Al_ayubi apabila beliau turut mengamalkan tiga prinsip yang diamalkan oleh Zulkarnain dalam perang, iaitu memerdekakan hamba, wanita dan kanak-kanak serta tidak melaksanakan hukuman bunuh kepad musuh.

“Tajuk filem ini Sallahuddin Al-Ayubi dari Tikrit ke Al-Aqsa, ia bakal mengungkap kisah disebalik bandar Tikrit yang merupakan lahirnya Presiden Iraq, Saddam Hussien.

“Lebih istimewa tokoh tersohor ini telah memerdekakan Masjid Al-Aqsa dan umat Islam. Namun bukan itu sahaja kerana tokoh Islam ini turut memerdekakan orang Kristian serta masyarakat Jews di bawah cengkaman Raja Harods yang zalim,”katanya.

Tambah beliau lagi, berdasarkan kisah tersebut mereka akan membuat penggambaran dalam standard filem yang mana ia akan dipasarkan diperingkat antarabangsa.

“Sejarah ini penting bukan hanya untuk produk tempatan malah untuk mengingatkan seluruh dunia ada seorang lelaki Islam yang tiga kali berperang dengan musuh dia tapi dia satu-satunya tokoh yang berpegang pada piagam perang,” ujar Zainal.

Sementara itu, menurut Pengarah Eksekutif Astro Entertaiment Sdn. Bhd, Zainir Aminullah, berdasarkan sambutan yang mengkagumkan daripada penonton saluran Astro Oasis, pihak penerbitan merasa terpanggil untuk terus membekalkan program-program yang mempunyai nilai-nilai kerohanian.

“Dokumentari ini juga dapat memberi pengetahuan ilmiah yang sesuai dengan selera penonton yang mahukan inspirasi sanubari,”kata Zainir.

Jelas beliau, dokumentari Alxander Bukan Zulkarnain juga bukan sekadar sebuah program biasa yang hanya boleh ditonton melalui televisyen kerana segala cerita disebalik tabir mengenai pembikinan dokumentari ini dapat dilayari bagi pengguna telefon bimbit yang menggunakan talian pra-bayar Celcom.

Tambah Zainir, Astro meras besar hati dengan usahasama untuk menjayakan produksi ini dalam membekalkan sebuah program hebat yang padat dengan unsur pembelajaran yang amat informatif.

“Hasil produksi ini bukan sahaja memberi pengajaran kepada penonton, tetapi telah menjawab segala keraguan serta persoalan mengenai perdebatan di antara identiti sebenar dua lagenda hebat dua zaman silam ini,” katanya.

Sinopsis Alexander Bukan Zulkarnain

Dokumentari Alexander Bukan Zulkarnain ini membicarakan kepercayaan masyarakat Islam mengenai sejarah Zulkarnain seperti yang tercatat dalam Surah Al-Kahfi dan menyingkap persamaannya dengan tokoh pahlawan yang disanjung oleh Barat, Alexander The Great.

Tokoh ini dikatakan mempunyai ciri-ciri istimewa sehingga diberi kepercayaan membina tembok penghalang bagi makhluk perosak umat manusia Yakjuj dan Makjuj. Apakah keistimewaan beliau sehingga namanya tercatat dalam Al-Quran?

Persoalan mengenai siapakah Zulkarnain akan dirungkaikan dalam dokumentari selama lima epsiod ini yang akan disiarkan bermula pada 9 Januari depan, setiap Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Oasis (106).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2008 12:08 PM | Show all posts
Besarnya kuasa Allah.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 12:51 PM | Show all posts
subhanallah
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 03:54 PM | Show all posts
ALLAHHUAKBAR...SUBHANALLAH.....LAILAHAILLALAH...
maka aku insaf dengan kebesarannya.......
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 03:08 PM | Show all posts
subhanallah
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 06:20 PM | Show all posts
Tambahan info ilmiah berkenaan Yakjuj wal Makjuj ...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 06:21 PM | Show all posts
Untuk kajian secara ilmiah apa itu Yakjuj wal Makjuj, saya galakkan semua utk membeli buku di bawah terbitan PTS Islamika. Kini ada dijual di Pesta Buku Malaysia yg berlangsung di PWTC hingga akhir minggu ini!

Persoalan Yakjuj dan Makjuj masih diselimuti oleh kabus misteri. Kitab-kitab Samawi yang diturunkan dari langit seperti Taurat, Injil dan al-Quran, masing-masing menyebut mengenai Yakjuj dan Makjuj. Al-Quran menceritakan tentang sifat dan peristiwa Yakjuj dan Makjuj dengan Zulkarnain dengan huraian penceritaan yang sempurna.

