CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 39792|Reply: 29

Homemade Cincau

[Copy link]
Post time 2-2-2007 02:55 PM | Show all posts |Read mode
karamel cari psl cincau, tapi x jumpe. kalau ade, tolong mergekn ye mod.

nak kongsi, cara2 buat homemade cincau. resipi makcik.

Cincau

1 packet agar2 serbuk
500g gula
3.75 liter air
Segenggam daun cincau (beli dari kedai sinseh)
2 atau 3 helai daun pandan

Cara:
1. Masukkan air dalam periuk besar, tambahkan serbuk agar2 dan kacau rata.
2. Jerangkan atas api yg sederhana dan masukkan gula, daun cincau dan daun pandan.
3. Masak hingga mendidih. Kecilkan api
4. biarkan merenih selama 10-15 minit
5. Matikan api dan tapis.
6. Masukkan dalam bekas, biarkan sejuk baru simpan dlaam peti sejuk utk 3-4 jam. Overnite lagi better

Inilah rupenye daun cincau tu. Kalau org tak tau igt rumput kering kt laman rumah je.



yang bawah ni gambar semasa cincau tu dimasak. gmbr kiri, cincau separa jadi. sbb karamel ni x tahan dgn godaan bau cincau tu. wangiii.. belum keras sgt, dah mencedok, tu yg lembik2 skit. cincau ni campur dgn cocktail dlm tin tu sedap. perahkan dlm 2-3 biji limau kasturi. best lagi2 cuaca yg da panas ni.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2007 03:24 PM | Show all posts

Reply #1 karamel's post

wah sedapnya cincau ni....my feveret nih...
daun cincau selalunya ada jual kat kedai mana?kedai ubat2 cina tu ker?
skali tgk daun cincau ni mcm akar2 kayu yg ada jual kat pasar mlm jer...
thanks ye sudi syer recipe ni:tq:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2007 03:52 PM | Show all posts

Reply #2 pinKy180's post

pinky

daun cincau ni my makcik yg belikan. mmg dpt dr kedai ubat cina. kt s'pore la tapi. die beli dalam $3. byk jugak dapat bleh 3 kali masak..

bau cincau buat sendri ni.. mak aiii godaaaaaan..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2007 03:54 PM | Show all posts
gitu rupanya daun cincau.....
sedap tu cincau fresh..... yum.. yum...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2007 04:02 PM | Show all posts
kalau kat negara omputih ni...ada gak kedai singseh...
tapi nak panggil apa ye kat daun cincau nih???

minat sgt ngan cincau nih...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2007 06:01 PM | Show all posts
Meh kita syer sikit info tentang Cincau yang ct dapat masa attend lecture Tek. Pemprosesan Makanan.

Cincau atau lengkong (panggilan di Utara) atau beleda hitam (panggilan di sebelah Timor) merupakan sejenis makanan yang biasanya digunakan dalam campuran membuat minuman .Keadaan fizikal hasil ini merupai jeli berwarna hitam, jaringannya kenyal dan tidak mudah pecah.Tumbuhan ini boleh didapati di hutan Malaysia dan di Asia Tenggara. pemprosesan cincau dipercayai telah diterokai oleh bangsa cina, tapi kini penggunaan yang meluas dikalangan bangsa2 lain.

Untuk menghasilkan cincau, bahan utama yang diperlukan ialah daun sejenis tumbuhan cyclea barbata atau panggilan umum 'jelly gras'  yang mengandungi bahan alkaloid 'cyclein' yang dipercayai dapat menyejukkan badan dan mengubati demam .

Pemprosesan cincau secara komersial masa kini dilakukan dengan menggunkan daun dan batang yang telah dikeringkan dan diimport dari China dan Hong Kong. Kajian yang dijalankan mendapati bungkusan yang mengandungi daun yang lebih banyak dari batang akan menghasilkan cincau yang lebih baik dan memuaskan.
[size=133%]昜/size]

.



[size=111%]  
[size=111%]昜/size]


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2007 06:16 PM | Show all posts
Cincau

Bahan untuk ekstrak cincau
25 gm daun dan batang pokok cincau
5 ml air abu
1.2 liter air untuk merendam/ merebus cincau

Cara :
1. Cuci batang dan daun cincau beberapa. Buang bendasing dan  rendam batang dan daun cincau
    selama 15 minit.
2. Dengan menggunakan air rendaman, rebus daun dan batang cincau sehingga mendidih selama
    1 - 1/2 jam. Air rebusan hendaklah dikacau selalu untuk menggelakan ia meruap.
3. Sejukkan rebusan sebentar , tapiskan rebusan ini dengan menggunakan kain maslin
    (lembabkan terlebih dahulu) . Baki tapisan siran dengan sedikit air panas dan kacau rata2 dan
    tapis sekali lagi sehingga mendapat 500 ml ekstrak cincau.

