|
Bunga Cempaka Putih |
|
|
|
|
|
|
|
Bunga Cempaka Telur |
|
|
|
|
|
|
|
di sana tempatmu BUNGA MELUR.............
di taman yg indah...BUNGA MELUR..... |
|
|
|
|
|
|
|
Bunga Kesidang atau nama botaninya, 'canangrium scortechinii' merupakan sejenis tumbuhan kecil yang istimewa. Batangnya yang kecil tetapi keras dan dahannya mengembang di atas junjung yang dibina untuknya. Seluruh bahagian pokok ini mengandungi getah, daunnya hijau mirip daun sirih, rimbunannya memberi naungan kepada pokok-pokok lain yang berdekatan. Bentuknya yang kecil dan sifatnya yang lembut menjadikan Bunga Kesidang sebagai bunga yang dijadikan hiasan di tempat-tempat yang terhormat.
Masyarakat tradisi Melaka menjadikan Bunga Kesidang sebagai bunga dandanan rambut wanita, hiasan pengantin dan alat-alat upacara adat seperti tepak sirih dan bunga rampai.
Bunga Kesidang melambangkan kesederhanaan watak dan peribadi masyarakat Melaka yang ramah dan sopan santun. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 Mas916's post
huhuhu...ingat lagu tue mas... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Mas916 at 1-2-2007 04:35 PM
di sana tempatmu BUNGA MELUR.............
di taman yg indah...BUNGA MELUR.....
khas utk mas
Bunga Melur
Di hujung sana tempatmu, bunga melur
Bukan di taman yang indah, bunga melur
Hanya di sudut halaman
Tiada dihiasi jambangan indah permai
Tapi warnamu yang putih, bunga melur
Tandanya suci dan murni, bunga melur
Walaupun ditiup debu
Warnamu dan baumu tetap memikat kalbu
Ibarat gadis desa, bunga melur
Sederhana...
Walau kering tak bercahaya, bunga melur
Baumu memikat jiwa
Semoga sabar dahulu, bunga melur
Pada di satu ketika, bunga melur
Masanya kan menjelma
Disanjung dan dipuja
Oleh gadis remaja
|
|
|
|
|
|
|
|
Tanjung ialah sejenis pokok yang bersaiz sederhana.Ia biasa dijumpai ditanam ditepi-tepi jalan kerana bentuknya yang rendang dan dapat memberikan teduhan dari cahaya matahari yang terik. Bunga tanjung berbau sangat wangi dan biasa digunakan sebagai hiasan kepala masyarakat melayu tradisional dan kaum india.Bunga tanjung juga tahan lama dan boleh direndam dalam minyak kelapa setelah kering untuk mengembalikan harumannya.Biasanya bunga tanjung yang direndam dalam minyakm kelapa ini digunakan sebagai bunga hiasan kepala untuk mewangikan rambut. Daun tanjung berwarna hijau tua, agak keras dan mempunyai permukaan yang berkilat. Buahnya berbentuk bujur,berwarna hijau ketika muda dan jingga setelah masak.Buahnya boleh dimakan dan mempunyai rasa yang sedikit manis.Tumbuhan ini membiak dari keratan batang dan biji benih.
( DULU MASA KECIK2 TAK BERANI MAIN KAT BAWAH POKOK NI ) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by razifah at 1-2-2007 04:46 PM
Bunga Melur (yg banyak kelopak)
Bunga ini kak iman ada tanam. Tapi dia jarang2 berbunga, bilaberbunga, amboi wangi semerbak dari jauh dah tahu ada bunga kembang/ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by razifah at 1-2-2007 04:36 PM
Bunga Kesidang atau nama botaninya, 'canangrium scortechinii' merupakan sejenis tumbuhan kecil yang istimewa. ...
nama lain untuk bunga ni, bunga tikam teladang atau bunga keraknasik. Dulu masa kecik2 suka ambik bunga ni letak dalam telekongsembahyang supaya telekong berbau wangi. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by razifah at 1-2-2007 04:54 PM
Tanjung ialah sejenis pokok yang bersaiz sederhana.Ia biasa dijumpai ditanam ditepi-tepi jalan kerana bentuknya yang rendang dan dapat mem ...
Nape masa kecik2 tak berani main bawah pokok nih? Bole beritahu? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by haniman at 1-2-2007 09:06 PM
Bunga ini kak iman ada tanam. Tapi dia jarang2 berbunga, bilaberbunga, amboi wangi semerbak dari jauh dah tahu ada bunga kembang/
kat umah mas pun ada....beli kat Padang Besaq (Siam mali....) tp mmg dia jarang berbunga la kak iman...kalau nk banding yg tak byk kelopak tuh....tgk umah jiran yg tak byk kelopak tu mmg rajin berbunga.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by razifah at 1-2-2007 04:48 PM
khas utk mas
Bunga Melur
Di hujung sana tempatmu, bunga melur
Bukan di taman yang indah, bunga melur
Hanya di sudut halaman
Tiada dihiasi jambangan indah permai
Tapi warn ...
:tq: ifa..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 Mas916's post
Bunga kemuning pun wangi juga. Warna putih...bunga agak kecil. Tp bau dia memang sedap. Nanti yg kat umah tu berbunga saya tepek gambar. |
|
|
|
|
|
|
|
ifa... ada gambaq yg tak nampak la.....hat bunga cempaka tuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by afyyzuul at 2-2-2007 10:23 AM
Bunga kemuning pun wangi juga. Warna putih...bunga agak kecil. Tp bau dia memang sedap. Nanti yg kat umah tu berbunga saya tepek gambar.
mmg tatau munger dia cam na... tak pa tunggu afy tempek gambaq...
saya tgh cari pokok kerak nasi.....tgk kat Telaga Ayaq Hangat Langkawi.... byk pokok kerak nasi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Pengenalan
Famili: Annonaceae
Nama Melayu: Kenanga, Ilang ilang
Nama Lain: Canangium odoratum, Ylang-ylang Oil.
Penerangan
Tumbuhan ini boleh membesar dan mencapai ketinggian 30-35m. Batangnya berwarna kelabu asap. Daun tumbuhan ini berwarna hijau dan tersusun berselang seli serta berbentuk bujur berukuran 7-23 cm panjang dan 4-10 cm lebar. Tumbuhan ini juga mempunyai bunga berwarna kuning kehijauan yang wangi serta mempunyai 6 kelopak.
Kegunaan tempatan
Bunga digunakan untuk merawat asma dan gatal-gatal pada kulit sementara bijinya pula diguna untuk mengubati sakit perut.
Tumbuhan ini biasanya diitanam sebagai pokok hiasan dan di gunakan dalam industri pembuatan kosmetik. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Keracunan
Bahagian Beracun: Bunga
Bahan Aktif: Minyak dalam bunga seperti metil benzonate, metil salisilat, geraniol, linalol, eugenol, ylangol, terpenes safrol, benzyl acetate , pinene dan campuran asid benzoik, formik, acetik dan valerik.
Kesan Keracunan
Boleh menyebabkan keradangan.
bahaya gak bunga kenanga ni |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|