Buku ini membongkar bangsa yang membawa huru-hara kepada dunia dengan berdasarkan huraian kitab Taurat, Injil dan al-Quran. Dimuatkan dengan imej, peta, ilustrasi, carta masa. Menjadikan buku ini antara yang terlengkap dalam sejarah.

[size=130%]"Tradisi Islam mencatat turunnya ayat al-Quran tentang Yakjuj dan Makjuj adalah sebagai jawapan Allah kepada pertanyaan Yahudi Madinah tentang Zulqarnain. Orang Yahudi melalui kafir Quraisy Makkah bertanya tentang Zulqarnain (pemilik dua tanduk) dalam rangka bagi menguji kenabian Muhammad. Allah pun menjawab pertanyaan tentang Zulqarnain dan sekali gus menjawab kaitan Zulqarnain dengan bangsa Yakjuj dan Makjuj.Kisah tentang hal ini terdapat dalam al-Quran surah al-Kahfi.  

Dengan pertanyaan yang diajukan oleh para pendeta Yahudi ini, dapat diduga orang Yahudi cukup arif tentang watak Zulqarnain. Oleh sebab itu, perlunya jejak Yakjuj dan Makjuj diteroka di dalam kitab-kitab Yahudi seperti Bible, The Dead Sea Scrolls,Talmud dan buku tulisan Flavius Josephus. Adakah di dalamnya terdapat kisah tentang Yakjuj dan Makjuj serta Zulqarnain?"- Muhammad Alexander.



Buku ini mengupas tentang bangsa yang terkejam dalam sejarah. Mereka sudah wujud sejak zaman Zulqarnain lagi. Sebelum tembok Zulqarnain dibina, bangsa ini sudah memporak perandakan pentas dunia dengan serangan demi serangan ke atas beberapa tamadun dunia. Nabi Muhammad meramalkan bangsa ini akan muncul lagi pada akhir zaman nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 06:22 PM | Show all posts
Ulasan Fauzisabri.com:

Persoalan tentang Yakjuj dan Makjuj sudah kedengaran sejak di bangku sekolah rendah lagi. Ketika itu, ustazah bercerita tentang 10 tanda-tanda besar hari kiamat. Salah satunya adalah keluarnya atau terlepasnya Yakjuj dan Makjuj daripada tembok tahanan mereka. Kemudian ustazah menambah, "Yakjuj dan Makjuj sentiasa berusaha mengorek dan menghakis tembok tersebut. Tetapi apabila azan berkumandang, tembok itu akan kembali pulih semula."

Sehinggalah ketika azan tidak lagi dikumandangkan. Atau azan masih berkumandang, cumanya suaranya tidak sampai hingga langit ke-7. Maksudnya, muazzin (bilal) ketika itu tidak lagi mempunyai hati yang bersih." Ini adalah cerita seorang ustazah sewaktu saya di bangku sekolah rendah.



Yakjuj dan Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung,
karya Muhammad Alexander atau Wisnu Sasongko ini merupakan suatu kajian persis sebuah tesis yang meneroka sejarah melalui kitab-kitab samawi dan al-Quran serta Hadith. Penulis membuat kajian di atas kerangka penulisan orientalis dan Yahudi. Penulis cuba menafikan tuduhan-tuduhan liar pihak berkenaan terhadap Islam.

Setiap kenyataan dicatat dan direkodkan dengan teliti. Ia disertakan dengan carta, gambar, dan grafik. Setiap rujukan disertakan dengan notakaki di bawahnya. Permulaannya, penulis mengajak kita untuk mengkaji kisah Yakjuj dan Makjuj melalui inskripsi Yahudi dan Kristian.


Bible Old Testament dan New Testament, menyebut Yakjuj dan Makjuj dengan sebutan 'Gog dan Magog.' Kali ini kita akan menyusuri jejak-jejak teks inskipsi Yahudi tentang bangsa Yakjuj dan Makjuj atau Gog an Magog. Inskripsi Yahudi yang dikaji adalah, Perjanjian Lama (Old Testament), sebahagian daripada Perjanjian Baharu (New Testament), naskah Gulungan Laut Mati (Dead Sea Scrolls) dan kitab Talmud.

Selain itu, penulis turut merujuk kepada tulisan sejarawan Roman berdarah Yahudi, Flavius Joshepus iaitu Jews Wars, Againt Apion dan Antiquities of the Jews.



Menariknya, Penulis adalah seorang graduan di bidang senireka. Beliau memilik Ijazah Sarjana Muda (BA) Teknik Arkitektur dan Ijazah Sarjana (MA) dalam bidang Urban Housing. Kini, beliau sedang menduduki pengajian Doktor Falsafah (PhD)  di ITS Surabaya, juga dalam bidang Urban Housing.