Bahan untuk memekatkan cincau
500 ml ekstrak cincau
25 gm tepung keledek / tepung jagung
50 ml air biasa

1. Masukan ekstrak ke dalam periuk dan jerang dengan api yang sederhana.
2. Bancuh tepung keledek/tepung jagung dengan air dan kacau rata.
3. Tuang bancuhan tepung ke dalam ekstrak dan kacau rata. Pada ketika ini biar bancuhan mendidih,
    memekat dan menjadi kilat. Kacau rata.
4. Bancuhan akan kelihatan mencair semula. Matikan api dan tuangkan adunan dalam bekas yang disukai sejukkan. bila telah benar2 sejuk, bolehkan digunakan untuk membuat minuman atau campuran ABC.

Resepi ini telah banyak kali dicuba dan memang menjadi...


[ Last edited by  cguct1970 at 7-2-2007 01:39 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2007 06:35 PM | Show all posts
cincau yg kita biasa beli dalam plastik kat supermarket tu, leh frozenkan ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2007 06:57 PM | Show all posts

Reply #8 sunshine05's post

Boleh , kalau simpan bawah suhu 4'c boleh tahan lebih seminggu
kalau yang ditinkan lagi tahan lama
oleh kerana ia bersifat alkali maka bahan pengawet tidak diperlukan untuk penyimpanan
..yang tu dema jual dah siap boh gula masa masaknya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2007 08:49 PM | Show all posts
Originally posted by cguct1970 at 4-2-2007 06:01 PM
Meh kita syer sikit info tentang Cincau yang ct dapat masa attend lecture Tek. Pemprosesan Makanan.

Cincau atau lengkong (panggilan di Utara) atau beleda hitam (panggilan di sebelah Timor) m ...


wah! inilah yang ditunggu2.. the science behind the food itself.. so that we know what inside our food, and the purpose of each ingredient.

thank you cguct for the info.. sgt berguna. maybe karamel akan cube use ur recipe plak. thank you agn!
Reply

Use magic Report

sunsuria33 This user has been deleted
Post time 4-2-2007 08:52 PM | Show all posts

Reply #7 cguct1970's post

kat kedai senseh tu batang cincau ni dia orang panggil apa? teringin gak nak buat ni
kat supermarket sekarang ada cincau perasa laici, mango etc etc penah beli yang perasa laici anak makan gitu aja tak sempat buat air
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2007 09:21 PM | Show all posts

Reply #1 karamel's post

woo...interesting..tengkiu..

baru tau ropenya cincau ni asal dia dari daun...

tak tau le..tmpt hom ni ada ke tak org jual daun cincau..teringin lak nak cuba buat sendirikk..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2007 10:59 PM | Show all posts

Reply #11 sunsuria33's post

Biasanya kalau kita cakap beli pokok cincau depa tau..
dan itu memang nama dia pun...
kalau x silap 500gm rm 10.00..
ct ada simpan sebab benda ni kering dan tahan lama...


act, keadaan berjelly ni kita memang boleh rasa..
bila kita sentuh daun dan batang yang dah direbus..
licin dan hitam je..
kita buat 25 gm daun +btgnya dapat kira2 1 acuan 6"x6"..
cubalah..dan bg feedback kat sini..
Reply

Use magic Report

sunsuria33 This user has been deleted
Post time 4-2-2007 11:11 PM | Show all posts

Reply #13 cguct1970's post

kena beli daun lain batang lain ye..ke dah siap pack ada dua2 bahan ni?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2007 11:42 PM | Show all posts

Reply #14 sunsuria33's post

dia dah siap2 pack lah cik suria..
x de pilihan...
Reply

Use magic Report

sunsuria33 This user has been deleted
Post time 5-2-2007 12:12 AM | Show all posts

Reply #15 cguct1970's post

oh ok thanks...kena tunggu weekend baru boleh cari..kedai ubat cina tu banyak kat area rumah ni...biasalah weekdays busy sikit..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2007 09:05 PM | Show all posts

Reply #7 cguct1970's post

kak ct air abu tu air apa?
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2007 09:22 PM | Show all posts
tak pernah terfikir cincau boleh buat sendiri kat umah..thanks banyak banyak cikguct...karemel...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2007 10:08 PM | Show all posts

Reply #17 pinKy180's post

air abu tu sejenis air jernih (bahan kimia) yang digunakan juga dalam pembuatan mee kuning.
fungsinya untuk mengeluarkan bhan cycline yang ada pada batang dan daun pokok cincau.
kalau tak bubuh, ekstrak yang dihasilkan kurang pekat dan tidak banyak.
dalam membuat cincau ni, kita hanya guna sikit je.

Di bakery supplier , ia dijual dalam botol2..harganya dalam rm 1.20 (100ml)
dari apa yang ct pernah baca..ia dihasilkan dari abu jerami padi
yang ditapis berkali2..sehingga jernih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2007 08:10 AM | Show all posts
hannan - welkam. nnti jd posla gambar ye. eheh

ct - air abu is known as lye water jugak kn? nnti karamel nk cube la beli duan cincau ni sendiri. b4 this dpt stok dr makcik je.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.073955 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list