CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33674|Reply: 9

Doa khusus untuk memulakan perniagaan

[Copy link]
Post time 17-1-2007 03:35 PM | Show all posts |Read mode
Apakah doa khusus yang perlu di baca untuk memula & munbuka premis perniagaan. Insyaalah esok saya akan memulakan perniaggan kecilan di Kiosk di sebuah shoping complek... sebab tak pernah berniaga di premis nih rasa gabra pulak akan sambutannya.

Doa biasa & solat hajat mohon keredhoan, keberkatan & Rahmat Nya ada  tu insyaalah ada lah buat . Kalau ada Doa yang lebih Khusus minta kongsi bersama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2007 12:39 PM | Show all posts
Apa-apa pun doa Allah akan terima asalkan ikhlas dan diri tidak melakukan noda dan dosa.

Contoh doa....

Ya Allah...Engkau berkatilah perniagaan ku ini
              Engkau tambahkanlah rezeki ku ini dan lindungilah aku dari hati manusia yang berniat jahat terhadap ku
              Allahumma JannibnasSyaitan wa jannibisSyaitan na ma razaktana .......
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2007 09:11 PM | Show all posts
Untuk berkongsi.

Antara amalan2:

'Ayat Kursy" Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Bagi  yang berniaga, bacalah 786 kali di hadapan dagangannya lalu dihembuskan selama tujuh hari. Insya Allah dengan izin Allah akan majulah perniagaannya.

Baca surah alWaqiah. Surah ini menjadi sebab yg kuat utk mendatangkan rezeki mengikut ahlul arifin

Selepas selepas solat subuh tasbih ini:

Subhanallahi wabihamdihi subhanallahilazim astaghfirullah-100x

Iaitu tasbih yg menjadi solatnya sekelian makhluk yg dgnnya mereka diberi rezeki. Dunia akan dtg dgn merendahkan dirinya.

"Ya Lathiif!" Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.

"Ya Ghaniy!" Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.

"Ya Baaqy!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.

Berdoa:

Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa"

Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.
Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima  melainkan yang baik belaka.

Jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.

Doa  dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah  s.a.w & para sahabat.

Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).

Solat yang wajib itu jangan sesekali ditinggalkan.

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2007 09:20 PM | Show all posts
cancelled.....

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2007 11:06 PM | Show all posts
baca bismillah
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2007 11:07 PM | Show all posts
elok doa lepas sembahyang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2007 11:08 PM | Show all posts
doa tu doa juga, tapi kena kerja kuat.
pemasaran kena bagus
lepas untung esok, infak le sikit untung tu ke jln Allah.
baru perniagaan tu insyaAllah bertambah elok dan jadi amalan baik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2007 10:19 AM | Show all posts
Terima kasih daisy71 atas doa & zikir yang diberikan Insyaalah akan cuba saya amalkan.

Tapi daisy71 post selepas itu ada tulis "cancelled" apa maksudnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2007 12:08 PM | Show all posts

Reply #1 nalang's post

awak bukak kiosk berniaga ape?  bagusnya semoga usaha awak membuahkan hasil.... saya pon minat berniaga...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2007 12:22 PM | Show all posts

Reply #8 nalang's post

Saudara/saudari nalang, yang saya cancelled tu ialah post atas sebab2 kesilapan dan tiada berkaitan dgn yang di atas tu.

okay, selamat maju jaya. semuga diberkati Allah s.w.t dalm segala pekerjaan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.075904 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list