Bagaimankah beliau mempunyai masa bagi menghasilkan buku setebal 564 ini yang sarat dengan kajian secara terperinci dan bukannya sentimen tanpa asas fakta yang kukuh? Beliau menghabiskan masa selama 3 tahun untuk menyiapkan buku ini. Dan menurutnya buku ini akan ada sekualnya nanti. Beliau kini sedang dalam pengkajian lanjut mengenainya.

Saya mendapatkan buku terbitan PTS Islamika ini secara online di Book Cafe dengan diskaun 20%. Best Seller yang telah terjual sebanyak 10 000 unit dalam tempoh sebulan dilancarkan. Buku ini boleh juga didapati di mana-mana cawangan MPH Bookstore.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 06:22 PM | Show all posts
Alhamdulillah, akhirnya dapat habis baca buku Yakjuj & Makjuj : Bencana di Sebalik Gunung (564 m/s). Buku ini ditulis oleh Muhammad Alexander @ Wisnu Sasongko, Malang, Jawa Timur (2008). Beliau adalah pensyarah Universiti Brawijaya. AKu sebenarnya beli buku ni di MPH, Midvalley Megamall sebab tertarik dengan tag Best Seller 10 000 dalam sebulan. Isi bacaannya sangat berat sehingga kadang perlu idulang baca berkali-kali. Beliau telah membuat kajian 3 kitab utama iaitu Al Quran, Taurat dan Injil. Kaedah perbandingan yang dipersembahkan cukup menarik untuk di baca dan difahami.

    Berikut adalah penemuan beliau yang boleh dianggap sebagai merungkai sejarah sebenar berkenaan Iskandar Zulqarnain, Yakjuj dan Makjuj serta dinding besi diantara dua gunung yang membuatkan aku menjadi sangat berfikir akan hal ini:

    1.Bangsa Scythia adalah bangsa yang pertama dapat menjinakkan kuda, maka sebutan Scythia berasal dari kata Saca yang dibaca Sos. Sos dalam bahasa Ibrani adalah Kuda. Bangsa ini pernah melalui laluan sempit (Caspian Gate) di pergunungan Caucasus.

    Kaukasus = Couc = Kuda SOS = Kuda

    Penduduk Timur Tengah memanggil meraka bangsa berkuda atau Cowc atau Soos. Orang Ibrani menyebut Cowc kemudian menjadi Gog atau Juj.

    2. Terdapat kekeliruan dalam penterjemahan dan pemakaian Adon di dalam Bible edisi bahasa Yunani (Greek) dan Inggeris. Adon kadang-kadang diterjemah sebagai Tuan dan Tuhan. Terjemahan sebenar adalah Tuan. Kesalahan ini terjadi bermula daripada penterjemah Yunani yang tidak kenal bahasa Ibrani. Kesalahan ini memberi implikasi pada kesalahan berikutnya iaitu penterjemahan ke bahasa Inggeris yang mencontohi edisi Yunani. Maka, Isa sepatutnya tidak dipanggil sebagai Tuhan Isa tapi Tuan Isa.

    3. Daripada esplorasi Tafsir Al-Quran itu dapat diketahui beberapa kata kunci tentang Yakjuj dan Makjuj, iaitu bangsa Tartar, Mongol, Turki, Scythia/ Scythian/ Scythin, Cimmeria, Hun, Hiongno/Xiongno.

    4.Sejarawan Romawi iaitu Flavius Josephus dan Whiston, W. (1987) menyatakan dengan tegas bahawa bangsa Scythia adalah salah satu keturunan daripada sepuluh suku yang hilang dari Israel. Ia lebih dikenali dengan nama The Lost Ten Tribes of Israel ialah orang yang dibuang oleh kerajaan Assyria pada lebih dari tahun 700 SM.

    5. Ernest L. Mertin dalam artikel berjudul ”Afghanistan (Gog and Magog) malahan orang Jawa juga dituduh sebagai Gog and Magog. Cuba lihat sejarah 2 bangsa ini, setakat mana kekejaman meraka dibandingkan bangsa lain?

    6. Dahulu ketika orang Yahudi menjadi korban Hitler Jerman, mereka serentak memanggil Jerman sebagai keturunan bangsa yang disebut Bible sebagai Gormer (bangsa sekutu Gog Magog). Kini apabila berdamai dengan Jerman mereka memalitkan gelaran Gormer kepada Iran dengan menghubungkan nama itu kepada wilayah di Iran iaitu Kerman. Dengan dakwaan ini, ia seolah-olah lesen kepada Barat dan Zionis untuk menghancurkan peradaban Islam di Iran, Afghanistan, Iraq dan Syria.

    7. Bukti daripada Hebrew Bible (Perjanjian Lama) dan inskripsi Assyria menunjukkan dengan jelas beberapa ratus ribu orang Israel dari Northern Ten Tribes (sepuluh suku Utara) ditangkap dan dibuang di kawasan kaki pergunungan Caucasus. Gerombolan ini dikenali sebagai orang Scythia dan Cimmeria. Mereka juga telah mengembara ke Barat iaitu Eropah Utara dan Barat seterusnya ke Denmark, Scandinavia, Perancis, Kepulauan Inggeris, Sepanyol dan Amerika.

    8. Dr. Jacques Abbadie (1723) menulis buku The Triumph of Providence menyatakan “Adalah tidak mungkin sepuluh suku Israel terbang menghilang ke udara, atau terbenam ke dalam bumi, mereka itulah sepuluh suku Gothic yang masuk ke Eropah pada abad ke 5 SM selepas dihalau dari Jerusalem dan mendirikan sepuluh bangsa Eropah Moden”.

    9. Yakjuj dan Makjuj disebut Gog dan Magog dalam inskripsi yahudi, berasal dari utara dan anak keturunan Yafits bin Nuh. Dalam perjanjian lama, baru dan Talmud terdapat ayat-ayat berkaitan dengan Gog Magog tanpa menghubungkan dengan Zulkarnain. Berlainan dengan Al-Quran yang telah menghubungkaitkan cerita sebenar antara Zulqarnain dan Yakjuj Makjuj (Gog Magog).

    10. Nabi-nabi bani israel seperti Ezekiel, Nahum, Amos, Joel dan Jeremiah diutuskan untuk mengingat bani Israel akan ancaman “pasukan berkuda dari Utara” iaitu dari Gog Magog.

    11. Kisah Yakjuj dan Makjuj di dalam Al Quran dituduh sebagai plagiat dari kisah Gog Magog dari inskripsi Yahudi. Padahal apabila seluruh sumber yahudi dibuka, maka sumber-sumber itu tidak memenuhi kriteria kisah Yakjuj dan Majuj seperti dalam Al Quran. Kisah di dalam Al Quran mempunyai 3 kata kunci iaitu Yakjuj Makjuj, Zulqarnain, dinding besi diantara dua gunung dan diceritakan di dalam satu kisah. Sedangkan dalam kitab yahudi cerita Zulqarnain dan Gog Magog adalah 2 kisah asing, seolah-olah tiada kaitan.

    12.Para evengi-zionis membuat kesimpulan bangsa-bangsa Eropah dan Amerika adalah keturunan Scythia (Israel). Disimpulkan juga, Gog Magog adalah Scythia, atau Saca atau Saxon (Anglo-Saxon) adalah keturunan Israel, yang sekarang menjadi bangsa Eropah dan Amerika. Logiknya, kolonialisme bangsa Eropah terhadap negeri-negeri Timur dan Islam pada abad 18-20M merupakan salah satu episod keluarnya Yakjuj Makjuj/Gog Magog.

Sumber: http://ajae7.blogspot.com/2009/0 ... sebalik-gunung.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2010 06:23 PM | Show all posts



Saya membaca buku ini dengan kaedah ‘baca pantas’. Dalam masa 2 jam saya mengimbas fakta dan rujukan. Buku ini menarik bukan sahaja perhatian saya, kerana ia sudah lebih 6 kali dicetak (dalam satu tahun, 2009).

Yakjuj & Makjuj


Kandungan utama buku ini boleh disari secara ringkas melalui halaman ‘Prakata’ dan ‘Kesimpulan’.
Secara ringkas, penulis membawakan kisah Al-Quran yang mengaitkan Yakjuj dan Makjuj dengan Iskandar Zulkarnain. Sebaliknya teks Yahudi dan yang lain memisahkan kisah-kisah Yakjuj dan Makjuj dengan Iskandar Zulkarnain.

Naskah ini menjadi tebal, kerana pengarang menyumbatkan perbahasan-perbahasan tentang sumber-sumber Yahudi dan Kristian tetang YM. Dalam teks Yahudi dan Kristian, YM dikatakan sebagai Gog Magog. Saya fikir ini tesis.
Pengarang juga memetik banyak dalil dari teks Yahudi dan Kristian.

Tuduhan plagiat dari Taurat dan Injil

Orang-orang Yahudi dan Kristian, termasuk juga sebilangan orientalis menuduh kisah YM dalam Al-Quran diplagiat dari kitab Taurat dan Injil. Persoalan ini dijawab secara panjang lebar dalam buku ini. Saya tidak fikir ia wajar dibincangkan secara panjang lebar dalam buku ini. Ia mengalih perhatian pembaca ke persoalan lain.

Yakjuj Makjuj = Gog Magog = Scythia

Pengarang juga cuba membuktikan bahawa yang dimaksudkan YM atau Gog Magog itu ialah golongan Asia Tengah atau dipanggil Scythia. Ia dinyatakan oleh Abdullah Yusuf Ali di dalam Terjemahan dan Komentari Al-Quran. Pandangan ini dikongsi bersama seorang lagi penulis tafsir Al-Quran, Syaikh Abdurrahman As-Sa’di.
Apabila hipotesis ini benar, kemudian pengarang membawakan peristiwa kekejaman suku-suku Scytihia. Ada yang mengatakan Yakjuj itu bangsa Tartar dan Makjuj itu Mongol. Saya fikir perlu ada pembuktian yang lebih kukuh untuk tujuan itu.

Ulasan saya seperti berikut

1. Beberapa hari yang lalu, melalui lama facebook, saya disapa oleh seorang kenalan. Perbualan demi perbualan, akhirnya membawa kepada satu perbincangan tentang ‘adakah benar Nabi Isa as akan turun sebelum kiamat?’. Kenalan saya itu memberikan satu rujukan pada sebuah laman web. Laman itu memuatkan satu artikel yang meragui tentang ‘turunnya Nabi Isa as’.

Saya tidak begitu arif dalam isu Nabi Isa. Lantas saya membuat semakan dalam beberapa laman dan mengepilkan artikel berkaitan pendirian Islam yang benar tentang turunnya Nabi Isa as.
Saya simpulkan begini :
a. Peristiwa turunnya Nabi Isa adalah perkara yang belum terjadi dan termasuk dalam hal-hal ghaib. Tidak ada sesiapa secara pasti adakah benar-benar Nabi Isa akan turun, bila dan di mana. Hanya Allah sahaja yang tahu perkara-perkara ghaib. Begitu juga Nabi Muhammad saw, beliau hanya tahu perkara ghaib yang diajarkan oleh Allah melalui Jibril.

b. Justeru itu, umat Islam Ahlusunnah wal Jamaah sepakat beriman dengan perkara ghaib sebatas apa yang dikhabarkan oleh Allah dan Rasulnya sahaja. Sebatas dalil ayat Quran dan hadith yang sabit, tidak lebih dari itu dan tidak pula kurang dari itu.

b. Sikap orang-orang yang beriman ialah cukup menerima khabar tentang alam ghaib melalui ayat Quran dan hadith yang sahih. Itu sahaja. Adapun kajian sejarah, khabar-khabar dari kitab-kita yang lain, tidak boleh dijadikan sandaran kepercayaan. Inilah jalan yang selamat.
2. Kisah Nabi Isa dan Yakjuj dan Makjuj, keduanya disebutkan dalam Al-Quran dan hadith.
- Keduanya termasuk dalam hal-hal ghaib iaitu perkara yang telah lalu dan akan datang. Akidah Ahlusunnah meyakini hal ghaib hanya diketahui oleh Allah. Tidak ada yang lain mengetahuinya melainkan diberitahu oleh Allah. Perkhabaran hal ghaib yang disebutkan oleh Rasul, itu diwahyukan oleh Allah.

3. Pun begitu Islam tidak menafikan kajian sejarah dan sains. Tidak sedikit dari sarjana Islam menulis kajian-kajian sejarah. Antaranya yang masyhur ialah Al-hafidz Ibnu Kathir yang menulis kitab sejarah bertajuk Bidayah wan Nihayah dan Qishashul Anbiya.

4. Pendirian orang Islam terhadap Yakjuj wa Makjuj.

Pada kita orang Islam, cukuplan kita percaya dan meyakini khabar Yakjuj Wa Makjuj menerusi ayat-ayat Allah dan kata-kata Nabi Muhammad saw. Selebihnya, tentang perincian dan pendetilan lain kita katakan ‘Allah lebih mengetahui’.
Sekiranya ia penting, tentu sahaja ia akan diceritakan dalam Kitab dan Sunnah. Ini kerana Kitab dan Sunnah sudah lengkap dan sempurna. Yang penting dan utama itu semuanya sudah disebutkan dalam Kitab dan Sunnah, tanpa meninggalkan satu pun.

Penulis : Muhammad Alexander
Penerbit : Pts Islamika (200)
Halaman : 564 mukasurat
Harga : RM 31.50


Sumber: http://encikbaca.wordpress.com/2 ... -di-sebalik-gunung/
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 06:23 PM | Show all posts
Review buku..Yakjuj & Makjuj: Bencana dari sebalik gunung




Housemate saya bawa buku ni balik ke rumah 3 - 4 minggu lepas, maaf lupa tarikhnya. Tengah-tengah menonton TV terpandang buku ni terletak kat dalam bilik dia. Gambar depan macam menarik, dan setelah saya lihat tajuknya, serta-merta minat timbul. Buku ini berkenaan kisah Yakjuj & Makjuj, satu bangsa yang akan keluar sebagai salah satu tanda besar hari kiamat akan tiba.

Sebenarnya, banyak cerita yang saya telah dengar mengenai Yakjuj dan Makjuj ni. Antara yang paling glamour sekali, bangsa ini dikurung oleh Iskandar Zulkarnain dengan tembok besi. Setiap hari mereka akan cuba mengorek kurungan itu, tetapi setiap kali waktu azan dan azan dilaungkan, tembok itu akan tertutup kembali. Walaubagaimanapun mereka tidak berputus asa dan terus mengorek sampai hari kiamat di mana mereka muncul.


Bagaimanapun, membaca buku ini membuka perspektif baru. Penulisnya menyatakan bahawa bangsa Yakjuj dan Makjuj ini berasal bangsa Scythia (rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Scythia) yang juga berasal daripada susur galur bangsa Yahudi. Yakjuj dan makjuj ini, atau dalam bahasa Inggeris Gog and Magog kini mempunyai keturunan dan susur galur yang besar, terbentang daripada bangsa Mongolia, Tartar, Poland, Ukraine, selatan Russia, Azerbaijan, Belarus dan lain-lain negara Eropah selatan. Malah, penulis juga menyatakan bahawa bangsa English/England dan sebahagian bangsa Amerika juga adalah keturunan bangsa Scythia ini. Persoalannya, mungkinkah serangan Amerika terhadap negara-negara Islam kini boleh dianggap sebagai initial attack of Gog and Magog kepada dunia? Wallahuallam.


Dinyatakan juga bahawa tanda-tanda kiamat ialah keluarnya bangsa Yakjuj dan Makjuj ini menyerang dunia. Dikatakan kekuatan mereka tiada tandingan dan tidak mampu ditahan oleh sesiapa. Umat Islam akan lari bertempiaran di gunung-gunung untuk mencari perlindungan. Akhirnya, Allah akan menurunkan serangan sejenis ulat yang akan menggigit batang leher bangsa ini sehingga mereka menjerit kesakitan dan berlaku kematian besar-besaran bagi kaum ini.

Wallahuallam.

Sumber: http://lehin1983.blogspot.com/20 ... j-bencana-dari.html
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 06:24 PM | Show all posts
Siapa Muhammad Alexander dan Kisah Yakjuj Makjuj

Assalamualaikum

Salam sejahtera kepada semua pembaca

Alhamdulillah, malam semalam satu “Road Tour” Diskusi Ilmiah oleh Saudara Muhammad Alexander. Beliau adalah penulis buku bestseller ” Yakjuj & Makjuj Bencana Di Sebalik Gunung“.






Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, memang dah seminggu plan nak pergi ke majlis tersebut. tup2 malam kejadia, hujan lebat pulak, memang lebat sangat. iangatkan tak boleh ka nak pergi. sekali dekat2 pukul sembilan, hujan reda, Maka hati berbunga2 la nak pergi dengar.
                                                                                                                                        Dalam DKP4                                                                                                                                                                                                                                                                                                       

Memang Full House dewan Kuliah Pusat 4, malam semalam. tak snagka plak, sampai2 melimpah2 keluar dewan manusia. Jarang sangat kalau Majlis Ilmiah macam ni,penuh dewan.tapi malam semalm, memang lain dari yang lain, aura buku tersebut dah memberikan satu promosi yang cukup hebat kepada pelajar dan pendengar untuk datang mengikuti apakah yang iongin di utarakan oleh penulis.

Muhammad Alexander, saya ingatkan Rakyat Malaysia, tetapi rupanya, dia warga Indonesia. Pensyarah di Universiti si sana. seorang yang sangat rajin emmbaca dan membuat kajian di dalam sejarah Islam dan pengkajian Quran. malam semalam, beliau memberikan syarahan dengan suara yang agak perlahan, tetapi butir2 percakapan, point2 dalam pembentangan tersebut, jelas memberikan gambaran, beliau bukan sekadar menulis semborono, tetapi, beliau menulis menggunakan Fakta berpaksikan kepada Quran dan Sunnah. Banyak penerangan tentang Yakjuj Makjuj dari surah Al-Kahfi. surah tersebut mempunyai 3 cerita yang besar. Antaranya ialah, Kisah Alhabul Kahfi, Kisah Pengembaraan Zulkarnain dan KisahYakjuj Makjuj. Untuk lebih jelas, boleh la membaca s\Tafsiran surah Alkahfi.

Dalam sesi soal jawab, banyak pertanyaan tentang pertanyaan di ajukan kepada beliau, semuanya dapat dirungkaikan memberi kefahan kepada penonton. antara point2 yang menarik untuk dikongsikan bersama di entry ini ialah, Apakah 4 binatang yang diciptakan Allah tanpa melalui Induk, ayat mudah tanpa perkahwianan Jantan dan betina. Jawapannya, jom kita kongsikan dalam ruangan dibawah Komen Entry ini. he

Antara poin2 lain yang menarik perhatian saya ialah, Bumi akan dilanggar meteor besar, pada subuh 15 Ramadan,,tahun tidak dinyatakan. Maka akan berlaku asap tebal menyelubungi bumi selama satu tahun. pada masa itu, Yakjuj dan Makjuj akan keluar dari tempat persembunyian mereka dan mencari makanan. Adakah Yakjuj Makjuj seperti raksasa dalam Filem kita tonton? tidak, makluk tersebut adalah manusia seperti kita, dan sekarang mereka telah keluar dari gunung yang dibina Oleh Zulkarnain mengurung mereka. siapa Kaum itu, dan apakah bangsanya, kalau anda tahu, tentu terkejut, cuba teka kaum manakah Yakjuj dan Makjuj itu. kita kongsi pendapat di ruangan Komen juga.he.

Banyak lagi yang saya hendak kongsikan, tetapi, saya rasa, lebih baik anda membeli buku tersebut dan membaca nya sampai habis. baru la faham apa yang hendak di sampaikan oleh penulis. pada pandangan saya, Penulis, Muhammad Alexander merupakan seorang yang berkaliber, berpandangan jauh dan mempunyai semangat yang tinggi bagi memberikan kefahaman kepada Umat Islam tentang isu2 yang masih berselingdung masih samar-samar. Tugas kita pula, tidak perlu mempercayai bulat2 apa yang dibawakan, kita boleh membaca, berfikir dan ambil intipati penulis, dan kita sendiri bandingkan dengan idea dan buang fikiran mereka yang lain. kita sebagai pembaca, penonton dan audiens, berhak untuk mempersoalkan dan membuat kajian secara sendiri bagi menerima satu hujah yang diutarakan. lagi banyak kita berfikir dan mengkaji, lagi banyak ilmu kita akan perolehi. Akhir Kalam, anda semua di jemput memberikan pandangan dan ulasan tentang pertanyaan yang saya tanya tadi.  Dan juga setinggi penghargaan kepada Penulis kerana memberikan satu ceramah yang sangat menarik pada malam semalam. saya juga sempat bergambar dan menanyakan beberapa soalan kepada beliau, apa soalan saya,? biarkan rahsia dulu. he.,Wassalam


Sumber: http://www.jundullahosman.com/bl ... isah-yakjuj-makjuj/
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 06:25 PM | Show all posts
Yakjuj & Makjuj..Bencana di sebalik gunung!

[size=85%]


[size=85%]




























Wisnu Sasongko @ Muhammad Alexander
-seorang pensyarah dan pengkaji di  Jabatan Daerah & Perancangan Bandar,
fakulti kejuruteraan, Universiti Brawijaya, bandar Malang, Jawa Timur, Indonesia.



Tentang buku ini:

[size=85%]Isu-isu misteri yg sering menjadi persoalan ialah:
  • [size=85%]apakah spesis Yakjuj & Makjuj itu?
  • [size=85%]Haiwan @ manusia?
  • [size=85%]Di mana kediaman mereka?
  • [size=85%]Sejak bilakah kali pertama mereka ditemui?
  • [size=85%]Negara-negara manakah yang pernah diserang Yakjuj & Makjuj?
  • [size=85%]Benarkah mereka akan keluar lagi untuk merosakkan dunia?

[size=85%]Buku ini mengupas bangsa yang paling terkejam dalam sejarah. Mereka sudah wujud sejak zaman Zulqarnain lagi. Sebelum tembok Zulqarnain dibina, bangsa ini sudah memporak-porandakan pentas dunia dengan serangan ke atas beberapa tamadun dunia. Nabi Muhammad meramalkan bangsa ini akan muncul lagi pada akhir zaman.


Turunnya surah al-Kahfi tentang kisah Zulqarnain dengan Yakjuj dan Makjuj adalah jawapan Allah kepada Nabi Muhammad bagi menjawab pertanyaan para pendeta Yahudi. Jadi, latar belakang pertanyaan pendeta-pendeta Yahudi itu perlu dikaji secara teliti kerana ia membawa maksud, "Sekiranya Muhammad mampu menjawab soalan ini, Muhammad benar-benar nabi yang diutus. Jika Muhammad tidak mampu menjawabnya, Muhammad adalah pendusta."

[size=85%]terjemahan surah al-Kahfi:


[size=85%]83. "Danmereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Zulqarnain. Katakanlah, "Akan kubacakan kepadamu kisahnya."

84. Sungguh, Kami telah memberi kedudukan kepadanya di bumi, dan Kami telah memberikan jalan kepadanya (untuk mencapai) segala sesuatu,

85. maka dia pun menempuh satu jalan.

86. Hingga dia telah sampai di tempat matahari
terbenam*, dia melihatnya(matahari) terbenam di dalam laut berlumpur hitam, dan di sana ditemukannya dengan suatu kaum (tidak beragama). Kami berfirman,"Wahai Zulqarnain! Engkau boleh menghukum atau berbuat kebaikan (mengajak beriman) kepada mereka."

*[size=85%][size=78%]496:sampai di pantai sebelah barat, tempat Zulqarnain ,melihat matahari sedang terbenam.

87. "Dia (Zulqarnain) berkata, "Barang siapa berbuat zalim, kami akan menghukumnya, lalu dia akan dikembalikan kepada Tuhannya, kemudian Tuhan akan mengazabnya dengan azab yang sangat keras.

88. Adapun orang beriman dan mengerjakan kebajikan, maka dia mendapat (pahala) yang terbaik sebagai balasan, dan akan kami sampaikan kepadanya perintah kami yang mudah.

89. Kemudian dia menempuh satu jalan (yang lain).

90. Hingga ketika dia sampai di tempat terbit matahari (sebelah timur) didapatinya (matahari) bersinar di atas suatu kaum yang tidak Kami buatkan suatu pelindung bagi mereka dari (cahaya matahari)* itu,

*
[size=85%][size=78%]497:menurut sebahagian mufasir,golongan yan ditemui oleh Zulqarnain itu umat yang miskin.

91. demikianlah, dan sesungguhnya Kami mengetahui segala sesuatu yang ada padanya (Zulqarnain).

92. Kemudian dia menempuh satu jalan (yang lain lagi).

93. Hingga dia sampai di antara dua gunung, didapatinya dibelakang di belakang (kedua gunung itu) suatu kaum yang hampir tidak memahami perbicaraan.*

*
[size=85%][size=78%]498:mereka tidak dapat memahami bahasa orang lain,kerana bahasa mereka sangat jauh bezanya dari bahasa yang lain, dan mereka pun tidak dapat menerangkan maksud mereka dengan jelas kerana kekurangcerdasan mereka.

94. Mereka berkata, "Wahai Zulqarnain!Sungguh, Yakjuj dan Makjuj* itu (sekelompo manusia) berbuat kerusakan di bumi, maka bolehkah kami membayarmu imbalan agar engkau membuatkan dinding penghalang antara kami dan mereka?"

*
[size=85%][size=78%]499:Yakjuj dan Makjuj adalah dua bangsa manusia yg berbuat kerusakan di bumi.

95. Dia (Zulqarnain) berkata, "Apa yang telah dianugerahkan Tuhan kepadaku lebih baik (daripada imbalanmu), maka bantulah aku dengan kekuatan,agar aku dapat membuatkan dinding penghalang antara kamu dan mereka,

96. berilah aku potongan-potongan besi!" Hingga ketika (potongan) besi itu telah (terpasang) sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, dia (Zulqarnain) berkata,"Tiuplah (api itu)!" Ketika besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata, "Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar kutuangkan ke atasnya (besi panas itu)."

97. Maka  mereka (Yakjuj dan Makjuj) tidak dapat mendakinya dan tidak dapat (pula) melubanginya.

98. Dia (Zulqarnain) berkata, "(Dinding) ini adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila janji Tuhanku sudah datang, Dia akan menghancurkannya;dan janji Tuhanku itu benar."

99. Dan pada hari itu Kami biarkan mereka (Yakjuj dan Makjuj) berbaur antara satu dengan yang lain, dan (apabila) sangkakala ditiup (lagi), akan Kami kumpulkan mereka semuanya,

100. dan Kami perlihatkan (neraka) Jahanam dengan jelas pada hari itu kepada orang kafir,

101. (yaitu) orang yang mata (hati)-nya dalam keadaan tertutup (tidak mampu) dari memerhatikan tanda-tanda (kebesaran)-Ku, dan mereka tidak sanggup mendengar.


Demikianlah kisah asal usul Yakjuj dan Makjuj, di dalam terjemahan ayat-ayat suci al-Quran dalam surah al-Kahfi, ayat 83-101. Ini adalah jawapan daripada Allah kepada Nabi Muhammad saw bagi menjawab persoalan-persoalan yg dilemparkan oleh pendeta-pendeta kaum Yahudi kepada baginda saw.

Sumber: http://muzakkirahkhair.blogspot. ... juj-dan-makjuj.html
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.101864 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list